Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Mengapa Pilih Al-Quran
4 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Mengapa Pilih Al-Quran
peringatan itu dari mana? Dari al Quran? Al Quran ini datang dari mana? Hanya bangsa Arab yang mengaku Islam yang mengatakan ia dari tuhan. Iaitu Bangsa Arab yang tinggal di Mekah. Dan bahasa al Quran itu ialah bahasa mereka sampai sekarang ini. Bangsa lain tidak percaya wujudnya al Quran itu. Dan bangsa lain juga yang mencipta roket dan kapal terbang dan mampu hidup di angkasa lepas. Orang yang percaya kepada al Quran sebenarnya mempercayai orang-orang Arab yang memberitahu tentang kelahiran Nabi akhir zaman di tengah masyarakat Arab Mekah dan membawa kitab al Quran itu. Tidak ada satu bangsa lain dan yang tinggal ditempat lain yang memberitahu al Quran itu dari bangsa mereka. Yang adapun yang mendakwa tuhan sebenarnya menurunkan kitab pada kaum mereka dan penyelamat akhir zaman juga dari bangsa mereka. Menariknya cerita hampir sama tetapi nama wataknya dan nama kitabnya yang berbeza. Dan yang lebih menarik bangsa Melayu tidak mempunyainya dan hanya menurut saja cerita dari bangsa lain.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Tuhan turunkan al-quran dalam bahasa arab agar orang-orang arab faham isi kandungannya dan seterusnya disampaikan pula kepada bangsa-bangsa yang lain. sebab itulah, al-quran sampai ke tangan kita hari ini.
Kalau al-quran itu diturunkan kepada bangsa melayu, orang-orang melayu perlu menyampaikan kepada bangsa-bangsa lain.
Utk memastikan al-quran itu benar-benar peringatan dari Tuhan atau tidak, kita kena baca dan selidik isi kandungannya. Kalau ianya selari dengan hukum alam, memang benarlah ianya dari Tuhan dan kita perlu alert dengan apa jua peringatan yang disampaikan.
Begitu juga kalau nak baca kitab2 lain termasuk kitab riwayat hadis, perlu diselidiki terlebih dahulu. jika ianya melanggar hukum alam, perlukah lagi kita menanam kepercayaan kita kepada kitab2 tersebut?

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Yang mendakwa tuhan menurunkan al Quran pada mereka, siapa? Mereka sendiri. Bangsa lain juga ada membuat dakwaan yang sama. Dan bangsa yang menghasilkan ilmu teknologi termaju bukan dari bangsa yang kata al quran itu dari tuhan. Adakah tuhan menurun satu kitab agar manusia yang lemah ini membuat penilaian atas kitab itu untuk di terima atau tidak? Kalau kitab itu dari Allah ia pasti lebih utama dari hukum alam ini. Kalau manusia terpaksa menilai kitab Allah mengikut hukum alam, maka kita mengikut hukum alam bukan ikut kitab tuhan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Siapa saja boleh mendakwa kitab itu dan ini daripada Tuhan. Namun, sejauhmana kebenaran tentang apa yang mereka dakwa itu? Untuk membuktikan kebenaran tersebut, ianya perlu dinilai berdasarkan apa yang dibawa oleh kitab tersebut. Jika ianya selari dengan hukum alam, maka benarlah apa yang dikatakan ianya dari Tuhan sebab Sunnah Tuhan tidak pernah berubah.
Siapa saja boleh mendakwa kitab itu dan ini daripada Tuhan. Namun, sejauhmana kebenaran tentang apa yang mereka dakwa itu? Untuk membuktikan kebenaran tersebut, ianya perlu dinilai berdasarkan apa yang dibawa oleh kitab tersebut. Jika ianya selari dengan hukum alam, maka benarlah apa yang dikatakan ianya dari Tuhan sebab Sunnah Tuhan tidak pernah berubah.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Zulia wrote:'keyakinan' anda kepada Al Quran itu sebab ia ianya telah ditanam oleh nenek moyang yang mendapatnya dari bangsa Arab yang menulis al Quran itu. Ada juga bangsa yang nenek moyang mereka tidak pernah ajar tentang al Quran dan mereka tampil sebagai bangsa yang mengusai dunia teknologi dan ekonomi dunia kini.
Salam,
Meskipun ada bangsa yang tidak pernah diajar oleh nenek moyang mereka tentang al-quran, sekurang-kurangnya merekalah bangsa yang tidak menurut membuta tuli.
Mereka yang tidak mendapat peringatan/ mesej-mesej al-quran sekurang-kurangnya melaksanakan apa yang Tuhan suruh yakni mereka tahu menggunakan akal berbanding bangsa yang sudah didedahkan dengan al-quran sejak sekian lama.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
mana yang betul ikut akal ke atau ikut nenek moyang yang ajar al Quran?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Dalam al-quran, banyak ayat yang suruh guna akal. Jadi, orang yang menggunakan akal itu sebenarnya yang ikut al-quran.
Kalau apa yang diajar oleh nenek moyang itu membuatkan dia faham, takpelah juga. Tapi, kalau diajar cara melagukan ayat al-quran, itu yang tak patut tu.
Dalam al-quran, banyak ayat yang suruh guna akal. Jadi, orang yang menggunakan akal itu sebenarnya yang ikut al-quran.
Kalau apa yang diajar oleh nenek moyang itu membuatkan dia faham, takpelah juga. Tapi, kalau diajar cara melagukan ayat al-quran, itu yang tak patut tu.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Mengapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut alQuran? Bangsa lain kata ikut akal sahaja. Jadi anda ikut bangsa apa?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Ini bukan masalah tentang siapa ikut bangsa apa.
Tuhan turunkan al-quran dalam bahasa arab. Tidak semestinya orang yang percaya kepada al-quran itu kena ikut bangsa arab.
Ini bukan masalah tentang siapa ikut bangsa apa.
Tuhan turunkan al-quran dalam bahasa arab. Tidak semestinya orang yang percaya kepada al-quran itu kena ikut bangsa arab.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Ambil pengajaran ayat 39:18 yang suruh kita mengikut yang paling baik sesuatu yang kita dengar itu. Ayat itu tak hadkan agar kita ikut ulamak tradisi kaum sendiri. Sesiapa jua yang bawakan yang paling baik, kita ikutlah. Itulah orang yang dapat petunjuk dan mempunyai minda sebab yang paling baik itu sudah pasti datangnya daripada Allah.
Yang paling baik akan selalu menyokong antara satu sama lain. Umpamanya Al Quran adalah kitab yang paling baik berbanding kitab-kitab kepercayaan yang ada di dunia ini. Ia mengatakan manusia boleh tembus ke langit dengan kekuatan. Kemudian saintis barat membuktikan lagi dengan kekuatan enjin roket yang mereka cipta dan kekuatan semangat mereka nak kaji tentang pembinaan roket itu, mereka pun berjaya tembusi ke langit. Ilmu buat roket adalah yang paling baik manusia temui setakat ini.
Begitulah sesuatu yang paling baik pasti akan membawa kepada penemuan ilmu-ilmu terbaik di masa akan datang.
Set hala tuju hidup kita ke arah yang paling baik, pasti di situ ada Wajah Tuhan, bukannya hanya khususkan ke arah matahari, bulan atau pun batu.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
masalah nya quran yang anda ikut itu ditulis oleh bangsa arab. Yang mula-mula cakap al Quran itu dari Allah juga bangsa Arab, orang melayu tak tahu apa-apa. Kalau anda percaya begitu bermakna anda percaya apa yang dikatakan oleh orang Arab itu. Mengapa bangsa lain yang tak ikut kata orang Arab ini lebih berjaya? Maksudnya kalau tak baca kitab orang arab tetapi sekadar gunakan akal kita masih boleh berjaya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Percaya al-quran tanpa menyelidiki isi kandungannya barulah dikatakan percaya membabi-buta dan taksub kepada apa yang dikatakan oleh orang arab itu.
Ianya berbeza dengan percaya al-quran setelah menyelidiki isi kandungannya. dari bangsa mana pun datangnya al-quran, kita tetap percaya al-quran itu.
Sama ada sesebuah bangsa itu membaca atau tidak baca al-quran itu tetap berjaya. Ini bergantung kepada sejauhmana mereka menggunakan akal mereka. orang yang malas menggunakan akal tapi membaca al-quran tetap tidak berjaya. mungkin mereka dikatakan hanya rajin melagu-lagukan al-quran.
Percaya al-quran tanpa menyelidiki isi kandungannya barulah dikatakan percaya membabi-buta dan taksub kepada apa yang dikatakan oleh orang arab itu.
Ianya berbeza dengan percaya al-quran setelah menyelidiki isi kandungannya. dari bangsa mana pun datangnya al-quran, kita tetap percaya al-quran itu.
Sama ada sesebuah bangsa itu membaca atau tidak baca al-quran itu tetap berjaya. Ini bergantung kepada sejauhmana mereka menggunakan akal mereka. orang yang malas menggunakan akal tapi membaca al-quran tetap tidak berjaya. mungkin mereka dikatakan hanya rajin melagu-lagukan al-quran.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
kalau seorang itu tidak perlu mengikut kata orang Arab supaya percaya buku yang mereka tulis, soal melagukan buku itu langsung tidak timbul. Anda masih tak menggunakan akal seratus peratus. Sebab itu bangsa yang maju ialah mereka yang guna akal seratus peratus, bukan bangsa Arab atau anda yang mengikut kata orang Arab itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Kalau tak guna akal seratus peratus, sudah pasti seseorang itu mudah terpengaruh dengan cerita riwayat dan ajaran karut-marut tradisinya sendiri yang diimport daripada Arab. Tetapi sebab guna akal seratus peratuslah kita nampak Al Quran itu ada kebenarannya kerana selari dengan hukum alam yang Allah tetapkan sedangkan ajaran karut-marut itu tiada bukti selari dengan hukum alam.
Maknanya bila kita tidak menurut membuta-tuli, kita tidak akan mudah-mudah percaya apa yang datang daripada Arab melainkan apa yang terbukti benar tak kira daripada Arab atau pun Barat.
Kalau tak guna akal seratus peratus, sudah pasti seseorang itu mudah terpengaruh dengan cerita riwayat dan ajaran karut-marut tradisinya sendiri yang diimport daripada Arab. Tetapi sebab guna akal seratus peratuslah kita nampak Al Quran itu ada kebenarannya kerana selari dengan hukum alam yang Allah tetapkan sedangkan ajaran karut-marut itu tiada bukti selari dengan hukum alam.
Maknanya bila kita tidak menurut membuta-tuli, kita tidak akan mudah-mudah percaya apa yang datang daripada Arab melainkan apa yang terbukti benar tak kira daripada Arab atau pun Barat.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
barat membuktikan tanpa rujuk alquran mereka maju dlm sains. Kenapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut al quran. Kenapa tak guna akal saja tanpa dengar cakap orang Arab. Kenapa tak keluar dari pengaruh orang arab. Kenapa mesti bersikap macam pembesar agama yang asyik merujuk pada arab. Sedangkan ada saintis melayu yang berjaya tanpa ada pengaruh dari arab sebab dia belajar terus pada bangsa barat yang maju sekarang. Mereka tak bicara langsung tentang ajaran arab itu. Anda masih nak ikut pembesar ugama ke atau nak ikut saintis yang berjaya itu. Tak tahulah kalau anda pulak bercita-cita nak jadi pembesar agama pulak.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Puan kena faham. Pilih al-quran bukan bermaksud ikut kata bangsa arab. Tapi pilih al-quran sebab isi kandungannya yang tidak bertentangan dan selari dengan hukum alam. Jangan pula puan kata kalau al-quran itu dalam bahasa jepun, ikut kata orang jepun.
Puan kena faham. Pilih al-quran bukan bermaksud ikut kata bangsa arab. Tapi pilih al-quran sebab isi kandungannya yang tidak bertentangan dan selari dengan hukum alam. Jangan pula puan kata kalau al-quran itu dalam bahasa jepun, ikut kata orang jepun.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
pilih al quran sebab selari dengan alam? Alquran kata matahari bergerak mengikut laluannya. Tiada ayat al quran yang kata bumi yang bergerak. Al quran kata bumi terhampar. Tiada ayat al quran kata bumi bulat.
Anda masih terikut-ikut kata orang Arab yang menulis buku itu. Sebab itukah bangsa anda tak maju. Bangsa lain lebih menumpukan akalnya kepada kemajuan sebaliknya anda guna akal untuk kaji buku yang sudah ditulis pada abad ke 7. Kebanyakan hukum sains ditemui selepas pada abad ke 15. Dan saintis masih mengkaji dan lebih banyak penemuan sains terkini. Bangsa maju ini tidak sibuk dengan agama orang Arab ini. Anda pula nak jadi seperti pembesar agama yahudi yang mengacau agama orang Arab itu.
Anda masih terikut-ikut kata orang Arab yang menulis buku itu. Sebab itukah bangsa anda tak maju. Bangsa lain lebih menumpukan akalnya kepada kemajuan sebaliknya anda guna akal untuk kaji buku yang sudah ditulis pada abad ke 7. Kebanyakan hukum sains ditemui selepas pada abad ke 15. Dan saintis masih mengkaji dan lebih banyak penemuan sains terkini. Bangsa maju ini tidak sibuk dengan agama orang Arab ini. Anda pula nak jadi seperti pembesar agama yahudi yang mengacau agama orang Arab itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Alquran kata matahari bergerak mengikut laluannya. Tiada ayat al quran yang kata bumi yang bergerak. Al quran kata bumi terhampar. Tiada ayat al quran kata bumi bulat.
Salam,
Sebab itu Tuhan suruh guna akal untuk memikirkannya. Buat apa Dia bagi akal kepada kita kalau tak mahu digunakan. Lagipun takkanlah semua nak disuapkan oleh Tuhan. Kata-kata Tuhan tidak akan habis.
31:27. Sekiranya semua pokok yang di bumi adalah pena-pena, dan laut - tujuh laut sesudah itu untuk mengisi semula - namun demikian, Kata-Kata Allah tidak akan habis. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Anda masih fanatik dengan ajaran yang ditulis oleh orang Arab. Kenapa mereka tidak maju dengan ajaran itu. Bukan kah manusia sudah ada akal dan saintis barat pun lebih berjaya dari penggubal agama seperti anda yang kononnya mengajar orang jadi maju. Anda kena fikir mereka yang ikut semua ajaran ke, separuh ajaran ke, hakikatnya orang yang maju ialah yang langsung tak mendengar cerita dari orang Arab, kisah nabi ke, kitab ke, langsung tak menjejaskan kemajuan mereka. Sebab mereka tak kaji itu semua. Tuhan memberi kesenangan dan kejayaan pada mereka bukan anda.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Zulia (Tue Dec 14, 2010 5:26 pm) wrote:Mengapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut alQuran? Bangsa lain kata ikut akal sahaja. Jadi anda ikut bangsa apa?
Salam Zulia,
Sebenarnya orang Arab tidak ikut Al-Quran. Buktinya kepercayaan dan amalan hidup mereka pada dasarnya tidak selaras dengan apa yang dibawa oleh Al-Quran. Orang yang percaya kepada orang Arab secara membuta tuli tidak sedar perkara ini. Mereka ingat mereka ikut Al-Quran sebab mereka ikut orang Arab. Hakikatnya mereka hanyalah pengikut orang Arab yang kebanyakannya kafir dan munafik.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Zulia wrote:barat membuktikan tanpa rujuk alquran mereka maju dlm sains. Kenapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut al quran.
Salam,
Dulu orang Arab pun pernah maju dalam sains masa mereka rajin berfikir. Tetapi sebab orang Arab sekarang ramai yang malas berfikir dan menurut membuta-tuli, sebaliknya orang Barat yang rajin berfikir, sebab itulah Allah beri kemajuan sains kepada Barat.
Jadi saya bukan ikut Arab atau Barat, saya ikut sifat-sifat mulia iaitu rajin berfikir tidak kira bangsa mana sekali pun.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
ha ha ha, seperti yang dijangkakan anda akan tiba. Salam kpd TM.
Sebab itu saya tanya mengapa orang melayu mahu ikut alQuran yang ditulis oleh orang Arab. TM fikirlah. Cerita tentang Quran dari Tuhan, ialah cerita dari Arab yang ditiru atau diikut oleh pembesar agama dan diajar kepada anak cucu. Mengapa orang mahu mengikut pembesar agama membuta tuli. Perkataan Quran, Islam, kafir dan munafik adalah dari cerita orang Arab. Mengapa melayu masih percaya? Saintis barat langsung tak perlu cerita-cerita seperti ini utk maju. Mereka tak perlukan Islam atau buku orang Arab itu, munafik ke, kafir ke hanya dalam kamus orang arab, dan bukan kamus sainstis yang maju. Mengapa tak ikut buku sains yang lebih terkini? Sebab itu lah melayu tak maju kerana kononnya mahu jadi pembesar agama tetapi masih terikut agama orang Arab.
Sebab itu saya tanya mengapa orang melayu mahu ikut alQuran yang ditulis oleh orang Arab. TM fikirlah. Cerita tentang Quran dari Tuhan, ialah cerita dari Arab yang ditiru atau diikut oleh pembesar agama dan diajar kepada anak cucu. Mengapa orang mahu mengikut pembesar agama membuta tuli. Perkataan Quran, Islam, kafir dan munafik adalah dari cerita orang Arab. Mengapa melayu masih percaya? Saintis barat langsung tak perlu cerita-cerita seperti ini utk maju. Mereka tak perlukan Islam atau buku orang Arab itu, munafik ke, kafir ke hanya dalam kamus orang arab, dan bukan kamus sainstis yang maju. Mengapa tak ikut buku sains yang lebih terkini? Sebab itu lah melayu tak maju kerana kononnya mahu jadi pembesar agama tetapi masih terikut agama orang Arab.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Juang wrote:Zulia wrote:barat membuktikan tanpa rujuk alquran mereka maju dlm sains. Kenapa anda nak ikut kata bangsa Arab supaya ikut al quran.
Salam,
Dulu orang Arab pun pernah maju dalam sains masa mereka rajin berfikir. Tetapi sebab orang Arab sekarang ramai yang malas berfikir dan menurut membuta-tuli, sebaliknya orang Barat yang rajin berfikir, sebab itulah Allah beri kemajuan sains kepada Barat.
Jadi saya bukan ikut Arab atau Barat, saya ikut sifat-sifat mulia iaitu rajin berfikir tidak kira bangsa mana sekali pun.
kalau anda menggunakan fikiran seratus peratus perlukah anda menurut buku dari orang Arab 14 kurun yang lalu. Anda ingin balik ke zaman manusia belum kenal sains itu. Mengapa saintis yang berjaya ialah mereka yang tidak perlu mengkaji buku itu? Saintis tak perduli samada orang itu percaya tuhan atau tidak, tetapi akhirnya mereka yang berjaya. Sebab mereka memang berfikir sebagai saintis, bukan mengajar orang cara beragama, itu kerja 'pembesar agama' yang tak maju. Sebab itu mentaliti orang melayu tak maju buat apa saja nak kait dengan agama. Kalau macam tu susahlah melayu nak berubah.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Ya. Contohnya kita percaya adanya daya graviti pada bumi yang ditemui oleh saintis Barat sekitar 3 ratus tahun yang lalu walaupun hakikatnya graviti sudah wujud sejak Allah ciptakan bumi. Jadi apalah sangat nak dihairankan kalau kita percaya pada perkara-perkara benar yang dicatatkan pada 14 kurun yang lalu? Cuba fikir logik sikit.
Yang nyatanya, pada 14 kurun yang lalu, ilmu sains tidak cukup meluas lagi seperti hari ini kerana pada waktu itu ramai yang suka menurut membuta-tuli tak guna logik. Dan ilmu sains hari ini berkembang bila semakin ramai manusia guna logik. Itu sahaja.
Kalau mereka tak peduli Tuhan, pasti mereka suka-suka ubah hukum 1+1=2 jadi 1+1=3. Tapi mereka sedar yang mereka tak mampu nak ubah hukum semudah itu kerana nanti mereka menipu jari-jemari mereka sendiri.
Bila mereka sedar diri yang mereka itu lemah dan ada Kuasa yang lebih kuat, secara tidak langsung mereka sudah percaya pada Tuhan-lah.
Sebaliknya kalau seseorang itu mengaku mulut adanya Tuhan, tetapi lebih takut hukum-hukum yang diada-adakan oleh pembesar ugama, bukankah hakikatnya mereka itulah yang tak pedulikan Tuhan?
Majunya sesuatu bangsa kerana keilmuan. Ilmu akan diperolehi bila rajin berfikir. Tetapi kalau yang "pakar-pakar agama" itu kata tak boleh guna akal dalam mengkaji Al Quran, bila masa orang Melayu nak maju sebab mereka sudah lawan hukum Tuhan yang tetapkan proses penurunan ilmu (kena rajin berfikir).
Zulia wrote:
kalau anda menggunakan fikiran seratus peratus perlukah anda menurut buku dari orang Arab 14 kurun yang lalu.
Ya. Contohnya kita percaya adanya daya graviti pada bumi yang ditemui oleh saintis Barat sekitar 3 ratus tahun yang lalu walaupun hakikatnya graviti sudah wujud sejak Allah ciptakan bumi. Jadi apalah sangat nak dihairankan kalau kita percaya pada perkara-perkara benar yang dicatatkan pada 14 kurun yang lalu? Cuba fikir logik sikit.
Sebelum 14 kurun yang lalu manusia sudah lama kenal sains. Kalau tidak, macam mana Nabi Nuh boleh cipta bahtera besar? Jadi adalah tak masuk akal mengatakan pada 14 kurun yang lalu, manusia belum kenal sains.Anda ingin balik ke zaman manusia belum kenal sains itu. Mengapa saintis yang berjaya ialah mereka yang tidak perlu mengkaji buku itu?
Yang nyatanya, pada 14 kurun yang lalu, ilmu sains tidak cukup meluas lagi seperti hari ini kerana pada waktu itu ramai yang suka menurut membuta-tuli tak guna logik. Dan ilmu sains hari ini berkembang bila semakin ramai manusia guna logik. Itu sahaja.
Saintis hanya tidak perduli "tuhan-tuhan" yang disembah oleh para penyekutu Allah sahaja. Tetapi mereka tetap percaya adanya Tuhan yang Memelihara sistem yang berjalan teratur di semesta alam ini.Saintis tak perduli samada orang itu percaya tuhan atau tidak, tetapi akhirnya mereka yang berjaya.
Kalau mereka tak peduli Tuhan, pasti mereka suka-suka ubah hukum 1+1=2 jadi 1+1=3. Tapi mereka sedar yang mereka tak mampu nak ubah hukum semudah itu kerana nanti mereka menipu jari-jemari mereka sendiri.
Bila mereka sedar diri yang mereka itu lemah dan ada Kuasa yang lebih kuat, secara tidak langsung mereka sudah percaya pada Tuhan-lah.
Sebaliknya kalau seseorang itu mengaku mulut adanya Tuhan, tetapi lebih takut hukum-hukum yang diada-adakan oleh pembesar ugama, bukankah hakikatnya mereka itulah yang tak pedulikan Tuhan?
Sebab mereka berfikir secara logik seperti mana para Nabi terdahulu berfikir. Mereka tidak mudah percaya pada perkara karut-marut seperti penyembah Taghut percaya. Itu bezanya.Sebab mereka memang berfikir sebagai saintis, bukan mengajar orang cara beragama, itu kerja 'pembesar agama' yang tak maju.
Sebab rata-rata orang yang ada "title" agama mengatakan "dalam Islam tak boleh guna akal", macam mana orang Melayu nak maju? Cuba orang yang ada "title" agama itu berubah sikap untuk kritis berfikir dan tidak menurut membuta-tuli amalan orang Arab, pasti orang Melayu akan maju.Sebab itu mentaliti orang melayu tak maju buat apa saja nak kait dengan agama. Kalau macam tu susahlah melayu nak berubah.
Majunya sesuatu bangsa kerana keilmuan. Ilmu akan diperolehi bila rajin berfikir. Tetapi kalau yang "pakar-pakar agama" itu kata tak boleh guna akal dalam mengkaji Al Quran, bila masa orang Melayu nak maju sebab mereka sudah lawan hukum Tuhan yang tetapkan proses penurunan ilmu (kena rajin berfikir).
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Mengapa Pilih Al-Quran
Salam,
Nak percaya adanya graviti atau tidak pun terletak pada kepercayaan seseorang. Jadi macam mana saudari kata "kemajuan sains tidak berkaitan dengan 'kepercayaan' seseorang"?
Sebenarnya kemajuan sains berkaitan dengan kepercayaan seseorang terhadap keupayaan akalnya sendiri. Kalau nak fahami Al Quran pun sudah takut guna akal, macam mana nak maju? Tidak hairanlah saintis Barat yang banyak membenarkan apa yang ada dalam Al Quran.
Mereka tak perlu war-warkan kepercayaan mereka pada Al Quran seperti mana "orang Islam" hari ini buat. Cukuplah mereka membenarkan Al Quran seperti mana Rasul-rasul terdahulu membenarkan Kitab-kitab Allah yang sudah ada sebelum mereka.
Kita nampak persamaan sifat para saintis dengan para Rasul. Tidak hairanlah mereka dapat kemajuan. Perumpamaannya jika pelajar A mempunyai sifat-sifat baik yang melayakkan dia lulus SPM dengan cemerlang, maka jika pelajar B mencontohi sifat-sifat baik tersebut, pasti kemungkinan besar dia juga lulus SPM dengan cemerlang.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum