e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap6%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 6% [ 5 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap23%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 23% [ 18 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap21%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 21% [ 16 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap8%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 8% [ 6 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap8%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 8% [ 6 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap6%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 6% [ 5 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap6%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 6% [ 5 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap0%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 0% [ 0 ]

agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap4%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 4% [ 3 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap0%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 0% [ 0 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap1%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 1% [ 1 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap3%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 3% [ 2 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap1%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 1% [ 1 ]
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcap5%agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 
mekganu (3628)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 
Juang (3494)

penditaputra (3027)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 
Kalam (2631)

myra_roses (2534)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
agama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_lcapagama dipolitikkan. - Page 8 I_voting_baragama dipolitikkan. - Page 8 I_vote_rcap 

Keywords

2012  2011  2013  2024  2010  baqarah  

agama dipolitikkan.

+4
PenjunjungEhsan
Juang
tolokminda
Zulia
8 posters

Page 8 of 9 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9  Next

Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Tue Jul 13, 2010 3:14 pm

Salam Tolokminda,

Bayangkanlah Al Quran yang disampaikan oleh Nabi dalam keadaan sudah jelas pun mereka kata tak faham dan perlukan kitab-kitab riwayat sebagai penjelas, apa lagi bila kita yang tolong sampaikan balik Al Quran itu kepada mereka.

Ya, kalau hati sudah kata "tak mahu", bawalah Al Quran macam mana bersinar-sinar kejelasannya pun mereka tak mahu memahaminya. Perumpamaan mereka samalah macam perokok yang memang nampak jelas kata-kata amaran bahaya merokok pada tepi kotak rokok itu, tetapi mereka buat tak nampak sahaja.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Tue Jul 13, 2010 3:20 pm

Salam,

Katakan di dalam sebuah buku ada menyebut "Ali menghantar anaknya ke sekolah menggunakan kereta". Kemudian ada ayat menyebut "Abu menghantar kontena ke pelabuhan menggunakan lori". Alih-alih tanpa berpandukan buku tersebut, ada orang buat dakwaan bahawa kereta adalah lori.

Begitulah yang terjadi dengan perkataan "kaabah" dan "masjidil haram". Tiada ayat Al Quran mengaitkan "kaabah" dengan "masjidil haram". Malah tiada ayat Al Quran mengaitkan perkataan "kaabah","masjidil haram" dengan "solat".

Macam mana mereka boleh keluarkan ketetapan "dalam bersolat kena mengadap ke arah kaabah"?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Zulia Tue Jul 13, 2010 3:30 pm

Dalam Islam memang tiada ajaran utk menyekutukan Allah, itukan terkandung dalam syahadah bila nak masuk Islam. Mungkin orang yang tak syahadahlah yang akan menyekutukan Allah. Untuk tidak menyekutukan Allah, kewajiban nya bukan sekadar tidak bertuhankan selain Allah sahaja, tetapi mesti ada tugas menyembah Allah.
sebab itu kalimah itu ' tiada tuhan yang LAYAK DISEMBAH melainkan Allah'
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : agama dipolitikkan. - Page 8 PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by othman Tue Jul 13, 2010 4:53 pm

Juang wrote:
othman wrote:
salam

ada kata kaabah , kitab/buku, masjidil haram dlm quran . terpulang kepada kefahaman masing2 sebab bab kepercayaan ni bukan boleh paksa . asal mendatangkan ketenangan di hati dan menghilangkan sifat lupa dan tergesa2 manusia .jangan ingat tak makan saja boleh mati tapi jika jiwa bukan dalam ketenangan atau stress jugak boleh mati . ada hubungkaitnya antara fisikal dan spiritual .
Salam,

Kita bukan cakap "tiada perkataan kaabah dalam Al Quran".
Kita sedang cakap "tiada suruhan Allah agar mengadap kaabah ketika melakukan solat". Kalau ada, silalah kemukakan ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan Allah suruh mengadap begitu.

salam

bukan tiada tapi disebabkan terjemahan yg berbilang . ini masalah tafsiran . terpulang sahaja pendapat mana yg nak di ikuti, masing2 dapat manafaat. .
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Tue Jul 13, 2010 5:10 pm

Salam,

Walaupun terjemahan berbilang jenis, tetapi yang jelasnya tiada suruhan mengadap kaabah ketika bersolat. Cuba selidik perkataan "kiblat", "kaabah" dan "solat" dalam Al Quran itu, ada tak perkaitan ke arah "mengadaplah ke arah kaabah ketika bersolat"? Sekurang-kurangnya jika ada ayat "berbau" ke arah itu, kita boleh faham juga.

Solat mampu mencegah kekejian dan kemungkaran. Apa kaitannya dengan mengadap kaabah? Orang yang tak mengadap kaabah tak boleh cegah diri daripada kekejian dan kemungkaran ke?

Jika wujud ketetapan Allah bahawa asalkan manusia tidak mengadap kaabah sahaja, pasti mereka buat jahat, logiklah juga membuat ketetapan solat kena mengadap kaabah.

Tetapi realiti dalam hidup kita, baik yang mengadap kaabah atau tidak, mereka tidak tercegah daripada kekejian dan kemungkaran. Ini menunjukkan solat itu tidak berkaitan pun kena mengadap sesuatu arah khusus.

Maka carilah erti solat yang benar-benar memenuhi matlamat yang digariskan oleh Al Quran iaitu solat yang mampu mencegah diri daripada kekejian dan kemungkaran. Bukankah itu lebih mendapat manfaat?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by othman Tue Jul 13, 2010 6:31 pm

Juang wrote:Salam,

dalam terjemahan di bawah dgn jelas menunjukkan ada arah kiblat yg di tetapkan dalam al quran .

5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah
Suci, sebagai satu penetapan bagi
manusia, dan bulan haram, dan
pemberian, dan rantai-rantai leher;
itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah
mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa
Allah mengetahui segala sesuatu.

:143. Demikianlah Kami membuat kamu
satu umat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi ke atas manusia, dan
supaya rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak menentukan kiblat yang
kamu menghadapkan melainkan supaya Kami mengetahui siapa yang mengikuti rasul,
dan siapa yang berbalik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat,
kecuali kepada orang-orang yang Allah memberi petunjuk; tetapi Allah tidak akan
membiarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia,
Pengasih.

2:142. Orang-orang
yang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka
daripada kiblat (haluan) yang mereka menghadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan
Allah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada
sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus."

2:217. Mereka
menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang
padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan
Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir
penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah;
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Tue Jul 13, 2010 7:52 pm

Salam,

Dalam ayat 2:142 dan 2:143, memang ada perkataan "kiblat". Tetapi tiada "link" pun di antara ayat-ayat itu dengan ayat 5.97 untuk kita buat kesimpulan kena mengadap kaabah. Malah tidak disebut pun ketika melakukan solat, kena mengadap ke arah kaabah. Malah tiada ayat Al Quran pun mengatakan masjidil haram adalah kaabah.

Jika ayat 5.97 berbunyi "Allah buatkan Kaabah sebagai arah kiblat ketika bersolat", logik jugalah kita buat amalan begitu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by tolokminda Tue Jul 13, 2010 10:03 pm

Salam,

Transliterasi 5:97:-

--> 5:97 JaAAala Allahu alkaAAbata albayta alharama qiyaman lilnnasi waalshshahra alharama waalhadya waalqala-ida thalika litaAAlamoo anna Allaha yaAAlamu ma fee alssamawati wama fee al-ardi waanna Allaha bikulli shay-in AAaleemun

Terjemahan tuan Othman:-

--> 5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.

Perhatikan perkataan albayta alharama yang sepatutnya diterjemahkan sebagai sistem larangan telah menjadi Rumah Suci. Satu lagi perkataan alshshahra alharama diterjemahkan dengan betul iaitu bulan-bulan larangan - perkataan al-harama memang jelas maksudnya iaitu larangan - tetapi mengapa satu diterjemahkan sebagai larangan dan satu lagi suci pula? Al-bayta bermaksud sistem. Di dalam Al-Quran perkataan yang bermaksud rumah adalah buyut.

Kemudian perkataan al-hadya telah diterjemahkan sebagai pemberian. Dari mana datang idea perkataan hadya bermaksud pemberian? Perkataan hadya di dalam Al-Quran bermaksud petunjuk atau panduan - hidayah.

Perkataan alqala-ida pula diterjemahkan sebagai rantai leher sedangkan maksud sebenarnya adalah indikasi. Tuhan tidak mengajar kita supaya memakaikan rantai atau hiasan leher untuk binatang korban. Malah sebenarnya ritual korban itu sendiri pun bukanlah satu ritual yang disuruh oleh Tuhan.

Dari sudut yang lain pula, walaupun perkataan alqala-ida dalam ayat 5:97 diterjemahkan sebagai hiasan leher binatang korban, tidak ada orang Islam melakukannya walaupun semasa upacara pengorbanan haiwan secara besar-besaran setiap kali musim haji di Mekah. Mungkin kerana jika ia dilakukan, ia akan nampak sangat seperti amalan agama kaum pagan.

Ayat 5:97 sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Mekah atau bangunan batu yang diberi nama Kaabah. Ia juga tidak mempromosikan sebarang ritual pagan seperti memberi hadiah atau mengorbankan haiwan yang dikalung atau dihias leher mereka di hadapan sebuah bangunan batu.

Ayat 5:97 adalah supaya manusia mengutamakan kesinambungan haiwan liar dan eko-sistem walau di mana pun mereka berada di atas bumi ini. Supaya haiwan liar tidak pupus dan eko sistem mereka rosak. Tuhan tidak melarang manusia memburu haiwan liar, tetapi bersyarat. Ia tidak boleh diburu sepanjang masa. Perlu dijadualkan bulan-bulan larangan supaya haiwan liar sempat membiak.

Kita dapat lihat peraturan sebegini dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia ini sekarang walaupun bukan dari kalangan negara Islam yang percaya kepada Al-Quran. Begitu juga Tuhan menetapkan buku lali (al-kaabata) haiwan liar sebagai indikasi kematangannya supaya para pemburu tidak membunuh haiwan yang belum matang.

Amat malang bagi umat Islam. Walaupun mereka kata mereka percaya kepada Al-Quran tetapi mereka tidak faham mesej Tuhan yang lurus dan benar. Akhirnya amalan Arab jahiliah yang tidak membawa sebarang manfaat juga mereka agung-agungkan.

Sebab itulah walaupun ketetapan tentang pemeliharaan dan perlindungan haiwan liar dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran, negara-negara Islam tetap ketinggalan dalam aspek ini berbanding dengan negara-negara yang lebih bertamadun yang lain.

Ayat 5:97 sepatutnya menbawa maksud seperti berikut:-

--> 5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu sistem larangan untuk dipatuhi oleh manusia, dan bulan-bulan larangan, dan panduan-panduan, dan indikasi-indikasi. Ini untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan, Dia tahu apa yang di langit dan di bumi dan apa yang di bawah bumi. Dan sesungguhnya Tuhan mengetahui semua perkara”.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Zulia Wed Jul 14, 2010 12:56 am

ini lah contoh seperti kisah kancil itu. Mereka tak tahu bahasa tempatan, upacara haji, bukan itu saja tanah haram pun mereka tak tahu, kaabah dan masjidiharam pun tak tahu. Tapi mereka tetap degil dengan ilmu yang sedikit. Padahal mereka boleh belajar dan tentu dapat mengetahuinya. Adakah mereka akan mendapat maklumat yang benar atau kebenaran itu? Sudah tentu tidak. Kesimpulannya jangan mengikut orang yang tidak tahu.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : agama dipolitikkan. - Page 8 PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by tolokminda Wed Jul 14, 2010 1:12 am

Salam Zulia,

Saya telah mengemukakan hujah saya dengan panjang lebar - lengkap dengan teks asal Al-Quran dalam tulisan rumi, terjemahan pihak yang satu lagi, terjemahan saya dan penjelasan saya mengenai perkara-perkara berkaitan. Semuanya bagi memudahkan sesiapa saja yang membacanya membuat semakan dan kesimpulan masing-masing. Saya tidak memaksa sesiapa faham apa yang saya faham. Paling lebih pun saya cuma nak orang berfikir.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by faried Wed Jul 14, 2010 1:04 pm

othman wrote:
dalam terjemahan di bawah dgn jelas menunjukkan ada arah kiblat yg di tetapkan dalam al quran .

2:142. Orang-orang yang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka menghadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus."

Dalam ayat 2.142 yang en Othman kemukakan jelas dan tegas disebutkan bahwa:

timur = barat = kepunyaan Allah.

Lantas kenapa dibedakan antara timur dan barat, dan kenapa jika melaksanakan ritual salat harus menghadap ke barat?

Lebih jelas dan tegas lagi dalam 2.177 disebutkan bahwa:

Bukanlah kebaikan bahwa kamu menghadapkan wajahmu berkiblat ke arah timur dan barat.

Laysa albirra an tuwalloo wujoohakum qibala almashriqi waalmaghribi walakinna albirra man amana biAllahi waalyawmi alakhiri waalmalaikati waalkitabi waalnnabiyyeena waata almala AAala hubbihi thawee alqurba waalyatama waalmasakeena waibna alssabeeli waalssaileena wafee alrriqabi waaqama alssalata waata alzzakata waalmoofoona biAAahdihim itha AAahadoo waalssabireena fee albasai waalddarrai waheena albasi olaika allatheena sadaqoo waolaika humu almuttaqoona

2:177 (Malay) Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan
memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati
janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam
kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."

Bukankah umat beragama Islam menghadapkan wajahnya berkiblat ke barat ketika melaksanakan ritual salat?

Cara salat dengan berkiblat ke barat sangat jelas disebutkan dalam 2.177, bahwa hal demikian bukanlah kebaikan.

othman wrote:5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher;
itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam
langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui
segala sesuatu.

Lantas di mana dalam ayat tersebut tertulis kata salat?

Kabah jelas ada dalam Alquran, pertanyaannya dalam ayat apa disebutkan bahwa jika melaksanakan ritual salat, maka menghadap ke kabah?

Salam.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by othman Wed Jul 14, 2010 1:44 pm

tolokminda wrote:Salam,

Transliterasi 5:97:-

--> 5:97 JaAAala Allahu alkaAAbata albayta alharama qiyaman lilnnasi waalshshahra alharama waalhadya waalqala-ida thalika litaAAlamoo anna Allaha yaAAlamu ma fee alssamawati wama fee al-ardi waanna Allaha bikulli shay-in AAaleemun

Terjemahan tuan Othman:-

--> 5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.

Perhatikan perkataan albayta alharama yang sepatutnya diterjemahkan sebagai sistem larangan telah menjadi Rumah Suci. Satu lagi perkataan alshshahra alharama diterjemahkan dengan betul iaitu bulan-bulan larangan - perkataan al-harama memang jelas maksudnya iaitu larangan - tetapi mengapa satu diterjemahkan sebagai larangan dan satu lagi suci pula? Al-bayta bermaksud sistem. Di dalam Al-Quran perkataan yang bermaksud rumah adalah buyut.

suci dan larangan memberi madsud yg sama sahaja kerana yg suci ialah yg tidak tersentuh benda haram . tempat yg diharamkan dari noda ialah tempat suci. bulan larangan = bulan suci memberi madsud yg sama sahaja .

Kemudian perkataan al-hadya telah diterjemahkan sebagai pemberian. Dari mana datang idea perkataan hadya bermaksud pemberian? Perkataan hadya di dalam Al-Quran bermaksud petunjuk atau panduan - hidayah.

bukankah hidayah ialah pemberian tuhan .

Perkataan alqala-ida pula diterjemahkan sebagai rantai leher sedangkan maksud sebenarnya adalah indikasi. Tuhan tidak mengajar kita supaya memakaikan rantai atau hiasan leher untuk binatang korban. Malah sebenarnya ritual korban itu sendiri pun bukanlah satu ritual yang disuruh oleh Tuhan.

indikasi=tanda , bukankah rantai leher ialah tanda

Dari sudut yang lain pula, walaupun perkataan alqala-ida dalam ayat 5:97 diterjemahkan sebagai hiasan leher binatang korban, tidak ada orang Islam melakukannya walaupun semasa upacara pengorbanan haiwan secara besar-besaran setiap kali musim haji di Mekah. Mungkin kerana jika ia dilakukan, ia akan nampak sangat seperti amalan agama kaum pagan.

sekarang orang tanda pakai kertas jer

Ayat 5:97 sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Mekah atau bangunan batu yang diberi nama Kaabah. Ia juga tidak mempromosikan sebarang ritual pagan seperti memberi hadiah atau mengorbankan haiwan yang dikalung atau dihias leher mereka di hadapan sebuah bangunan batu.

itu pandangan tuan sahaja bahkan dalam banyak ayat masjidilharam di gunakan sebagai ganti penggunaan kaabah yg lebih umum . takada pun di sebut bangunan batu melaikan di tambah oleh tuan

Ayat 5:97 adalah supaya manusia mengutamakan kesinambungan haiwan liar dan eko-sistem walau di mana pun mereka berada di atas bumi ini. Supaya haiwan liar tidak pupus dan eko sistem mereka rosak. Tuhan tidak melarang manusia memburu haiwan liar, tetapi bersyarat. Ia tidak boleh diburu sepanjang masa. Perlu dijadualkan bulan-bulan larangan supaya haiwan liar sempat membiak.

tuan kena banyak buat kajian lagi . binatang pupus bukan di sebabkan pemburuan tapi habitatnya di musnahkan lalu susah ianak berkembang biak . lembu kambing tak pupus sebab ia di pelihara .

Kita dapat lihat peraturan sebegini dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia ini sekarang walaupun bukan dari kalangan negara Islam yang percaya kepada Al-Quran. Begitu juga Tuhan menetapkan buku lali (al-kaabata) haiwan liar sebagai indikasi kematangannya supaya para pemburu tidak membunuh haiwan yang belum matang.

binatang yg tak liar pun orang tak tengok buku lali . ini hanya pendapat tuan sahaja dan tak logik lansung utk melihat buku lali binatang sebagai kematangan .

Amat malang bagi umat Islam. Walaupun mereka kata mereka percaya kepada Al-Quran tetapi mereka tidak faham mesej Tuhan yang lurus dan benar. Akhirnya amalan Arab jahiliah yang tidak membawa sebarang manfaat juga mereka agung-agungkan.

Sebab itulah walaupun ketetapan tentang pemeliharaan dan perlindungan haiwan liar dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran, negara-negara Islam tetap ketinggalan dalam aspek ini berbanding dengan negara-negara yang lebih bertamadun yang lain.

Ayat 5:97 sepatutnya menbawa maksud seperti berikut:-

--> 5:97 “Tuhan telah menetapkan buku lali sebagai satu sistem larangan untuk dipatuhi oleh manusia, dan bulan-bulan larangan, dan panduan-panduan, dan indikasi-indikasi. Ini untuk memberitahu kamu bahawa Tuhan, Dia tahu apa yang di langit dan di bumi dan apa yang di bawah bumi. Dan sesungguhnya Tuhan mengetahui semua perkara”.

sangat berbeda dgn seruan tuhan . kalau sekadar utk melihat kematangan binatang umur dan sais dan berat adalah lebih memberi indikasi berbanding bukulali . bagaimana dgn ular kerana ia jugak binatang liar .. nak tenmgok bukulali macamana .. ikan paus jugak binatang ..
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Zulia Wed Jul 14, 2010 10:53 pm

entahlah en.othman, saya tak pernah baca pun cara menentukan kematangan binatang dengan melihat buku lali. Kalau lembu atau kambing tu boleh kita lihat dari tanduknya. Kalau ayam jantan mungkin pada tajinya. Mungkin mereka memahami alquran berpandukan national geographic. Dan yang seorang lagi menggunakkan computer programning. Lepas ni akan ada pula pencapar kepada code 19.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : agama dipolitikkan. - Page 8 PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by othman Thu Jul 15, 2010 2:08 am

faried wrote:
othman wrote:
dalam terjemahan di bawah dgn jelas menunjukkan ada arah kiblat yg di tetapkan dalam al quran .

2:142. Orang-orang yang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka menghadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus."

Dalam ayat 2.142 yang en Othman kemukakan jelas dan tegas disebutkan bahwa:

timur = barat = kepunyaan Allah.

Lantas kenapa dibedakan antara timur dan barat, dan kenapa jika melaksanakan ritual salat harus mengh

Lebih jelas dan tegas lagi dalam 2.177 disebutkan bahwa:

Bukanlah kebaikan bahwa kamu menghadapkan wajahmu berkiblat ke arah timur dan barat.

Laysa albirra an tuwalloo wujoohakum qibala almashriqi waalmaghribi walakinna albirra man amana biAllahi waalyawmi alakhiri waalmalaikati waalkitabi waalnnabiyyeena waata almala AAala hubbihi thawee alqurba waalyatama waalmasakeena waibna alssabeeli waalssaileena wafee alrriqabi waaqama alssalata waata alzzakata waalmoofoona biAAahdihim itha AAahadoo waalssabireena fee albasai waalddarrai waheena albasi olaika allatheena sadaqoo waolaika humu almuttaqoona

2:177 (Malay) Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan
memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati
janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam
kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa."

Bukankah umat beragama Islam menghadapkan wajahnya berkiblat ke barat ketika melaksanakan ritual salat?

Cara salat dengan berkiblat ke barat sangat jelas disebutkan dalam 2.177, bahwa hal demikian bukanlah kebaikan.

othman wrote:5:97. Allah membuatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher;
itu, supaya kamu mengetahui bahawa Allah mengetahui semua yang di dalam
langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah mengetahui
segala sesuatu.

Lantas di mana dalam ayat tersebut tertulis kata salat?

Kabah jelas ada dalam Alquran, pertanyaannya dalam ayat apa disebutkan bahwa jika melaksanakan ritual salat, maka menghadap ke kabah?

Salam.

agama dipolitikkan. - Page 8 A144
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat
yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid
Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi
dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa
perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

(Al-Baqarah 2:144)

agama dipolitikkan. - Page 8 Spinner

kaabah hanyalah penetapan utk menguji siapa yg benar mengikut rasul dan siapa yg berpaling tadah .
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Thu Jul 15, 2010 9:37 am

Salam,

Dalam ayat 2.144 tidak pula ada perkataan Kaabah sehingga mereka terpaksa letakkan perkataan Kaabah dalam kurungan. Malah tiada ayat Al Quran pun kata masjidil haram itu kaabah.

Apatah lagi kita disuruh palingkan wajah ke masjil haram di mana kita berada. Ini menunjukkan masjidil haram itu ada di mana-mana sedangkan Kaabah itu hanya wujud di sesuatu tempat sahaja.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by othman Thu Jul 15, 2010 10:21 am

Juang wrote:Salam,

Dalam ayat 2.144 tidak pula ada perkataan Kaabah sehingga mereka terpaksa letakkan perkataan Kaabah dalam kurungan. Malah tiada ayat Al Quran pun kata masjidil haram itu kaabah.

Apatah lagi kita disuruh palingkan wajah ke masjil haram di mana kita berada. Ini menunjukkan masjidil haram itu ada di mana-mana sedangkan Kaabah itu hanya wujud di sesuatu tempat sahaja.

salam

jika kita perati betul2 ada hubungan antara kaabah dan masjidilharam seumpama buku dan al quran . bila tanda maknanya ia bukan mutlak. yg mutlak ialah al quran . dalam quran pun kata penukaran kiblat tu hanya ujian kepada pengikut nabi . terpulang pada saudara sebab islam tu bukan baru .
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by PenjunjungEhsan Thu Jul 15, 2010 10:35 am

3:[96]
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Secara logik, jika ..... Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk
hidayah bagi umat manusia.
3:96, disebut sebagai rumah ibadat yang mula-mula dibina, adakah patut dikatakan masjidil haram tidak melingkungi kaabah dan kaabah itu tidak berada didalam masjidil haram?
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : agama dipolitikkan. - Page 8 Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Thu Jul 15, 2010 10:02 pm

othman wrote:
salam

jika kita perati betul2 ada hubungan antara kaabah dan masjidilharam seumpama buku dan al quran . bila tanda maknanya ia bukan mutlak. yg mutlak ialah al quran . dalam quran pun kata penukaran kiblat tu hanya ujian kepada pengikut nabi . terpulang pada saudara sebab islam tu bukan baru .
Salam,

Benar. Islam bukan baru. Sejak Nabi Adam lagi baginda sudah jadi seorang yang berserah diri kepada Allah.

Tetapi sejak zaman Nabi Adam sampailah ke Nabi penutup, tak pernah pula diceritakan setiap Nabi itu suruh mengadap Kaabah atau objek-objek lain ketika bersolat. Macam mana kita nak percaya orang yang cakap ketika bersolat kena mengadap Kaabah? Tak konsisten pula ajaran yang disampaikan oleh para Nabi itu pula jadinya.

Yang tak konsisten bukan datang daripada Allah. Umpamanya orang Yahudi mengatakan Uzair adalah putera Allah. Orang Nasrani pula kata Al Masih itu putera Allah.

Sekarang apakah erti masjidil haram yang paling sesuai dengan suruhan memalingkan muka ke arahnya di mana jua kita berada? Sudah pasti masjidil haram itu suatu yang berada di mana-mana sahaja sesuai dengan Allah yang berada di mana sahaja malah lebih dekat daripada urat jantung kita. Malah Allah bangkitkan para Nabi dan Rasul di mana-mana tanah milikNya yang setiap mereka boleh mengadap masjidil haram di mana-mana sahaja walaupun mereka tak pernah sampai ke tanah Arab lagi pada waktu itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Thu Jul 15, 2010 10:08 pm

PenjunjungEhsan wrote:
3:[96]
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Secara logik, jika ..... Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk
hidayah bagi umat manusia.
3:96, disebut sebagai rumah ibadat yang mula-mula dibina, adakah patut dikatakan masjidil haram tidak melingkungi kaabah dan kaabah itu tidak berada didalam masjidil haram?
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam.

Tak pula ayat itu menyebut di Mekkah. Di Bakkah adalah. Dan tiada pula Al Quran sebut Bakkah = Mekkah di tanah Arab. Malah tak wujud perkaitan ayat itu dengan perkataan "kaabah".

Definasi ayat-ayat Al Quran itu terlalu luas. Jangan nak disempit-sempitkan tanpa bukti-bukti kukuh.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by faried Fri Jul 16, 2010 7:13 pm

othman wrote:
kaabah hanyalah penetapan utk menguji siapa yg benar mengikut rasul dan siapa yg berpaling tadah .

Benar sekali.

Rasul adalah pembawa Risalah

Risalah = Alquran

Orang yang benar mengikuti rasul = orang yang benar mengikuti Alquran.

Jadi:

Kaabah = Alquran.

Silakan amati, apakah orang yang menghadap kaabah = orang yang benar mengikuti benar rasul?

Sebagian besar orang menghadap kaabah tidak mengikuti benar rasul.

Satu bukti kuat bahwa yang dimaksud kaabah oleh Allah bukanlah kaabah yang di kota Mekkah sana.

Salam.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by othman Fri Jul 16, 2010 9:24 pm

faried wrote:
othman wrote:
kaabah hanyalah penetapan utk menguji siapa yg benar mengikut rasul dan siapa yg berpaling tadah .

Benar sekali.

Rasul adalah pembawa Risalah

Risalah = Alquran

Orang yang benar mengikuti rasul = orang yang benar mengikuti Alquran.

Jadi:

Kaabah = Alquran.

Silakan amati, apakah orang yang menghadap kaabah = orang yang benar mengikuti benar rasul?

Sebagian besar orang menghadap kaabah tidak mengikuti benar rasul.

Satu bukti kuat bahwa yang dimaksud kaabah oleh Allah bukanlah kaabah yang di kota Mekkah sana.

Salam.

salam

Sebagian besar orang menghadap kaabah tidak mengikuti benar rasul.

yg ni hamba tak pertikai ... lagikan yg mendepani nabi pun belum tentu beriman inikan cuma kaabah .. macam bapak la .. bapak pun bukan yakin 100% terjemahan bapa betul melainkan sangkaan semata jadi quran terjemahan jugak hanya tanda semata2 . yg kita pegang ialah yg berhurup arab walau apa sekalipun maknanya .
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Fri Jul 16, 2010 10:07 pm

faried wrote:
othman wrote:
kaabah hanyalah penetapan utk menguji siapa yg benar mengikut rasul dan siapa yg berpaling tadah .

Benar sekali.

Rasul adalah pembawa Risalah

Risalah = Alquran

Orang yang benar mengikuti rasul = orang yang benar mengikuti Alquran.

Jadi:

Kaabah = Alquran.

Silakan amati, apakah orang yang menghadap kaabah = orang yang benar mengikuti benar rasul?

Sebagian besar orang menghadap kaabah tidak mengikuti benar rasul.

Satu bukti kuat bahwa yang dimaksud kaabah oleh Allah bukanlah kaabah yang di kota Mekkah sana.

Salam.
Salam,

Saya setuju bahawa kiblat atau visi hidup kita adalah ke arah Al Quran. Al Quran memberi petunjuk kepada kita untuk mengenal nilai-nilai murni dalam hidup. Jika kita halakan visi hidup kita ke arahnya, pasti nilai dalam diri akan bertambah. Tetapi jika kita mengadap ke arah matahari, bulan atau pun binaan-binaan manusia, apakah nilai yang kita dapat?

Contohnya Al Quran menggalakkan manusia berfikir. Di mana jua kita berada, kena berfikir dahulu sebelum percaya. Bukannya main turut membuta-tuli.

Bila manusia rajin berfikir, sudah pasti ilham (wahyu) dan ilmu sampai berbanding kita mengadap ke arah matahari, bulan atau binaan-binaan manusia untuk beritual.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Zulia Sat Jul 17, 2010 12:49 am

berapa lama orang kafir berfikir utk beriman sampai dia mati kah?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : agama dipolitikkan. - Page 8 PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by PenjunjungEhsan Sat Jul 17, 2010 8:43 am

Juang wrote:
faried wrote:
othman wrote:
kaabah hanyalah penetapan utk menguji siapa yg benar mengikut rasul dan siapa yg berpaling tadah .

Benar sekali.

Rasul adalah pembawa Risalah

Risalah = Alquran

Orang yang benar mengikuti rasul = orang yang benar mengikuti Alquran.

Jadi:

Kaabah = Alquran.

Silakan amati, apakah orang yang menghadap kaabah = orang yang benar mengikuti benar rasul?

Sebagian besar orang menghadap kaabah tidak mengikuti benar rasul.

Satu bukti kuat bahwa yang dimaksud kaabah oleh Allah bukanlah kaabah yang di kota Mekkah sana.

Salam.
Salam,

Saya setuju bahawa kiblat atau visi hidup kita adalah ke arah Al Quran. Al Quran memberi petunjuk kepada kita untuk mengenal nilai-nilai murni dalam hidup. Jika kita halakan visi hidup kita ke arahnya, pasti nilai dalam diri akan bertambah. Tetapi jika kita mengadap ke arah matahari, bulan atau pun binaan-binaan manusia, apakah nilai yang kita dapat?

Contohnya Al Quran menggalakkan manusia berfikir. Di mana jua kita berada, kena berfikir dahulu sebelum percaya. Bukannya main turut membuta-tuli.

Bila manusia rajin berfikir, sudah pasti ilham (wahyu) dan ilmu sampai berbanding kita mengadap ke arah matahari, bulan atau binaan-binaan manusia untuk beritual.

Agak-agak bila awak berfikir boleh tak awak menetapkan timur tu dekat mana dan barat tu dekat mana? Sepert yang diajarkan AlQuran, kiblat umat Islam adalah rumah ibadat yang pertama sekali dibina didunia dan kedudukannya di bakkah=makkah dan kalau orang yang tidak pernah membaca penulisan ulama silam seperti ibnu taimiyah, mereka tidak akan tahu bakkah = makkah. Kenapa orang yang jauh di Malaysia yang tidak tahu selok-belok makkah pandai-pandai pula dengan otak diorang mengatakan bakkah bukan makkah. Sedangkan semua ulama di tanah arab mengatakan bakkah=makkah. Bodoh betul orang malaysia kalau datang dekat orang makkah dengan mengatakan bakkah bukan makkah. Samalah kalau orang kata mana-mana negeri di malaysia ni sebagai selangor bukan negeri di malaysia. Sepanjang peradaban Islam dibina, tidak pernah dalam sejarah menulis umat Islam menyembah kaabah atau masjidilharam. Ini menunjukkan sama ada orang yang menuduh umat Islam sedemikian sama ada telah keluar dari Islam atau bukan Islam tetapi menerima pembukuan AlQuran kerana pada pendapat mereka kitab yang kuno ini boleh digunakan untuk menghasilkan sebarang teori yang bagus-bagus untuk kepentingan diri mereka sendiri sedang mereka tidak beriman dengannya. Jika seorang muslim, belum tentu persoalan remeh dijadikan hujah, kerana Islam mengajarkan hanya berhujah sekiranya kita diancam itu pun jika yang membawa berhujah itu orang bodoh, dimaafkan sahaja.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : agama dipolitikkan. - Page 8 Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Juang Sat Jul 17, 2010 9:43 am

Zulia wrote:berapa lama orang kafir berfikir utk beriman sampai dia mati kah?
Salam,

Orang kafir adalah orang yang tak mahu berfikir tentang kepercayaan tradisi mereka. Jika mereka berfikir, sudah pasti mereka dapat kesedaran untuk meninggalkan amalan sujud ke arah matahari, bulan mahupun binaan-binaan manusia.

Selagi mereka tak mahu berfikir, selagi itulah mereka tak dapat melihat perbezaan di antara benar dan palsu. Hanya mereka sendirilah yang tahu bila mereka nak insaf.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : agama dipolitikkan. - Page 8 NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

agama dipolitikkan. - Page 8 Empty Re: agama dipolitikkan.

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 8 of 9 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum