e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Penurunan Al Quran I_vote_lcap6%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap23%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap21%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap8%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap8%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap6%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap6%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap0%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap6%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap4%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap0%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap1%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap3%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap1%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Penurunan Al Quran I_vote_lcap5%Penurunan Al Quran I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
Juang (3494)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Penurunan Al Quran I_vote_lcapPenurunan Al Quran I_voting_barPenurunan Al Quran I_vote_rcap 

Keywords

baqarah  2011  2010  2012  2024  2013  


Penurunan Al Quran

+2
Zulia
Juang
6 posters

Page 1 of 6 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Go down

Penurunan Al Quran Empty Penurunan Al Quran

Post by Juang Fri Dec 24, 2010 7:00 am

43:31. Mereka berkata, "Mengapakah al-Qur'an ini tidak diturunkan kepada sesetengah lelaki yang terkemuka di dua bandar raya?"

43:32. Apa, adakah mereka yang membahagikan pengasihan Pemelihara kamu? Kami membahagikan antara mereka penghidupan mereka di dalam kehidupan dunia, dan menaikkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain dalam darjat, supaya sebahagian mereka mengambil yang lain dalam perhambaan; dan pengasihan Pemelihara kamu adalah lebih baik daripada apa yang mereka mengumpulkan


Telah terjadi pada orang kafir terdahulu, mereka merasa hairan kenapa Al Quran tidak diturunkan kepada golongan terkemuka di kalangan mereka. Pada mereka sepatutnya hal-hal agama itu diberikan kepada pembesar-pembesar agama, bukannya kepada Rasulullah, seorang awam yang berjalan di pasar-pasar.

Namun mereka lupa bahawa urusan menurunkan kefahaman Al Quran itu terletak pada penilaian Allah. Allah Lebih Mengasihi daripada manusia. Dia Mengetahui siapa yang jernih hatinya dan siapa yang hipokrit. Sudah tentu Dia akan turunkan kefahaman Al Quran itu kepada hati-hati yang jernih, bukannya pada hati-hati yang kotor kerana hati yang kotor itu memang tidak mahu memahami pun biarpun dikemukakan pelbagai bentuk bukti.

Hari ini kita nampak ramai orang Melayu yang berperangai seperti orang kafir terdahulu yang hanya taksub kepada pembesar agama yang terkemuka berbanding kata-kata orang awam biasa.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sat Dec 25, 2010 8:26 am

Katakan kita melihat pemandangan luar rumah melalui tingkat bercermin. Jika cermin itu amat jernih, maka cahaya matahari akan masuk melalui tingkap itu tanpa halangan. Cermin tingkap itu dikatakan telus. Sebaliknya jika cermin tingkap itu kotor berhabuk, ia akan menyebabkan banyak cahaya matahari sukar menembusinya seterusnya menjadikan sukar untuk kita melihat pemandangan luar melaluinya.

Begitulah keadaan hati manusia. Jika hatinya begitu jernih, maka cahaya Allah akan telus melaluinya. Apa yang Allah turunkan kepadanya, itulah yang disampaikan kepada orang lain. Tetapi jika hati itu kotor sehingga hitam keadaannya, maka sudah pasti cahaya Allah tidak akan menembusinya dan tidak dapat menyampaikan petunjuk Allah sepenuhnya. Banyak kebenaran disembunyi daripada disampaikan kepada orang lain.

Atas sebab itulah Allah tidak turunkan kefahaman Al Quran kepada hati-hati yang kotor (golongan hipokrit) dan melantik mereka sebagai utusanNya kerana pasti golongan sebegitu tidak akan menyampaikan ayat-ayat Allah dengan jujur.

Seperti yang dikhabarkan dalam Al Quran, ramai ahli-ahli kitab, pembesar agama, rahib-rahib, pendeta-pendeta terdahulu yang memesongkan Kitab Allah walaupun mereka golongan terkemuka di mata masyarakat. Kerana itu, jangan cepat membuta-tuli menurut kata-kata golongan sebegitu.

Dengar pelbagai pendapat dan ikut yang paling baik di antaranya.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Zulia Sat Dec 25, 2010 1:48 pm

Hati yang bersih tidak mempunyai perasaan benci pada orang walaupun berlainan kepercayaan. Islam diajar oleh Nabi dengan perasaan kasih sayang. Sebab itu bila dikatakan gila, penipu dan ahli sihir, Nabi tidak membalas kutukan dan ejekan dan melarang sahabat dari membalas ejekan pembesar quraish. Hati yang diajar dengan al quran akan menerima islam dengan taat dan patuh. Hati hati ini akan insaf bila mendengar ayat suci al quran dan segera mengingati Allah swt. Hati yang kotor tidak mahu mendengar ayat suci Allah, ia akan merasa panas dan yang panas itu adalah syaitan yang berada didalam hati itu.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Penurunan Al Quran PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sat Dec 25, 2010 2:31 pm

Salam,

Benar. Dalam ayat 2.62 sudah ada pengajarannya. Sesiapa yang percaya kepada Allah, hari Akhirat dan membuat kerja-kerja kebaikan, pasti Allah berikan ganjaran yang setimpal. Jadi, buat apa nak hidup benci-membenci hanya kerana dilahirkan dari keturunan yang menurut sesuatu kepercayaan?

Jangan jadikan alasan "agama" untuk mewujudkan puak-puak. Itu bukannya matlamat Al Quran diturunkan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Zulia Sat Dec 25, 2010 5:57 pm

Manusia memang diciptakan atas alasan agama. Al quran diturunkan atas sebab agama. Dan kerana agamalah rasul-rasul diturunkan membawa panji-panji agama Allah. Berlawanan dengan penentang agama yang membawa panji-panji syaitan. Tugas rasul mengajar agama / jalan yang lurus menuju kepada keredhaan Allah. Berlawanan dengan syaitan yang mendorong manusia untuk menjauhi agama dan memilih jalan kesesatan. Islam menganjurkan kasih sayang antara manusia dan menegah perbuatan memutuskan silaturahim. Memerangi kekafiran bukanlah membenci orang kafir kerana itu mereka tidak jadi membunuh musuh bila perasaan marah dan benci menguasai diri. Hanya dibenarkan memerangi orang yang terlebih dahulu memerangi Islam. Nabi amat menyayangi keluarga dan kerabatnya dan tetap berbuat baik kepada kerabatnya walaupun ketika mereka belum mengikuti agama Islam. Nabi juga berkata tidak dapat berbuat apa-apa kepada kaum yang ditarik sifat kasih-sayangnya oleh Allah swt. Islam membezakan mereka yang beriman dan golongan kafir. Tetapi bukan untuk benci-membenci sebagaimana Nabi menolong memberi makan seorang Yahudi yang buta dan dilakukan juga oleh Abu Bakar r.a selepas Nabi wafat. Semoga Allah mengurniakan sifat kasih sayang dalam hati rakyat dalam 1 Malaysia.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Penurunan Al Quran PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sat Dec 25, 2010 6:36 pm

Salam,

Benar. Memerangi kekafiran bukan dengan cara membenci, membunuh, mengebom sewenang-wenangnya. Ambil pedoman perjuangan para Nabi terdahulu yang menggunakan Kitab dan Kebijaksanaan untuk mematahkan hujah orang-orang kafir sehingga hati mereka menggelegak kepanasan. Sehingga orang kafir itulah yang terdorong untuk membunuh para Nabi seperti yang dikhabarkan dalam Al Quran.

Atas sebab itulah kita gunakan Kitab (Al Quran) dan Kebijaksanaan (akal fikiran) untuk memerangi sebarang bentuk kekafiran. Ini kerana kekafiran wujud kerana adanya pendustaan. Pendustaan pula wujud kerana tidak mempunyai bukti. Jadi, dengan mengemukakan pelbagai bukti-bukti yang ada di sekeliling kita, maka ia dapat mengalahkan pendustaan. Bila pendustaan dikalahkan, maka kekafiran pun dapat diperangi.

Sebab itulah seseorang Rasul membawakan bukti-bukti yang nyata dalam memerangi kekafiran. Rasul bukannya bawa bom untuk membunuh orang-orang kafir atau bom tempat-tempat ibadat kaum yang tidak sama kepercayaan dengan kepercayaan tradisi kaumnya sendiri.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sat Dec 25, 2010 7:07 pm

Salam,

Seperkara menarik kita renungkan, Al Quran tidak diturunkan untuk manusia menipu. Sebab itulah ia diturunkan kepada Rasul yang jernih hatinya, bukannya kepada ahli-ahli kitab yang perasan mereka mewarisi agama daripada Nabi-nabi terdahulu.

Kalau Al Quran diturunkan untuk manusia menipu sesuatu kaum, pastilah Allah pilih Rasul itu di kalangan ahli-ahli kitab atau pembesar-pembesar agama yang ramai menipu untuk kepentingan hawa nafsu mereka sendiri. Tetapi oleh kerana Al Quran itu adalah ayat-ayat yang benar, maka yang layak menyampaikan Al Quran adalah orang-orang yang telus dan tidak suka menipu.

Dan kerana Al Quran bukan untuk menipu, maka orang-orang kafir yang suka menipu itu amat membenci bila ada sesiapa yang mahu Al Quran disampaikan dengan jelas dan nyata.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Zulia Sat Dec 25, 2010 8:03 pm

Al Quran adalah kalam Allah. Kalau seorang itu mengatakan suatu yang tidak diketahui lantaran kejahilannya maka terserahlah kepada Allah yang memelihara kitabNya. Sudah banyak pengajaran yang ditunjukkan Allah kepada orang Islam sebagai bukti kekuasaanNya yang langsung tidak ditakuti oleh orang jahiliyah. Siapakah yang mengejek Nabi dan orang beriman? Siapakah yang mendustai Nabi dan orang beriman? Sesungguhnya mereka bukan sahaja mendustai Nabi sebenarnya mereka mendustai ayat-ayat Allah. Ingatlah peringatan Allah melalui lidah para Rasul. Semoga Allah melimpahkan kasihnya pada mereka yang berada di jalan RasulNya. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi Muhammad saw. Allahuakbar. Berilah hidayah kepada keluarga dan kerabatku dan manusia sekelian alam.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Penurunan Al Quran PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sat Dec 25, 2010 9:49 pm

Salam,

Benar. Sebab itulah Allah suruh manusia memikirkan Al Quran apabila diturunkan kepada Rasulullah agar tidak menjadi jahil. Namun kerana mereka sengaja menolak akal, bermakna mereka sengaja menempatkan diri mereka kepada keadaan jahil. Bila jahil, mulalah mereka mengatakan tidak boleh guna akal dalam beragama walhal terang-terang penurunan mesej Allah (Al Quran) ini memerlukan manusia berfikir.

Jadi jawapan kepada pertanyaan "siapakah yang mendustai Nabi dan orang-orang beriman?" adalah...mereka yang menolak akal dalam beragama sedangkan terang-terang dalam ayat 16:44 menyuruh manusia memikirkan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi itu.

Bila manusia itu sudah menutup hatinya untuk tidak mahu memikirkan Al Quran, kita tidak boleh buat apa-apa lagi. Ia seumpama orang yang menutup matanya sendiri untuk tidak mahu melihat panaroma alam.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 12:10 am

26:192. Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam,

26:193. Dibawa turun oleh Roh Amanah,

26:194. Ke dalam hati kamu supaya kamu menjadi antara orang-orang yang memberi amaran,

26:195. Dengan lisan Arab yang jelas.

26:196. Sesungguhnya ia benar-benar di dalam bukti-bukti terawal.

26:197. Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil mengetahuinya?


Al Quran diturunkan daripada Tuhan kepada Rasulullah oleh Roh Amanah. Dan sudah pasti kerana Rasulullah juga memiliki sifat amanah, maka baginda lebih layak mendapat kefahaman Al Quran itu berbanding dengan ulama Bani Israil yang merasakan mereka adalah pewaris ajaran Nabi-nabi terdahulu.

Di sini membuktikan gelaran ulama sesuatu kaum belum menjamin mereka diberikan kefahaman Al Quran. Allah menilai sejauh mana kejujuran dan amanahnya manusia itu memikul tanggungjawab untuk menyampai amaran Allah dengan bahasa yang jelas. Kerana itulah Rasulullah, iaitu seorang awam yang berjalan di pasar-pasar yang dipilih oleh Allah untuk memikul tanggungjawab sebagai pemberi peringatan, bukannya di kalangan ulama-ulama pada waktu itu. Ini kerana ramai ulama-ulama terdahulu itu menjual agama dengan harga yang murah dan tidak telus terhadap kebenaran.

Jadi kita kena terbuka mendengar pengajaran Al Quran daripada sesiapa pun tanpa taksub pada mana-mana ulamak agama. Sesiapa yang menyampai dengan telus dan paling baik, itulah yang kita ikut.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Zulia Sun Dec 26, 2010 2:29 pm

Selawat dan salam atas junjungan, Nabi Muhammad saw.
Penggunaan akal untuk menolak Nabi saw itulah yang dilakukan oleh golongan kufar Mekah. AlQuran telah menerangkan dengan jelas tentang keengkaran manusia terhadap seruan agama. Agama perlulah mengikut jalan Rasul. Bukankah itu yang disuruh dalam alQuran? Tidak ada kitab yang turun tanpa melalui Rasul, sebalik nya ramai Rasul ada yang diturunkan untuk membawa kembali manusia kepada kitab yang terdahulu. Kitab sahaja tanpa Rasul membuatkan manusia menyelewengkan ajarannya, pertama sebab manusia hidup dengan nafsu yang dijadikan suka pada yang berlawanan pada perintah Allah. Kedua syaitan tidak akan leka dari melalaikan manusia dan menyesatkan dari jalan yang benar yang ditunjukkan oleh Rasul. Sudah menjadi sunnatullah dunia dijadikan sebagai medan ujian manusia. Salah kalau kita menjadikan dunia sebagai matlamat. Allah boleh memberikan agama pada setiap manusia agar patuh padaNya sebagaimana makhluk lain dan para malaikat. Tetapi itu bukan rencana Allah bila diciptakan dunia, syurga dan neraka. Asas akidah inilah yang ditanamkan oleh Nabi bila pertama kali menyeru agama pada manusia. ' Wahai kaumku kamu semua berhadapan dengan siksaan Neraka'. 'Aku boleh memberikan harta pada Fatimah tetapi tidak boleh menyelamatkan nya dari Neraka'. Memahami kitab hendaklah berasaskan keimanan ini. Dan kita mendapati ianya selari dengan matlamat agama dan jalan Nabi. Mengkaji kitab untuk duniawi itulah yang dilakukan oleh orang Yahudi. Hukum Allah yang dipatuhi dan difahami:-
1. Allah menjadikan manusia atas maksud agama. Iaitu mengabdikan diri pada Allah. Dunia adalah sekadar pakaian iaitu keperluan manusia untuk hidup. Tetapi perlaksanaan yang utama adalah menyembah Allah.
2. Agama dari Allah yang diamanahkan pada manusia disampaikan melalui rasul-rasul. Tidak pernah agama itu disampaikan dengan cara lain kerana itu ketetapan Allah.
3. Kejayaan manusia dalam agama ialah mendapat redha Allah dan masuk syurga dan terlepas dari azab neraka melalui rahmatNya.
Setelah memahaminya kita hendaklah belajar ilmu agama yang telah diajar oleh Nabi. Apakah ini tidak masuk akal? Kecuali nafsu yang tidak menerimanya. Keseluruhan alQuran itu selari dengan konsep diatas kalau berbeza bermaksud berbezalah dari jalan Nabi.
'tidak beriman seorang itu sehingga nafsunya tunduk dengan agama yang aku bawa'
Sebab itulah kita perlu itu belajar apakah agama yang dibawa itu. AlQuran adalah hukum dan pengajaran serta bukti kebenaran Nabi yang menyampaikan agama. Sedangkan agama adalah akidah dan perlaksanaan alQuran yang sebenar yang dikehendaki Allah yang disampaikan melalui lidah dan perbuatan atau amalan Nabi. Kalau ada seorang manusia yang tidak mahu belajar agama dan menentang cara nabi; dan cuba memahami alQuran, apakah Tuhan kan memberinya petunjuk? Sudah tentu akal mengatakan tidak.
1.Sebab tidak mematuhi peraturan Allah, agama disampaikan kepada rasul, mengapa manusia tidak mahu belajar?
2. Sebab ilmu diajar oleh orang yang berilmu. Perlu diperolehi dengan cara belajar.
3. Manusia yang tidak menghormati dan memperkecilkan Nabi dari diri sendiri atau manusia lain, akan mendapat hidayahkah atau murka Allah?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Penurunan Al Quran PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 4:35 pm

Salam,

Dalam Al Quran, kita tidak jumpa kisah orang-orang kafir terdahulu menggunakan akal untuk menolak hujah Rasulullah. Apatah lagi diperkuatkan dengan ayat 16:44 yang menyuruh manusia memikirkan apa yang diturunkan kepada Rasulullah, ia menunjukkan yang membenarkan apa yang Rasulullah sampai hanyalah orang-orang yang menggunakan akal. Jadi alasan menolak akal itulah sebenarnya ciri-ciri orang musyrik terdahulu untuk memperlihatkan pendustaan mereka seperti benar, tetapi hakikatnya seperti fatamorgana sahaja. Sebab itu mereka sentiasa gagal mengemukakan ayat-ayat Al Quran untuk membuktikan cerita-cerita yang mereka bawakan.

Jika kita renungkan, begitu banyak sekali ayat Al Quran menyuruh menggunakan akal sehingga orang-orang yang tidak menggunakan akal dikatakan diletakkan najis pada hati mereka. Betapa hebatnya hukuman Tuhan kepada golongan yang tidak mahu menggunakan akal itu.

Oleh kerana Al Quran adalah ajaran yang suci, dan orang yang tidak menggunakan akal itu mempunyai hati seperti najis, fahamlah kita kenapa mereka tidak dikurniakan kefahaman Al Quran. Fahamlah kita kenapa Allah pilih Rasulullah untuk menyampaikan Al Quran, bukannya ulama Bani Israil terdahulu, kerana golongan ulama sebegitulah yang kerap menolak penggunaan akal dalam agama supaya ketetapan-ketetapan yang mereka ada-adakan dilihat benar.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 5:16 pm

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang menjelaskan.

Penurunan Al Quran adalah sebagai peringatan Tuhan yang menjelaskan sesuatu persoalan hidup manusia. Ia bukan bahan untuk dilagu-lagukan. Di sini kita nampak kenapa Allah pilih Rasulullah itu di kalangan orang biasa, bukannya ulamak agama. Ini kerana Rasul itu adalah seorang yang menjadikan Al Quran sebagai Peringatan, sedangkan seperti yang kita nampak hari ini, kebanyakan ulamak agama menjadikan Al Quran sebagai lagu-laguan atau bacaan mentera.

Apabila manusia itu mahu menjadikan Al Quran sebagai Peringatan, maka Allah izinkan kefahaman Al Quran itu turun kepada hatinya. Dan dia dimudahkan untuk menjadikan Al Quran sebagai dalil kata-katanya seperti mana Rasulullah jadikan Al Quran sebagai dalil. Tetapi jika manusia itu tidak mahu menjadikan Al Quran sebagai Peringatan, kita nampak dia gagal untuk jadikan Al Quran sebagai dalil menyokong kata-katanya. Itulah balasan Tuhan yang jelas kita nampak sejak di dunia lagi.

Mereka kata mereka percaya kepada Al Quran, tetapi hukum-hukum yang mereka ada-adakan itu tidak disokong langsung dengan ayat-ayat Al Quran. Bila dicabar kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai bukti, mereka pun berpaling lari.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 6:22 pm

11:13. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan panggillah sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."

Kerana tidak mahu percaya pada Al Quran, orang-orang kafir terdahulu mengatakan Rasulullah mengada-adakan sahaja. Maka orang-orang kafir itu dicabar untuk mendatangkan sepuluh surah serupa seperti Al Quran dan beserta sesiapa sahaja selain Tuhan untuk membuktikan kebenaran mereka.

11:14. Kemudian, jika mereka tidak menyahuti kamu, ketahuilah bahawa ia diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka sudahkah kamu tunduk berserah diri (muslim)?

Pasti orang-orang yang menolak Al Quran itu tidak akan mampu datangkan surah serupa Al Quran. Ini kerana Al Quran diturunkan dengan pengetahuan Allah yang menetapkan segala hukum di semesta alam ini. Oleh kerana Allah yang turunkan Al Quran dan menetapkan hukum alam, maka kita boleh lihat keselarian Al Quran dengan hukum alam sebagai bukti Al Quran itu bukan suatu yang diada-adakan.

Ketidakupayaan orang-orang kafir terdahulu itu mendatangkan surah yang bermutu seperti Al Quran itu membuktikan mereka sebenarnya golongan yang salah walaupun di mata mereka, Rasulullah itulah yang salah.

Jadi bila kita jumpa orang sekarang yang gagal bawakan surah bermutu seperti Al Quran, kita nampak Allah membalas kepada mereka serupa seperti yang diterima oleh orang-orang kafir terdahulu.

Kenapa mereka liat sangat nak tunduk pada Allah yang menurunkan Al Quran walaupun mereka kata percaya kepada Allah? Apakah kata-kata mereka itu hanyalah manis di bibir sahaja?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 6:36 pm

16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.

Al Quran diturunkan sebagai peringatan kepada diri Rasulullah dan supaya Rasul menjelaskan kepada manusia lain apa yang diturunkan kepada mereka dan supaya manusia lain itu memikirkannya.

67:10. Dan mereka berkata, “Sekiranya kami mendengarkan, atau memikirkan, tentu kami tidak menjadi orang-orang Menyala.”

Namun ada jenis manusia yang tidak mahu mendengarkan Al Quran dan memikirkan peringatan di dalamnya. Akibatnya di akhirat kelak mereka mengeluh kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang dibakar dalam Jahannam. Ini kerana ketika di dunia mereka panas hati bila ayat-ayat Al Quran disampaikan dalam bahasa yang jelas untuk kefahaman umum.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by silatgayung Sun Dec 26, 2010 7:56 pm

Salam.....

bukankah surah An-Najm ayat 11-17 ditolak oleh orang kafir kerana akal tak boleh terima saudara juang.....

dalam ayat 16:44 menyatakan keterangan-keterangan yang nyata pun (Quran dan Hadis) pun ditolak oleh orang berakal.....


kerana apa yek?
silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Penurunan Al Quran SAB
Reputation : 0
Credits : 5391
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 8:50 pm

silatgayung wrote:Salam.....

bukankah surah An-Najm ayat 11-17 ditolak oleh orang kafir kerana akal tak boleh terima saudara juang.....

Mari kita lihat jawapan contoh jawapan orang kafir apabila menolak Al Quran;

11:7. Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

Kalau orang-orang kafir itu menolak kerana menggunakan akal, tentulah mereka tidak menjawap seperti "inilah sihir yang nyata". Seorang yang menggunakan akal, jika dia menolak sesuatu perkara, dia akan kemukakan bukti-buktinya. Contohnya kalau mereka tidak dapat terima adanya kebangkitan setelah kematian, mereka boleh kemukakan bukti-bukti di sekeliling alam ini menunjukkan mustahil berlakunya konsep kebangkitan selepas kematian. Tetapi jika jawapan seperti "inilah sihir yang nyata" tanpa sokongan bukti, itu menunjukkan orang-orang kafir itu menolak menurut rasa hatinya sahaja.

Sama seperti jawapan ramai orang islam hari ini bila mereka menolak sesuatu ayat Al Quran yang mencanggahi kepercayaan tradisi mereka, bukannya bukti-bukti yang mereka bawa, tetapi emosi sahaja.

Cuba saudara bawakan ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan jawapan orang kafir seperti jawapan orang yang menggunakan akal?


dalam ayat 16:44 menyatakan keterangan-keterangan yang nyata pun (Quran dan Hadis) pun ditolak oleh orang berakal.....

kerana apa yek?
Malangnya saudara tidak mampu menunjukkan bukti ayat-ayat Al Quran mana memberi klu yang ayat 16:44 ditolak oleh orang yang menggunakan akal. Cuba bawakan contoh ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan jawapan orang kafir menolak Al Quran adalah jawapan orang yang menggunakan akal.

Logikkah seorang yang menggunakan akal hanya mampu berkata seperti "inilah sihir yang nyata" untuk menolak sesuatu kebenaran? Bukankah itu jawapan orang-orang yang tidak menggunakan akal?

Saya tekankan tentang "menggunakan akal" bukannya "berakal". Jika manusia itu ada akal, tetapi tak menggunakannya, apalah ertinya?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by silatgayung Sun Dec 26, 2010 9:00 pm

Salam....

mari kita lihat ayat 16:44 dan 45.....

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

ia menggunakan akal.......

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?

merancang juga menggunakan akal....

jadi mcm mane lak tu??
silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Penurunan Al Quran SAB
Reputation : 0
Credits : 5391
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Zulia Sun Dec 26, 2010 9:29 pm

Benar manusia tidak mampu membuat satu surah seumpama alQuran. Bukan sebab manusia tidak pandai mengarang. Sebenarnya ada surah yang dibuat berkenaan Gajah seakan-akan surah Al Fiil dimulai dengan ayat pertamanya ' Al Fiil...' bagi orang bukan Arab langsung tak nampak bezanya dengan ayat Quran. Tetapi yang membezakannya ialah ketinggian mutu ayat alQuran dan keindahan 'balaghah' bahasa alquran tidak dapat ditandingi syair orang Arab yang bijak bersyair itu. Kerana fikiran orang Mekah lebih maju dan bijak, maka ayat Makiyah yang turun di Mekah kebanyakannya pendek-pendek tetapi mempunyai maksud yang tersirat. Ayat yang turun di Madinah lebih panjang dan maksudnya jelas. Kenapa orang Mekah kata Nabi tukang sihir? Walaupun mereka tak faham lagi tentang agama Islam, tetapi mereka seolah-olah terpukau bila mendengar bacaan Quran oleh Nabi. Tetapi kerana hati tidak mahu menerima, mereka berpakat apakah label yang sesuai perlu diberikan kepada ajaran baru itu. Lalu mengatakan setiap yang mengikut Nabi telah ter'sihir' dengan bacaan Nabi. Surah Ar Rahman adalah contoh surah yang sangat indah dalam menerangkan nikmat-nikmat Allah yang luas hinggakan mendengar surah itu juga menberi nikmat pada pancaindera kita. Ayat-ayat alQuran juga dibacakan oleh Nabi ketika dalam perang untuk menaikkan semangat juang tentera Islam.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Penurunan Al Quran PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 9:39 pm

Salam,

Sementara menunggu saudara silatgayung mengemukakan ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan jawapan orang kafir adalah jawapan seorang yang menggunakan akal, dikemukakan beberapa ayat Al Quran menunjukkan orang kafir terdahulu membantah kerana tidak menggunakan akal. Ini menjadi bukti di antara kita semua di hadapan Allah kelak, siapa sebenarnya yang mengikut Al Quran dan siapa yang menolaknya seperti mana orang-orang kafir terdahulu menolak Al Quran. Allah Melihat apa yang tersembunyi dalam hati manusia.

28:48. Namun begitu, apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami Sendiri, mereka berkata, "Mengapa dia tidak diberi yang serupa dengan apa yang Musa diberi?" Bukankah mereka tidak percaya kepada apa yang Musa diberi dahulu? Mereka berkata, "Dua ahli sihir yang saling membantu satu sama lain." Mereka berkata, "Kami tidak percaya kepada kedua-duanya."

Apabila Al Quran diturunkan kepada Rasulullah, untuk menolak Al Quran itu, orang-orang kafir di kalangan bani Israel itu mengatakan kenapa Allah tidak turunkan Al Quran serupa dengan Kitab yang diturunkan kepada Musa dahulu. Tetapi mereka lupa, mereka juga yang kata Musa dan saudaranya itu adalah ahli sihir dan tidak percaya kepada kedua-dua hamba Allah itu. Itukah jawapan seorang yang menggunakan akal iaitu bila menolak sesuatu Peringatan Tuhan, terus mengatakan Rasul-rasul Allah itu tukang sihir? Bukankah itu jawapan orang yang tak menggunakan akal yang gagal mematahkan sesuatu kebenaran? Jadi di mana buktinya orang-orang menggunakan akal menolak Al Quran?

2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?


Itukah jawapan orang yang menggunakan akal iaitu menolak apa yang Allah turunkan untuk mengikut kepercayaan tradisi bapa-bapa mereka (seperti perangai majorit orang Melayu hari ini)? Bukankah itu jawapan orang-orang yang tak mahu memikirkan Al Quran yang diturunkan oleh Allah?

6:25. Dan antara mereka ada yang mendengarkan kamu, dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka, supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka, sumbatan; dan jika mereka melihat sebarang ayat pun, mereka tidak mempercayainya, supaya apabila mereka datang kepada kamu, mereka membantah kamu. Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan dongeng orang-orang dahulu kala."

Itukah jawapan orang-orang menggunakan akal yang setakat mampu berkata "inilah dogeng orang-orang terdahulu" bila tidak puas hati dengan Al Quran? Jika mereka orang-orang yang menggunakan akal, sudah pasti mereka boleh tunjukkan bukti ayat-ayat Al Quran mana yang bercanggah dengan hukum alam dan berselisihan antara satu sama lain untuk membuktikan Al Quran itu bukan daripada Allah.

Berdasarkan tiga ayat Al Quran yang dikemukakan setakat ini, menunjukkan orang-orang kafir terdahulu adalah orang yang tidak menggunakan akal berdasarkan corak jawapan mereka yang cepat menghukum (mengatakan sihir, dongeng dll) tanpa membawa hujah yang kukuh sebagai seorang yang menggunakan akal.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 9:45 pm

Salam,

silatgayung wrote:
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?

merancang juga menggunakan akal....

jadi mcm mane lak tu??
Manusia boleh memikirkan untuk merancang untuk melakukan kebaikan atau merancang untuk melakukan kejahatan. Apabila manusia itu memilih merancang untuk kejahatan, di manakah akal mereka itu? Bukankah ketika dia terdorong untuk membuat jahat bermakna hawa nafsunya sedang mengawal dirinya itu?

Memanglah masa hendak menjayakan rancangan jahatnya itu dia guna akal untuk melaksanakan kejahatannya. Tetapi semasa penilaian sama ada untuk memilih buat baik atau buat jahat, dia tidak menggunakan akal. Kalau dia guna akal semasa proses pemilihan di antara baik dan jahat itu, sudah pastilah dia akan buat kebaikan.

Cuba fikir logik...
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 9:52 pm

Salam,

Proses menggunakan akal perlu dilakukan pada keseluruhan hidup. Kalau semasa hendak merencanakan sesuatu kejahatan sahaja dia berfikir agar kejahatan itu berjaya dilakukan, sedangkan semasa proses memilih untuk buat baik atau jahat, dia lebih terdorong ikut hawa nafsunya, maka manusia itu tetap dikira tak menggunakan akal kerana kejahatan itu berpunca kerana dia tak menggunakan akal ketika proses pemilihan nak buat baik atau jahat.

Cuba kita fikir, jika ketika proses penilaian sama ada nak buat baik atau buat jahat lagi manusia itu sudah guna akal iaitu memilih buat baik, kemudian dia guna akal untuk merancang agar kebaikan itu direalisasikan, sudah pasti dunia ini akan aman dan penuh kebaikan,
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 10:21 pm

Salam,

Oleh kerana pentingnya guna akal ketika proses pemilihan sama ada hendak buat baik atau buat jahat, maka kita nampak Al Quran begitu menekankan tentang berbuat kebaikan dan menggunakan akal. Itulah kunci kenapa Al Quran diturunkan iaitu supaya manusia berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Fikir masak-masak dan pilih kebaikan dalam apa jua situasi.

Tetapi bayangkan bila manusia itu diajar dengan kepercayaan "tak boleh guna akal dalam Islam" seterusnya bila manusia itu diuji dengan situasi sama ada nak buat baik atau jahat, tidak mustahil mereka akan terdorong dengan hawa nafsu untuk buat kejahatan akibat pemalas berfikir panjang sebelum bertindak. Sebab itu hari ini kita tidak hairan mendengar berita tentang golongan agama yang menghasut berpecah-belah, ada ustaz yang berkhalwat , ada ustaz yang menipu dengan kaedah rawatan jampi-menjampi dan sebagainya. Itulah kesan bila hidup tidak menggunakan akal untuk membuat penilaian baik-buruk.

Dalam Al Quran ada kisah pembesar agama Bani Israel terdahulu yang tidak takut berbuat kejahatan kerana merasakan jika mereka masuk neraka hanya untuk waktu yang sebentar sahaja. Hari ini biasa kita dengar dalam kepercayaan majoriti orang Islam hari ini kononnya jika mereka masuk neraka pun untuk sementara sahaja. Bukankah itulah yang diucapkan orang orang-orang kafir terdahulu?

Kalau Allah tidak turunkan Al Quran kepada kita hari ini, pasti kita tidak sedar kesilapan tersebut seterusnya kita ulangi lagi kesalahan umat terdahulu. Bukankah orang-orang yang telah diperingatkan tentang kesilapan umat terdahulu tetapi dia terus mengulanginya lagi adalah orang-orang yang tidak berfikir, degil lagi tidak mendengar nasihat?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Admin Sun Dec 26, 2010 10:53 pm

Salam,

Salah satu sebab turunnya al-quran agar kita sentiasa mendapat peringatan. Manusia sentiasa lalai dengan kehidupan dunia. Maka itu, Tuhan turunkan al-quran sebagai peringatan agar manusia sentiasa beringat sama ada tindak-tanduknya itu baik atau pun buruk.

Sebab itu, Tuhan mengulang-ulang ayat al-quran supaya kita faham dan beringat. Semasa saya kecil, ibu bapa saya sentiasa memberi nasihat dan peringatan pada waktu malam. Alhamdulillah, hingga kini apa yang mereka katakan itu sentiasa terngiang-ngiang di telinga saya. Begitulah al-quran. Apabila kita sering membaca dan memahami kandungannya, kita akan selalu beringat.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Penurunan Al Quran SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Juang Sun Dec 26, 2010 11:01 pm

Salam Admin,

Benar. Kalau manusia itu ego tidak mahu mendengar peringatan Tuhan dalam Al Quran, tidak mustahil mereka akan langgar balik apa yang Allah larang seperti mana orang-orang kafir terdahulu langgar. Tetapi bila kita sanggup luangkan masa untuk mengkaji dan memerhatikan pengajaran-pengajaran dalam Al Quran, akan datang rasa keinsafan untuk tidak mengulangkan kesalahan-kesalahan umat terdahulu.

Bila kita melihat kehidupan umat Islam berpecah-belah sesama sendiri dan ketinggalan dalam pelbagai bidang ilmu mencetus kesedaran kepada kita bahawa semua itu terjadi kerana tidak mahu memerhati amaran dan peringatan Tuhan dalam Al Quran. Apatah lagi dalam masyarakat Melayu, Al Quran dibacakan setakat dilagu-lagukan, bukannya untuk mengambil nilai pengajarannya untuk membezakan mana yang Allah tetapkan dan mana yang diada-adakan oleh pembesar agama.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Penurunan Al Quran NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Penurunan Al Quran Empty Re: Penurunan Al Quran

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 6 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum