e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Cinta & Semangat I_vote_lcap6%Cinta & Semangat I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap23%Cinta & Semangat I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap21%Cinta & Semangat I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap8%Cinta & Semangat I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap8%Cinta & Semangat I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap6%Cinta & Semangat I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap6%Cinta & Semangat I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap0%Cinta & Semangat I_vote_rcap 0% [ 0 ]

Cinta & Semangat I_vote_lcap4%Cinta & Semangat I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap0%Cinta & Semangat I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap1%Cinta & Semangat I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap3%Cinta & Semangat I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap1%Cinta & Semangat I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Cinta & Semangat I_vote_lcap5%Cinta & Semangat I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
Juang (3494)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Cinta & Semangat I_vote_lcapCinta & Semangat I_voting_barCinta & Semangat I_vote_rcap 

Keywords

2011  2013  2010  2024  2012  baqarah  

Cinta & Semangat

+7
penghuluwati
myra_roses
samson
FeLiSeWoMaN
ain
Kalam
Adli
11 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Cinta & Semangat Empty Cinta & Semangat

Post by Adli Wed Jun 18, 2008 6:28 am

Perkataan cinta terlalu indah untuk disebut dan terlalu dalam untuk dimengertikan. Dengan cinta manusia bersemangat untuk hidup. Indahnya hidup Adam bila terbitnya cinta kepada Hawa. Cinta yang suci mendekatkan diri manusia kepada Allah. Dan terbitnya perasaan cinta ini juga atas urusan Allah. Sebab itu selalu kita dengar orang mengatakan jodoh pertemuan di tangan Allah.

Dan tidaklah Allah menerbitkan perasaan cinta itu secara sia-sia atau main-main melainkan untuk menyatukan dua jiwa di dalam rahmatNya. Bila terbit rasa kasih dan sayang sesama manusia, syaitan akan kepanasan, kerana syaitan hanya suka manusia bermusuh-musuhan.

Hidup adalah perjuangan dan mati adalah matlamat. Kita hidup untuk memperjuangkan cinta. Manusia yang hidupnya penuh rasa cinta memiliki jiwa yang halus. Pandangannya sesama insan adalah pandangan kasih dan sayang. Hidupnya ditumpukan bagaimana hendak menyatukan manusia. Akalnya sentiasa memikirkan bagaimana hendak mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan manusia tidak kira bangsa, agama dan negara.

Hidup yang dipenuhi cinta akan membakar semangat berjuang. Seperti yang disebutkan tadi, perasaan cinta menyebabkan syaitan dalam diri kita terbakar. Tenaga bakaran tersebut menjadi semangat untuk kita berjuang dalam hidup. Kerana itu Rasulullah dikurniakan ramai isteri agar sentiasa dalam keadaan bersemangat kerana baginda memikul beban yang berat dalam perjuangan agama Allah.

Bagi yang melihat menggunakan mata zahir, perkahwinan adalah untuk mengejar kepuasan seks semata-mata. Tetapi bagi insan yang menggunakan mata hati, perkahwinan adalah pembuktian kesucian sebuah cinta. Ketika itulah suami dan isteri diuji sejauh mana kuatnya ikatan cinta di antara mereka. Adakah semasa senang sahaja mereka bersama, atau sentiasa teguh bersama dalam keadaan susah atau senang?

Perasaan cinta adalah perasaan fitrah manusia. Kerana itu Islam tidak menghalang perkahwinan. Tidak seperti ada agama lain yang menghalang sesetengah penganutnya berkahwin. Sesuatu yang dikatakan fitrah itu adalah kerana ia waras apabila difikirkan. Malah dalam Islam ada disebut perkahwinan itu menyempurnakan agama.

Cuba kita bandingkan dakwah Nabi Isa dan Nabi Muhammad, siapakah yang mampu menyempurnakan agama Allah? Nabi Isa ketika berdakwah tidak sempat menemui jodohnya. Tanpa semangat dari cinta, baginda tidak mampu memperluaskan perjuangan. Perjuangannya sukar dan terbatas. Baginda hanya memiliki sebelas orang pengikut yang setia sahaja. Setelah berlaku percubaan membunuh baginda, Allah menghijrahkan Nabi Isa ke tempat yang lain sebelum kembali kepada rahmat Allah. Sudah menjadi sunnah mana-mana rasul yang gagal memperluaskan perjuangan, Allah akan mengambil mereka kembali, kerana Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya hidup dalam kekecewaan.

Sebaliknya Nabi Muhammad mendapat kerasulan setelah beristeri. Dan setelah Siti Khadijah wafat, Allah cepat-cepat menggantikan dengan dua orang isteri untuk baginda memulihkan semangat baginda yang telah kehilangan isteri tercinta. Di samping itu, dengan ada dua orang isteri, baginda mampu membuktikan keadilan di mata masyarakat. Apabila baginda berjaya membuktikan keadilan pada diri dan keluarganya, maka tidak mustahil baginda boleh berlaku adil dalam memimpin masyarakat. Dan dakwah baginda semakin mudah disebarkan kerana masyarakat sudah nampak bukti apa yang baginda seru. Fitrah manusia memerlukan bukti untuk mempercayai sesuatu.

Tanya diri kita balik, layakkah kita mengutuk pemimpin kita tidak adil, sedangkan pada diri kita sendiri pun kita tidak mampu buktikan keadilan?

Kembali kepada cinta dan semangat tadi, cinta yang suci tidak akan terpisah oleh kematian. Biarpun jasad sudah tiada, tapi cinta itu terus mekar mewangi kerana cinta yang suci itu tertanam di dalam jiwa. Dan jiwa orang yang beriman itu sentiasa hidup walaupun telah terpisah dengan jasad. Kerana itu para isteri Rasulullah dilarang berkahwin lain setelah kewafatan baginda kerana mereka telah membuktikan kesucian cinta mereka dan cinta itu hanya layak untuk Rasululullah di akhirat kerana baginda adalah suami terbaik untuk mereka.

Pudarnya cinta, hilanglah semangat. Ketika itu mati adalah matlamat. Beban telah dirasai berat. Tak sanggup melihat umat tak mampu diselamat. Kerana perjuangan sudah pun tersekat.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Wed Jun 18, 2008 8:53 am

Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by ain Wed Jun 18, 2008 9:42 am

ye ker...lelaki macam tu.??..lum jumpa lagi .....kawan ramai ler...tapi yg macam gitu takde lagi jumpa setakat ni... don' know
ain
ain
Siswazah

Number of posts : 219
Age : 43
Reputation : 0
Credits : 5819
Registration date : 2008-06-12

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by FeLiSeWoMaN Wed Jun 18, 2008 10:17 am

Kalam wrote:Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

terharula abg kalam..semua yg diatas akan kita jumpa bila kita betul2 mencintai seseorang..tapi ader jugak yg dah terlepas barulah nak dikenang..masa 2 nyesal ler...
cry 1
FeLiSeWoMaN
FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts : 2310
Age : 37
Location : PaSiR MaS,KeLaTe
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 1
Credits : 5936
Registration date : 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Wed Jun 18, 2008 12:29 pm

ain wrote:ye ker...lelaki macam tu.??..lum jumpa lagi .....kawan ramai ler...tapi yg macam gitu takde lagi jumpa setakat ni... don' know

satu dalam 10....yang istimewa tu.. laughing kalau dapat jgn lepas tau....
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Wed Jun 18, 2008 12:31 pm

FeLiSeWoMaN wrote:[
terharula abg kalam..semua yg diatas akan kita jumpa bila kita betul2 mencintai seseorang..tapi ader jugak yg dah terlepas barulah nak dikenang..masa 2 nyesal ler...
cry 1

baru nak kenang yea.????? KELOQ
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by samson Wed Jun 18, 2008 1:25 pm

ain wrote:ye ker...lelaki macam tu.??..lum jumpa lagi .....kawan ramai ler...tapi yg macam gitu takde lagi jumpa setakat ni... don' know
insyaalhah jumpa nya
bulat tak datang begolek......,nak carik kawan setia kita kena setia ngan kwan tu,nak dicintai kita kena cinta ngan nya.....begitulah seterusnya

Last edited by samson on Wed Jun 18, 2008 3:48 pm; edited 1 time in total
samson
samson
Pensyarah

Number of posts : 627
Age : 51
Location : perth
State : Cinta & Semangat JOH
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-18

http://www.tagged.com/fikri9

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by FeLiSeWoMaN Wed Jun 18, 2008 3:30 pm

Kalam wrote:
FeLiSeWoMaN wrote:[
terharula abg kalam..semua yg diatas akan kita jumpa bila kita betul2 mencintai seseorang..tapi ader jugak yg dah terlepas barulah nak dikenang..masa 2 nyesal ler...
cry 1

baru nak kenang yea.????? KELOQ

xder yang nak dikenangla.... poke eye
FeLiSeWoMaN
FeLiSeWoMaN
Profesor

Number of posts : 2310
Age : 37
Location : PaSiR MaS,KeLaTe
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 1
Credits : 5936
Registration date : 2008-06-01

http://www.friendster.com/rozirizal

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Wed Jun 18, 2008 3:30 pm

samson wrote:
ain wrote:ye ker...lelaki macam tu.??..lum jumpa lagi .....kawan ramai ler...tapi yg macam gitu takde lagi jumpa setakat ni... don' know
insyaalhah jumpa nya
bulat tak datang begolek......,nak carik kawan setia kita kena setiangan kwan tu,nak dicintai kita kena cinta ngan nya.....begitulah seterusnya

yea betul sam... laughing cinta sejati...dan yang hakiki pada yan Esa sahaja...
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by myra_roses Wed Jun 18, 2008 5:56 pm

Smile ko copy dr mane ayat2 tu kalam?
myra_roses
myra_roses
Timbalan Dekan

Number of posts : 2534
Age : 41
Location : Di bawah langit yg biru...memandang matahari yg satu..
State : Cinta & Semangat PRK
Reputation : 2
Credits : 5951
Registration date : 2008-04-13

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Wed Jun 18, 2008 7:14 pm

myra_roses wrote:Smile ko copy dr mane ayat2 tu kalam?

ayat minda la tu... laughing laughing laughing
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Guest Wed Jun 18, 2008 9:09 pm

kalam...kalam...
avatar
Guest
Guest

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Adli Thu Jun 19, 2008 8:55 am

ain wrote:ye ker...lelaki macam tu.??..lum jumpa lagi .....kawan ramai ler...tapi yg macam gitu takde lagi jumpa setakat ni... don' know

Saya pun tak jumpa lagi yang macam Kalam nyatakan tu... Smile 100% complete n perfect la kalo macam tu Smile

Bagi saya cinta ni...sesuatu yang terlalu dan over abstrack. Orang sanggup lakukan apa sahaja. Jika cinta tidak diiringi oleh akal dan fikiran yang waras, cinta boleh memudaratkan diri sendiri...ada yang sampai berbunuhan sesama sendiri. (Macam lagu dari penjara tu...ada sesaper pernah dengar tak? Fuh...sesekali layan best jugak Smile

Apa pun pasal cinta, Ain dan Felisa jangan lupa, mereka yang berlawanan dari kita ada 3 lagi kuota. Kalau diorang masa bercinta berjanji sumpah setia untuk bersama sehidup semati, the one n only, bla...bla apa saja la yang membawa maksud hanya kita dalam hidup dia....ingatkan mereka dengan kuasa Allah. Jangan berjanji dengan benda yang tak pasti itu. Sebab urusan jodoh pertemuan adalah urusan Allah. Tiada hak untuk kita mencampuri.

Jangan sampai kita menuntut janji yang dia janjikan...sedangkan janji tu dia sendiri pun tak pasti dapat tunai ke tak...

Jika cinta mengarah kepada insan semata-mata, kita akan lemah dan terjatuh jika mereka mula berpaling arah dari kita. Kita akan mula rasa diri tidak dihargai dan segalanyalah...common sense..normal perasaan seorang wanita...

Tapi kalau cinta kita kerana Allah, kita akan tau batasan kita. Semua yang terjadi keranan Allah. Tugas kita adalah tabahkan hati, cekalkan hati, banyak bersabar dan berdoa...yakin dengan Allah kerana kita bergantung hanya kepadaNya. Segala keputusan, kita serah segalanya kepada Allah semata-mata. Tugas kita hanya berusaha dan berdoa, then tawakkal.

Jika kita cinta keranaNya, ralat kerana si dia berpaling arah tu kita akan kaji dari mana sebabnya...itu bukan sebab untuk kita memulakan peperangan...tapi kita akan kaji diri sendiri. Apa kesilapan kita yang membuatkan si dia sebegitu. Kita bermunajat padaNya. Secara tak langsung, semua ini akan mendekatkan kita kepadaNya....minta pertolongan dan petunjuk dariNya...

Apa-apapun pasal cinta...Allah dah campakkan perasaan ini ke dalam tiap insan. perasaan kasih sayang itu tetap akan ada dalam diri kita semua kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Cinta kerana Allah...cinta itu tidak akan pudar walau di mamah usia. keranan Allah itu Kekal dan Abadi untuk selamaNya....
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Adli Thu Jun 19, 2008 9:38 am

Merasai nikmat cinta Allah adalah suatu yang sukar digambarkan. Cinta Allah adalah cinta yang suci dan tulus. Allah tidak memandang pada zahir, tetapi apa di dalam hati manusia itu. Allah tidak hiraukan kisah-kisah silam kita dan apa yang pernah kita lakukan. BagiNya, sekali kita berkeinginan mengenaliNya, Dia datang membawa cintaNya Yang Maha Agung. Begitulah Maha Hebat cinta Allah itu.

Untuk merasai cinta Allah, manusia perlu mula menggunakan akalnya. Kelembapan otak menyebabkan manusia jauh daripada Tuhan. Tuhan tidak mampu dicerap oleh mata kasar, tetapi mampu dilihat tanda-tanda KekuasaanNya melalui akal atau mata hati kita ini. Beragama secara menurut membuta-tuli menyebabkan manusia itu jauh dari mengenali Penciptanya sendiri.

Jika alam semesta ini pun terlalu luas ilmunya dan tidak habis diterokai, apa lagi ilmu yang ada pada Allah itu sendiri. Bukankah lagi Maha Luas ilmuNya. Adalah tidak logik sesuatu yang kurang berilmu mampu mencipta sesuatu yang memerlukan ilmu yang tinggi. Lemahnya umat Islam hendak mencipta roket kerana kita adalah umat yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Ilmu tidak tinggi kerana otak lembab untuk berfikir dan malas mencari idea. Lemahnya otak umat Islam sekarang kerana beragama secara menurut sahaja tanpa bereksperimen dan meneroakai keupayaan diri sendiri.

Jika ada pengetahuan agama pun bukannya hendak digunakan untuk melahirkan generasi yang rajin berfikir, tetapi melahirkan generasi yang sekadar menurut dan takut untuk mencuba sendiri, atas alasan nanti sesat. Macam mereka pula yang berkuasa menentukan manusia itu sesat atau tidak.

Apabila setiap jiwa itu mula mengenali Kehebatan dan Keagungan Allah, maka manusia itu akan mula bergantung kepada dirinya sendiri. Dia akan cuba hidup dengan keupayaan akalnya sendiri tanpa terikut-ikut cara orang lain. Jika dia yakin apa yang dia lakukan itu betul, dia akan buat. Namun jika manusia itu sendiri tidak yakin apa yang dilakukan betul, tetapi sengaja buat-buat betul, pasti manusia itu merasai debaran jantungnya kerana dia telah menipu dirinya sendiri. Manusia boleh menipu orang lain, tetapi dia tidak mampu menipu dirinya sendiri. Jika hendak tipu dirinya sendiri pun tidak mampu, bagaimanakah dia mampu menipu Allah? Bukankah Allah Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata?

Perkenalan dengan Allah akan membibitkan rasa cinta dan semangat. Semangat untuk hidup kerana memperjuangkan agamaNya. Jadi bersemangat untuk mengajak orang lain merasai apa yang dirasai. Apatah lagi pada zaman materialistik ini, di mana manusia lalai berfikir pasal Tuhannya sendiri yang telah memberikan sejuta macam nikmat selama ini. Nikmat paling mudah adalah udara yang kita sedut setiap masa ini. Adakah Allah mengenakan bayaran terhadap udara ini? Tetapi sebab kita sudah dibiasakan dengan sesuatu yang percuma, kita tidak nampak nilai udara atau oksigen dalam hidup kita.

Bayangkan Allah tarik semua bekalan oksigen pada atmosfera ini, berapa lama kita boleh hidup? Itu baru satu nikmat sahaja kita fikirkan. Macam mana nikmat-nikmat yang lain termasuk anggota tubuh badan yang dipinjamkan ini? Adakah kita memikirkan sejauh itu daripada sibuk memikirkan kenaikan harga minyak yang menyebabkan kita mengamuk dan naik minyak?

Betullah seperti yang disebut dalam Al Quran bahawa manusia itu sedikit sekali bersyukur kepada Tuhannya. Disebabkan hidup lalai mengejar duniawi, cinta Allah pada kita selama ini diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja. Kita hanya bermegah atas nama Islam yang tertera di dalam kad pengenalan, tetapi kita gagal menghayati Islam untuk diri kita sendiri. Kita sibuk menyuruh pemimpin membuat hukum-hukum Islam tetapi kita lalai mencontohi akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah.

Dengan nikmat yang melimpah ruah ini, nimmat apakah lagi yang nak kita dustai? Sesungguhnya setiap yang dicipta dan berlaku itu, ada rahmat dan hikmah yang kita sendiri tak sedari dan tak fahami jika kita tidak berfikir.

Islam menyatukan manusia dengan cinta Allah. Bila setiap jiwa merasai harga yang tidak ternilai pada cinta Allah, apakah ada nilai lagi bagi duit dan minyak? Cinta Allah menenangkan jiwa dan mendamaikan rasa, sedangkan cinta pada duit akan menyebabkan hidup manusia tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barangan. Dan berdasarkan keadaan semasa, menunjukkan harga minyak akan terus meningkat. Sampai bila kita hendak hidup tertekan?

Sedangkan tekanan hidup inilah yang akan membuatkan kehidupan kita tak tenang dan sentiasa berkeluh kesah. Bila hati kita tak tenang dan bergelora, ada makhluk lain yang mendapat keuntunga lebih...lebih untung dari kenaikan harga minyak ni...
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Tue Jun 24, 2008 1:40 am

Adli wrote:
ain wrote:ye ker...lelaki macam tu.??..lum jumpa lagi .....kawan ramai ler...tapi yg macam gitu takde lagi jumpa setakat ni... don' know

Saya pun tak jumpa lagi yang macam Kalam nyatakan tu... Smile 100% complete n perfect la kalo macam tu Smile

Bagi saya cinta ni...sesuatu yang terlalu dan over abstrack. Orang sanggup lakukan apa sahaja. Jika cinta tidak diiringi oleh akal dan fikiran yang waras, cinta boleh memudaratkan diri sendiri...ada yang sampai berbunuhan sesama sendiri. (Macam lagu dari penjara tu...ada sesaper pernah dengar tak? Fuh...sesekali layan best jugak Smile

Apa pun pasal cinta, Ain dan Felisa jangan lupa, mereka yang berlawanan dari kita ada 3 lagi kuota. Kalau diorang masa bercinta berjanji sumpah setia untuk bersama sehidup semati, the one n only, bla...bla apa saja la yang membawa maksud hanya kita dalam hidup dia....ingatkan mereka dengan kuasa Allah. Jangan berjanji dengan benda yang tak pasti itu. Sebab urusan jodoh pertemuan adalah urusan Allah. Tiada hak untuk kita mencampuri.

Jangan sampai kita menuntut janji yang dia janjikan...sedangkan janji tu dia sendiri pun tak pasti dapat tunai ke tak...

Jika cinta mengarah kepada insan semata-mata, kita akan lemah dan terjatuh jika mereka mula berpaling arah dari kita. Kita akan mula rasa diri tidak dihargai dan segalanyalah...common sense..normal perasaan seorang wanita...

Tapi kalau cinta kita kerana Allah, kita akan tau batasan kita. Semua yang terjadi keranan Allah. Tugas kita adalah tabahkan hati, cekalkan hati, banyak bersabar dan berdoa...yakin dengan Allah kerana kita bergantung hanya kepadaNya. Segala keputusan, kita serah segalanya kepada Allah semata-mata. Tugas kita hanya berusaha dan berdoa, then tawakkal.

Jika kita cinta keranaNya, ralat kerana si dia berpaling arah tu kita akan kaji dari mana sebabnya...itu bukan sebab untuk kita memulakan peperangan...tapi kita akan kaji diri sendiri. Apa kesilapan kita yang membuatkan si dia sebegitu. Kita bermunajat padaNya. Secara tak langsung, semua ini akan mendekatkan kita kepadaNya....minta pertolongan dan petunjuk dariNya...

Apa-apapun pasal cinta...Allah dah campakkan perasaan ini ke dalam tiap insan. perasaan kasih sayang itu tetap akan ada dalam diri kita semua kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Cinta kerana Allah...cinta itu tidak akan pudar walau di mamah usia. keranan Allah itu Kekal dan Abadi untuk selamaNya....

Sebab itu cinta itu buta...tanpa mengenali bahasa hati seseorang,,kekadang insan mudah menjadi lupa apabila berbicara pasal cinta sesama insan..
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Adli Tue Jun 24, 2008 6:30 am

Mengenal cinta sesama insan, mampu membawa kita mengenal cinta Allah terhadap kita. Allah tidak memandang keindahan rupa dan apa yang pernah kita perbuat sebelum ini untuk menerima kita. Dia hanya memandang kesucian dan keikhlasan kita untuk mengejar cintaNya. Sedepa kita mendekatiNya, sehasta Dia telah berapa pada kita. Begitulah hebatnya cinta Tuhan kepada makhlukNya. Tetapi berapa ramai yang memikirkan sehingga disuruh berfikir pun sudah rasa malas?
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Tue Jun 24, 2008 9:27 pm

Adli wrote:Mengenal cinta sesama insan, mampu membawa kita mengenal cinta Allah terhadap kita. Allah tidak memandang keindahan rupa dan apa yang pernah kita perbuat sebelum ini untuk menerima kita. Dia hanya memandang kesucian dan keikhlasan kita untuk mengejar cintaNya. Sedepa kita mendekatiNya, sehasta Dia telah berapa pada kita. Begitulah hebatnya cinta Tuhan kepada makhlukNya. Tetapi berapa ramai yang memikirkan sehingga disuruh berfikir pun sudah rasa malas?

Adakala cinta sesama insan membawa kepada kemusnahan..kerana manusia bersifat tidak kekal.Cinta pada Allah dan Rasul adalah cinta yang sejati..Bagi insan yang selalu lupa akan erti cinta pada yang hak ini adalah manusia yang tergolong orang yang rugi.Apabila seseorang itu mencintai seseorang,,maka segala keindahan duniawi dapat dikecapinya.. padahal dia tahu yang dunia ini adalah tempat persinggahan yang sementara.Perasaan cinta duniawi ini lahir dari hati suci,pastinya hati ini telah berubah pada cinta yang hak dan lupa pada matlamat hidup ini..

Hari-hari kita dapat mendengar keluhan cinta yang dinodai dan menganggu perasaan yang hampir memusnahkan diri.Ketika itu baru tersedar bahawa cinta ini sebenarnya tidak pasti...Apabila perasaan menganggu jiwa ini maka mulalah kembali mencari cinta yang hak dan kekal untuk mengadu nasib yang menimpa diri..dan paling memilukan...bila ada pengganti mengubat hati maka cinta yang hak itu dilepaskan pergi....dan begitulah..putaran hati yang kian hari mengubah diri...
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by penghuluwati Tue Jun 24, 2008 10:00 pm

Kalam wrote:Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap
kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

HARGAILAH MEREKA.

day dreaming semua macam ad pada jiwa..hati... n cinta seseorang...
syukran alhamdulillah, akhirnya ku telah di pertemukan dgn 1 lelaki seperti itu....
" dia la hubby ku cayang........ "
penghuluwati
penghuluwati
Pensyarah

Number of posts : 596
Location : mALaysiA
Reputation : 0
Credits : 5838
Registration date : 2008-05-21

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Adli Wed Jun 25, 2008 1:25 am

penghuluwati wrote:

Tahniah untuk penghuluwati kerana Allah telah menganugerahkan seorang suami yang begitu menepati apa yang kita semua cari...

Untuk rasa dicintai dan disayangi, kita perlu terlebih dahulu mencintai dan menyayangi. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia pinjamkan kita dengan sifat itu.

Cuma kekadang sifat kasih dan penyayang kita ni ada pasang dan surutnya, menandakan kita ni insan yang lemah dan bergantung harap padaNya.

Kita akan dapat rasai sendiri bila masanya ia lemah dan kuat. Mari kita kaji bersama...

Tetapi bagi Yang Maha Penyayang, kasih sayangNya adalah sentiasa melangit luas untuk kita semua. Tanpa sifatNya itu, mana mungkin kita bisa hidup seperti ini. Bergerak ke sana ke mari dalam memenuhi kitaran hidup ini. Dan pada Dia lah kita sembah dan pada Dia jualah kita meminta pertolongan.

kesyukuran dan rasa terima kasih itu adalah milikNya semata.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by ain Tue Jul 15, 2008 10:22 am

samson wrote:
ain wrote:ye ker...lelaki macam tu.??..lum jumpa lagi .....kawan ramai ler...tapi yg macam gitu takde lagi jumpa setakat ni... don' know
insyaalhah jumpa nya
bulat tak datang begolek......,nak carik kawan setia kita kena setia ngan kwan tu,nak dicintai kita kena cinta ngan nya.....begitulah seterusnya

yer ke macam tu?? tak kot...nak dicintai kita kena cintanya...mana leh gitu.cinta mana leh paksa2...kalu kita cinta..ada gak dia tak cinta..hehehhe...oh ya.

aku cinta kuarga aku dan kawan2 aku..cinta betul2 utk seseorang istimewa lum hadir lagilah....jadi malas nak komen bebanyak...lagipun rasa penat jer ngan cinta ni.. don' know
ain
ain
Siswazah

Number of posts : 219
Age : 43
Reputation : 0
Credits : 5819
Registration date : 2008-06-12

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Adli Tue Jul 15, 2008 11:30 am

ain wrote:

Cinta tak semestinya bersatu ain...kekadang bila kita cintai seseorang, tapi orang tu dah ada cinta lain...cinta yang berputik di hati kita tak kan mungkin kita buang macam sapu debu kat kerusi. Memang debu tu dah tak ada kat kerusi....tapi ia akan melekat ke tempat lain pulak...

kalau itu dah ketentuannya, dengan rasa cinta yang ada pada kita...kita doakan orang kita cinta itu bahagia bersama cintanya. Dan Allah akan berikan cinta lain utnuk kita Smile kekadang benda yang kita nampak negatif sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

CInta sentiasa bertali arus. Cinta tak akan hilang...ia akan di bawa sehingga ke alam sana. Sebab Allah itu sifatNya Maha Mencintai Dan Maha Pengasih Dan Maha Penyayang....dan kasih sayang berserta cinta itu takkan pupus kerana itu adalah sifatNya yang kekal....
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by ain Thu Jul 17, 2008 10:19 am

memanglah ..cinta tak semestinya memiliki...tak semestinya bersatu...jadi jangan terllau bergantung kepada cinta seperti itu..namun .aku doakan semua org yang pernah aku cintai bahagia dancing ...memang Allah lebih tau apa yg terbaik..sebab tu Allah tak hadirkan perasaaan cinta tu lagi...coz Allah Lebih Tau sejauh mana kemampuan aku dalam menghadapi cinta....bukan nak menafikan hak cinta tu sendiri dalam diri ..apedaaa...cinta tu memang tak dapat buang...still lekat kat hati...tetapi sincerely..perasaan cinta seperti itu sudah hilang....mungkin dihilangkan sementara waktu....yg ada cinta kat kuarga .cinta kat kawan2...cinta kepada Allah...yg tak akan hilang sampai mati pun....insya Allah

cinta tu bukan cam nasik..bila makan kita jadi kenyang....
cinta tu bukan cam baju yg kotor..kalu dah basuh kekotoran tu hilang..
cinta tu bukan cam biskut chod fudge kejap ada kejap takde...

jadi sebelum nak mencintai org lain..cintailah diri sendiri .....itu yg lebih penting..jgn jadi gilosss sebab cinta.. happy 1
ain
ain
Siswazah

Number of posts : 219
Age : 43
Reputation : 0
Credits : 5819
Registration date : 2008-06-12

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Adli Sun Jul 20, 2008 11:39 am

Ya...serahkan urusan cinta itu kepada Allah...kita tidak mampu menerbitkan atau membenamkan cinta itu...seperti mana kita tak mampu nak terbit atau benamkan mentari...cinta itu menerangi alam hati...sekali ia bercahaya, alam menjadi indah...namun bila gerhana tiba, alam menjadi suram...
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Kalam Wed Jul 23, 2008 2:46 am

Kekadang juga manusia mudah lupa apabila melibatkan diri dalam cinta.tanpa disedari atau pun tidak cinta itu memang lahir dalam diri seseorang tetapi disini kalam ingin membawa semua kepada satu masalah yang mana kita sendiri tidak dapat menafsirkannya,,kenapa golongan yang majnum itu masih ada perasaan cinta ini..Kekadang kita juga terfikir..apabila seseorang itu tidak waras fikirannya maka mereka adalah golongan yang tersisih dari kaca mata masyrakat.tetapi apabila kita mendalami perasaan mereka..masih ada putik2 cinta yang sebati dalam jiwa mereka,tidak dapat dinafikan ..yang majnum itu masih tahu memilih antara yang mekar dan layu..yang menjadi tanda tanya juga..jika dia dapat menentukan sesuatu yang terbaik beerti mereka itu waras..sepatutnya..kita yang waras ini lebih mengerti erti cinta yang sebenar dan hak..
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Cinta & Semangat Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Adli Fri Jul 25, 2008 11:09 am

since Kalam dah bawa topik ni, saya nak citer sikit...

Kat kampung saya ada dua beradik yang sama-sama majnun. Si abang suka mintak duit 20sen dengan sesiapa sajer yang lalu lalang. kalau bagi 50sen dia tak nak. Nak 20sen jer. Dia tak kacau orang.

Then si abang ni nakal sikit. Pantang jumpa pompuan dia nak peluk.

Kedua2 beradik ni suka bawa karung guni. Entah apa isinya Allah Yang Maha Tahu.

Apa yang mengharukan, dua beradik ni walaupun sama-sama majnun, tapi mereka tak berpisah. Ada adik, ada la abangnya. Biasanya mereka suka melilau kat bandar.

Tengoklah besarnya Kuasa Allah. Walau dua beradik ni sama-sama majnun, tapi mereka masih sedar ikatan antara mereka bersua....mungkin kerana kasih sayang dan cintalah yang membuatkan mereka tidak dapat berpisah.

Sampai sekarang mereka berdua ni ada lagi...kalau saya balik kampung, adela terserempak dengan mereka. Sekarang ni, dah pandai mintak rokok la pulak Smile

Renungkan pengajaran disebalik kisah ini....
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Cinta & Semangat KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Cinta & Semangat Empty Re: Cinta & Semangat

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum