e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap6%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap23%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap21%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap8%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap8%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap6%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap6%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap0%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap6%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap4%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap0%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap1%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap3%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap1%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcap5%Patuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
Juang (3494)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Patuh pada Tuan Empunya I_vote_lcapPatuh pada Tuan Empunya I_voting_barPatuh pada Tuan Empunya I_vote_rcap 

Keywords

2011  2013  baqarah  2010  2012  2024  


Patuh pada Tuan Empunya

+4
othman
Admin
Zulia
Juang
8 posters

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Fri Jun 25, 2010 6:34 pm

Katakan kita hendak masuk universiti, maka secara masuk akalnya, kita kenalah patuh dengan kelayakan yang ditetapkan oleh tuan empunya universiti itu. Kalau tidak memenuhi tahap kelayakkan yang tuan empunya universiti itu, macam mana kita nak berpeluang masuk universiti? Lainlah universiti itu kita yang punya.

Kemudian lepas kita jadi graduan dan ingin masuk sebuah syarikat, maka secara masuk akalnya, kita kenalah patuh dengan kelayakan yang ditetapkan oleh tuan empunya syarikat itu. Jika syarikat itu menetapkan jika nak bekerja dengan mereka sebagai jurutera kena ada ijazah kejuruteraan, maka kalau kita beramal sebagai mat rempit tanpa memiliki ijazah, tentulah tak layak masuk syarikat tersebut. Lainlah syarikat itu bapa kita yang punya.

Jadi, kalau kita nak masuk syurga pula, kenalah ikut kelayakan yang Tuan Empunya syurga itu tetapkan. Tuan Empunya syurga itu sudah bekalkan kepada kita Kitab yang membezakan di antara orang yang layak masuk syurga dan orang yang tak layak masuk syurga, maka kalau benar-benar nak masuk syurga, buktikanlah kepada Tuan Empunya syurga itu kita telah memenuhi tahap kelayakan yang Dia tetapkan. Yang pergi taksub pada kelayakan yang ditetapkan oleh manusia itu buat apa? Bukannya manusia itu tuan empunya syurga.

Dan oleh kerana syurga tu milik Allah, secara logiknya kenalah kita rujuk Kitab Allah itu untuk tahu cara-cara nak layak masuk ke syurga. Yang pergi rujuk kitab-kitab riwayat manusia buat apa? Bukannya manusia itu tuan empunya syurga?

Mudah bukan untuk memikirkan semua itu?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 8:26 am

Salam

Untuk masuk universiti, kenalah ikut silibus buku-buku yang diiktiraf oleh tuan empunya universiti itu, bukannya buku yang tidak diiktiraf oleh pihak universiti itu.

Untuk masuk sesebuah syarikat, kenalah ikut buku peraturan pekerja yang dikeluarkan oleh tuan empunya syarikat itu, bukannya buku yang dikeluarkan oleh bukan tuan empunya syarikat itu.

Begitu jugalah untuk masuk syurga, kenalah ikut buku peraturan manusia (Al Quran) yang dikeluarkan oleh Tuan Empunya syurga, bukannya buku yang dikeluarkan atau diriwayatkan oleh manusia. Manusia itu bukannya Tuan Empunya syurga selain Allah.

Macam-macam perumpamaan boleh kita fikirkan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 8:43 am

Salam,

Untuk layak masuk sesebuah universiti, kita perlu percaya adanya tuan empunya universiti agar kita tak rasa universiti itu bapak kita yang punya. Kita perlu percaya ada hari yang menentukan sama ada kita layak ke universiti atau tidak. Dan kita perlu berusaha mencapai kelayakan yang ditetapkan oleh pihak universiti jika benar-benar nak menyertai universiti tersebut.

Untuk layak masuk sesebuah syarikat, kita perlu percaya adanya tuan empunya syarikat agar kita tak rasa syarikat itu bapak kita yang punya. Kita perlu percaya ada hari yang menentukan sama ada kita berjaya memasuki syarikat itu atau tidak. Dan kita perlu berusaha mencapai kelayakan yang ditetapkan oleh pihak syarikat itu jika benar-benar nak menyertai syarikat tersebut.

Begitulah, untuk layak masuk ke syurga, kita perlu percaya adanya Tuan Empunya syurga agar kita tak rasa syurga dan alam semesta ini bapak kita yang punya. Kita perlu percaya adanya hari penentuan sama ada kita layak ke syurga atau tidak. Dan kita perlu berusaha mengikut kelayakan-kelayakan ke syurga mengikut persepktif Kitab yang Tuan Empunya syurga tetapkan.

Mengikut Al Quran, kelayakan yang diperlukan untuk ke syurga adalah dengan melakukan kebajikan (sumbangkan manfaat) dan menjauhi kemungkaran (hindari mudarat). Al Quran tak suruh pun beritual mengadap matahari, bulan atau pun binaan-binaan manusia untuk layak masuk syurga.

Jadi bila datang manusia yang mereka itu bukannya tuan empunya syurga dan menetapkan kita kena buat amalan yang Al Quran tak tetapkan, takkanlah nak percaya kepada bukan tuan empunya syurga itu. Lebih baik percaya kepada Tuan Empunya syurga kalau benar-benar nak ke syurga.

Dan Tuan Empunya syurga telah memperingatkan, jika jadikan manusia-manusia lain sebagai sekutu-sekutuNya seolah-olah mereka juga pemilik syurga, maka manusia itu akan dimasukkan ke dalam Jahanam.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 8:51 am

Salam,

Jika risiko tidak boleh masuk universiti adalah tinggi jika tidak mematuhi kelayakan ke universiti yang ditetapkan oleh tuan empunya universiti, dan risiko tak boleh masuk syarikat adalah tinggi jika tidak mematuhi kelayakan ke syarikat yang ditetapkan oleh tuan empunya syarikat, atas sebab kita nampak risiko yang samalah kita ajak mereka kembali mematuhi ketetapan yang dikeluarkan oleh Tuan Empunya syurga jika benar mereka nak masuk syurga. Namun sedikit sekali mereka mempercayainya...

Takkanlah bila sudah sampai hari penentuan layak atau tak layak ke universiti dan pihak universiti putuskan mereka tak layak ke universiti, barulah nak menyesal kenapa tak buat persiapan awal untuk memenuhi kelayakan ke universiti dengan belajar bersungguh-sungguh?

Takkanlah bila sudah sampai hari penentuan layak atau tidak ke syarikat dan pihak syarikat putuskan mereka tidak layak ke syarikat sebab tahap kelayakan tidak mencukupi, barulah nak menyesal kenapa tak buat persediaan awal memenuhi kehendak syarikat?

Begitulah, takkanlah bila sudah sampai hari penentuan layak atau tidak ke syurga (hari Akhirat) dan Allah putuskan mereka tak layak masuk ke syurga, barulah nak menyesal kenapa tidak ikut Kitab Tuan Empunya syurga itu bersungguh-sungguh ketika di dunia?

Kelak mereka pasti akan sampai kepada hari yang diperingatkan itu...
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Zulia Sat Jun 26, 2010 9:40 am

jadi kalau dah kelayakan am nya ialah orang-orang Islam maka masuklah golongan orang Islam, jangan lah keluar dari golongan Islam pun nak kata layak juga.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Patuh pada Tuan Empunya PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 10:19 am

Salam,

Siapa yang benar-benar Islam itu pula kenalah ikut perspektif Kitab Tuan Empunya syurga bukan ikut kitab riwayat. Kalau ikut perspektif manusia yang sekutukan Allah, sujud kepada matahari secara ritual pun mereka sangka boleh masuk syurga.

Bukannya manusia yang sekutukan Tuhan itu pemilik syurga untuk dituruti membuta-tuli kata-katanya.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 10:53 am

Salam,

Yang tentukan siapa layak masuk ke universiti atau tidak, adalah pihak universiti. Sebagai pelajar, tugas mereka hanyalah berusaha ke arah mencapai tahap kelayakan masuk ke universiti mengikut panduan yang ditetapkan oleh pihak universiti, bukannya pergi hukum pelajar lain layak atau tak layak masuk universiti.

Begitulah, yang tentukan siapa layak masuk ke syurga (orang Islam) atau tidak (orang kafir) adalah Tuan Empunya syurga. Sebagai ciptaannya, tugas kita hanya berusaha ke arah mencapai tahap kelayakan masuk ke syurga mengikut panduan (Al Quran) yang ditetapkan oleh Pemilik syurga, bukannya pergi hukum manusia lain layak atau tak layak masuk syurga.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 11:00 am

Salam,

Jika pihak universiti tidak pernah keluarkan ketetapan bahawa "untuk layak masuk universiti ini, ikutlah tahap kelayakan yang dikeluarkan oleh tadika", adalah tak logik kita pergi ikut tahap kelayakan ke tadika itu dan perasan kita layak masuk ke universiti.

Begitulah, jika Allah tidak pernah turunkan wahyu bahawa "untuk layak masuk syurga, ikutlah tahap kelayakan yang dikeluarkan oleh kitab riwayat", adalah tak logik kita pergi membuta-tuli ikut kitab riwayat dan perasan layak masuk ke syurga.

Yang layak masuk ke universiti adalah pelajar yang benar-benar memenuhi tahap kelayakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti, dan yang layak masuk syurga adalah manusia yang benar-benar memenuhi tahap kelayakan yang diwahyukan (Al Quran) oleh Pemilik syurga.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Zulia Sat Jun 26, 2010 12:02 pm

jadi benarlah orang yang berkelayakan tadika tak boleh masuk U. Sama jugalah dengan agama, mereka tak layak langsung mengeluarkan pandangan tentang hukum Allah kecuali ulamak mujtahid. Sebab itu suruh belajar.. Tak kan suruh belajar, dikatakan tak ikut akal.. Peliknya.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Patuh pada Tuan Empunya PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 6:49 pm

Salam,

Masalahnya bila masa Kitab Allah izinkan golongan yang tidak percaya kepada Kitab Allah dan mengambil kitab-kitab riwayat itu mengeluarkan hukum? Apakah mereka perasan?

Sedangkan Rasulullah pun tak keluarkan hukum. Rasulullah hanya sampaikan hukum yang diwahyukan kepadanya. Dan wahyu itu adalah Al Quran. Lainlah Al Quran ada sebut, wahyu Allah adalah kitab riwayat, logik jugalah.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sat Jun 26, 2010 10:06 pm

Salam,

Katakan pelajar A dan pelajar B sedang bersaing nak masuk universiti. Pelajar A seorang yang rajin mengulangkaji pelajaran dan pelajar B seorang yang pemalas belajar. Untuk masuk ke universiti, pihak universiti telah menetapkan hanya pelajar yang dapat pangkat 1 sahaja layak ke universiti. Tetapi pelajar B membuat dakwaan, kalau tidak merempit, dapat pangkat 1 pun tidak layak masuk ke universiti. Kononnya ada riwayat pensyarah universiti itu mengatakan sedemikian. Apabila pelajar A memeriksa buku panduan kelayakan ke universiti yang dikeluarkan oleh pihak universiti, tiada pun menetapkan nak masuk universiti kena rajin merempit.

Persoalannya:
1) Logikkah riwayat yang mengatakan pensyarah universiti suruh merempit jika mahu masuk universiti?
2) Logikkah pensyarah universiti yang buat ketetapan kelayakan, atau sepatutnya pihak pentadbiran?
3) Logikkah pelajar A percaya kepada riwayat pensyarah itu sedangkan terang-terang buku panduan yang universiti menetapkan sebaliknya?
4) Apakah pelajar A patut percaya cakap pelajar B, atau ikut sahaja buku panduan yang dikeluarkan oleh pihak universiti?
5) Jika pelajar terdahulu dikhabarkan layak ke universiti kerana rajin belajar bukannya rajin merempit, wajarkan pelajar A percaya kepada pelajar B lagi?

Begitulah, katakan manusia A dan manusia B sedang bersaing nak masuk ke syurga. Manusia A seorang yang rajin berfikir, mengkaji dan menyelidik kebenaran dan manusia B seorang yang pemalas berfikir lagi suka menurut membuta-tuli. Untuk masuk ke syurga, Allah telah menetapkan hanya manusia yang beriman dan berbuat kebajikan (manfaat) sahaja layak ke syurga. Tetapi manusia B membuat dakwaan, kalau tidak beritual mengadap matahari/bulan/binaan-binaan manusia, buat banyak kebajikan pun tidak layak ke syurga. Kononnya ada riwayat Nabi mengatakan kena beritual sedemikian. Apabila manusia A memeriksa Kitab Allah yang menjelaskan tentang kelayakan ke syurga, tiada pun ayat menetapkan nak masuk ke syurga kena rajin beritual mengadap sesuatu objek khusus.

Persoalannya:
1) Logikkah riwayat yang mengatakan Nabi suruh beramal ritual macam kaum musyrik terdahulu lakukan jika mahu masuk ke syurga?
2) Logikkah Nabi yang buat ketetapan kelayakan ke syurga, atau sepatutnya Allah (Pentadbir alam semesta)?
3) Logikkah manusia A percaya kepada riwayat Nabi sedangkan terang-terang Kitab Allah menetapkan sebaliknya?
4) Apakah patut manusia A percaya cakap manusia B, atau ikut sahaja Kitab Allah?
5) Jika manusia terdahulu dikhabarkan layak ke syurga kerana rajin berbuat kebajikan bukannya rajin beritual, wajarkah manusia A percaya kepada manusia B lagi?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Admin Sat Jun 26, 2010 10:36 pm

Salam juang,

Terima kasih kerana membawa perumpamaan ini. Jika ada lagi orang-orang yang tidak mahu memikirkannya, itu terpulang kepada mereka.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Patuh pada Tuan Empunya SEL
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Zulia Sat Jun 26, 2010 11:38 pm

Al quran kata jangan ikut Nabi? Pelik nya
Yang saya tahu Al quran memberi banyak pengajaran kaum yang mengenkari apa yang para Nabi bawa.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Patuh pada Tuan Empunya PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sun Jun 27, 2010 1:03 am

Salam,

Al Quran disampaikan oleh Nabi. Kalau Al Quran kata jangan ikut Nabi, itu samalah seperti Al Quran mengatakan jangan ikut Al Quran yang Nabi itu sampaikan? Tak logik..tak logik.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sun Jun 27, 2010 1:05 am

Admin wrote:Salam juang,

Terima kasih kerana membawa perumpamaan ini. Jika ada lagi orang-orang yang tidak mahu memikirkannya, itu terpulang kepada mereka.
Salam Admin,

Sama-sama. Kita hanya mampu mencontohi Rasulullah yang membawa perumpamaan demi perumpamaan. Moga-moga mereka boleh membuka minda. Tetapi kalau mereka sudah tutup minda mereka sendiri, tak dapek den nak nolong laiee... Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by othman Sun Jun 27, 2010 2:59 am

Juang wrote:Salam,

Katakan pelajar A dan pelajar B sedang bersaing nak masuk universiti. Pelajar A seorang yang rajin mengulangkaji pelajaran dan pelajar B seorang yang pemalas belajar. Untuk masuk ke universiti, pihak universiti telah menetapkan hanya pelajar yang dapat pangkat 1 sahaja layak ke universiti. Tetapi pelajar B membuat dakwaan, kalau tidak merempit, dapat pangkat 1 pun tidak layak masuk ke universiti. Kononnya ada riwayat pensyarah universiti itu mengatakan sedemikian. Apabila pelajar A memeriksa buku panduan kelayakan ke universiti yang dikeluarkan oleh pihak universiti, tiada pun menetapkan nak masuk universiti kena rajin merempit.

Persoalannya:
1) Logikkah riwayat yang mengatakan pensyarah universiti suruh merempit jika mahu masuk universiti?
2) Logikkah pensyarah universiti yang buat ketetapan kelayakan, atau sepatutnya pihak pentadbiran?
3) Logikkah pelajar A percaya kepada riwayat pensyarah itu sedangkan terang-terang buku panduan yang universiti menetapkan sebaliknya?
4) Apakah pelajar A patut percaya cakap pelajar B, atau ikut sahaja buku panduan yang dikeluarkan oleh pihak universiti?
5) Jika pelajar terdahulu dikhabarkan layak ke universiti kerana rajin belajar bukannya rajin merempit, wajarkan pelajar A percaya kepada pelajar B lagi?

Begitulah, katakan manusia A dan manusia B sedang bersaing nak masuk ke syurga. Manusia A seorang yang rajin berfikir, mengkaji dan menyelidik kebenaran dan manusia B seorang yang pemalas berfikir lagi suka menurut membuta-tuli. Untuk masuk ke syurga, Allah telah menetapkan hanya manusia yang beriman dan berbuat kebajikan (manfaat) sahaja layak ke syurga. Tetapi manusia B membuat dakwaan, kalau tidak beritual mengadap matahari/bulan/binaan-binaan manusia, buat banyak kebajikan pun tidak layak ke syurga. Kononnya ada riwayat Nabi mengatakan kena beritual sedemikian. Apabila manusia A memeriksa Kitab Allah yang menjelaskan tentang kelayakan ke syurga, tiada pun ayat menetapkan nak masuk ke syurga kena rajin beritual mengadap sesuatu objek khusus.

Persoalannya:
1) Logikkah riwayat yang mengatakan Nabi suruh beramal ritual macam kaum musyrik terdahulu lakukan jika mahu masuk ke syurga?
2) Logikkah Nabi yang buat ketetapan kelayakan ke syurga, atau sepatutnya Allah (Pentadbir alam semesta)?
3) Logikkah manusia A percaya kepada riwayat Nabi sedangkan terang-terang Kitab Allah menetapkan sebaliknya?
4) Apakah patut manusia A percaya cakap manusia B, atau ikut sahaja Kitab Allah?
5) Jika manusia terdahulu dikhabarkan layak ke syurga kerana rajin berbuat kebajikan bukannya rajin beritual, wajarkah manusia A percaya kepada manusia B lagi?

salam juang

cerita ni boleh jadi panjang sikit jika B mendakwa hanya pelajar yg berdisiplin sahaja yg boleh masuk U walaupun apa pencapain yg pelajar dapat .
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Sun Jun 27, 2010 3:39 am

Salam saudara Othman,

Benar kata saudara, cerita ini memang boleh dipanjangkan lagi selagi wujud orang yang sama perangai macam pelajar B itu.

Displin mengikut perspektif pelajar B tidak sama seperti displin yang ditetapkan oleh pihak universiti. Di mata pelajar B, merempit itu salah satu displin hidup mereka. Kalau tak buat rasa gian. Dan sesiapa yang tak merempit, mereka kata pelajar itu tiada harapan masuk universiti walaupun dapat secemerlang mana. Tetapi sesiapa yang merempit, mereka lihat itulah pelajar berdisplin yang layak ke universiti walau apa keputusan yang mereka dapat.

Sedangkan takkanlah pihak universiti nak iktiraf amalan merempit sebagai kelayakan ke universiti? Bukankah nanti mutu kelayakan ke universiti akan jatuh kerana pelajar rajin dan pelajar malas sama sahaja nilainya?

Kita nak ajak manusia contohi sifat pelajar A yang bersungguh-sungguh memenuhi kelayakan yang pihak universiti tetapkan tanpa tokok-tambah hukum sendiri. Jika pihak universiti sudah tetapkan kelayakan masuk ke universiti adalah dengan dapat pangkat 1, jangan tambah hukum yang buku panduan pihak universiti tidak iktirafkannya.

Sebenarnya mudah sahaja kita nak hidup seperti pelajar A. Tetapi rasa nak bermegah dengan amalan merempit itu, menyebabkan mereka mengada-adakan apa yang tidak sepatutnya dilakukan untuk capai kelayakan ke universiti.

Apakah pelajar B tidak akan dapat ilmu jika tidak merempit? Apakah pelajar B tidak akan dapat rezeki kalau tidak merempit? Jadi, atas dasar apa mereka merempit juga? Apakah untuk pihak universiti memberi mereka kelayakan mudah masuk ke universiti tanpa pengorbanan seperti pelajar A dan pelajar-pelajar cemerlang terdahulu lakukan?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by faried Sun Jun 27, 2010 10:02 am

Zulia wrote:jadi benarlah orang yang berkelayakan tadika tak boleh masuk U. Sama jugalah dengan agama, mereka tak layak langsung mengeluarkan pandangan tentang hukum Allah kecuali ulamak mujtahid. Sebab itu suruh belajar.. Tak kan suruh belajar, dikatakan tak ikut akal.. Peliknya.

Benar, karena agama Islam itu adalah milik ulama, bukan milik Allah.

Dalam Alquran ada dijelaskan tentang Agama Allah (dienilllah) dan sama sekali tidak ada disebutkan tentang Agama Islam (dienil islam).

Karena itu berdasarkan petunjuk Alquran tidaklah benar menganut Agama Islam karena sama saja dengan bertuhan kepada ulama.

Jika bertuhan kepada Allah, maka yang harus dianut adalah dienillah, yang lebih tepat diartikan sebagai sistem Allah.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Zulia Sun Jun 27, 2010 5:47 pm

cerita pasal masuk U ini adalah contoh kata-kata manusia yang tak boleh kita parcaya ke bang? Sebab tak ada dalam Al quran.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Patuh pada Tuan Empunya PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Mon Jun 28, 2010 1:32 pm

Salam

Cerita ini hanyalah perumpamaan. Dalam Al Quran mana ada sebut pasal masuk universiti, merempit dan lain-lain. Logiklah perumpamaan ini tiada dalam Al Quran. Takkanlah semudah itu pun susah sangat nak difikirkan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Mon Jun 28, 2010 1:37 pm

faried wrote:
Zulia wrote:jadi benarlah orang yang berkelayakan tadika tak boleh masuk U. Sama jugalah dengan agama, mereka tak layak langsung mengeluarkan pandangan tentang hukum Allah kecuali ulamak mujtahid. Sebab itu suruh belajar.. Tak kan suruh belajar, dikatakan tak ikut akal.. Peliknya.

Benar, karena agama Islam itu adalah milik ulama, bukan milik Allah.

Dalam Alquran ada dijelaskan tentang Agama Allah (dienilllah) dan sama sekali tidak ada disebutkan tentang Agama Islam (dienil islam).

Karena itu berdasarkan petunjuk Alquran tidaklah benar menganut Agama Islam karena sama saja dengan bertuhan kepada ulama.

Jika bertuhan kepada Allah, maka yang harus dianut adalah dienillah, yang lebih tepat diartikan sebagai sistem Allah.
Salam,

Terima kasih saudara Faried kerana membezakan Agama Allah dengan agama manusia.

Kalau bertuhankan Allah, secara logiknya kita patuh kepada Ketetapan Allah dan Kitab Allah. Kalau bertuhankan manusia, mereka akan menurut membuta-tuli ajaran pembesar agama mereka tanpa mahu memikirkan kebenarannya lagi.

Oleh kerana Allah adalah Pemilik Syurga, dan pembesar itu bukan pemilik syurga, maka jika benar kita nak masuk syurga, patuhilah Ketetapan Allah yang menentukan layak atau tidak seseorang manusia masuk syurga, bukannya ketetapan yang diada-adakan oleh manusia.

Semua ini common sense atau perkara yang masuk akal sahaja. Tetapi bila nak guna akal pun sudah takut dan pemalas, perkaitan semudah itu pun mereka tak nampak-nampak.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Mon Jun 28, 2010 1:51 pm

Salam,

Katakan datang pula pelajar C mendakwa nak masuk universiti kena main snooker. Pelajar C mengatakan pelajar B yang merempit itu tak layak masuk universiti, tetapi hanya dengan main snooker sahaja layak masuk universiti. Kemudian datang pula pelajar D mendakwa kena hisap ganja kalau nak masuk universiti. Kononnya yang merempit dan main snooker pun tak layak masuk universiti, hanya dengan hisap ganja sahaja jalan ke universiti.

Setiap mereka perasan dengan amalan masing-masing. Mereka angkat bakul masuk sendiri. Hakikatnya mereka adalah 2x5 sahaja. Masing-masing gagal kemukakan no. muka surat dan no. clause mana dalam buku panduan yang dikeluarkan oleh pihak universiti yang menetapkan kena merempit, main snooker atau menghisap ganja sebagai amalan untuk masuk ke universiti.

Begitulah perumpamaan wujudnya amalan menyekutukan Allah yang bermacam-macam jenis dan objek tumpuan di mana setiap puak yang melakukannya merasa bangga kononnya merekalah puak yang layak masuk syurga dan puak lain semuanya menyekutukan Allah. Dengan perumpamaan ini, makin jelas kita nampak persamaan setiap puak tersebut.

Apakah kita tidak mahu contohi konsep hidup pelajar A yang hanya berpegang teguh pada buku yang menetapkan kelayakan ke universiti yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Mon Jun 28, 2010 2:55 pm

Salam,

Adalah tidak masuk akal jika pelajar A mempercayai dakwaan pelajar B, C mahupun D secara membuta-tuli yang kononnya dengan amalan merempit, bermain snooker atau menghisap ganja itulah amalan yang layak masuk ke universiti. Ini kerana pihak universiti tidak pernah mengangkat pelajar B, C dan D itu sebagai sekutunya untuk menentukan kelayakan ke universiti dan dipercayai kata-kata mereka membuta-tuli.

Pihak universiti menyediakan platform yang adil untuk setiap pelajar berusaha mencapai tahap kelayakan masuk ke universiti. Sesiapa jua yang berusaha untuk dapat pangkat 1, pasti diterima masuk ke universiti tanpa mengira keturunan dan rupa. Bukannya pelajar itu buat tahap kelayakan sendiri, dan perasan dengan amalan mereka sahajalah yang melayakkan mereka masuk ke universiti.

Siapa pelajar-pelajar itu nak buat ketetapan sendiri untuk universiti milik orang lain? Hebat sangatkah mereka nak mengada-adakan ketetapan sendiri? Mereka ingat bapak mereka punya universiti?

Begitulah perumpamaannya adalah tak masuk akal manusia A mempercayai dakwaan manusia B, C mahupun D secara membuta-tuli yang kononnya dengan sesuatu amalan ritual mengadap objek-objek tertentu, itulah amalan yang layak masuk syurga. Ini kerana Tuan Empunya syurga tidak pernah mengangkat manusia B, C dan D itu sebagai sekutuNya untuk menentukan kelayakan ke syurga dan dipercayai kata-kata mereka membuta-tuli.

Tuan Empunya syurga menyediakan platform yang adil (dunia) untuk setiap manusia berusaha mencapai tahap kelayakan masuk ke syurga. Sesiapa jua yang berusaha untuk mendapat darjat yang mulia di sisiNya, maka pasti diterima masuk ke syurga tanpa mengira kaum, warna kulit atau rupa. Bukannya manusia itu buat tahap kelayakan sendiri dan perasan dengan amalan ritual mereka sahajalah yang melayakkan mereka masuk ke syurga.

Siapa manusia-manusia itu nak buat ketetapan sendiri untuk syurga milik Allah? Hebat sangatkah mereka nak mengada-adakan ketetapan sendiri? Mereka ingat bapak mereka punya syurga?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Zulia Mon Jun 28, 2010 3:34 pm

Jadi komitmen sebenarnya datang dari Allah, bukanlah komitmen utk majikan sebab majikan itu bukan Allah. Macam tu kan bang?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Patuh pada Tuan Empunya PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Juang Mon Jun 28, 2010 5:03 pm

Salam,

Ya. Komitmen datang daripada Allah, sejak manusia itu berjanji nak pikul amanah sebagai manusia. Jadikan urusan kita dengan manusia sebagai komitmen terhadap Allah iaitu dengan kita bersikap jujur, amanah, berbakti dan sumbangkan segala yang bermanfaat. Bukankah Allah menyukai manusia yang bersifat mulia?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Patuh pada Tuan Empunya NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Patuh pada Tuan Empunya Empty Re: Patuh pada Tuan Empunya

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum