Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Arah Perjalanan Hidup
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Arah Perjalanan Hidup
Dalam memandu kenderaan, antara perkara utama yang mula-mula kita kena tahu adalah mengenal beza arah kanan dan kiri. Jika kita tidak tahu membezakannya, sudah pasti risiko kita akan tersesat ketika memandu adalah tinggi.
Begitulah juga dalam memandu diri kita ke syurga. Kita kena tahu arah mana yang melayakkan kita sampai ke syurga dan arah yang membawa manusia ke neraka. Nak jadi seorang yang tahu, sudah pasti memerlukan kita belajar, sesuai dengan wahyu pertama Al Quran yang suruh manusia membaca.
Untuk menuju ke syurga, sudah tentu ada satu arah itu iaitu jalan-jalan yang Allah sukai. Tidak logik manusia berbuat sesuatu yang Allah tidak suka, kemudian berharap sampai ke syurga. Itu hanyalah angan-angan kosong sahaja. Usaha kita untuk ke syurga perlulah melalui jalan yang selari dengan arah ke syurga itu.
Berikut adalah perbezaan jalan untuk ke syurga (menjadi orang yang Allah sukai) dan jalan untuk ke neraka (menjadi orang yang Allah tidak sukai).
Siapakah orang yang Allah suka?
- orang yang bertaubat dan menyucikan diri (jiwa) [2.222]
- orang yang berlaku adil [60.8]
- orang yang bertakwa (takut kpd Allah semata-mata) [9.7]
- orang yang berbuat baik (kebajikan) [5.93]
- orang yang bertawakal (berserah kepada Allah semata-mata) [3.159]
- orang yang sabar [3.146]
Siapakah pula orang yang Allah tidak suka?
- orang yang sombong dan membangga diri [57.23]
- orang yang zalim [42.40]
- orang yang kafir (engkar) [30.45]
- orang yang pengkhianat lagi tidak mensyukuri nikmat [22.38]
- orang yang melampaui batas [7.55]
- orang yang membazir [7.31]
- orang yang membuat kerosakan [5.64]
- orang yang mengeluarkan ucapan yang jahat [4.148]
- orang yang keras kepala pertahankan kekafiran dan dosa [2.276]
Apabila kita kenal perbezaan perbuatan yang Allah suka manusia melakukannya dengan perbuatan yang Allah tidak suka, maka segala amalan atau ibadat kita, kenalah bermatlamat untuk menjadi insan yang Allah suka itu supaya peluang untuk masuk ke syurga adalah cerah.
Apa guna beramal ibadat kononnya persis macam cara Nabi (macamlah mereka seorang yang betul cara amalannya), tetapi hidup seperti orang yang tidak Allah sukai itu, iaitu menjadi kaum yang sombong dan berbangga diri kononnya mereka sahaja kekasih Allah. Bukankah itu suatu yang sia-sia akibat mengotorkan jiwa?

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
Re: Arah Perjalanan Hidup
Jadi, nak pilih jalan ke syurga jadilah orang yang Allah sukai dan buangkan sifat-sifat yang ada pada orang yang Allah tidak sukai. Al-quran sudah ada di tangan kita. baca dan fahami ayat-ayatNya. Jangan hanya dilagukan tapi perlulah difahami ayat-ayatNya. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita ke arah jalan yang benar ke syurga.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7788
Registration date : 2008-04-07
Re: Arah Perjalanan Hidup
1) orang yang bertaubat dan menyucikan diri (jiwa) [2.222]
Orang yang bertaubat itu adalah orang yang ada rasa kekesalan dan keinsafan dalam dirinya. Apabila melihat nasib kaumnya yang lemah dan lembab otak sehingga hidup menumpang teknologi orang lain sahaja, maka orang yang ada keinsafan itu akan berusaha mengubah keadaan itu. Ini kerana rasa cinta terhadap kaumnya sendiri.
Bertaubat bermakna kita meninggalkan sesuatu yang buruk, sia-sia, tidak bermanfaat atau memudaratkan, untuk melakukan sesuatu yang baik, bermakna dan mempunyai manfaat yang besar.
Jadi untuk bertaubat, maka tinggalkan amalan yang melembabkan otak itu untuk pertingkatkan aktiviti-aktiviti yang merangsang perkembangan minda.
Kemudian, untuk menyucikan jiwa, buang perasaan angkuh dan sombong kononnya kaum kita sahaja mulia di sisi Allah dan layak dapat petunjuk. Belajar merendah diri dan sanggup belajar daripada kejayaan bangsa-bangsa lain. Bukannya pergi labelkan bangsa-bangsa lain itu kafir dan sebagainya. Itu hanya merosakkan jiwa dengan keangkuhan sahaja.

2) orang yang berlaku adil [60.8]
a. Yang mendengar semua pandangan, dan mengikuti yang paling baik di antaranya.
b. Tidak bias pada kaum sendiri, dan tidak prejudis pada kaum-kaum lain.
c. Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya agar sesuatu sistem itu stabil.

» Menentukan Arah Kiblat
» Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam
» Jauh perjalanan, luas pandangan
» Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam
» Jauh perjalanan, luas pandangan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|