Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Risiko Dibunuh oleh Orang Kafir
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Risiko Dibunuh oleh Orang Kafir
Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan telah Kami utus kepada mereka rasul-rasul. Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebagian dari rasul-rasul itu mereka dustakan dan sebagian yang lain mereka bunuh. (Al Maa'idah: 70)
Dalam menyedarkan kaum yang sudah terpesong dari ajaran yang benar, ia bukan kerja yang mudah. Malah risikonya tinggi termasuk ada yang dibunuh. Daripada ayat diatas, memberi peringatan kepada orang yang ingin menyambung tugas kerasulan bahawa tidak mustahil mereka akan dibunuh kerana kedengkian kaum kafir itu terhadap apa yang diperingatkan.
Syaitan mana kenal erti bangsa atau keturunan. Biarpun ayat Al Quran menyebut pasal perangai kaum Bani Israil terdahulu, tetapi syaitan bukan tipu-daya dengan melihat darah keturunan mereka sebab Iblis berjanji nak pesong semua anak-cucu Adam tanpa mengira bangsa. Jadi biarpun kita sampai peringatan kepada bangsa sendiri (yang bukan bani Israil), maka risikonya tetap sama.
Inilah risiko orang berjuang. Sedangkan para Rasul terdahulu pun ada yang dibunuh, apa lagi kita insan biasa yang menyambung tugas dan memperjelaskan kembali ayat-ayatNya. Namun apa jua kemungkinan, itu bukan alasan untuk berhenti menyampai kebenaran. Selagi Allah izinkan dari segi masa dan tenaga, seharusnya golongan beriman tidak takut menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang bathil. Ini kerana jika buka kita yang meruntuhkan kebathilan itu, pasti juga Allah akan runtuh kebathilan itu dengan didatangkan bencanaNya. Sudah pasti suatu sejarah yang buruk bila tanahair kita diazab macam di Acheh dahulu gara-gara taksub kepada ajaran menyembah Nabi.
Kerana melihat tanda-tanda kedatangan azabNya yang logik difikirkan itulah golongan beriman tidak lena membiarkan masyarakatnya daripada ditipu-daya oleh ajaran yang bukan mendatangkan rahmat, tetapi bencana besar dari Allah. Jangan tertipu dengan kemewahan hasil bumi yang Allah kurniakan pada kita. Semua itu hanyalah sementara dan untuk menguji kita sama ada kita mensyukuri nikmatNya atau tidak.
Apa erti mensyukuri nikmatNya jika pergi sembah Nabi itu dengan menganggap Nabi itu sebagai pembuat ketetapan selain Allah? Sedangkan tidak layak seseorang Nabi itu membuat ketetapan ikut kehendak hatinya tanpa didatangkan bukti-bukti yang logik difikirkan.
Kembalilah kepada Allah dan SunnahNya sebelum didatangkan hari yang dijanjikan. Ketika orang yang sedang isi minyak keretanya pun tidak menjangka datangnya bencana itu apalagi hendak melarikan diri. Begitulah cepat dan dekatnya azab Allah itu tetap ramai yang tidak mempercayainya.
Puji-pujian bagi Allah.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Risiko Dibunuh oleh Orang Kafir
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (At Taubah: 111)
Orang beriman membunuh sesuatu dengan haq. Mereka bukan membunuh kerana nak berebut kuasa dan berpuak-puak. Mereka membunuh atas perintah Allah terhadap kaum yang kerjanya nak mewujudkan api peperangan dan perpecahan. Orang beriman bukan membunuh individu atas dasar tak sama pegangan, tetapi membunuh kaum yang membuat kerosakan dengan memerangi mereka.
Macam bila ada kaum berpecah-belah berebut kuasa atas nama Islam, Allah datangkan bangsa berteknologi tinggi untuk memusnahkan kaum yang berebut kuasa itu agar bumi Allah kembali aman. Kalau ada kaum yang berpecah belah itu tidak diazab dengan peperangan pun, mereka telah diazab dengan bencana seperti tsunami dahulu. Begitulah PerkasaNya Allah biarpun kaum kafir itu tidak percaya.
Tetapi orang kafir, mereka membunuh atas dasar membenci seseorang individu. Bila ada para Rasul yang menyampaikan kebenaran yang memanaskan hati, mereka nak bunuh. Nampak tak betapa kotornya dan bencinya dalam hati mereka. Itulah perangai orang kafir.
Oleh itu orang beriman, tidak perlu takut dibunuh orang kafir itu sebab Allah janjikan syurga. Lebih baik mati dibunuh oleh orang kafir yang panas hati itu sebagai tanda bahawa apa yang disampaikan oleh orang beriman itu adalah benar, daripada mati dilanda azabNya kerana itulah kematian yang buruk dan hina. Jika orang beriman itu tidak benar, sepatutnya mudah-mudah sahaja kata-katanya dipatahkan tanpa perlu dibunuh.
Sebab itulah golongan beriman tidak putus-putus memberi peringatan yang walaupun tahu risiko dibunuh oleh kaum yang musyrik itu tinggi. Yalah, sedangkan para Rasul terdahulu pun ramai kena bunuh, apa lagi kita insan biasa yang menyambung tugas mereka.
Sunnah Allah adalah benar dan berulang-ulang. Kami tidak tahu sama ada perjuangan ini mampu berkembang luas atau berakhir dengan kaum kami diazab. Macam dalam Al Quran, ada Nabi yang kaumnya diazab dan ada Nabi yang berjaya menyedarkan umatnya, sebab urusan memberi kesedaran itu bukan terletak pada Nabi itu, tetapi pada tuan punya diri yang mendapat peringatan tersebut. Mereka hanya mampu sampaikan sahaja.
Sedangkan ada para Nabi terdahulu yang tidak mampu sedarkan kaumnya sehingga datangnya azab Allah, apalah sangat dengan keupayaan kami yang bukan Nabi? Lagi-lagilah risiko kaum kami akan diazab adalah tinggi sebab bukan senang nak sedarkan kaum menurut amalan nenek moyang ini. Tambahan pula bila lihat sedikit demi sedikit perubahan alam sekeliling kita dengan tragedi yang pelik-pelik. Namun orang yang tak berfikir, mereka tidak sedar tanda-tanda kedatangan azab itu, seperti kaum Nabi Nuh yang tidak sedar.
Macam mana Nabi Nuh nampak logik akan berlaku banjir besar sehingga membuat bahtera? Sebab baginda dan orang beriman sudah nampak tanda-tandaNya bila memerhatikan perubahan alam.
Ingatlah, sunnah Allah itu berulang-ulang. Tidak mustahil apa yang terjadi pada umat Nabi Nuh itu akan kembali kepada kita jika umat kita layak diazab.
Inilah membuatkan golongan beriman tidak henti-henti memberi peringatan biarpun kaum penyembah Nabi itu tidak percaya.
Nak sembah Nabi itu, teruskanlah menyembah. Allah sudah tunjukkan bencana tsunami di tempat jolokan serambi Mekkah di rantau ini. Sudah pasti itu peringatan Allah yang paling berguna untuk orang beriman meninggalkan ajaran taksub riwayat hadis itu. Sebab kita sudah nampak, ketaksuban mereka itu sekadar menyebabkan mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri, padahal itu bukan ajaran Al Quran. Malah di Iraq sana tempat orang yang tahu cakap Arab pun berbunuh-bunuhan sesama sendiri atas dasar kepuakan (berbeza ikut riwayat hadis).
Wahai orang yang percaya kepada Allah dan hari akhir, kembalilah kepada Allah, dengan mentaati segala yang ada hukum alam sebagai bukti yang nyata. Perkembangan ilmu sains sekarang memudahkan manusia hidup. Sebab itulah dikatakan Islam itu mudah. Ilmu sains itulah ilmu Allah dan apa yang Al Quran sampaikan.
Malangnya akibat beragama tanpa berfikir, kaum penyembah Nabi itu sudah pisahkan sains dari agama sehingga mereka hidup sudah tidak kenal hukum alam, sebaliknya menokok tambah hukum atas nama Nabi yang tiada hukum alam sebagai bukti yang nyata. Mereka anggap Nabi itu pembuat ketetapan selain Allah. Sebab itulah mereka dikenali sebagai kaum penyembah Nabi...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|