e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Persefahaman Agama I_vote_lcap6%Persefahaman Agama I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap23%Persefahaman Agama I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap21%Persefahaman Agama I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap8%Persefahaman Agama I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap8%Persefahaman Agama I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap6%Persefahaman Agama I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap6%Persefahaman Agama I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap0%Persefahaman Agama I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap6%Persefahaman Agama I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap4%Persefahaman Agama I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap0%Persefahaman Agama I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap1%Persefahaman Agama I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap3%Persefahaman Agama I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap1%Persefahaman Agama I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Persefahaman Agama I_vote_lcap5%Persefahaman Agama I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
Juang (3494)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Persefahaman Agama I_vote_lcapPersefahaman Agama I_voting_barPersefahaman Agama I_vote_rcap 

Keywords

baqarah  2010  2013  2024  2012  2011  


Persefahaman Agama

2 posters

Go down

Persefahaman Agama Empty Persefahaman Agama

Post by Juang Sun Jan 17, 2010 1:38 pm

Inisiatif Persefahaman Agama

Mengulas pendapat TPM kita, mewujudkan langkah2 mengeratkan persefahaman antara agama2 dan bangsa2 yang wujud di Malaysia amatlah penting dititik-beratkan.

Kita sudah nampak, jika rakyat dipecah-pecah dengan agama masing2, pasti akan wujud juga ketegangan suatu hari nanti. Jika hari ini kita sudah merasai bahangnya, bayangkan beberapa tahun akan datang, tidak mustahil keadaan akan menjadi parah jika kita tidak mulakan sesuatu langkah yang wajar dalam mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Sebelum langkah ini diambil, seharusnya unsur2 politik diketepikan. Apa jua bidang, bila masuk sahaja bab politik, maka akan hilanglah keikhlasan sebab ada pihak hanya nak tonjolkan diri masing2 untuk mencari nama atau pengaruh, daripada memikirkan sesuatu yang rasional untuk kebaikan bersama jangka masa panjang.

Seharusnya, setelah kita merdeka lebih 50 tahun, rakyat sepatutnya sudah matang dan boleh berfikir secara rasional. Dialog2 untuk berbincang pasal sesuatu agama perlu digalakkan agar rakyat boleh belajar berani dan berfikir terbuka. Selagi ditutup pintu persefahaman agama, akan wujudlah golongan2 yang bercakap di belakang mengutuk agama2 orang lain. Akan wujudkan "syaitan2 " yang bermuka2. Bila sesama mereka, mereka kutuk agama bangsa2 lain. Tetapi bila bersama bangsa lain, mereka tunjukkan manis muka.

Melahirkan masyarakat bermuka2 atau hipokrit sudah pasti tidak baik untuk negara. Kita perlukan rakyat yang jujur. Barulah terbit rasa kasih-sayang sesama manusia. Macam mana kita rasa sayang pada kaum kita, macam itulah yang orang lain rasa pada kaumnya. Macam mana kita rasa sayng pada agama kita, macam itulah penganut agama lain rasa pada agama mereka. Jika kita pecahkan tembok perkauman atau keagamaan, sudah pasti rakyat boleh hidup bersatu-padu dengan sebenar2nya bersatu.

Dalam dialog persefahaman agama, kita kena jujur dalam membuktikan kebenaran. Kita kena guna kayu pengukur yang saksama dalam membuktikan kebenaran masing-masing. Dan kita kena berlapang dada jika orang lain tidak dapat terima pendapat kita sebab agama bukannya perkara yang boleh dipaksa2 untuk dipercayai. Tugas sesama kita bawakan bukti kebenaran masing2 untuk membezakan baik atau buruk. Lepas itu, terpulanglah sesiapa nak pilih yang mana satu.

Malaysia masih dikira negara bertuah. Allah kurniakan kita bermacam-macam nikmat melimpah-ruah. Kita tidak ditimpa bencana besar seperti yang terjadi di sekeliling kita. Kita tidak ditimpa peperangan seperti di negara2 tertentu. Semua bangsa boleh hidup aman damai mencari rezeki masing-masing.

Namun, janganlah kesenangan dan kenikmatan itu menyebabkan kita menanamkan api permusuhan dan kepuakan atas nama agama. Takkan nak tunggu jadi macam di Iraq atau Afghanistan itu, barulah kita nak menyesal, kenapalah tidak mulakan dialog persefahaman agama sejak awal lagi. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Kita kena jadi rakyat yang boleh berfikir terbuka pasal kepercayaan masing-masing. Selagi agama itu dianggap isu sensitif, selagi itulah jiwa rakyat akan jadi lemah senipis kulit bawang yang mudah terkoyak.

Kita sudah memiliki ramai lepasan2 universiti yang sepatutnya mudah nak berbincang pasal perbezaan kepercayaan tanpa mengejek2 kepercayaan penganut agama lain. Jika kita tidak suka agama kita diejek, kenapa kita ejek agama orang lain mengatakan mereka kafir secara jelas? Bukankah itu punca mengeruhkan perhubungan sesuatu agama? Jika satu jari menunding mengatakan sesuatu kaum itu kafir, tiga jari lagi menunding kepada diri kita sendiri.

Bila orang lain ejek agama kita, tahu pula kita marah. Tetapi masa kita ejek kaum2 lain itu kafir dan sebagainya, tidak pula kita fikirkan perasaan mereka itu. Renung2kanlah...
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Sun Jan 17, 2010 1:52 pm

Sedar atau tidak, dua perkara yang jika dijadikan alat persaingan yang membawa kemusnahan adalah perkauman dan keagamaan. Sejarah telah mencatatkan, kebanyakan peperangan besar terjadi atas dasar perkauman atau perbezaan agama.

Kita kalau nak bersaing, biarlah dalam bidang2 yang bermanfaat seperti dalam perniagaan, sukan, kesenian atau keilmuan. Persaingan dalam perniagaan akan melahirkan peniaga2 yang menjaga kualiti produknya dan pembeli mempunyai ruang untuk memilih yang berkualiti. Persaingan dalam sukan akan melahirkan insan2 yang aktif. Persaingan dalam kesenian akan mencambah kreativiti. Persaingan dalam bidang penerokaan ilmu, akan menghasilkan orang yang bijaksana dan tercipta banyak teknologi yang bermanfaat.

Kita semuanya adalah satu bangsa, iaitu bangsa Adam. Kita juga adalah satu agama, kerana Tuhan itu Esa. Pencipta alam ini ada Satu sahaja. Kenapa nak bergaduh pasal bangsa dan agama? Tidakkah manusia itu berfikiran terbuka?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Zulia Sun Jan 17, 2010 2:00 pm

Agama didunia ini memang berbagai-bagai dan dianuti oleh manusia mengikut kepercayaannya. Agama yang berasal dari langit,kita panggil agama samawi, Barat panggil high religion yang berasal dari kitab yang diturunkan oleh Allah. Sementara agama yang lain tidaklah jelas pengasasnya. Bagaimanapun tujuan mana-mana agama adalah sebagai panduan agar penganutnya berbuat baik sesama manusia. Tidak dinafikan perbezaan memang ketara antara agama-agama ini dari segi kepercayaan. Dan kemungkinan berlaku pertembungan dan krisis adalah tinggi. Begitupun sikap tolenrasi terutama bagi sesama rakyat satu negara sangatlah diperlukan untuk menjamin keharmonian bersama. Dalam sejarah peperangan antara orang Islam dan Quraisy Mekah, pernah sama-sama dibantu oleh penduduk Madinah yang bukan Islam, kerana nak mempertahankan kota mereka.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Persefahaman Agama PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Sun Jan 17, 2010 4:22 pm

Mana-mana ajaran agama yang menyeru kepada berbuat baik, itulah ilham2 yang Allah pernah turunkan kepada manusia, kerana semua yang baik itu datangnya daripad Allah. Jadi tidak wujud agama daripada langit (samawi), sebab Allah itu tidak bertempat.

Dalam usaha untuk mengeratkan jurang antara agama di negara kita ini, mungkin antara cara yang boleh kita lakukan adalah dengan mengumpulkan semua ajaran2 baik daripada semua kitab agama2 tersebut dan dijadikan satu modul pelajaran di sekolah untuk mengajar anak2 Malaysia. Jadikan persamaan itu sebagai tidak kesatuan, dan perbezaan itu bukan alasan berpecah-belah. Jangan pisahkan anak2 kita atas nama agama kerana nanti akan menjarakkan mereka bila dewasa macam keadaan sekarang.

Untuk amalan ritual tradisi masing2, atas tanggungjawab ibubapa itulah nak hantar ke masjid ke, ke gereja ke, ke tokong ke atau ke kuil. Tetapi untuk ajaran2 yang mengajak kepada perasaan hormat, kasih-sayang, persaudaraan, setiakawan, bantu-membantu, dan pembentukan sifat2 baik yang lain, bolehlah diajar secara saksama di sekolah2 kepada semua kaum. Barulah terbit rasa kasih-sayang dan keharmonian di antara rakyat Malaysia kerana belajar sahsiah diri bersama2 tanpa sempadan kaum atau agama.

Saya kira pasti setiap kitab2 ajaran sesuatu agama itu ada mengajak kebaikan. Maka apa salahnya kita belajar sesuatu yang baik dari kitab penganut agama lain sekali pun sebab itu sudah pastinya daripada Allah juga. Dengan cara ini kita tidak dididik dengan perasaan membenci penganut agama lain dan begitu juga penganut agama lain terhadap kita.

Bila kita hargai ajaran2 baik penganut agama lain, pasti mereka pun hargai ajaran2 baik agama kita. Ini akan membawa satu perubahan dalam sistem pembelajaran agama untuk menjauhi perasaan benci-membenci sesama manusia. Bukankah berkasih-sayang sesama manusia itu disukai Allah?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Zulia Sun Jan 17, 2010 6:25 pm

Dalam kehidupan kita, kita tak boleh lari dari hasutan syaitan. Sebagai musuh nombor satu manusia, dia sentiasa menyeru kearah keburukan dan kejahatan. Kerjanya adalah berlawanan dengan tugas para Nabi. Nabi menyeru kepada mentauhidkan Allah, syaitan menyeru kepada menyembah selain Allah. Nabi menyeru kearah silaturahim, syaitan menyeru ke arah perbalahan. Nabi menyeru berbuat amal solih dan kebajikan, syaitan menggoda kearah dosa dan kemungkaran. Di dalam diri sendiri pun akan berlaku hasutan kearah perkara yang tak baik, contohnya melanggar lampu isyarat merah, pandu melebihi had laju, Malas kerja, tipu MC dan macam-macam perkara negatifkan. Kalau dalam diri satu orang pun syaitan boleh menimbulkan konflik, apatah lagi dalam masyarakat. Betul tak bang?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Persefahaman Agama PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Sun Jan 17, 2010 7:10 pm

Oleh sebab manusia tidak boleh lari daripada hasutan syaitan, maka kita kena berpegang pada bukti2 yang logik. Ini kerana syaitan memulakan hasutan dengan menyeru pada khayalan dan angan2 (dusta atau thaghut). Diapung2kan manusia itu di awangan dan tidak hidup berpijak pada bukti yang nyata (tidak realistik).

Apabila kita ajak semua penganut agama berpegang pada bukti2 yang realistik, tiada siapa nak pertikaikan. Cuba lihat dalam hukum 1+1=2, tidak kira Melayu, Cina, India dan lain2 di Malaysia ini mudah menerimanya. Walaupun guna bahasa apa sekali pun, tetapi semua kaum itu boleh bersatu mengiyakan 1+1 sama dengan 2. Nampak tak nilai logik dalam menyatukan manusia?

Jadi, sesiapa yang tidak mahu ikut logik itu, itulah golongan syaitan sebab syaitan bercakap tanpa hujah logik. Mereka itulah mudah dihasut dengan khayalan dan bentuk2 penipuan.

Jika kita tunduk pada hukum2 logik yang Allah tetapkan di serata alam, kita akan jadi orang2 yang jujur sebab kita tahu, kalau kita putar ke jawapan lain, suatu hari nanti pasti kita akan terperangkap dalam kedustaan itu. Sebab itulah para Nabi bercakap semuanya logik2 belaka. Mereka bukannya pendusta. Setiap kata2 mereka boleh dibuktikan secara saintifik. Itulah ciri2 kata2 orang yang beriman dan benar.

Kata2 yang benar, orang lain tidak mampu patahkan dengan hujah yang benar. Orang kafir yang bantah hujah Rasul mereka hanya setakat mampu berkata "inilah sihir yang nyata". Mereka tidak dapat bawa bukti ilmiah nak sangkal kata2 Rasul mereka.

Semoga kita tidak jadi macam orang2 kafir itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Zulia Sun Jan 17, 2010 8:50 pm

Macamana dengan kemewahan yang melalaikan dari mengingati Allah itu tak logik ke? Itu yang paling logik bagi manusia kerana nampak hasilnya di depan mata. Dalam Al quran menyeru manusia memilih akhirat yang lebih baik dan kekal. Mengapa tak beriman dengan nya? Logik telah 'menapisnya' atau nafsu..he he.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Persefahaman Agama PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Mon Jan 18, 2010 9:18 am

Sesuatu yang ada sebab musabab terjadi, logiklah tu. Manusia jadi lalai dengan kemewahan, sebab ada penyakit berbangga diri. Mereka tidak kenal siapa Tuhan mereka. Maka kemewahan itu telah menjadikan tuhan mereka. Macam itu juga orang yang bermegah2an dengan agama, mereka rasa mewah atas nama agama kononnya jadi macam mereka sahajalah yang benar. Kononnya lahir dari keturunan sesuatu agama, mereka rasa mereka sudah benar dan memandang kaum2 lain hina. Mereka tiru perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang jadikan agama sebagai alat untuk bermegah2an.

Bayangkanlah yang "beragama" pun boleh kena penyakit berbangga diri macam itu. Sebab itulah Allah suruh manusia guna akal. Barulah kita boleh bezakan hati yang merendah diri dengan hati yang berbangga diri, sebab kita yang kenal hati kita sendiri.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Mon Jan 18, 2010 12:58 pm

Ketika orang2 Arab Quraisy beragama secara jahil menurut membuta-tuli, orang2 Yahudi dan Nasrani jadikan agama mereka alat berbangga diri kononnya golongan mereka sahaja yang layak dapat petunjuk, Rasulullah menjadi perintis ke arah penyatuan umat manusia pada waktu itu.

Untuk menyatukan manusia, tak logik baginda buat satu puak baru yang berbangga diri kononnya agama mereka lebih betul daripada agama2 yang wujud pada waktu itu. Tak logik seorang Nabi kena penyakit berbangga diri juga.

Di sini kita dapat fikirkan, Islam yang Rasulullah sampaikan dahulu bukannya agama yang mewujudkan puak2 macam kita lihat hari ini. Islam yang sebenar adalah cara hidup yang mendamaikan dan menyedarkan manusia pada waktu itu yang menjadikan agama sebagai alat mewujudkan permusuhan sesama manusia.

Usaha ke arah persefahaman agama ini dilihat ke arah mewujudkan kembali masyarakat aman dan sejahtera seperti yang Rasulullah pernah lakukan. Kita harap usaha ini dapat direalisasikan demi kesinambungan generasi manusia akan datang.

Patutkah kita tinggalkan negara kita dalam keadaan kucar-kacir untuk anak-cucu kita akibat bermusuh-musuhan kerana perbezaan agama? Sama-samalah kita berfikir panjang.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Tue Jan 19, 2010 8:50 am

Hari ini kita sudah nampak kesan buruk menjadikan agama sebagai alat untuk bermegah2 dan berpuak2. Mereka jadi masyarakat yang tidak matang dan tidak boleh berfikiran terbuka. Ia membawa kepada kefanatikan yang memusnahkan kehidupan sesama insan.

Allah membenci manusia yang hidup seperti itu kerana mereka hanya menanam kebencian akibat perbezaan kepercayaan.

Menjadikan sesuatu agama esklusif dan memandang hina penganut agama2 yang lain adalah perangai kaum Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah. Perangai inilah yang ditegur oleh Allah kerana kesan buruk menjadikan agama sebagai alat bermegah2an hanya membawa kepada perpecahan dan permusuhan sesama manusia.

Jika kita tidak mengubah keadaan ini dengan meruntuhkan agama sebagai alat perpecahan, apakah kita ingat Allah akan membiarkan kita? Alam semesta ini sentiasa memerhatikan perbuatan kita. Kita hidup di dalam KekuasaanNya yang tidak menyukai orang2 yang berlagak sombong atas nama sesuatu agama.

Allah boleh ubah keadaan cuaca di tempat kita mengikut KehendakNya. Bayangkanlah Allah lebihkan taburan hujan tidak menentu musim. Tanah2 mula menjadi lemah dan lembik. Gunung-gunung mula mudah runtuh yang mengakibatkan ia tidak berfungsi lagi sebagai pasak bumi. Akhirnya, gempa bumi mudah berlaku.

Allah mudah menarik manusia itu dalam kebinasaan tanpa manusia sedari. Lihatlah nasib manusia di Haiti yang tiada siapa sangka keadaan itu akan terjadi. Apakah kita anggap semua itu tidak mungkin akan terjadi kepada kita dan menyebabkan kita rasa tidak kisahlah masyarakat hidup berpecah-belah atas nama agama?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Zulia Tue Jan 19, 2010 9:22 am

Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mempunyai inisiatif untuk berubah. Begitu juga diri seseorang. Ia tidak hanya apply pada kehidupan dunia tetapi akhirat juga. Mana logik dengan tak berbuat apa-apa untuk akhirat kita boleh berjaya. Sama macam dunia juga. Kalau malas untuk dunia maka kesan buruk akan nampak didunia ini. Kalau malas untuk akhirat, kesannya diterima lah di akhirat nanti. Jangan berfatwa atas dasar malas. Malas beribadat, malas menuntut ilmu, malas baca Al quran, malas bersedekah, malas bermasyarakat, malas cari nafkah, malas layan isteri dan macam-macam malas lagi. Itu kan peraturan alam bang..he he.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Persefahaman Agama PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Tue Jan 19, 2010 1:35 pm

Ya. Jika amalan untuk dunia pun kalau kita buat sesuatu yang tak logik, kita dapat mudarat dan membahaya diri, begitulah juga untuk akhirat, kalau kita buat sesuatu yang tak logik, pasti kita dapat mudarat juga.

Orang yang malas berfikir sahaja suka beramal tanpa logik. Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Tue Jan 19, 2010 2:48 pm

Katak di bawah tempurung, akan merasakan kehidupannya di bawah tempurung itu satu yang baik. Perspektifnya hanya terbatas pada keluasan tempurung itu sahaja. Dia tidak nampak perspektif dari luar tempurung.

Begitulah penganut2 sesuatu agama yang taksub dengan perspektif mereka sahaja pasti terbatas mindanya mengikut ajaran tradisi mereka. Mereka tidak melihat bagaimana pandangan orang di luar mereka terhadap mereka.

Jadi, dengan mengadakan dialog2 persefahaman antara agama dapat membantu sesuatu penganut agama membuka minda mereka. Mereka boleh belajar melihat dari luar perspektif ajaran tradisi mereka. Mereka boleh mendengar pandangan orang lain terhadap mereka.

Bila masing2 belajar melihat dari luar perspektif ajaran tradisi masing2, secara tidak langsung mereka akan saling faham memahami. Itu antara usaha check and balance antara sesuatu penganut agama agar tiada yang fanatik dengan amalan tradisi masing2.

Dengan saling memahami antara sesuatu agama, kita boleh belajar mendengar semua pandangan dan mengikut yang paling baik. Secara tidak langsung menggalakkan manusia itu menyampaikan ajaran2 yang baik2 sahaja, bukannya ajaran yang mengajak kepada kebencian dan permusuhan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Zulia Tue Jan 19, 2010 2:51 pm

Sebab itu niat sahaja tanpa amalan tak akan jadi. Kalau nak kahwin mesti ada pasangannya ,kalau sesorang tak jadi bang.. He he. Itu gila angau namanya...
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Persefahaman Agama PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Tue Jan 19, 2010 3:01 pm

Macam nak kahwin, pasangan yang nak dikahwini itu pun suatu yang logik (yang Allah cipta dan tetapkan secara jelas dan nyata), bukannya khayalan.

Mana ada orang2 sekarang berkahwin dengan orang2 terdahulu (berkhayal dengan jasad2 orang terdahulu)? Sebab itu hidup ini kena beramal ikut realiti, bukan ikut persangkaan perbuatan orang2 terdahulu. Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Zulia Tue Jan 19, 2010 6:20 pm

Begitulah amalan untuk akhirat mestilah dizahirkan amalan itu. He he.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Persefahaman Agama PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Juang Tue Jan 19, 2010 6:24 pm

Ya. Sebab itu orang yang menzahirkan amalan akhirat berjaya menjadi umat yang berilmu tinggi dan bijaksana. Kita nampak output baik daripada amalan akhirat tersebut, kerana amalan itu berlandaskan logik.

Tetapi setakat buat amalan tiada logik, jadilah mereka umat yang lemah dan ketinggalan dalam bidang ilmu. Siap berpecah-belah lagi kerana berbeza puak kerana berlagak sombong atas nama sesuatu ajaran. Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Persefahaman Agama NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Persefahaman Agama Empty Re: Persefahaman Agama

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum