Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 19 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 19 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
+3
Juang
tolokminda
Admin
7 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
ARKIB : 01/07/2010
Keagungan al-Quran melalui seni lagunya
Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
MALAYSIA terkenal di kalangan negara-negara Islam dengan penganjuran Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa.
Peserta yang mewakili negara kita untuk musabaqah antarabangsa ini sebenarnya telah melalui beberapa musabaqah iaitu di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Tahun ini, Sabah menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 Jun hingga 3 Julai.
Majlis tilawah al-Quran diadakan setiap tahun sebagai usaha berterusan kerajaan menggalak dan membudayakan minat membaca al-Quran di kalangan masyarakat Islam.
Ia juga bertujuan mencungkil bakat dan keupayaan para qari dan qariah bertarannum mengikut kaedah dan disiplin qiraat al-Quran yang betul. Seterusnya, mereka akan mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Tema Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini adalah ‘Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah’.
Cabaran peserta menyertai tilawah di setiap peringkat adalah amat tinggi. Bacaan mereka dinilai dari sudut suara, tajwid, fasahah, persembahan dan seni lagu al-Quran.
Johan adalah yang terbaik membaca al-Quran dan tertinggi mendapat markah dalam semua aspek yang dinilai.
Galakan membaca al-Quran dengan suara yang merdu dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda juga membaca al-Quran dengan suara yang merdu.
Al-Bara Ibn Azib ra menyatakan: Aku mendengar Nabi SAW membaca surah al-Tin ketika sembahyang Isyak dan aku tak pernah mendengar suara semerdu suaranya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Baginda juga memuji sahabatnya yang membaca al-Quran dengan baik. Pernah satu ketika baginda mendengar Abu Musa al-Asyari membaca al-Quran dengan suara yang merdu lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kamu dianugerahkan seruling dari seruling keluarga Daud a.s. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Tilawah al-Quran tidak sama dengan pertandingan nyanyian atau nasyid. Lagu terbaik dan johan adalah natijah daripada penyanyinya yang melagukan senikata tertentu dengan persembahan yang menarik minat juri dan penonton.
Jika senikata yang sama dinyanyikan oleh penyanyi lain sudah tentu berlaku kepincangan suara dan persembahan. Lagu yang mendapat johan tidak lagi dipertandingkan tahun seterusnya. Berlainan al-Quran, dimusabaqahkan setiap tahun dengan ayat yang sama dan seni bacaannya yang sama tetapi qarinya berbeza.
Peminat al-Quran tidak pernah jemu mendengar al-Quran dialunkan. Ibn Mas’ud ra pernah berkata: “Keajaiban al-Quran tidak pernah luput dan habis. al-Quran tidak jemu dibaca walaupun berulang kali dialunkan”.
Bacaan al-Quran dengan mantap dan memenuhi semua keperluannya seperti tajwid, fasahah, tarannum mampu menarik hati yang lalai.
Tokoh besar dalam bacaan al-Quran iaitu Sheikh Mahmud Khalil al-Husari (meninggal pada tahun 1980) pernah mengalunkan bacaan al-Quran di beberapa negara bukan Islam seperti Amerika dan Eropah.
Seusai beliau membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu dan unik, beberapa orang mengucap syahadah di hadapannya.
Perkara yang sama berlaku kepada Sheikh Mahmud Ali al-Banna (meninggal pada tahun 1985) yang pernah membaca al-Quran dengan tarannum yang merdu di Masjid al-Aqsa, Palestin.
Sempena tilawah yang diadakan setiap tahun, sepatutnya umat Islam memberi perhatian mengikuti bacaan peserta. Cuba fahami maksud ayat yang dibaca melalui terjemahan yang disertakan di paparan.
Keagungan al-Quran akan meresap ke dalam jiwa mereka yang mengambil pengajarannya. Firman Allah SWt yang bermaksud: Dan apabila al-Quran itu dibacakan maka dengar dan diam supaya kamu peroleh rahmat. (al-A’raf: 204).
Saya tertarik dengan ayat yang saya boldkan. Kita disuruh fahami maksud ayat tapi hanya surah2 yg sama setiap tahun. Surah yang lain dipinggirkan. kadang2 terjemahan yg dipaparkan pada skrin TV tak muncul dan lambat. Penonton hanya asyik dengan suara merdu si penyampai.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
--> 36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
--> 36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Kalau kita suruh mereka kemukakan ayat Al Quran manakah yang menunjukkan Allah menyuruh Nabi menjadikan Al Quran sebagai lagu, pasti mereka gagal kemukakan. Kemudian mereka akan datang bawa hujah seumpama "inilah sihir yang nyata".
Takkanlah Nabi nak pandai-pandai melampaui Allah untuk jadikan Al Quran sebagai nyanyian yang merdu?
Setakat merdu, tetapi isi kandungan Al Quran tidak mahu dijadikan pedoman, apa yang umat Islam dapat? Selama mereka melagu-lagukan Al Quran, apakah mereka dapat lepaskan rakyat Palestin di Israel, dan dapat membantu negara Islam seperti di Iraq, Afghanistan dalam lain-lain?

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Musabaqah pun awak nak kritik. Baik awak buka kitab dan baca.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
tolokminda wrote:
--> 36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
Artinya Alquan tidak patut untuk dilagukan sebagai syair, apalagi dilombakan dalam musabaqah.
Alquran seharusnya dijadikan/digunakan sebagai peringatan.
Salam.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
innamal 'amaalubinnniat...sesungguh setiap amalan itu bermula dari niat. Jelas, kalau dah niatnya baik, mudah-mudahan pahala yang diperolehi.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5827
Registration date : 2010-05-12
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Niat baik,
tetapi
pelaksanaan salah,
maka
hasilnya pasti salah pula.
tetapi
pelaksanaan salah,
maka
hasilnya pasti salah pula.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Setuju dengan saudara Faried.
Samalah macam pelajar sekolah yang berniat nak masuk universiti (niat sudah baik), tetapi beramal jadi mat rempit membuang masa atas jalanraya dan mengabaikan pelajaran. Maka pasti gagal juga nak masuk universiti walau asal niatnya baik.
Setuju dengan saudara Faried.
Samalah macam pelajar sekolah yang berniat nak masuk universiti (niat sudah baik), tetapi beramal jadi mat rempit membuang masa atas jalanraya dan mengabaikan pelajaran. Maka pasti gagal juga nak masuk universiti walau asal niatnya baik.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
PenjunjungEhsan wrote:innamal 'amaalubinnniat...sesungguh setiap amalan itu bermula dari niat. Jelas, kalau dah niatnya baik, mudah-mudahan pahala yang diperolehi.
Salam,
Saya tak nampak melagu-lagukan al-quran itu niat yang baik sebab dalam ayat di bawah perbuatan tersebut adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Kalau kita fikirkan, buku sains yang mereka kata itu semua adalah duniawi pun mereka tak tergamak nak melagu-lagukannya. Takkanlah Al Quran yang untuk akhirat itu mereka tergamak melagu-lagukannya. Bukankah lagu itu satu unsur duniawi juga?
Kalau kita fikirkan, buku sains yang mereka kata itu semua adalah duniawi pun mereka tak tergamak nak melagu-lagukannya. Takkanlah Al Quran yang untuk akhirat itu mereka tergamak melagu-lagukannya. Bukankah lagu itu satu unsur duniawi juga?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Mereka tidak melagu-lagukan buku sains itu kerana kandungan buku tersebut perlu difahami dan bukan dijadikan sebagai nyanyian (hiburan).
Apakah al-quran itu harus dilagu-lagukan sebagai hiburan bagi mereka dan tidak mahu memahami isi kandungannya?
Tuhan turunkan al-quran bukan untuk dilagu-lagukan sebagai hiburan tapi untuk kita fahami mesej-mesej yang terkandung di dalamnya.
Mereka tidak melagu-lagukan buku sains itu kerana kandungan buku tersebut perlu difahami dan bukan dijadikan sebagai nyanyian (hiburan).
Apakah al-quran itu harus dilagu-lagukan sebagai hiburan bagi mereka dan tidak mahu memahami isi kandungannya?
Tuhan turunkan al-quran bukan untuk dilagu-lagukan sebagai hiburan tapi untuk kita fahami mesej-mesej yang terkandung di dalamnya.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Kadangkala kita fikirkan, bukanlah suatu yang sukar untuk kita nampak perbuatan melagu-lagukan Al Quran itu adalah perbuatan yang tidak wajar jika kita berfikiran terbuka. Apatah lagi ia adalah Kitab pedoman hidup. Kalau buku manual untuk apa-apa produk yang kita beli pun kita tak sanggup melagu-lagukannya sebab kita tahu ia suatu yang tidak berfaedah, kenapalah buku manual hidup kita itu diperlakukan sedemikian rupa? Apakah mereka tidak memikirkan apa yang diamalkan secara tradisi itu?
Kadangkala kita fikirkan, bukanlah suatu yang sukar untuk kita nampak perbuatan melagu-lagukan Al Quran itu adalah perbuatan yang tidak wajar jika kita berfikiran terbuka. Apatah lagi ia adalah Kitab pedoman hidup. Kalau buku manual untuk apa-apa produk yang kita beli pun kita tak sanggup melagu-lagukannya sebab kita tahu ia suatu yang tidak berfaedah, kenapalah buku manual hidup kita itu diperlakukan sedemikian rupa? Apakah mereka tidak memikirkan apa yang diamalkan secara tradisi itu?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Kalau buku manual untuk apa-apa produk yang kita beli pun kita tak sanggup melagu-lagukannya sebab kita tahu ia suatu yang tidak berfaedah, kenapalah buku manual hidup kita itu diperlakukan sedemikian rupa? Apakah mereka tidak memikirkan apa yang diamalkan secara tradisi itu?
Salam,
Benar Juang.
Nak sambungkan komponen-komponen sesebuah komputer misalnya, takkanlah kita nak melagu-lagukan buku manual yang diberi. Sudah tentu kita akan cuba memahami kandungan buku tersebut tanpa melagukannya. Jika ada 3 jenis bahasa yang terdapat dalam buku manual tersebut, sudah tentu juga kita akan baca menurut bahasa yang kita fahami meskipun tulisan asalnya dalam bahasa cina.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Jika ada 3 jenis bahasa yang terdapat dalam buku manual tersebut, sudah tentu juga kita akan baca menurut bahasa yang kita fahami meskipun tulisan asalnya dalam bahasa cina.
Salam
Benar Bayau. Seandainya manual itu hanya datang dalam bahasa Inggeris, pasti kita akan cuba memahaminya dengan menterjemahkannya. Kita tidak akan rasa selesa sekadar cukup melagu-lagu dalam sebut bahasa Inggeris.
Itu manual untuk barangan yang mereka katakan duniawi. Takkanlah manual untuk akhirat (Al Quran), mereka hanya letakkan taraf setakat dilagu-lagukan dalam bahasa yang mereka tak faham? Di mana mereka letakkan akal mereka?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Orang yang melagu-lagukan al-quran sebenarnya hanya menumpukan tatacara bacaan, nada suara, dan pelbagai hukum bacaan yang lain sehingga mesej yang terkandung di dalamnya terabai.
Sebab itu kita diperingatkan dengan ayat di bawah;
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
Apabila dikatakan satu peringatan, apakah hanya dengan melagu-lagukannya kita akan sentiasa beringat atau mengejar pahala yang tidak pernah dijanjikan?

Last edited by Admin on Wed Dec 01, 2010 12:25 am; edited 1 time in total
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Maknanya mereka menghabiskan masa untuk sesuatu yang tiada faedah yang besar dengan meninggalkan sesuatu yang besar faedahnya (Peringatan-peringatan Tuhan). Bayangkan daripada kecil sampailah ke tua, mereka hanya sibuk belajar cara sebutan dan melagukan Al Quran, daripada sibuk menggali rahsia-rahsia yang terkandung dalam Al Quran.
Kenapa mereka tidak wujudkan kelas-kelas berfikir tentang sesuatu ayat-ayat Al Quran? Jika daripada kecil anak-anak digalakkan berfikir, tidakkah nanti akan lahir generasi yang bijaksana?
Maknanya mereka menghabiskan masa untuk sesuatu yang tiada faedah yang besar dengan meninggalkan sesuatu yang besar faedahnya (Peringatan-peringatan Tuhan). Bayangkan daripada kecil sampailah ke tua, mereka hanya sibuk belajar cara sebutan dan melagukan Al Quran, daripada sibuk menggali rahsia-rahsia yang terkandung dalam Al Quran.
Kenapa mereka tidak wujudkan kelas-kelas berfikir tentang sesuatu ayat-ayat Al Quran? Jika daripada kecil anak-anak digalakkan berfikir, tidakkah nanti akan lahir generasi yang bijaksana?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Seperti yang kita lihat hari ini, golongan yang lahir hasil daripada didikan melagukan al-quran hanyalah mereka yang hanya tahu melagukan al-quran.
Cuba kalau kita didik mereka supaya mengkaji ayat-ayat al-quran. tidak mustahil mereka dapat memperkembangkan minda mereka apabila berfikir dengan logik dan mendalam apabila dewasa kelak.
Ambil contoh ayat ini;
55:33. Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa.
Tuhan beri hint - boleh tembus langit dengan satu kuasa. Apakah kuasa tersebut? Persoalan ini boleh dijawab jika mereka berfikir, berteori, bereksperimen dan mengimplementasikannya tanpa rasa putus asa.
Seperti yang kita lihat hari ini, golongan yang lahir hasil daripada didikan melagukan al-quran hanyalah mereka yang hanya tahu melagukan al-quran.
Cuba kalau kita didik mereka supaya mengkaji ayat-ayat al-quran. tidak mustahil mereka dapat memperkembangkan minda mereka apabila berfikir dengan logik dan mendalam apabila dewasa kelak.
Ambil contoh ayat ini;
55:33. Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa.
Tuhan beri hint - boleh tembus langit dengan satu kuasa. Apakah kuasa tersebut? Persoalan ini boleh dijawab jika mereka berfikir, berteori, bereksperimen dan mengimplementasikannya tanpa rasa putus asa.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Bukankah Nabi yang telah melakukannya menembusi batasan langit tetapi anda juga yang kata ia tak masuk akal. Al Quran kata ia tidak mustahil tapi anda yang menafikan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Zulia wrote:Bukankah Nabi yang telah melakukannya menembusi batasan langit tetapi anda juga yang kata ia tak masuk akal. Al Quran kata ia tidak mustahil tapi anda yang menafikan.
Salam,
Itu hanyalah cerita khayalan dari riwayat hadis yang tidak pernah diceritakan dalam al-quran.
Namun para saintis tidak berkhayal. mereka juga tidak melagukan al-quran. mereka meneroka al-quran dan berfikir serta melakukan eksperimen sehingga terciptanya kuasa tersebut yang diberi nama sebagai roket.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Saintis mana yang meneroka al Quran?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Zulia wrote:Saintis mana yang meneroka al Quran?
Salam,
Apakah puan ingat al-quran untuk para 'ulama' sahaja dan tidak boleh diterokai oleh saintis yang tiada gelaran ustaz, imam, nama arab dsb?
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Saya tak sebut ulama atau ustaz, anda ada masalah dengan mereka yang bergelar ustaz ke?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Saya pun tak sebut ada masalah dengan mereka yang bergelar ustaz.
Sebenarnya, semua orang boleh terokai al-quran tak kira ustaz, saintis dsb.
Pertanyaan puan itu seolah-olah saintis tidak menerokai al-quran. yang layak terokai al-quran hanya mereka yang ada gelaran agama sahaja. itu pun kalau mereka nak terokailah. kalau setakat melagukan sahaja, bukan terokai namanya.
Saya pun tak sebut ada masalah dengan mereka yang bergelar ustaz.
Sebenarnya, semua orang boleh terokai al-quran tak kira ustaz, saintis dsb.
Pertanyaan puan itu seolah-olah saintis tidak menerokai al-quran. yang layak terokai al-quran hanya mereka yang ada gelaran agama sahaja. itu pun kalau mereka nak terokailah. kalau setakat melagukan sahaja, bukan terokai namanya.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Admin wrote:
Namun para saintis tidak berkhayal. mereka juga tidak melagukan al-quran. mereka meneroka al-quran dan berfikir serta melakukan eksperimen sehingga terciptanya kuasa tersebut yang diberi nama sebagai roket.
Salam,
Benar Admin. Para saintis membuktikan kebenaran Al Quran bukannya dengan cara membawa cerita khayalan tanpa apa-apa manfaat, tetapi mereka menghasilkan teknologi-teknologi yang bermanfaat untuk manusia selaras dengan suruhan Allah agar manusia berbuat kebaikan. Ayat Al Quran tentang penembusan langit dengan kekuatan itu dibuktikan iaitu dengan menggunakan daya tujahan roket (buat masa ini). Dalam cerita riwayat Nabi naik ke langit, tidak ada apa-apa kekuatan diperlukan oleh Nabi kerana kononnya buraq disediakan untuk membawa Nabi ke langit. Ini sudah bercanggah dengan Al Quran yang kata manusia perlukan kekuatan untuk tembusi langit.
Kalau ikut Al Quran, kisah penembusan langit itu mendidik manusia supaya rajin berusaha untuk dapatkan kekuatan untuk tembusi sesuatu yang sukar. Tetapi kalau ikut riwayat, ia mengajak hidup tunggu subsidi (iaitu buraq diturunkan untuk naik ke langit). Maka tidak hairanlah rata-rata umat Islam hari ini terkenal dengan sikap malas dan suka mengharap subsidi bagai menunggu bulan jatuh ke riba.
Nampak tak perbezaan nilai Al Quran dengan cerita riwayat sebegitu? Sebab itulah saya sudah tak percaya kepada cerita karut-marut yang tiada nilai pendidikan yang berguna kepada tamadun manusia.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran jadi bahan laguan setiap tahun
Salam,
Suatu yang penting dan menarik kita fikirkan, tiada satu ayat Al Quran pun menyuruh kita melagu-lagukan Al Quran. Tiada satu ayat Allah pun menyuruh Nabi melagu-lagukan Al Quran. Jadi, kalau Allah tidak suruh Nabi melagu-lagukan Al Quran, takkanlah Nabi nak melagu-lagukannya menurut hawa nafsunya sendiri?
Jadi semakin jelaslah yang perbuatan melagu-lagukan al Quran itu hanyalah angan-anganan golongan agamawan semata-mata.
Suatu yang penting dan menarik kita fikirkan, tiada satu ayat Al Quran pun menyuruh kita melagu-lagukan Al Quran. Tiada satu ayat Allah pun menyuruh Nabi melagu-lagukan Al Quran. Jadi, kalau Allah tidak suruh Nabi melagu-lagukan Al Quran, takkanlah Nabi nak melagu-lagukannya menurut hawa nafsunya sendiri?
Jadi semakin jelaslah yang perbuatan melagu-lagukan al Quran itu hanyalah angan-anganan golongan agamawan semata-mata.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Page 1 of 2 • 1, 2
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum