Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
agama dipolitikkan.
+4
PenjunjungEhsan
Juang
tolokminda
Zulia
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 9
Page 1 of 9 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
agama dipolitikkan.
Ada yang mengatakan suasana politik yang mengheret agama dalam ceramah politik menyebabkan agama menjadi rendah dimata orang awam. Agama dan hukum hakam Allah dijadikan bahan politik, akan meletakkan nya setaraf dengan kata-kata politik yang banyak mengandungi unsur fitnah, pembohongan, tuduhan tanpa bukti. Apakah tujuan sesuatu ceramah agama? Tentulah untuk melobi parti, betul atau tidak kenyataannya tidak penting asal orang akan mengundi itu sudah dikira berhasil. Mari sama-sama mengupas isu nasional ini.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: agama dipolitikkan.
Salam Zulia,
Sebenarnya mudah saja. Di dalam Al-Quran tidak ada seorang Nabi pun yang diperintahkan untuk menguasai politik kaumNya termasuklah Nabi Muhamad. Kepercayaan bahawa Nabi dulu berpolitik datang bukan dari Al-Quran tetapi dari pendapat-pendapat berdasarkan kisah-kisah riwayat. Kepercayaan-kepercayaan yang didasarkan kepada elemen-elemen politik dalam kisah-kisah riwayatlah yang menjadi antara pemangkin kepada pemecahbelahan dunia Islam.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: agama dipolitikkan.
ahli politik dikatakan bakal menjadi pemimpin yang akan menggubal undang -undang negara. Jika barisan pemimpin ini dari kalangan mereka yang menegakkan hukum Allah, tentulah undang-undang yang digubal berlandaskan Al quran. Mungkinkah ini mewujudkan parti politik islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: agama dipolitikkan.
Salam Zulia,
Hukum Allah tidak tertegak dengan penggubalan undang-undang. Hukum Allah sudah tertegak di alam ini sejak hari pertama lagi. Sebab itu kalau puan periksa semua negara Islam yang mendakwa mereka menggubal atau mempraktikkan undang-undang Islam atau hukum Allah semua memiliki set hukum yang berbeza-beza. Jangankan antara negara, antara hukum hudud Pas Kelantan dengan Pas Terengganu pun dah tak sama.
Kalau benarlah umat Islam hari ini faham apa yang dimaksudkan sebagai hukum Allah tentu mereka semua sedang mengecapi suasana yang penuh kemakmuran, keamanan dan keharmonian sekarang ini. Sebab itu adalah arah di mana cara hidup Islam dan hukum Allah akan membawa kita.
Malangnya itu tidak berlaku. Malah nak hantar bantuan ke Gaza pun kita gagal sedangkan lokasinya di kelilingi oleh jiran-jiran yang beragama Islam. Kenapa jiran-jiran Palestin tidak mahu membuka pintu sempadan mereka untuk misi bantuan ke Gaza sehinggakan para sukarelawan terpaksa memilih jalan laut? Adakah kerana mereka mengikut hukum Tuhan atau kemungkinannya mereka percaya kepada kisah-kisah riwayat yang berbeza-beza?

Saya juga setuju tidak ada negara yang benar-benar menegakkan perlembagaan Al quran sekarang ini. Jadi apakah usaha yang boleh dilakukan utk mencapainya di negara berbilang agama seperti Malaysia.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: agama dipolitikkan.
Salam Zulia,
Saya berpendapat cara hidup (al-deen) tidak wajar diinstitusikan apatah lagi dipolitikkan. Sebab itulah semua Nabi dan rasul tidak mengambil sebarang upah dari tanggungjawab mereka menyampaikan Kitab Tuhan. Mereka hanya menyeru supaya meninggalkan amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan palsu dan kembali kepada ketetapan-ketetapan Tuhan yang sebenar. Rasul dan Nabi hanya mengajak manusia memikirkan yang mana satu nilai baik dan yang mana satu nilai buruk, yang mana satu perbuatan atau amalan baik dan yang mana satu perbuatan atau amalan buruk.
Jika seseorang itu faham dan komited hanya kepada nilai-nilai dan amalan-amalan yang baik, maka tidak kiralah di mana dia berada atau apa pun tanggungjawab yang digalaskan dibahu mereka - mereka pasti akan manusia yang produktif dan berguna.
Saya berpendapat cara hidup (al-deen) tidak wajar diinstitusikan apatah lagi dipolitikkan. Sebab itulah semua Nabi dan rasul tidak mengambil sebarang upah dari tanggungjawab mereka menyampaikan Kitab Tuhan. Mereka hanya menyeru supaya meninggalkan amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan palsu dan kembali kepada ketetapan-ketetapan Tuhan yang sebenar. Rasul dan Nabi hanya mengajak manusia memikirkan yang mana satu nilai baik dan yang mana satu nilai buruk, yang mana satu perbuatan atau amalan baik dan yang mana satu perbuatan atau amalan buruk.
Jika seseorang itu faham dan komited hanya kepada nilai-nilai dan amalan-amalan yang baik, maka tidak kiralah di mana dia berada atau apa pun tanggungjawab yang digalaskan dibahu mereka - mereka pasti akan manusia yang produktif dan berguna.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: agama dipolitikkan.
Salam,
Saya setuju dengan pendapat TM. Hakikatnya hukum Allah sudah lama tertegak tanpa perlu manusia berebut-rebut kuasa untuk menegakkannya. Allah Maha Berkuasa, kenapa pula Dia perlukan manusia tegakkan hukumNya. Bukankah Dia boleh menegakkan hukumNya sendiri? Sedangkan Dia mampu tegakkan hukum sehingga bumi patuh untuk mengelilingi matahari, maka takkanlah nak tegakkan hukum pada manusia, Dia tidak mampu lakukan sehingga manusia kena berebut-rebut kuasa nak tegakkannya?
Sama macam perumpamaan kita menggunakan jalanraya. Apa ke halnya kita nak pergi berbalah-balah nak tegakkan hukum JPJ. Biarlah JPJ yang menentukannya. Kita sebagai pengguna hanya perlu tunduk dengan peraturan yang telah JPJ tetapkan untuk menggunakan jalanraya. Itu sahaja.
Alasan untuk menegakkan hukum Allah itu hanyalah bahan untuk mereka
mengejar populariti dan mencari pengaruh. Ramai yang tertipu dengan permainan politik golongan sebegitu.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: agama dipolitikkan.
Politik pada asasnya adalah pentadbiran keseluruhan lapisan masyarakat dan dalam Islam sendiri politik sentiasa wujud serta seimbang dengan norma-norma kehidupan manusia muslim. Rasullullah saw pada awal penyebaran Islam sendiri menguasai politik dengan mengadakan perjanjian dengan puak ansar sehinggalah membawa kepada penghijrahan nabi saw dengan golongan muhajirin. Politik tidak menegakkan hukum Allah ta'ala? Saya rasa persepsi ini perlu pertimbangan untuk diperbetulkan dengan sewajarnya kerana ketika rasullullah saw mentadibir kerajaan madinah, perkara utama yang rasullullah saw lakukan ialah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara asing seperti Rom dan Farsi yang ketika itu merupakan kuasa politik dunia pada masa itu. Jika politik tidak ditekankan oleh agama Islam, takkan surah Ar-Rum diturunkan kerana pada suasana politik masa itu, umat Islam berasa sangat gembira dengan kemenangan rom terhadap farsi kerana daripada segi politik keagamaan rom yang nasrani lebih mirip dengan Islam berbanding farsi yang musyrik iaitu menyembah api. Politik pada zaman rasullullah saw telah mencorak pemikiran manusia dan adalah menjadi sunnah sekiranya kuasa umat Islam berada dikemuncaknya maka hendaklah ditegakkan hukum Allah subhanahu wa ta'ala dan melalui politik sepatutnya umat Islam adalah yang paling kuat dan tidak terikut-ikut dengan tindakan bacul musuh Islam dengan menanamkan perasaan berpuas hati dengan apa yang Allah telah tetapkan dan tidak perlu menegakkan hukum Allah ta'ala sedangkan Islam tidak tersebar dengan rasullullah saw dan para sahabat tidak pakar dalam arena politik semasa sehingga berjaya menakluk separuh daripada dunia. Mungkin politik yang dibentuk para ahli siasah Islam semasa agak mundur sedikit kerana menggunakan nama Islam sebagai perjuangan politik sedangkan pada zaman rasullullah saw dimana Islam adalah tunjang dalam menguasai politik dan Islam menjadikan politik sebagai alat mentadbir bukan sebaliknya. Mungkin suatu masa nanti politik semasa akan berubah menurut acuan politik Islam yang dibawa oleh rasullullah saw.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: agama dipolitikkan.
tolokminda wrote:Salam Zulia,
Saya berpendapat cara hidup (al-deen) tidak wajar diinstitusikan apatah lagi dipolitikkan. Sebab itulah semua Nabi dan rasul tidak mengambil sebarang upah dari tanggungjawab mereka menyampaikan Kitab Tuhan. Mereka hanya menyeru supaya meninggalkan amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan palsu dan kembali kepada ketetapan-ketetapan Tuhan yang sebenar. Rasul dan Nabi hanya mengajak manusia memikirkan yang mana satu nilai baik dan yang mana satu nilai buruk, yang mana satu perbuatan atau amalan baik dan yang mana satu perbuatan atau amalan buruk.
Jika seseorang itu faham dan komited hanya kepada nilai-nilai dan amalan-amalan yang baik, maka tidak kiralah di mana dia berada atau apa pun tanggungjawab yang digalaskan dibahu mereka - mereka pasti akan manusia yang produktif dan berguna.
salam TM
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan
bila ada pengikut adala puak jadi lah institusi .takkan nabi nak buat sorang2 .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: agama dipolitikkan.
benar en othman.
Tidak akan wujud pemimpin tanpa orang yang dipimpin atau pengikutnya. saya ada terbaca ayat al quran yang melarang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Ada sesiapa yang tahu?
Tidak akan wujud pemimpin tanpa orang yang dipimpin atau pengikutnya. saya ada terbaca ayat al quran yang melarang menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Ada sesiapa yang tahu?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: agama dipolitikkan.
othman wrote:tolokminda wrote:Salam Zulia,
Saya berpendapat cara hidup (al-deen) tidak wajar diinstitusikan apatah lagi dipolitikkan. Sebab itulah semua Nabi dan rasul tidak mengambil sebarang upah dari tanggungjawab mereka menyampaikan Kitab Tuhan. Mereka hanya menyeru supaya meninggalkan amalan-amalan dan kepercayaan-kepercayaan palsu dan kembali kepada ketetapan-ketetapan Tuhan yang sebenar. Rasul dan Nabi hanya mengajak manusia memikirkan yang mana satu nilai baik dan yang mana satu nilai buruk, yang mana satu perbuatan atau amalan baik dan yang mana satu perbuatan atau amalan buruk.
Jika seseorang itu faham dan komited hanya kepada nilai-nilai dan amalan-amalan yang baik, maka tidak kiralah di mana dia berada atau apa pun tanggungjawab yang digalaskan dibahu mereka - mereka pasti akan manusia yang produktif dan berguna.
salam TM
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan
bila ada pengikut adala puak jadi lah institusi .takkan nabi nak buat sorang2 .
Salam Othman,
Jika tuan baca Quran mengenai keperluan mengadili manusia lain dengan adil, tuan akan dapati suruhan itu terpakai kepada setiap individu manusia. Contohnya ayat yang tuan kemukakan di atas walaupun merujuk kepada Nabi Daud, kita dapat melihat bagaimana Tuhan mengingatkan beliau tentang peranan sebagai khalifah - yang mana kita tahu peranan sebagai khalifah bukan hanya terpakai kepada para nabi, tetapi terpakai kepada setiap diri manusia.
Kita tidak perlu menjadi sebahagian dari institusi atau pemimpin kerajaan untuk menjadi manusia yang menghakim manusia lain dengan adil. Nabi Daud sendiri pun kita tahu bukanlah seorang pemimpin kerajaan atau seorang hakim. Beliau adalah seorang tukang besi. Tetapi sebagai manusia, pada dasarnya beliau tetap seorang khalifah - dalam konteks ini kita pun samalah, sebab kita pun manusia. Dan dari ayat 38:26, seorang khalifah mesti menghakim dengan adil dalam apa jua keadaan. Dari sudut bertentangan, maknanya jika kita tidak adil, maka kita tidak layak menjadi seorang manusia yang bergelar khalifah.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: agama dipolitikkan.
tolokminda wrote:othman wrote:tolokminda wrote:Salam Zulia,

Salam TM
Sesuatu umat mesti lah di pinpin oleh seorang rasul . asalnya nabi bukanlah raja tetapi beliau telah menjadi pemimpin semua kaum dgn membawa ajaran al quran . saya masih keliru dgn penjelasan tuan .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: agama dipolitikkan.
Salam Othman,
Boleh tuan kemukakan ayat Al-Quran yang menunjukkan mana-mana nabi atau rasul yang Tuhan perintahkan supaya menjadi pemimpin yang bersifat politik? Tidak ada di dalam sejarah nabi-nabi yang dipaparkan di dalam Quran ada menyuruh mana-mana nabi dan rasul mengambil alih tampuk pemerintahan semasa. Nabi Musa pun Tuhan suruh jumpa Firuan bukan untuk merampas kuasa. Nabi Yusuf yang dipenjara secara salah pun tidak mengumpul pengikut untuk merampas kuasa. Tugas rasul adalah menyampaikan wahyu Tuhan kepada manusia. Mereka tidak memperolehi sebarang ganjaran samada dalam bentuk upah atau kuasa politik dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Cara hidup Islam melangkaui sempadan mana-mana negara dan kerajaannya.
Boleh tuan kemukakan ayat Al-Quran yang menunjukkan mana-mana nabi atau rasul yang Tuhan perintahkan supaya menjadi pemimpin yang bersifat politik? Tidak ada di dalam sejarah nabi-nabi yang dipaparkan di dalam Quran ada menyuruh mana-mana nabi dan rasul mengambil alih tampuk pemerintahan semasa. Nabi Musa pun Tuhan suruh jumpa Firuan bukan untuk merampas kuasa. Nabi Yusuf yang dipenjara secara salah pun tidak mengumpul pengikut untuk merampas kuasa. Tugas rasul adalah menyampaikan wahyu Tuhan kepada manusia. Mereka tidak memperolehi sebarang ganjaran samada dalam bentuk upah atau kuasa politik dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Cara hidup Islam melangkaui sempadan mana-mana negara dan kerajaannya.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: agama dipolitikkan.
mungkin maksud politik itu juga perlu dijelaskan terlebih dulu. pergertian politik bagi sdr TM mungkin berbeza dari en Othman.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: agama dipolitikkan.
Zulia wrote:mungkin maksud politik itu juga perlu dijelaskan terlebih dulu. pergertian politik bagi sdr TM mungkin berbeza dari en Othman.
kena rujuk al quran . yg aku paham bila nabi kata akulah wakil allah tu kira politik lah .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: agama dipolitikkan.
tolokminda wrote:Salam Othman,
Boleh tuan kemukakan ayat Al-Quran yang menunjukkan mana-mana nabi atau rasul yang Tuhan perintahkan supaya menjadi pemimpin yang bersifat politik? Tidak ada di dalam sejarah nabi-nabi yang dipaparkan di dalam Quran ada menyuruh mana-mana nabi dan rasul mengambil alih tampuk pemerintahan semasa. Nabi Musa pun Tuhan suruh jumpa Firuan bukan untuk merampas kuasa. Nabi Yusuf yang dipenjara secara salah pun tidak mengumpul pengikut untuk merampas kuasa. Tugas rasul adalah menyampaikan wahyu Tuhan kepada manusia. Mereka tidak memperolehi sebarang ganjaran samada dalam bentuk upah atau kuasa politik dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Cara hidup Islam melangkaui sempadan mana-mana negara dan kerajaannya.
Salam TM
Nabi sulaiman bukan kah seorang raja ?
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: agama dipolitikkan.
othman wrote:tolokminda wrote:Salam Othman,

Nabi sulaiman alaihi salam bukan kah seorang raja ?
Nabi daud alaihi salam pun seorang pemerintah.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: agama dipolitikkan.
othman wrote:tolokminda wrote:Salam Othman,
Boleh tuan kemukakan ayat Al-Quran yang menunjukkan mana-mana nabi atau rasul yang Tuhan perintahkan supaya menjadi pemimpin yang bersifat politik? Tidak ada di dalam sejarah nabi-nabi yang dipaparkan di dalam Quran ada menyuruh mana-mana nabi dan rasul mengambil alih tampuk pemerintahan semasa. Nabi Musa pun Tuhan suruh jumpa Firuan bukan untuk merampas kuasa. Nabi Yusuf yang dipenjara secara salah pun tidak mengumpul pengikut untuk merampas kuasa. Tugas rasul adalah menyampaikan wahyu Tuhan kepada manusia. Mereka tidak memperolehi sebarang ganjaran samada dalam bentuk upah atau kuasa politik dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Cara hidup Islam melangkaui sempadan mana-mana negara dan kerajaannya.
Salam TM
Nabi sulaiman bukan kah seorang raja ?
Dan adakah Tuhan menceritakan apa-apa tentang Nabi Sulaiman dan Nabi Daud menegakkan "perlembagaan Islam" dalam pemerintahan beliau? Kalau ada sila berikan saya no. ayat dan no. surah Al-Quran sebagai rujukan.
Last edited by tolokminda on Wed Jun 23, 2010 12:14 am; edited 1 time in total
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: agama dipolitikkan.
apakah agama Nabi sulaiman?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: agama dipolitikkan.
Salam Zulia,
Tidak ada Nabi dan rasul yang beragama. Agama sebenarnya dicipta oleh golongan munafik yang memutar-belitkan apa yang mereka sampaikan. Sebab itulah walaupun Tuhan dah jelaskan bahawa semua Nabi dan rasul menyampaikan perkara yang sama, tetapi "agama" yang dicipta selepas ketiadaan mereka semuanya nampak lain-lain - bersifat kepuakan atau perkauman. Apa yang disampaikan Nabi dan rasul sepatutnya bersifat universal. Islam bukan agama tetapi ia merupakan cara hidup yang lurus dan direstui Tuhan.
Tidak ada Nabi dan rasul yang beragama. Agama sebenarnya dicipta oleh golongan munafik yang memutar-belitkan apa yang mereka sampaikan. Sebab itulah walaupun Tuhan dah jelaskan bahawa semua Nabi dan rasul menyampaikan perkara yang sama, tetapi "agama" yang dicipta selepas ketiadaan mereka semuanya nampak lain-lain - bersifat kepuakan atau perkauman. Apa yang disampaikan Nabi dan rasul sepatutnya bersifat universal. Islam bukan agama tetapi ia merupakan cara hidup yang lurus dan direstui Tuhan.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: agama dipolitikkan.
tolokminda wrote:Salam Zulia,
Tidak ada Nabi dan rasul yang beragama. Agama sebenarnya dicipta oleh golongan munafik yang memutar-belitkan apa yang mereka sampaikan. Sebab itulah walaupun Tuhan dah jelaskan bahawa semua Nabi dan rasul menyampaikan perkara yang sama, tetapi "agama" yang dicipta selepas ketiadaan mereka semuanya nampak lain-lain - bersifat kepuakan atau perkauman. Apa yang disampaikan Nabi dan rasul sepatutnya bersifat universal. Islam bukan agama tetapi ia merupakan cara hidup yang lurus dan direstui Tuhan.
salam tm
apa madsud agama dan apakah pulak salahnya kalau kita guna istilah ugama islam utk merujuk kepada cara hidup yg lurus . adakah jatuh kafir jika kita kata kita ugama islam .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: agama dipolitikkan.
tolokminda wrote:Salam Zulia,
Tidak ada Nabi dan rasul yang beragama. Agama sebenarnya dicipta oleh golongan munafik yang memutar-belitkan apa yang mereka sampaikan. Sebab itulah walaupun Tuhan dah jelaskan bahawa semua Nabi dan rasul menyampaikan perkara yang sama, tetapi "agama" yang dicipta selepas ketiadaan mereka semuanya nampak lain-lain - bersifat kepuakan atau perkauman. Apa yang disampaikan Nabi dan rasul sepatutnya bersifat universal. Islam bukan agama tetapi ia merupakan cara hidup yang lurus dan direstui Tuhan.
Kenapa kenyataan saudara seperti seorang 'Atheis'?
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: agama dipolitikkan.
PenjunjungEhsan wrote:Kenapa kenyataan saudara seperti seorang 'Atheis'?
Atheis = tidak bertuhan.
Tidak beragama belum tentu tidak bertuhan.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: agama dipolitikkan.
othman wrote:
apa madsud agama dan apakah pulak salahnya kalau kita guna istilah ugama islam utk merujuk kepada cara hidup yg lurus . adakah jatuh kafir jika kita kata kita ugama islam .
Agama dipahami sebagai suatu institusi yang dipimpin oleh agamawan/ulama.
Dalam soal agama orang harus mematuhi agamawan/ulama.
Celakanya fatwa agamawan/ulama banyak yang tidak sejalan dan bertentangan dengan petunjuk Allah dalam Alquran.
Salam.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: agama dipolitikkan.
Salam Faried,
Biar apapun agama yang diwariskan kepada kita oleh ibubapa kita, kita sentiasa mempunyai peluang untuk memeriksa kesahihan atau logiknya. Malangnya kebanyakan manusia hanyalah pak turut.
Biar apapun agama yang diwariskan kepada kita oleh ibubapa kita, kita sentiasa mempunyai peluang untuk memeriksa kesahihan atau logiknya. Malangnya kebanyakan manusia hanyalah pak turut.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Page 1 of 9 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 9
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|