e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Islam dan Keberanian I_vote_lcap6%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap23%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap21%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap8%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap8%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap6%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap6%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap0%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap6%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap4%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap0%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap1%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap3%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap1%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Islam dan Keberanian I_vote_lcap5%Islam dan Keberanian I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
Juang (3494)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Islam dan Keberanian I_vote_lcapIslam dan Keberanian I_voting_barIslam dan Keberanian I_vote_rcap 

Keywords

baqarah  2013  2024  2010  2011  2012  


Islam dan Keberanian

+4
Al-Bahr
IslahkanDiri
Adli
Juang
8 posters

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Go down

Islam dan Keberanian Empty Islam dan Keberanian

Post by Juang Wed Dec 03, 2008 8:52 am

Dahulu aku menganggap Islam itu sekadar taat buat rukun-rukun Islam semata-mata. Jadi dengan membuat segala rukun-rukun yang telah dipelajari sejak belum akil baligh itu, aku anggap telah sempurnalah aku sebagai seorang Islam.

Namun sejak Allah bukakan hatiku mengkaji Quran, barulah aku nampak bahawa Islam mengandungi elemen semangat keberanian. Berani menegakkan dan mempertahankan kebenaran. Semangat ini boleh kita rasai apabila kita mula mengkaji Quran dan menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad serta para nabi-nabi yang ada disebut dalam Quran.

Bayangkan, ketika masyarakat Quraisy beragama secara ikut-ikutan tak guna akal, Nabi Muhammad bangkit menyedarkan masyarakat dengan menyampaikan hujahnya secara logik tanpa disandarkan atas riwayat-riwayat nabi-nabi terdahulu. Tidak pula kita jumpa ayat-ayat Quran yang menunjukkan Nabi Muhammad menyandarkan kata-kata nabi terdahulu pada perawi-perawi. Baginda hanya bergantung kepada Allah semata-mata. Betapa beraninya baginda dalam menyampaikan dan mempertahankan kebenaran.

Tetapi semangat keberanian itu sudah tidak ada dalam umat Islam sekarang sehingga mereka pengecut guna akal mereka sendiri. Untuk mengenal Pencipta mereka sendiri pun kena cari tok guru untuk tolong tunjukkan jalan, sedangkan Allah itu terlalu dekat pada diri setiap individu itu. Kerana itu dikatakan Allah Maha Mengetahui segala isi hati bagi menunjukkan logik dekatnya Allah dengan makhluk-makhlukNya. Akibat beragama secara pengecut walaupun mengaku Islam, umat Islam sekarang jadi lemah. Sudahlah lemah, berpecah-belah pula berebut kuasa seperti beruk-beruk berebut pisang.

Mereka mungkin marah bila diumpamakan seperti beruk sebagai mana orang-orang Yahudi terdahulu diumpamakan seperti kera-kera yang hina. Namun, kemarahan mereka itu tidak membawa sebarang erti, malah mendekatkan mereka kepada syaitan yang memanaskan hati mereka sendiri. Kelak jika mereka mati dalam kepanasan hati, maka logiklah mereka dihumban ke dalam Jahannam yang teramat panas dari api di dunia.

Apabila kita mengaku Islam, sebenarnya kita telah memikul amanah Allah yang berat. Kita membawa imej Allah sebab hanya Islam diakui sebagai agama Allah. Tetapi sekadar Islam ikut-ikutan, manusia itu tidak akan merasai amanah Allah. Maka bagi mereka cukuplah hidup ini sekadar tahu buat ibadat dan mengutuk pemimpin sendiri kononnya mereka tidak melaksanakan hukum Islam. Itulah manusia yang lalai memikirkan apa yang mereka perbuat dalam hati mereka sendiri. Sebab itu apabila Allah datangkan hujah logik, mereka jadi pengecut yang berpaling lari.

Setakat mengaku di mulut "Aku seorang Islam dan aku lebih Islamik daripada orang lain", semua manusia mudah mengucapkan. Tetapi yang sanggup memikul amanah menegakkan kebenaran dan mempertahankannya dengan semangat juang yang tinggi, hanya mereka yang yakin guna akal sendiri sahaja yang sanggup melakukannya.

Faktor utama yang menyebabkan umat Islam sekarang beragama secara lemah dan pengecut adalah kerana mereka dapat Islam secara mudah. Mereka anggap dengan dilahirkan dari keturunan Islam, mereka sudah pun Islam. Sama perangai mereka dengan golongan Yahudi dan Nasrani terdahulu yang menganggap mereka sudah pun menuruti ajaran rasul-rasul mereka disebabkan mereka lahir dari keturunan pengikut agama seseorang rasul itu. Padahal mereka telah pun mengadakan sekutu bagi Allah dengan meletakkan urusan akidah mereka kepada tok guru atau pendita agama mereka. Kesannya menyebabkan mereka hilang keyakinan diri untuk guna otak sendiri mengenal Allah. Walhal tok guru yang mereka jadikan sandaran itu bukannya menyertai Allah bersama-sama dalam penciptaan seseorang manusia itu.

Bila kita melihat sunnah alam, kita akan nampak pengulangan sejarah yang membolehkan kita mengetahui punca-punca kelemahan sesuatu umat. Ini kerana sunnah ini tidak akan berubah. Apabila umat itu sampai tahap mengadakan perantaraan untuk mengenal Allah, pasti mereka jadi lemah dan berpecah-belah biarpun mulut mereka berbuih mengaku ikut ajaran rasul mereka. Allah tidak melihat akuan mulut, tetapi apa yang manusia itu kerjakan pada hati masing-masing. Dan Dia Maha Mengetahui siapa golongan yang berani dan siapa golongan yang pengecut.

Belajar kenal diri yang seterusnya membawa kita mengenal Kekuasaan Allah perlu dilakukan oleh setiap jiwa manusia itu. Mereka kena ada semangat bergantung kepada Allah semata-mata. Mereka kena yakin pada diri yang Allah cipta sebaik-baik kejadian kerana Allah kurniakan manusia itu akal yang waras dan mudah berfikir. Hanya pemalas berfikir sahaja suka membuat alasan demi alasan untuk membenarkan mereka beragama sekadar main pakai turut cakap orang.

Sampai satu tahap mereka pandai-pandai pula tetapkan urusan memberi kefahaman Quran itu mengikut nafsu mereka, seperti mengatakan hendak fahami Quran kena tahu bahasa Arab, biarpun terjemahan Quran sudah berlambak-lambak. Ada pula mengatakan kaji Quran tanpa tok guru, akan sesat. Apakah mereka tidak berfikir bahawa Allah itu amat dekat dengan orang yakin kepadaNya untuk kaji Quran? Bukankah manusia yang was-was dengan kemampuan diri untuk kaji Quran itu yang disesatkan oleh syaitan seperti mana pengajaran surah An Naas? Sebab itu apabila dicabar mereka yang pengecut itu untuk membuktikan di mana dustanya kajian Quran yang dilakukan, mereka terdiam dan berpaling lari. Itulah golongan syaitan, kerana syaitan itu pengecut sedangkan Allah Maha Perkasa lagi tidak dikalahkan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Islam dan Keberanian NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Adli Fri Dec 26, 2008 7:55 pm

Sejak saudara Juang buktikan yang Quran boleh dikaji guna akal biarpun tidak tahu berbahasa Arab, sehingga kini orang-orang yang duk kata Quran tidak boleh dikaji guna akal tidak mampu pun buktikan di mana kajian yang saudara Juang lakukan itu adalah dusta.

Jadi kita boleh nampak manusia yang berdusta itu hanya mampu mengatakan "tidak boleh", tetapi bila diminta bukti, mereka berpaling lari. Sesungguhnya orang-orang yang berdusta itu adalah kaum yang pengecut.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Islam dan Keberanian KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by IslahkanDiri Thu Jan 08, 2009 4:21 pm

hendak faham quran tak semestinya kena tahu bahasa arab,kenape org arab still belajar tafsir kalau diorang dh faham al-quran?menurut kuliah ustz Rashid hari ni,bila mana kita hendak memahami isi al-quran kita kena mengetahui cara mentafsir ayat al-quran..barulah kita faham apa yang Allah sampaikan...
IslahkanDiri
IslahkanDiri
Siswazah

Number of posts : 235
Age : 37
Location : Universiti MAlaya
State : Islam dan Keberanian JOH
Reputation : 0
Credits : 5865
Registration date : 2008-04-28

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Adli Fri Jan 09, 2009 9:41 am

IslahkanDiri wrote:hendak faham quran tak semestinya kena tahu bahasa arab,kenape org arab still belajar tafsir kalau diorang dh faham al-quran?menurut kuliah ustz Rashid hari ni,bila mana kita hendak memahami isi al-quran kita kena mengetahui cara mentafsir ayat al-quran..barulah kita faham apa yang Allah sampaikan...

Kalau nak faham Al-Quran kena tahu dan faham bahas Arab, bermakna lama la masa yang kita perlukan untuk memahaminya. Kena amik masa untuk belajar Bahasa Arab dahulu...bukan sehari dua..bukan sebulan dua. malah makan tahun pun ada.

Dan pernah ke kita dengar ada kisah yang mengatakan Rasulullah belajar bahasa lain untuk memahami kitab-kitab terdahulu?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, bersesuaian dengan bahasa perantaraan penyampaiNya. Masa zaman nabi lain, bahasa lain pula KitabNya.

Untuk apa terjemahan yang dilakukan oleh para penterjemah kalau bukan untuk difahami oleh mereka yang tak tahu berbahasa Arab? Mereka bukan menterjemah dengan ikut suka hati mereka. Malah diiktiraf dan di sahkan oleh badan-badan tertentu untuk memastikan isi dan maknanya tetap terpelihara.

Dunia sekarang semakin maju. Ilmu semakin berkembang selaras dengan perkembangan otak manusia yang semakin hari semakin berkembang pesat. Sekarang ni sudah ada Al-Quran digital, siap dengan terjemahan, indeks dan carian untuk sesuatu ayat. Dan dengan adanya jaringan internet yang meluas ini, sesiapa sahaja boleh mendapatkannya dengan senang. Download sahaja. Bukankah semua ini untuk menyenangkan kita juga.

Kalau nak ikutkan, agak susah juga untuk kita nak membelek sebuah Al-Quran untuk mencari satu-satu ayat yang kita perlukan. Tapi dengan anugerah akal yang terbentang luas ini, kehadiran Al-Quran digital memudahkan, menyenangkan dan menjimat masa kita. Cuba bayangkan berapa lama masa yang kita perlukan untuk mencari sesuatu ayat dalam Al-Quran berbanding kita hanya dua tiga kali klik sahaja. Dah berapa banyak masa dapat dijimatkan.

Sesungguhnya apa yang ada dan tersedia ini adalah untuk kita nikmati. Tiada nikmat Allah yang dapat kita dustai lagi...

Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Islam dan Keberanian KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Juang Fri Jan 09, 2009 12:26 pm

Sebenarnya ramai dah nampak yang kita kena kaji Quran biarpun guna terjemahan sekalipun. Macam saudara Adli kata, jika kita tidak menghargai usaha para penterjemah itu, buat apa Quran diterjemahkan?

Allah lebih tahu hamba-hamba Dia yang macam mana sifatnya yang diberikan kefahaman Quran. Dan sesuatu kefahaman itu dicapai apabila ia masuk akal (diterima logiknya).

Orang yang berdusta, pasti tidak berani kaji Quran, sebab kedustaan mereka pasti akan terbongkar bila diperlihatkan secara umum. Hanya mereka yang yakin guna akal untuk mencari bukti-bukti yang logik sahaja berkemampuan melakukannya.

Orang yang menghafal sesuatu belum tentu dia faham apa yang dihafalnya. Setakat kita menyediakan ramai penghafaz Quran dalam bahasa Arab itu, sedangkan tiada yang tahu bagaimana merealisasikan ajaran Quran pada alam nyata, nasib umat Islam sekarang tidak akan berubah seperti yang menimpa di Palestin.

Cuba bayangkan jika orang-orang Islam memiliki kebijaksanaan dan kata-kata mereka mudah diterima secara logik oleh orang2 bukan Islam, siapa nak saja-saja serang orang Islam? Tetapi jika perangai orang Islam itu sendiri suka berbunuh-bunuhan atas nama agama, macam mana Allah tak hadirkan kaum yang mudah menghancurkan orang Islam dengan senjata moden mereka?

Sudah sampai masa umat Islam kembali kepada fitrah dalam beragama. Belajar kenal diri guna keupayaan akal sendiri. Jika benarlah guna akal sendiri membawa kesesatan, sudah pasti kajian-kajian Quran yang dibuat selama ini mampu dibuktikan dusta.

Bukannya nak mendabik dada, tapi nak tunjukkan bukti yang nyata bahawa Quran itu mudah sahaja dikaji guna akal dgn membuat perbandingan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Sekarang ini orang Islam sekadar pandai cakap, tetapi tidak mampu membuktikan. Cakap Islam itu benar sedangkan mereka tonjolkan Islam yang berpecah-belah. Siapa nak yakin dengan golongan cakap tak serupa bikin?

Buktikan dulu ajaran Quran pada diri sendiri sebelum suruh pemimpin ikut Quran! Nabi Muhammad menyampaikan Quran setelah baginda buktikan pada diri baginda sendiri.

Tidak malukah kita pada Allah, kita hanya pandai suruh orang buat itu dan ini, tetapi kita sendiri tak mampu buat??
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Islam dan Keberanian NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Thu Apr 16, 2009 8:50 am

Benar penjelasan kalian bertiga tu, kalau hidup kita ini berpandukan Quran, keberanian untuk menegakkan kebenaran pasti datang dengan sendirinya. Iaitu berani kerana benar dan kita membenarkan apa yang termaktub di dalam Quran itu sendiri (praktis & praktik). Bukan hanya setakat cakap yang Quran itu adalah benar.

Kelemahan Melayu-Islam kita sekarang kerana merasakan diri sudah cukup Islam dengan keturunan (lahir dari keluarga islam), nama islam, pakaian islam & sesuatu yang menampakkan islamic. Tetapi dalam masyarakat Melayu-Islam kita sendiri hidup berpuak-puak & berpecah belah.

Memang ada keberanian dalam masyarakat Melayu-Islam kita tu, tapi keberanian yang sebegitulah, keberanian untuk menyatakan cara 'aku betul' dan cara 'engkau salah'. Lantas ianya menjadikan kita berpecah belah dan berpuak-puak untuk mengikut cara masing-masing yang dirasakan betul.

Benar akidah adalah pegangan sendiri, tetapi ianya tak perlu sampai berani untuk berpuak-puak dan berpecah-belah dalam masyarakat. Keberanian yang sebenarnya adalah dengan membangunkan akal masyarakat dan bersatu sebagai masyarakat yang mengakui beragama Islam yang sebenarnya (tulen).
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Juang Thu Apr 16, 2009 9:40 am

Tanda2 seseorang itu benar, dia akan berani menegakkan kebenaran kata2nya dengan membawa bukti2 yang nyata.

Kalau kita lihat, sekarang ini ramai mengaku Islam, tetapi bila diajak bermuzakarah membuktikan kebenaran diri masing2, mereka setakat mampu membawa celaan dan makian semata2, bila hujah2 mereka dipatahkan.

Itukah ciri2 orang Islam? Jika kita kaji Quran, ciri2 yang suka mengejek2 bila kalah berhujah adalah ciri2 orang kafir.

Setakat mengaku Islam, semua orang boleh mengaku. Tetapi Allah melihat sejauh mana kebenaran yang ada dalam hati (ilmu), bukannya pada ejekan yang keluar dari mulut untuk melepaskan amarah bila kalah membawakan bukti2 yang nyata.

Orang yang benar, tidak takut menegakkan kebenaran, sehingga sampai tahap memadamkan posting2 orang lain. Hanya orang pengecut sahaja berbuat begitu.

Banyak forum2 yang namanya cukup Islamik (berbunyi Arab) pernah saya lawati. Bila diajak berbincang dengan bawakan bukti2 yang nyata, mereka jadi penakut. Padahal, sesiapa yakin dirinya benar, bawalah bukti2 yang menunjukkan kebenarannya, bukannya tunjukkan kepenakutan.

Benar apa yang Al-Bahr kata. Apa yang sdr nampak keadaan orang Melayu-Islam sekarang yang lemah dan berpecah-belah, itulah yang Nabi Muhammad pernah nampak pada kaum Yahudi-Nasrani yang berpecah-belah padahal mereka kata mereka benar dan sudah ikut ajaran Rasul2 terdahulu. Hakikatnya mereka hanya golongan yang mendustai agama dan menyembah manusia (mentaati kata2 ulamak mereka tanpa memahami hikmah).

Akibat beragama secara dusta, mereka jadi pengecut macam rata2 yang mengaku Islam sekarang tetapi penakut nak tegakkan kebenaran. Apakah golongan sebegitu (pengecut) yang dijanjikan syurga?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Islam dan Keberanian NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Thu Apr 16, 2009 1:25 pm

Juang wrote:Benar apa yang Al-Bahr kata. Apa yang sdr nampak keadaan orang Melayu-Islam sekarang yang lemah dan berpecah-belah, itulah yang Nabi Muhammad pernah nampak pada kaum Yahudi-Nasrani yang berpecah-belah padahal mereka kata mereka benar dan sudah ikut ajaran Rasul2 terdahulu. Hakikatnya mereka hanya golongan yang mendustai agama dan menyembah manusia (mentaati kata2 ulamak mereka tanpa memahami hikmah).

Akibat beragama secara dusta, mereka jadi pengecut macam rata2 yang mengaku Islam sekarang tetapi penakut nak tegakkan kebenaran. Apakah golongan sebegitu (pengecut) yang dijanjikan syurga?

Bagaimanalah agaknya nanti nasib umat Islam-Melayu kita nanti, adakah kita sanggup melihat negara kita bakal dijajah lagi?

Kerana Allah telah berjanji melalui firmanNya di dalam kitab Quran, jika sesuatu kaum itu berlaku zalim terhadap dirinya sendiri (dalam masyarakat) ; maka Allah akan hantarkan suatu kaum yang lebih kuat & gagah untuk menghancurkan bangsa yang zalim itu.

Cukupkah keberanian masyarakat Islam-Melayu kita ada untuk menghadapi semua itu? Apa yang saya nampak sekarang, masyarakat Islam-Melayu kita sendirilah yang menzalimi sesama bangsa sendiri. Baik dari segi politik, pendidikan, keselamatan (polis) dan etc.

Jika tidak mengapa setiap hari ada saja laporan di dada2 akhbar tentang masalah sosial, politik, pendidikan etc di M'sia? Bukankah itu tanda2 kita telah berlaku zalim dalam masyarakat.
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Juang Thu Apr 16, 2009 1:55 pm

Kekuatan masyarakat bermula pada agamanya. Bila dalam bab agama pun sudah berpecah-belah dan tidak boleh menerima perbezaan pendapat, macam mana dalam bidang2 lain nak berlaku adil?

Sebab itulah kita kena belajar berani bermuzakarah dan berlapang dada menerima perbezaan pendapat. Ini tidak, asalkan berbeza dengan amalan nenek moyang, terus seseorang itu dihukum sesat. Macam itulah para Rasul terdahulu dihukum sesat semata2 kerana berani menolak amalan nenek moyang yang bercanggah dengan ajaran Kitab2 terdahulu.

Sdr Al-Bahr pun boleh jangka apa akan jadi kepada orang melayu-Islam akan datang jika sekarang pun sudah tunjukkan tanda2 perpecahan dan beragama mengadakan "anak" Allah. Ada yang sampai tahap memuliakan Nabi Muhammad macam baginda itu anak Allah. Dulu kita ingatkan orang Nasrani dan Yahudi sahaja buat macam tu, tapi depan mata sudah wujud.

Mereka taksub pada sesuatu perkataan yang dikatakan hadis Nabi. Selagi kata2 yang didakwa hadis Nabi, mereka percaya dan turuti membuta-tuli. Sedangkan ajaran seseorang Nabi itu pasti mengandungi hikmah. Itulah yang membezakan kata2 tulen seorang Nabi atau kata2 palsu.

Dalam Quran ada menyebutkan lebih kurang maksudnya langit akan terbelah dan gunung akan runtuh bila manusia mengambil "anak" bagi Allah. Kita dah lihat bagaimana bergegarnya bumi sehingga tsunami melanda masyarakat yang berpecah-belah dan berperang saudara disebabkan nak tegakkan hukum Islam kononnya. Namun golongan yang kata nak tegakkan Islam itu bila diajak berbincang pasal agama di forum2 pun sudah pengecut, macam manalah Allah nak izinkan mereka tegakkan Islam di muka bumi?

Itulah Sunnah Allah telah menetapkan golongan mendustai agama pasti lemah kata2nya lagi cepat panas hati bila kita mampu buktikan mereka dusta.

Jika sdr Al-Bahr pernah menghadapi golongan sedemikian, sdr akan nampak ciri2 mereka sama seperti golongan kafir yang disebut dalam Quran iaitu mereka menunjukkan kedengkian bila amalan nenek moyang mereka dibuktikan dusta.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Islam dan Keberanian NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Thu Apr 16, 2009 2:37 pm

Memang menyedihkan nasib umat Islam sekarang. Saya sendiri juga bukanlah terlalu bagus bila dah tersedar, tetapi sekurang-kurangnya ada kesedaran untuk berubah.

Juga cuba mengubah sesuatu yang telah menjadi tradisi nenek moyang secara perlahan2. Tentulah tidak boleh sekaligus begitu sahaja, sedangkan terapan yang menjadikan diri sendiri lemah itu sudah bertahun2 di dalam jiwa.

Jika sesuatu bencana diturunkan Allah, bukan hanya golongan yang ingkar sahaja mendapatnya, tetapi mereka yang tidak berdosa yang ada bersama2 golongan tersebut. Seperti bencana tsunami, ianya menyapu bersih semuanya sekali.

Seolah2 mencuci bersih segala noda & dosa yang diperbuat oleh kaum2 yang bercakaran sesama sendiri (saudara se-Islam) atas dasar menegakkan Islam yang sebenarnya itu.

Sesungguhnya janji Allah adalah benar bila sampai tempohnya yang tertentu.
Sudah pastilah Kiamat akan semakin menghampiri kita semua!
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Juang Thu Apr 16, 2009 2:58 pm

Di sinilah keberanian kita diuji. Sanggupkah kita menolak amalan nenek moyang kita yang jauh dari ajaran Quran sendiri?

Perkara ini memang mula2 susah nak lakukan sebab was-was (syaitan) banyak berbisik dalam hati. Was-was itulah serendah2 peringkat syaitan. Tetapi dengan sentiasa belajar, rajin berfikir dan mencari bukti2 yang nyata, sampai satu tahap kita akan rasa yakin dengan pegangan hidup kita. Kita sudah tidak beragama ikut2 orang dan masyarakat, tetapi mengikut hikmah dan bukti2 yang Allah tunjukkan.

Mana yang terbukti benar (mengikut sunnah/hukum alam) biarpun datang dari Barat, kita terima. Mana2 yang terbukti dusta dan bercanggah dengan hukum alam biarpun dikatakan Nabi Muhammad yang lakukan, kita tolak. Seorang Rasul tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan hukum alam. Malah mereka menyampaikan dengan hikmah, iaitu setiap perbuatan mereka ada erti yang tersendiri. Bukannya mereka suruh kita taat membuta-tuli.

Kalau kita disuruh taat membuta-tuli ajaran seseorang Rasul, buat apa Allah turunkan hikmah dan keterangan2 kepada Rasul itu? Baik disuruh buat solat, puasa dan ibadah2 lain itu ketika wahyu pertama. Tetapi kenapa sebelum disuruh sesuatu perkara, Allah suruh baginda belajar dan sucikan hati dahulu. Sampai level sesuatu kesucian hati dan ketinggian akal akal, barulah baginda layak buat sesuatu ibadah dan suruhan.

Sekarang ni umat Islam nak cepat dapat buat macam Nabi buat (kononnya nak jadi orang Islam dengan tiru apa Nabi buat), maka ditirunyalah segala suruhan baginda, sedangkan hikmah sesuatu perbuatan itu mereka tak tahu pun. Main buat tanpa berfikir. Hasilnya, jadilah muslim yang tidak berkualiti, sekadar ramai dari segi kuantiti sahaja. Hati mereka penuh penyakit berbangga diri dan berhasad dengki. Bila berbeza pendapat, hanya nak tahu hukum orang lain tak betul, tetapi nak bawa apa bukti diri betul, mereka tak mampu. Islam akuan mulut tak sama dengan Islam yang tertegak dalam jiwa.

Sebab itu bila dicabar tegakkan kebenaran masing2 jika mengaku Islam, dengan bawakan bukti2 dan hikmah, mereka hanya berpaling lari. Apakah sama orang2 pengecut dengan orang yang berani?

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Islam dan Keberanian NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Juang Fri Apr 17, 2009 10:16 am

Sunnah telah menunjukkan, apabila manusia itu beragama ikut2an, mereka jadi penakut nak tegakkan kebenaran. Ini kerana mereka main buat sahaja, tanpa memahami apa tujuan mereka buat itu untuk kehidupan realiti. Mereka beragama kerana mengikut masyarakat. Jika itulah tahap pemahaman Islam mereka, apa bezanya Islam dengan agama2 lain?

Islam tertegak berasaskan keberanian. Berani mengatakan yang benar. Kebenaran dalam diri tidak akan terbukti selagi tidak berani menegakkan kebenaran. Sebab itu jika kita lihat kisah2 golongan beriman yang disebutkan dalam Quran, mereka berani mengatakan yang benar.

Ada kita baca kisah Nabi Musa berdakwah pada Firaun dengan menumpang kata2 alim ulamak sebelum baginda? Jika begitulah cara Nabi Musa beragama, pasti dia akan takut nak berhadapan dengan Firaun sebab baginda tiada bukti2 yang nyata nak dibawa di hadapan Firaun.

Namun rata-rata umat Islam sekarang sudah jadi pengecut. Di sebalik tabir alam siber pun mereka tidak mampu nak bawakan kebenaran kata2 mereka. Malah ada yang sekadar bawakan kedengkian dan kekafiran mereka sahaja bila berbeza pendapat. Mereka tidak boleh bersabar, sedangkan golongan beriman itu adalah golongan yang sabar.

Di medan forum2 sebeginilah kita boleh belajar berani bawakan kebenaran yang kita kata kita berpegang padanya. Jika manusia itu takut nak bawakan bukti2, dan hanya berpegang pada nama orang lain, nampak sangat dia seorang yang pengecut. Secara tidak langsung menunjukkan dia tidak faham pun apa pegangan agamanya selama ini melainkan kerana menurut orang.

Itulah realiti dan punca kenapa umat Islam sekarang jadi umat yang lemah. Majoritinya beragama kerana ikut2an dan tidak tahu apa hikmah di sebalik yang mereka ikuti. Bagi mereka, apa yang tok guru mereka ajar, terimalah sahaja, jangan difikir2kan. Akhirnya jadilah mereka generasi yang lebih hina dari binatang ternak, kerana ada akal tetapi tidak mahu digunapakai.

Di forum2 yang mengajak kita berfikir sebeginilah kita boleh belajar membangunkan akal, sebab itu disampaikan tulisan2 yang mengajak kepada berfikir. Inilah medan untuk membuktikan kebenaran dan keberanian masing2.

Apakah kita ingat kita akan masuk syurga setakat dapat Islam dari keturunan dan tercatat status "Islam" di MyKad kita? Sedangkan golongan beriman dahulu dapat Islam dengan cara berjuang. Dan Allah Maha Adil. Tak sama nasib orang yang pengecut menegakkan kebenaran dengan orang yang berani kerana benar.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Islam dan Keberanian NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Sat Apr 18, 2009 12:48 am

Itulah sedihnya realiti cara beragama kita sekarang, semuanya main ikut terapan nenek moyang. Sudahlah yang patut dipelajari dahulu dikemudiankan, yang sepatutnya terkemudian didahulukan. Tunggang terbalik jadinya cara beragama kita sebagai Melayu-Islam di M'sia ini.

Bagaimana hidup kita sebagai orang Melayu-Islam ini tidak berpecah-belah dan bertelagah sesama sendiri saja. Siapakah yang berani perbetulkan semua ini? Akan sampaikah suatu masa nanti masyarakat Melayu-Islam kita akan beragama mengikut cara yang asli & tulen dalam ertikata sebenarnya?

Ataupun ianya sekadar impian sahaja hingga ke hari kiamat yang bakal menghampiri generasi seterusnya?
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Adli Sat Apr 18, 2009 12:12 pm

Jika Allah takdirkan Kiamat berlaku sebelum orang Melayu kembali kepada Islam yang tulen (jadi bangsa yang bijaksana, berhikmah dan bersemangat), maka apa yang diimpikan itu hanya tinggal impian sahaja.

Tetapi jika Allah hadirkan tsunami macam di Acheh dahulu, masih ada harapan generasi yang masih hidup itu untuk beragama tunduk kepada kebenaran, bukannya tunduk kepada kata-kata manusia tanpa berfikir panjang.

Sekarang ini kita sedang tunggu perkiraan Allah. Jika sudah diseru orang Melayu tinggalkan amalan nenek moyang yang terpesong dari Al Quran pun masih ramai yang membantah, itu tanda-tanda azab Allah semakin hampir.

Bagi orang-orang yang lalai, mereka tidak sedar ancaman azab Allah sudah semakin hampir, seperti mana masyarakat di Acheh tidak sedar tanda-tanda kedatangan tsunami. Tetapi jika fikirkan dengan adanya kejadian banjir besar dan pelik di Johor, banyaknya berlaku tanah-tanah runtuh, dan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu, itulah tanda-tanda azab Allah semakin hampir.

Namun berapa ramai memikirkan ke arahnya?
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Islam dan Keberanian KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Sat Apr 18, 2009 3:08 pm

Ya, benar.Tidak ramai yang memikirkan, melainkan masih bertelagah sesama sendiri sahaja.Bukankah dalam surah yaasin ada menyebut, mereka yang bertelagah sesama sendiri dengan bersoaljawab tentang kiamat , sehingga datang satu pekikan saja yang menyebabkan mereka tidak lagi kembali untuk meninggalkan satu wasiat pun.


p/s : Kalau saya silap tolong betulkan ya.

TQ sdr Adli!
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Adli Sat Apr 18, 2009 4:46 pm

Pertelagahan hanya boleh diselesaikan dengan cara bawa berbincang. Sebab itulah dikatakan Rasulullah dan golongan beriman dahulu suka berbincang. Mereka belajar agama cara perbincangan, bukannya cara satu hala macam wujud sekarang.

Perbincangan mampu menegakkan kebenaran dan keberanian. Tetapi golongan yang beragama secara penakut, mereka tidak sanggup berbincang buktikan kebenaran akidah mereka. Mereka setakat mengaku diri mereka benar, tetapi bila diminta buktikanlah kebenaran yang ada dalam diri, mereka berpaling lari.

Ketika Kiamat itu berlaku, ke manakah golongan yang penakut menegakkan kebenaran itu nak lari agak-agaknya?
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Islam dan Keberanian KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Sat Apr 18, 2009 10:50 pm

Ketika Kiamat itu berlaku, ke manakah golongan yang penakut menegakkan kebenaran itu nak lari agak-agaknya?
Memang tak dapat lari kemana-mana dan petikan ayat Quran yang sesuai untuk menggambarkan golongan tersebut ialah :-

Dan mereka berkata, "Bilakah terjadinya yang (hari berbangkit itu) dijanjikan jika kamu memang benar."

Tidak ada yang mereka tunggu melainkan suara pekikan yang menyambar mereka sewaktu sedang bertengkar.

Maka mereka tidak sempat memberi wasiat dan tidak (pula) kembali kepada keluarganya.

Dan apabila sangkakala ditiup, lalu mereka keluar dari kubur, untuk mengadap Tuhannya.

Mereka berkata, "Alangkah malangnya nasib kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?" Inilah yang dijanjikan Tuhan Yang Maha Pemurah. Benarlah (apa yang disampikan) rasul-rasul.

Dengan suatu suara pekikan (sahaja) mereka sudah berkumpul dihadapan Kami.

Pada hari itu tidak dikurangkan sedikit jua pun ganjaran seseorang. Dan kamu diberi ganjaran sesuai dengan amal perbuatan kamu. Surah Yaasin : ayat 48-54

p/s: kalau sdr Adli boleh perjelaskan lagi, lagi elok. Saya faham tersurat saja.

TQ sdr Adli!
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Adli Sat Apr 18, 2009 11:11 pm

Ayat-ayat surah Yaasin yang saudara Al Bahr bawakan itu mengingatkan saya dengan video-video ketika terjadinya tsunami empat tahun lalu. Gambarannya hampir sama. Apakah mereka sempat memberi wasiat dan dapat kembali kepada keluarga mereka?

Menyesal dahulu, pendapatan. Menyesal kemudian, tiada gunanya. Ketika hari itu ada manusia yang menyesal yang tiada kesudahannya. Ketika itu ada yang minta dikembalikan ke dunia untuk perbaiki amalan. Mereka adalah golongan yang berbangga diri yang merasakan dirinya sudah benar, dan tidak mengadakan pembaikan.

Jika mereka dikembalikan pun, pasti mereka menentang semula kebenaran, sebab Allah sudah tunjukkan azab seperti tsunami itu pun mereka tak insaf-insaf. Masih menurut amalan nenek moyang dan menyembah Thagut.

Ini dikecualikan pada orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang disebutkan dalam ayat-ayat di bawah;

Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut (menyembah nama2 manusia atau makhlukNya), dan insaf kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku, yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai akal. (Az Zumar: 17~18)

Hanya orang-orang yang berlapang dada mendengar semua perkataan dan memilih apa yang terbaik sahaja yang mendapat kegembiraan di hari Kiamat.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Islam dan Keberanian KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Sun Apr 19, 2009 12:02 am

Ya..ya..betul tu, tima kasih kerna sudi perjelaskan lagi.

TQ sdr Adli!
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Juang Wed Apr 22, 2009 2:08 pm

Saya membaca posting-posting sdr Al Bahr sudah terpancar keberanian dalam menegakkan kebenaran. Sdr dilihat sudah yakin menghadapi hujah yang berbeza pendapat. Itulah cara kita meningkatkan semangat berfikir dan menegakkan kebenaran. Tanpa berani menegakkan kebenaran, pasti manusia itu jadi golongan yang lemah daya fikirnya, sebab dia tiada sesuatu yang mendorong diri untuk meningkatkan tahap berfikir.

Sebab itulah kami kaji Quran itu untuk jadi seorang yang yakin dengan anugerah akal yang Allah beri supaya kami menjadi manusia yang bergantung kepada Allah semata-mata. Alangkah malangnya kaum yang mengadakan sekutu bagi Allah, sehingga nak fahami Quran guna akal sendiri pun mereka tidak mampu. Mereka lebih suka menurut apa yang disuapkan kepada mereka berbanding mencari, mengkaji, memerhati dan menilai dengan akal yang waras. Sebab itulah mereka jadi golongan yang pengecut guna akal sendiri.

Apakah sama di sisi Allah orang yang guna akal dan tidak guna akal? Golongan mana yang berani keluarkan pendapat sendiri lagi diperkuatkan kata-katanya dengan logik berdasarkan sunnah dan realiti?


Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Islam dan Keberanian NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Thu Apr 23, 2009 2:06 pm

Saya berani untuk perkara benar yang saya tahu sahih kebenarannya sahaja, tapi untuk yang tidak sahih kebenarannya lagi tetaplah saya tidak berani memandai2.

Juga kalau saya tak dapat buktikan ianya salah, saya tidak akan katakan sesuatu itu sebagai salah.

Saya baca dan lihat ada perdebatan hangat di topik2 lainnya, tetapi tetaplah saya tidak berani untuk turut berhujah sedang saya tak cukup ilmu lagi. Bak kata pepatah Melayu, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga.

Begitulah situasi saya sekarang ini, jadi adalah lebih baik saya hanya membaca saja posting2 yang ada di topik2 terhangat tersebut. Terima kasih atas kata semangat dan dorongan itu untuk saya adanya (sedar diri)...
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by FeLiSeWoMaN Thu Apr 23, 2009 2:15 pm

Al-Bahr wrote:Saya berani untuk perkara benar yang saya tahu sahih kebenarannya sahaja, tapi untuk yang tidak sahih kebenarannya lagi tetaplah saya tidak berani memandai2.

Juga kalau saya tak dapat buktikan ianya salah, saya tidak akan katakan sesuatu itu sebagai salah.

Saya baca dan lihat ada perdebatan hangat di topik2 lainnya, tetapi tetaplah saya tidak berani untuk turut berhujah sedang saya tak cukup ilmu lagi. Bak kata pepatah Melayu, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga.

Begitulah situasi saya sekarang ini, jadi adalah lebih baik saya hanya membaca saja posting2 yang ada di topik2 terhangat tersebut. Terima kasih atas kata semangat dan dorongan itu untuk saya adanya (sedar diri)...

salam all..aku jugak seperti al-bahr..bl0m cukup ilmu di dada utk membincangkan topik2 yg hangat tu..sebagai cilik disini, aku harap forumers berhati2 ketika mengeluarkan sesuatu usul, jangan sampai menimbulkan kekacauan.. dan gunakan akal fikiran dulu sbl0m mengeluarkan statement tu..ada sesetengah dari forumers seperti budak2 tidak cukup umur membahaskan sesuatu topik..

p/s : d0nt b childish.. Neutral
FeLiSeWoMaN
FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts : 2310
Age : 37
Location : PaSiR MaS,KeLaTe
State : Islam dan Keberanian KEL
Reputation : 1
Credits : 5936
Registration date : 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Thu Apr 23, 2009 2:54 pm

FeLiSeWoMaN wrote:
Al-Bahr wrote:Saya berani untuk perkara benar yang saya tahu sahih kebenarannya sahaja, tapi untuk yang tidak sahih kebenarannya lagi tetaplah saya tidak berani memandai2.

Juga kalau saya tak dapat buktikan ianya salah, saya tidak akan katakan sesuatu itu sebagai salah.

Saya baca dan lihat ada perdebatan hangat di topik2 lainnya, tetapi tetaplah saya tidak berani untuk turut berhujah sedang saya tak cukup ilmu lagi. Bak kata pepatah Melayu, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga.

Begitulah situasi saya sekarang ini, jadi adalah lebih baik saya hanya membaca saja posting2 yang ada di topik2 terhangat tersebut. Terima kasih atas kata semangat dan dorongan itu untuk saya adanya (sedar diri)...

salam all..aku jugak seperti al-bahr..bl0m cukup ilmu di dada utk membincangkan topik2 yg hangat tu..sebagai cilik disini, aku harap forumers berhati2 ketika mengeluarkan sesuatu usul, jangan sampai menimbulkan kekacauan.. dan gunakan akal fikiran dulu sbl0m mengeluarkan statement tu..ada sesetengah dari forumers seperti budak2 tidak cukup umur membahaskan sesuatu topik..

p/s : d0nt b childish.. Neutral
Salam Perkenalan FeLiSeWoMaN, tima kasih kasih kerana setuju dengan saya...
Ada gak kawan saya nie...pompuan lak tu...bestnya! hikhik...

Tapi siapakah gerangan forumers yang macam budak2 tak cukup umur itu? Seriau pula hamba mendengarnya...hikhik..

p/s : selalu berbaik sangka dengan semua orang (positive thinking)
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by FeLiSeWoMaN Thu Apr 23, 2009 3:09 pm

Al-Bahr wrote:
FeLiSeWoMaN wrote:
Al-Bahr wrote:Saya berani untuk perkara benar yang saya tahu sahih kebenarannya sahaja, tapi untuk yang tidak sahih kebenarannya lagi tetaplah saya tidak berani memandai2.

Juga kalau saya tak dapat buktikan ianya salah, saya tidak akan katakan sesuatu itu sebagai salah.

Saya baca dan lihat ada perdebatan hangat di topik2 lainnya, tetapi tetaplah saya tidak berani untuk turut berhujah sedang saya tak cukup ilmu lagi. Bak kata pepatah Melayu, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga.

Begitulah situasi saya sekarang ini, jadi adalah lebih baik saya hanya membaca saja posting2 yang ada di topik2 terhangat tersebut. Terima kasih atas kata semangat dan dorongan itu untuk saya adanya (sedar diri)...



salam all..aku jugak seperti al-bahr..bl0m cukup ilmu di dada utk membincangkan topik2 yg hangat tu..sebagai cilik disini, aku harap forumers berhati2 ketika mengeluarkan sesuatu usul, jangan sampai menimbulkan kekacauan.. dan gunakan akal fikiran dulu sbl0m mengeluarkan statement tu..ada sesetengah dari forumers seperti budak2 tidak cukup umur membahaskan sesuatu topik..

p/s : d0nt b childish.. Neutral
Salam Perkenalan FeLiSeWoMaN, tima kasih kasih kerana setuju dengan saya...
Ada gak kawan saya nie...pompuan lak tu...bestnya! hikhik...

Tapi siapakah gerangan forumers yang macam budak2 tak cukup umur itu? Seriau pula hamba mendengarnya...hikhik..

p/s : selalu berbaik sangka dengan semua orang (positive thinking)

salam kenalan utk awk juga..pompuan ngan lelaki same jer, tetap makhluk Allah.. xtau plak kal0 nikmat berkawan itu berbeza..ikikk..

x perlulah saya listkan disini hamba Allah yg spt budak x cukup umur tu..
anda rasanya lebih tua dari saya yg baru nk merangkak ni..boleh fikir sendiri kan..

INsya Allah saya akan sentiasa bersangka baik..ameen..

p/s : teruskan perjuangan mencari kebenaran.. Neutral
FeLiSeWoMaN
FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts : 2310
Age : 37
Location : PaSiR MaS,KeLaTe
State : Islam dan Keberanian KEL
Reputation : 1
Credits : 5936
Registration date : 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Al-Bahr Thu Apr 23, 2009 3:40 pm

FeLiSeWoMaN wrote:salam kenalan utk awk juga..pompuan ngan lelaki same jer, tetap makhluk Allah.. xtau plak kal0 nikmat berkawan itu berbeza..ikikk..
Hehe pandai sdr nie, lain beb kawan pompuan & lelaki! cas positif dengan cas negatif samakah? Pandangan pun berbeza banyak sangat2...If sama pun pasti tak serupa...


x perlulah saya listkan disini hamba Allah yg spt budak x cukup umur tu..
anda rasanya lebih tua dari saya yg baru nk merangkak ni..boleh fikir sendiri kan..
Oh ya, benar tu. Silap pula, saya sekadar buat2 tanya saja. Bagus sdr nie, tak baik kita buka aib orang. Tapi kelihatannya di topik2 yang hangat tu siap buka aib orang lagi...tak baik kan? Berbincanglah pada topik yang berkenaan sahaja, kenapa di bancuh semua perkara yang tiada kaitan dengan topik. Pening saya bacanya, bagaimana nak join tu? kalau join setakat tambahkan haru biru baik tak payah...

INsya Allah saya akan sentiasa bersangka baik..ameen..
Sama-samalah kita...

p/s : teruskan perjuangan mencari kebenaran.. Neutral
InsyaAllah, doakanlah kebaikan kepada saya. Saya masih berpijak di bumi yang nyata, masih rujuk alam realiti.
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5829
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Islam dan Keberanian Empty Re: Islam dan Keberanian

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum