e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Agama Pak Arab I_vote_lcap6%Agama Pak Arab I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap23%Agama Pak Arab I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap21%Agama Pak Arab I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap8%Agama Pak Arab I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap8%Agama Pak Arab I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap6%Agama Pak Arab I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap6%Agama Pak Arab I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap0%Agama Pak Arab I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap6%Agama Pak Arab I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap4%Agama Pak Arab I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap0%Agama Pak Arab I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap1%Agama Pak Arab I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap3%Agama Pak Arab I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap1%Agama Pak Arab I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Agama Pak Arab I_vote_lcap5%Agama Pak Arab I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
Juang (3494)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Agama Pak Arab I_vote_lcapAgama Pak Arab I_voting_barAgama Pak Arab I_vote_rcap 

Keywords

2011  2013  baqarah  2012  2010  2024  


Agama Pak Arab

3 posters

Go down

Agama Pak Arab Empty Agama Pak Arab

Post by Juang Sun Aug 14, 2011 1:11 pm

Apa sebenarnya matlamat agama Pak Arab yang diamalkan oleh rata-rata orang Melayu hari ini? Mari kita sama-sama mengkajinya.

1) Mengucap dua kata-kata kesaksian

- Al Quran tidak menyuruh kita bersaksikan Muhammad adalah Rasul Allah, melainkan kata-kata sebegitu diucapkan oleh orang-orang munafik sahaja (rujuk 63:1). Tujuan mereka mengada-adakan ucapan sebegitu supaya manusia hanya taksub pada seseorang Nabi (walhal Al Quran menganjurkan kita tidak membeza-bezakan rasul-rasulNya - rujuk 2:285 & 4:152). Apabila manusia itu taksub pada seseorang Nabi, maka mereka akan membuta-tuli menurut sesuatu riwayat hadis yang didakwakan kononnya daripada pada nabi tersebut. Mereka akan taksub pada tok guru-tok guru mereka yang hanya bersumberkan riwayat hadis (Al Quran hanya sampingan sahaja). Konsep ini telah digunakan dalam agama Nasrani di mana mereka mahu penganut mereka hanya taksub pada cerita-cerita Nabi Isa yang dikumpulkan oleh "ulamak-ulamak" agama tersebut. Ajaran Injil yang sebenar dijauhi kerana mengutamakan riwayat-riwayat yang dikumpulkan atas nama sahabat-sahabat Nabi Isa (gospel). Apabila Rasulullah ajak mereka berhakimkan Kitab Allah, ramai yang berpaling lari (rujuk 3:23).

2) Membuat ritual mengadap ke arah binaan tangan manusia (sebanyak 5 kali sehari)
- Ia adalah cara untuk menumpukan perhatian penganut agama ini kepada tanah Arab iaitu tempat utama amalan pagan ini dilakukan. Apabila 5 kali mereka mengadap berhala di sana, maka rasa cinta mereka kepada berhala itu semakin membara dan syaitan menampakkan amalan tersebut indah seperti mana syaitan pernah menampakkan keadaan yang sama pada agama pagan terdahulu (rujuk 16:63 ). Kemudian mereka buat bangunan khas untuk mengumpulkan golongan ini. Bila mereka berkumpul, mudahlah derma dikutip walaupun Nabi sendiri tidak berani meminta upah di atas dakwahnya (25:57). Jika Nabi sendiri tidak berani nak minta upah, takkanlah yang kata mereka mengikut sunnah Nabi itu berani berbuat sebaliknya?.

3) Menahan makan dan minun di siang hari selama sebulan yang dikhususkan.
- Ia bertujuan untuk menamankan lagi rasa kecintaan pada amalan ritual menyembah berhala kerana dalam bulan ini mereka digalakkan membuat amalan ritual tersebut terutama di malam hari. Mereka dijanjikan dengan pahala berlipat kali ganda jika buat amalan-amalan ritual di bulan yang kononnya mulia di sisi mereka. Kemudian, untuk menguntungkan perniagaan kurma Pak Arab, maka kurma dijadikan makaan utama yang kononnya "sunnah Nabi" dan dapat ganjaran pahala yang banyak walhal Allah tidak pernah memuliakan sesuatu buah berbanding buah yang lain. Bila lapar dan dahaga, buah kurma pun nampak sedap. Sebab itu di bulan-bulan lain, mereka tak pandang pun buah kurma tersebut. Apek yang jual epal fuji lagi baik akhlaknya kerana tidak pernah menggunakan nama Tuhan untuk mengatakan dengan makan buah tersebut, akan diberikan pahala yang banyak.

4) Membayar cukai agama
- Seperti agama-agama lain yang ada bayaran tertentu yang kononnya untuk menyucikan harta atau diri, macam itulah yang ditiru oleh agama Pak Arab tersebut. Sekali lagi ia bercanggah dengan pedoman para Rasul terdahulu yang tidak mengambil upah di dalam dakwah mereka. Dan Al Quran menggalakkan sedekah, bukannya cukai agama. Sedekah memerlukan keikhlasan (berbuat sesuatu di atas kesedaran sendiri). Bila dijadikan dalam bentuk cukai, macam mana nak sampai ke keikhlasan tersebut?

5) Melawat berhala di tanah Arab
- Ia adalah amalan terpenting berbanding segala amalan ritual yang terkandung dalam agama ini. Ia hanya dilakukan bagi yang berkemampuan untuk datang beritual mengelilingi bangunan yang dibina daripada tangan-tangan mereka sendiri. Kononnya bila beritual di sana, dijanjikan pahala yang besar dan dosa-dosa diampunkan seperti bayi baru lahir (betapa tinggi nilai mereka letakkan pada amalan ini). Maka ramailah yang buat jahat masa muda, dan bila sudah tua mereka "bertaubat" depan batu itu untuk merasa tidak bersalah di atas perbuatan-perbuatan buruk mereka semasa dahulu walhal taubat yang sebenar adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu berhala kerana hanya dosa menyekutukan Allah sahaja yang tidak diampunkan. Yang mendapat untung adalah pelopor agama Pak Arab ini kerana berjaya menggula-gulakan ramai manusia menghambakan diri untuk mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk datang melawat ke berhala tersebut.

Kita nampak rukun-rukun di atas disusun sedemikian rupa supaya melahirkan ramai orang yang sanggup datang melawat/berbelanja untuk berhala tersebut walau cara macam mana sekali pun. Kuncinya utamanya adalah dengan menanam ketaksuban pada Nabi Muhammad agar riwayat-riwayat karut-marut atas nama Nabi Muhammad dilihat suatu yang benar daripada Tuhan. Sebab itulah sampai Al Quran pun mereka terjemahkan mengikut riwayat-riwayat hadis. Sepatutnya riwayat hadis itu difahami mengikut ayat-ayat Tuhan, barulah logik. Betapa mereka meletakkan ayat-ayat Tuhan lebih rendah daripada ayat-ayat si polan.

Apabila seseorang manusia itu mula hidup menurut membuta-tuli dan menjauhi Kitab Allah, maka mudahlah mindanya dikawalkan untuk melakukan apa sahaja demi berhala mereka.

Itulah keuntungan menjual ayat-ayat Tuhan dengan harga yang murah seperti mana umat terdahulu pernah alami. Semoga mereka berbahagia di akhirat nanti dengan menipu-daya jutaan manusia.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Agama Pak Arab NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Re: Agama Pak Arab

Post by Admin Sun Aug 14, 2011 2:09 pm

5) Melawat berhala di tanah Arab
- Ia adalah amalan terpenting berbanding segala amalan ritual yang terkandung dalam agama ini. Ia hanya dilakukan bagi yang berkemampuan untuk datang beritual mengelilingi bangunan yang dibina daripada tangan-tangan mereka sendiri. Kononnya bila beritual di sana, dijanjikan pahala yang besar dan dosa-dosa diampunkan seperti bayi baru lahir (betapa tinggi nilai mereka letakkan pada amalan ini).

Yang ada duit pergi melawat berhala di tanah arab itu banyaklah pahala dan dosa mereka mudah diampunkan.

Namun yang tidak berduit dan jauh dari berhala itu, gigit jari ajelah.

Agaknya, orang-orang arab lah yang ramai ke syurga nanti sebab dekat dan senang beritual kepada berhala itu.

Tak masuk akal langsung.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Agama Pak Arab SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Re: Agama Pak Arab

Post by Juang Sun Aug 14, 2011 3:04 pm

Bukan sahaja tak masuk akal, malah Al Quran juga mengatakan orang Arab itu terkenal dengan kekafiran dan kemunafikannya. Jika Allah telah menyuruh Nabi peringatkan manusia tentang keburukan kaum Nabi sendiri (Nabi tak malu mengatakan kebenaran biarpun tidak selari dengan kepercayaan tradisi kaumnya sendiri), takkanlah kita senang-senang nak percaya pada riwayat-riwayat hadis tak masuk akal yang diceritakan oleh si polan bin si polan berbangsa Arab itu?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Agama Pak Arab NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Re: Agama Pak Arab

Post by faried Sun Aug 14, 2011 7:40 pm

Juang wrote:
3) Menahan makan dan minun di siang hari selama sebulan yang dikhususkan.

Alssiyamu ditetapkan atas orang-orang beriman (2.183), dan siapa saja yang sakit (man kana minkum mareedan) maka tidak perlu melakukan alssiyamu.

Al-Baqara (The Cow)

Ayyaman maAAdoodatin faman kana minkum mareedan aw AAala safarin faAAiddatun min ayyamin okhara waAAala allatheena yuteeqoonahu fidyatun taAAamu miskeenin faman tatawwaAAa khayran fahuwa khayrun lahu waan tasoomoo khayrun lakum in kuntum taAAlamoona

2:184 (Malay) (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Shahru ramadana allathee onzila feehi alquranu hudan lilnnasi wabayyinatin mina alhuda waalfurqani faman shahida minkumu alshshahra falyasumhu waman kana mareedan aw AAala safarin faAAiddatun min ayyamin okhara yureedu Allahu bikumu alyusra wala yureedu bikumu alAAusra walitukmiloo alAAiddata walitukabbiroo Allaha AAala ma hadakum walaAAallakum tashkuroona

2:185 (Malay) (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

Sangat aneh bahwa orang melaksanakan alssiyamu dengan cara tidak makan dan tidak minum, padahal tidak makan dan tidak minum membuat orang menjadi sakit. Jadi puasa dengan tidak makan dan tidak minum adalah bertentangan dengan 2.184 dan 2.185, dan tentu saja mudah dipahami bahwa tidak makan dan tidak minum bukanlah alssiyamu yang ditetapkan oleh Tuhan (2.183).

Salam.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6070
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Re: Agama Pak Arab

Post by Admin Mon Aug 15, 2011 1:29 am

Juang wrote:Bukan sahaja tak masuk akal, malah Al Quran juga mengatakan orang Arab itu terkenal dengan kekafiran dan kemunafikannya. Jika Allah telah menyuruh Nabi peringatkan manusia tentang keburukan kaum Nabi sendiri (Nabi tak malu mengatakan kebenaran biarpun tidak selari dengan kepercayaan tradisi kaumnya sendiri), takkanlah kita senang-senang nak percaya pada riwayat-riwayat hadis tak masuk akal yang diceritakan oleh si polan bin si polan berbangsa Arab itu?

Ada tak kita dengar dalam riwayat hadis kata orang arab terkenal dengan kekafiran dan kemunafikan?

Sedangkan al-quran yang diturunkan dalam bahasa arab itu sendiri kata begitu. Itu bermakna ayat-ayat al-quran itu bukan direka-reka berbanding riwayat hadis.

Oleh itu, kita jangan malu mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri supaya dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Kalau hanya nak berlagak, ego dan sombong kita sendiri akan dapat susah.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Agama Pak Arab SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Re: Agama Pak Arab

Post by Juang Wed Aug 17, 2011 1:49 am

Benar Bayau. Oleh kerana Al Quran itu walaupun disampaikan dengan lisan Arab, namun ia tidak memuja-muji bangsa Arab. Malah bangsa Arab turut dikutuk jika berbuat keburukan seperti mana orang Yahudi dan Nasrani juga. Namun selalunya pak-pak ustaz kita hanya suruh membenci Yahudi dan Nasrani, tetapi melupakan peringatan Tuhan bahawa bangsa Arab itu amat berani dalam kemunafikannya biarpun ketika Nabi masih hidup.

Ini sudah 1400 tahun Nabi wafat, sudah pasti mereka lagi-lagilah berani melakukan kemunafikan sebab mereka rasa tiada nabi nak perhatikan mereka sehingga mudah-mudah mereka nak reka riwayat-riwayat hadis yang disandarkan atas nama Nabi yang sudah lama tiada itu. Mereka lupa Allah amat dekat dengan mereka.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Agama Pak Arab NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Pemabuk dan si buta

Post by Juang Sat Aug 20, 2011 4:38 pm

Agama Pak Arab Mabuk_buta1

Ada dua orang celik sedang berjalan menutup mata. Mereka malas menggunakan mata mereka sendiri dan hanya mengharapkan seorang pemabuk membawa mereka ke destinasi yang selamat. Di hadapan mereka terdapat jambatan untuk menyeberangi sebuah jurang yang dalam.

Apakah dalam situasi begini kita yakin mereka akan selamat menyeberangi jurang tersebut walaupun di bawah sinar matahari yang terang benderang? Tidakkah kebarangkalian mereka akan jatuh ke dalam jurang tersebut adalah tinggi?

Bayangkan pula jika dua orang tersebut ada inisiatif untuk menggunakan mata sendiri untuk tidak menyandarkan perjalanan mereka pada si pemabuk itu, tidak mustahil kebarangkali mereka akan selamat menyeberangi jambatan tersebut menjadi tinggi.

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, …

Dalam Al Quran, manusia itu dikatakan mabuk selagi tidak mengetahui apa yang dia ucapkan sendiri (di bawah kesedaran). Setelah dia faham apa yang diucapkan, barulah manusia itu keluar dari kemabukan.

Ada sejenis manusia mengucapkan ayat-ayat Al Quran dalam bahasa yang mereka tidak fahami. Mereka itu juga seperti orang-orang yang mabuk kerana tidak mengetahui apa yang mereka ucapkan. Kemudian mereka kata dalam Islam tidak boleh guna akal dan hanya kena turut cakap mereka sahaja.

Jika kita menutup akal kita daripada berfikir (walaupun kebenaran Al Quran itu jelas sinarannya) dan mengharapkan orang-orang yang tidak mengetahui apa yang mereka ucapkan (orang mabuk) itu membawa kita ke destinasi yang selamat, tidakkah sama macam situasi dalam gambar di atas? Tidak mustahil kita akan terhumban ke dalam neraka bersama-sama si “mabuk” itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Agama Pak Arab NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Re: Agama Pak Arab

Post by Admin Mon Sep 12, 2011 12:01 pm

Salam Juang,

Satu perumpamaan yang sangat baik daripada saudara.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Agama Pak Arab SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Agama Pak Arab Empty Re: Agama Pak Arab

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum