Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Kesan mendustai Kitab Allah
+5
Zulia
Admin
othman
tolokminda
Juang
9 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 4
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Kesan mendustai Kitab Allah
IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.
Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.
“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.
Nota: Petikan dari Utusan
Daripada perangkaan di atas menunjukkan orang-orang beragama Islam di negara kita adalah golongan yang tidak tahu bertanggungjawab. Habis madu, sepah dibuang.
Sudah pasti ia suatu yang memalukan. Di sebalik semakin ramai wanita beragama Islam memakai tudung, tetapi ia tidak mampu mengurangkan kadar hubungan luar nikah walaupun kaum-kaum tak pakai tudung.
Di sebalik ramai lelaki beragama Islam membuat gerakan yang mereka dakwa boleh mencegah kekejian dan kemungkaran, tetapi mereka jugalah yang menjadi penyumbang terbesar gejala sosial walaupun kaum-kaum lain tidak buat gerakan seperti mereka.
Itulah antara bahana yang Allah tunjukkan apabila mereka mendakwa Kitab Allah tidak jelas dan perlukan kitab-kitab riwayat sebagai penjelas. Mereka merendah-rendahkan Kitab Allah seolah-olah ada kitab lain lagi tinggi nilainya.
Bila mereka meletakkan Kitab Allah di tempat yang rendah nilainya, logiklah Allah balas menjadikan mereka kaum yang rendah mutu moral mereka. Di dunia lagi Allah sudah balas kepada pendusta-pendusta Kitab Allah itu.
Entah ayat Al Quran mana yang kata Al Quran itu tak jelas pun mereka gagal bawakan sehingga ke hari ini? Kalau nak kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai dalil pun sudah gagal, bila masa mereka nak jadi kaum yang berjaya berbanding semua agama?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Juang,
Kepercayaan membuta tuli kepada hukum hakam ciptaan manusia yang mereka anggap kedudukan istimewa di sisi Tuhan telah menyebabkan orang Islam tidak faham apa maksud tanggungjawab. Tuhan kata tanggungjawab memberi nafkah kepada anak terletak kepada bapa - tidak kiralah anak mereka itu lahir selepas nikah atau tidak nikah. Tapi hukum ciptaan mereka melepaskan tanggungjawab bapa kepada anak mereka jika mereka tidak nikah dengan perempuan yang mengandungkannya. Dahlah mereka melanggar ketetapan Tuhan supaya jangan berzina, bila dapat anak mereka langgar pula ketetapan supaya bertanggungjawab ke atas anak mereka. Perangai seperti ini lebih teruk dari binatang.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Juang wrote:IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.
Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.
“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.
Nota: Petikan dari Utusan
Daripada perangkaan di atas menunjukkan orang-orang beragama Islam di negara kita adalah golongan yang tidak tahu bertanggungjawab. Habis madu, sepah dibuang.
Sudah pasti ia suatu yang memalukan. Di sebalik semakin ramai wanita beragama Islam memakai tudung, tetapi ia tidak mampu mengurangkan kadar hubungan luar nikah walaupun kaum-kaum tak pakai tudung.
Di sebalik ramai lelaki beragama Islam membuat gerakan yang mereka dakwa boleh mencegah kekejian dan kemungkaran, tetapi mereka jugalah yang menjadi penyumbang terbesar gejala sosial walaupun kaum-kaum lain tidak buat gerakan seperti mereka.
Itulah antara bahana yang Allah tunjukkan apabila mereka mendakwa Kitab Allah tidak jelas dan perlukan kitab-kitab riwayat sebagai penjelas. Mereka merendah-rendahkan Kitab Allah seolah-olah ada kitab lain lagi tinggi nilainya.
Bila mereka meletakkan Kitab Allah di tempat yang rendah nilainya, logiklah Allah balas menjadikan mereka kaum yang rendah mutu moral mereka. Di dunia lagi Allah sudah balas kepada pendusta-pendusta Kitab Allah itu.
Entah ayat Al Quran mana yang kata Al Quran itu tak jelas pun mereka gagal bawakan sehingga ke hari ini? Kalau nak kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai dalil pun sudah gagal, bila masa mereka nak jadi kaum yang berjaya berbanding semua agama?
salam juang
tuhan tak balas pun . salah kita jugak . seronok nak bincang dgn juang berkaitan hal ini . katalah juang mempunyai anak remaja , pada juang bagaimanakah cara nya utk tuan menjaga mereka agar tidak terjebak .salam
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi."
Ada tak kita pernah dengar orang india atau cina buang bayi di tepi2 jalan, tong sampah dsb? kalau tak ada, mengapa orang melayu yg beragama islam seringkali kita dengar? apakah kita tidak terfikir bhw ajaran atas nama islam yg mereka anuti itu sesungguhnya benar atau pun dusta?
sudah tentulah mereka hanya berdusta dengan mengada-adakan hukum yg tidak termaktub dalam kitab Allah. kalau kita kembali berpegang kpd al-quran, pasti kes seumpama ini tidak akan berlaku. perlu kita ingat, solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. jika solat itu tidak dapat menghindari perbuatan2 ini, pasti mereka tidak bersolat atau solat yg mereka lakukan selama ini bukanlah solat dalam erti kata yg sebenar apatah lagi amalan ritual mereka dihiasi dengan penyekutuan terhadap Allah.
itulah kesan mendustai kitab Allah.

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7784
Registration date : 2008-04-07
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
dan apabila kita pergi ke tempat permulihan.. kita dapati mereka ini memang terdiri dari orang yang tidak mendirikan sembahyang. Dan memang jauh dari agama. Walaupun pengetahuan tentang dosa ada, tetapi kekuatan utk menolak melakukan dosa itu tidak ada. Hanya solat yang khusyuk boleh meningkatkan kekuatan dalaman seseorang untuk tidak melakukan dosa dan maksiat. Sebab itu di rumah pemulihan mereka kembali diajar agama dan mendirikan solat. Alhamdulillah, mereka telah bertaubat dan telah insaf dari dosa lampau.
Sebaiknya mereka yang tak sembahyang juga dimasukkan ke pusat permulihan ini. Huh.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Zulia,
Yang menjadi masalah bukan samada mereka mengamalkan ritual atau tidak. Tetapi adakah mereka tahu tanggungjawab atau tidak.
Yang menjadi masalah bukan samada mereka mengamalkan ritual atau tidak. Tetapi adakah mereka tahu tanggungjawab atau tidak.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
kalau orang yang menunaikan tanggungjawab kepada tuhannya iaitu bersolat, dia juga akan menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap perkara2 lain. Itulah hikmah solat yang diperintahkan oleh Pencipta manusia yang maha mengetahui tentang manusia ciptaanNya. Manusia sebenarnya memerlukan solat itu. Sebab kesan tidak bersolat menjadikan hati keras dan cinta dunia. Cuba anda renungkan kembali. Perasaan cinta dan harap anda pada dunia akan meningkat bila anda tidak lagi bersolat.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Zulia,
Orang-orang lain yang puan anggap kafir kerana tak ikut cara puan pun tak seteruk kaum puan perangainya. Jadi dakwaan puan bahawa sembahyang cara puan lebih baik dari yang lain atau yang tak sembahyang langsung tidak dapat dibuktikan secara definitif. Malah orang-orang yang puan anggap sembahyang mereka tidak betul itu pun mungkin menyumbang lebih banyak kepada kemakmuran manusia lain di dunia ini.
Tuhan kata jangan buat sesuatu yang tak memberi faedah apatah lagi kalau ianya turut menyebabkan kita menjadi penghuni neraka.
Orang-orang lain yang puan anggap kafir kerana tak ikut cara puan pun tak seteruk kaum puan perangainya. Jadi dakwaan puan bahawa sembahyang cara puan lebih baik dari yang lain atau yang tak sembahyang langsung tidak dapat dibuktikan secara definitif. Malah orang-orang yang puan anggap sembahyang mereka tidak betul itu pun mungkin menyumbang lebih banyak kepada kemakmuran manusia lain di dunia ini.
Tuhan kata jangan buat sesuatu yang tak memberi faedah apatah lagi kalau ianya turut menyebabkan kita menjadi penghuni neraka.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
bila pula saya cerita pasal kafir. Saya cuma mengajak orang yang tak sembahyang supaya sembahyang. Bukankah sembahyang itu mendekatkan manusia pada Allah. Paling tidak disukai syaitan. Siapa yang anda maksudkan dengan 'orang-orang saya' tu. Kalau begitu anda ini 'orang-orang saya' ke tidak. Kalau ajakkan saya itu tidak relevan dengan 'orang-orang anda', anggaplah ia tidak ada kena-mengena dengan anda.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Zulia,
Kalau sembahyang puan itu menyekutukan Tuhan dengan apa-apapun, puan sebenarnya melakukan perkara yang amat dilarang Tuhan dan akan menjadi penghuni neraka di mana puan akan tinggal selama-lamanya di sana.
Kalau sembahyang puan itu menyekutukan Tuhan dengan apa-apapun, puan sebenarnya melakukan perkara yang amat dilarang Tuhan dan akan menjadi penghuni neraka di mana puan akan tinggal selama-lamanya di sana.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
anda lihat ke bagamana saya sambahyang? Sikap terus mengeluarkan pendapat ke atas sesuatu yang anda tidak nampak, amat tidak logik.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Puan,
Bila saya kata saya nampak? Kan saya kata, "kalau sembahyang puan itu menyekutukan Tuhan dengan apa-apapun.."
Saya kata "kalau". Bukan saya kata nampak.
Bila saya kata saya nampak? Kan saya kata, "kalau sembahyang puan itu menyekutukan Tuhan dengan apa-apapun.."
Saya kata "kalau". Bukan saya kata nampak.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Sebab itu saya mengajak orang dan diri saya supaya bersembahyang, secara umum. Bukankah sebahyang itu perintah Allah. Kalau anda seorang yang memang bersembahyang anggaplah ianya peringatan, kerana peringatan memberi munafaat kepada orang-orang Islam.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
tolokminda wrote:Salam Juang,
Kepercayaan membuta tuli kepada hukum hakam ciptaan manusia yang mereka anggap kedudukan istimewa di sisi Tuhan telah menyebabkan orang Islam tidak faham apa maksud tanggungjawab. Tuhan kata tanggungjawab memberi nafkah kepada anak terletak kepada bapa - tidak kiralah anak mereka itu lahir selepas nikah atau tidak nikah. Tapi hukum ciptaan mereka melepaskan tanggungjawab bapa kepada anak mereka jika mereka tidak nikah dengan perempuan yang mengandungkannya. Dahlah mereka melanggar ketetapan Tuhan supaya jangan berzina, bila dapat anak mereka langgar pula ketetapan supaya bertanggungjawab ke atas anak mereka. Perangai seperti ini lebih teruk dari binatang.
Salam Tolokminda,
Umat Islam hari ini perlu belajar kembali mengenal erti tanggungjawab. Jika pada Kitab Allah pun mereka sudah tak bertanggungjawab dengan mengatakan Al Quran tak jelas dan perlukan kitab riwayat sebagai penjelasnya, bayangkanlah bagaimana mereka bertanggungjawab sesama manusia.
Sebab itu kita tidak hairan kes-kes melepas atau lari daripada bertanggungjawab sebegitu banyak terjadi dalam masyarakat beragama Islam hari ini.
Lihat bagaimana sifat bertanggungjawab yang ada pada Nabi-nabi dalam Al Quran. Contohnya walaupun Nabi Nuh dan Nabi Luth hidup bersama-sama isteri mereka yang tidak percaya, tetapi mereka tetap bertanggungjawab nak bawa isteri mereka keluar daripada tempat yang bakal di azab sehinggalah isteri mereka sendiri yang berpaling ke belakang.
Daripada gelaja-gelaja yang berlaku dalam umat Islam hari ini, saya nampak erti solat yang lebih baik iaitu perbuatan ke arah menjadikan diri kita seorang yang bertanggungjawab. Berani buat, berani tanggung. Bukannya habis madu, sepah dibuang.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Daripada gelaja-gelaja yang berlaku dalam umat
Islam hari ini, saya nampak erti solat yang lebih baik iaitu perbuatan
ke arah menjadikan diri kita seorang yang bertanggungjawab. Berani
buat, berani tanggung. Bukannya habis madu, sepah dibuang.
salam juang .
sangat sependapat . orang yg bertanggungjawab ialah yg sanggup membawa dunia keakirat bukan dunia hanya utk dunia sahaja . tanggungjawab yg paling utama ialah mengaku ada tuhan yg menaungi kita . kuasa itu tidak di kandung oleh ilmu . sepakan penalti oleh maradona belum tentu gol . tentulah dia frust tak jaringkan gol tapi dia bertanggungjawab tidak bunuh penjaga gol lawan . kegagalan akan tetap jadikan kita lebih mendalami atau memperkuatkan tekad agar lain kali kita akan berjaya . tak ada kesudahannya solat ni .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam,
Contoh orang yang buat untuk dunia sahaja adalah seperti Qarun. Ia mengumpulkan kekayaan untuk merasa megah. Sedangkan rasa megah itu akan hilang bila mati kerana kekayaan akan terpisah bila manusia itu mati.
Contoh orang yang buat untuk dunia membawa ke akhirat adalah seperti Nabi Yusuf. Baginda belajar sesuatu ilmu, kemudian sumbangkan pengetahuannya itu untuk membantu masyarakat di sekelilingnya. Ini kerana ilmu itu masuk ke dalam jiwa, dan bila mati nanti, ilmu tak terpisah daripada jiwa.
Pendek kata, manusia yang beramal untuk perlihatkan kemegahan pada zahirnya, itulah orang yang buat untuk dunia sahaja. Orang yang beramal untuk memperelokkan jiwanya (akhlak), itulah orang yang buat untuk akhirat.
Jika di dunia sudah kotor jiwa, maka di akhirat akan terus dalam kekotoran.
Contoh orang yang buat untuk dunia sahaja adalah seperti Qarun. Ia mengumpulkan kekayaan untuk merasa megah. Sedangkan rasa megah itu akan hilang bila mati kerana kekayaan akan terpisah bila manusia itu mati.
Contoh orang yang buat untuk dunia membawa ke akhirat adalah seperti Nabi Yusuf. Baginda belajar sesuatu ilmu, kemudian sumbangkan pengetahuannya itu untuk membantu masyarakat di sekelilingnya. Ini kerana ilmu itu masuk ke dalam jiwa, dan bila mati nanti, ilmu tak terpisah daripada jiwa.
Pendek kata, manusia yang beramal untuk perlihatkan kemegahan pada zahirnya, itulah orang yang buat untuk dunia sahaja. Orang yang beramal untuk memperelokkan jiwanya (akhlak), itulah orang yang buat untuk akhirat.
Jika di dunia sudah kotor jiwa, maka di akhirat akan terus dalam kekotoran.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
sebaik-baik ilmu ialah ilmu mempelajari hukum-hakam Allah. Sebaik-baik manusia ialah ulama iaitu orang yang mengetahui hukum-hakam Allah dan mengajar manusia lain dan mengamalkan ilmu itu. Sebaik-baik amal ialah yang membawa manusia dekat pada Allah dan menghindarnya dari Neraka. Ulama mengajar ilmu dan amal yang menyelamatkan manusia dari neraka . Tugas ulama ialah mewarisi tugas dan ilmu dari Nabi untuk mengembangkan syiar Islam.Bezanya cuma ulama tidak menerima wahyu sebagaimana Nabi. Tetapi wahyu dan agama telah pun sempurna ketika hayat Nabi, dari segi hukum hakam, amal ibadat, tauhid dan ehsan. Tidak ditambah dan dikurangkan, ijthad ulama hanya dalam perkara yang baru selari dalam perkembangan dan kemajuan teknologi. Itulah Islam yang lengkap yang diwarisi ke umat islam hari ini. Islam inilah yang diamalkan dari dulu dan tidak memudaratkan pengamalnya dan terbukti berjaya dalam kemajuan.
Tidak ada manusia mati dalam beribadat kepada Allah kecuali jihad fisabilillah. Tidak ada yang bertentangan dengan akal manusia yang berakal dan waras. Yang bermasalah adalah orang yang tidak melaksanakan agama sepenuhnya. Dan yang lebih sedih mereka terkeluar terus dari agama. Nauzubillahiminzalik.
Tidak ada manusia mati dalam beribadat kepada Allah kecuali jihad fisabilillah. Tidak ada yang bertentangan dengan akal manusia yang berakal dan waras. Yang bermasalah adalah orang yang tidak melaksanakan agama sepenuhnya. Dan yang lebih sedih mereka terkeluar terus dari agama. Nauzubillahiminzalik.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Juang wrote:Salam,
Contoh orang yang buat untuk dunia sahaja adalah seperti Qarun. Ia mengumpulkan kekayaan untuk merasa megah. Sedangkan rasa megah itu akan hilang bila mati kerana kekayaan akan terpisah bila manusia itu mati.
Contoh orang yang buat untuk dunia membawa ke akhirat adalah seperti Nabi Yusuf. Baginda belajar sesuatu ilmu, kemudian sumbangkan pengetahuannya itu untuk membantu masyarakat di sekelilingnya. Ini kerana ilmu itu masuk ke dalam jiwa, dan bila mati nanti, ilmu tak terpisah daripada jiwa.
Pendek kata, manusia yang beramal untuk perlihatkan kemegahan pada zahirnya, itulah orang yang buat untuk dunia sahaja. Orang yang beramal untuk memperelokkan jiwanya (akhlak), itulah orang yang buat untuk akhirat.
Jika di dunia sudah kotor jiwa, maka di akhirat akan terus dalam kekotoran.
salam juang
ilmu yg di bawa oleh nabi yusuf ialah penyerahan atau islam . dia tidak menurut hawa . kalau setakat guna ilmu semua orang ada ilmu dan tahu perbuatan yg terkeji itu . jadi yg membersihkan jiwa ialah solat . bila kita selalu solat maka solat itu sendiri akan datang kepada kita .contohnya jika pagi2 kita selalu memberus gigi jika kita terlupa ingatan tentang memberus gigi itu sendiri akan datang mengingatkan kita . kalau kita memang yg selalu tak berus gigi ingatan tu tak datang . terasa bagai ada yg memberitahu kita .
othman- Sarjana
- Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5805
Registration date : 2009-10-07
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Zulia wrote:sebaik-baik ilmu ialah ilmu mempelajari hukum-hakam Allah. Sebaik-baik manusia ialah ulama iaitu orang yang mengetahui hukum-hakam Allah dan mengajar manusia lain dan mengamalkan ilmu itu. Sebaik-baik amal ialah yang membawa manusia dekat pada Allah dan menghindarnya dari Neraka. Ulama mengajar ilmu dan amal yang menyelamatkan manusia dari neraka . Tugas ulama ialah mewarisi tugas dan ilmu dari Nabi untuk mengembangkan syiar Islam.Bezanya cuma ulama tidak menerima wahyu sebagaimana Nabi. Tetapi wahyu dan agama telah pun sempurna ketika hayat Nabi, dari segi hukum hakam, amal ibadat, tauhid dan ehsan. Tidak ditambah dan dikurangkan, ijthad ulama hanya dalam perkara yang baru selari dalam perkembangan dan kemajuan teknologi. Itulah Islam yang lengkap yang diwarisi ke umat islam hari ini. Islam inilah yang diamalkan dari dulu dan tidak memudaratkan pengamalnya dan terbukti berjaya dalam kemajuan.
Tidak ada manusia mati dalam beribadat kepada Allah kecuali jihad fisabilillah. Tidak ada yang bertentangan dengan akal manusia yang berakal dan waras. Yang bermasalah adalah orang yang tidak melaksanakan agama sepenuhnya. Dan yang lebih sedih mereka terkeluar terus dari agama. Nauzubillahiminzalik.
Salam Zulia,
Sebenarnya definasi ulama puan dengan definasi ulama yang Tuhan gambarkan di dalam Al-Quran tidak sama. Puan mendefinasikan para ulama sebagai golongan yang mengajar puan hukum hakam agama. Tetapi di dalam Al-Quran Tuhan mendefinasikan ulama sebagai para saintis yang meneliti, mempelajari dan memahami segala ciptaan Tuhan yang dibentangkan di hadapan mereka.
--> 35:27-28 Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan menurunkan air dari langit, di mana Kami menghasilkan buah-buah yang berbagai warna? Malah gunung-ganang mempunyai warna-warna yang berbeza - puncak berwarna putih atau merah, pelbagai bayangan warna dan yang hitam pekat. Juga, manusia, haiwan dan ternakan yang bermacam warna. Inilah sebabnya orang yang benar-benar berbakti kepada Tuhan adalah mereka yang berpengetahuan (alAAulamao). Tuhan Berkuasa dan Pengampun.
Transliterasi:
--> Alam tara anna Allaha anzala mina alssama-i maan faakhrajna bihi thamaratin mukhtalifan alwanuha wamina aljibali judadun beedun wahumrun mukhtalifun alwanuha wagharabeebu soodun. Wamina alnnasi waalddawabbi waal-anAAami mukhtalifun alwanuhu kathalika innama yakhsha Allaha min AAibadihi alAAulamao inna Allaha AAazeezun ghafoorun
Dari ayat-ayat di atas adalah jelas mereka yang Tuhan sifatkan sebagai berpengetahuan atau ulama adalah mereka yang melihat, mempelajari dan memahami elemen-elemen yang ada di sekitar mereka - baik tumbuhan, binatang mahupun elemen-elemen fizikal lain. Hari ini pun kita dapat lihat golongan inilah yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemakmuran manusia di bumi ini. Kerana penyelidikan dan pengetahuan mereka banyak teknologi dan industri dibangunkan dalam pelbagai bidang dan manusia secara umumnya mendapat manfaat dari apa yang mereka usahakan.
Ulama puan pula hanya tahu memecahbelahkan manusia dan mengajar manusia ilmu-ilmu yang tidak membawa sebarang manfaat kecuali sangkaan akan diberikan syurga oleh Tuhan walaupun amalan-amalan yang dipromosikan pada hakikatnya adalah bertentangan dengan apa yang Tuhan tetapkan.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
pendapat seperti itu kita tanya balik saintiskah yang mewarisi ilmu agama dan al quran dari Nabi dan mengajarnya pula pada manusia? Tanya pada siapa pun orang akan tahu. Jadi kita kesian pula ada yang terpedaya dengan pendapat yang jelas berniat jahat.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Tolokminda,
Yang memecahbelahkan manusia itu bukannya ulamak, tetapi ular dalam semak. Mereka menipu manusia dengan ajaran yang berbelit-belit dan bercanggah antara satu sama lain (sebab itulah mereka saling berpecah-belah). Sedangkan Al Quran itu lurus sifatnya. Direct to the point bak kata orang putih.
Mereka seperti tukar sihir Firaun yang bermain dengan ular yang bersifat berbelit-belit sedangkan Nabi Musa berpegang pada tongkat yang bersifat lurus.
Bayangkanlah di dunia lagi mereka gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai sokongan, betapa kesiannya mereka di akhirat kelak untuk menyelamatkan dakwaan-dakwaan tak masuk akal mereka itu nanti.
Persamaan mereka seperti "ular dalam semak" kaum Yahudi dan Nasrani yang mendakwa Uzair atau Al Masih itu putera Allah tanpa mampu kemukakan bukti-bukti yang jelas dan nyata. Bagaimana mereka nak buktikan di hadapan Allah kelak?
Yang memecahbelahkan manusia itu bukannya ulamak, tetapi ular dalam semak. Mereka menipu manusia dengan ajaran yang berbelit-belit dan bercanggah antara satu sama lain (sebab itulah mereka saling berpecah-belah). Sedangkan Al Quran itu lurus sifatnya. Direct to the point bak kata orang putih.
Mereka seperti tukar sihir Firaun yang bermain dengan ular yang bersifat berbelit-belit sedangkan Nabi Musa berpegang pada tongkat yang bersifat lurus.
Bayangkanlah di dunia lagi mereka gagal kemukakan ayat-ayat Al Quran sebagai sokongan, betapa kesiannya mereka di akhirat kelak untuk menyelamatkan dakwaan-dakwaan tak masuk akal mereka itu nanti.
Persamaan mereka seperti "ular dalam semak" kaum Yahudi dan Nasrani yang mendakwa Uzair atau Al Masih itu putera Allah tanpa mampu kemukakan bukti-bukti yang jelas dan nyata. Bagaimana mereka nak buktikan di hadapan Allah kelak?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Juang,
Segala-galanya berkenaan kepercayaan mereka adalah bertentangan dengan apa yang diunjurkan oleh Al-Quran.
Segala-galanya berkenaan kepercayaan mereka adalah bertentangan dengan apa yang diunjurkan oleh Al-Quran.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam Tolokminda,
Apa lagi yang boleh diharapkan jika terang-terang Al Quran pun mereka dustai. Itu yang mereka pergi buat alasan kononnya Al Quran tidak jelas dan perlu kitab lain sebagai penjelasan. Taktik halus nak mendustai Kitab Allah-lah tu.
Apa lagi yang boleh diharapkan jika terang-terang Al Quran pun mereka dustai. Itu yang mereka pergi buat alasan kononnya Al Quran tidak jelas dan perlu kitab lain sebagai penjelasan. Taktik halus nak mendustai Kitab Allah-lah tu.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Tidak ada dalam kata-kata nabi saw bahawa orang yang mempelajari AlQuran dan sunnah nabi saw akan menyebabkan umat Islam berpecah-belah cuma nabi saw memberi amaran akan muncul puak khawarij yang mengatakan kita berhukum dengan hukum Allah dan menafikan sunnah-sunnah nabi saw dan dengan mudah mengkafirkan ulama-ulama Islam yang banyak berbakti didalam menyebarkan ajaran Islam. Jika ulama yang sudah berjasa pun berjaya mereka tumbangkan dan yang sehingga mereka bunuh, apatah lagi kalau umat Islam yang cuba mengatakan Islam berpandukan daripada AlQuran dan sunnah nabi saw, sudah tentu mereka akan tolak mentah-mentah sebab khawarij ni perangainya memang kuat beribadat dan membaca AlQuran tetapi bertindak terkeluar daripada syariat Islam sebenar. Itu yang nabi pesan dan pesanan yang jelas, kalau jumpa puak khawarij ini, bunuh saja mereka.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Re: Kesan mendustai Kitab Allah
Salam,
Masalahnya sekarang, tiada ayat-ayat Allah suruh kita berpegang kepada kitab-kitab riwayat atas alasan Al Quran tak jelas. Sehingga ke hari ini mereka gagal kemukakan.
Bila Allah tidak perintahkan buat begitu, sudah pasti ia adalah suruhan syaitan. Dan kerana ikut suruhan syaitan itulah mereka jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah.
Cuba hayati kisah perang Al Ahzab di mana Allah pecah-belahkan orang-orang yang tidak percaya kepada Kitab Allah. Maknanya ada pedoman daripada Nabi bahawa bila sesuatu kaum itu tidak mahu menerima Al Quran, pasti mereka jadi berpecah-belah.
Dan realiti hari ini kita sudah nampak bagaimana berpecah-belahnya umat Islam gara-gara sudah tidak yakin pada Al Quran lagi. Begitu hebatnya Tuhan membuktikan janjiNya.
Teringat kisah dalam kaum Yahudi bagaimana mereka mahu membunuh Nabi-nabi mereka kerana panas hati bila amalan tradisi mereka dibuktikan dusta. Tak sangka hari ini ada yang mengaku Islam tetapi memiliki hati seperti orang-orang Yahudi itu. Betapa busuknya hati mereka.
Patutlah Allah masukkan mereka dalam golongan yang lemah, malas, berpecah-belah. Gara-gara busuk hati rupa-rupanya.
Masalahnya sekarang, tiada ayat-ayat Allah suruh kita berpegang kepada kitab-kitab riwayat atas alasan Al Quran tak jelas. Sehingga ke hari ini mereka gagal kemukakan.
Bila Allah tidak perintahkan buat begitu, sudah pasti ia adalah suruhan syaitan. Dan kerana ikut suruhan syaitan itulah mereka jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah.
Cuba hayati kisah perang Al Ahzab di mana Allah pecah-belahkan orang-orang yang tidak percaya kepada Kitab Allah. Maknanya ada pedoman daripada Nabi bahawa bila sesuatu kaum itu tidak mahu menerima Al Quran, pasti mereka jadi berpecah-belah.
Dan realiti hari ini kita sudah nampak bagaimana berpecah-belahnya umat Islam gara-gara sudah tidak yakin pada Al Quran lagi. Begitu hebatnya Tuhan membuktikan janjiNya.
Teringat kisah dalam kaum Yahudi bagaimana mereka mahu membunuh Nabi-nabi mereka kerana panas hati bila amalan tradisi mereka dibuktikan dusta. Tak sangka hari ini ada yang mengaku Islam tetapi memiliki hati seperti orang-orang Yahudi itu. Betapa busuknya hati mereka.
Patutlah Allah masukkan mereka dalam golongan yang lemah, malas, berpecah-belah. Gara-gara busuk hati rupa-rupanya.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» Kitab Allah dan RasulNya
» Al Quran, Kitab Menaikkan Semangat
» buta huruf dan tidak memahami al kitab
» Al Quran, Kitab Menaikkan Semangat
» buta huruf dan tidak memahami al kitab
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 4
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum