Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 19 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 19 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
+3
Juang
tolokminda
Admin
7 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Page 2 of 2 • 1, 2
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Admin wrote:Salam,
Seperti yang kita lihat hari ini, golongan yang lahir hasil daripada didikan melagukan al-quran hanyalah mereka yang hanya tahu melagukan al-quran.
Cuba kalau kita didik mereka supaya mengkaji ayat-ayat al-quran. tidak mustahil mereka dapat memperkembangkan minda mereka apabila berfikir dengan logik dan mendalam apabila dewasa kelak.
Salam
Sangat setuju.
Bukan semua orang punya kelebihan itu.
Tapi semua manusia punya akal.
nazzri- Siswa-Siswi
- Number of posts : 4
Location : BP
State :
Reputation : 0
Credits : 4929
Registration date : 2010-11-19
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Cuba kita fikirkan, takkanlah Tuhan turunkan al-quran untuk dilagu-lagukan dan untuk mencari suara siapa yang paling sedap menyanyikan al-quran.
Kesannya, dengan didikan suruh melagukan al-quran kita jauh ketinggalan. inikah Tuhan mahukan setelah Dia menurunkan al-quran melalui rasulNya?

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Benar Admin. Takkanlah Rasulullah yang berjuang sampaikan Al Quran setakat untuk generasi 1500 tahun selepas baginda melagu-lagukannya? Malah kalau kita renungkan mendalam, kalau Al Quran itu setakat untuk dilagu-lagukan, apa gunanya tugas Rasul itu sebab pada waktu itu pun orang-orang Arab sudah pandai bersyair?
Makin kita fikir dengan mendalam semakin banyak kita nampak suatu yang tak kena dengan kepercayaan yang diimport dari Arab itu.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Sebenarnya, Allah tidak menzalimi mereka. Akan tetapi, mereka sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Tuhan turunkan al-quran supaya kita faham mesej-mesejNya bukan dibuat bahan laguan. Faham dalam erti kata memahami maksudnya dalam bahasa yang kita fahami.
Sebenarnya, Allah tidak menzalimi mereka. Akan tetapi, mereka sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Tuhan turunkan al-quran supaya kita faham mesej-mesejNya bukan dibuat bahan laguan. Faham dalam erti kata memahami maksudnya dalam bahasa yang kita fahami.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Asas apa jua ilmu yang diturunkan, pastilah tujuannya untuk difahami. Bila manusia faham sesuatu ilmu, pastilah manusia itu sendiri dapat manfaatnya. Bila tak faham sesuatu ilmu, munusia itu juga yang dapat macam-macam kesukaran seperti mana pelajar yang tak faham ilmu mendapat kesukaran nak jawap soalan peperiksaan.
Hari ini kita nampak bagaimana umat Islam menghadapi kesukaran-kesukaran dalam menjawap persoalan-persoalan hidup yang banyak telah pun dijawab dalam Al Quran seperti kisah perpecahan sesama umat Islam kerana gila nak tegakkan hukum Allah (macamlah Allah tidak tahu nak tegakkan hukumNya sendiri walhal sejak mula alam ini diciptakan Dia sudah tegakkan semua hukum yang perlu tanpa sebarang kerosakkan pun). Itu menunjukkan selama ini mereka tidak bersungguh-sungguh pun nak kaji Al Quran, melainkan hanya jadi burung kakatua yang tahu menyebutnya sahaja.
Banyak perumpamaan boleh digunakan untuk membantu kita semakin faham hakikat kehidupan yang bermakna.

Itu menunjukkan selama ini mereka tidak bersungguh-sungguh pun nak kaji Al Quran, melainkan hanya jadi burung kakatua yang tahu menyebutnya sahaja.
Salam,
Benar, burung kakaktua tidak faham apa yang disebutnya meskipun ada manusia yang mengajar cara untuk menyebutnya.
Begitulah jua dengan manusia. Jika ada manusia lain mengajar macam mana cara nak melagukan al-quran, manusia yang diajarnya itu hanya tahu melagukannya sahaja. Melainkan dia diajar bagaimana untuk memahami maksud kandungannya. Namun, jarang sekali kita dengar.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Yang selalu kita dengar bila nak masuk sahaja isi kandungan Al Quran, mereka kata kena guna riwayat hadis dan belajar dengan orang yang melagu-lagukan Al Quran.
Kalau kita nak fahami ilmu kedoktoran, tetapi belajar dengan orang-orang yang melagu-lagukan buku kedoktoran itu, pasti kita tak dapat jawapan yang tepat berbanding kita belajar dengan orang-orang yang kaji ilmu kedoktoran itu dan mempraktikkannya.
Kalau kita nak belajar Al Quran sesama manusia, berdiskusilah dengan orang-orang yang menyampaikan Al Quran dalam bahasa yang kaumnya fahami tanpa mengharapkan upah. Itulah yang Rasulullah dahulu lakukan iaitu sampaikan Al Quran dalam bahasa yang kaumnya faham tanpa mengharapkan upah.
Yang selalu kita dengar bila nak masuk sahaja isi kandungan Al Quran, mereka kata kena guna riwayat hadis dan belajar dengan orang yang melagu-lagukan Al Quran.
Kalau kita nak fahami ilmu kedoktoran, tetapi belajar dengan orang-orang yang melagu-lagukan buku kedoktoran itu, pasti kita tak dapat jawapan yang tepat berbanding kita belajar dengan orang-orang yang kaji ilmu kedoktoran itu dan mempraktikkannya.
Kalau kita nak belajar Al Quran sesama manusia, berdiskusilah dengan orang-orang yang menyampaikan Al Quran dalam bahasa yang kaumnya fahami tanpa mengharapkan upah. Itulah yang Rasulullah dahulu lakukan iaitu sampaikan Al Quran dalam bahasa yang kaumnya faham tanpa mengharapkan upah.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Orang melayu hanya tahu ikut dan cakap sahaja. Mentaliti mereka masih ikut buku yang ditulis orang Arab. Mereka tak tahu yang mana satu ilmu dan yang mana satu cerita. Kalau mereka guna akal mereka akan lihat bangsa yang berjaya bukan sahaja tidak beritual tapi minda mereka juga tidak beritual. Setelah dilihat dan dirumus semua pendapat dari blog berkenaan tidak kira yang masih beritual atau tidak mereka tetap lemah jika dibanding dengan para saintis. Rupanya minda mereka masih terkongkong oleh cerita dan 'kepercayaan' orang arab. Sebab itu mereka jauh ketinggalan dari segi ilmu sains. Jika kita bandingkan cara pemikiran saintis, mereka dapat menggunakan akal mereka sendiri tanpa perlu fikir tentang 'kepercayaan' yang ditulis oleh bangsa lain. Mereka fokus kepada ilmu sains dan mereka berjaya. Perlu diingatkan kita mahu maju seperti saintis bukannya jadi pejuang 'kepercayaan'.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam Zulia,
Kita tidak mungkin mampu mengubah orang Melayu supaya mereka semua menjadi saintis dalam tempoh singkat. Orang barat pun mengambil masa ratusan dan ribuan tahun untuk mengubah paradigma. Cuba empathy sikit le, kalau baru ajak mereka berfikir pun dah kena ban dan ugut sana sini, agak-agak logik ke mereka semua boleh berubah menjadi saintis dalam masa setahun dua?

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Benar TM. Nak mengubah attitude sesuatu kaum bukan perkara yang mudah. Berdasarkan sejarah dua bangsa terkemuka (Arab dan Barat), mereka boleh menjadi saintis sekitar 2-3 ratus tahun sejak mulanya kesedaran berubah itu datang. Sama ada kesedaran itu datang daripada mereka sendiri, ataupun selepas Allah timpakan bermacam-macam bala bencana.
Macam seorang pelajar sekolah yang nakal. Belum tentu kena sekali rotan, dia terus berubah sikap. Ada yang belum di rotan, sudah dapat kesedaran. Ada yang lepas 100 kali rotan barulah nak insaf. Atau pun sampai mati pun tak sedar-sedar.
Kita tunggu dan lihat sahajalah perubahan orang Melayu ini.
Benar TM. Nak mengubah attitude sesuatu kaum bukan perkara yang mudah. Berdasarkan sejarah dua bangsa terkemuka (Arab dan Barat), mereka boleh menjadi saintis sekitar 2-3 ratus tahun sejak mulanya kesedaran berubah itu datang. Sama ada kesedaran itu datang daripada mereka sendiri, ataupun selepas Allah timpakan bermacam-macam bala bencana.
Macam seorang pelajar sekolah yang nakal. Belum tentu kena sekali rotan, dia terus berubah sikap. Ada yang belum di rotan, sudah dapat kesedaran. Ada yang lepas 100 kali rotan barulah nak insaf. Atau pun sampai mati pun tak sedar-sedar.
Kita tunggu dan lihat sahajalah perubahan orang Melayu ini.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Biasanya untuk memulihara pokok, kita perlu trim dahan-dahan lama. Sesetengahnya kita perlu cantas terus sehingga gondol seperti yang biasa DBKL buat. Selepas itu barulah pokok akan tumbuh dengan lebih cantik sehinggalah ia menjadi buruk semula. Orang Melayu sekarang dalam peringkat yang perlu digondol. Kalau tidak ada siapa pun melakukannya ia akan dilihat orang sebagai berserabut, tidak senonoh dan boleh membahayakan walaupun sekadar ditiup sang bayu pagi..
Biasanya untuk memulihara pokok, kita perlu trim dahan-dahan lama. Sesetengahnya kita perlu cantas terus sehingga gondol seperti yang biasa DBKL buat. Selepas itu barulah pokok akan tumbuh dengan lebih cantik sehinggalah ia menjadi buruk semula. Orang Melayu sekarang dalam peringkat yang perlu digondol. Kalau tidak ada siapa pun melakukannya ia akan dilihat orang sebagai berserabut, tidak senonoh dan boleh membahayakan walaupun sekadar ditiup sang bayu pagi..
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam TM,
Ya. Tepat sekali perumpamaan tersebut. Perangai orang Melayu suka melagu-lagukan Al Quran itu bolehlah dianggap seperti pokok yang sudah buruk keadaannya. Maka ia perlu di"gondol"kan sebelum tumbuh pokok baru yang lebih baik dan mendatangkan manfaat iaitu apabila orang Melayu jadikan Al Quran sebagai pedoman dan menjadi bangsa yang rajin berfikir dan tidak menurut membuta-tuli lagi.
Semoga mereka mengambil ikhtibar.
Ya. Tepat sekali perumpamaan tersebut. Perangai orang Melayu suka melagu-lagukan Al Quran itu bolehlah dianggap seperti pokok yang sudah buruk keadaannya. Maka ia perlu di"gondol"kan sebelum tumbuh pokok baru yang lebih baik dan mendatangkan manfaat iaitu apabila orang Melayu jadikan Al Quran sebagai pedoman dan menjadi bangsa yang rajin berfikir dan tidak menurut membuta-tuli lagi.
Semoga mereka mengambil ikhtibar.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Page 2 of 2 • 1, 2
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 2 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum