e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 16 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 16 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap6%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap23%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap21%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap8%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap8%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap6%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap6%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap0%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap6%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap4%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap0%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap1%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap3%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap1%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcap5%Perjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
Juang (3494)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Perjalanan   Rasulullah    I_vote_lcapPerjalanan   Rasulullah    I_voting_barPerjalanan   Rasulullah    I_vote_rcap 

Keywords

2012  2011  2024  baqarah  2013  2010  


Perjalanan Rasulullah

+3
Admin
faried
Zulia
7 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Sat Dec 25, 2010 8:59 pm

Salam kepada semua. Segala puji-pujian adalah milik Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat junjugan kita Nabi Muhammad saw.

Semoga Allah memberi keupayaan kepada saya untuk menukilkan perjalanan Nabi kita agar menjadi pedoman dan pengajaran buat kita. Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai Allah dan Rasul melebihi dirinya sendiri.

Nabi Muhammad diutuskan untuk membina akhlak yang mulia dan terpuji.
'' Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk mengajar mereka budi pekerti yang indah dan mulia''.

Nabi dilahirkan

Ibu Nabi bernama Siti Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal pada tahun 570. Keajaiban sewaktu dilahirkan Nabi tidak menangis seperti bayi biasa sebaliknya hanya bersin sama seperti ketika ruh dimasukkan ke jasad Nabi Adam a.s beliau tiba-tiba bersin. Persekitaran rumah Abdul Muttalib diterangi cahaya seperti siang hari walaupun ketika itu waktu malam. Semua berhala dikeliling Kaabah tumbang seperti ditolak sesuatu. Api yang disembah oleh penganut Majusi yang tidak pernah padam telah padam secara tiba-tiba. Begitulah hebatnya Nabi yang dikasihi Allah yang bakal membawa manusia kembali kepada agama Allah. Nabi ialah makhluk yang paling tinggi makamnya disisi Allah diikuti 4 Nabi ulul Azmi dan barulah Jibril a.s.
Nabi telah dimanakan Muhammad setelah ibunya bermimpi suatu lembaga menyuruh menamakannya Muhammad bererti 'Insan Yang Terpuji'. Nama Muhammad bukanlah satu nama yang pernah diberikan oleh orang Arab ketika itu. Hari ini nama Muhammad/mohd adalah nama yang paling ramai digunakan muka bumi ini.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by faried Tue Dec 28, 2010 8:17 am

Zulia wrote:Semua berhala dikeliling Kaabah tumbang seperti ditolak sesuatu. Api yang disembah oleh penganut Majusi yang tidak pernah padam telah padam secara tiba-tiba. Begitulah hebatnya Nabi yang dikasihi Allah yang bakal membawa manusia kembali kepada agama Allah.

Kalau nabi hebat, kenapa kononnya beliau sering dicaci, dinista, dihina oleh orang yang tidak beriman, hingga akhirnya harus berpindah ke kota Yastrib?

faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6086
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Tue Dec 28, 2010 4:56 pm

Nabi memang seorang yang hebat akhlaknya dan harus dicontohi dalam kehidupan beragama. Bila kita mengatakan kehebatan Rasul kita hendaklah meletakkan kehebatan itu adalah dari Allah yang maha tinggi dan maha kuasa. Dan mulianya Nabi kerana peranannya dalam memikul tugas yang paling mulia iaitu menyeru agama Allah pada manusia. Ini adalah kerja yang paling hebat didunia ini. Sebagai hamba Allah, pandangan kita pada usaha Nabi mestilah melihatnya sebagai satu yang hebat juga. Mengatasi kerjaya doktor, atau saintis, panglima tentera dan lain-lain. Sebab iman yang dipupuk oleh Nabi kepada orang Islam ialah, Allah maha besar, manusia kecil dan lemah, syurga adalah kejayaan mutlak, dunia kecil dan tidak sedikit pun bernilai berbanding syurga. Yang membawa manusia ke syurga atau neraka ialah agama yang dianutinya. Apa saja makhluk yang dikaitkan dengan agama Allah akan menjadi mulia, bangunan yang dijadikan tempat mentaati Allah akan menjadi mulia dan suci. Sebaliknya tempat yang digunakan untuk maksiat pada Allah, adalah hina dan tidak suci bagi orang Islam walaupun ia sebuah istana mewah. Pandangan orang beriman tidak akan tergoda dengan keuntungan dunia untuk digantikan dengan keuntungan akhirat. Sebab itu menolak solat dengan alasan dunia tidak sepatutnya diterima oleh orang yang percaya pada Allah.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Admin Tue Dec 28, 2010 5:25 pm

Salam,

Kisah perjalanan seorang nabi ini adalah salah satu contoh bagaimana mereka yang menganut agama islam membeza-bezakan nabi. Di kalangan penganut agama kristian, mereka juga lantang mengkisahkan nabi mereka sendiri.

Mengikut petunjuk al-quran, dinyatakan bahawa antara sifat orang muslim ialah tidak membeza-bezakan nabi.

2:136. Katakanlah, "Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim."
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Perjalanan   Rasulullah    SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Tue Dec 28, 2010 8:01 pm

Apakah yang dimaksudkan dengan membezakan Nabi? Nabi Muhammad telah mengakui bahawa setiap rasul adalah bersaudara pada sebelah bapa. Semua Nabi membawa agama dari Allah untuk umatnya. Dan sebagai umat hendaklah mengikut jalan yang ditunjukkan oleh Nabi yang diutuskan Allah ke atas mereka. Kita percaya pada Nabi Musa tetapi Beliau tidak diutuskan kepada kita kerana bukan berada pada zamannya. PeraturanNya tetap sama jangan mendustai Nabi, ikutlah seruan Nabi, hingga ada yang menerima azab Allah bila mereka masih engkar.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Admin Wed Dec 29, 2010 12:06 am

Salam,

Apakah yang dimaksudkan dengan membezakan Nabi?

Bagi saya, tidak mengambil pedoman daripada nabi-nabi yang lain.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Perjalanan   Rasulullah    SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Juang Wed Dec 29, 2010 7:37 am

Salam,

Sebab itulah dalam Al Quran penuh cerita para Nabi. Itu menunjukkan Muhammad sendiri adalah seorang yang tidak membeza-bezakan nabi-nabi sebelumnya. Jika Muhammad seorang yang taksub pada Nabi terakhir yang wujud pada waktu itu (Nabi Isa) seperti yang majoriti orang Islam hari ini buat, sudah pasti Al Quran penuh dengan cerita Nabi Isa sahaja dan berbau pengidolaan terhadap Isa.

Jadi sebagai umat selepas Muhammad, jika kita mahu mencontohi Muhammad, sepatutnya kita tidak taksub dengan riwayat hadis Muhammad membuta-tuli. Kena tapis dengan akhlak-akhlak para Nabi yang semua mereka bersifat mulia (mana logik Nabi berperangai buruk) yang Al Quran sebutkan. Daripada situ kita dapat tahu mana riwayat hadis yang selari dengan Al Quran dan mana yang tidak selari.

Dan jika riwayat hadis si polan pun kita perlu tapis, apatah lagi kata-kata sesama kita. Mana kata-kata yang selari dengan Al Quran, kita ikut. Mana yang tak selari dan tiada sokongan Al Quran, kita tolak tepi.

Allah ceritakan kisah-kisah para Nabi dalam Al Quran agar kita nampak sifat-sifat para Nabi itu konsisten daripada dahulu sehingga Nabi terakhir. Jadi bila datang si polan bawakan cerita pasal seseorang Nabi yang tidak membawakan nilai akhlak yang sama seperti nabi-nabi terdahulu, maka kita dapat mengesan satu perubahan dan penyelewengan telah diada-adakan atas nama Nabi tersebut.

Contohnya, jika dalam Al Quran secara konsistennya menunjukkan para Nabi tidak memerlukan apa-apa objek khusus sebagai perantaraan dengan Allah, maka bila datang orang Arab kata Muhammad beritual dengan menjadikan batu sebagai perantaraan dengan Allah, kita boleh nampak penipuan berlaku di situ.

Itulah pentingnya kita tidak membeza-bezakan para Nabi agar tidak ditipu oleh orang Arab, yang mana Muhammad sendiri mengaku yang bangsa Arab itu terkenal dengan kekafiran dan kemunafikan. Bila datang orang-orang yang terkenal dengan kekafiran dan kemunafikannya, sepatutnya kita kena berhati-hatilah. Jangan main turut membuta-tuli merasakan apa yang datang daripada Arab itu semuanya Islam.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Perjalanan   Rasulullah    NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Wed Dec 29, 2010 9:18 am

Kalau seseorang itu menolak agama Allah dengan akalnya, itulah yang telah tertulis bagi dirinya. Makhluk lain tidak akan berupaya memberi hidayah kepada manusia hatta kitab al Quran itu sendiri, hatta Nabi pun tidak bisa. Agama memang sesuatu yang perlu dipelajari dan diikuti. Kalau nak tahu benar atau tidak kenalah belajar dahulu. Sama keadaannya dengan orang yang bukan beragama Islam. Kenapa dia tak percaya Nabi? Kalau dia percaya Nabi sudah tentu dia masuk Islam. Dia tahu ada cerita Nabi Muhammad tetapi dia tak mahu belajar. Orang bukan Islam tidak boleh berkata pada Allah dia tak masuk Islam sebab tak tahu adanya Nabi dan tak tahu adanya agama Islam. Kalau dia jawab tak percaya Islam sebab orang Islam tak berakhlak, ia tetap tidak melepaskan dirinya dari kesalahan tidak belajar dan beragama secara jahil. Ingat manusia tidak boleh mencipta agama dengan akal sendiri, kerana itulah permulaan agama pagan, setiap agama syirik bermula dengan keengkaran mengikut Nabi dan beragama secara sendiri. Untuk mengelak dari mengikut yang salah, sebab itulah perlu belajar dan berilmu. Barulah tak ikut membuta tuli. Kalau tak ikut langsung juga tidak selamat sekiranya kita tidak mengikut jalan nabi. Agama itu ialah kepercayaan dan perlaksanaan. Ilmu agama ialah untuk mengetahui kepercayaan dan perlaksanaan yang benar dari Allah. Kalau satu orang mengikut orang lain yang sudah berada dalam kepercayaan dan perlaksanaan agama Allah, dia tetap selamat dan bersyukurlah kerana itulah petunjuk Allah yang mahu dia berada di jalan Rasul. Agama telah sampai pada nabi 14 abab yang lalu dan tidak akan berubah lagi syariat itu dan tidak akan ada lagi manusia yang boleh menerima agama terus dari Allah, melainkan dia kena ikut orang yang telah sampai agama sebelum dia. Di sinilah peranan akalnya nak ikut orang yang berada di jalan nabi kah atau orang nasara atau yahudi atau agama pagan atau baru nak mencipta agama versi sendiri. Tetapi Allah hanya redha Islam sebagai agama manusia. Percaya pada Allah semata bukan lah Islam yang maksud dalam ayat Maidah itu. Sebab Yahudi juga percaya Allah, Kristian juga begitu. Bukan hanya sebab mereka bertuhankan Isa atau Uzair, itu sebahagian mazhab mereka sahaja. Sebahagian yang masih bertuhankan satu Allah juga tak diterima kerana terpesong dari jalan Musa dan Isa, maka Nabi Muhammad diutuskan utk membawa kembali manusia kepada Allah. Kalau ada orang berkata dia ikut jalan Nabi Isa atau nabi Musa, ia tidak akan betul. Macamana dia nak belajar agama itu lagi? Dari orang Yahudi kah, atau belajar jalan Nabi Isa dari orang kritiankah? Logik ke alasan tak mahu ikut Nabi Muhammad sebab nak ikut nabi lain? Itulah alasan yang diberi oleh Yahudi kepada nabi Muhammad. Ingatlah kita tidak boleh menjadi Islam tanpa ajaran Nabi Muhammad. Yang telah sampai hingga kini ialah ajaran Nabi Muhammad. Ajaran Nabi-nabi lain telah pun dipagankan oleh akal-akal manusia sebelum kedatangan nabi Muhammad.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Admin Wed Dec 29, 2010 9:39 am

Ingatlah kita tidak boleh menjadi Islam tanpa ajaran Nabi Muhammad. Yang telah sampai hingga kini ialah ajaran Nabi Muhammad. Ajaran Nabi-nabi lain telah pun dipagankan oleh akal-akal manusia sebelum kedatangan nabi Muhammad.

Salam,

Kita boleh katakan al-quran yang disampaikan melalui nabi adalah updated dari kitab-kitab sebelumnya. Ianya bukanlah sesuatu ajaran yang datang daripada nabi tapi ia adalah panduan/ tatacara hidup yang diredhai Tuhan. Tuhan mahu kita hidup berdasarkan landasan yang ditetapkan dalam al-quran.
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Perjalanan   Rasulullah    SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Wed Dec 29, 2010 1:50 pm

Benar, Bukan sahaja memperbarui kitab tetapi lebih tepat menyesuaikan perlaksanaan ajaran nabi mengikut umat dan zaman. Semua nabi membawa syariat Allah begitu juga semua kitab membawa hukum Allah. Tidak semua hukum Allah yang terdapat pada kitab sebelumnya dimansuhkan ada yang masih disyariatkan Allah kepada manusia. Solat, puasa dan haji, berkhatan telah disyariatkan kepada manusia se-awal zaman nabi Ibrahim as. Hukum rejam bagi penzina dari kitab taurat dikekalkan oleh Nabi Muhammad saw walaupun tiada dalam alQuran tapi ia tetap syariat Allah. Walaupun taurat, injil telah diselewengkan tetapi yang mana syariat yang Allah kekalkan pada manusia akan disampaikan melalui Nabi Muhammad saw. Kisah-Kisah Nabi dalam kitab terdahulu adalah lebih banyak dari apa yang ada dalam alQuran. Sebab itu ahli kaji agama-agama didunia ini , berfikir Nabi Muhammad mengambilnya dari ahli Kitab. Bagi orang Islam yang mempercayai Nabi Muhammad sebagai Rasul akhir zaman dan tidak akan ada rasul lain atau manusia yang boleh menerima agama terus dari Allah. Nabi dilantik adalah pilihan Allah sebelum lahir kebumi lagi. Perkara nabi taksub pada Nabi terdahulu tidak timbul sama sekali. Kerana agama Islam syariat Nabi Muhammad adalah yang terakhir dan diutuskan untuk manusia sekelian alam sampai hari kiamat. Kalau ada manusia di planet lain juga akan tertakluk dibawah hukum dan ajaran Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad. Kita mencontohi Nabi dalam melaksanakan alQuran, bukan nya jadi 'Nabi' membawa syariat sendiri. Ini akan menjadikan kita terkeluar dari jalan Rasul. Sunnatullah nya Rasul menerima agama dari Allah dan menyeru manusia kepada agama Allah, manusia yang mendapat hidayah Allah akan menerima agama itu dari Rasul, dan menyampaikan nya pada manusia lain dari zaman ke zaman. Tidak akan ada cara lain bagi manusia mendapat agama dari Allah kecuali dia seorang Rasul. Kerana sunatullah inilah, mereka yang tidak mahu mengikut Rasul akan mengaku dia juga Rasul dan wujudlah rasul palsu bermula dari Yaman sampai ke alam melayu.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Admin Wed Dec 29, 2010 2:26 pm

berkhatan telah disyariatkan kepada manusia se-awal zaman nabi Ibrahim as.

Hukum rejam bagi penzina dari kitab taurat dikekalkan oleh Nabi Muhammad saw walaupun tiada dalam alQuran tapi ia tetap syariat Allah.

Salam,

Kedua-duanya tidak dinyatakan dalam al-quran. Usahlah menjadi orang yang mahu menipu Allah. Kelak nanti menerima balasan di akhirat.

Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Perjalanan   Rasulullah    SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Juang Wed Dec 29, 2010 3:26 pm

Salam,

Zulia wrote:Kalau seseorang itu menolak agama Allah dengan akalnya, itulah yang telah tertulis bagi dirinya.

Dalam Al Quran, tidak wujud kisah seseorang manusia menolak agama Allah dengan akanyal. Ini kerana agama Allah itu selari dengan akal, sebab itulah ayat 16:44 suruh memikirkan peringatan yang diturunkan.

Yang nyatanya, orang-orang yang menolak agama Allah kerana mereka tidak menggunakan akal. Mereka menafikan kebenaran Al Quran menggunakan perasaan sahaja. Sebab itulah golongan yang tidak menggunakan akal itu diumpamakan seperti diletakkan najis ke atas mereka (rujuk ayat 10.100). Mereka dikatakan golongan buta hati (mana ada buta akal).

Agama Allah itu suatu yang benar. Suatu yang benar, mana logik boleh ditolak dengan akal. Contohnya hukum 1+1=2 adalah suatu yang benar. Tiada manusia boleh menolak hukum itu menggunakan akal.

Sesuatu perkara yang mudah ditolak dengan akal, itu menunjukkan ia bukannya datang daripada Allah, melainkan diada-adakan oleh pembesar agama sahaja.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Perjalanan   Rasulullah    NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by silatgayung Fri Dec 31, 2010 11:22 am

Admin wrote:
berkhatan telah disyariatkan kepada manusia se-awal zaman nabi Ibrahim as.

Hukum rejam bagi penzina dari kitab taurat dikekalkan oleh Nabi Muhammad saw walaupun tiada dalam alQuran tapi ia tetap syariat Allah.

Salam,

Kedua-duanya tidak dinyatakan dalam al-quran. Usahlah menjadi orang yang mahu menipu Allah. Kelak nanti menerima balasan di akhirat.



saudara Admin...

sesuatu yang PERKATAANYA tiada dalam Al-quran tidak bermaksud benda itu tidak wujud
silatgayung
silatgayung
Sarjana

Number of posts : 467
State : Perjalanan   Rasulullah    SAB
Reputation : 0
Credits : 5391
Registration date : 2010-12-09

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Admin Fri Dec 31, 2010 1:23 pm

silatgayung wrote:
Admin wrote:
berkhatan telah disyariatkan kepada manusia se-awal zaman nabi Ibrahim as.

Hukum rejam bagi penzina dari kitab taurat dikekalkan oleh Nabi Muhammad saw walaupun tiada dalam alQuran tapi ia tetap syariat Allah.

Salam,

Kedua-duanya tidak dinyatakan dalam al-quran. Usahlah menjadi orang yang mahu menipu Allah. Kelak nanti menerima balasan di akhirat.



saudara Admin...

sesuatu yang PERKATAANYA tiada dalam Al-quran tidak bermaksud benda itu tidak wujud

Salam SG,

Benar, tapi Tuhan tidak pernah menetapkan perlunya berkhatan kepada orang islam. Jadi, jangan cuba memandai-mandai kononnya ia dari Tuhan. Bagi saya, kalau nak buat juga tiada masalah cuma jangan katakan ia dari Tuhan dan wajib dilakukan kepada orang islam.

Begitu juga hukuman zina. Al-quran sudah memberitahu kita hukumannya dalam al-quran. Jelas dalam ayatNya. Kenapa nak tambah rejam lagi? Nak berlagak jadi Tuhan?
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Perjalanan   Rasulullah    SEL
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Fri Dec 31, 2010 5:34 pm

Kenapa perlunya bahasa yang kasar adakah kita akan berasa nikmat bila mencela orang lain. Apakah hati kita suka kearah merendahkan sesama manusia. Walaupun alQuran mencela orang kafir, itu adalah perkataan Allah yang maha tinggi ke atas semua makhluknya. Tetapi Nabi menunjukkan budi bahasa yang mulia dan berbuat baik pada semua manusia. Orang yang menerima agama Allah dari Nabi juga mulia hatinya. Sifat bermusuhan hanyalah dari sifat syaitan yang sentiasa memusuhi agama Allah.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by tolokminda Fri Dec 31, 2010 7:27 pm

Salam,

Hukuman rejam atau tabiat suka merejam orang yang disebut di dalam Quran sentiasa merujuk kepada hukuman atau tabiat orang kafir - orang yang menolak apa yang disampaikan oleh rasul. Dan hukuman rejam bagi penzina sebenarnya terdapat di dalam bible. Di dalam Al-Quran hukuman kepada penzina adalah sebat 100 kali. Tidak juga disebut tentang berapa besar atau panjang rotannya. Tiada juga disebut berapa kuat perlu dipukul. Saya berpendapat Tuhan bukan mahu penzina mati akibat hukuman yang dikenakan ke atas mereka. Tuhan hanya mahu mereka sedar akan kesalahan mereka dan menjauhinya.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Juang Fri Dec 31, 2010 7:49 pm

Salam,

Seperti kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu, mereka juga tidak komited hendak ikut apa yang tercatat dalam Kitab Allah. Maka mereka kumpulkan riwayat hidup seseorang Nabi (gospel-gospel) untuk mengada-adakan perkara baru yang tiada dalam Kitab Allah itu.

Konsep inilah yang digunakan dalam umat Islam hari ini. Mereka gunakan riwayat hadis untuk mengada-adakan perkara baru yang tidak diperintahkan oleh Allah di dalam Al Quran.

Kalau kita tidak buat perbandingan begini, pasti kita tidak perasan persamaan dengan apa yang orang-orang Yahudi dan Nasrani dahulu lakukan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Perjalanan   Rasulullah    NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Sat Jan 01, 2011 10:37 am

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi masih lagi diperlihara oleh Allah. Golongan yang mula-mula menyelewengkannya ialah golongan akhirzaman yang engkar mengikut ajaran Nabi. Agama yang benar dari zaman Nabi tidak akan putus dan dijanjikan ia tetap bersama orang beriman hingga hari kiamat cuma jumlahnya semakin berkurangan. Sebagai manusia yang diakhir zaman dia hendaklah mengikut agama yang diturunkan melalui Nabi daripada berfikir mengikut kehendak sendiri kerana itulah permulaan penyelewengan yang dibuat oleh Yahudi. Kaum yahudi juga engkar tidak mahu mengikut Nabi, kerana itu mereka yang memaksa ulama mengubah kitab, dan kesilapan ulamak Yahudi ialah mereka mengikut pendapat pemimpin supaya agama selari dengan akal mereka. Syukurlah ulama Islam tidak mengikut golongan yang sudah mula mahu mengubah agama dengan cara akal sendiri. Pengumpulan gospel itu berlaku jauh selepas zaman penyelewengan setelah tidak ada lagi ulama yang benar dikalangan mereka. Lalu Nabi diutuskan sebagai rahmat menyelamatkan manusia dari kesesatan. Janganlah kita memulakan kesesatan kembali dengan menentang cara Nabi ikut kehendak sendiri. Berkali-kali kita memohon pada Allah dalam Al fatihah. Supaya ditunjukkan jalan orang-orang yang benar. Bukan ikut jalan sendiri. Jalan yang tidak ada bukti dilakukan oleh Nabi ialah jalan sendiri yang diambil mudah oleh manusia yang malas belajar agama. Syaitan akan menyesatkan manusia mengikut kecenderungan nafsunya. Kalau manusia itu cenderung kepada wanita, syaitan akan palingkan dia kearah wanita dari agama. Kalau nafsunya cenderung mengumpul harta maka syaitan menyesatkan dia dengan harta menjadi kikir dan tidak melaksanakan agama kerana sibuk dengan harta. Kalau manusia itu cenderung pada alQuran, syaitan tidak akan duduk diam, mula dia akan palingkan orang itu dari alquran, kalau tidak berjaya dia akan hasut manusia agar tersesat fahamannya tidak selari dengan agama yang Nabi bawa, kalau manusia itu cepat sedar kembali bertanya pada orang beriman yang berpengetahuan dia akan kekal beriman. Sebaliknya jika dia terus hanyut dalam fikirannya dan berkeras agama boleh lahir dari fikiran sendiri tanpa mahu peduli ajaran dari Nabi, maka dia yakin itulah agama dari Allah. Padahal agama tidak diutuskan terus pada manusia melainkan melalui Nabi.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by tolokminda Sat Jan 01, 2011 11:28 am

Salam Zulia,

Sebenarnya semua agama yang ada dalam dunia hari ini yang tidak selari dengan akal. Sebaliknya Al-Quran sangat mesra akal.

Dan di dalam Quran Tuhan suruh kita baca KitabNya dan berfikir supaya kita tidak sesat dibawa syaitan dan bukan sebaliknya seperti yang puan kata.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Sat Jan 01, 2011 3:11 pm

Saya mengikut agama Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw yang diutuskan al Quran kepadanya. Saya tidak mampu mencipta agama mengikut akal saya, kerana agama bukan lah yang boleh diciptakan oleh manusia dengan akalnya. Itulah kepercayaan orang- orang yang saya percaya mereka menerima agama dari Nabi saw yang mengajar ilmu agama termasuk al Quran dan cara perlaksanaannya. Agama ciptaan manusia bersifat dunia dan tidak mampu memenuhi akidah iman yang mencakupi percaya pada Allah, percaya pada akhirat, percaya pada malaikat, percaya pada para rasul, percaya pada kitab-kitab. Agama Islam selari dengan akal yang beriman dan akidah Islam dan merupakan perlaksanaan al Quran yang diajar oleh Nabi. Tidak ada keraguan mengenainya.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by tolokminda Sat Jan 01, 2011 4:49 pm

Salam Zulia,

Sebenarnya jika kita telusuri petunjuk Al-Quran, perjalanan Nabi kepada kebenaran adalah sama dengan orang lain. Mula-mula Nabi pun sesat juga mengikut arus masyarakatnya. Tetapi kemudian Tuhan memberinya wahyu Al-Quran dan dia percaya dan dia menyampaikan dan beliau menjadi seorang berjaya atas kepercayaan kepada apa yang telah diwahyukan kepadanya.

93:6 Tidakkah Dia dapati kamu yatim dan Dia melindungi kamu?
93:7 Dan Dia dapati kamu sesat dan Dia memberimu pedoman?
93:8 Dan Dia dapati kamu memerlukan maka Dia memberimu kekayaan?

Ini satu lagi ayat yang memberi gambaran sama.

42:52 Dan maka, Kami inspirasikan kepadamu melalui perintah Kami. Kamu belum tahu apa itu Al-Kitab dan tidak juga mempunyai kepercayaan. Tetapi Kami telah menjadikan cahaya untuk memberi petunjuk kepada sesiapa saja yang Kami kehendaki dari kalangan hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kamu memberi petunjuk ke jalan yang lurus.

Nabi berubah dari seorang yang tidak tahu tentang petunjuk Tuhan kepada seorang yang percaya kepada apa yang diwahyukan kepadanya untuk disampaikan. Sesungguhnya Al-Quran adalah cahaya yang menunjuki jalan yang lurus dan hanya berguna kepada mereka yang mahu mempercayai. Tugas Nabi tidak lebih dari sekadar menyampaikan.

42:48 Tetapi jika mereka berpaling, maka Kami tidak mengutuskan kamu sebagai pelindung mereka. Kamu hanya dikehendaki untuk menyampaikan sahaja.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Sat Jan 01, 2011 9:46 pm

Bila Nabi sampaikan pada manusia, Nabi tak perlu amalkan perintah itu? Adakah kewajiban agama tidak keatas Nabi dan hanya pada manusia?
Secara akal pun ia tidak diterima oleh orang Islam. Apa yang diajarkan oleh Nabi ialah perintah al Quran adalah kepada manusia termasuk diri baginda sendiri dan bagindalah yang pertama dan paling taat mengamalkan perintah alQuran agar menjadi panduan pada umatnya. Inilah paling logik mengikut akal.

Benar, Nabi tidak akan menjadi pelindung pada orang yang berpaling dan menolak atau mendustai ajaran baginda.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Juang Sat Jan 01, 2011 10:09 pm

Benar, Nabi tidak akan menjadi pelindung pada orang yang berpaling dan menolak atau mendustai ajaran baginda.
Setuju. Sebab itu kita nampak orang yang mendustai Kitab Allah yang Nabi sampaikan gagal menjadikan Al Quran sebagai bukti kebenaran mereka walaupun mulut mereka manis mengaku ikut Al Quran. Bila mereka diajak kembali kepada Kitab Allah sebagai pemutus di antara mereka, sebahagian mereka berpaling ke belakang kerana mereka selalu berpaling daripada kebenaran.

Begitulah Allah amat cepat membalas setiap apa yang manusia kerjakan.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Perjalanan   Rasulullah    NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Juang Sat Jan 01, 2011 11:47 pm

12:3. Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.

Ayat ini menunjukkan sebelum Allah mewahyukan Al Quran, Nabi juga termasuk dalam orang-orang yang lalai. Namun setelah datang kesedaran dalam hati Nabi untuk mengambil peringatan, barulah Al Quran diturunkan yang mengandungi cerita yang paling baik.

Ironinya, walaupun Allah telah wahyukan cerita yang paling baik di dalam Al Quran, cerita riwayat karut-marut juga yang ditaksubi oleh mereka yang tidak mahu menggunakan akal itu tetapi perasan mereka pengikut Nabi.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Perjalanan   Rasulullah    NSE
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Zulia Sun Jan 02, 2011 9:46 am

Setelah Nabi menerima AlQuran, maka beliaulah yang lebih faham dan yang pertama kali melaksanakannya dengan cara yang bertepatan dengan kehendak Allah, tidak mengubah maksud yang difahami oleh orang Islam. Tanpa keraguan mengenainya. Selawat dan salam untuk baginda. Jangan sampai kita mengikut makhluk yang memandang rendah pada Nabi Adam a.s. Kerana akal yang tidak mentaati Allah dan berfikir api lebih baik dari tanah, sedangkan Allah yang mencipta manusia lebih mengetahui apa yang baik untuk manusia lebih dari apa yang manusia mampu fikirkan. Kelemahan manusia ialah tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir ada kisah yang paling tepat kalau kita memahaminya. Sebab itu semua yang dilakukan oleh nabi Khidir dilihat tidak logik bagi nabi Musa. Tetapi setelah diterangkan apa yang berlaku dimasa hadapan maka barulah nabi Musa faham sebabnya dan Allah maha mengetahui apa yang akan terjadi di akhirat kelak. Sebahagiannya telah diceritakan dalam alQuran. Bila Nabi yang taat melaksanakan alQuran, mendirikan solat, itulah cara yang dikehendaki Allah. Sebagai manusia tidak tahu solat yang nampak tak memberi apa-apa secara zahir itu akan berguna di akhirat kelak. Dan sebahagian yang melakukan solat yang sempurna dan ikhlas dapat merasakan manfaatnya di dunia lagi sebagai nikmat Allah utk menguatkan keimanannya. Di akhirat kelak, pahala akan menjadi rebutan dan dosa adalah kerugian bagi manusia. Manusia akan saling tuduh -menuduh agar dosanya dipikul oleh orang yang menzaliminya. Nabi telah membawa agama yang jelas hukumnya yang membawa pahala dan amal yang perlu dijauhi dosanya. Malanglah manusia yang jahil dalam agama sehingga tak tahu yang mana dosa dan pahala. Akal manusia yang tak ada ilmu tentang dosa pahala, tidak sama dengan akal orang yang tahu.
'Adakah kamu berpendapat bahwa orang yang berilmu itu sama dengan orang yang jahil, sama sekali tidak'.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Perjalanan   Rasulullah    PRK
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Perjalanan   Rasulullah    Empty Re: Perjalanan Rasulullah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum