Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Terhempas pada bumi yang nyata
5 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Terhempas pada bumi yang nyata
Katakan kita diberi kuasa untuk terapung di udara tanpa sebarang peralatan. Kita dapat naik 10 meter ke udara, kemudian meningkat ke 20 meter, 30 meter dan seterusnya. Tiba-tiba kuasa itu hilang dan menyebabkan daya graviti menarik kembali kita kepada tanah. Sudah pasti kita akan merasa sakit ketika saat jatuh terhempas ke bumi. Lagi tinggi kita terapung, lagi sakit bila terhempas ke bumi.
Begitulah perumpamaan orang yang terkena penyakit berbangga diri. Perasaan berbangga diri menjadikan mereka terapung di awangan. Mereka rasa apa yang mereka ada itu mereka lebih baik daripada orang lain. Semakin kuat perasaan itu, semakin tinggi mereka daripada hakikat atau kenyataan sebenar. Dan apabila mereka dipertemukan dengan hakikat sebenar, barulah mereka terhempas dan merasa terhina. Mereka rasa marah dan sakit hati. Lagi kuat mereka berbangga sebelum ini, lagi perit kesakitan yang mereka rasai.
Mengesklusifkan sesuatu perkara pada diri adalah penyakit berbangga diri. Iblis menjadikan unsur kejadiannya daripada api sebagai suatu yang esklusif untuk merasa dirinya lebih baik daripada Adam. Penyakit inilah yang amat dimurkai dan dilaknati oleh Allah.
Ada manusia menjadikan amalan ritual mereka suatu yang esklusif kononnya dengan buat amalan begitu, merekalah lebih baik daripada kaum-kaum lain. Mereka terapung di awangan. Tetapi realitinya mereka adalah kaum yang lemah, cepat berputus asa dan mudah dikalahkan. Di merata dunia mereka ditindas akibat kemalasan dan kebodohan mereka sendiri.
Al Quran adalah Kitab yang mengembalikan kita berpijak pada bumi yang nyata. Dengan memahami Al Quran, kita akan jadi orang yang sedar diri di mana tahap keupayaan sebenar kita. Bila kita berpijak pada bumi yang nyata, kita tidak akan terhempas seperti orang yang terapung di awangan itu. Tiada lagi perkara-perkara nak dibangga-banggakan kerana kita tahu risiko terapung di awangan. Jadi, kemungkinan nak jatuh terhempas seperti orang yang terapung di awangan itu menghampiri sifar.
Keinsafan melihat realiti kaum sendiri mampu menyedarkan di mana kita berada. Usah terikut-ikut dengan rentak golongan yang suka berbangga diri, kelak bila terhempas, kita yang malu dan sakit sendiri.
Orang yang hidup berbangga diri, ketika mati mereka akan merasakan sakit yang tidak terperi. Ini kerana saat mati itulah perasaan berbangga diri mereka yang mengapungkan mereka selama ini hilang. Ketika itulah mereka sedar hakikat sebenar siapa diri mereka yang menghempaskan diri mereka pada bumi yang nyata.
Hiduplah seumpama padi, semakin berisi semakin tunduk.
Nota: Cetusan idea daripada penulisan saudara Jebon dalam topik:
http://doktrinisasi.blogspot.com/2010/01/eksklusif-versus-inklusif-apakah-maksud.html

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
kalau nak tahu orang itu sombong atau bangga diri, antara sifatnya ialah tidak mahu belajar dan menganggap diri pandai dari orang lain. Jadi orang macam ni ke yang akan terhempas tu bang?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Salam,
Benar. Tanda-tanda orang yang sombong itu tidak mahu belajar. Sebab itulah yang pemalas belajar rata-ratanya umat Islam hari ini. Mereka malas mengkaji ilmu-ilmu Allah. Semua teknologi harapkan kaum-kaum lain sahaja buatkan. Walhal umat Islam dahulu gemilang pun sebab rajin belajar sehingga banyak saintis-saintis Islam yang dijadikan rujukan pada zaman itu.
Terima kasih kerana tolong perjelaskan kesombongan umat Islam hari ini yang ternyata malas belajar berbanding bangsa-bangsa lain. Tahulah kita kenapa Allah hempaskan umat Islam hari ini dengan pelbagai kekalahan dan kehinaan.
Moga-moga cepat sedar diri.
Benar. Tanda-tanda orang yang sombong itu tidak mahu belajar. Sebab itulah yang pemalas belajar rata-ratanya umat Islam hari ini. Mereka malas mengkaji ilmu-ilmu Allah. Semua teknologi harapkan kaum-kaum lain sahaja buatkan. Walhal umat Islam dahulu gemilang pun sebab rajin belajar sehingga banyak saintis-saintis Islam yang dijadikan rujukan pada zaman itu.
Terima kasih kerana tolong perjelaskan kesombongan umat Islam hari ini yang ternyata malas belajar berbanding bangsa-bangsa lain. Tahulah kita kenapa Allah hempaskan umat Islam hari ini dengan pelbagai kekalahan dan kehinaan.
Moga-moga cepat sedar diri.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
ilmu agama pun dia tak belajar ke bang
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Salam,
Mereka hanya belajar cara-cara nak beritual macam yang dilakukan oleh kaum musyrik terdahulu untuk perasan kononnya mereka sahajalah yang layak masuk syurga. Walhal mana ada ayat Al Quran menetapkan manusia hanya masuk syurga jika buat amalan ritual itu. Yang Al Quran sebut, sesiapa buat kebaikan, Allah akan balas dengan ganjaran yang besar.
Sedangkan bangsa-bangsa lain sumbangkan banyak manfaat dan kebaikan dengan ilmu-ilmu Allah yang mereka gali tidak pun kecoh kononnya mereka sahaja masuk syurga.

bangsa lain itu Islam ke tidak bang?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Salam,
Bangsa-bangsa lain yang mencontohi pedoman Nabi Ibrahim yang meninggalkan kepercayaan tradisi karut-marut untuk berhijrah menjadi seorang yang banyak sumbangkan manfaat kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia, sudah pasti mereka bercirikan muslim mengikut perspektif Al Quran.
Jangan bercirikan "muslim" mengikut perspektif orang musyrik dan munafik. Nanti Al Quran pun mereka tak mahu patuhi.

bangsa lain itu bukan bangsa abang ke?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Salam,
Bangsa lain itu bangsa Adam juga. Lupa ke? ;)
Bangsa lain itu bangsa Adam juga. Lupa ke? ;)
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
abang ni bangsa Adam ke?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Salam Zulia,
Mutu berforum puan jatuh merudum secara tiba-tiba. Adakah puan berasa kecewa kerana tidak pernah berjaya membawa bukti dalam setiap hujah puan?

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6426
Registration date : 2009-10-02
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Salam Tolokminda,
Secara psikologinya, apabila manusia itu gagal mengawal perasaan, mutu berhujahnya akan jatuh. Macam orang kafir terdahulu, setelah satu persatu mereka dikalahkan dengan hujah Rasul mereka, mereka pun lontarkan ayat yang tidak bermutu seperti "inilah sihir yang nyata".
Kita boleh lihat psikologi mereka bila berhujah begini.
Secara psikologinya, apabila manusia itu gagal mengawal perasaan, mutu berhujahnya akan jatuh. Macam orang kafir terdahulu, setelah satu persatu mereka dikalahkan dengan hujah Rasul mereka, mereka pun lontarkan ayat yang tidak bermutu seperti "inilah sihir yang nyata".
Kita boleh lihat psikologi mereka bila berhujah begini.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
kecewa ? Adakah saya mendapat apa-apa jika anda mengikut agama yang benar? Siapa yang mengikut kebenaran, keuntungan nya pada dirinya sendiri. Siapa yang menolak kebenaran kerugiannya juga pada diri sendiri.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Salam,
Saudari nak apa-apa daripada Tuhan, berusaha ikut ketetapan Tuhan untuk layak dapat yang saudari ingini itu. Jangan minta kepada sesuatu yang dijadikan sekutu Tuhan dalam keadaan pemalas berusaha.
Siapa mengikut Al Quran, keuntungannya untuk diri sendiri dan sesiapa menolak Al Quran dengan meletakkan kitab-kitab riwayat lebih atas daripada Al Quran, tanggunglah kerugian itu sendiri.
Jangan nak salahkan Allah kelak bila gagal memenuhi kelayakan Allah tetapkan untuk ke syurga. Dia sudah turunkan KitabNya. Tinggal nak guna akal untuk memahaminya sahaja.
Saudari nak apa-apa daripada Tuhan, berusaha ikut ketetapan Tuhan untuk layak dapat yang saudari ingini itu. Jangan minta kepada sesuatu yang dijadikan sekutu Tuhan dalam keadaan pemalas berusaha.
Siapa mengikut Al Quran, keuntungannya untuk diri sendiri dan sesiapa menolak Al Quran dengan meletakkan kitab-kitab riwayat lebih atas daripada Al Quran, tanggunglah kerugian itu sendiri.
Jangan nak salahkan Allah kelak bila gagal memenuhi kelayakan Allah tetapkan untuk ke syurga. Dia sudah turunkan KitabNya. Tinggal nak guna akal untuk memahaminya sahaja.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Nak salahkan Allah?
Dalam al quran kan dah beritahu Tuhan tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutuskan seorang Rasul kepada kaum itu. Inilah keadilan yang ditunjukkan kepada kita. Terpulanglah kepada kita nak beriman pada Rasul itu atau tidak. Kerana jalan yang lurus itu telah disediakan dan ditunjukkan oleh Rasul. Macam tu kan bang?
Dalam al quran kan dah beritahu Tuhan tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutuskan seorang Rasul kepada kaum itu. Inilah keadilan yang ditunjukkan kepada kita. Terpulanglah kepada kita nak beriman pada Rasul itu atau tidak. Kerana jalan yang lurus itu telah disediakan dan ditunjukkan oleh Rasul. Macam tu kan bang?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
Zulia wrote:
Dalam al quran kan dah beritahu Tuhan tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutuskan seorang Rasul kepada kaum itu.
Menarik ayat Alquran yang dinyatakan di atas.
Artinya Rasul masih tetap ada di tengah-tengah kita.
Dalam Alquran yang hatam adalah Nabi, bukan Rasul.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6088
Registration date : 2010-04-21
Re: Terhempas pada bumi yang nyata
23:[44]
Kemudian Kami mengutus
Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi
Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang
demikian, lepas satu-satu; dan Kami jadikan perihal mereka sebagai
cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah
kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.
26:[208]
Dan tiadalah Kami
membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan
setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
Mungkin ayat-ayat ini yang cik zulia maksudkan.

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2010-05-12
Similar topics
» Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik
» 10 peringatan bumi
» ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!
» 10 peringatan bumi
» ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum