Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
zuhud vs cinta dunia
3 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
zuhud vs cinta dunia
Zuhud
salah satu sifat mahmudah dan lawan nya adalah cinta dunia.Bila di sebut tentang zuhud ni terbayanglah kita akan sesorang tu tunggal di pondok usang dan bagaikan seorang miskin dan yang cinta dunia tu pula orang yang mempunyai harta yg banyak dan nampak akan kemewahan nya
banyak hadis menyarankan agar kita bersikap zuhud, tapi apakah benar zuhud itu yg kita faham kan?
Untuk mudah faham kalau lawan kepada zuhud ini cinta dunia ,ertinya zuhud ini benci dunia, bila kita sebut benci dunia bukan bereti kita perlu hidup macam yg disebutkan tadi.Untuk mudah faham apa jua amalan yg tak membawa kepad akhirat itulah dunia mahupun kalau namapk dirinya beribadah tapi kerana dah tugas dia dan digajikan jadi imam maka itu pun dikatakan dunia lah,Contohlah seorang tu dilantik jadi imam tekun dia beribadah 5 waktu di masjid dan awal waktu,tahun berikutnya dia tak jadi imam pakah masih setia ngan awal waktu di masjid?maka ibadah nya tadi itu pun kira dunia.sebab itulah jangan lah kita beranggapan seorang itu bekerja keras seolah olah macam cinta dunia pula.padahal islam tidak melarang seseorang untuk mencari harta,
sambung nanti

Cinta manusia Vs Cinta Allah
Baca posting Samson ni mengingatkan saya pada cinta manusia dan cinta Allah.
Cinta Allah: Datang dari akal fikiran dan meresap ke dalam hati.
Cinta manusia: Datang dari mata dan turun ke dalam jiwa.
Cinta Allah: CintaNya pasti. Tiada risiko bertepuk sebelah tangan kerana Dia sentiasa menerima siapa kita.
Cinta manusia: Cinta manusia tidak pasti. Kerap terjadi cinta bertepuk sebelah tangan dan tidak kesampaian.
Cinta Allah: Tidak berlaku penganiyaan dan kezaliman, melainkan manusia itu yang zalim pada dirinya sendiri.
Cinta manusia: Terdedah kepada penganiayaan dan kezaliman kerana masing-masing tidak tahu apa yang tersembunyi dalam hati.
Cinta Allah: Selangkah kita mendekatiNya, 1cm Dia mendekati kita.
Cinta manusia: Adakalanya semakin didekati semakin lari.
Cinta Allah: Dinilai berdasarkan tahap keimanan kita kepadaNya. Semakin beriman manusia itu, semakin kuat cinta kepada Allah.
Cinta manusia: Dinilai berdasarkan persefahaman. Semakin teguh kesefahaman itu, semakin teguh cinta ini.
Cinta Allah: Sekali kita merasai cintaNya, tak mungkin kita berpaling daripadaNya kerana seluruh alam ini mengingatkan kita kepadaNya.
Cinta manusia: Berubah-ubah bergantung kepada keyakinan masing-masing. Apatah lagi peranan mata selalu mempengaruhi cinta.
Oleh itu, carilah cinta Allah dahulu. Bila dua jiwa itu sama-sama mencintai Allah, barulah percintaan sesama manusia itu dikekalkan sehingga akhirat kerana Allah itu Kekal.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: zuhud vs cinta dunia
“Sebenarnyya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” [Al-Hujuraat: 10]
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman seorang mu’min itu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri” dan “Antara mu’min dengan mu’min itu adalah bersaudara bagaikan satu tubuh….” [Hadis-Hadis Sahih Muslim].
Diriwayatkan daripada Anas r.a. “Nabi Muhammad s.a.w. pernag bersabda:: “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti ia menyayangi dirinya sendiri.” [HR. Al-Bukhari].
Sabda Baginda Rasulullah saw:
Maksudnya:
“Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan merasakan kesakitan” (Hadis riwayat Muslim)

ZAITAHA- Siswazah
- Number of posts : 231
Reputation : 0
Credits : 5921
Registration date : 2008-04-13
Re: zuhud vs cinta dunia
Rasa cinta, kasih dan sayang adalah sebati dalam
kehidupan kita. Tiap manusia, pasti ada rasa ini. Walau siapa pun dia
dan setinggi mana darjatnya atau sehebat mana kuasanya, tapi rasa ini
tetap ada terselit atau terselinap dalam hati tiap insan. Tak kirlah
walaupun dia lanun mata satu atau pembunuh bersiri
Kalau kita renung rasa yang sama ini dalam tiap
insan, dari mana datangnya rasa halus yang tidak dapat dipegang ini?
Rasa yang kita tidak nampak. Kita tak nampak rasa cinta, kasih dan
sayang ini, tetapi kita yakin ia ada. Bertahkta indah di dalam hati
kita. Macam perkara ghaib seperti syurga atau neraka, kita tak dapat
tengok, tapi kita yakin ia ada dan beriman dengan kewujudannya. Dari
mana datangnya keyakinan itu?
Hanya satu kuasa yang dapat melakukan semua ini
iaitu Pencipta kepada kita semua. Dia mencipta kita tanpa terlupa
memasukkan rasa yang sama itu. Biarpun rupa paras dan cara hidup
berbeza, tapi tiap insan ciptaanNya tidak lepas dari rasa itu. Dari
kecil sampai ke akhir hayat kita, rasa itu tak kan hilang. Ternyata Dia
tidak pernah memilih kasih dalam penciptaan tiap insan.
Cuma apa yang membezakan antara kita ialah cara kita
mengekspesikan rasa itu. Ada yang kasih sayangnya terpancar dari
kata-kata dan ada juga yang terbukti dari perbuatan. Tak kisahlah cara
apa pun, yang penting rasa itu ada dalam tiap kita.
Begitu juga dengan rasa kecintaan antara sesama
kita. Bila Allah dah campakkan rasa itu, bagaimana mungkin kita
menafikannya lagi. Sekuat mana kita berlari dari rasa itu, ia tetap
mengejar kita kerana ia bersarang dalam hati kita. Makin dilari, makin
ia menghambat. makin diusir makin ia datang.
Teringat saya dnegan kata-kata yang biasa saya
dengar, “Jangan kita membenci seseorang dengan kebencian yang melampau,
kerana biasanya orang kita benci itulah yang akan menjadi kecintaan
kita suatu hari nanti”.
Hanya Allah yang memegang tiap rasa ini. Kerana Dia telah memasukkan rasa cinta dalam hati kita dan orang yang kita benci itu.
Bila cinta berjaya kita raih, pelihara dan jagailah
ia sebaik mungkin. Letakkan ia di tempat indah yang kita bina dalam
istana hati kita. Jangan abaikan sebuah cinta anugerah Allah ini. Ini
adalah satu amanah untuk kita peliharai. Jangan nodai atau rosakkannya
dengan sesuatu yang bertentangan…
“Mudah-mudahan Allah
menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi
di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang” (Al Mumtahanah, 7)
Bila benci bertukar menjadi sayang, ia akan
menerbitkan satu rasa cinta yang indah sesama insan. Setiap rasa benci
yang bersarang dulu, berubah menjadi rasa sayang dan penuh cinta. Dan
setiap kebencian itu membuahkan satu rasa indah dan kenangan yang
istimewa dalam hati kita. Kebencian itu akan mendekatkan kita.
Tapi berlainan pula kalau bila sayang bertukar
menjadi benci. Dua situasi yang berbeza ini menyumbang kepada impak
yang berbeza. Bila sayang bertukar benci, kita mula melupakan segala
kebaikan mereka. Yang terlihat dalam mata kita hanyalah keburukannya.
Segala kebaikannya lenyap ditenggelami keburukannya.
Cuba kita perhatikan, impak keduanya. Sebab itu
dalam Islam kita disarankan untuk berwasatiah iaitu bersederhana dalam
kehidupan kita. Sayang yang melampau sesama insan akan membuatkan kita
melupakan cinta Allah dan takdirnya. Dan bila kebencian pula yang
melampau, syaitanlah yang menjadi ikutan kita.
Cinta akan mengindahkan hidup kita. Ia umpama bateri
yang memberi tenaga dalam kehidupan kita. Tenaga daripada bateri itu
akan membuahkan semangat yang amat bermakna untuk sebuah kehidupan.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|