Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
+3
Kalam
Adli
samson
7 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
Mari kita bahaskan pula sifat Pengasih dan Penyayang kepada makhluk-Nya, sekali lagi kita merasa kagum. Dia sangat kasih dan sayang terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya. Kasih sayang-Nya tiada batas dan hadnya. Kasih sayang Tuhan pula tanpa bersebab atau berkepentingan. Kalau seorang ibu mengasihi anaknya hatta nyawa sanggup dijadikan tebusan, namun kasih sayang Tuhan melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya.
Dia juga tidak pilih kasih. Manusia walau apa bangsa, bahasa, agama, warna kulit serta berbagai taraf kedudukannya di tengah masyarakat tetap mendapat kasih sayang Tuhan .
Banyak bukti yang menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya, antaranya:
Firman Allah yang bermaksud:
"Dia yang menjadikan untuk kamu bumi sebagai hamparan dan langit bagaikan binaan dan diturunkan danpada langit itu air (hujan) maka darinya dikeluarkan buah-buahan sebagai rezeki untuk kamu. Maka dengan sebab itu janganlah kamu mencipta sekutu bagi Allah sedangkan kamu mengetahuinya." (Al Baqarah :22)
Firman lain yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi, dan silih berganti malam dan siang dan bintang yang bergerak amat berguna pada nelayan, Allah menurunkan dari langit hujan maka ia menghidupkan bumi yang mati dan dibiakkan di atasnya segala macam haiwan, dan dipindahkan angin dan awan di antara langit dan bumi, itu semua sebagai tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berakal."
Allah sangat kasih kepada hamba-Nya yang menurut perintah-Nya namun bagi yang terlanjur dan banyak melakukan dosa; Allah tetap memujuk agar tidak berputus asa dari kasih sayang-Nya.
Ini jelas dalam sebuah firman-Nya yang bermaksud:
"Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas ke atas din sendiri, janganlah kamu berputus asa dan kasih sayang Allah, sesungguhnya Allah boleh mengampuni dosa-dosa semua, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
Mari kita lihat lagi kasih sayang Tuhan kepada kita.Sewaktu kita di uji dengan kesakitan Dialah yang menyembuhkannya. Sewaktu kita lapar dan kehausan, Dialah yang memberi makan dan minum. Sewaktu kita keseorangan, Dia kurniakan suami atau isteri serta anak-anak agar rasa terhibur. Sewaktu dilanda masalah, Dialah yang memberi jalan penyelesaiannya. Sewaktu kita berhajat kepada sesuatu, Dialah yang menunaikan hajat yang kita pinta itu. Kalaupun tidak semuanya dikabulkan tapi ada juga sebahagiannya yang telah dikabulkan. Kalau mahu dihitung terlalu banyak bukti menunjukkan kasih sayang Tuhan kepada kita. Cukup sekadar beberapa contoh membuktikan begitulah kasih sayang Tuhan kepada hamba-hamba-Nya.
Walaupun hebat kasih sayang Tuhan, namun Dia boleh murka kepada hamba-Nya. Tetapi kemurkaanNya berhikmah dan mengandungi pengajaran. Sebagai contoh apabila berlaku kemarau panjang di sesebuah tempat, musnahlah tanaman dan banyak haiwan yang mati; manusia juga merasai kesengsaraan akibat kekurangan makanan.
Mengapa Allah biarkan manusia menderita, memusnahkan tanaman haiwan ternakan? Apakah Allah tidak kasih kepada makhluknya? Sebenarnya takdir yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah ingin menghukum kesalahan manusia di dunia supaya kita terlepas daripada hukuman-Nya di Akhirat yang maha dahsyat . Selain dari itu hikmah di sebalik musibah ialah agar manusia merasai betapa lemah dan dhaif hingga tidak berupaya berhadapan dengan kekuasaan Allah SWT .
Ini menyedarkan kita sebagai hamba lebih baik menyerah saja kepada Allah SWT. Musibah juga bagi orang yang beriman ada dua maksud iaitu sebagai penghapusan dosa dan sebagai pengangkat darjat di sisi Allah bagi yang tidak berdosa.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Setelah seseorang itu tercatat namanya di Syurga dan dia tidak berupaya mencapainya melalui ibadah, maka Allah SWT mendatangkan ujian yang dengannya dia bersabar maka kekallah namanya sebagai ahli Syurga." (Riwayat At Tabrani)
Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya:
"Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri)." (Riwayat Al Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Tiada seorang mukmin ditimpa kesakitan, kepayahan, penyakit, kesedihan hatta duri yang menusuk, kecuali dengan itu menghapuskan dosa-dosanya." (Riwayat Al Bukhan)
"Sebab itu kalau manusia faham, dia akan tenang menghadapi ujian itu. Sebaliknya jika dia tidak faham maksud Tuhan, kemudian tidak sabar, maka dia berhadapan dengan dua kesusahan.
Pertama kesusahan kerana ujian kemarau yang menimpa.
Kedua, susah hati dan menderita dengan kesusahan tersebut."

Re: HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
Kita akan lebih merasai sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah bila kita mengkaji Al Quran dengan hanya bergantung kepada Allah. Allah sahaja yang layak mengajar Al Quran kepada kita. Walau pun mula-mula merangkak hendak mengkaji, tapi semakin kita bergantung kepadaNya melalui penggunaan logik akal, kita akan nampak semakin lama semakin berjela kita dapat ilham untuk menghuraikan sesuatu ayat Al Quran yang berkaitan dalam kehidupan kita.
Cuba fikirkan, siapakah yang membantu kita masa kecil dahulu, bermula daripada meniarap, mengensot, merangkak, kemudian bertatih, berjalan seterusnya mampu berlari? Bukankah Allah yang bantu kita walaupun kita tak nampak Dia? Begitulah yang boleh membantu kita belajar juga adalah Allah, bukannya dengan taksub atas nama imam-imam terdahulu sudah rasa seorang Islam.
Bagaimana hendak lahirkan generasi ulul albab kalau penakut hendak kaji Al Quran ikut keupayaan akal sendiri? Ingat Allah bagi akal ini untuk sekadar menurut cakap orang tanpa berfikir ke? Kerana beragama secara menurut inilah lahirnya generasi otak lembab.
Kenapa setiap kali baca Al Quran kita akan mula membaca bismillah? Supaya Allah membantu kita dalam memahami ayat-ayatNya, bukan sekadar menurut atas nama orang lain tanpa berfikir seolah-olah orang itu tuhan selain Allah pula. Dan amat malang lagi, Al Quran dibaca tanpa difahami, sekadar menyebut sebutan Arabnya kerana beranggapan yang dalam bahasa Arab itulah Al Quran, bukannya intipati Al Quran itu yang sepatutnya diutamakan. Bila baca dengan tidak memahami, sifat Pemurah dan Penyayang itu pun kita tak rasa. Maka umat Islam jadi umat yang suka berdengki sesama sendiri, sedangkan golongan beriman itu sepatutnya saling cinta-mencintai. Atas rasa kononnya hendak tegakkan Islam di muka bumi, kaedah bercakaran dan peperangan digunakan. Maka imej Islam tercalar dengan akhlak buruk penganutnya.
Jika benar kita berakidah kepada Tuhan Maha Penyayang, tunjukkanlah rasa kasih sayang kita sesama insan. Carilah titik kesatuan, bukannya berpecah-belah atas ego kononnya memperjuangkan Islam.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
Kalam ingin membawa satu situasi..."" satu kemalangan berlaku... jika kita mati dalam kemalangan itu pasti orang akan berkata..Tuhan sayangkan dia..Jika kita selamat dalam kemalangan itu pula..Oh..Tuhan masih sayang kat dia..
Disini beerti kalau mati pun Allah sayang dan kalau selamat pun Allah sayang juga..
tetapi bagaimana maksud Allah sayang dan Allah masih sayang itu..
Disini beerti kalau mati pun Allah sayang dan kalau selamat pun Allah sayang juga..
tetapi bagaimana maksud Allah sayang dan Allah masih sayang itu..
Re: HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
salah satu bukti kasih Sayang Allah pada makhluknye adalah, Dia masih lagi memberi peluang pada kita untuk bernafas..masih lagi memberi peluang untuk kita bertaubat dan masih lagi memberi peluang untuk saya menaip tulisan ini...Alhamdulillah
unXpectedvariables- Siswa-Siswi
- Number of posts : 8
Age : 37
Location : Depan PC
Reputation : 0
Credits : 5775
Registration date : 2008-07-23
Re: HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
Tuhan sayangkan hambanya..bila dalam kesusahan,bila kita mohon kepadanya,Tuhan pasti makbulkannya,cepat atau lambat jer..Tuhan sayangkan aku kerana Tuhan sentiasa memakbulkan doaku.. Terima Kasih Tuhanku..
Re: HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
AALLAH sayangkan kita buktinya, antaranya Allah sentiasa membuka pintu taubat kerana Allah nak masukkan kita ke dalam syurga. Tetapi kalau kita sendiri tidak mahu bertaubat, abaikan dan tidak mahu selalu berastaghfar, maknanya kita sendirilah tak sayangkan diri kita.
Jadi, kayu ukur mudahnya kita boleh menilai seseorang itu sama ada dia sayangkan drinya atau tidak, ialah berapa kerap dia berastaghfar dalam sehari semalam sehingga mengalir air matanya.
.

Last edited by Ziarahmenilai on Fri Jul 25, 2008 12:56 am; edited 1 time in total
Ziarahmenilai- Siswa-Siswi
- Number of posts : 57
Reputation : 0
Credits : 5845
Registration date : 2008-05-28
Re: HIKMAH KASIH SAYANG TUHAN
Setiap manusia mendapat pembalasan hasil daripada perbuatan diri masing-masing. Dan setiap manusia pasti menemui mati. Jadi kematian itu bukan kayu pengukur kasih-sayang Allah terhadap kita.Kalam wrote:Kalam ingin membawa satu situasi..."" satu kemalangan berlaku... jika kita mati dalam kemalangan itu pasti orang akan berkata..Tuhan sayangkan dia..Jika kita selamat dalam kemalangan itu pula..Oh..Tuhan masih sayang kat dia..
Disini beerti kalau mati pun Allah sayang dan kalau selamat pun Allah sayang juga..
tetapi bagaimana maksud Allah sayang dan Allah masih sayang itu..
Hanya setiap diri itu sendiri yang boleh ukur sejauh mana kasih-sayang Tuhan terhadap dirinya. Itupun kalau manusia itu menyayangi Tuhannya sendiri. Terselamatnya kita dari azab api neraka itulah tanda Allah menyayangi kita. Sebab itulah Nabi Muhammad sentiasa melakukan solat malam biarpun telah dijamin syurga kerana baginda terlalu bersyukur dengan kasih-sayang Allah yang mengurniakan hidayah kepada baginda sehingga baginda mengenali erti sebuah kehidupan.
Sudahkah kita merenung dan mengkaji kenapa kita dihidupkan? Adakah sekadar untuk bermain-main tanpa berjuang? Dan apakah perjuangan Islam itu? Adakah berjuang dengan bertelagah sesama sendiri sehingga wujud puak-puak ego dengan "keislamikan" ciptaan hawa nafsu sendiri?
Untuk mendapat kasih-sayang Tuhan, sayangilah diri sendiri. Bagaimana hendak sayang diri sendiri? Sayangilah orang lain. Jangan sekali-kali membenci orang lain, biarpun kita dibenci. Banyakkan memaafkan orang lain biar macam mana kita disakiti. Kesakitan yang kita rasa itu sendiri adalah tanda kasih-sayang Allah kepada kita supaya kita sentiasa muhasabah diri, agar tidak timbul rasa ego dan berbangga diri. Kerana itu Nabi Muhammad sendiri Allah izinkan baginda dilempari batu. Sepatutnya sebagai kekasih Allah, sudah pasti Allah tahan batu itu daripada mengenai baginda.
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
cikmila83- Siswazah
- Number of posts : 240
State :
Reputation : 0
Credits : 5792
Registration date : 2008-07-14
Similar topics
» Islam dan kasih-sayang
» Al-Hikmah tidak ada kena mengena dengan riwayat si polan
» Bahasa Al-Qur'an (Arab) VS Terjemahan Quran (Melayu)
» Al-Hikmah tidak ada kena mengena dengan riwayat si polan
» Bahasa Al-Qur'an (Arab) VS Terjemahan Quran (Melayu)
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|