Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Patuh pada Tuan Empunya
+4
othman
Admin
Zulia
Juang
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 4 of 4
Page 4 of 4 • 1, 2, 3, 4
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,
Tahu pun yang Allah sahaja memberikan penjelasan kepada manusia. Maka sepatutnya kembalilah kepada Kitab Allah jika tahu Allah sahaja yang memberikan penjelasan?
Ini tidak, mereka pergi cari kitab riwayat yang dikumpulkan oleh makhluk-makhluk itu. Sudahlah mereka taksub kitab riwayat, Kitab Allah pula mereka hina kononnya tak jelas. Buruk betul perangai mereka.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
orang islam mempunyai bukti ajaran islam sama seperti mereka mempunyai bukti ayat alquran dari nabi. Kitab tulisan tangan yang asal semasa permerintahan Khalifah Usman ada disimpan di masjid imam syafie di kaherah. Anda ada bukti apa? Kalau anda seorang yang fasih bahasa al quran dan seorang hafiz itu lain lah. Ini bergantung pada terjemahan al quran. Taraf terjemahan alquran tidak sama martabatnya dengan wahyu Allah. Ia sama dengan kitab-kitab agama yang lain. Dan kita tak perlu ambil wuduk utk menyentuhnya.Lihatlah pada diri sendiri, anda hanya membuang usia anda dengan tidak mahu belajar pada orang yang tahu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,
Saya ada bukti yang dalam Al Quran tidak ada ayat yang suruh kumpulkan riwayat-riwayat Nabi.
Dari segi zahir tulisan, memanglah tulisan Arab dan tulisan Melayu tak sama. Tetapi daripada isi kandungan atau mesejnya sama iaitu dalam Al Quran tidak ada suruhan Tuhan agar kita kumpul kitab riwayat untuk dijadikan penjelasan Al Quran.
Ini kerana ketika Al Quran disampaikan dalam bahasa Arab pun, mesej Allah sudah jelas dan tak perlu kitab riwayat, maka dalam bahasa Melayu pun jelas juga.
Mana bukti Al Quran suruh kumpulkan riwayat-riwayat sebagai penjelas Al Quran? Asyik gagal sahaja nak kemukakan bukti?
Saya ada bukti yang dalam Al Quran tidak ada ayat yang suruh kumpulkan riwayat-riwayat Nabi.
Dari segi zahir tulisan, memanglah tulisan Arab dan tulisan Melayu tak sama. Tetapi daripada isi kandungan atau mesejnya sama iaitu dalam Al Quran tidak ada suruhan Tuhan agar kita kumpul kitab riwayat untuk dijadikan penjelasan Al Quran.
Ini kerana ketika Al Quran disampaikan dalam bahasa Arab pun, mesej Allah sudah jelas dan tak perlu kitab riwayat, maka dalam bahasa Melayu pun jelas juga.
Mana bukti Al Quran suruh kumpulkan riwayat-riwayat sebagai penjelas Al Quran? Asyik gagal sahaja nak kemukakan bukti?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Juang wrote:Salam,

salam juang
boleh juang sertakan ayat tersebut . bukankah ada ayat yg suruh kita ikut pribadi nabi . jadi nak ikut macamana kalau tak di tulis . macam jugak hukum buat kereta jugak adalah dari simpulan al quran yg di kaji dan di uji kebenarannya . bukan direct adri quran ada teori2 tu .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam saudara Othman,
Memanglah ada ayat Al Quran suruh kita ikut pedoman dan peribadi Nabi, tetapi mana ada ayat Al Quran kata "nak cari pedoman Nabi, kumpulah riwayat-riwayat"? Bukankah dalam Al Quran itu sendiri ada contoh peribadi Nabi-nabi seperti mereka rajin berfikir, rajin menyelidik dan tidak menurut membuta-tuli ajaran tradisi yang dipelopor oleh pembesar agama kaum mereka. Kenapa tak contohi peribadi itu?
Masalahnya sekarang, peribadi Nabi-nabi dalam Al Quran mereka taknak ikut, yang diluar Al Quran itu mereka taksub. Seolah-olah mereka letakkan Allah lebih rendah daripada periwayat-periwayat itu.
Memanglah ada ayat Al Quran suruh kita ikut pedoman dan peribadi Nabi, tetapi mana ada ayat Al Quran kata "nak cari pedoman Nabi, kumpulah riwayat-riwayat"? Bukankah dalam Al Quran itu sendiri ada contoh peribadi Nabi-nabi seperti mereka rajin berfikir, rajin menyelidik dan tidak menurut membuta-tuli ajaran tradisi yang dipelopor oleh pembesar agama kaum mereka. Kenapa tak contohi peribadi itu?
Masalahnya sekarang, peribadi Nabi-nabi dalam Al Quran mereka taknak ikut, yang diluar Al Quran itu mereka taksub. Seolah-olah mereka letakkan Allah lebih rendah daripada periwayat-periwayat itu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Bila dah tak mampu mengeluarkan bukti, jadi apa juag? Kita beragama bukan senang-senang saja kita katakan hadith nabi saw sebagai kitab riwayat yang sengaja dibuat-buat. Kalau sengaja pun manusia menulis riwayat hadith, ia adalah untuk menjaga kesucian agama Islam daripada wujudnya golongan yang sedikit-sedikit ada pertelingkahan terus disebut 'qalla rasullullah saw....aku mendengar...' dan sebagainya untuk menguatkan hujah mereka yang belum tentu benar. Syukurlah segala hadith nabi saw telah di'paten'kan dan di'piawai'kan untuk rujukan umat Islam sama ada golongan sunnah ataupun syiah. Jika golongan sunnah membenci bangsa golongan syiah, sudah tentu hadith riwayat bukhari dan muslim ditolak kerana mereka berbangsa farsi sama dengan bangsa pengikut syiah. Maka dari pihak syiah pun mereka kalau handak menolak hadith bukhari dan muslim, tentu menjadi penghinaan kepada bangsa mereka sendiri. Lihatlah betapa Allah ta'ala menjadi sesuatu yang unik berlaku didalam umat Islam menyelusuri hadith-hadith nabi saw. Terlalu banyak hikmahnya.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam PE,
Saya dan tuan percaya kepada al-quran. Namun tuan ada sumber lain selain al-quran yang menjadi kepercayaan tuan iaitu riwayat hadis. Saya tak percaya riwayat hadis. Jadi, kita berhujah dengan bersandarkan ayat al-quran sahaja. Kalau ada sesiapa yang minta bukti ayat al-quran tentang sesuatu dakwaan itu, jika tuan berkata benar sepatutnya tuan kemukakan di sini. Kalau tuan masih mencari, katakan masih mencari. Kalau tuan dah jumpa, kemukakan di sini dan kalau tuan gagal, terus terang sahaja. itu lebih baik daripada tuan terus berdusta.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Patuh pada Tuan Empunya
kalau anda tak percaya pada kata-kata Nabi, terpulang pada anda itu agama anda. Anda tak boleh menghalang orang lain dari beriman dengannya. Maka anda bawalah haluan anda sendiri kerana anda tidak termasuk dalam golongan orang yang mempercayainya.
Saya hairan kalau ada yang boleh tinggal serumah dengan orang seperti anda. Saya menasihatkan mereka 'tidak akan sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai Allah dan Rasul lebih dari ibubapa mereka, suami atau isteri mereka, anak-anak dan harta mereka. Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia membenci kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke neraka.
Saya hairan kalau ada yang boleh tinggal serumah dengan orang seperti anda. Saya menasihatkan mereka 'tidak akan sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai Allah dan Rasul lebih dari ibubapa mereka, suami atau isteri mereka, anak-anak dan harta mereka. Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia membenci kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke neraka.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Zulia wrote:kalau anda tak percaya pada kata-kata Nabi, terpulang pada anda itu agama anda. Anda tak boleh menghalang orang lain dari beriman dengannya.
Tiada siapa yang menghalang, hanya sebagai peringatan.
Zulia wrote:Maka anda bawalah haluan anda sendiri kerana anda tidak termasuk dalam golongan orang yang mempercayainya.
Apa bukti puan sehingga berkata "anda tidak termasuk dalam golongan yang mempercayai?"
Zulia wrote:Saya hairan kalau ada yang boleh tinggal serumah dengan orang seperti anda. Saya menasihatkan mereka 'tidak akan sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai Allah dan Rasul lebih dari ibubapa mereka, suami atau isteri mereka, anak-anak dan harta mereka. Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia membenci kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke neraka.
Boleh beritahu surah dan ayat mana kenyataan puan yang saya boldkan itu?
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,PenjunjungEhsan wrote:Bila dah tak mampu mengeluarkan bukti, jadi apa juag? Kita beragama bukan senang-senang saja kita katakan hadith nabi saw sebagai kitab riwayat yang sengaja dibuat-buat.
Bila tak mampu kemukakan bukti, samalah mereka macam orang-orang Yahudi dan Nasrani yang perasan mereka sahaja layak masuk syurga tanpa mampu kemukakan bukti.
Bila tak mampu kemukakan bukti, samalah mereka macam kaum musyrik terdahulu tidak mampu kemukakan bukti kenapa manusia perlu beritual mengadap matahari, bulan atau pun binaan-binaan manusia.
Sekarang ini, kita tak perlu katakan kitab riwayat hadis itu sesuatu yang dibuat-buat, tetapi kita nak tahu ayat Al Quran manakah perintahkan kita kumpulkan riwayat-riwayat Nabi dan jadikan kitab itu penjelas kepada Al Quran? Jika Allah tidak memerintahkan, bukankah itu perintah syaitan yang engkar pada Tuhannya?
Masalahnya sekarang, tiada bukti Al Quran suruh kumpulkan riwayat hadis. Jadi suruhan itu bukan daripada Al Quran. Takkanlah kita nak percaya suruhan yang bukan daripada Allah? Mempercayai suruhan yang bukan daripada Allah, bermakna mereka menurut jejak langkah syaitan.Kalau sengaja pun manusia menulis riwayat hadith, ia adalah untuk
menjaga kesucian agama Islam daripada wujudnya golongan yang
sedikit-sedikit ada pertelingkahan terus disebut 'qalla rasullullah
saw....aku mendengar...' dan sebagainya untuk menguatkan hujah mereka
yang belum tentu benar.
Masalahnya dalam Al Quran melarang kita mewujudkan golongan-golongan. Nampak tak kesan buruk mengumpul riwayat? Daripada tidak wujud golongan Sunnah dan Syiah masa zaman Nabi, alig-alih wujud golongan tersebut yang setiap mereka perasan mereka sahajalah golongan yang benar.Syukurlah segala hadith nabi saw telah
di'paten'kan dan di'piawai'kan untuk rujukan umat Islam sama ada
golongan sunnah ataupun syiah. Jika golongan sunnah membenci bangsa
golongan syiah, sudah tentu hadith riwayat bukhari dan muslim ditolak
kerana mereka berbangsa farsi sama dengan bangsa pengikut syiah. Maka
dari pihak syiah pun mereka kalau handak menolak hadith bukhari dan
muslim, tentu menjadi penghinaan kepada bangsa mereka sendiri. Lihatlah
betapa Allah ta'ala menjadi sesuatu yang unik berlaku didalam umat
Islam menyelusuri hadith-hadith nabi saw. Terlalu banyak hikmahnya.
Bila kita nampak punca penyakit manusia jadi bergolongan2 begitu, jauhilah punca penyakit. Mencegah lebih baik daripada merawati.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,Zulia wrote:kalau anda tak percaya pada kata-kata Nabi, terpulang pada anda itu agama anda. Anda tak boleh menghalang orang lain dari beriman dengannya.
Masalahnya tiada ayat Al Quran mengiktiraf kitab riwayat adalah kata-kata Nabi yang semestinya dipercayai membuta-tuli. Jadi orang yang patuh pada Al Quran yang di dalamnya ada membezakan sifat-sifat kata-kata seseorang Nabi dan sifat kata-kata syaitan tidak akan membuta-tuli percaya kepada orang yang fasiq mengatakan "ini adalah kata-kata Nabi, maka percayalah tanpa perlu difikir-fikirkan lagi". Walhal ikut ayat 16:44, kita disuruh fikirkan wahyu yang diturunkan kepada Nabi, bukannya riwayat-riwayat yang dikhabarkan oleh manusia.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam Admin,Admin wrote:Boleh beritahu surah dan ayat mana kenyataan puan yang saya boldkan itu?
Seperti biasa, orang yang mengada-adakan/dusta pasti gagal kemukakan bukti bila diminta.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Juang wrote:Salam,PenjunjungEhsan wrote:Bila dah tak mampu mengeluarkan bukti, jadi apa juag? Kita beragama bukan senang-senang saja kita katakan hadith nabi saw sebagai kitab riwayat yang sengaja dibuat-buat.
Bila tak mampu kemukakan bukti, samalah mereka macam orang-orang Yahudi dan Nasrani yang perasan mereka sahaja layak masuk syurga tanpa mampu kemukakan bukti.
Bila tak mampu kemukakan bukti, samalah mereka macam kaum musyrik terdahulu tidak mampu kemukakan bukti kenapa manusia perlu beritual mengadap matahari, bulan atau pun binaan-binaan manusia.
Sekarang ini, kita tak perlu katakan kitab riwayat hadis itu sesuatu yang dibuat-buat, tetapi kita nak tahu ayat Al Quran manakah perintahkan kita kumpulkan riwayat-riwayat Nabi dan jadikan kitab itu penjelas kepada Al Quran? Jika Allah tidak memerintahkan, bukankah itu perintah syaitan yang engkar pada Tuhannya?Masalahnya sekarang, tiada bukti Al Quran suruh kumpulkan riwayat hadis. Jadi suruhan itu bukan daripada Al Quran. Takkanlah kita nak percaya suruhan yang bukan daripada Allah? Mempercayai suruhan yang bukan daripada Allah, bermakna mereka menurut jejak langkah syaitan.Kalau sengaja pun manusia menulis riwayat hadith, ia adalah untuk
menjaga kesucian agama Islam daripada wujudnya golongan yang
sedikit-sedikit ada pertelingkahan terus disebut 'qalla rasullullah
saw....aku mendengar...' dan sebagainya untuk menguatkan hujah mereka
yang belum tentu benar.Masalahnya dalam Al Quran melarang kita mewujudkan golongan-golongan. Nampak tak kesan buruk mengumpul riwayat? Daripada tidak wujud golongan Sunnah dan Syiah masa zaman Nabi, alig-alih wujud golongan tersebut yang setiap mereka perasan mereka sahajalah golongan yang benar.Syukurlah segala hadith nabi saw telah
di'paten'kan dan di'piawai'kan untuk rujukan umat Islam sama ada
golongan sunnah ataupun syiah. Jika golongan sunnah membenci bangsa
golongan syiah, sudah tentu hadith riwayat bukhari dan muslim ditolak
kerana mereka berbangsa farsi sama dengan bangsa pengikut syiah. Maka
dari pihak syiah pun mereka kalau handak menolak hadith bukhari dan
muslim, tentu menjadi penghinaan kepada bangsa mereka sendiri. Lihatlah
betapa Allah ta'ala menjadi sesuatu yang unik berlaku didalam umat
Islam menyelusuri hadith-hadith nabi saw. Terlalu banyak hikmahnya.
Bila kita nampak punca penyakit manusia jadi bergolongan2 begitu, jauhilah punca penyakit. Mencegah lebih baik daripada merawati.
Masalahnya, memang umat Islam telah terbahagi-bahagi dan ia sudah ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala. Mampukah kita melawan takdir? Setiap individu diberikan peluang untuk memilih dan proses memilih inilah yang memungkinkan manusia untuk melaksanakan ikhtiar hidup.
Samakah antara seorang yang bermazhab syiah hidup dikalangan bermazhab sunni dan kebanyakan amalannya bertentangan dengan kehidupan setempat dan samakah antara seorang yang bermazhab ahlussunnah hidup dikalangan bermazhab syiah dan amalan yang bertentangan dengan kehidupan syiah itu sendiri?
Keputusan majlis fiqh antarabangsa yang merupakan kesepakatan umat Islam sejagat, membahagikan ummah kepada apa yang mereka pegangi dan ia tidak memecahkan umat Islam kerana tidak berlaku percampuran antara kedua-duanya atau ketiga-tiganya. Maksudnya wujud juga golongan yang tidak mengikuti sunnah dan syiah tetapi ahbash.
Jika ditakdirkan berlakunya semua umat Islam bersatu tanpa menghiraukan golongan maka pada masa itu, Islam tentu memerintah dunia kerana semuanya hendak berpegang kepada AlQuran dan Assunnah. Insyaallah.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,PenjunjungEhsan wrote:
Masalahnya, memang umat Islam telah terbahagi-bahagi dan ia sudah ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala. Mampukah kita melawan takdir?
Jangan nak salahkan Allah pula kononnya Dia sengaja takdirkan umat Islam hari ini berpecah-belah. Sedangkan semua yang Allah cipta ada sebab musabahnya. Setiap yang terjadi, ada punca-puncanya. Penyakit takkan datang tanpa sebab. Seorang pelajar sekolah tidak akan Allah sengaja gagalkan dalam peperiksaaan. Kegagalannya ada kaitan dengan kemalasan dalam pelajaran.
Begitulah perpecahan umat Islam hari ini ada kaitannya dengan ketaksuban mereka kepada pembesar-pembesar agama mereka. Yang Sunnahnya taksub pada imam mereka, dan yang syiahnya taksub pada imam mereka.
Jika kembali pada Al Quran, takkan wujud pun nama-nama puak itu kerana tiada satu ayat Al Quran pun suruh kita jadi golongan Sunnah ke atau golongan Syiah. Lainlah ada ayat Al Quran tulis "jadilah kamu golongan Sunnah untuk layak masuk syurga" atau "jadilah kamu golongan Syiah jika nak masuk syurga", masuk akal juga kita kena wujudkan golongan begitu. Masalahnya mana ada ayat Al Quran mengajar berpuak-puak begitu?
Jadi bukan Allah sengaja masukkan mereka berpuak-puak begitu, tetapi sebab keegoaan mereka sendirilah yang mengada-adakan hukum yang Allah tak pernah tetapkan sehingga mereka berpecah-belah begitu.
Tidakkah mereka nampak hakikat itu semua? Orang yang buta hati sahaja tak nampak.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Juang wrote:Salam,PenjunjungEhsan wrote:
Masalahnya, memang umat Islam telah terbahagi-bahagi dan ia sudah ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala. Mampukah kita melawan takdir?
Jangan nak salahkan Allah pula kononnya Dia sengaja takdirkan umat Islam hari ini berpecah-belah. Sedangkan semua yang Allah cipta ada sebab musabahnya. Setiap yang terjadi, ada punca-puncanya. Penyakit takkan datang tanpa sebab. Seorang pelajar sekolah tidak akan Allah sengaja gagalkan dalam peperiksaaan. Kegagalannya ada kaitan dengan kemalasan dalam pelajaran.
Begitulah perpecahan umat Islam hari ini ada kaitannya dengan ketaksuban mereka kepada pembesar-pembesar agama mereka. Yang Sunnahnya taksub pada imam mereka, dan yang syiahnya taksub pada imam mereka.
Jika kembali pada Al Quran, takkan wujud pun nama-nama puak itu kerana tiada satu ayat Al Quran pun suruh kita jadi golongan Sunnah ke atau golongan Syiah. Tidakkah mereka nampak hakikat itu semua? Orang yang buta hati sahaja tak nampak.
Setiap manusia inginkan kebaikan sahaja dalam hidup masing-masing. Tapi, adakah kita tidak akan diuji? Sebab itu konsep qada dan qadar dalam rukun iman menjadi rukun iman. Jika selalu memerlukan 'sebab dan kesan', ia tidak akan menjadi sunnah kerana rasullullah saw apabila di khabarkan oleh waraqah bin naufal bahawa setiap manusia yang membawa syariat Islam akan dihalau oelh kaumnya, adakah nabi saw mempersoalkannya? Rasullullah saw sanggup menerima takdir dan dengan cara itu Allah ta'ala mengurniakan nabi saw negeri yang lebih baik daripada kampung halamannya iaitu madinah. Konsep berserah dalam Islam menepati akhlak dan peribadi rasullullah saw. Adakah kita tidak mahu mencontohinya?
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,PenjunjungEhsan wrote:
Setiap manusia inginkan kebaikan sahaja dalam hidup masing-masing. Tapi, adakah kita tidak akan diuji? Sebab itu konsep qada dan qadar dalam rukun iman menjadi rukun iman. Jika selalu memerlukan 'sebab dan kesan', ia tidak akan menjadi sunnah kerana rasullullah saw apabila di khabarkan oleh waraqah bin naufal bahawa setiap manusia yang membawa syariat Islam akan dihalau oelh kaumnya, adakah nabi saw mempersoalkanya?
Manusia yang masuk syurga ada sebabnya iaitu semasa di dunia dia tidak menyekutukan Allah. Jika di dunia dia menyekutukan Allah, takkanlah mereka masuk syurga juga?
Jika untuk perkara yang besar itu (urusan nak masuk syurga) pun ada sebab musababnya, takkanlah perihal perpecahan umat Islam tiada punca?
Punca umat Islam berpecah-belah sebab mereka taknak kembali kepada Al Quran yang tak pernah ajar pun wujudkan puak bernama Sunnah dan Syiah itu. Carilah surah mana dan no ayat mana yang mengajar manusia buat puak begitu.
Bila kita nampak punca itu, sebab itulah kita ajak mereka kembali kepada Al Quran agar tak wujud lagi puak-puak macam tu lagi. Mudah sahaja bukan?
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Juang wrote:Salam,PenjunjungEhsan wrote:
Setiap manusia inginkan kebaikan sahaja dalam hidup masing-masing. Tapi, adakah kita tidak akan diuji? Sebab itu konsep qada dan qadar dalam rukun iman menjadi rukun iman. Jika selalu memerlukan 'sebab dan kesan', ia tidak akan menjadi sunnah kerana rasullullah saw apabila di khabarkan oleh waraqah bin naufal bahawa setiap manusia yang membawa syariat Islam akan dihalau oelh kaumnya, adakah nabi saw mempersoalkanya?
Manusia yang masuk syurga ada sebabnya iaitu semasa di dunia dia tidak menyekutukan Allah. Jika di dunia dia menyekutukan Allah, takkanlah mereka masuk syurga juga?
Jika untuk perkara yang besar itu (urusan nak masuk syurga) pun ada sebab musababnya, takkanlah perihal perpecahan umat Islam tiada punca?
Punca umat Islam berpecah-belah sebab mereka taknak kembali kepada Al Quran yang tak pernah ajar pun wujudkan puak bernama Sunnah dan Syiah itu. Carilah surah mana dan no ayat mana yang mengajar manusia buat puak begitu.
Bila kita nampak punca itu, sebab itulah kita ajak mereka kembali kepada Al Quran agar tak wujud lagi puak-puak macam tu lagi. Mudah sahaja bukan?
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Awak ingat beramal tanpa menerima tunjuk ajar daripada rasullullah saw akan membawa awak ke syurga?
Tunjuk ajar rasullullah saw adalah sunnah baginda. Jika awak menolak sunnah, adakah awak mempunyai kenderaan untuk bergerak menuju Allah? Sedangkan kaum kafir pun berusaha menuju Allah dengan berbagai macam cara ibadah, tetapi semuanya tertolak kerana cara ibadah rasullullah saw sahaja yang Allah terima.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,
Bukankah dalam Al Quran itu sudah ada tunjuk ajar daripada Allah kepada para Nabi? Kenapa tak nak ikut?
Bawalah bukti Allah sempitkan tunjuk ajar Nabi hanya ada dalam kitab riwayat, masuk akal jugalah kita taksub kitab-kitab tersebut.
Asyik bercakap tanpa berlandaskan Al Quran, bila masa umat Islam nak berjaya?
Bukankah dalam Al Quran itu sudah ada tunjuk ajar daripada Allah kepada para Nabi? Kenapa tak nak ikut?
Bawalah bukti Allah sempitkan tunjuk ajar Nabi hanya ada dalam kitab riwayat, masuk akal jugalah kita taksub kitab-kitab tersebut.
Asyik bercakap tanpa berlandaskan Al Quran, bila masa umat Islam nak berjaya?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Juang wrote:Salam,
Bukankah dalam Al Quran itu sudah ada tunjuk ajar daripada Allah kepada para Nabi? Kenapa tak nak ikut?
Bawalah bukti Allah sempitkan tunjuk ajar Nabi hanya ada dalam kitab riwayat, masuk akal jugalah kita taksub kitab-kitab tersebut.
Asyik bercakap tanpa berlandaskan Al Quran, bila masa umat Islam nak berjaya?
Sudah ternyata bukti semuanya dalam nas-nas kitabullah dan hadith nabi saw.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Patuh pada Tuan Empunya
PenjunjungEhsan wrote:Juang wrote:Salam,
Bukankah dalam Al Quran itu sudah ada tunjuk ajar daripada Allah kepada para Nabi? Kenapa tak nak ikut?
Bawalah bukti Allah sempitkan tunjuk ajar Nabi hanya ada dalam kitab riwayat, masuk akal jugalah kita taksub kitab-kitab tersebut.
Asyik bercakap tanpa berlandaskan Al Quran, bila masa umat Islam nak berjaya?
Sudah ternyata bukti semuanya dalam nas-nas kitabullah dan hadith nabi saw.
Salam,
Kalau ada bukti, kenapa tak tunjuk bila diminta?
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,Admin wrote:PenjunjungEhsan wrote:Juang wrote:Salam,
Bukankah dalam Al Quran itu sudah ada tunjuk ajar daripada Allah kepada para Nabi? Kenapa tak nak ikut?
Bawalah bukti Allah sempitkan tunjuk ajar Nabi hanya ada dalam kitab riwayat, masuk akal jugalah kita taksub kitab-kitab tersebut.
Asyik bercakap tanpa berlandaskan Al Quran, bila masa umat Islam nak berjaya?
Sudah ternyata bukti semuanya dalam nas-nas kitabullah dan hadith nabi saw.
Salam,
Kalau ada bukti, kenapa tak tunjuk bila diminta?
Itulah kita tunggu juga mereka quotekan no surah dan no ayat Al Quran mana menunjukkan Allah suruh rujuk kitab riwayat sebagai penjelas Al Quran.
Setakat cakap ada, tapi gagal kemukakan bukti.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Juang wrote:Salam,Admin wrote:PenjunjungEhsan wrote:Juang wrote:Salam,
Bukankah dalam Al Quran itu sudah ada tunjuk ajar daripada Allah kepada para Nabi? Kenapa tak nak ikut?
Bawalah bukti Allah sempitkan tunjuk ajar Nabi hanya ada dalam kitab riwayat, masuk akal jugalah kita taksub kitab-kitab tersebut.
Asyik bercakap tanpa berlandaskan Al Quran, bila masa umat Islam nak berjaya?
Sudah ternyata bukti semuanya dalam nas-nas kitabullah dan hadith nabi saw.
Salam,
Kalau ada bukti, kenapa tak tunjuk bila diminta?
Itulah kita tunggu juga mereka quotekan no surah dan no ayat Al Quran mana menunjukkan Allah suruh rujuk kitab riwayat sebagai penjelas Al Quran.
Setakat cakap ada, tapi gagal kemukakan bukti.
Samakah qoute ayat AlQuran dekat orang yang berilmu dengan orang yang tak berilmu? Tentu sekali tidak, makin kita quote ayat, makin tebal kedegilan mereka kerana peranan mereka hanya mempermainkan kitabullah dan menolak ajaran rasullullah saw. Jika kita kata daging tu separuh masak, awak akan kata daging tu separuh mentah. Jadi sampai bila-bilalah awak tak akan makan daging.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Patuh pada Tuan Empunya
Salam,
Nabi pun tak memilih pada siapa orang yang dia nak kemukakan ayat-ayat Al Quran. Tak berakhlak macam Nabi langsung.
Nabi pun tak memilih pada siapa orang yang dia nak kemukakan ayat-ayat Al Quran. Tak berakhlak macam Nabi langsung.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Page 4 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Senarai Kitab Karangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang
» Asas Kebenaran Pada Logiknya
» Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik
» Asas Kebenaran Pada Logiknya
» Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 4 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|