Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
islam atau sekuler
+2
Adli
samson
6 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
islam atau sekuler
secara umumnya bila disebut sekuler tu buakn hala yg berkait ngan agama lah,Jadik kat sini banyak oarn kalau cakap, Kamu belajar mana?aku sekolah sekuler ajer. iaitu bermaksud sekolah yg takder pelajaran agama lah , jadik kalau yang ngaji kat madrasah atau pondok ,atau mana mana sekolah agama dipanggilalah sekolah agama tak disebut sekuler
Sefaham sayalah, Sekuler ini satu fahaman dan idelaogi yg memisahkan urusana gama dan kehidupan. sistem sekuler ini dia tidak anti agama cuma hala agama tak boleh dibawa dalam kehidupan atau pun dalam apa sistem. Ertinya sistem sekuler ini bercanggah dengan Islam kerana apa yang kita ketahui Islam itu sebagai ad adin (cara hidup ) yg tak boleh dipisahkan dalam kehidupan
sebagai contoh di negara barat yang rata ratanya mengamalkan sistem sekuler. tapi majority ,mereka ini mengamalkan kristian dan tidak menghalang apa jua kegiata agama dilakukan .Tetapi amalan agama tidak boleh dilakukan dalam sistem kerajaan dan apajua bahkan cuti yg berunsur agama pun dihapuskan,Seperti cuti krismas dan easter akan diganti dengan holiday umum sahaja, taklagi dikait ngan agama.Pihak geraja atau mana agama tiada peruntukan dari kerajaan da adanya , majlis agama itu bukanlah agensi kerajaan.
berbalik kepada pelajaran. kalau kita kata ilmu matematik ,sains tu semuanya sekuler? betul atau tak? bahkan islam itu semua ilmu ada.
Erinya sekuler itu barang yang memisahkan antara hubungan manusia ngan Tuhan . Tapi sekiranya sesorang yg belajar ilmu agama tak boleh dekatkan diri ngan Tuhan pun bolej jadik sekuler jugak, Berbanding ngan orang yg belajar ilmu sains yg nampak kehebatan Tuhan itu sendiri
Macamlah kita jika disebut kaedah rawan secara islam. Jadik terbayangah kita yg perwatanya menggunakan ayat alquraan dalam rawatan, Padahal banyak ulama islam yg kita kenal seperti ibnu sina tu tak pun hanya guna jampi waktu bedah orang
teringat waktu dulu2 ada yg kata homoptathy ni kaedah rawatan islam , mungkin benra juga kerana yg banayak amalkan adalah orang islam sendiri, tapi apa jua ilmu yg dapat membawa manusia kepada Tuhan itulah ilmu islam yg sebenarnya

Re: islam atau sekuler
Semua ilmu yang benar akan membawa manusia itu kepada Tuhan. Macam samson kata, belajar sains pun boleh nampak tanda-tanda Kekuasaan Allah. Kita kaji nukleus yang terlalu seni, dan semua itu dalam Pengetahuan Allah, bukankah itu menunjukkan terlalu Maha Agungnya Tuhan semesta alam itu?
Namun jika kita belajar ilmu yang dikatakan agama, tetapi kesannya menyebabkan kita menjadi orang tidak percaya kepada Kekuasaan Allah, sebab suka menyalahkan orang lain (menyalahkan orang lain samalah seperti menyalahkan takdir yang Allah tetapkan), bukankah itu sia-sia sahaja?
Sebab itu untuk menjaga hati kita dari tertipu oleh syaitan, nilai sesuatu perkara pada kesan dan akibatnya, bukan melihat pada zahir. Orang Islam sekarang suka sgt mengatakan yang datang dari Barat itu sekular, walhal kita sendiri pun telah sekular sebab memisahkan urusan dunia dengan akhirat, sebab membiarkan ilmu-ilmu sains dan teknologi dikuasai oleh bangsa lain. Sedangkan umat Islam rata-rata kerjanya bertelagah pasal hukum. Akhirnya tanahair tergadai dikuasai bangsa asing.
Buka mata lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan. Takkan bila negara kita dah jadi macam tu, barulah nak menyesal.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: islam atau sekuler
Iraq dan Afghanistan mengamalkan sistem pemerentahan sekular, sebab tu lah agaknya Allah dah jadikan negara mereka macam sekarang ni. Negara kita amalkan cara macam mana? Jangan menyesal nanti...
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5858
Registration date : 2008-06-24
Re: islam atau sekuler
Mereka jadi macam tu sebab mereka berpuak-puak. Lihat di Afghanistan, masa dijajah oleh Soviet, mereka boleh pulak bersatu hati sama-sama memerangi musuh. Masa itu mereka tidak fikir pulak sekular ke tak sekular, sebab sama-sama menggunakan pertolongan US yang dikatakan sekular itu untuk mendapatkan bekalan senjata (nak cipta senjata sendiri tak reti). Dan Allah berikan mereka kemenangan sebab mereka bersatu. Tetapi lepas menang, mereka mula berpuak-puak sebab berebut kuasa. Mengaku puak dia Islam, menuduh puak lain sekular. Mula jadikan sekular sebagai isu untuk berebut kuasa. Dan Allah hantarkan kaum yang Allah berikan kekuasaan (US), sehingga kalah tentera Islam di sana.
Di Iraq pula, mereka juga hidup berpuak-puak. Ada puak Sunnah, Syiah dan Kurdis (yang biasa kita dengar). Setiap puak mengaku puak dia sahaja yang benar. Lihat bila Allah hantar US serang mereka, mana perlindungan Allah beri kepada golongan yang berpuak-puak itu, walhal sama-sama mengaku Islam?
Kat Malaysia ini, jika budaya berpuak2, jumud dan taksub dengan kabilah (parti) masing2 ini tidak diperbaiki, tunggulah azab Allah sedikit masa lagi. Jika Allah boleh naikkan banjir di Johor 2 tahun lalu, apakah mustahil Dia hendak tenggelamkan orang Islam satu Malaysia yang kerjanya malas mengkaji alam, malas berfikir, suka subsidi, suka menyalahkan orang lain, suka melepak-lepak mengutuk pemimpin dan macam-macam perangai yang sia-sia itu?
Moralnya, empayar Islam yang besar pun boleh jatuh sebab wujudnya budaya berpuak-puak. Musuh kita sendiri sebenarnya adalah diri kita sendiri. Jika kita masing-masing tidak mengawal emosi dan kepanasan hati sendiri, mengaku memperjuangkan Islam ke hape, tetaplah kita termasuk orang yang ditipu syaitan. Jika syaitan (perasaan panas hati sebab syaitan itu dicipta dari api) dalam diri pun tidak mampu dikawal, jangan harap nak tegakkan negara Islam di muka bumi.
Dan sudah menjadi sunnah, sebelum Allah hancurkan sesuatu kaum, Allah akan bangkitkan pemberi peringatan-pemberi peringatan. Jika kaum itu mengengkari, sunnah Allah ini akan berlaku. Siapa kita hendak halang Kekuasaan Allah? Yang suka bercakaran itu, teruskanlah bercakaran sesama sendiri. Kita saksikan secara realiti azab Allah yang telah digambarkan dalam Al Quran itu, sebab dulu para Rasul pun pernah mengancam azab kepada umat mereka, tetapi umat mereka membantahinya. Dan lihatlah nasib umat yang berbantah dan engkar itu.

Adli wrote:Mereka jadi macam tu sebab mereka berpuak-puak. Lihat di Afghanistan, masa dijajah oleh Soviet, mereka boleh pulak bersatu hati sama-sama memerangi musuh. Masa itu mereka tidak fikir pulak sekular ke tak sekular, sebab sama-sama menggunakan pertolongan US yang dikatakan sekular itu untuk mendapatkan bekalan senjata (nak cipta senjata sendiri tak reti). Dan Allah berikan mereka kemenangan sebab mereka bersatu. Tetapi lepas menang, mereka mula berpuak-puak sebab berebut kuasa. Mengaku puak dia Islam, menuduh puak lain sekular. Mula jadikan sekular sebagai isu untuk berebut kuasa. Dan Allah hantarkan kaum yang Allah berikan kekuasaan (US), sehingga kalah tentera Islam di sana.
Di Iraq pula, mereka juga hidup berpuak-puak. Ada puak Sunnah, Syiah dan Kurdis (yang biasa kita dengar). Setiap puak mengaku puak dia sahaja yang benar. Lihat bila Allah hantar US serang mereka, mana perlindungan Allah beri kepada golongan yang berpuak-puak itu, walhal sama-sama mengaku Islam?
Kat Malaysia ini, jika budaya berpuak2, jumud dan taksub dengan kabilah (parti) masing2 ini tidak diperbaiki, tunggulah azab Allah sedikit masa lagi. Jika Allah boleh naikkan banjir di Johor 2 tahun lalu, apakah mustahil Dia hendak tenggelamkan orang Islam satu Malaysia yang kerjanya malas mengkaji alam, malas berfikir, suka subsidi, suka menyalahkan orang lain, suka melepak-lepak mengutuk pemimpin dan macam-macam perangai yang sia-sia itu?
Moralnya, empayar Islam yang besar pun boleh jatuh sebab wujudnya budaya berpuak-puak. Musuh kita sendiri sebenarnya adalah diri kita sendiri. Jika kita masing-masing tidak mengawal emosi dan kepanasan hati sendiri, mengaku memperjuangkan Islam ke hape, tetaplah kita termasuk orang yang ditipu syaitan. Jika syaitan (perasaan panas hati sebab syaitan itu dicipta dari api) dalam diri pun tidak mampu dikawal, jangan harap nak tegakkan negara Islam di muka bumi.
Dan sudah menjadi sunnah, sebelum Allah hancurkan sesuatu kaum, Allah akan bangkitkan pemberi peringatan-pemberi peringatan. Jika kaum itu mengengkari, sunnah Allah ini akan berlaku. Siapa kita hendak halang Kekuasaan Allah? Yang suka bercakaran itu, teruskanlah bercakaran sesama sendiri. Kita saksikan secara realiti azab Allah yang telah digambarkan dalam Al Quran itu, sebab dulu para Rasul pun pernah mengancam azab kepada umat mereka, tetapi umat mereka membantahinya. Dan lihatlah nasib umat yang berbantah dan engkar itu.
Agaknyalah, kalau kat Malaysia ni kita nakkan satu payung sahaja agar tidak wujud senario berpuak2, SIAPAKAH PEMEGANG PAYUNG tersebut. Boleh cadangkan?
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5858
Registration date : 2008-06-24
Re: islam atau sekuler
Pemegang payung itu adalah diri kita sendiri. Belajar kenali diri, sehingga kita nampak musuh kita sebenarnya adalah dalam diri kita sendiri. Dengan kata lain, jika terbit perasaan buruk terhadap orang lain, kita sendirilah kena perangi perasaan buruk tersebut, sehingga kita boleh berbaik sangka dengan semua manusia. Sehingga boleh hilang perasaan benci, marah, dendam dan segala perasaan panas hati terhadap orang lain.
Cuba bayangkan, jika setiap kita (tidak kira dari puak atau parti mana) mengamalkan begini, bukankah suatu hari nanti kita akan bersatu, sebab kita sudah lawan segala perasaan jahat terhadap orang lain. Ketika itu kita melihat orang lain dengan rasa kasih sayang. Itu yang Rasulullah buat, sampai dengan orang Yahudi buta yang mencela baginda pun, tapi baginda tetap tolong. Baginda telah mencapai hati yang tulus, tanpa rasa kepuakan.
Untuk melawan perasaan jahat dalam hati kita, kita kena bergantung kepada diri kita. Sebab hanya kita sahaja nampak apa yang ada dalam hati kita. Sebab itulah umat islam kena keluar dari beragama secara menurut membuta-tuli, seolah-olah urusan agama itu hanya pada ulama dan ustaz2 sahaja. Orang awam main pakai turut sahaja.
Perasaan tak, akibat suka beragama secara menurut inilah wujudnya puak-puak. Satu puak guna pendapat atas nama imam ini. Satu puak lagi guna pendapat atas nama imam lain. Kemudian berbalah-balah, menghukum puak yang itu tak betul. Terpecahnya Islam kepada sunnah dan syiah ini kerana budaya suka menurut atas nama imam inilah.
Ingatlah, jika kita bergantung kepada selain Allah, kita telah menyekutukan Allah dengan sesuatu. Sebab yang kenal dan nampak apa yang tersembunyi dalam hati kita adalah kita dan Allah. Jadi kenapa urusan akidah, kita letakkan pergantungan atas nama imam lain, yang mereka tak nampak dalam hati kita?
Belajarlah kawal emosi dan perasaan2 jahat dalam hati kita dengan guna kebijaksanaan dan hikmah. Bukan menurut melulu mendengar kata-kata orang lain. Beranikah kita bertanggungjawab apa yang kita dengar itu benar? Apatah lagi berita-berita pasal keburukan orang lain yang kita sendiri tidak lihat, tapi hanya bersangka-sangka disebabkan kita berperjudis dalam kepuakan.

memang allah jadikan manusia tu ada peringkat akalnya , ada yg lemah ada yg kuat, sebab itu kita kena saling perlu memerlukan
untuk menyuluh diri sendiri kita kena ada ilmu dan bimbingan, sebab itu kita perlu kepada cermin untuk melihat diri yg sebnarnya, setiap manusia perlu pada pimpinan dan seorang pemimpin yg mampu memayungi ,
lihat kisah bani israel pada waktu dahulu ketika mana mereka memrlukan pemimpin sewaktu diperntah oleh raja yg kejam (Jalut) lalu mereka merujuk kepada nabi samuel untuk diberitahu sipakah pemimpin mereka?

Memang benar untuk perihal urusan duniawi (alam zahir), kita memerlukan seorang pemimpin. Umpamanya pemimpin negara, pemimpin tentera, pemimpin di tempat kerja dan sebagainya.
Tetapi bila kita masuk alam rohani kita, siapakah pemimpin kita? Pemimpin kita adalah diri kita sendiri. Urusan akidah kita dengan Allah, siapa pemimpin kita? Hanya kita sendiri yang kenal dalam diri kita. Hanya kita yang nampak dalam hati kita ada perasaan benci, dengki, suka bermusuh-musuhan, suka menyalahkan orang lain, suka mengumpat keburukan orang. Jadi adakah untuk melawan perasaan dalam hati ini yang orang lain tak nampak, kita perlukan orang lain untuk memayungi diri kita sendiri?
Tetapi kita sekarang bila bab akidah, kita suka mencari-cari orang lain untuk dijadikan pemimpin, walhal akidah itu urusan hati kita sendiri. Kenapa Nabi Muhammad bersendirian di gua Hira' hendak kenal Allah? Kenapa baginda tidak menuntut sahaja dengan pakcik isterinya Khadijah yang mengakui kerasulan baginda itu? Dengan kata lain, pakcik isterinya itu sudah pasti orang yang berilmu sebab dia mengakui kebenaran baginda.
Nampak tak betapa lemah pergantungan pada diri kita umat Islam. Apabila urusan hati sendiri pun diletakkan pada nama imam2 terdahulu, seolah-olah mereka itu pemimpin dalam hati kita, maka kita jadi lemah. Jadi tidak yakin pada diri sendiri. Akibatnya mula beragama secara menurut, sebab ragu-ragu guna akal sendiri. Sedangkan surah An Naas sudah ajar supaya kita lawan rasa was-was dalam hati itu. Bila beragama secara menurut, mulalah berfikiran sempit, jumud, taksub dan berpuak-puak sebab berbeza ikut pendapat imam terdahulu dan akhirnya berperang saudara seperti yang kita lihat di negara lain.
Jika kita kaji Quran, bila dikisahkan perihal ahli neraka, mereka saling salah menyalahkan di antara orang yang menurut dan orang yang dijadikan pemimpin itu. Tetapi ahli syurga tidak digambarkan bersikap menurut, sebab mereka di dunia sudah berlatih menggunakan kewarasan akal sendiri.
Untuk mengenal Allah, ahli syurga tidak bergantung atas nama imam terdahulu, tetapi bergantung logik akal setelah memerhati alam sekililing ciptaan Allah. Sebab itu nikmat syurga digambarkan dengan alam, adanya sungai-sungai dan buah-buah yang enak dimakan. Dengan kata lain, ahli syurga itu adalah orang yang dekat dengan alam. Suka mengkaji alam.
Mereka tidak cepat menurut berita-berita yang mereka tidak ada bukti kebenarannya untuk dituruti. Mereka tidak menggunakan nama imam atau nabi terdahulu untuk berkata benar, sebab kebenaran itu bila ia masuk akal atau logik, bukannya sebab atas nama orang.
Wujudnya hadis-hadis palsu sekarang ini kerana sikap umat Islam terlalu cepat mengikut sesuatu atas nama orang yang dimuliakan. Bila dikatakan sesuatu pendapat itu dari dari imam-imam terdahulu, maka diturutinya membuta tuli, sebab beragama tak guna akal. Bukannya hendak dikaji apa rasional sesuatu yang didengari itu.
Setiap manusia yang waras dikurniakan akal yang seimbang untuk menilai buruk baiknya sesuatu perkara. Bila kita masing-masing berfikir secara logik, maka mudah kita untuk disatukan. Cuba lihat ilmu matematik dan sains, ada kita berbeza pendapat mengenai kelogikannya? Tidak kira apa agama, bangsa, bahasa atau warna kulit, semua kita membenarkan bahawa 1+1=2. Ini menunjukkan semakin manusia berfikir secara logik, semakin manusia itu bersatu. Logik akal inilah yang menyatukan kita. Logik akal inilah yang akan memayungi kita.
Tetapi bila kita tidak suka berfikir dan mengkaji, hanya pandai menurut sahaja, sebab itu bila datang berita-berita fitnah, kita main pakai turut sahaja tanpa menyelidiki. Dengar berita kata seseorang pemimpin negara itu rasuah, terus kita percaya. Sudahlah kemudian diajaknya bermusuh-musuhan atas alasan pemimpin itu rasuah. Tidak pernah dalam sejarah para nabi dan rasul melawan pemimpin rasuah, sebab kesalahan rasuah itu melibatkan dosa si pelaku dengan Allah sahaja. Tetapi para rasul melawan pemimpin yang menganiaya orang, sebab orang yang dianiaya perlukan pembelaan.
Sekarang ini kita menghukum pemimpin sendiri atas kesalahan moral yang kita sendiri tidak lihat kesalahan itu. Hanya dengar khabar-khabar angin sahaja. Betulkah cara kita itu? Adakah disebutkan dalam Al Quran para rasul melawan pemimpin yang melakukan kesalahan moral? Mana ada.
Yang berlaku sekarang pula, disebabkan hendak berebut kuasa, dicari-carinya kesalahan moral pemimpin itu untuk jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Bukankah ini mengundang fitnah dan bahana berpecah-belah? Kita tidak berdosa atas kesalahan orang lain. Selagi pemimpin itu tidak menganiaya dan menzalimi rakyatnya seperti mana Firaun menzalimi bani Israel dahulu, apa hak kita hendak melawan mereka? Sudahlah cara melawan itu dengan menyebar-nyebarkan fitnah, mencaci-maki, mengumpat keji yang melahirkan rasa panas hati sesama manusia. Nabi Musa menegur Firaun dengan cara berdepan dan berhikmah.
Sebab itu, kajilah Al Quran dengan guna logik akal, sehingga kita mampu memayungi diri kita dari perasaan jahat yang ada dalam hati kita sendiri. Para ulama itu bukannya nampak penyakit-penyakit hati kita, sampai begitu sekali kita letakkan pergantungan kepada mereka. Kita boleh mendengar apa jua kebenaran daripada orang lain, tetapi tetap kita sendirilah yang bertanggungjawab untuk menjaga hati kita sendiri. Bila kita masing-masing melawan perasaan jahat terhadap orang lain, akan ada lagikah rasa permusuhan sesama kita? Menyalahkan orang lain memang seronok, tetapi untuk melawan penyakit dalam hati kita sendiri itu yang ramai manusia lalai melakukan, sehingga hidup berpuak-puak dan berpecah-belah.

perbezaan jelas antara islam dan sekular ialah pengamalannya. sekular semata2 berasaskan material manakala islam menitikberatkan sakhsiah dimana tempat sebenar yang ditujui adalah tempat kekal di alam sana. keperluan material tak buleh dinafikan. kalau kita tak miliki sebahagian keperluan dunia mana mungkin kita boleh bina jalan ke akhirat. oleh itu, kehendak nafsu berperanan semata2 untuk ganggu kita. kalau kita bijak mananganinya maka kita nescaya beroleh kejayaan.
penditaputra- Dekan
- Number of posts : 3027
Age : 49
Location : dalam gua, bertapa
State :
Reputation : 0
Credits : 5840
Registration date : 2008-06-30
Re: islam atau sekuler
Mengejar akhirat tanpa berpijak pada dunia, itu namanya fantasi. Mengejar dunia tanpa memandang akhirat, itu orang yang tak ingat mati.
Islam membentuk jiwa agar menjadi insan yang bersemangat. Semangat atau tenaga ini akan terkumpul dalam diri bila manusia itu berilmu. Ilmu akan masuk bila manusia itu berfikir secara logik. Semangat ini umpama tenaga elektrik dalam bateri. Tanpa tenaga elektrik, bateri itu tidak bernilai. Samalah macam kita, tanpa semangat, hidup kita tidak bernilai. Nampak macam hidup, hakikatnya kita mati. Sebab itu kita jadi umat yang lemah.
Untuk mencipta teknologi, ia memerlukan semangat, kesungguhan dan daya fikir logik yang tinggi. Orang yang hidup bermalas-malasan, mengharapkan kebajikan dan subsidi daripada orang lain akan menyebabkan dia rasa berat punggung untuk mencipta.
Melihat perangai umat Islam berpecah-belah, lemah semangat lagi tidak tahu mencipta, jelas menunjukkan kita hanya Islam pada zahir, sekular pada hati. Kita suka menunding Barat itu sekular, pada hal kita sendiri memisahkan urusan dunia dan akhirat sehingga mengabaikan mengkaji alam semesta atas alasan itu semua duniawi dan material. Siapa sekarang ini yang menguasai ilmu alam semesta ini dan memiliki teknologi yang tinggi? Tidak nampakkah kita umat yang menguasi teknologi, Allah bagi kekuasaan di atas muka bumi? Apakah kita ingat Allah cipta alam ini secara main-main tanpa perlu dikaji? Jika kita tidak kaji hasil ciptaan-ciptaan Allah, macam mana kita hendak kenal Kekuasaan Allah?
Akibat tidak kenal Kekuasaan Allah, itu yang kerja umat Islam sekarang bercakaran sesama sendiri. Bila ditimpa kesusahan, dicarinya orang lain untuk disalahkan. Bila harga minyak naik, hanya tahu salahkan pemimpin. Bukankah Allah Yang Maha Berkuasa menaikkan harga minyak itu? Apakah kita tidak nampak Kuasa Allah disebalik semua yang terjadi dalam kehidupan kita? Jadi kenapa ikut nafsu amarah dan suka menyebarkan perasaan benci-membenci itu? Bila kita marah pada orang lain akibat tekanan yang kita sendiri rasa, sebenarnya kita marah pada Allah yang menakdirkan itu semua terjadi. Jadilah kita orang yang disesatkan oleh syaitan dalam hati kita sendiri.
Sekarang ini bukan masanya kita sibuk menunding jari orang itu tidak Islamik dan orang itu sekular. Sedar diri sikit kita itu umat yang lemah dan jauh ketinggalan dari segi teknologi. Sudah tiba masanya kita ambil Islam secara ruh iaitu dengan mengkaji alam semesta, bukannya pada perhiasan zahir (seolah-olah Islam itu bercirikan kearaban) untuk berbangga-bangga dengan jubah, serban dan janggut kononnya kita ini Islamik berbanding orang lain.

yup..dr apa y sy bljr sekular barat mmg memishkan kehidupannya dengan agama sebb bg mereka ni kehidupan di ukur dengan mnggunakan logik akal dan unsur2 agama sama sekali ditolak. so kpd sesapa y Muslim n rs2 dia berfahaman sekular better recheck urself.. bahaya tu..
sRiKaNdiCiNtA- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 123
Age : 39
Location : Perak @ N.9
State :
Reputation : 0
Credits : 5676
Registration date : 2008-10-29
Re: islam atau sekuler
Tak semua datang dari Barat itu sekular dan tak semua datang dari Arab itu Islam. Sebagai orang yang duduk di antara tempat matahari terbit (US, Jepun, Korea) dan tempat matahari terbenam (dunia Arab), kita kena bijak menilai dengan seimbang.
Segala yang membawa kebaikan kepada kehidupan manusia kita terima, dan segala yang membawa kemudharatan kita tolak. Jangan cepat prejudis pada pandangan zahir berdasarkan penilaian yang cetek.
Kerana itu pentingnya pembangunan akal, agar kita tidak mudah ditipu-daya oleh manusia-manusia yang bertopengkan nama agama mengajak kepada kepuakan, permusuhan sesama manusia, malas belajar dan mengkaji alam dan hanya bermewah-mewah dengan harta-benda dan kuasa.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: islam atau sekuler
Kalaulah betul segala yang datang dari negara Arab tu dilabelkan sebagai Islamik, mengapa agaknya masih ada perpecahan di kalangan mereka? . Sedangkan nabi Muhammad berusaha untuk menyatukan semua puak. Sedangkan mereka golongan yang faham Al-Quran...kalau betul mereka faham Al-Quran dan mengambil pengajaran dari apa yang mereka faham itu dan diaplikasikan ke dalam kehidupan, kenapa masih ada sunnah dan syiah serta pelbagai lagi puak?
Sepatutnya mereka inilah yang lebih bersatu dan hidup aman damai kerana Al-Quran dalam bahasa ibunda mereka.
Inilah menguatkan lagi bahawa untuk mendalami Al-Quran itu, tak semestinya kita memahami bahasa Arab. Yang penting kesungguhan kita dan sudah pastinya hidayah daripada Allah.
Sebenarnya, sedar tak sedar kita sendiri yang mensekularkan diri kita sendiri. Kita pisahkan agama dan duniawi tanpa kita sedari. Kita pandang Al-Quran pada hukum semata-mata. Kenapa kita tak bawa ia ke dalam kehidupan kita. Bukankah sudah ada program seperti membudayakan Al-Quran. Membudayakan Al-Quran bererti membawa apa yang diajar di dalamnya ke dalam kehidupan kita. Al-Quran bukan semata-mata untuk akhirat, tapi ia meliputi segalanya. Dunia dan akhirat. Dan bukankah jalan untuk ke akhirat, kita kena tempuhi dunia terlebih dahulu? Tiada jalan pintas untuk ke sana (berlainan dengan kes bayi yang tak sempat kenal dunia)
Sama-sama kita timbangkan dnegan akal yang waras, siapa sebeanrnya yang sekular.

Last edited by Adli on Sun Nov 02, 2008 2:16 am; edited 1 time in total
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: islam atau sekuler
Melihat umat Islam sekarang yang ketinggalan dalam ilmu sains dan teknologi, menunjukkan mereka mereka telah memisahkan dunia dan akhirat. Mereka nampak nak kejar akhirat itu sekadar buat ibadat, tetapi ilmu alam ciptaan Allah mereka abaikan.
Mereka buang masa berbalah-balah pasal hukum Quran sehingga umat berpecah-belah dan wujud macam-macam puak. Mereka abaikan pembangunan minda atas alasan akal manusia itu terbatas.
Macam manalah mereka tak jadi umat yang lemah dan berpecah-belah sebab mereka menindas diri mereka sendiri.
Mereka buang masa berbalah-balah pasal hukum Quran sehingga umat berpecah-belah dan wujud macam-macam puak. Mereka abaikan pembangunan minda atas alasan akal manusia itu terbatas.
Macam manalah mereka tak jadi umat yang lemah dan berpecah-belah sebab mereka menindas diri mereka sendiri.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: islam atau sekuler
Cuba buka minda, cuba lapangkan fikiran....
Tanya diri kita kenapa wujudnya pelbagai mazhab? Tiap satu memaparkan pendapat yang berbeza untuk sesuatu masalah yang dipertikaikan. Ada mazhab yang terlalu memandang berat sesuatu masalah, ada yang berada di tengah-tengah.
Mengapa ada masa-masa tertentu kita dibolehkan menggunakan mazhab lain untuk tujuan tertentu, contohnya untuk tujuan niat puasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan permasalahan wudhuk semasa berada di tanah suci?
Bukankah itu menunjukkan kita semua adalah satu? Diciptakan dari asas yang sama dan oleh pencipta yang sama. Tapi sekarang ni rata-rata kita tengok, kalau yang berpegang pada mazhab yang satu, mereka tetap berpegang teguh pada apa yang dipegang tanpa mahu mengambil tahu dan memikirkan pendapat yang lain. Dan kalau yang bercanggahan dari mereka, mulalah di label sesat, anti hadis, wahabi dan macam-macam gelaran yang wujud sekarang ni.
Bukankah Islam itu mudah. Janganlah pula kita menyulitkannya. Dan janganlah juga kita terlalu mengambil mudah, sehingga mengabaikannya.

Apabila beragama secara tak berfikir, maka jadilah pengikut yang taksub dan jumud. Sempit aje pemikiran mereka. Tak berpandangan jauh nak menyatukan umat manusia, tetapi sibuk label2kan orang bila tak boleh terima perbezaan pendapat.
Sedangkan sesuatu pendapat itu ada dua kemungkinan sahaja. Benar atau salah. Nak tengakkan Islam, kenalah berpegang pada pendapat yang benar.
Kebenaran itu memerlukan bukti yang menunjukkan ia benar, bukan sekadar disandarkan atas nama ulamak terdahulu.
Manusia yang suka guna nama orang lain sebagai sandaran kata-katanya sedangkan dia tidak mampu huraikan logik kebenaran kata-kata itu adalah manusia yang pengecut. Mereka berselindung di sebalik nama orang lain.
Bukankah syaitan itu bersama-sama golongan yang pengecut?
Sedangkan sesuatu pendapat itu ada dua kemungkinan sahaja. Benar atau salah. Nak tengakkan Islam, kenalah berpegang pada pendapat yang benar.
Kebenaran itu memerlukan bukti yang menunjukkan ia benar, bukan sekadar disandarkan atas nama ulamak terdahulu.
Manusia yang suka guna nama orang lain sebagai sandaran kata-katanya sedangkan dia tidak mampu huraikan logik kebenaran kata-kata itu adalah manusia yang pengecut. Mereka berselindung di sebalik nama orang lain.
Bukankah syaitan itu bersama-sama golongan yang pengecut?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Similar topics
» Tuhan Kehendaki Atau Kita Berkehendak?
» Islam Baka dan Islam Berdikari
» Nak percaya Tuhan atau sipolan?
» Islam Baka dan Islam Berdikari
» Nak percaya Tuhan atau sipolan?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum