Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Mencari Asal-Usul
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Mencari Asal-Usul
7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan menjadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami menyaksikan"; supaya kamu tidak mengatakan pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."
Manusia yang diangkat sebagai khalifah datangnya daripada keturunan Adam. Dan manusia itulah yang telah menjadi saksi ke atas jiwa mereka sendiri bahawa mereka hanya akan tunduk dan patuh kepada Allah, Pencipta mereka.
Namun akibat taksub kepada pembesar-pembesar ajaran tradisi yang mengada-adakan hukum yang Allah tidak pernah tetapkan, manusia mula berpecah-belah dan berpuak-puak. Puak yang sujud ke arah matahari merasakan merekalah yang benar, dan sesiapa yang tidak beritual macam mereka dikatakan salah. Puak yang sujud ke arah bulan juga merasakan amalan tradisi mereka itulah yang diperintahkan oleh Tuhan, dan manusia lain yang tidak beritual macam mereka dikatakan salah. Begitulah juga perangai puak yang sujud ke arah patung, busut mahupun batu.
Akibat taksub kepada amalan ritual tradisi, ramai manusia lalai untuk patuh kepada peraturan Tuhan. Sunnah-sunnah Allah yang berlaku berulang-ulang tidak mereka hiraukan. Mereka kembali tiru perangai umat-umat terdahulu.
Umpamanya, jika ada umat terdahulu yang mengambil riwayat-riwayat hidup Nabi terdahulu (gospel) yang dikhabarkan oleh "imam-imam" mereka sehingga menyebabkan mereka jauh daripada sesuatu Kitab Allah, kita lihat ada umat hari ini meniru balik perangai yang sama yang mengakibatkan mereka jauh daripada Kitab Allah. Kita nampak sunnah Allah berlaku berulang-ulang dan konsisten.
Apabila mereka diajak kembali kepada Kitab Allah, mereka tiru perangai orang terdahulu yang pernah berpaling bila diajak kembali kepada Kitab Allah.
3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.
Kenapa mereka berpaling daripada Kitab Allah sedangkan mereka telah menjadi saksi ke atas jiwa mereka bahawa Allah itu sahajalah Tuhan yang dipatuhi? Sepatutnya jika benarlah mereka mentaati Allah, maka bila diseru kembali kepada Kitab Allah, mereka akan berpusu-pusu kepada Kitab Allah. Tetapi kenapa mereka berpaling pula dengan 1001 macam alasan yang mudah dipatahkan? Kenapa mereka lebih patuh kepada selain Allah yang mengada-adakan hukum yang Allah tidak pernah tetapkan kepada manusia? Bukankah syaitan itu pendusta?
36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak berkhidmat kepada syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
36:61. Dan bahawa kamu hendaklah berkhidmat pada Aku? Inilah jalan lurus.
36:62. Ia telah menyesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu memahami?
Akibat mereka lebih utamakah syaitan yang membisikkan perasaan berbangga diri dan bermegah-megah atas nama pegangan tradisi atau keturunan, manusia mula berpecah-belah sesama sendiri. Sebahagian besar manusia masuk dalam kancah permusuhan sesama manusia.
Yang bodohnya, mereka boleh percaya kepada syaitan yang menghasut ke arah berpecah-belah itu walaupun syaitan itulah yang paling penakut apabila berlaku peperangan di antara puak mereka dengan puak yang mereka jadikan musuh itu.
Tidakkah mereka nampak sikap tak bertanggungjawab syaitan itu yang menghasut ke arah permusuhan, tetapi bila berlaku peperangan, syaitan-syaitan itulah yang menyuruk di belakang dan meninggalkan pengikutnya berperang?
Manusia sebenarnya adalah bangsa yang sama. Bangsa Adam atau bangsa manusia. Jadi, kembalilah kepada asal-usul sendiri untuk memikirkan apakah matlamat kita diciptakan sebagai manusia, bukannya sebagai haiwan peliharaan atau binatang ternakan. Fikirkan apakah perjanjian kita dengan Allah ketika sanggup memikul amanah sebagai manusia.
Bila datang makhluk yang memecah-belahkan manusia baik atas nama kepercayaan tradisi atau keturunan, hakikatnya itu bukannya manusia, melainkan itulah syaitan yang bertopengkan manusia.
9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
Cuba kita fikirkan, kenapa ayat 9:101 menyebut "di antara orang Arab adalah munafik" (nama bangsa). Kenapa Al Quran tidak sebut "di antara bani Adam adalah munafik"? Ini menunjukkan kemunafikan itu wujud setelah manusia memecah-belahkan manusia atas nama bangsa-bangsa. Andaikata manusia kembali kepada asal-usulnya seperti Adam, pasti mereka menjadi bangsa yang dihormati oleh Allah, para malaikat dan makhluk-makhluk yang tunduk kepada Allah.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|