e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Stoning to death I_vote_lcap6%Stoning to death I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Stoning to death I_vote_lcap23%Stoning to death I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Stoning to death I_vote_lcap21%Stoning to death I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Stoning to death I_vote_lcap8%Stoning to death I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Stoning to death I_vote_lcap8%Stoning to death I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Stoning to death I_vote_lcap6%Stoning to death I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Stoning to death I_vote_lcap6%Stoning to death I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Stoning to death I_vote_lcap0%Stoning to death I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Stoning to death I_vote_lcap6%Stoning to death I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Stoning to death I_vote_lcap4%Stoning to death I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Stoning to death I_vote_lcap0%Stoning to death I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Stoning to death I_vote_lcap1%Stoning to death I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Stoning to death I_vote_lcap3%Stoning to death I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Stoning to death I_vote_lcap1%Stoning to death I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Stoning to death I_vote_lcap5%Stoning to death I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
Juang (3494)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Stoning to death I_vote_lcapStoning to death I_voting_barStoning to death I_vote_rcap 

Keywords

2010  2011  2024  baqarah  2013  2012  


Stoning to death

+3
silatgayung
antesa
Admin
7 posters

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Go down

Stoning to death Empty Stoning to death

Post by Admin Thu Apr 07, 2011 6:54 pm



Betapa terseksanya mangsa yang kena hukuman rejam yang tiada dalam al-quran ini.

Rejam hanya dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya.

Sedangkan hukuman yang sebenarnya adalah sebat 100 kali seperti yang terdapat dalam al-quran.

Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by antesa Thu Apr 07, 2011 10:08 pm

Ya, kesian, mereka lebih suka hukum jahiliyah dari pada hukum Allah.
antesa
antesa
Siswazah

Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5014
Registration date : 2011-02-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by silatgayung Thu Apr 07, 2011 10:24 pm

Betapa terseksanya mangsa yang kena hukuman rejam


......dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah..... [An-Nur 24:2]



yang tiada dalam al-quran ini.

memang betul hukuman ke atas penzina yang sudah berkhawin tiada dalam Al-quran tetapi hanya ada dalam hadis sahih.....

tetapi dalm Al-Quran cuma ada hukuman ke atas penzina yang belum berkhawin.......

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat.... [An-Nur 24:2]

Code:
Sedangkan hukuman yang sebenarnya adalah sebat 100 kali seperti yang terdapat dalam al-quran.

Rejam hanya dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya.

salah....

hukum hudud hanya mampu dijalankan oleh orang2 beriman sahaja.....

.........jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat....... [An-Nur 24:2]
silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Stoning to death SAB
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by antesa Fri Apr 08, 2011 2:31 am

hukum rejam adalah hukum jahiliyah, oleh kebanyakan ahlul kitab hendak dimasukkan sebagai hukum Allah, memang begitulah kelakuan antara ahlul kitab zaman sekarang dengan nenek moyangnya tiada beza, bikin kerosakan hukum Allah.

cuba kalau ditanyakan fasal litubayyina, ayat mana yang dijelaskan nabi fasal rejam sampai mati? tentu saja mereka waris dari hukum jahiliyah kemudian mereka kata dari nabi. cuba juga tengok fasal rejam dalam Al-quran, selalu contoh kaum engkar saja yang menggunakan dan syaitan.
kesian. dibodohin ahlul hadis.
antesa
antesa
Siswazah

Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5014
Registration date : 2011-02-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Fri Apr 08, 2011 6:01 am

Salam,

silatgayung wrote:......dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah..... [An-Nur 24:2]

Mengapa ayat di atas diberikan separuh-separuh lalu dimengertikankan sebagai perasan belas kasihan terhadap hukum rejam? Sedangkan terang-terang dikatakan;

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.

silatgayung wrote:memang betul hukuman ke atas penzina yang sudah berkhawin tiada dalam Al-quran tetapi hanya ada dalam hadis sahih.....

tetapi dalm Al-Quran cuma ada hukuman ke atas penzina yang belum berkhawin.......

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat.... [An-Nur 24:2]

Cuba tuan lihat baik-baik ayat 24:2 itu. Adakah dikatakan di situ penzina yang belum berkahwin?

Dan, cuba tuan lihat ayat di bawah.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.


Wanita hamba yang telah berkahwin dan berzina, hukumannya separuh dari azab wanita merdeka.

Kalau hukum rejam, bagaimana tuan mentafsirkan separuh tersebut?

Lihat, hukuman sebat 100 kali seperti yang terdapat dalam al-quran. Perkataan 'separuh' itu tentu mudah kita katakan menjadi 50 kali sebat.

silatgayung wrote:salah....

hukum hudud hanya mampu dijalankan oleh orang2 beriman sahaja.....

.........jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat....... [An-Nur 24:2]

Tidak ada petunjuk dalam ayat al-quran bahawa hukuman rejam dilakukan oleh orang-orang yang beriman. Tapi, orang tidak beriman memang ada. Antaranya;

26:116. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan menjadi antara orang-orang yang direjam."

36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan merejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih."


Hukuman rejam tiada dalam al-quran. Tapi, riwayat hadis dan bible ada. Petunjuk Allah dalam al-quran tidak mahu diikut. Lihat ayat-ayat bible di bawah ini.

Imamat 20:10 Bila seorang laki-laki berzinah dengan isteri orang lain, yakni berzinah dengan isteri sesamanya manusia, pastilah keduanya dihukum mati, baik laki-laki maupun perempuan yang berzinah itu.

Ulangan 22:23 Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan--jika seorang laki-laki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia,

Ulangan 22:24 maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Juang Fri Apr 08, 2011 8:49 am

Salam,

Itulah jadinya bila hidup tidak menggunakan akal. Tak tahu membezakan mana satu hukum Allah dan mana satu hukum yang diada-adakan oleh ulamak agama. Memang kejam dan lebih buruk perangainya daripada haiwan peliharaan.

Ada ke patut mereka nak mengajak kita terjun dalam kezaliman seperti itu? Hanya yang tidak tahu menilai sahaja akan menurut membuta-tuli golongan kejam seperti itu. Tiada perikemanusiaan langsung!
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Stoning to death NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Fri Apr 08, 2011 10:27 am

Salam,

Kalau diletakkan binatang seperti anjing menggantikan tempat manusia yang direjam itu, kita juga tentu rasa kasihan apatah lagi jika manusia beramai-ramai merejam dengan batu kepada manusia itu sendiri.

Memang tak berperikemanusiaan langsung!
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Juang Fri Apr 08, 2011 9:48 pm

Salam,

Tak habis-habis dengan batu. Sudahlah mereka perlukan kiub batu untuk mengadap Tuhan, nak menghukum manusia pun sampai tahap rejam dengan batu. Itukah orang-orang yang akan dibakar di neraka bersama-sama batu sebagai balasan ketidak-berperikemanusiaan mereka?

Ada otak pun tak tahu nak menilai baik-buruk.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Stoning to death NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Sat Apr 09, 2011 2:48 am

Salam,

SAHIH AL-BUKHARI, Jilid: 5, Hadis No:188, Riwayat: 'Amr bin Maimun :-
Pada masa jahiliyah iaitu sebelum Islam saya nampak seekor monyet betina dikelilingi beberapa ekor monyet. Kesemua mereka merejamnya, sebab ia telah berzina. Saya juga ikut merejam bersama mereka.

Kerana terlalu percaya dengan riwayat hadis di atas, maka manusia membuat hukuman sendiri terhadap penzina dengan merejamnya seperti monyet tersebut.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Sat Apr 09, 2011 2:58 am

Salam,

Riwayat: Umar ibn al-Khattab, Rujukan: AL-MUWATTA, Hadis No: 41.1.8 :-
Merejam adalah di dalam Kitab Allah bagi mereka yang melakukan zina, lelaki atau perempuan ketika mereka muhsan (berkahwin) dan apabila terdapat bukti jelas atau mengandung atau pengakuan.

Mereka kata Merejam adalah di dalam kitab Allah.

Kalau orang yang taksub dan menurut membuta-tuli, tanpa banyak soal mereka terus percaya. Namun bagi orang yang menggunakan akal, mereka akan semak terlebih dahulu sama ada terdapat hukuman tersebut atau sebaliknya.

Dan, apabila disemak memang terdapat hukuman rejam tapi bukan ke atas penzina dan hanya dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya. Maka, nyatalah riwayat hadis telah menipu manusia.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by silatgayung Sat Apr 09, 2011 3:11 am

antesa wrote:hukum rejam adalah hukum jahiliyah, oleh kebanyakan ahlul kitab hendak dimasukkan sebagai hukum Allah, memang begitulah kelakuan antara ahlul kitab zaman sekarang dengan nenek moyangnya tiada beza, bikin kerosakan hukum Allah.

cuba kalau ditanyakan fasal litubayyina, ayat mana yang dijelaskan nabi fasal rejam sampai mati? tentu saja mereka waris dari hukum jahiliyah kemudian mereka kata dari nabi. cuba juga tengok fasal rejam dalam Al-quran, selalu contoh kaum engkar saja yang menggunakan dan syaitan.
kesian. dibodohin ahlul hadis.


malah hukuman rejam wujud sejak zaman Nabi Musa lagi.... ini dapat dibuktikan melalui yang berikut.......

Code:
Imamat 20:10 Bila seorang laki-laki berzinah dengan isteri orang lain, yakni berzinah dengan isteri sesamanya manusia, pastilah keduanya dihukum mati, baik laki-laki maupun perempuan yang berzinah itu.

Ulangan 22:23 Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan--jika seorang laki-laki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia,

Ulangan 22:24 maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.

Oleh kerana pada asalnya agama yahudi dan nasrani datangnya dari Allah maka memang benarlah hukum hudud ini telah difardukan kepada umat Nabi Muhamad.....

mengenai hal ini......

Hukuman rejam tiada dalam al-quran

banyak kali sudah dibahaskan tapi golongan anti hadis seperti saudara hanya mampu mengulang ulang kenyataan yang sama....

sedangkan....

komputer juga tiada dalam Al-Quran

pelbagai sel2 manusia detailnya juga tiada dalam Al-Quran

tetapi ia bukan bermaksud benda itu tidak wujud atau Al-Quran tidak lengkap....

malah semuanya pasti akan kita temui jika kita mencari petunjuk dari Al-Quran dan bukannya mencari perkataan itu sama ada ia wujud atau tidak.....


Mengapa ayat di atas diberikan separuh-separuh lalu dimengertikankan sebagai perasan belas kasihan terhadap hukum rejam? Sedangkan terang-terang dikatakan;

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.


kerana saudara mengtakan hukum hudud adalah kejam maka saya quote yang penting supaya mudah kita fahami.....

Code:
Betapa terseksanya mangsa yang kena hukuman rejam

ini jawapan jelas dalam Al-Quran......

......dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah..... [An-Nur 24:2]


Cuba tuan lihat baik-baik ayat 24:2 itu. Adakah dikatakan di situ penzina yang belum berkahwin?

dan tiada juga penzina yang sudah berkhawin....

maka tugas nabi {16:44} untuk menerangkannya melalui sunnah dan hadis...

dan bukannya tugas kita untuk syok sendiri.....


Dan, cuba tuan lihat ayat di bawah.

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.


Wanita hamba yang telah berkahwin dan berzina, hukumannya separuh dari azab wanita merdeka.

Kalau hukum rejam, bagaimana tuan mentafsirkan separuh tersebut?

Lihat, hukuman sebat 100 kali seperti yang terdapat dalam al-quran. Perkataan 'separuh' itu tentu mudah kita katakan menjadi 50 kali sebat.

ayat ini jelas menceritakan perkahwinan dengan hamba yang sudah berkhawin.... dan bukannya perkahwinan antara laki dengan perempuan bukan hamba....


jadi hukuman rejam itu tidak dapat dikaitkan di sini......


Tidak ada petunjuk dalam ayat al-quran bahawa hukuman rejam dilakukan oleh orang-orang yang beriman.

ada.....

ayat ini menjelaskan hal tersebut......

......dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat............ [An-Nur 24:2]

hanya orang beriman sahaja menjalankan hukum2 Allah.....

26:116. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan menjadi antara orang-orang yang direjam."

36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan merejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih."

sokongan ayat lain membuktikan orang2 dalam ayat ini tidak beriman kepada Allah bukan kerana melaksanakan hukuman rejam tetapi menolak petunjuk Allah....

sebagai contoh.....

"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. [Ash-Shu'ara 26:115-117]

jelas sekali mereka tidak beriman kerana mendustakan agama Allah dan bukan kerana melaksanakan hukuman rejam.......


silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Stoning to death SAB
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by silatgayung Sat Apr 09, 2011 3:15 am

Admin wrote:Salam,

SAHIH AL-BUKHARI, Jilid: 5, Hadis No:188, Riwayat: 'Amr bin Maimun :-
Pada masa jahiliyah iaitu sebelum Islam saya nampak seekor monyet betina dikelilingi beberapa ekor monyet. Kesemua mereka merejamnya, sebab ia telah berzina. Saya juga ikut merejam bersama mereka.

Kerana terlalu percaya dengan riwayat hadis di atas, maka manusia membuat hukuman sendiri terhadap penzina dengan merejamnya seperti monyet tersebut.


ini adalah athar saudara adminku dan bukannaya Hadis Nabi....


Riwayat: Umar ibn al-Khattab, Rujukan: AL-MUWATTA, Hadis No: 41.1.8 :-
Merejam adalah di dalam Kitab Allah bagi mereka yang melakukan zina, lelaki atau perempuan ketika mereka muhsan (berkahwin) dan apabila terdapat bukti jelas atau mengandung atau pengakuan.

Mereka kata Merejam adalah di dalam kitab Allah.

Kalau orang yang taksub dan menurut membuta-tuli, tanpa banyak soal mereka terus percaya. Namun bagi orang yang menggunakan akal, mereka akan semak terlebih dahulu sama ada terdapat hukuman tersebut atau sebaliknya.


sila bawakan hadis yang penuh dan kita boleh semak maksud sebenar Hadis ini......

silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Stoning to death SAB
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Sat Apr 09, 2011 3:52 am

Salam,

SG wrote:malah hukuman rejam wujud sejak zaman Nabi Musa lagi.... ini dapat dibuktikan melalui yang berikut.......

Tuan nak percaya kepada bible, terpulanglah kepada tuan.

SG wrote:banyak kali sudah dibahaskan tapi golongan anti hadis seperti saudara hanya mampu mengulang ulang kenyataan yang sama....

sedangkan....

komputer juga tiada dalam Al-Quran

pelbagai sel2 manusia detailnya juga tiada dalam Al-Quran

tetapi ia bukan bermaksud benda itu tidak wujud atau Al-Quran tidak lengkap....

malah semuanya pasti akan kita temui jika kita mencari petunjuk dari Al-Quran dan bukannya mencari perkataan itu sama ada ia wujud atau tidak.....

Jika komputer tiada dalam al-quran, maka Tuhan suruh kita guna akal macam mana mahu mencipta komputer. Begitu juga dengan kepelbagaian sel-sel manusia. Manusia boleh mendapatkan ilmu tersebut jika menggunakan akal.

Apa yang menjadi masalah di sini adalah tentang hukuman rejam ke atas penzina yang kononnya didakwa dari hukum Tuhan sedangkan terang-terang Tuhan bagi hukuman 100 kali sebat. Ini bermaksud manusia itu tidak mahu ikut hukum Tuhan.

SG wrote:ayat ini jelas menceritakan perkahwinan dengan hamba yang sudah berkhawin.... dan bukannya perkahwinan antara laki dengan perempuan bukan hamba....

Kalau begitu, bagaimanakah hukuman yang dikatakan separuh daripada azab wanita yang merdeka?

SG wrote:kerana saudara mengtakan hukum hudud adalah kejam maka saya quote yang penting supaya mudah kita fahami.....

Lebih mudah kita fahami jika ayat lengkap disertakan. Tuan seolah-olah cuba menyembunyikan kebenaran.

SG wrote:dan tiada juga penzina yang sudah berkhawin....

maka tugas nabi {16:44} untuk menerangkannya melalui sunnah dan hadis...

dan bukannya tugas kita untuk syok sendiri.....

Kalau tiada dinyatakan penzina yang belum berkahwin dan sudah berkahwin tentulah ayat tersebut berbentuk umum. Maknanya valid kepada penzina sama ada yang sudah berkahwin mahupun yang belum berkahwin.

Nabi menerangkan al-quran bukan menerangkan 'sunnah' dan 'hadis'.

SG wrote:sokongan ayat lain membuktikan orang2 dalam ayat ini tidak beriman kepada Allah bukan kerana melaksanakan hukuman rejam tetapi menolak petunjuk Allah....

sebagai contoh.....

"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. [Ash-Shu'ara 26:115-117]

jelas sekali mereka tidak beriman kerana mendustakan agama Allah dan bukan kerana melaksanakan hukuman rejam.......

Orang-orang yang tidak percaya mengugut mahu merejam jika nabi nuh tidak mahu berhenti. Ini (merejam) adalah hukuman daripada orang-orang yang tidak percaya yang cuba ditiru semula oleh orang-orang 'islam'. Banyak petunjuk dalam al-quran tapi tuan tetap berdolak-dalih.

26:116. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan menjadi antara orang-orang yang direjam."

36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan merejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih."


Tuan dan saya percaya bahawa al-quran adalah petunjuk kepada kita.

Cuba tuan cari ayat al-quran yang boleh dijadikan petunjuk bahawa orang-orang percaya melakukan hukuman rejam tak kisahlah ke atas penzina atau sebagainya.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Sat Apr 09, 2011 4:03 am

SG wrote:sila bawakan hadis yang penuh dan kita boleh semak maksud sebenar Hadis ini......

Salam,

Apakah tuan sekadar mahu berdolak-dalih sehingga mahu meminta hadis yang penuh? Kalau tuan mempunyai hujah, sila kan sahaja dijelaskan di sini.

Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by antesa Sat Apr 09, 2011 5:20 am

Kalau kelakuan monyet saja mereka faham, kelakuan monyet berzina dan tentu saja monyet kahwin juga faham, tentu saja para perawinya perlu konsul ke psikiatri, perawinya cacad mental. kalau sudah tertutup susah melihat cacad mental.

Ada lagi satu asar dari Omar, ayat rajam tiada masuk kodifikasi Al-quran Othman, Omar gagal membawa saksi sehingga hafalan Omar fasal ayat rajam ditolak. Omarpun tiada protes takut kepada sesama umat. Aneh seorang Omar takut kepada manusia dari pada kepada Allah.

memang penuh kelucuan sejarah versi hadis, mana yang pesong dan mana yang bengkok jadi satu buat menggetarkan hukum Allah. Segala cara mereka lakukan agar hukum jahiliyah menjadi bagian hukum Allah.

7:17 kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan men-dapati kebanyakan mereka bersyukur

selain hadis, maka bible pula sekarang mereka bawakan, kena sekali dengan ayat 7:17, segala cara buat merosak hukum Allah.
antesa
antesa
Siswazah

Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5014
Registration date : 2011-02-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Juang Sat Apr 09, 2011 10:48 am

Admin wrote:Salam,

SAHIH AL-BUKHARI, Jilid: 5, Hadis No:188, Riwayat: 'Amr bin Maimun :-
Pada masa jahiliyah iaitu sebelum Islam saya nampak seekor monyet betina dikelilingi beberapa ekor monyet. Kesemua mereka merejamnya, sebab ia telah berzina. Saya juga ikut merejam bersama mereka.

Kerana terlalu percaya dengan riwayat hadis di atas, maka manusia membuat hukuman sendiri terhadap penzina dengan merejamnya seperti monyet tersebut.
Salam Bayau,

Apabila orang yang nama aje Islam hari ini membuat hukum rejam seperti dalam riwayat hadis tersebut, ada makna di situ iaitu;

1) Orang Islam hari ini sudah menyamai orang zaman jahiliyah yang merejam monyet itu.
2) Orang Islam hari ini menyamai dengan monyet-monyet dalam riwayat hadis itu.

7:166. Apabila mereka memandang rendah pada apa yang mereka telah dilarang, Kami mengatakan kepada mereka, "Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat."

Mungkin ayat Al Quran di atas sesuai kepada orang yang memandang rendah pada larangan-larangan Al Quran iaitu mereka akan dijadikan beruk yang melarat.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Stoning to death NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by silatgayung Sun Apr 10, 2011 3:34 am

Tuan nak percaya kepada bible, terpulanglah kepada tuan.

saya hanya percaya kepada Al-Quran dan Hadis/Sunnah nabi walaupun keduanya mengandungi persamaan dengan bible......


Jika komputer tiada dalam al-quran, maka Tuhan suruh kita guna akal macam mana mahu mencipta komputer. Begitu juga dengan kepelbagaian sel-sel manusia. Manusia boleh mendapatkan ilmu tersebut jika menggunakan akal.

aik... jika komputer tiada boleh plak guna akal maka hukuman rejam tiada dalam Al-quran tak bolehkah guna akal juge untuk menghayati tugas nabi selari 16:44........ ketiga tiga ilmu ini datangnya dari Allah...

Apa yang menjadi masalah di sini adalah tentang hukuman rejam ke atas penzina yang kononnya didakwa dari hukum Tuhan sedangkan terang-terang Tuhan bagi hukuman 100 kali sebat. Ini bermaksud manusia itu tidak mahu ikut hukum Tuhan.

tapi masalahnya tidak pulak Allah nyatakan hukuman 100 kali sebatan ke atas mereka yang sudah berkhawin dalam ayat tersebut.....

Kalau begitu, bagaimanakah hukuman yang dikatakan separuh daripada azab wanita yang merdeka?

dan tidak pulak ada ayat Al-quran yang menjelaskan hukuman ke atas mereka yang sudah merdeka......

Kalau tiada dinyatakan penzina yang belum berkahwin dan sudah berkahwin tentulah ayat tersebut berbentuk umum. Maknanya valid kepada penzina sama ada yang sudah berkahwin mahupun yang belum berkahwin.

itu hanya kata akal saudara tanpa dalil Al-Quran lain yang menyokong kenyataan saudara

akal saya pulak mengatakan sebaliknya kerana tugas nabi 16:43-44....

Nabi menerangkan al-quran bukan menerangkan 'sunnah' dan 'hadis'.


sekali lagi kata akal saudara begini...

tetapi petunjuk Al-quran mengatakan sebaliknya......

benda ini sudah saya bahaskan tapi saya ulang semula...... dan saya dapat rasakan bahawa hujah2 ini telah gagal disangkal....

Code:
mana mungkin 2 benda yang sama diulang ulang dalam satu ayat yang sama secara sebelah menyebelah...

bukankah Al-quran itu bebas dari kesilapan....

common sense...

saya ingin pergi ke Kl dan Malaysia......

sudah pasti ayat bahasa melayu ini salah dari struKtur bahasa....

oleh kerana itu dan saudara sendiri sudah mengakui Al-quran sendiri mengandungi Al-hikmah {kebijaksanaan} maka Al-hikmah dalam konteks ayat ini beerti Hadis......

perhatikan struktur ayat berikut.......

Alkitab = Al-Quran = kebijaksanaan

Al-hikmah = kebijaksanaan

2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan al-Hikmah, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

apakah mungkin ia akan menjadi....

mengajar mereka kebijaksanaan dan kebijaksanaan....

jelas ia adalah salah.... jadi mengikut konteks ayat 4:113. 3:164, 2:129 Al-hikmah membawa maksud hadis atau sesuatu hukum islam yang tiada dalam Al-Quran.....

iaitu

Al-kitab dan Al-hikmah....

atau

mengajar mereka Al-Quran dan Hadis......

atau

kebijaksanaan dan Hadis

atau

Kebijaksanaan dan Sunnah....

semua struktur ayat ini bebas dari sebarang kesilapan sesuai dengan Firman Allah.....

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”
(Surah an-Nisa’:82).........


Code:
dalam istilah lingustik Al-hikmah beerti "kebijaksanaan", "peribahasa", "pepatah"... ia berasal dari kata akar haakaama....

yang membawa maksud untuk membuat hukum.... dan dalam istilah Islam ia beerti Hadis/Sunnah mengikut konteks ayat......

seterusnya.......

Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an. Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah)

Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. [al-Baqarah 2:251]

kebijaksanaan

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [al-Baqarah 2:269]

dan syari’at agama,

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63]

setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. .............

Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah.

Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’ 4:54]

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]

Code:
maka jelas la apabila Al-hikmah digandingkan bersama Al-kitab maka Al-hikmah = Hadis/Sunnah nabi....

Code:
[b]Perkataan litubayyina adalah yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan memperincikan sesuatu dari pokoknya.[/b]

Maka apabila Allah Tabaraka waTa’ala [b]menugaskan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an.[/b]

dan bukannya menerangkan dengan Al-Quran sendiri.....

Code:
Hadits (bahasa Arab: الحديث, ejaan KBBI: Hadis) adalah perkataan dan perbuatan dari Nabi Muhammad. Hadits sebagai sumber hukum dalam agama Islam memiliki kedudukan kedua pada tingkatan sumber hukum di bawah Al-Qur'an.


dapat disamakan dengan litubayyina.... 16:44; kerana ia adalah melalui kata dan perbuataan nabi....



sekian dimaklumkan.......

laughing laughing
silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Stoning to death SAB
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by silatgayung Sun Apr 10, 2011 3:42 am

Orang-orang yang tidak percaya mengugut mahu merejam jika nabi nuh tidak mahu berhenti. Ini (merejam) adalah hukuman daripada orang-orang yang tidak percaya yang cuba ditiru semula oleh orang-orang 'islam'. Banyak petunjuk dalam al-quran tapi tuan tetap berdolak-dalih.

26:116. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan menjadi antara orang-orang yang direjam."

36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan merejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih."

orang tidak beriman jelas cirinya di dalam Al-Quran.... tetapi tiada pulak ayat yang mengatakan orang yang tidak beriman itu jika mereka merejam....

maka sekali lagi ini hanya la andaian akal saudara.....

sebaliknya ayat2 sokongan 26:115-117 adalah petunjuk yang jelas tentang orang tidak beriman....


"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. [Ash-Shu'ara 26:115-117]

jelas sekali mereka tidak beriman kerana mendustakan agama Allah dan bukan kerana melaksanakan hukuman rejam.......

jadi mengapa saudara admin lebih suke menggunakan akal dari mengambil petunjuk Al-Quran itu sendiri.....

Tuan dan saya percaya bahawa al-quran adalah petunjuk kepada kita.

malangnya saudara admin gagal mengambil petunjuk Al-Quran tersebut....
silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Stoning to death SAB
Reputation : 0
Credits : 5375
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by antesa Sun Apr 10, 2011 10:10 am

silatgayung wrote:
Tuan dan saya percaya bahawa al-quran adalah petunjuk kepada kita.

malangnya saudara admin gagal mengambil petunjuk Al-Quran tersebut....
Kebanyakan ahlulkitab berhasil mengambil petunjuk Al-Quran sayangnya dicampur aduk antara yang qath'i dengan zhanny
antesa
antesa
Siswazah

Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5014
Registration date : 2011-02-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Juang Sun Apr 10, 2011 2:37 pm

Salam,

Susah sangat ke nak kemukakan ayat-ayat Allah yang suruh merejam sampai mati bagi penzina sudah berkahwin? Banyak sangat dalih mereka.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Stoning to death NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Mon Apr 11, 2011 6:21 pm

SG wrote:saya hanya percaya kepada Al-Quran dan Hadis/Sunnah nabi walaupun keduanya mengandungi persamaan dengan bible......

Yang hairannya, al-quran tiada hukuman rejam ke atas penzina. tapi riwayat dan bible ada. jadi, itu namanya orang itu tidak percaya pd ayat al-quran. dia percaya riwayat dan bible dan cuba menentang hukum Tuhan dalam al-quran.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Mon Apr 11, 2011 6:33 pm

SG wrote:aik... jika komputer tiada boleh plak guna akal maka hukuman rejam tiada dalam Al-quran tak bolehkah guna akal juge untuk menghayati tugas nabi selari 16:44........ ketiga tiga ilmu ini datangnya dari Allah...

Masalahnya, hukuman ke atas penzina kan dah ada dalam al-quran. jadi, buat apa nak buat lagi kepada hukuman rejam pula.

Macam hukuman orang yang mengedar dadah yang tiada dalam al-quran. jadi, bolehlah kita buat hukuman yang sesuai dengan kesalahan tersebut. di sinilah kita guna akal utk menentukan bentuk hukuman yang sesuai dengan kesalahan mengedar dadah sebab tiada dinyatakan dalam al-quran.

Lainlah kalau Tuhan ada bagi bentuk hukuman mengedar dadah. Kenalah ikut. Takkan nak buat kitab riwayat sendiri dan claim kononnya dari Tuhan pula.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Mon Apr 11, 2011 6:46 pm

SG wrote:tapi masalahnya tidak pulak Allah nyatakan hukuman 100 kali sebatan ke atas mereka yang sudah berkhawin dalam ayat tersebut.....

SG wrote:dan tidak pulak ada ayat Al-quran yang menjelaskan hukuman ke atas mereka yang sudah merdeka......

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.

Bukankah ayat di atas adalah umum? Tentu sekali wanita yang merdeka sebab ada ayat 4:25 yang menyatakan wanita hamba yang telah berkahwin dan berzina hukumannya separuh dari azab wanita yang merdeka.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Admin Mon Apr 11, 2011 7:00 pm

SG wrote:orang tidak beriman jelas cirinya di dalam Al-Quran.... tetapi tiada pulak ayat yang mengatakan orang yang tidak beriman itu jika mereka merejam....

Hanya orang yang tidak percaya sahaja yang suka merejam-rejam ini. Ada petunjuknya dalam al-quran spt dalam ayat 26:116.

SG wrote:"Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".

Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. [Ash-Shu'ara 26:115-117]

jelas sekali mereka tidak beriman kerana mendustakan agama Allah dan bukan kerana melaksanakan hukuman rejam.......

jadi mengapa saudara admin lebih suke menggunakan akal dari mengambil petunjuk Al-Quran itu sendiri.....

Mereka (orang tidak percaya) tidak percaya sebab mereka mendustakan rasul. Tambahan pula mereka adalah orang yang suka menghukum rasul sehingga mengugut akan merejam rasul. Maknanya, sebelum rasul ajak mereka supaya percaya pun, mereka adalah pengamal hukuman merejam.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Stoning to death SEL
Reputation : 8
Credits : 7767
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by antesa Mon Apr 11, 2011 8:53 pm

apakah hukum rajam hendak disamakan dengan fasal komputer?
Laughing

antesa
antesa
Siswazah

Number of posts : 201
Reputation : 0
Credits : 5014
Registration date : 2011-02-26

Back to top Go down

Stoning to death Empty Re: Stoning to death

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum