Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Sang Kancil yang cerdik
+3
Juang
tolokminda
Zulia
7 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
Sang Kancil yang cerdik
[i]' seorang mati dilanggar kancil' . Adakah kenyataan itu logik atau tidak? Kalau seorang itu berfikir pendek tentulah tak logik kerana kancil adalah haiwan yang kecil. Mustahil manusia boleh mati jika dilanggar oleh kancil. Lainlah kalau dia dilanggar oleh seladang atau pun gajah. Bagi seorang yang lain, ia akan mengatakan logik, sebab kancil, boleh jadi Perodua Kancil. Tentu boleh maut kalau dilanggar kereta. Penerimaan sesuatu berita itu memang bergantung pada ilmu atau info yang ada pada seseorang. Ia juga bergantung pada masa kejadian. Kalau ia berlaku pada tahun sebelum Kancil dikeluarkan, kenyataan itu kembali tidak logik. Faktor masa juga penting utk menentukan kesahihan berita. Bagaimana pula ia berlaku dinegara lain yang tidak mengimport Kancil? Walaupun berlaku pada tahun selepas Kancil dikeluarkan, kalau tempat itu tidak ada kereta kancil, ia juga tidak logik. Kesimpulannya ilmulah yang menentukan kebijaksanaan akal berfikir, faktor masa dan tempat juga perlu diketahui sebelum menentukan kesahihan sesuatu kenyataan itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam Zulia,
Dalam hubungan manusia dengan Tuhannya, faktor masa, tempat itu tidak penting malah langsung tidak diambilkira. Jika kita menyekutukan Tuhan, tak kiralah samada kita berada di Malaysia atau di Alaska, 2000 tahun dulu ataupun sekarang, kesalahan yang kita lakukan di sisi Tuhan adalah sama saja.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam,
Cara menjelaskan apakah "kancil" yang dimaksudkan itu juga memainkan peranan menentukan kebenaran dalam situasi di atas.
Jika si penyampai berterus-terung mengatakan "seseorang mati dilanggar kereta kancil", memang mudah orang lain nak percaya. Lagi teliti maklumat yang disampaikan, lagi jelaslah apa yang disampaikan.
Sebab itulah dalam Al Quran memberitahu kita sifat-sifat para Rasul (penyampai mesej Allah) iaitu orang yang menyampaikan dengan terang dan jelas. Bila Al Quran itu sudah disampaikan dengan jelas, apa ke halnya pula kita perlukan kitab-kitab riwayat sebagai penjelasan Al Quran seolah-olah ketika hayatnya, Nabi tidak berjaya sampaikan Al Quran dengan jelas? Tak masuk akal betullah dakwaan mereka itu.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Sang Kancil yang cerdik
saya sengaja menggantungkan cerita itu setakat itu supaya manusia berfikir. Bagi orang yang tak tahu wujudnya kereta kancil, contohnya orang negara lain, tentu dia kata tak logik dan memang kenyataan itu jelas. Tapi bagi orang yang tahu dan berada di Malaysia, mula-mula baca pun sudah tahu ia merujuk kepada kereta Kancil. Tak kan kita nak kata orang yang di negara lain itu betul. Sedangkan kejadian itu berlaku di sini bukan di sinun. Orang negara lain itu boleh berusaha datang ke malaysia atau dia boleh belajar tentang berita itu, dan setelah berilmu atau tahu maklumat lanjut adakah dia masih menganggapnya tak logik? Bagaimana kalau dia berdegil dan tak mahu belajar dan menganggap ianya jelas, maka dia menafikanlah kebenaran itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam,
Jadi bukan salah orang negara lain itu kalau mereka kekurangan informasi untuk tidak percaya pasal penyataan "manusia mati dilanggar kancil". Dan menjadi tanggungjawab orang negara kita menjelaskan erti "kancil" yang dimaksudkan dalam penyataan itu agar mereka nampak penyataan itu benar.
Begitulah dengan Al Quran. Ramai yang tersalah anggap terhadap Al Quran seperti mengatakan "Al Quran tidak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelasannya". Kata-kata itu keluar kerana mereka tidak mahu mengumpulkan informasi yang ada dalam Al Quran (gara-gara malas baca isi kandungan Al Quran). Atas sebab itulah kita ajak mereka gali isi kandungan Al Quran itu agar tersalah anggap mereka itu diperbetulkan.
Namun bila mereka sendiri menolak isi kandungan Al Quran gara-gara taksub dengan kepercayaan tradisi, itulah orang-orang yang degil dan menafikan kebenaran Al Quran.

memang begitulah lah yang ulama lakukan, kerana tanggungjawab mereka menyampaikan pada manusia di serata dunia. Mengapa pula ada manusia dari dunia lain tidak percaya sebelum belajar. Itulah yang berlaku pada Aidid Safar. Mengapa kita nak ikut jejak langkah dia. Kalau kita berusaha sedikit utk menambahkan info yang ada pada kita, kita akan melihat logiknya, seperti kisah kancil itu. Kita sama-sama belajar dari kesilapan, hanya mereka yang menyedari kesilapan sendiri akan berusaha memperbaiki diri. Saya tahu abang berniat baik tetapi kita juga kena bersangka baik dengan sesama Islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam,
Kita percaya hanya kepada orang-orang yang percaya kepada Al Quran. Bila ada manusia kata Al Quran tak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelas sedangkan Al Quran tak pernah pun kata begitu, macam mana kita nak percaya kepada orang-orang yang mendustai Al Quran itu?
Allah tak larang pun belajar dengan Aidid Safar ke dengan sesiapa. Jadi untuk berlaku adil, tak kiralah Aidid Safar ke sesiapa ke, asalkan mereka sanggup kemukakan ayat-ayat Al Quran, kita terima.
Ini baru ajak kembali kepada Al Quran, mulalah buat alasan Al Quran tak jelas-lah, itulah, inilah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dusta.
Kita percaya hanya kepada orang-orang yang percaya kepada Al Quran. Bila ada manusia kata Al Quran tak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelas sedangkan Al Quran tak pernah pun kata begitu, macam mana kita nak percaya kepada orang-orang yang mendustai Al Quran itu?
Allah tak larang pun belajar dengan Aidid Safar ke dengan sesiapa. Jadi untuk berlaku adil, tak kiralah Aidid Safar ke sesiapa ke, asalkan mereka sanggup kemukakan ayat-ayat Al Quran, kita terima.
Ini baru ajak kembali kepada Al Quran, mulalah buat alasan Al Quran tak jelas-lah, itulah, inilah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dusta.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam,
Orang yang percaya kepada Al-Quran dengan kepercayaan berdasarkan kepada penyelidikan dan kefahamannya sendiri tidak perlu bergayut kepada sesiapa. Ia seperti kita percaya bahawa bumi ini bulat. Kita tidak perlu menyandarkan kepercayaan kita tentang bulatnya bumi kepada sesiapa kerana selepas kita faham, bukti-buktinya mengenainya adalah jelas sepertimana jelasnya perbezaan di antara benang puti dan benang hitam.
Orang yang percaya kepada Al-Quran dengan kepercayaan berdasarkan kepada penyelidikan dan kefahamannya sendiri tidak perlu bergayut kepada sesiapa. Ia seperti kita percaya bahawa bumi ini bulat. Kita tidak perlu menyandarkan kepercayaan kita tentang bulatnya bumi kepada sesiapa kerana selepas kita faham, bukti-buktinya mengenainya adalah jelas sepertimana jelasnya perbezaan di antara benang puti dan benang hitam.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Sang Kancil yang cerdik
sama seperti kisah kancil itu, orang luar itu tidak mahu belajar, bukan ulama kata tak boleh ikut al quran, tetapi pelajari dulu baru tahu. Orang luar tak nampak logiknya. Tapi kalau dia berfikir secara logik akal yang diberikan Allah, tentu aku akan mengetahuinya jika aku belajar atau bertanya orang Malaysia. Dan dia dapat mengetahui ..oh kereta kancil, fahamlah saya. Tapi kalau belum lagi belajar, dan percaya pada 'salah orang' iaitu orang yang bukan ahli dan bukan dari Malaysia tentu dia gagal menerima kebenaran itu. Sedangkan orang yang dia percaya itu sama dengan dia tak tahu adanya kereta kancil sebab malas belajar.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam Zulia,
Orang yang malas belajar adalah orang yang menyerahkan segala-galanya tentang kepercayaannya kepada orang lain. Orang yang mahu belajar mereka bersedia untuk memeriksa sendiri apa yang ingin diketahuinya dan tidak takut membuat keputusan walaupun ia bertentangan dengan kepercayaan sejagat.
Semua manusia yang menjadi pelopor kejayaan dalam mana-mana bidang adalah orang yang berani mengatakan pendapatnya sendiri dan mampu pula membawa bukti. Kalau semua orang ikut kata nenek moyang mereka, dunia ini tentu masih berada di zaman batu. Tuhan menjadikan kita khalifah yang di kelilingi pelbagai sumber bukan untuk mengekalkan cara hidup zaman batu.
Orang yang malas belajar adalah orang yang menyerahkan segala-galanya tentang kepercayaannya kepada orang lain. Orang yang mahu belajar mereka bersedia untuk memeriksa sendiri apa yang ingin diketahuinya dan tidak takut membuat keputusan walaupun ia bertentangan dengan kepercayaan sejagat.
Semua manusia yang menjadi pelopor kejayaan dalam mana-mana bidang adalah orang yang berani mengatakan pendapatnya sendiri dan mampu pula membawa bukti. Kalau semua orang ikut kata nenek moyang mereka, dunia ini tentu masih berada di zaman batu. Tuhan menjadikan kita khalifah yang di kelilingi pelbagai sumber bukan untuk mengekalkan cara hidup zaman batu.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Sang Kancil yang cerdik
mengapa kita menghantar pelajar ke luar negara? Mengapa berlaku perpindahan teknologi.? sebab itu ada nya katak bawah tempurung. Logik bagi katak itu hanyalah tempurungnya, yang dia tahu..onk..onk
Abang jangan percaya pada orang yang menghalang kita pergi belajar. Sepatutnya kita dah tahu tujuan dia.
Abang jangan percaya pada orang yang menghalang kita pergi belajar. Sepatutnya kita dah tahu tujuan dia.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam Zulia,
Orang yang menghalang orang lain belajar adalah mereka yang kata tidak boleh membaca sendiri, tidak boleh mempunyai pandangan sendiri dan sebagainya. Mereka nak semua orang ikut cara mereka iaitu menurut dan patuh membuta tuli.
Orang yang menghalang orang lain belajar adalah mereka yang kata tidak boleh membaca sendiri, tidak boleh mempunyai pandangan sendiri dan sebagainya. Mereka nak semua orang ikut cara mereka iaitu menurut dan patuh membuta tuli.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Sang Kancil yang cerdik
Samalah seperti kisah kancil itu. Tetap ada orang yang tak mahu menerima kebenaran cerita itu. Mungkin dia ingat dia sudah pandai. Yang dia tahu kancil itu seekor haiwan kecil. Dia kaji lah kancil itu sampai mati pun dia tidak dapat menerima kebenaran. Pada hal kalau dia tanya mereka yang tahu dia akan dapat mengetahui nya.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam Zulia,
Al-Quran tu mengandungi petunjuk yang jelas. Kalau kereta ia akan kata kereta. Ia tak kata kancil atau rusa atau kenari. Ia akan kata kereta. Al-Quran tidak kekurangan informasi sehingga menyebabkan pembacanya mendapat maklumat yang salah. Yang tak membaca Al-Quran itulah yang sebenarnya kekurangan informasi dan mudah tertipu dengan cerita-cerita palsu yang tidak ada hujung pangkal.
Al-Quran tu mengandungi petunjuk yang jelas. Kalau kereta ia akan kata kereta. Ia tak kata kancil atau rusa atau kenari. Ia akan kata kereta. Al-Quran tidak kekurangan informasi sehingga menyebabkan pembacanya mendapat maklumat yang salah. Yang tak membaca Al-Quran itulah yang sebenarnya kekurangan informasi dan mudah tertipu dengan cerita-cerita palsu yang tidak ada hujung pangkal.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Sang Kancil yang cerdik
orang yang sangka kancil itu seekor binatang akan mengatakan itulah informasi yang ada sedangkan ilmu itu luas. itu hanya perumpamaan seorang yan tak berilmu dengan orang yang berilmu. Pada awalnya saya langsung tak kaitkan ia dengan al quran, ia hanyalah secara umum. Tapi kalau dah tujuan seorang itu menghalang orang mencari kebenaran dia tetap melakukan niatnya itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam Zulia,
Kalau betul pun ada orang bawa berita tentang kancil langgar seseorang hingga mati dan kita tak tahu samada nak percaya atau tidak, kan Tuhan dah ajar apa yang perlu kita lakukan. Tuhan kata kalau ada sesiapa yang membawa berita kita perlulah periksa kebenarannya. Kalau kita ikut apa yang Tuhan suruh, tentulah kita akan tahu samada kancil itu jenama kereta atau sejenis binatang.
Tengok. Kalau ikut Al-Quran, tidak ada siapa boleh halang kita cari kebenaran. Jadi siapa sebenarnya yang berniat mahu menghalang orang cari kebenaran. Saya atau puan?
Kalau betul pun ada orang bawa berita tentang kancil langgar seseorang hingga mati dan kita tak tahu samada nak percaya atau tidak, kan Tuhan dah ajar apa yang perlu kita lakukan. Tuhan kata kalau ada sesiapa yang membawa berita kita perlulah periksa kebenarannya. Kalau kita ikut apa yang Tuhan suruh, tentulah kita akan tahu samada kancil itu jenama kereta atau sejenis binatang.
Tengok. Kalau ikut Al-Quran, tidak ada siapa boleh halang kita cari kebenaran. Jadi siapa sebenarnya yang berniat mahu menghalang orang cari kebenaran. Saya atau puan?
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Sang Kancil yang cerdik
Juang wrote:Ramai yang tersalah anggap terhadap Al Quran seperti mengatakan "Al Quran tidak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelasannya"
Golongan yang mengatakan AlQuran tidak jelas adalah orang yang sengaja mengada-adakan takrifan yang bersimpang-siur daripada apa yang telah difahami oleh sebahagaian besar umat Islam. Tidak ada pulak dalam syiah, khawarij atau murji'ah yang mendefinisikan solat = komitmen = belajar = bekerja seperti yang golongan awak buat. Jadi apa yang jelas ialah golongan awak yang sepatutnya dihamburkan dengan kata-kata yang saya bold diatas sebab dengan sewenang-wenangnya menolak hadith-hadith nabi saw yang jelas mengajarkan sunnah rasullullah saw dan tanpa awak sedari golongan awak lebih teruk daripada pemikiran syiah, khawarij atau murji'ah tadi. Sebab langsung tak solat.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Sang Kancil yang cerdik
tolokminda wrote:
Al-Quran tu mengandungi petunjuk yang jelas. Kalau kereta ia akan kata kereta. Ia tak kata kancil atau rusa atau kenari. Ia akan kata kereta. Al-Quran tidak kekurangan informasi sehingga menyebabkan pembacanya mendapat maklumat yang salah.
Memang benar jika AlQuran kata kereta maka ia tetap kereta, tetapi kenapa apabila AlQuran kata sujud awak tak terima perkataan sujud itu seperti yang AlQuran jelaskan. Awak lencongkan pula perkataan sujud itu dengan takrifan yang awak buat sendiri. Kaabah dengan bukulali dan macam-macam lagi. Jadi bagaimana AlQuran hendak mengajar awak jika maklumat didalamnya pun awak bangkang? Jika kancil langgar mati manusia, tentu pemikiran semacam awak mengatakan takrifan kancil ialah binatang yang menyondol dan berbunyi 'ngok-ngok-ogok' agaknya.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam,PenjunjungEhsan wrote:Golongan yang mengatakan AlQuran tidak jelas adalah orang yang sengaja mengada-adakan takrifan yang bersimpang-siur daripada apa yang telah difahami oleh sebahagaian besar umat Islam. Tidak ada pulak dalam syiah, khawarij atau murji'ah yang mendefinisikan solat = komitmen = belajar = bekerja seperti yang golongan awak buat. Jadi apa yang jelas ialah golongan awak yang sepatutnya dihamburkan dengan kata-kata yang saya bold diatas sebab dengan sewenang-wenangnya menolak hadith-hadith nabi saw yang jelas mengajarkan sunnah rasullullah saw dan tanpa awak sedari golongan awak lebih teruk daripada pemikiran syiah, khawarij atau murji'ah tadi. Sebab langsung tak solat.
Jadi, kalau sudah tahu yang Al Quran itu jelas, tak perlu lagilah kitab-kitab riwayat sebagai penjelas Al Quran. Yang duk pergi mengada-adakan apa yang Allah tak perintahkan, buat apa?
Tak pernah wujud dalam Al Quran pun seseorang Nabi atau Rasul mengumpul riwayat-riwayat nabi-nabi sebelum mereka. Mereka dapat tahu kisah Nabi-nabi terdahulu melalui wahyu dan petunjuk Allah.
Jadi jika Nabi pun tak tergamak nak kumpul riwayat-riwayat seseorang Nabi sebelum mereka, apakah patut kita yang bukan Nabi mengada-adakan amalan yang para Nabi terdahulu tak pernah buat?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Sang Kancil yang cerdik
jung wrote:Tak pernah wujud dalam Al Quran pun seseorang
Nabi atau Rasul mengumpul riwayat-riwayat nabi-nabi sebelum mereka.
Mereka dapat tahu kisah Nabi-nabi terdahulu melalui wahyu dan petunjuk
Allah.
Awakkah yang diturunkan AlQuran sehingga berani mengatakan demikian? Awak mengatakan nabi saw tidak mengumpulkan riwayat para nabi terdahulu tetapi awak tidak tahu bahawa ada wahyu Allah ta'ala kepada nabi saw yang mengkhabarkan tentang kisah para nabi terdahulu yang tidak diceritakan didalam AlQuran. Jika awak nak berdusta pun selidik-selidiklah dahulu. Nabi tidak mengumpul riwayat para nabi, tetapi Allah azza wa jalla yang mewahyukan kepadanya. Sekarang siapa yang berdusta? Yang jelas awak, bukan nabi saw.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Sang Kancil yang cerdik
PenjunjungEhsan wrote:Juang wrote:Ramai yang tersalah anggap terhadap Al Quran seperti mengatakan "Al Quran tidak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelasannya"
Golongan yang mengatakan AlQuran tidak jelas adalah orang yang sengaja mengada-adakan takrifan yang bersimpang-siur daripada apa yang telah difahami oleh sebahagaian besar umat Islam.
Pendapat Anda di atas benar.
Karena sudah jelas, maka tidak diperlukan Riwayat sebagai penjelas.
Apalagi Riwayat bukannya menjelaskan, tetapi menyimpangkan petunjuk yang terdapat dalam Alquran.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: Sang Kancil yang cerdik
faried wrote:PenjunjungEhsan wrote:Juang wrote:Ramai yang tersalah anggap terhadap Al Quran seperti mengatakan "Al Quran tidak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelasannya"
Golongan yang mengatakan AlQuran tidak jelas adalah orang yang sengaja mengada-adakan takrifan yang bersimpang-siur daripada apa yang telah difahami oleh sebahagaian besar umat Islam.
Pendapat Anda di atas benar.
Karena sudah jelas, maka tidak diperlukan Riwayat sebagai penjelas.
Apalagi Riwayat bukannya menjelaskan, tetapi menyimpangkan petunjuk yang terdapat dalam Alquran.
Tetapi penggunaan bahasa yang tidak mecapai taraf intelek dalam mentakrifkan terjemahan AlQuran adakah lebih mulia daripada mempelajarinya daripada ulama? Jika berani mengatakan ulama salah dalam bahasa, adakah anda berani bila takrifan anda yang tidak selari dengan orang arab yang alim dalam AlQuran sebagai bida'ah?
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam,
Ulamak pun manusia biasa yang boleh salah dalam bahasa. Maka sebab itulah kita wujudkan foum terbuka begini agar mana-mana terjemahan Al Quran yang lemah dibetulkan dengan terjemahan yang kuat dengan jadikan Al Quran itu petunjuknya, bukannya kitab riwayat.
Jika ada antara kita kemukakan sesuatu terjemahan, maka yang berpengetahuan pasti bawakan terjemahan yang lebih baik jika terjemahan yang sebelum itu lemah. Tetapi sekadar cakap "terjemahan si polan itu mengikut nafsu" tanpa bawakan apa yang benar daripada mereka, samalah macam perangai orang kafir terdahulu yang sekadar tahu berkata "inilah sihir yang nyata" tanpa mampu bawakan apa-apa surah yang benar daripada mereka.
Ulamak pun manusia biasa yang boleh salah dalam bahasa. Maka sebab itulah kita wujudkan foum terbuka begini agar mana-mana terjemahan Al Quran yang lemah dibetulkan dengan terjemahan yang kuat dengan jadikan Al Quran itu petunjuknya, bukannya kitab riwayat.
Jika ada antara kita kemukakan sesuatu terjemahan, maka yang berpengetahuan pasti bawakan terjemahan yang lebih baik jika terjemahan yang sebelum itu lemah. Tetapi sekadar cakap "terjemahan si polan itu mengikut nafsu" tanpa bawakan apa yang benar daripada mereka, samalah macam perangai orang kafir terdahulu yang sekadar tahu berkata "inilah sihir yang nyata" tanpa mampu bawakan apa-apa surah yang benar daripada mereka.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Sang Kancil yang cerdik
agama tidak boleh diforum secara terbuka begini. Sebab ia terdedah kepada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan kepada orang yang lemah ilmunya. sebab itu sebarang perselisihan ulama telah pun membahasakan secara ilmiah. Antara yang masih aktif pada zaman ini dan mampu berijtihad ialah Dr Yusof Al Qardawi. Bukannya menembak dari belakang dengan niat ada orang islam yang lemah akan terpedaya. kita nampak Alquran itu mengikut tahap ilmu kita. Ayatnya memanglah nampak mudah. Seperti ayat mendirikan solat. Ayat itu jelas kena lakukan solat. Tetapi mengapa ada pula menafsirkan secara tersirat. Sesiapa yang berhak menentukan ianya tersirat atau tidak. Sebab itu walaupun sahabat lebih jelas bahasa al quran itu kerana mereka bangsa Arab, tetapi tetap tidak akan mendahului Nabi. kerana mendahului nabi dilarang dalam alquran. Sebab itu cara mengamalkan ayat alquran telah dijelaskan oleh Nabi sehingga bila tamatnya wahyu agama islam telah lengkap dengan ibadatnya, hukum hakamnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Ulama hanya mempermudahkan ilmu agama dan mengajarnya dan memastikan ilmu itu kekal dan boleh dipelajari orang islam akan datang. Ulama hanya bersepakat dalam hukum yang tidak diputuskan pada zaman nabi masih hidup, disebabkan muncul perkara baru dalam kemajuan manusia.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Sang Kancil yang cerdik
Salam,
Nabi Ibrahim ok sahaja membicarakan pasal agama secara terbuka dengan kaumnya? Nabi Nuh pun ok sahaja membicarakan pasal agama secara terbuka dengan kaumnya? Nabi Musa berhujah dengan Firaun dan tukang sihirnya pun di tempat yang terbuka. Malah semua para Nabi berbicara pasal agama secara terbuka.
Entah hukum Allah mana yang tercatat dalam Al Quran melarang agama dibincangkan secara terbuka. Ikut suka hati mereka sahaja buat ketetapan tak masuk akal.
Nabi Ibrahim ok sahaja membicarakan pasal agama secara terbuka dengan kaumnya? Nabi Nuh pun ok sahaja membicarakan pasal agama secara terbuka dengan kaumnya? Nabi Musa berhujah dengan Firaun dan tukang sihirnya pun di tempat yang terbuka. Malah semua para Nabi berbicara pasal agama secara terbuka.
Entah hukum Allah mana yang tercatat dalam Al Quran melarang agama dibincangkan secara terbuka. Ikut suka hati mereka sahaja buat ketetapan tak masuk akal.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Page 1 of 3 • 1, 2, 3
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|