Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Bertuhankan pembesar agama?
+2
Admin
Juang
6 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Orang-orang Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah adalah orang yang GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah terhadap hukum-hukum yang mereka ada-adakan. Saya nampak Allah menyamakan nasib saudara seperti orang Yahudi dan Nasrani yang GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah terhadap kepercayaan tak masuk akal yang saudara amalkan selama ini.
sesungguhnya kita tau benar siapakah yang telah gagal membuktikan hujah akal mereka melalui dalil Al-Quran sahaja pun........
malah ada yang beranggapan hujah akal mereka lebih mantap dari dalil2 Al-Quran itu sendiri....
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5376
Registration date : 2010-12-09
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Zulia wrote:Nabi Nuh dan pengikutnya adalah Islam dan membina bahtera itu atas perintah Allah. Berbeza dengan orang kafir kerana mereka menentang perintah Allah dan tidak mengaku Islam.
Orang yang buat kapal mungkin hanya kafir di mata puan dan belum tentu kafir di sisi Allah. Mereka banyak menyumbangkan jasa buat kapal utk kegunaan manusia termasuk membawa para penumpang beragama islam saban tahun utk beritual pada kiub batu di mekah.
Puan tak malu ke naik kapal terbang yang dibuat oleh orang-orang yang puan anggap kafir itu?
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7768
Registration date : 2008-04-07
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Zulia wrote:Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka?
Tunduk pada Allah adalah dengan mengikuti petunjukNya dalam Alquran,
bukan
mengikuti petunjuk Bukhari, Muslim dan yang lainnya.
Zulia wrote:Mereka akan tersedar bila segala nikmat didunia ini berakhir satu persatu. Bila dunia tidak lagi mampu memberi manfaat pada dirinya, ketika itu baru nak cari tujuan hidup mereka. AQ sudah memberi peringatan, tetapi akal mereka yang tidak bersyukur ini akan menafikan.
Agar mendatangkan manfaat,
maka
harus beramal saleh, berbuat karya dan kebajikan,
bukan
dengan beritual salat.
Orang yang selalu melakukan ritual salat (musallin) akan celaka jika tidak beramal saleh (AQ surah Al Maun).
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6071
Registration date : 2010-04-21
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Salam,Zulia wrote:Allah tidak mengatakan bahawa mereka yang boleh buat kapal terbang sebagai orang yang berjaya. Sebaliknya mereka yang berjaya ialah mereka yang beragama, iaitu agama Islam yang diredhai Nya.
Dalam kisah Nabi Nuh, Allah tunjukkan bagaimana orang yang pandai buat kapal laut berjaya berbanding para penyembah berhala di zaman itu yang gagal mengemukakan ayat-ayat Allah yang suruh manusia sembah berhala. Hari ini kita nampak ada manusia yang mencontohi sifat Nabi Nuh iaitu boleh buat kapal terbang dan ada manusia yang mencontohi penyembah berhala di zaman Nabi Nuh yang GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah menyuruh mereka beritual pada berhala itu. Jadi di antara 2 golongan itu, takkanlah yang senasib dengan penyembah berhala zaman Nabi Nuh itu dikatakan golongan berjaya? Bukankah lebih waras orang yang boleh buat kapal terbang itulah yang berjaya kerana mereka dapat contohi Nabi Nuh?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Salam,
Itu belum lagi kita tengok persamaan mereka dengan penyembah berhala zaman Nabi Nuh yang sama-sama GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah memerintahkan manusia sembah berhala yang mereka ada-adakan itu.
Ya, orang kafir menentang perintah Allah. Di zaman Nabi Nuh, orang kafir menentang Allah dengan menyembah berhala. Hari ini mereka menentang Allah dengan menyembah kiub batu (juga sejenis berhala). Patutlah mereka tidak tahu mencipta kapal terbang seperti nasib penyembah berhala di zaman Nabi Nuh.Zulia wrote:Nabi Nuh dan pengikutnya adalah Islam dan membina bahtera itu atas perintah Allah. Berbeza dengan orang kafir kerana mereka menentang perintah Allah dan tidak mengaku Islam.
Itu belum lagi kita tengok persamaan mereka dengan penyembah berhala zaman Nabi Nuh yang sama-sama GAGAL mengemukakan ayat-ayat Allah memerintahkan manusia sembah berhala yang mereka ada-adakan itu.
Memang betul. Sebab itu saya tidak sertai mereka dalam amalan tunduk kepada batu (selain Allah). Saya nak tunduk kepada Allah semata-mata.Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka?
Memang betul. Bukan sahaja tempat mereka adalah neraka, malah mereka akan dijadikan bahan bakar bersama-sama batu sesuai dengan amalan mereka yang suka sembah batu itu.AQ mengatakan dengan jelas tempat orang Kafir dan fasik adalah Neraka, itu adalah ancaman Allah kepada mereka.
Memang betul. Sebab itulah orang yang berjaya mencipta bahtera seperti Nabi Nuh itulah yang realitinya berjaya daripada penyembah berhala di waktu itu. Jadi takkanlah kita nak kata penyembah berhala hari ini lebih berjaya daripada pencipta kapal terbang? Nanti sia-sia pedoman Nabi Nuh yang Allah bawakan kepada kita?AQ menagatakan Syurga adalah bagi mereka yang bertakwa. Syurga bukanlah khayalan kerana ia jelas dalam AQ. Mengapa kata ia adalah khayalan?
Tiada manusia yang tidak bertuhan, sebab realitinya Tuhan itu wujud dan manusia itu dijadikan kerana adanya Tuhan. Sesiapa mengatakan ada manusia tidak bertuhan, itu menunjukkan mereka sendiri tidak percaya adanya Tuhan.Hanya orang yang tidak bertuhan sahaja yang tak percaya pada Syurga dan Neraka, sebab itu mereka tidak perlu bersolat.
Benar. Yang izinkan mereka bernafas adalah Allah, bukannya pembesar agama. Bodohnya mereka pergi tolak ayat-ayat Allah kerana taksub pada pembesar agama. Siapa sebenar Tuhan mereka? Allah ke pembesar agama?Mereka lupa bahawa mereka bernafas kerana izin Allah, mereka sihat kerana izin Allah, dan mereka hidup juga atas izin Allah. Mereka akan tersedar bila segala nikmat didunia ini berakhir satu persatu. Bila dunia tidak lagi mampu memberi manfaat pada dirinya, ketika itu baru nak cari tujuan hidup mereka. AQ sudah memberi peringatan, tetapi akal mereka yang tidak bersyukur ini akan menafikan.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Salam Admin,Admin wrote:
Puan tak malu ke naik kapal terbang yang dibuat oleh orang-orang yang puan anggap kafir itu?
Orang-orang yang tak sedar diri dengan kelemahan yang Tuhan timpakan pada mereka mana nak rasa malu. Kalau malu, sudah lama mereka kembali berpegang pada ayat-ayat Allah berbanding ayat-ayat pembesar agama mereka.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Salam Faried,faried wrote:Zulia wrote:Kalau orang itu sendiri tidak mengaku Islam dan tidak mahu tunduk pada Allah, mengapa kita mesti menyertai mereka?
Tunduk pada Allah adalah dengan mengikuti petunjukNya dalam Alquran,
bukan
mengikuti petunjuk Bukhari, Muslim dan yang lainnya.
Benar. Apatah lagi tunduk kepada kiub batu, sudah pasti itu bukannya tunduk kepada Allah. Takkanlah di antara batu dan Allah pun tak kenal?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5376
Registration date : 2010-12-09
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Juang wrote:Salam Admin,Admin wrote:
Puan tak malu ke naik kapal terbang yang dibuat oleh orang-orang yang puan anggap kafir itu?
Orang-orang yang tak sedar diri dengan kelemahan yang Tuhan timpakan pada mereka mana nak rasa malu. Kalau malu, sudah lama mereka kembali berpegang pada ayat-ayat Allah berbanding ayat-ayat pembesar agama mereka.
Salam,
Benar Juang.
Mereka kata, mereka ikut kitab Tuhan. Tapi, bila diminta ayat-ayat Tuhan sebagai bukti mereka kemukakan ayat-ayat pembesar agama mereka bagi menyokong dakwaan mereka. Mungkin mereka rasa pembesar agama mereka boleh menolong mereka menjawab pertanyaan Tuhan di akhirat kelak agaknya.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7768
Registration date : 2008-04-07
Re: Bertuhankan pembesar agama?
Salam Admin,
Saya rasa mereka anggap pembesar agama mereka itu sekutu Tuhan. Itu yang ditimpa nasib yang sama seperti penyekutu-penyekutu Tuhan terdahulu iaitu sama-sama GAGAL mengemukakan ayat-ayat Tuhan sebagai bukti hukum-hukum yang diada-adakan atas nama Tuhan.
Siapakah yang menimpakan kepada mereka nasib yang sama seperti penyekutu-penyekutu Tuhan yang terdahulu? Semua itu adalah balasan Tuhan di atas perbuatan mereka sendiri.
Saya rasa mereka anggap pembesar agama mereka itu sekutu Tuhan. Itu yang ditimpa nasib yang sama seperti penyekutu-penyekutu Tuhan terdahulu iaitu sama-sama GAGAL mengemukakan ayat-ayat Tuhan sebagai bukti hukum-hukum yang diada-adakan atas nama Tuhan.
Siapakah yang menimpakan kepada mereka nasib yang sama seperti penyekutu-penyekutu Tuhan yang terdahulu? Semua itu adalah balasan Tuhan di atas perbuatan mereka sendiri.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9667
Registration date : 2008-08-26
Page 2 of 2 • 1, 2
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|