Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Islam dan Keberanian
+4
Al-Bahr
IslahkanDiri
Adli
Juang
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 3 of 4
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
Re: Islam dan Keberanian
Kebenaran bukan terletak pada ramainya tok guru, tetapi pada manusia yang mampu bawakan bukti-bukti yang nyata.
Sebab itu biarpun kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu ramai ahli-ahli kitab mereka, tetapi ramai di kalangan mereka tidak mampu berkata benar sebab tidak berpegang pada bukti-bukti yang nyata.
Kenapa Nabi Muhammad yang ummi itu Allah pilih sebagai Rasul? Kerana baginda berkata-kata membawa bukti yang nyata.
Keupayaan membawa bukti-bukti yang nyata itulah keberanian dalam menegakkan kebenaran....
Sebab itu biarpun kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu ramai ahli-ahli kitab mereka, tetapi ramai di kalangan mereka tidak mampu berkata benar sebab tidak berpegang pada bukti-bukti yang nyata.
Kenapa Nabi Muhammad yang ummi itu Allah pilih sebagai Rasul? Kerana baginda berkata-kata membawa bukti yang nyata.
Keupayaan membawa bukti-bukti yang nyata itulah keberanian dalam menegakkan kebenaran....
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
Tima kasih bro, actually apa yang cari di sini sekadar tambahan, maklum saja teknologi yang ada takkan kita taknak guna. Allah dah berikan kemudahan, kita gunakanlah sebagaimana yang sepatutnya. Cuma tak perlu salah gunalah.Zahabur wrote:Maaf ye saya mencelah kt sini... Sepanjang saya
hidup, saya selalu mendengar ustaz dan ustazah ada menyebut... Islam
berpegang pada Al-Quran, diperjelaskan dgn Hadis, dan mencontohi dengan
Sunnah... Usaha saudara saudari untuk mencari kebenaran saya puji... Tapi silap
kalau saudara saudari mencarinya di sini kerana Tok2 Guru Agama tak berforum
dlm internet... Bimbang byk anasir2 yg menyimpang dr yg menunjukkan
arah yg benar...
Sesungguhnya Allah memberikan hidayahNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki.....Amin..!!!
Saya masih rujuk alam realiti, ada pembimbing, jadi apa yang saya dapat di sini akan saya refer balik kat alam realiti. Mana yang ok, benar, tele dengan alam realiti saya ambil dan pegang. Kalau sebaliknya, tak perlulah saya ambil dan gunapakai.
Memang Tok2 Guru Agama tak berforum lagi sekarang, mana tahu untuk arus pemodenan akan datang. Mungkin akan datang Tok2 guru semuanya sekadar berforum saja, lebih cepat dan mudah lagi tiada panahan mata untuk yang berlainan jantina.
Lagipun bro & saudara abu_muaz boleh dikira sebagai guru juga sebab lebih tahu dan faham ilmu agama. Bukan maknanya nak jadikan kalian berdua Tok Guru alam maya. Sekadar bersoal jawab saja, dan saya tak nafikan tetap kena rujuk pembimbing di alam realiti.
Wow! bestnya...saya suka tu jalan-jalan tempat orang...kenal kampung atau negeri lain...Zahabur wrote:Al-Bahr jangan jeles tau....awak pun boleh ikut join sekali kalau nak makan kopok lekor orang ganu kiter.....
"Dan berjalanlah kamu di muka bumi dengan tunduk dan patuh untuk melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT!"
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5830
Registration date : 2009-04-16
Re: Islam dan Keberanian
Al-Bahr kalau kebetulan awek berjalan depan aku nak kena tunduk ke tak yah tunduk... muehehe..!!
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23
Re: Islam dan Keberanian
Jika kita lihat kisah para Rasul dahulu, mereka berjuang ikut arus semasa. Sekarang ni zaman IT, so gunakanlah arus semasa dalam perjuangan.
Teknologi IT membawa manusia kepada kebijaksanaan. Islam tulen adalah agama membawa kepada kebijaksanaan. Jadi sepatutnya Islam disebarkan guna teknologi yang bijak ini.
Di alam siber, kita boleh menjauhkan diri dari cari pengikut. So kita boleh sampaikan kebenaran tanpa mengharapkan upah dan disanjung pengikut. Maka kebenaran yang disampaikan lebih bersifat suci. Yang penting, kebenaran harus ditegakkan dan kedustaan harus dihapuskan.
Takkanlah nak masuk syurga tanpa berjuang menegakkan kebenaran sedangkan golongan terdahulu punyalah bersusah payah berjuang. Ingat syurga tu sedang-senang dapat setakat lahir dari keturunan Islam?
Teknologi IT membawa manusia kepada kebijaksanaan. Islam tulen adalah agama membawa kepada kebijaksanaan. Jadi sepatutnya Islam disebarkan guna teknologi yang bijak ini.
Di alam siber, kita boleh menjauhkan diri dari cari pengikut. So kita boleh sampaikan kebenaran tanpa mengharapkan upah dan disanjung pengikut. Maka kebenaran yang disampaikan lebih bersifat suci. Yang penting, kebenaran harus ditegakkan dan kedustaan harus dihapuskan.
Takkanlah nak masuk syurga tanpa berjuang menegakkan kebenaran sedangkan golongan terdahulu punyalah bersusah payah berjuang. Ingat syurga tu sedang-senang dapat setakat lahir dari keturunan Islam?
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
Ahakss!! guru yang mursyid yang mengenal Allah sibuk dengan zikrullah....takde masa dia nak layan internet....Dia lebih suka berkhalwah dengan Allah...Kita yang tak tau apa2 ni kena cari dia...bukan dia lak yang kena cari kita....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23
Re: Islam dan Keberanian
Alahai bro, janganlah alim kucing pulak, kata orang tengok sekali pandang aja takper...jangan lama2 tengok atau terus-terusan...itu orang katalah...tapi apa kata iman? apa kata nafsu? pilihlah nak ikut yang mana...Zahabur wrote:Al-Bahr kalau kebetulan awek berjalan depan aku nak kena tunduk ke tak yah tunduk... muehehe..!!
Dan saya pastekan mutiara hadith kat sini...kita dengar pula apa kat hadith :-
"Hai Ali, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya dibolehkan pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)
Sabda Rasulullah ;
"Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya ialah melihat".
(Riwayat Bukhari)
p/s : Tak sempat nak cari maksud terjemahan dari ayat2 Quran untuk pastekan jadi cuba bereksperimen dengan Hadith pula, sebab dah ada dalam buku...lagipun cuba menyaingi Sdr abu_muaz!
Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5830
Registration date : 2009-04-16
Re: Islam dan Keberanian
Golongan beriman hanya mencari Allah tanpa perantaraan seseorang manusia. Sesungguhnya menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah dosa yang tidak diampunkan...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
Apa maksud yg sebenar menyengutukan Allah , masih tak faham?Adli wrote:Golongan beriman hanya mencari Allah tanpa perantaraan seseorang manusia. Sesungguhnya menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah dosa yang tidak diampunkan...
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Islam dan Keberanian
semut api wrote:Apa maksud yg sebenar menyengutukan Allah , masih tak faham?
Menyekutukan Allah bermaksud mengatakan ada kuasa lain selain Allah dalam menetapkan sesuatu perkara. Umpama mereka kata apa yang diriwayatkan dalam hadis itu semestinya benar kerana diucapkan atas nama Nabi. Sedangkan benar atau tidak bukan Nabi yang tetapkan, tetapi Allah yang tetapkan.
Apa yang Allah tetapkan, buktinya wujud di antara langit dan bumi. Umpamanya bila Allah tetapkan 1+1 jawapannya 2, ia boleh dibuktikan iaitu dengan mengira guna jari. Memang real kita melihat buktinya. Sebab itu kebenaran hukum 1+1=2 tidak perlu disandarkan pada nama ahli matematik yang pertama menemuinya.
Tetapi bila ada manusia kata diwajibkan solat 5 kali sehari kerana Nabi Muhammad berkata sebegitu, tanpa dibawakan apa bukti yang menetapkannya, jelas menunjukkan manusia itu menjadikan Nabi Muhammad sebagai sekutu Allah dalam menetapkan sesuatu perkara. Sedangkan seseorang Rasul tidak menetapkan sesuatu melainkan apa yang Allah tetapkan. Dan apa yang Allah tetapkan, ada bukti-bukti yang nyata.
Sekarang ini dalam agama Islam, banyak ketetapan yang diada-adakan atas nama Nabi Muhammad, bukan kerana Allah. Mereka tidak mampu buktikan secara logik dan rasional sesuatu ketetapan yang mereka ada-adakan, melainkan dengan berkata "Ini datang dari Nabi Muhammad, maka terimalah sahaja tanpa perlu difikir-fikirkan". Sedangkan jelas dalam ayat 44 surah An Nahl, penjelasan seseorang Rasul itu supaya manusia memikirkan. Dengan kata lain, seseorang Rasul menjelaskan sesuatu perkara berdasarkan logik mengikut apa yang wujud di alam semesta ini.
Sebab itulah golongan yang menyekutukan Allah amat takut berhujah bila kita bawakan sesuatu yang logik (berdasarkan ketetapan Allah). Logik semudah 1+1=2 sampai sekarang tiada manusia mampu mencabarnya. Begitulah Maha Kuat Allah di mata golongan beriman...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
adakah makhluk ada kuasa utk mengubah nasib untung baiknyaAdli wrote:semut api wrote:Apa maksud yg sebenar menyengutukan Allah , masih tak faham?
Menyekutukan Allah bermaksud mengatakan ada kuasa lain selain Allah dalam menetapkan sesuatu perkara.
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Islam dan Keberanian
Manusia hanya diberikan tenaga untuk mengubah untung-nasibnya. Jika dia guna tenaga itu pada jalan yang mencapai nasib yang baik, maka Allah bagilah kebaikan. Tetapi jika dia mensia-siakan tenaganya untuk membuat sesuatu yang buruk, maka Allah bagilah keburukan.semut api wrote:adakah makhluk ada kuasa utk mengubah nasib untung baiknya
Yang berkuasa menetapkan (sunnah) buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat, adalah Allah...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
kuasa tak sama dgn tenaga ker?Adli wrote:Manusia hanya diberikan tenaga untuk mengubah untung-nasibnya. Jika dia guna tenaga itu pada jalan yang mencapai nasib yang baik, maka Allah bagilah kebaikan. Tetapi jika dia mensia-siakan tenaganya untuk membuat sesuatu yang buruk, maka Allah bagilah keburukan.semut api wrote:adakah makhluk ada kuasa utk mengubah nasib untung baiknya
Yang berkuasa menetapkan (sunnah) buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat, adalah Allah...
manusia ada tenaga, Allah ada kuasa, tadi kata hanya Allah yg berkuasa, semut jadi mabuk sebab 2 2 ada kuasa & tenaga, bukan mensekutukan Allah ker cik kak?
Menyekutukan Allah bermaksud mengatakan ada kuasa lain selain Allah
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Islam dan Keberanian
Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja. Setelah berupaya kerja itu dilakukan, barulah dikatakan berkuasa. Selagi tidak sempurna kerja itu, ia belum dikatakan berkuasa.semut api wrote:kuasa tak sama dgn tenaga ker?Adli wrote:Manusia hanya diberikan tenaga untuk mengubah untung-nasibnya. Jika dia guna tenaga itu pada jalan yang mencapai nasib yang baik, maka Allah bagilah kebaikan. Tetapi jika dia mensia-siakan tenaganya untuk membuat sesuatu yang buruk, maka Allah bagilah keburukan.semut api wrote:adakah makhluk ada kuasa utk mengubah nasib untung baiknya
Yang berkuasa menetapkan (sunnah) buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat, adalah Allah...
manusia ada tenaga, Allah ada kuasa, tadi kata hanya Allah yg berkuasa, semut jadi mabuk sebab 2 2 ada kuasa & tenaga, bukan mensekutukan Allah ker cik kak?
Menyekutukan Allah bermaksud mengatakan ada kuasa lain selain Allah
Kuasa lain tersebut bermaksud, kuasa itu datang tanpa memerlukan Kuasa Allah mengizinkan ia terjadi. Seperti mengatakan Nabi Muhammad menetapkan solat 5 kali sehari. Tetapi tiada Kuasa Allah dibuktikan dalam ketetapan tersebut. Jika ada Kuasa Allah, orang yang buat solat 6 kali sehari pasti ada kesan buruk.
Tetapi bila Nabi Muhammad kata haramnya arak, ada Kuasa Allah dalam ketetapan tersebut iaitu sesiapa minum arak, dia akan mabuk, kesihatan teruk dan macam-macam kerosakan. Manusia tidak boleh lawan ketetapan Allah itu.
Jadi itu yang dikatakan menyekutukan Allah itu bermaksud ada kuasa selain Allah, iaitu mereka tidak meletakkan Kuasa Allah dahulu yang sesuatu ketetapan. Mereka guna nama Nabi, untuk mengancam manusia lain supaya tunduk cakap mereka. Mereka tak bawakan bukti-bukti yang menunjukkan Kekuasaan Allah dalam sesuatu ketetapan....
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
Adli wrote:Golongan beriman hanya mencari Allah tanpa perantaraan seseorang manusia. Sesungguhnya menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah dosa yang tidak diampunkan...
Apa maksud mencari Allah....Bagaimana nak mendapat ilmu kalau tidak berguru...Guru adalah perantaraan untuk mendapat ilmu....
Guru lah juga mengajar tentang nama2,sifat2,dan perbuatan Allah....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23
Re: Islam dan Keberanian
Siapakah Muhammad disisi cik kak & apa kaitannya dgn Allah pula?Adli wrote:Jadi itu yang dikatakan menyekutukan Allah itu bermaksud ada kuasa selain Allah, iaitu mereka tidak meletakkan Kuasa Allah dahulu yang sesuatu ketetapan. Mereka guna nama Nabi, untuk mengancam manusia lain supaya tunduk cakap mereka. Mereka tak bawakan bukti-bukti yang menunjukkan Kekuasaan Allah dalam sesuatu ketetapan....
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Islam dan Keberanian
Mencari Allah bermaksud mencari bukti-bukti yang nyata menunjukkan kewujudan Allah.Zahabur wrote:Adli wrote:Golongan beriman hanya mencari Allah tanpa perantaraan seseorang manusia. Sesungguhnya menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah dosa yang tidak diampunkan...
Apa maksud mencari Allah....Bagaimana nak mendapat ilmu kalau tidak berguru...Guru adalah perantaraan untuk mendapat ilmu....
Guru lah juga mengajar tentang nama2,sifat2,dan perbuatan Allah....
Tak salah dengar kata manusia lain, asalkan mereka bawakan kata-kata yang ada bukti berupa hukum alam yang menjadi sokongan. Sekadar ikut tok guru kata sesuatu ketetapan itu sebab riwayat hadis Nabi yang cakap macam tu, sedangkan tidak dibawakan rasionalnya apa bentuk ketetapan tersebut yang wujud di alam semesta ini, itu hanya kata-kata tok guru yang berdusta.
Ingatlah, ahli-ahli kitab yang tersesat dahulu pun guru kepada kaum Yahudi dan Nasrani. Namu guru itu tidak membawa mereka mentauhidkan Allah, tetap mengadakan sekutu bagi Allah (ambil Nabi sebagai pembuat ketetapan tanpa disokong bukti-bukti yang logik difikirkan)....
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
Baginda ada seorang hamba Allah yang menunjukkan contoh bagaimana cara manusia hendak bergantung kepada Allah semata-mata dalam mencari kebenaran.semut api wrote:Siapakah Muhammad disisi cik kak & apa kaitannya dgn Allah pula?Adli wrote:Jadi itu yang dikatakan menyekutukan Allah itu bermaksud ada kuasa selain Allah, iaitu mereka tidak meletakkan Kuasa Allah dahulu yang sesuatu ketetapan. Mereka guna nama Nabi, untuk mengancam manusia lain supaya tunduk cakap mereka. Mereka tak bawakan bukti-bukti yang menunjukkan Kekuasaan Allah dalam sesuatu ketetapan....
Baginda hanya berkata-kata berdasarkan bukti yang nyata yang Allah tetapkan pada alam semesta ini (Sunnah). Baginda tidak berkata-kata ikut hawa nafsu, melainkan ada logik-logiknya. Umpama pengharaman arak, kerana memabukkan (ada logiknya). Pengharaman makan daging khinzir, sebab ia kotor (ada logiknya). Sampai ke hari ini, ketetapan yang baginda ucapkan berdasarkan apa yang Allah tunjukkan, iaitu ada sokongan bukti. Sampai ke hari ini arak itu memabukkan. Sampai ke hari ini daging khinzir itu kotor malah baru-baru ini keluar pasal wabak selsema khinzir pula setelah dulu kita dikejutkan pasal JE. Kata-kata baginda penuh dengan logik bila kita fikirkan. Tidak pula dalam Quran kita jumpa, diharamkan arak kerana riwayat hadis Nabi Musa mengatakan arak itu haram.
Itulah sifat-sifat yang perlu ada pada seorang manusia yang tidak menyekutukan Allah. Bercakap berdasarkan fakta yang kukuh dan jelas, bukannya main tumpang kata-kata atas nama orang mulia terdahulu tanpa berfikir.
Kita nampak, hasil ajaran Quran yang dibawakan oleh baginda, menjadikan sesuatu masyarakat tunduk kepada bukti-bukti yang nyata yang Allah tetapkan pada alam ini (hukum alam). Itulah tanda kita tunduk kepada Allah, dengan patut kepada ketetapanNya yang wujud di alam ini.
Bila sesuatu masyarakat itu tunduk patuh kepada bukti-bukti yang nyata, mereka tidak mudah main terima cakap orang. Mereka dijauhkan dari suka dengar khabar angin dan fitnah. Maka masyarakat akan harmoni sebab tukang fitnah dan pembawa khabar angin tiada tempat dalam masyarakat yang berpegang pada bukti-bukti yang kukuh.
Namun dalam masyarakat Islam sekarang, akibat beragama main pakai turut cakap orang tanpa berfikir, mereka mudah ditipu oleh khabar angin dan fitnah. Bila datang kata-kata yang dibawa oleh orang yang berjubah dan berserban, terus dipercayainya benar. Akibatnya umat Islam berbalah-balah dan berpuak-puak kerana ada tok guru yang mencari kemegahan ramai pengikut dan pengaruh politik. Rosak masyarakat jadinya bila masjid dijadikan pusat pemecah-belah masyarakat sedangkan zaman Rasulullah, masjid dijadikan pusat perbincangan untuk bawakan bukti-bukti yang nyata. Sebab seseorang Rasul datang dengan bawa bukti-bukti yang nyata untuk sesama manusia fikir-fikirkan bukannya buat ketetapan palsu tanpa bukti yang nyata.... )
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
kenapa cik kak seolah2 menolak Baginda SAW?Adli wrote:Baginda ada seorang hamba Allah yang menunjukkan contoh bagaimana cara manusia hendak bergantung kepada Allah semata-mata dalam mencari kebenaran.
Baginda hanya berkata-kata berdasarkan bukti yang nyata yang Allah tetapkan pada alam semesta ini (Sunnah). Baginda tidak berkata-kata ikut hawa nafsu,
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Re: Islam dan Keberanian
Apa yang aku dapat agak akal adalah Allah bagi nya....dan dirinya adalah rasul....jadi tak perlu dia merujuk kepada Hadis Nabi S.A.W....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23
Re: Islam dan Keberanian
Nabi Muhammad adalah seorang Rasul yang membawa bukti-bukti yang nyata. Tanda-tanda kebenaran kata-kata baginda ada dalam Quran di mana ayat-ayat Quran itu suatu yang logik difikirkan, dan mengikut hukum alam. Oleh kerana saya berpegang kepada bukti-bukti yang nyata, bagaimana mungkin saya menolak kebenaran yang baginda sampaikan?semut api wrote:kenapa cik kak seolah2 menolak Baginda SAW?Adli wrote:Baginda ada seorang hamba Allah yang menunjukkan contoh bagaimana cara manusia hendak bergantung kepada Allah semata-mata dalam mencari kebenaran.
Baginda hanya berkata-kata berdasarkan bukti yang nyata yang Allah tetapkan pada alam semesta ini (Sunnah). Baginda tidak berkata-kata ikut hawa nafsu,
Cuma saya menolak orang yang perguna nama baginda untuk menetapkan sesuatu kata-kata yang tidak disokong dengan ketetapan Allah agar saya tidak menyekutukan Allah dengan jadikan baginda sebagai satu kuasa lain yang menetapkan sesuatu perkara tanpa perlu bukti-bukti yang nyata sebagai sokong.
Saya beragama berpegang pada bukti-bukti yang logik dan rasional, bukan pada nama manusia, sebab kata-kata atas manusia mudah dipalsukan dan bersifat lemah, sedangkan kata-kata yang disokong dengan logik dan rasional, ia bersifat kukuh dan teguh. Seperti mana hukum-hukum sains tidak memerlukan nama saintis yang menyokongnya tetapi cukuplah bukti-bukti yang wujud di antara langit dan bumi ini menguatkannya.
Dan Allah telah perlihatkan, kaum yang berpegang pada bukti-bukti yang wujud di alam semesta ini diperkuatkan berbanding kaum yang berpegang pada nama Nabi Muhammad. Sesungguhnya apa yang Allah tetapkan ini menjadi peringatan yang berguna bagi manusia yang berakal...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
Dalilnya firman Allah “Barangsiapa menentang Rasul
setelah jelas baginya kebenaran, dan mengikuti selain jalannya
orang-orang mukmin, kami biarkan ia berleluasa bergelimang dalam kesesatan
dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk
tempat kembali.” (An-Nisa: 115)
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23
Re: Islam dan Keberanian
Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau." Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta." (An Nahl: 86)
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
Adli wrote:Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau." Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta." (An Nahl: 86)
Hua hua hua hua hua....ayat tu diturunkan kepada orang kafir atau kepada orang yang berpegang kepada Quran dan Hadis Nabi s.a.w....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6046
Registration date : 2009-04-23
Re: Islam dan Keberanian
Diperingatkan kepada orang yang terasa dia menyekutukan Allah akibat jadikan riwayat seseorang Nabi sebagai ketetapan, sedangkan Allah tidak mendatangkan ketetapan pun. Aku tersenyum aje...Zahabur wrote:Adli wrote:Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau." Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta." (An Nahl: 86)
Hua hua hua hua hua....ayat tu diturunkan kepada orang kafir atau kepada orang yang berpegang kepada Quran dan Hadis Nabi s.a.w....
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7469
Registration date : 2008-04-14
Re: Islam dan Keberanian
apa itu Allah yg cik kak faham?Adli wrote:(Allah)
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 3 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum