Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
+4
faried
PenjunjungEhsan
Payau Putih
Admin
8 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 3 of 4
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam,PenjunjungEhsan wrote:Lebah pandai membaca kitab ke?
Ketika wahyu sampai kepada Nabi Muhammad melalui Jibril pun ia bukan dalam bentuk kitab. Al Quran itu jadi bentuk kitab setelah ia ditulis. Sebab itulah lebah pun dapat wahyu sebab wahyu bukannya perlu medium kitab atau penulisan.
Macam itu senang pun takleh nak fikirkan.
Memang perkataan wahyu ada didalam ayat tersebut, tapi tidak bermakna
manusia selain daripada para nabi juga menerima wahyu contohnya orang
awam.
Haa, dah terperangkap, barulah nak akui perkataan wahyu wujud dalam ayat 16.68. Daripada ayat itu, membuktikan Allah tak pernah hadkan penuruan wahyu kepada rasul sahaja. Kalau lebah pun boleh dapat wahyu, orang awam pun boleh.
Kemukakan bukti ayat Al Quran mana kata "orang awam tak boleh dapat wahyu"? Kalau ada, logiklah Allah tak bagi orang awam dapat wahyu.
Masalahnya ada ke ayat Al Quran kata orang awam tak boleh dapat wahyu? Malah wujudkah perkataan "orang awam" di sisi Allah? Malah para Rasul itu orang kebanyakan juga yang berjalan-jalan di pasar-pasar. Mana ada para Rasul dari kalangan pembesar agama sesuatu kaum? Semuanya bermula dengan orang biasa yang mereka pun tak sangka suatu hari nanti mereka akan dilantik jadi Rasul Allah.Kalau hendak memberi perbandingan dengan manusia, carilah
perkataan yang merujuk ada manusia lain selain daripada nabi yang
menerima wahyu. Jika merujuk kepada lebah, carilah perkataan lain yang
merujuk kepada haiwan kan jelas. Sekali lagi buah cempedak dibandingkan
dengan buah tampoi.
Begitu juga wujud ke ayat Al Quran kata selepas Nabi Muhammad wahyu tidak akan diturunkan?
Pandai-pandai mereka buat ketetapan apa yang Allah tidak tetapkan. Macamlah mereka lagi hebat daripada Tuhan. Nak bernafas pun pinjam oksigen ciptaan Tuhan, ada hati nak buat ketetapan yang Allah tak pernah tetapkan demikian.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Juang wrote:
Salam,
Ketika wahyu sampai kepada Nabi Muhammad melalui Jibril pun ia bukan dalam bentuk kitab. Al Quran itu jadi bentuk kitab setelah ia ditulis. Sebab itulah lebah pun dapat wahyu sebab wahyu bukannya perlu medium kitab atau penulisan.
Macam itu senang pun takleh nak fikirkan.
Awak mengakupun alQuran hanya diterima oleh Nabi muhammad saw dan bukan awak dan golongan awak yang mendapat ilham kononnya. Siapa yang terperangkap?
Juang wrote:
Haa, dah terperangkap, barulah nak akui perkataan wahyu wujud dalam ayat 16.68. Daripada ayat itu, membuktikan Allah tak pernah hadkan penuruan wahyu kepada rasul sahaja. Kalau lebah pun boleh dapat wahyu, orang awam pun boleh.
Kemukakan bukti ayat Al Quran mana kata "orang awam tak boleh dapat wahyu"? Kalau ada, logiklah Allah tak bagi orang awam dapat wahyu.
Awak tak faham bahasa, saya mengatakan kalau betul awak dan konco-konco awak pun menerima wahyu, mana ada ayat yang mengatakan demikian. Orang awam, umat manusia ler...Awak yang menisbatkan lebah terima wahyu, ini bila kita buktikan lebah tak boleh membaca awak ubah pula seolah-olah saya yang mengemukakan persoalan. Wahyu dengan ilham tidak sama.
Juang wrote:
Masalahnya ada ke ayat Al Quran kata orang awam tak boleh dapat wahyu? Malah wujudkah perkataan "orang awam" di sisi Allah? Malah para Rasul itu orang kebanyakan juga yang berjalan-jalan di pasar-pasar. Mana ada para Rasul dari kalangan pembesar agama sesuatu kaum? Semuanya bermula dengan orang biasa yang mereka pun tak sangka suatu hari nanti mereka akan dilantik jadi Rasul Allah.
Begitu juga wujud ke ayat Al Quran kata selepas Nabi Muhammad wahyu tidak akan diturunkan?
Pandai-pandai mereka buat ketetapan apa yang Allah tidak tetapkan. Macamlah mereka lagi hebat daripada Tuhan. Nak bernafas pun pinjam oksigen ciptaan Tuhan, ada hati nak buat ketetapan yang Allah tak pernah tetapkan demikian.
Buat perumpamaan pun masih dangkal juga otak awak tu, dah terlalu banyak buat eksperimen agaknya. Siapa kata orang awam boleh menerima wahyu, hanya para nabi sahaja yang menerima wahyu. Awak tak mungkin menerima wahyu walaupun awak belajar sampai phd. Awak yang terbengong agaknya..
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam,PenjunjungEhsan wrote:
Awak mengakupun alQuran hanya diterima oleh Nabi muhammad saw dan bukan awak dan golongan awak yang mendapat ilham kononnya. Siapa yang terperangkap?
Bukankah yang terperangkap adalah orang yang kata dalam ayat 16.68 itu bukan wahyu dan kemudian dia mengakui ayat itu mengatakan lebah dapat wahyu? Sendiri terperangkap, nak salahkah orang lain. Dasar tak sedar diri.
Kemungkinan semua manusia boleh dapat wahyu terbukti bila tiada ayat Al Quran mengatakan "hanya Nabi sahaja dapat wahyu". Dan kemungkinan itu lebih tinggi bila Al Quran sebut lebah pun dapat wahyu.Awak tak faham bahasa, saya mengatakan kalau betul awak dan konco-konco awak pun menerima wahyu, mana ada ayat yang mengatakan demikian. Orang awam, umat manusia ler...Awak yang menisbatkan lebah terima wahyu, ini bila kita buktikan lebah tak boleh membaca awak ubah pula seolah-olah saya yang mengemukakan persoalan. Wahyu dengan ilham tidak sama.
Takkan lebah yang bukan khalifah itu Allah boleh beri wahyu tanpa mengira lebah "Nabi" atau lebah "bukan Nabi", tetapi untuk manusia sebagai khalifah itu Allah tak bagi wahyu?
Saya tak kata saya atau individu tertentu sahaja dapat wahyu, tetapi saya mengatakan semua makhluk Allah boleh dapat wahyu kalau mereka mahu. Bukankah Allah yang tentukan siapa yang boleh dapat wahyu tidak pernah menetapkan "wahyu hanya diterima oleh Nabi dan selepas Nabi Muhammad tiada wahyu lagi"?
Itulah sifat orang yang gagal kemukakan ayat Al Quran mana mengatakan hanya Nabi sahaja dapat wahyu, mulalah nak kata orang lain dangkal atau bengong.Buat perumpamaan pun masih dangkal juga otak awak tu, dah terlalu banyak buat eksperimen agaknya. Siapa kata orang awam boleh menerima wahyu, hanya para nabi sahaja yang menerima wahyu. Awak tak mungkin menerima wahyu walaupun awak belajar sampai phd. Awak yang terbengong agaknya..
Kesian, gagal mengawal emosi.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Juang wrote:Kemungkinan semua manusia boleh dapat wahyu
terbukti bila tiada ayat Al Quran mengatakan "hanya Nabi sahaja dapat
wahyu". Dan kemungkinan itu lebih tinggi bila Al Quran sebut lebah pun
dapat wahyu.
Awak mengatakan demikian kerana agenda awak untuk menimbulkan keraguan didalam hati manusia untuk menidakkan segala syariat yang dibawa oleh nabi muhammad saw. Senang sahaja jawapan untuk awak, mengada-adakan sesuatu didalam agama iaitu bida'ah.
Juang wrote:Takkan lebah yang bukan khalifah itu Allah boleh
beri wahyu tanpa mengira lebah "Nabi" atau lebah "bukan Nabi", tetapi
untuk manusia sebagai khalifah itu Allah tak bagi wahyu?
Ini istilah orang yang mengharap menjadi lebih mulia dengan menyamakan diri awak seperti lebah yang diistilahkan menerima wahyu kerana ia serangga sedang awak adalah manusia dan kejadian awak lebih mulia daripada lebah. Samalah awak seperti iblis yang mengatakan dia lebih mulia daripada nabi adam alaihi salam. Wahyu dalam konteks ini adalah apa yang diturunkan Allah kepada lebah dan ia tidak sama dengan apa yang diturunkan kepada nabi saw.
Juang wrote:Saya
tak kata saya atau individu tertentu sahaja dapat wahyu, tetapi saya
mengatakan semua makhluk Allah boleh dapat wahyu kalau mereka mahu.
Bukankah Allah yang tentukan siapa yang boleh dapat wahyu tidak pernah
menetapkan "wahyu hanya diterima oleh Nabi dan selepas Nabi Muhammad
tiada wahyu lagi"?
Memang perangai awak seperti kisah abu jahal yang berharap menerima wahyu dan mencapai taraf sama seperti para nabi. Auzubillahiminzalik.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam PE,
Sepatutnya bila sdr juang mengemukakan hujah yg disertakan bukti ayat al-quran tentang lebah pun dapat wahyu, tuan juga harus membuktikan dengan ayat2 al-quran bahawa hanya para nabi shj yg dapat wahyu. kemukakan di sini supaya kita dapat fikirkan.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
jadi siapa disini yang menerima wahyu tu, en admin?
Beginilah en admin, siapa disini yang berhujah untuk membuktikan dirinya yang betul? Sedangkan orang islam hanya mentaati agama yang diturunkan dengan niat mendapat keredhaan Allah. Itulah tujuan orang islam. Saya tak pasti apakah tujuan anda beragama. Kalau tujuan anda ialah untuk tidak bersama orang islam, dan membawa haluan anda sendiri, itu pilihan anda.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam,
Jika lebah pun boleh terima wahyu, semua manusia pun ada potensi terima wahyu. Siapa mereka yang dapat itu, itu semua urusan Allah sebab yang beri wahyu itu Allah. Atas Kehendak Allah-lah Dia nak beri wahyu itu pada sesiapa pun.
Bukan urusan kita nak tentukan siapa yang dapat dan siapa yang tak dapat. Lainlah kita yang berikan wahyu, logiklah kita tentukan siapa yang dapat dan siapa yang tak dapat.
Wahyu itukan medium untuk membawa petunjuk daripada Allah. Di mana adanya petunjuk, di situ ada wahyu.
Bukan susah sangat nak fikirkan pun.
Jika lebah pun boleh terima wahyu, semua manusia pun ada potensi terima wahyu. Siapa mereka yang dapat itu, itu semua urusan Allah sebab yang beri wahyu itu Allah. Atas Kehendak Allah-lah Dia nak beri wahyu itu pada sesiapa pun.
Bukan urusan kita nak tentukan siapa yang dapat dan siapa yang tak dapat. Lainlah kita yang berikan wahyu, logiklah kita tentukan siapa yang dapat dan siapa yang tak dapat.
Wahyu itukan medium untuk membawa petunjuk daripada Allah. Di mana adanya petunjuk, di situ ada wahyu.
Bukan susah sangat nak fikirkan pun.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Juang wrote:Salam,

Awak kata wahyu tu ilham sedangkan pemahaman umat Islam adalah, wahyu adalah ayat-ayat Allah yang diturunkan kepada nabi muhammad saw sebagai larangan atau perintah daripada Allah ta'ala atau syariat Islam dan wajib disampaikan kepada seluruh umat dan ilham adalah sesuatu yang difikirkan oleh seseorang yang tidak semestinya nabi sahaja iaitu apabila Allah ta'ala memberikan sesuatu maklumat yang berkitar didalam pemikiran seseorang dan ia tidak mencapai taraf perintah Allah atau larangan atau syariat Allah ta'ala.
Ini yang mendangkalkan fikiran orang seperti awak yang dengan mudah menyamakan wahyu dengan ilham dan ia seperti merendahkan taraf para nabi saw dan awak seperti menafikan wahyu itu khas untuk para nabi dan ilham itu adalah pemikiran biasa umat manusia. Ini tidak akan menjadi persoalan jika awak kata wahyu itu ilham dalam ertikata awak bukan seorang yang faham bahasa, tetapi lagaknya awak tahu wahyu itu apa dan ilham itu apa, cuma awak nak kelihatan 'lain daripada yang lain' kononnya untuk menonjolkan diri awak yang ego dan mementingkan diri sendiri dalam mempelajari agama Islam. Jika awak seorang yang keliru tak apa, tetapi jika orang lain yang keliru itu yang akan memecah-belahkan umat Islam. Untuk memecahkan dinding kesombongan awak tu, rasanya apa yang ditulis oleh sekalian forumer disini takkan berhasil membetulkan batu dalam kepala awak tapi jika ditakdir, semoga awak akan insaf dan menyedari bahawa awak dan golongan awak telah tersilap dalam memahami Islam.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam PE,
Wahyu tidak semestinya datang dalam bentuk Kitab peringatan yang khusus sebagaimana yang telah diterima oleh nabi-nabi. Ia juga datang dalam bentuk ilham, inspirasi, idea dan seumpamanya. Ilham, inspirasi, idea semua datang dari Tuhan. Sebab itu Tuhan kata semua perkara yang baik harus kita kreditkan kepada Tuhan. Tuhan memberi kita ilham, inspirasi yang baik-baik. Yang jahat bukan datang dari Tuhan tetapi ia merupakan pilihan diri kita sendiri. Begitu juga dengan ayat-ayat Tuhan. Ia bukan hanya apa yang kita dapat baca melalui KitabNya, tetapi ayat-ayat atau petunjuk Tuhan juga dapat kita cernakan dari segala ciptaanNya yang berada di sekeliling kita, dekat dan jauh.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam,
Benar Tolokminda. Umpamanya dalam KitabNya hanya sebut "jangan sekutukan Dia". Apa jua cara yang diilhamkan kepada kita untuk mencapai matlamat "jangan menyekutukanNya", sudah pasti itu daripada Allah juga. Oleh kerana zaman sentiasa berubah, dan tipu daya syaitan sentiasa berubah-ubah zahirnya, maka ilham untuk mematahkan tipu-daya syaitan itu juga pasti sentiasa turun.
Samalah macam konsep virus dalam komputer. Oleh kerana virus-virus sentiasa berubah-ubah paternnya, maka pihak pengeluar anti-virus kena sentiasa turunkan kepada pengguna definasi virus yang terkini. Kalau pihak anti-virus memutuskan penurunan definasi virus yang terkini, kebarangkalian komputer diserang virus-virus baru adalah tinggi.
Begitulah jadinya, kalau Allah putuskan penurunan wahyu, maka manusia akan lagi-lagi mudah ditipu oleh syaitan. Bayangkanlah dalam keadaan Al Quran masih kekal pun kita nampak ada manusia tak mahu ikut Al Quran gara-gara taksub dengan kitab riwayat. Macam mana agaknya jika tiada wahyu diturunkan lagi selepas Al Quran?

Kitab diwahyukan kepada Nabi, sebab itu al quran tak sebut kitab diwahyukan kepada orang biasa dan ianya telah ditentukan kepada nabi yang tertentu. Wahyu kepada lebah itu adalah ilham dan manusia biasa juga menerima ilham tetapi setelah melalui proses berfikir, tetapi tidak pada haiwan yang tidak dikurniakan akal. Ilham manusia lebih dikenali sebagai idea, kena melalui proses berfikir. Sebab itu manusia dipertanggungjawabkan atas apa yang dikemukakan melalui fikirannya. Dalam proses itu manusia terdedah kepada ilmu yang diterima, maklumat yang betul atau salah, dorongan nafsu, hasutan syaitan, dan panduan iman dan kepercayaannya. Fikiran manusia tidak sama dengan Nabi yang dijauhkan tipu daya syaitan dengan izin Allah. Sebab itu manusia tak boleh kata apa yang difikirkannya secara sendiri itu datang dari Allah terutama dalam bab agama; sebab syaitan memang sentiasa menyesatkan manusia dari agama, manusia perlu menerima agama dari rasul yang menerima agama, sebab manusia tidak menerima agama terus dari Allah tanpa melalui utusannya. Konsep inilah haruslah difahami. Sains juga mengetahui dan mengkaji perbezaan anda Manusia vs haiwan, mind vs instinct. Haiwan yang menerima instinct mempunyai pancaindera yang lebih tajam dari manusia yang dikurniakan akal. Tetapi manusia boleh menyerap kelemahan pancainderanya dengan kemajuan yang dihasilkan oleh akalnya. Kelemahan manusia dalam agama ialah manusia terdedah pada godaan syaitan dan tak nampak ghaib. Oleh itu manusia bergantung pd iman. Kalau salah iman nya maka salah lah agamanya. Oleh itu iman perlu dibetulkan dulu dengan akal, baru diboleh memahami agama. Kalau akalnya tak menerima iman, fahaman agama nya akan sesat.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam,
Sedangkan kenapa Allah itu Esa pun ada disebutkan dalam Al Quran, takkanlah kenapa wahyu hanya untuk Nabi dan manusia lain tak dapat wahyu tiada disebutkan dalam Al Quran? Tak masuk akal betul.
Dan dalam tulisan Arab juga sebut lebah dapat wahyu. Ini menunjukkan Allah tidak membeza-bezakan makhlukNya untuk dapat wahyu. Hanya manusia yang sahaja suka membeza-bezakan.
Lainlah ada manusia dapat kemukakan ayat Al Quran lain mengatakan "wahyu yang diberikan kepada lebah bukannya wahyu tetapi ilham", logiklah kita kata lebah tak dapat wahyu tetapi dapat ilham sahaja.
Takkanlah ayat-ayat Al Quran dalam tulisan Arab pun mereka nak nafikan lagi. Patutlah terjemahan Al Quran pun mereka tak percaya. Hati sudah tertutup tak boleh nak disedarkan lagi.
Sedangkan kenapa Allah itu Esa pun ada disebutkan dalam Al Quran, takkanlah kenapa wahyu hanya untuk Nabi dan manusia lain tak dapat wahyu tiada disebutkan dalam Al Quran? Tak masuk akal betul.
Dan dalam tulisan Arab juga sebut lebah dapat wahyu. Ini menunjukkan Allah tidak membeza-bezakan makhlukNya untuk dapat wahyu. Hanya manusia yang sahaja suka membeza-bezakan.
Lainlah ada manusia dapat kemukakan ayat Al Quran lain mengatakan "wahyu yang diberikan kepada lebah bukannya wahyu tetapi ilham", logiklah kita kata lebah tak dapat wahyu tetapi dapat ilham sahaja.
Takkanlah ayat-ayat Al Quran dalam tulisan Arab pun mereka nak nafikan lagi. Patutlah terjemahan Al Quran pun mereka tak percaya. Hati sudah tertutup tak boleh nak disedarkan lagi.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam,
Wahyu datangnya daripada Allah. Idea dan ilham juga datang daripada Allah. Maka wahyu itu sebenarnya idea atau ilhamlah.
Cuba cari perkataan apa yang digunakan sebagai ganti "idea" atau "ilham" dalam Al Quran? Kalau wahyu dan ilham itu suatu yang berlainan, sudah pasti dalam Al Quran ada perkataan untuk membezakan wahyu dengan ilham itu.

kalau wahyu itu semua orang dapat seperti Nabi mendapat kitab al quran, kitab apa pula yang anda dapat?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam Zulia,
Al-Quran adalah petunjuk. Tuhan kata kalau kita baca Al-Quran kita akan dapat petunjuk.
Al-Quran = Petunjuk
Baca Al-Quran dapat Petunjuk.
Petunjuk = Al-Quran
Al-Quran adalah petunjuk. Tuhan kata kalau kita baca Al-Quran kita akan dapat petunjuk.
Al-Quran = Petunjuk
Baca Al-Quran dapat Petunjuk.
Petunjuk = Al-Quran
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
jadi apa pula petunjuk itu, tunjuklah.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam Zulia,
Petunjuk itu Al-Quranlah. Tapi kalau kita tak baca, macamana Al-Quran tu nak jadi petunjuk untuk kita? Bacalah dulu, barulah Tuhan akan turunkan petunjuk itu ke dalam kalbu kita.
Petunjuk itu Al-Quranlah. Tapi kalau kita tak baca, macamana Al-Quran tu nak jadi petunjuk untuk kita? Bacalah dulu, barulah Tuhan akan turunkan petunjuk itu ke dalam kalbu kita.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Jika AlQuran = Petunjuk, jadi petunjuk kuasa dua maka AlQuran = AlQuran tebal yang dua kali ganda lah yek? Jika sifir yang digunakan, maka makin teballah agaknya AlQuran untuk 100 tahun akan datang dengan teori saudara tm tu. AlQuran mengandungi petunjuk, bukannya awak dapat petunjuk sendiri-sendiri. Manakala petunjuk yang diyakini benar hanyalah petunjuk daripada rasullullah saw yang diterima melalui wahyu Allah ta'ala. Ini kerana setiap apa yang menjadi persoalan manusia, telah dijawab oleh rasullullah saw secara bersemuka dengan manusia pada zamannya ataupun para sahabat radiallahhuanhuma. Jika sesuatu perintah dan larangan telah jelas, untuk apa lagi manusia mutaakhir ini meneroka semula syariat Islam yang telah dibukukan dan menjadi panduan umat Islam selepas AlQuran. Bukan sedikit ulama yang telah mengkaji AlQuran dan menuliskan komen-komen nabi saw dalam tafsiran mereka tentang AlQuran. Jadi kenapa golongan seperti tm ni menjadi jumud seolah-olah menyamakan diri kamu seperti berada dizaman awal kedatangan Islam? Dah buang tebiat?
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Salam,
Perkataan "wahyu' adalah bahasa arab, jadi apa pula terjemahannya dalam bahasa melayu. Begitu juga perkataan "ilham"... ?
Cuba bincangkan....
Perkataan "wahyu' adalah bahasa arab, jadi apa pula terjemahannya dalam bahasa melayu. Begitu juga perkataan "ilham"... ?
Cuba bincangkan....
Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Location : Sabah bertuah
State :
Reputation : 0
Credits : 5646
Registration date : 2009-07-01
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
anda beranggapan tuhan juga menurunkan wahyu pada anda. mengapa pula anda baca al quran kalau anda sendiri mendapat wahyu?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Wahyu itu bermacam-macam:
Wahyu kepada lebah (16.68)
Wahyu Zakariya kepada kaumnya (19.11)
Wahyu kepada langit (41.12)
Wahyu kepada bumi (99.4-5)
Wahyu kepada laba-laba (29.41)
Wahyu kepada ibu nabi Musa (20.38, 28.7)
Wahyu kepada pengikut Isa (5.111)
Wahyu kepada orang goa/alkahfi (18.12).
Jadi tidak menerima wahyu, lantas Alquran ditinggalkan.

faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
PenjunjungEhsan wrote:Jika AlQuran = Petunjuk, jadi petunjuk kuasa dua maka AlQuran = AlQuran tebal yang dua kali ganda lah yek? Jika sifir yang digunakan, maka makin teballah agaknya AlQuran untuk 100 tahun akan datang dengan teori saudara tm tu. AlQuran mengandungi petunjuk, bukannya awak dapat petunjuk sendiri-sendiri. Manakala petunjuk yang diyakini benar hanyalah petunjuk daripada rasullullah saw yang diterima melalui wahyu Allah ta'ala. Ini kerana setiap apa yang menjadi persoalan manusia, telah dijawab oleh rasullullah saw secara bersemuka dengan manusia pada zamannya ataupun para sahabat radiallahhuanhuma. Jika sesuatu perintah dan larangan telah jelas, untuk apa lagi manusia mutaakhir ini meneroka semula syariat Islam yang telah dibukukan dan menjadi panduan umat Islam selepas AlQuran. Bukan sedikit ulama yang telah mengkaji AlQuran dan menuliskan komen-komen nabi saw dalam tafsiran mereka tentang AlQuran. Jadi kenapa golongan seperti tm ni menjadi jumud seolah-olah menyamakan diri kamu seperti berada dizaman awal kedatangan Islam? Dah buang tebiat?
Salam PE,
Apa tuan merepek ni? Kan Tuhan sendiri yang kata Al-Quran itu petunjuk. Tuan pernah baca Quran dalam bahasa yang tuan boleh faham ke?
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Bagaimana dengan terjemahan ayat ini;
AQ 6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
AQ 6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Location : Sabah bertuah
State :
Reputation : 0
Credits : 5646
Registration date : 2009-07-01
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Payau Putih wrote:Bagaimana dengan terjemahan ayat ini;
AQ 6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
Terjemahan yoohee = mewahyukan adalah terjemahan harfiah, apa adanya, tidak dikorupsi, diputar-belit dan diplintir.
Wakathalika jaAAalna likulli nabiyyin AAaduwwan shayateena alinsi waaljinni yoohee baAAduhum ila baAAdin zukhrufa alqawli ghurooran walaw shaa rabbuka ma faAAaloohu fatharhum wama yaftaroona
Tetapi terjemahan yoohee dikorupsi, diputar-belit dan dipelintir:
6:112 (Malay) Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
Salam.
faried- Pensyarah
- Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6087
Registration date : 2010-04-21
Re: Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
Terima kasih tuan Faried,
Apa pula perkataan arabnya bagi "bisik/membisikkan" ? Sebab perkataan tersebut di gunakan juga dalam Al Quran.
Terima kaih sekali lagi...
Apa pula perkataan arabnya bagi "bisik/membisikkan" ? Sebab perkataan tersebut di gunakan juga dalam Al Quran.
Terima kaih sekali lagi...
Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Location : Sabah bertuah
State :
Reputation : 0
Credits : 5646
Registration date : 2009-07-01
Page 3 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Asas menentukan kebenaran sesuatu kata-kata.
» Beriman kepada Allah tetapi mengingkari Rasul-rasul Nya.
» Bagaimana Allah mengentalkan jiwa para Rasul?
» Beriman kepada Allah tetapi mengingkari Rasul-rasul Nya.
» Bagaimana Allah mengentalkan jiwa para Rasul?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 3 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum