Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Asal Manusia
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Asal Manusia
Asalnya manusia itu satu bangsa iaitu bangsa manusia atau Adam. Itulah asal keturunan manusia. Namun bila manusia mula berkembang-biak, mulalah wujud kategori manusia mengikut jalur keturunannya, budaya dan bahasa.
Bagi yang berbangga diri atas nama bangsanya, dia akan rasa bangsanya itulah yang terbaik daripada semua bangsa yang wujud di atas muka bumi ini, walhal di sisi Allah, semua bangsa itu sama sahaja. Yang berbeza hanyalah usaha mereka masing-masing. Sesiapa yang rajin, dapat ganjaran lebih berbanding yang malas.
Asal manusia itu satu agama iaitu cara hidup mengikut batas-batas kejadian sebagai manusia yang mempunyai otaknya berbeza dengan haiwan-haiwan lain. Namun bila manusia berkembang-biak, mulalah wujud kategori manusia mengikut agama, kepercayaan dan amalan sembahan mereka.
Bagi yang berbangga diri atas nama agama tradisinya, dia akan rasa agamanya itulah yang benar dan terbaik berbanding agama-agama lain di atas muka bumi ini, walhal di sisi Allah, jika cara hidup orang yang mengaku sesuatu agama itu tidak seperti cara hidup manusia, mereka akan dapat kehinaan juga atas perbuatan mereka sendiri. Bukannya amalan ritual mereka itu yang membezakan siapa yang dapat ilmu, rezeki dan kenikmatan-kenikmatan hidup.
Di sini kita nampak, kategori atas nama bangsa dan agama yang diwujudkan oleh manusia itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai dalam ketaatan kepadaNya. Pada amalan masing-masing itulah yang menentukan balasan yang setimpal untuk mereka.
Jika manusia itu berbuat baik, tidak kiralah dia berbangsa Eropah, Arab, India, Cina, Melayu atau lain-lain, pasti Allah beri balasan yang sesuai atau berlipat kali ganda dengan kebaikan yang dibuat. Begitu juga jika manusia itu berbuat baik tidak kiralah mereka lahir daripada keturunan sesuatu agama tradisi, mereka juga diberikan ganjaran yang sama rata.
Jika manusia berbuat dusta dan melampaui batas, tidak kiralah mereka mengaku Islam ke, Kristian ke, Jew ke, Hindu ke, Buddha ke atau lain-lain, pasti mereka dapat balasan sesuatu dengan kejahatan mereka. Contohnya kejadian gempa bumi yang berlaku kebelakangan ini di merata tempat tidak kira mereka mengaku agama apa atau bangsa apa.
Itulah antara bukti yang menunjukkan Allah melihat manusia itu sama sahaja tanpa mengira bangsa atau akuan agamanya. Yang membezakan mereka adalah bagaimana mereka bercara hidup. Jika mereka hidup dalam keadaan saling merendah diri dan hormat-menghormati, nikmat keamanan dan kedamaian itu yang mereka dapat. Bukannya kerana mereka mengaku masuk sesuatu agama pun. Usaha dan bagaimana kita mencorak cara hidup kita itulah yang menentukan balasan setimpal untuk kita di dunia dan akhirat.
Jadi, atas alasan apa lagikah manusia itu hendak mewujudkan puak atau golongan berdasarkan nama bangsa dan agama? Nak bermegah-megahan dan berbangga diri?

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Asal Manusia
Bangsa-bangsa dan kaum-kaum manusia adalah ciptaan Allah yang maha kaya. Agama Islam juga dari Allah yang akan menyatukan manusia yang berbagai bangsa dan kaum itu. Sunnatullah menetapkan sesuatu yang menyatukan akan bertindak sebaliknya bila syarat-syaratnya tidak dipenuhi. Apakah syarat-syarat untuk menjadi doktor. Mestilah dia mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran barulah dia layak menjadi doktor. Dan dia boleh dipanggil doktor dan menjalankan tugasnya sebagai doktor. Dan layaklah dia diterima dalam persatuan doktor-doktor tanpa mengira kaum atau bangsanya. Kalau tak cukup syaratnya sebagai doktor tak layaklah dia dipanggil doktor. Walaupun dia berlagak seperti doktor, tetapi tidak memenuhi syarat2nya maka dia tidak akan diterima sebagai seorang doktor apalagi utk menjadi ahli persatuan doktor-doktor. Macam itu jugalah agama Islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Asal Manusia
Antara syarat untuk dapat Islam yang menyatukan, kenalah jauhi amalan2 yang menyekutukan dan menyembah apa2 objek sebagai perantaraan denganNya.
Contohi pedoman Nabi Ibrahim yang belajar terus dengan Allah tanpa perantaraan pembesar2 agama pada zaman baginda. Bukankah Allah yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (tulisan)?
Kalau Islam itu disamakan macam perangai kaum musyrik terdahulu yang perlukan sesuatu objek, macam mana nak dapat Islam yang menyatukan itu?
Sebab itulah kita lihat kaum yang menyembah sesuatu objek, walaupun arah sembahanya tertumpu pada binaan yang satu, tetapi mereka tidak boleh hidup bersatu-padu. Sesama mereka berpecah-belah sampai ke hari ini di merata tempat.
Itulah bukti menunjukkan Allah tidak menyukai orang2 yang sujud pada binaan daripada tangan manusia mahupun ciptaan2 Allah seperti matahari, bulan, gunung, pokok atau lembu.
Contohi pedoman Nabi Ibrahim yang belajar terus dengan Allah tanpa perantaraan pembesar2 agama pada zaman baginda. Bukankah Allah yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (tulisan)?
Kalau Islam itu disamakan macam perangai kaum musyrik terdahulu yang perlukan sesuatu objek, macam mana nak dapat Islam yang menyatukan itu?
Sebab itulah kita lihat kaum yang menyembah sesuatu objek, walaupun arah sembahanya tertumpu pada binaan yang satu, tetapi mereka tidak boleh hidup bersatu-padu. Sesama mereka berpecah-belah sampai ke hari ini di merata tempat.
Itulah bukti menunjukkan Allah tidak menyukai orang2 yang sujud pada binaan daripada tangan manusia mahupun ciptaan2 Allah seperti matahari, bulan, gunung, pokok atau lembu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|