Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 21 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 21 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
2 kegagalan utama orang kafir
+4
faried
Zulia
semut api
Juang
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
kegagalan orang kafir ialah mereka tidak sembahyang menyembah Allah. Kenapa anda mengikut kekafiran mereka?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,Zulia wrote:kegagalan orang kafir ialah mereka tidak sembahyang menyembah Allah. Kenapa anda mengikut kekafiran mereka?
Benar. Mereka tidak menyembah Allah semata-mata, tetapi mereka sembah manusia-manusia yang suruh sembah matahari, bulan, patung, busut atau pun batu. Itulah kegagalan utama mereka.
Terima kasih kerana menjelaskan lagi sifat kegagalan orang-orang kafir itu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,
Mereka kata kegagalan orang kafir sebab tidak menyembah Allah. Mereka hanya tahu menuding jari kata orang kafir sedangkan mereka sendiri mengadakan perantara untuk Tuhan mereka.
Apakah mereka perasan perantara itu yang akan membantu mereka di akhirat kelak?
Apa yang saya nampak kegagalan utama orang kafir adalah mengadakan sekutu bagi Tuhan.
Kaum A: Mengadap matahari -> Tuhan
Kaum B: Mengadap bulan -> Tuhan
Kaum C: Mengadap patung -> Tuhan
Kaum D: Mengadap batu -> Tuhan
Matahari, bulan, patung, batu dsb nya itulah sekutu bagi Tuhan.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Tidak solat = menjadi kafir
Kafir itu adalah satu kegagalan yang mutlak dunia dan akhirat.
Kafir itu adalah satu kegagalan yang mutlak dunia dan akhirat.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Apa yang saya nampak kegagalan utama orang kafir adalah mengadakan sekutu bagi Tuhan.
Salam,
Benar. Sehinggakan perbuatan menyekutukan Allah itu pun dikatakan solat. Mana logik solat ada unsur-unsur menyekutukan Allah? Kalau macam itu kaum-kaum terdahulu yang mengadap matahari, bulan, patung dll itu dikira bersolat dan beriman? Sia-sia perjuangan para Nabi terdahulu untuk menjauhi amalan-amalan yang ada perantaraan begitu.
Tak semua orang boleh ditipu dengan perkataan "solat" sebab tak semua orang suka menyekutukan Allah dengan objek-objek tertentu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Hanya orang Islam tahu apa itu solat dan mendirikannya. Tetapi orang kafir memang tidak tahu apa itu solat, nak buat sudah tentu tidak.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,
Bukan orang Islam sahaja tahu apa itu solat, malah dalam Al Quran mengatakan seluruh yang ada di langit dan di bumi bertasbih dan bersolat. Tetapi yang hairannya makhluk-makhluk itu semuanya solat tanpa perlu mengadap matahari, bulan, busut atau pun batu. Jadi takkanlah manusia yang berakal tak mampu bersolat tanpa perantaraan objek-objek begitu? Semacam makhluk-makhluk itu lagi berakal daripada manusia yang mengada-adakan perantaraan itu.
Bukan orang Islam sahaja tahu apa itu solat, malah dalam Al Quran mengatakan seluruh yang ada di langit dan di bumi bertasbih dan bersolat. Tetapi yang hairannya makhluk-makhluk itu semuanya solat tanpa perlu mengadap matahari, bulan, busut atau pun batu. Jadi takkanlah manusia yang berakal tak mampu bersolat tanpa perantaraan objek-objek begitu? Semacam makhluk-makhluk itu lagi berakal daripada manusia yang mengada-adakan perantaraan itu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Siapakah orang bukan Islam yang bersolat?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Zulia wrote:Siapakah orang bukan Islam yang bersolat?
Salam.....
saya rasa la tiada orang bukan islam yang bersolat....
silatgayung- Sarjana
- Number of posts : 467
State :
Reputation : 0
Credits : 5391
Registration date : 2010-12-09
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,Zulia wrote:Siapakah orang bukan Islam yang bersolat?
Orang bukan Islam yang bersolat tanpa apa-apa objek yang dijadikan hala tuju, memang tiada (Takkanlah yang menyekutukan Allah itu layak dikatakan Islam?). Sebab hanya yang Islam yang sebenar sahaja bersolat tanpa memerlukan matahari, bulan, patung, busut atau batu sebagai arah tumpuan.
Perlu dibezakan di antara bersolat tanpa berhala dengan "bersolat" mempunyai berhala.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,
Semua orang dan makhluk yang lain ada solat mereka masing-masing. Sebab itu burung pun ada solat mereka. Sama ada orang kafir, orang islam, orang munafik dsb juga ada solat mereka. Yang membezakan mereka ialah sama ada mereka mahu mendirikan/ menunaikan solat mereka itu.
Dalam al-quran, banyak ayat yang menyuruh orang yang patuh dengan cara hidup yang lurus yakni islam utk mendirikan solat. Sebab itu, orang yang lalai dalam solat mereka juga dikatakan celaka.
Semua orang dan makhluk yang lain ada solat mereka masing-masing. Sebab itu burung pun ada solat mereka. Sama ada orang kafir, orang islam, orang munafik dsb juga ada solat mereka. Yang membezakan mereka ialah sama ada mereka mahu mendirikan/ menunaikan solat mereka itu.
Dalam al-quran, banyak ayat yang menyuruh orang yang patuh dengan cara hidup yang lurus yakni islam utk mendirikan solat. Sebab itu, orang yang lalai dalam solat mereka juga dikatakan celaka.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Orang yang tak bersolat sebagaimana rasulullah saw bersolat, bukanlah orang Islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Zulia wrote:Orang yang tak bersolat sebagaimana rasulullah saw bersolat, bukanlah orang Islam.
Salam,
1. Habis tu rasul-rasul terdahulu bukan orang islam lah sebab mereka tak bersolat sebagaimana beliau bersolat. begitu ke?
2. Boleh kemukakan ayat al-quran yang kata orang yang tak solat sebagaimana beliau bersolat bukan orang islam. terima kasih.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,
Daripada Adam sampailah Isa, tidak pernah pula Al Quran mengatakan mereka bersolat berperantaraan batu, tiba-tiba datang si polan kata Muhammad bersolat berperantaraan batu, takkanlah kita nak tolak Al Quran semata-mata taksub pada si polan itu?
Bukankah golongan taksub itu juga yang selalu kata "sesiapa menolak Al Quran adalah kafir"?
Daripada Adam sampailah Isa, tidak pernah pula Al Quran mengatakan mereka bersolat berperantaraan batu, tiba-tiba datang si polan kata Muhammad bersolat berperantaraan batu, takkanlah kita nak tolak Al Quran semata-mata taksub pada si polan itu?
Bukankah golongan taksub itu juga yang selalu kata "sesiapa menolak Al Quran adalah kafir"?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Bukankah golongan taksub itu juga yang selalu kata "sesiapa menolak Al Quran adalah kafir"?
Salam,
Sebenarnya mereka tak perasan bahawa mereka sebenarnya yang menolak al-quran. Sudahlah menolak malah mereka mengada-adakan cerita yang tidak terdapat dalam al-quran.
Betapa buruknya perangai mereka.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
yang kata al quran itu dari Allah ialah orang islam, orang bukan Islam tak percaya langsung tentang al Quran. Yang kata 'jangan sekutukan Allah' ialah orang Islam, kalau bukan islam, mereka percaya banyak tuhan. Yang percaya kepada Nabi Muhammad hanya orang islam .Orang bukan islam tak percaya pada Nabi Muhammad dan menolak Al Quran, Kerana yang memberitahu manusia tentang Al Quran adalah Nabi Muhammad, macamana kita percaya wujudnya Al Quran dan Nabi Muhammad ialah dari orang Islam. Kepercayaan asas kita tentang ketuhanan adalah dari al Quran yang diajar oleh orang Islam. Kalau bukan Islam mereka mengajar konsep ketuhanan yang berbeza. Konsep ke'esa'an hanya dipercayai oleh orang Islam turun temurun. Kalau satu orang mengubah konsep ketuhanan nya samada mempercayai lebih dari satu tuhan atau tuhan tiada, maka seluruh pemahaman agamanya akan berubah. Agama Islam termasuk Nabi Muhammad, al Quran dan keesaan tuhan hanya dipercayai orang Islam, maklumat ini tidak ada pada orang selain dari Islam. Mengapa orang Islam boleh percaya dan terima maklumat ini, tetapi tidak bagi orang bukan Islam. Bukanlah perkara yang pelik kerana manusia mempercayai apa yang ajarkan kepadanya. Kalau dari kecil diajarkan konsep satu tuhan dan percaya pada alQuran maka sebatilah di hati. Begitu juga kalau konsep lebih satu tuhan yang diterapkan dari kecil dan diajar dengan kitab Purana, maka tetaplah dia dengan agama Hindu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,Sudahlah menolak malah mereka mengada-adakan cerita yang tidak terdapat dalam al-quran.
Betapa buruknya perangai mereka.
Sebab itulah dalam Al Quran ada ayat tentang sifat ahli kitab (golongan agamawan) yang suka berdusta terhadap Allah (selain ada yang jujur) seperti dalam ayat 3:75.
Oleh kerana itu kita harus berhati-hati dengan mereka. Janganlah kerana mereka ada label "ustaz" atau "ulamak", terus dipercayai membuta-tuli. Jika Al Quran sebut golongan ugamawan terdahulu ramai yang selewengkan kebenaran, takkanlah golongan mereka yang wujud hari ini semuanya boleh dipercayai?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Konsep ke'esa'an hanya dipercayai oleh orang Islam turun temurun. Kalau satu orang mengubah konsep ketuhanan nya samada mempercayai lebih dari satu tuhan atau tuhan tiada, maka seluruh pemahaman agamanya akan berubah.
Salam,
Setuju dengan ayat ini. Konsep Keesaan Allah telah dipercayai sejak Adam lagi di mana dalam Al Quran tidak pernah mengatakan Nabi-nabi terdahulu beritual mengadap matahari, bulan, patung, busut ataupun batu.
Jadi bila datang cerita daripada mulut ke mulut mengatakan Nabi yang terkemudian itu beritual mengadap batu sebagai manifestasi terhadap Tuhan, kita dapat lihat berlakunya perubahan dalam agama mereka daripada apa yang dipercayai oleh Nabi-nabi terdahulu zaman berzaman?
Oleh Kerana cerita riwayat itu sudah berubah daripada Al Quran dan mudah dikesan perubahannya, itu menunjukkan kegagalan orang-orang yang tertutup hatinya terhadap Al Quran daripada menyembunyikan kedustaan mereka. Mereka ingat semua orang boleh ditipu? Sesiapa yang tak mahu buat pengesahan menggunakan Al Quran pastilah akan tertipu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
kalau orang yang diajar dengan konsep al Quran dari kecil tentulah dia menurutnya sampai dewasa. Tetapi dia terfikir tak maklumat itu dari mana? Ia bukan terus dari Tuhan sebab orang dapat al Quran dari kelompok orang yang mengaku beragama Islam. Kalau ditanya pada kelompok yang tidak mempunyai al Quran adakah mereka gagal dalam hidup didunia? Mereka lebih berjaya dari segi dunia walaupun konsep ketuhanan mereka tidak menurut konsep satu tuhan dalam al Quran.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: 2 kegagalan utama orang kafir
Salam,
Sebelum Al Quran diturunkan kepada Rasulullah dalam kaum Arab, Nabi-nabi terdahulu pun tahu tentang Keesaan Allah walaupun pada waktu itu tiada Al Quran. Ini kerana kebenaran tentang Keesaan Allah itu telah sedia ada secara azalinya.
Al Quran hanyalah panduan untuk orang-orang selepas penurunannya agar membantu manusia keluar daripada tipu daya orang-orang yang menyekutukan Allah. Jika Al Quran itu tidak sampai sekali pun kepada seseorang manusia pada hari ini, namun jika dia berfikir secara jujur dan benar, maka pasti dia akan menemui jawapan yang sama tentang konsep Keesaan Allah seperti mana Nabi-nabi sebelum Al Quran diturunkan mengetahui bahawa Allah itu Esa.
Kalau kita renungkan, tiada seorang kafir pun yang berjaya membuktikan kebenaran konsep ketuhanan yang mereka ada-adakan. Sebab itulah mereka terpaksa menggunakan hujah seperti "inilah sihir yang nyata" bila kepercayaan mereka dibuktikan bercanggah dengan hukum alam ini. Itulah kegagalan yang paling nyata bagi orang-orang yang mengada-adakan dusta tentang Allah.
Tetapi konsep Keesaan Allah amat mudah dibuktikan termasuk dalam diri kita iaitu diri kita dikawal oleh satu jiwa. Begitulah alam semesta ini secara logiknya pastilah dikawal oleh Satu Tuhan.

» Senarai kegagalan orang-orang menyekutukan
» Siapakah orang-orang kafir?
» Risiko Dibunuh oleh Orang Kafir
» Siapakah orang-orang kafir?
» Risiko Dibunuh oleh Orang Kafir
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|