Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Semangat Orang Muda
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Semangat Orang Muda
Untuk membangunkan bangsa atau negara, kita memerlukan anak-anak muda yang bersemangat waja dan mempunyai jati diri yang teguh. Jika anak-anak muda hanya terkulai layu atau seperti lalang yang tiada pendirian, sudah pasti suatu hari nanti bangsa atau negara itu akan hancur.
Kalau kita lihat sejarah bagaiman cara Nabi Muhammad membangunkan masyarakatnya, baginda mendekati golongan-golongan muda kerana orang muda mempunyai semangat dan daya kreativiti yang tinggi. Baginda membebaskan pemikiran anak-anak muda daripada belenggu yang menyebabkan manusia jadi jumud, beku, taksub, fanatik, pemalas dan pengecut berfikir.
Baginda menggalakkan anak-anak muda berfikir, belajar dan mendengar semua pandangan agar pemikiran anak-anak muda jadi luas dan tahu memilih apa yang terbaik untuk hidup masing-masing. Baginda bukanlah seorang yang mengongkong pemikiran manusia untuk menyembahnya membuta-tuli, sebaliknya baginda menyuruh manusia mengikut apa yang diketahui sahaja, kerana semua amal perbuatan akan dipersoalkan nanti.
Apabila manusia dibebaskan daripada belenggu pemikiran, mereka akan berani untuk berdikari dan mencuba sesuatu yang baru. Manusia itu akan memiliki semangat ingin tahu yang tinggi serta akan pandai menilai secara adil dan saksama kerana perasaan bias atau taksub pada sesuatu pihak sudah dibuang. Mereka dibebaskan daripada perasaan yang mengotorkan jiwa akibat merasakan kaumnya sahaja mulia dan kaum-kaum lain adalah hina.
Manusia yang bebas pemikirannya mudah melontarkan pandangan dan nasihat untuk dikongsikan sesama manusia. Mereka saling mengajar dan belajar untuk memantapkan jiwa masing-masing dengan bukti yang logik dan kukuh. Itulah tanda bagi jiwa yang memahami sesuatu perkara.
Mereka tidak perlu menghafal banyak perkara, tetapi cukuplah memahami sesuatu ilmu dan amalkan sampai kefahaman itu jadi jitu. Bila kefahaman menjadi jitu, mudah untuk diaplikasikan dalam seluruh kehidupan agar dapat memberi manfaat kepada sesama manusia.
Anak-anak muda seharusnya digalakkan berfikir dan mencari bukti-bukti sebelum menurut sesuatu perkara. Ia bertujuan untuk menjauhi ketaksuban kepada sesuatu pihak. Biarkan mereka meneroka alam semesta ini dengan keupayaan diri mereka agar mereka menjadi insan-insan yang berani dan berdikari. Orang yang berdikari itu menandakan dia seorang yang bergantung kepada Allah semata-mata.
Jika nak memahami Al Quran yang tiada keraguan serta penjelasannya sudah terang pun ada yang penakut, macam manalah nak melahirkan bangsa atau negara yang kuat? Mereka tidak sedar, yang meragu-ragukan mereka untuk memahami Al Quran itulah syaitan yang ada dalam hati manusia.

114:4. Daripada kejahatan pembisik (was-was) yang menyelinap,
114:5. Yang membisikkan di dalam dada manusia,
114:6. Daripada jin dan manusia."
Jadi, renung-renungkanlah, apakah kita mahu generasi akan datang hanya di kalangan "lalang-lalang" yang hatinya penuh keraguan pada keupayaan diri sendiri? Apatah lagi yang dewasa sekarang pun menunjukkan keraguan mereka dalam usaha untuk memahami Al Quran.
Selalu kita dengar daripada mulut orang yang ragu-ragu terhadap Al Quran mengatakan, "tidak boleh fahami Al Quran tanpa berguru". Macamlah yang beri kefahaman itu adalah guru.
Bukankah Allah yang memberi kefahaman kepada hati manusia? Allah beri kefahaman kepada manusia apabila manusia itu mengikut jalan yang layak mendapat kefahaman iaitu dengan belajar, berfikir dan mendengar banyak pandangan manusia.
Guru itu hanyalah penyampai maklumat sahaja, dan bukan urusannya untuk memberi manusia kefahaman. Tidakkah mereka sedar itu semua?

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
Similar topics
» Siapa Muhammad Dalam Al-Quran
» Senarai kegagalan orang-orang menyekutukan
» Siapakah orang-orang kafir?
» Senarai kegagalan orang-orang menyekutukan
» Siapakah orang-orang kafir?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|