e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap6%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap23%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap21%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap8%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap8%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap6%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap6%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap0%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap6%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap4%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap0%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap1%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap3%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap1%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcap5%Bertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
Juang (3494)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Bertuhankan pembesar agama? I_vote_lcapBertuhankan pembesar agama? I_voting_barBertuhankan pembesar agama? I_vote_rcap 

Keywords

2013  2010  2012  2011  2024  baqarah  


Bertuhankan pembesar agama?

+2
Admin
Juang
6 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 2:22 am

Di sebalik sesuatu golongan yang menyembah berhala, hakikatnya mereka sebenarnya menyembah pembesar agama yang mengada-adakan amalan menyembah berhala itu. Jika mereka berfikiran kritis dan tidak membuta-tuli menurut cakap pembesar agama tersebut, pasti mereka tidak akan menyembah sesuatu berhala.

Ambil kisah bani Israel zaman Nabi Musa, akibat termakan dengan kata-kata Samiri, ramai di antara mereka menyembah patung anak lembu. Jika mereka tidak menurut membuta-tuli cakap Samiri itu, sudah pasti mereka tidak memasukkan diri mereka ke dalam kebodohan sebegitu rupa.

Begitu juga dengan kisah orang Yahudi yang menjadi Uzair sebagai anak Tuhan, dan orang Nasrani yang menjadikan Al Masih Isa sebagai anak Tuhan, semuanya kerana mereka bertuhankan pembesar-pembesar agama mereka yang mengada-adakan cerita fantasi tentang Uzair dan Al Masih itu. Jika ada di antara orang Yahudi dan Nasrani yang berfikiran kritis, tidaklah mereka mudah percaya dan menurut membuta-tuli apa yang pembesar agama mereka dustai.

Maka, begitulah juga bagi orang Islam hari ini, jika mereka tidak menurut membuta-tuli cakap pembesar agama yang menyuruh sujud kepada kiub batu, pastilah keadaan mereka lebih baik daripada orang musyrik terdahulu yang menurut membuta-tuli pembesar agama mereka yang menyebabkan mereka dikalahkan oleh golongan yang lebih sedikit berbanding mereka.

Jadi, adakah selain Tuhan semesta alam patut dipercayai? Apakah mereka tidak tahu memikirkan?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Bertuhankan pembesar agama? NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Admin Sat Apr 09, 2011 2:35 am

Salam,

Kalau kita tanya mereka, sudah pasti jawapan yang diberikan "tidak, kami bertuhankan pemelihara semesta alam yang akan mengadili kami di akhirat kelak".

Ya, tapi mengapa menurut membuta-tuli pembesar agama? Apakah pembesar agama itu yang akan mengadili mereka nanti? Apakah pembesar agama itu yang akan menolong mereka menjawab di hadapan Tuhan nanti? Apakah kita tidak mahu menilai diri kita sendiri dan hanya bergantung kepada cakap-cakap pembesar agama mereka?
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Bertuhankan pembesar agama? SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by silatgayung Sat Apr 09, 2011 3:35 am

apakah ayat2 Al-quran yang menyokong kenyataan saudara berdua ini.....
silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Bertuhankan pembesar agama? SAB
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Admin Sat Apr 09, 2011 4:17 am

silatgayung wrote:apakah ayat2 Al-quran yang menyokong kenyataan saudara berdua ini.....

Salam,

Jelas, ada petunjuk dalam al-quran.

9:31. Mereka mengambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Bertuhankan pembesar agama? SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by antesa Sat Apr 09, 2011 5:30 am

Juang wrote:
Ambil kisah bani Israel zaman Nabi Musa, akibat termakan dengan kata-kata Samiri, ramai di antara mereka menyembah patung anak lembu. Jika mereka tidak menurut membuta-tuli cakap Samiri itu, sudah pasti mereka tidak memasukkan diri mereka ke dalam kebodohan sebegitu rupa.
Baru sebentar ditinggalkan nabi Musa mereka mudah sesat, sedangkan ketika bersama nabi Musa saja mereka selalu menampakkan kesesatan.

terbukti kelakuan ahli kitab zaman dulu dengan zaman sekarang tiada beza. mereka hendak menyembah Tuhan perlu simbol batu seperti sekarang telah ramai mereka pakai simbol batu.

7.138 Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.

antesa
antesa
Siswazah

Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5014
Registration date : 2011-02-26

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 10:26 am

Admin wrote:
silatgayung wrote:apakah ayat2 Al-quran yang menyokong kenyataan saudara berdua ini.....

Salam,

Jelas, ada petunjuk dalam al-quran.

9:31. Mereka mengambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih, putera Mariam; dan mereka diperintah untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan.
Salam Bayau,

Itu faedahnya jika hidup berpegang pada Kitab Allah. Bila diminta kemukakan ayat-ayat Al Quran, mudah sahaja dibawakan.

Tetapi jika hidup bertuhankan pembesar agama, bila diminta kemukakan ayat-ayat Al Quran yang suruh sujud ke arah kiub batu dalam solat, sampai ke saat ini mereka GAGAL mengemukakan?

Bukankah mereka yang GAGAL kemukakan bukti itu adalah orang-orang yang berdusta? Kalau kuat berdusta, macam mana nak masuk ke syurga?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Bertuhankan pembesar agama? NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 10:38 am

antesa wrote:
Baru sebentar ditinggalkan nabi Musa mereka mudah sesat, sedangkan ketika bersama nabi Musa saja mereka selalu menampakkan kesesatan.

terbukti kelakuan ahli kitab zaman dulu dengan zaman sekarang tiada beza. mereka hendak menyembah Tuhan perlu simbol batu seperti sekarang telah ramai mereka pakai simbol batu.

7.138 Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
Salam,

Inilah manfaat bila kita minat berpegang pada Kitab Allah. Kita mudah bawakan ayat-ayat Al Quran yang banyak mengandungi pedoman tentang sifat-sifat orang-orang yang suka menyekutukan Allah.

Golongan penyembah berhala itu bukan kira ada Nabi atau tidak. Sebab itulah mereka tanpa segan-silu meminta Nabi Musa buatkan berhala untuk mereka. Dan apabila Allah uji mereka, iaitu Nabi Musa meninggalkan mereka untuk sementara waktu, majoriti mereka menurut membuta-tuli cakap Samiri untuk menyembah patung anak sapi.

Begitulah juga perangai majoriti orang Arab setelah ditinggalkan Muhammad. Seperti yang diketahui orang-orang Arab terkenal dengan kekafiran dan kemunafikan, maka tidak hairanlah mereka kembali menyembah berhala berbentuk kiub batu setelah Muhammad diwafatkan.

Bodohnya orang-orang Melayu di nusantara, mereka main turut membuta-tuli sahaja ajaran orang Arab tanpa mahu menyelidiki sejauh mana kebenaran sesuatu ajaran yang pembesar agama mereka bawakan. Mereka tengok orang Cina (dari timur) ada berhala dan orang India (dari barat) ada berhala, mereka pun nak ada berhala juga. Sebijik macam perangai bani Israel di zaman Nabi Musa itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Bertuhankan pembesar agama? NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 12:15 pm

Salam,

Mari kita renungkan perumpamaan yang berguna ini;

22:73. Wahai manusia, satu persamaan dijadikan; maka dengarlah padanya. Sesungguhnya orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, tidak akan dapat mencipta seekor lalat, walaupun mereka berkumpul untuknya; dan jika seekor lalat merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat menyelamatkannya daripada ia. Lemahlah sungguh yang mencari, dan yang dicari!

Ayat di atas cukup memberi makna kepada orang-orang yang tidak mahu bertuhankan pembesar agama.

Hendak mencipta lalat pun pembesar-pembesar agama itu tidak tahu walaupun mereka berkumpul untuk mencipta lalat, malah jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka pun mereka tidak dapat nak selamatkan. Betapa lemahnya mereka.

Jadi orang-orang yang bertuhankan pembesar agama itu berada dalam kelemahan yang nyata. Sebab itulah pembesar agama yang suruh sujud ke arah kiub batu itu gagal nak selamatkan rakyat Iraq daripada dikalahkan AS walaupun rakyat Iraq begitu rajin beritual mengadap kiub batu itu.

Tetapi kalau manusia itu rajin mengadap ilmu dan mampu mencipta teknologi sendiri yang tidak diketahui oleh musuh, maka sudah pasti musuh akan takut nak serang.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Bertuhankan pembesar agama? NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Zulia Sat Apr 09, 2011 1:59 pm

Adakah orang kafir yang mempunyai teknologi itu mampu mencipta lalat? Tidak juga. Al Quran hanya memberi petunjuk pada orang yang mahukan Islam. Sebab itu orang yang tidak mendapat petunjuk tidak tahu apakah tujuan ayat alQuran itu.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Bertuhankan pembesar agama? PRK
Reputation : 3
Credits : 6867
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 2:22 pm

Salam,

Seperti mana pembesar agama itu tidak berupaya mencipta lalat, seperti itulah orang kafir yang lain pun tidak mampu mencipta lalat. Namun saintis yang jujur berjaya mencipta kapal terbang yang menyerupai konsep lalat terbang.

Yang menariknya, biarpun para saintis itu berupaya mencipta kapal terbang, tidak pula mereka suruh mana-mana manusia sujud pada batu atau apa jua objek. Nampaknya para saintis itu lebih mulia sifatnya daripada pembesar agama yang tidak tahu mencipta sesuatu itu.

Cuba renungkan lagi, tiada pembesar agama yang suruh sujud kepada matahari, bulan, patung atau batu yang berjaya mencipta kenderaan terbang. Tetapi kenapa Allah berikan kebolehan mencipta itu kepada para saintis yang tidak menyuruh manusia buat amalan ritual? Itu menunjukkan di sisi Allah, nilai ajaran pembesar agama itu lebih rendah daripada apa yang saintis sampaikan.

Tidak hairanlah kisah Nabi Nuh adalah perbezaan di antara golongan yang pandai mencipta dengan golongan yang hanya tahu buat amalan ritual sembahan sahaja. Dan golongan yang pandai mencipta itu dimenangkan.

Lihat pertembungan Barat dan Arab. Barat hari ini adalah manusia yang pandai mencipta, sedangkan majoriti Arab hanya sibuk dengan amalan ritual. Maka Allah menangkan golongan pandai mencipta ke atas golongan yang malas mencipta.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Bertuhankan pembesar agama? NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 2:58 pm

Salam,

30:8. Apa, tidakkah mereka memikirkan di dalam diri-diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi, dan apa yang di antaranya, melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang telah dinyatakan; namun begitu, kebanyakan manusia tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.

Jika pembesar agama melarang penganut agama mereka berfikir agar penipuan yang mereka lakukan tidak terbongkar, Allah pula menyuruh manusia berfikir sehingga merenung apa yang ada dalam diri masing-masing. Malah Allah mengajak kita berfikir bagaimana Dia mencipta langit dan bumi dengan cara yang benar sehingga manusia boleh mengkaji dan mendapat manfaat daripada hasil kajian mereka.

Dan seperti fakta yang kita nampak hari ini, orang-orang yang mengikut suruhan Allah agar memikirkan dalam diri dan alam semesta ini (para saintis) itulah yang diberikan kemenangkan kepada golongan yang bertuhankan pembesar agama. Itulah perbezaan yang kita nampak di antara orang yang tunduk pada ilmu alam Allah dengan orang yang menurut membuta-tuli hukum-hukum yang diada-adakan oleh pembesar agama mereka.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Bertuhankan pembesar agama? NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Bertuhankan pembesar agama? Empty Re: Bertuhankan pembesar agama?

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 7:05 pm