Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Asal kekafiran
+4
Teringintahu
abu_muaz
slipar
Adli
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Asal kekafiran
Semua manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan Islam. Dengan kata lain, semasa kecil, seseorang manusia yang Allah ciptakan bersifat tunduk kepada bukti2 yang nyata. Sebab itu semasa kecil, manusia mudah dibentuk. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.
Namun, bagaimana ada manusia boleh disesatkan? Apakah yang menyebabkan manusia itu berada dalam kekafiran? Apakah kerana mereka diciptakan dari keturunan kafir maka mereka jadi kafir, atau sebab dalaman dirinya sendiri?
Mengenal asal terjadinya kekafiran penting kepada manusia untuk muhasabah diri agar berada di jalan yang lurus. Seringkali manusia tertipu dengan status agama keturunannya sehingga merasakan dirinya sudah Islam.
Kerana itu, Quran banyak menyebut kisah kekafiran yang pertama iaitu kekafiran makhluk yang digelar iblis.
kecuali iblis; dia menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir. (Shaad: 74)
Iblis adalah makhluk yang pertama2 dikhabarkan kafir. Kafir adalah tindakan engkar kepada perintah Allah. Seseorang itu tidak dikira kafir lagi selagi tidak kenal apa itu perintah Allah.
Allah berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan tangan-Ku sendiri? Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?." (Shaad: 75)
Kekafiran bukan kerana agama keturunan, tetapi kerana ada penyakit sombong atau merasa bangga diri (merasa diri lebih tinggi). Sebab itu Allah bertanya kepada iblis adakah iblis memiliki penyakit2 itu.
Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah liat." (Shaad: 76)
Iblis sendiri mengakui dirinya lebih baik dari manusia (Adam) kerana zahir dirinya. Dia merasakan unsur api lebih baik dari tanah. Jadi, manusia yang berbangga diri kerana perhiasan dirinya seperti kekayaan,darah keturunan, darjat, pangkat dan lain2, samalah perangainya macam iblis. Termasuklah manusia itu dalam golongan kafir biarpun status agama di MyKadnya tertera perkataan "Islam".
Allah tidak memandang akuan Islam pada mulut dan dokumen pengenalan diri. Di dalam hati itu juga yang Allah nilai. Jika terdapat kesombongan dan bangga diri, tetaplah manusia akan dihumban ke Jahannam bersama-sama iblis.
Itulah asalnya kekafiran yang ramai manusia lalai memikirkan sehingga mereka merasakan bangga diri telah dilahirkan dari keturunan sesuatu penganut agama. Tanpa mengenal asal bagaimana kekafiran makhluk Allah itu bermula (kisah iblis), manusia akan hidup dengan perasaan sombong dan bangga diri.
Perasaan sombong dan bangga diri menyebabkan manusia jadi susah berbincang. Mereka tidak sanggup tunduk kepada kebenaran yang berlawanan dengan hawa nafsu mereka. Biarpun mereka tiada bukti2 yang nyata hendak membantah sesuatu kebenaran, tetapi mereka menolaknya juga (kafir) disebabkan penyakit sombong dan berbangga diri. Mereka hanya setakat mengejek2 yang memperlihatkan kedengkiannya seperti mana dengkinya iblis melihat Adam diangkat darjatnya sehingga semua malaikat tunduk kepada Adam.
Manusia boleh merasa dalam dirinya ada kekafiran, bila datang kebenaran yang berlawanan dengan hawa nafsunya, manusia itu jadi panas hati seterusnya merasa dengki.
Kebanyakan daripada ahli Kitab (termasuk ahli Quran sebab Quran juga Kitab Allah) ingin sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu sebagai orang-orang yang tidak percaya (kafir) setelah keimanan kamu kerana kedengkian dalam jiwa mereka sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka (adanya bukti2 yang nyata). Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ampunkanlah, sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu. (AlBaqarah: 109)
Ahli2 kitab terdahulu ramai yang jadi kafir bila Allah angkat Nabi Muhammad yang bukan dari kalangan yang tahu membaca kitab Taurat, Injil dan Zabur, tetapi mampu memiliki Kitab (Quran) yang membenarkan kitab2 terdahulu. Ahli2 Kitab itu merasa dengki kepada seorang yang tidak tahu bahasa asal Kitab terdahulu lagi seorang yang tidak tahu membaca tulisan, boleh berkata benar dan membenarkan ajaran para Rasul terdahulu.
Jika orang2 Islam sekarang diuji dengan didatangkan manusia yang membenarkan ajaran2 Rasul terdahulu biarpun zahirnya tidak seperti seorang Arab lagi tidak tahu berbahasa Arab, apakah mereka akan termasuk dalam golongan yang sombong atau tunduk berserah diri?
Kaum Yahudi dan Nasrani yang mengaku mengikut ajaran Rasul2 terdahulu pun Allah uji dengan dibangkitkan Nabi Muhammad, apakah umat Islam sekarang Allah akan biarkan mereka bermain2 dengan akuan agama dan imannya?
Sebelum tiba hari Kiamat, pasti sesuatu kaum akan diuji supaya kaum itu tidak pernah berkata mereka tidak pernah dinasihatkan untuk menjauhi kekafiran (penyakit sombong dan berbangga diri).

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
apakah unsur api lebih baik dari tanah liat , kenapa iblis memberi alasan sedemikian agaknya .. dari segi sains api bukanlah matter sptmn tanah liat .. api hanya 2nd energy .
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18
Re: Asal kekafiran
Ini membuktikan, iblis memberi alasan tanpa hujah-hujah yang kukuh. Dia bercakap berdasarkan perasaan sombong dan bangga diri. Sama seperti orang yang berdarah raja merasa bangga diri lebih mulia berbanding orang yang berdarah keturunan penoreh getah. Dari segi sains, darah mereka itu tetap sama. Yang mungkin berbeza dari segi jenis A, B, AB atau O sahaja.
Kemuliaan makhluk-makhluk Allah bukannya daripada zahir ia diciptakan, tetapi apa yang tertanam dalam jiwa. Jika iblis memiliki akhlak yang mulia, sudah pasti dia tidak memberikan alasan lemah untuk berbangga diri sedemikian rupa.
Ramai manusia sudah meniru iblis akibat berbangga diri biarpun dia sedar pegangan hidupnya lemah. Kebenaran yang menyanggah amalan nenek moyang mereka tetap dibantah tanpa bukti-bukti yang kukuh, sebaliknya sekadar menunjukkan kesombongan sahaja. Itulah golongan yang kafir sebenarnya.
Kemuliaan makhluk-makhluk Allah bukannya daripada zahir ia diciptakan, tetapi apa yang tertanam dalam jiwa. Jika iblis memiliki akhlak yang mulia, sudah pasti dia tidak memberikan alasan lemah untuk berbangga diri sedemikian rupa.
Ramai manusia sudah meniru iblis akibat berbangga diri biarpun dia sedar pegangan hidupnya lemah. Kebenaran yang menyanggah amalan nenek moyang mereka tetap dibantah tanpa bukti-bukti yang kukuh, sebaliknya sekadar menunjukkan kesombongan sahaja. Itulah golongan yang kafir sebenarnya.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
Tolak Pesuruh ALLAH pun leh jatuh Kafir gak!
jaga jaga...
jaga jaga...
abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6456
Registration date : 2008-04-19
Re: Asal kekafiran
Tolak Pesuruh ALLAH pun leh jatuh Kafir gak
betul tu ..
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18
Re: Asal kekafiran
Adli wrote:Ini membuktikan, iblis memberi alasan tanpa hujah-hujah yang kukuh. Dia bercakap berdasarkan perasaan sombong dan bangga diri. Sama seperti orang yang berdarah raja merasa bangga diri lebih mulia berbanding orang yang berdarah keturunan penoreh getah. Dari segi sains, darah mereka itu tetap sama. Yang mungkin berbeza dari segi jenis A, B, AB atau O sahaja.
Kemuliaan makhluk-makhluk Allah bukannya daripada zahir ia diciptakan, tetapi apa yang tertanam dalam jiwa. Jika iblis memiliki akhlak yang mulia, sudah pasti dia tidak memberikan alasan lemah untuk berbangga diri sedemikian rupa.
Ramai manusia sudah meniru iblis akibat berbangga diri biarpun dia sedar pegangan hidupnya lemah. Kebenaran yang menyanggah amalan nenek moyang mereka tetap dibantah tanpa bukti-bukti yang kukuh, sebaliknya sekadar menunjukkan kesombongan sahaja. Itulah golongan yang kafir sebenarnya.
Ada info juga di sini... Klik & Baca.
.
Teringintahu- Siswa-Siswi
- Number of posts : 98
Reputation : 0
Credits : 5609
Registration date : 2009-04-18
Re: Asal kekafiran
Jika menolak akal sendiri itu macam mana? Bila diajak buktikan kebenaran guna dalil aqli dan naqli mereka takut sampai tahap kata tak boleh guna akal, bukankah itu sama golongan yang disamakan atau dihina lebih teruk daripada binatang ternak?
Allah sudah menetapkan bintang ternak itu akalnya terhad. Tetapi ada manusia mengatakan tidak boleh kaji Quran guna akal sebab akalnya terhad. Sudah tahu akal terhad, kenapa mereka tidak bangunkan?
Allah tidak pernah menetapkan sejauh mana manusia boleh berfikir. Sebab itulah komputer yang tidak terfikir oleh orang-orang terdahulu mampu dicipta sekarang. Kita nampak, Allah bagi pertolongan kepada kaum yang menggunakan akal. Kaum yang tak guna akal pasti dapat kedudukan hina yang merata dunia.
Mereka telah mengengkari ajaran Quran yang suruh guna akal dan ada ayat mempersoalkan hadis mana mereka hendak beriman selain Quran?
Mereka kata ikut Rasulullah, tetapi terang-terang tolak akal sendiri untuk mengambil riwayat selain Quran. Apakah golongan sebegitu adalah golongan yang berpegang pada kebenaran? Jika setakat akuan mulut kata ikut perbuatan Rasulullah, tetapi perbuatan bercanggah dengan Rasulullah yang guna akal dan bergantung kepada Allah semata-mata, apa nilai akuan mereka itu?
Sebab itulah keadaan umat mereka adalah lemah dan berpecah-belah. Dengan kaum Zionis yang kecil itupun mereka mudah dikalahkan, biarpun mereka tahu bahasa asal Quran. Jika Nabi Muhammad mengamalkan Quran jadi bangsa yang kuat dan bersatu-padu, tetapi mereka membuat tindakan yang berlawanan (bangsa yang lemah dan berpecah-belah).
Mereka tidak sanggup mengaku kenapa bangsa mereka lemah dan berpecah-belah.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Asal kekafiran
Akal manusia memang terbatas tak boleh nak kaji Quran dalam2....Orang islam tewas ditangan org kafir dizaman ini kerana tak melaksanakan hukum2 Allah...itulah balasan nya....tepuk dada tanya iman.....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Asal kekafiran
Tiada ketetapan baik dari segi hukum atau nas Quran yang mengatakan akal manusia memang terbatas. Jika ada batasannya, sudah pasti Allah tidak akan membenarkan manusia sekarang mengetahui apa yang manusia dahulu tidak ketahui.
Jika tiada ketetapan berdasarkan bukti-bukti yang nyata menunjukkan akal manusia terbatas, siapa sebenarnya yang mengada-adakan batas tersebut? Bukankah golongan pendusta itu golongan syaitan?
Iman tercabut dalam dada manusia apabila bila dia berpegang pada dusta. Itulah yang menyebabkan umat Islam sekarang jadi lemah dan mudah tertewas.
Kenapa orang-orang kafir terdahulu mudah tewas dengan hujah para Rasul? Sebab mereka hanya berpegang pada dusta sahaja.
Bila sesuatu umat itu lemah, ini menunjukkan ramai pendusta daripada ramai yang berpegang pada bukti-bukti yang nyata...
Jika tiada ketetapan berdasarkan bukti-bukti yang nyata menunjukkan akal manusia terbatas, siapa sebenarnya yang mengada-adakan batas tersebut? Bukankah golongan pendusta itu golongan syaitan?
Iman tercabut dalam dada manusia apabila bila dia berpegang pada dusta. Itulah yang menyebabkan umat Islam sekarang jadi lemah dan mudah tertewas.
Kenapa orang-orang kafir terdahulu mudah tewas dengan hujah para Rasul? Sebab mereka hanya berpegang pada dusta sahaja.
Bila sesuatu umat itu lemah, ini menunjukkan ramai pendusta daripada ramai yang berpegang pada bukti-bukti yang nyata...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
tapi kenapa Zat tak boleh dikenal pulak ya oleh akal? pelikAdli wrote:Tiada ketetapan baik dari segi hukum atau nas Quran yang mengatakan akal manusia memang terbatas. Jika ada batasannya, sudah pasti Allah tidak akan membenarkan manusia sekarang mengetahui apa yang manusia dahulu tidak ketahui.
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Asal kekafiran
Sejarah penting....sejarah yang menceritakan kepada kita tentang hal2 yang dulu....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Asal kekafiran
Zat tu nyata tak?Adli wrote:...pada bukti-bukti yang nyata...
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Asal kekafiran
Sedangkan akal itu sendiri tak nampak zatnya...semut api wrote:
tapi kenapa Zat tak boleh dikenal pulak ya oleh akal? pelik
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
Tunjukkanlah bagaimana rupa Zat Allah itu untuk tahu nyata atau tidak?semut api wrote:Zat tu nyata tak?Adli wrote:...pada bukti-bukti yang nyata...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
Zat Allah takde rupa....sebab tu malas nak fikir...Allah larang fikir tentang ZatNya.... kalau kita fikir gak jadi camni...
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Asal kekafiran
Zat Allah takde rupa....sebab tu malas nak fikir...Allah larang fikir tentang ZatNya.... kalau kita fikir gak jadi camni...
pikir2 la bila nak tulis tu .
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18
Re: Asal kekafiran
Aku tulis berdasarkan akal aku....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Asal kekafiran
Haa...boleh pun fikir yang Zat Allah tu takde rupa...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
maknanya Zat tu tersembunyilah cik kak?Adli wrote:Tunjukkanlah bagaimana rupa Zat Allah itu untuk tahu nyata atau tidak?semut api wrote:Zat tu nyata tak?Adli wrote:...pada bukti-bukti yang nyata...
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Asal kekafiran
dulu kata akal tu tiada had keupayaannya , kenapa tak boleh pula?Adli wrote:Sedangkan akal itu sendiri tak nampak zatnya...semut api wrote:
tapi kenapa Zat tak boleh dikenal pulak ya oleh akal? pelik
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Asal kekafiran
Adli wrote:Haa...boleh pun fikir yang Zat Allah tu takde rupa...
how do you so sure?
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Asal kekafiran
Berfikir itu seumpama berlari atas tanah, selagi wujud tanah, selagi itu boleh berlari. Logik itulah tanahnya. Jadi tiada had akal itu dimaksudkan tiada had untuk berfikir sesuatu yang logik. Mana batas sempadan logik yang setakat itu sahaja manusia mampu capai?semut api wrote:dulu kata akal tu tiada had keupayaannya , kenapa tak boleh pula?Adli wrote:Sedangkan akal itu sendiri tak nampak zatnya...semut api wrote:
tapi kenapa Zat tak boleh dikenal pulak ya oleh akal? pelik
Sedangkan dusta itu umpama udara. Macam mana nak berlari atas udara? Dengan kata lain bila dusta sahaja, memang akal tak berfungsi, bukannya akal terbatas.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
Tunjukkanlah bagaimana rupa Zat Allah itu jika ia suatu yang logik?semut api wrote:Adli wrote:Haa...boleh pun fikir yang Zat Allah tu takde rupa...
how do you so sure?
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Asal kekafiran
so bagaimana cik kak kenal Allah pula?Adli wrote:Tunjukkanlah bagaimana rupa Zat Allah itu jika ia suatu yang logik?semut api wrote:Adli wrote:Haa...boleh pun fikir yang Zat Allah tu takde rupa...
how do you so sure?
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Asal kekafiran
Kenal melalui Sifat-sifatNya. Kenal Sifat-sifat yang layak pada sesuatu yang dipanggil "Tuhan". Dan bezakan dengan sifat-sifat makhluk.semut api wrote:so bagaimana cik kak kenal Allah pula?
Nak kenal Sifat-sifat Allah, kenalah guna akal untuk seperti mana kita membezakan apa sifat-sifat besi dan apa sifat-sifat kayu. Besi ada logik-logik menunjukkan sifatnya sebagai besi dan kayu ada logik-logiknya yang menetapkan ianya kayu.
Begitulah nak kenal Allah, ada logik-logik yang akal kita mampu capai untuk memahami Sifat-sifatNya. Logik-logik itu memang Allah telah tetapkan, cuma bergantung kepada manusia itu sendiri nak memikirkannya. Sebab itulah Quran diturunkan supaya manusia memikirkan.
Kalo beragama tanpa berfikir, bila masa nak kenal Sifat-sifat Allah? Bila tak kenal Sifat-sifat Allah, mulalah mereka jadikan nama Nabi Muhammad sekutu Allah yang menetapkan sesuatu.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Similar topics
» Asal Manusia
» Mengenal asal usul golongan anti hadis......
» kita kenali lebih dekat asal usul mereka yang tolak hadis ini...
» Mengenal asal usul golongan anti hadis......
» kita kenali lebih dekat asal usul mereka yang tolak hadis ini...
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum