e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Timbanglah dengan adil I_vote_lcap6%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap23%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap21%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap8%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap8%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap6%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap6%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap0%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap6%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap4%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap0%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap1%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap3%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap1%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Timbanglah dengan adil I_vote_lcap5%Timbanglah dengan adil I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
Juang (3494)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Timbanglah dengan adil I_vote_lcapTimbanglah dengan adil I_voting_barTimbanglah dengan adil I_vote_rcap 

Keywords

2011  baqarah  2012  2013  2010  2024  

Timbanglah dengan adil

+5
semut api
Zulia
tolokminda
PenjunjungEhsan
Juang
9 posters

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Go down

Timbanglah dengan adil Empty Timbanglah dengan adil

Post by Juang Wed May 26, 2010 11:54 am

Timbanglah dengan adil Balance_q

55:7. Dan langit - Dia menaikkannya, dan meletakkan Timbangan.
55:8. Janganlah melampaui batas dalam Timbangan,
55:9. Dan timbanglah dengan adil, dan janganlah mengurangi dalam Timbangan.

Allah menyuruh manusia membuat pertimbangan yang adil. Janganlah kerana nak berbangga diri, amalan tradisi kaum sendiri semua dikatakan indah-indah belaka manakala amalan tradisi kaum-kaum lain semua dikatakan "menyembah berhala". Jelas menunjukkan mereka adalah orang-orang yang tidak adil timbangannya.

Adil lawannya zalim. Memuji-muji amalan tradisi keturunan sendiri dan mengatakan amalan tradisi kaum lain semuanya salah adalah perangai orang yang zalim. Kalau kita nak mengatakan sesuatu itu benar atau salah, sepatutnya kepentingan diri atau kaum sendiri perlu diketepikan. Apa jua yang perkara yang menyebabkan neraca dalam diri menjadi tidak seimbang, sudah pasti kesannya adalah penilaian yang kita lakukan pastil tidak adil (bias).

Nak mengaku beriman, semua orang boleh bercakap sesedap mulut. Tetapi nak menegakkan keadilan itulah yang sukarnya. Dan sudah pasti ada perbezaan di antara orang yang sekadar mengaku sahaja beriman tetapi dari segi tindakannya tidak adil, dengan orang-orang yang berusaha untuk berlaku adil bagi membuktikan keimanan dalam dirinya biarpun tidak war-warkan keimanannya. Dan Allah menjadi saksi dalam diri setiap manusia sama ada adil atau tidak.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Timbanglah dengan adil NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Juang Sat Jun 05, 2010 9:54 am

Orang yang senget timbangan dalam dirinya, pasti tidak mampu bersikap rasional. Umpamanya kaum yang sujud ke arah matahari, sudah pasti bias untuk mengatakan segala amalan ritual mereka mengadap matahari itu adalah benar, dan sesiapa yang tidak beritual ke arah tersebut dikatakan tidak sembahyang. Begitu juga kaum yang sujud ke arah bulan akan mengatakan amalan mengadap ke arah bulan itu suruhan Tuhan, dan sesiapa yang tidak buat cara itu dikatakan menyembah berhala. Begitulah juga perangai kaum yang mengadap ke arah patung, busut mahupun batu. Masing-masing bersikap berat sebelah untuk memuja-muja amalan masing-masing. Itulah orang-orang yang masuk bakul angkat sendiri.

Cuba kita perhatikan, ada tak orang-orang yang taksub sujud ke arah patung memuji amalan orang yang sujud ke arah batu? Ada tak orang-orang yang taksub sujud ke arah batu memuji amalan orang yang sujud ke arah patung? Tidak, masing-masing nak kafir-mengkafir sesama mereka sehingga berlaku peperangan dan pembunuhan seperti yang pernah kita lihat di India dahulu.

Fahamlah kita mengapa Allah melarang menyekutukan Dia atau bersujud kepada selainNya, kerana semua aktiviti itu akan menjurus ke arah permusuhan sesama manusia.

Alangkah bodohnya manusia yang terpengaruh dengan pembesar-pembesar agama mereka yang memecah-belahkan sesama manusia. Apakah mereka tidak mempunyai akal dan sudah hilang kewarasan?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Timbanglah dengan adil NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 05, 2010 10:49 am

Salam juang,

Tuan pernahkah hidup dikalangan orang yang kafir dan langsung tak menyembah apa-apa atau pagan? Daripada penulisan saudara, semuanya teori dan hasil pembacaan sahaja. Saya hidup dikalangan kelompok manusia yang pagan dan mereka akan menyembah apa yang boleh mendatangkan kebaikan atau mudharat kepada mereka. Mengatakan mereka akan menkafirkan puak lain sebenar mitos sahaja sebab, istilah kafir hanya pada istilah Islam terhadap orang yang tidak beriman. Tetapi Islam tidak semborono sahaja mengambil semua yang tidak beriman dalam satu bakul lalu campak dekat mana-mana tempat pembuangan. Islam mengkategorikan golongan kafir kepada dua iaitu Ahli Kitab dan kaum musyrikin.

Tentang tuduhan puak kafir lain terhadap kafir lain sebagai kafir sebab tak menyembah sembahan mereka, ini tidak berlaku sebab hakikatnya mereka semua meyembah syaitan dan syaitan pun malu nak guna perkataan kafir sebab yang pertama sekali kafir dalam dunia ini ialah syaitan.

Kalau tuan juang masih lagi hendak berkias dan berseloka, eloklah tuan jelaskan bahawa tuan tak suka dengan amalan Islam yang semuanya mendatangkan pahala kebaikan dan mengetahui setiap amalan yang bertentangan dengan AlQuran dan assunnah adalah tertolak.

Tuan tahu rukun Islam dan makna Islam itu sendiri, tuan tahu rukun Iman dan makna Iman itu sendiri dan tuan tahu makna Ehsan dan beramal sepertimana yang tuan tahu sendiri. Pencarian apa lagi tuan juang mahukan? Nak seperti Abu Jahal yang bercita-cita menjadi Nabi kerana ada satu riwayat apabila ada hadiah hendak dihadiahkan kepada rasullullah saw, abu jahal mengaku bahawa hadiah itu untuknya. Lalu dia mencabar nabi untuk membuktikan hadiah itumiliknya dengan bertanyakan kepada unta pada keesokan harinya. Maka pada malam tu berdoalah si abu jahal dihadapan berhala hubal dan berharap agar unta tersebut akan mengakui bahawa hadiah tersebut adalah miliknya. Akhirnya dia hampa dan kecewa.

Setiap tulisan kita akan dipersoalkan di akhirat kelak dan saya harap tuan janganlah cuba memesongkan kefahaman umat Islam dengan tulisan seperti ini. Pada hakikatnya Islam itu memuliakan sesiapa yang telah Allah ta'ala mulia semasa zaman jahiliahnya atau selepas Islam seperti saidina Umar Alkhattab yang cemerlang di zaman jahiliah dan cemerlang setelah memeluk agama Islam. Wallahu ta'ala a'lam.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Timbanglah dengan adil Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Juang Sat Jun 05, 2010 11:10 am

Salam Pengunjung Ehsan,

Saudara dilihat tidak memahami kata-kata berbentuk kiasan. Bila saya mengatakan "puak yang sujud ke matahari mengkafir puak yang sujud ke bulan", bukan bermaksud mereka menggunakan perkataan "kafir" tersebut, tetapi bermaksud mereka menganggap orang yang tidak sujud kepada matahari macam mereka bukan orang-orang yang Allah kasihi. Kononnya di mata mereka, dengan buat amalan ritual sujud ke arah matahari itulah cara mematuhi Tuhan.

Al Quran hanya membezakan kepada kita apa itu sifat-sifat orang Islam dan apa itu sifat-sifat orang kafir atau orang munafik. Tetapi Al Quran tidak pernah suruh kita berpecah-belah dan mengkategori manusia atas nama agama. Tetapi lihatlah apa yang "umat Islam" sekarang lakukan terhadap kaum-kaum lain. Mereka kata kaum-kaum lain itu kafir atau musuh, tetapi bila Allah tembungkan mereka dengan kaum yang mereka kata kafir itu, ke mana pergi "tok guru-tok guru" yang kata kaum-kaum lain itu kafir pergi? Sedangkan mereka juga ajar yang Rasulullah berperang bersama-sama dengan tenteranya. Nampak perbezaan perangai mereka dengan sifat bertanggungjawab Rasulullah?

Sikap tidak bertanggungjawab itulah melahirkan baka-baka tak bertanggungjawab yang berzina kemudiannya menanam anak hasil zina. Ini kerana "tok guru-tok guru" mereka pun jenis tak bertanggungjawab. Menghasut manusia bermusuhan kerana perbezaan amalan ritual, kemudian bila diperangi, tok guru mereka itu menghilangkan diri.

Saya hanya tidak percaya kepada amalan yang Allah tidak tetapkan. Itu sahaja. Kalau saya percaya kepada amalan yang Allah tidak tetapkan, samalah saya dengan kaum terdahulu yang percaya kepada amalan yang bapa-bapa mereka tetapkan.

Saya hanya mencari mutiara di dalam Al Quran. Al Quran umpama lautan ilmu. Sesiapa yang menyelaminya akan menemui mutiara. Sesiapa yang malas menyelaminya, tidak dapatlah mutiara itu.

Apakah mutiara yang terdapat dalam Al Quran? Dapat kemerdekaan diri untuk tidak tunduk pada ketetapan-ketetapan dusta agar kembali tunduk kepada ketetapan Allah semata-mata.

Contoh ketetapan Allah adalah sesiapa yang rajin berusaha dan menggunakan minda, mereka dikurniakan ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang. Sesiapa yang pemalas dan hidup perasan mereka umat terbaik, pasti akan ketinggalan dan lemah. Itu semua Allah yang tetapkan. Jadi pada hukum seperti itu saya taati kerana apabila Allah tetapkan hukum, tiada siapa boleh mengubahnya.

Sebaliknya, ketetapan manusia seperti kena sujud ke arah matahari, bulan atau binaan-binaan manusia kalau nak masuk syurga. Ketetapan dusta macam itu saya tidak turuti sebab saya hanya tunduk kepada Allah sahaja.

Sebab tidak mahu memesongkan sesiapalah saya selalu minta mereka kemukakan ayat-ayat Al Quran agar kita berhujah di atas dasar yang sama. Tetapi bila kita minta mereka kemukakan ayat-ayat Al Quran untuk menyokong amalan tradisi mereka, mereka gagal kemukakan bukti.

Jadi siapa yang memesongkan manusia sekarang ini? Apakah orang yang tak percaya kepada Al Quran seperti kaum kafir dahulu tidak percaya itu tidak memesongkan sesiapa?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Timbanglah dengan adil NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 05, 2010 4:12 pm

Saya tidak nampak apabila Allah ta'ala telah menjelaskan dalam AlQuran tuan sedia berlapang dada menerimanya walhal tuan tahu apa maksud sesuatu ayat tersebut. Berkenaan 'Ahli zikr', itu pun tuan tidak boleh terima bahawa ia merujuk kepada manusia yang diberikan hikmah untuk mengajarkan kepada manusia yang lain berkenaan ilmu atau mutiara yang terdapat didalam AlQuran. Jika benar sesuatu perkara itu telah diputuskan dalam AlQuran agar kita mematuhi saya tidak nampak tuan akan mengambilnya terus sebagai amalan, tetapi tuan lebih cenderung membuat tafsiran tersendiri yang selama ini menjadi perkara yang dituntut di dalam agama.

Jika saudara betul-betul beriltizam untuk berkongsi ilmu dengan forumer yang lain, kenapa kebanyakan penulisan saudara lebih kepada pemomokan dan bersifat kontroversi terutama dalam hal sujud kepada Allah ta'ala. Ini tidak akan meluakkan ilmu tuan atau menggemukkan orang yang tuan maksudkan dengan mensifatkan penyembahan terhadap kaabah merupakan ajaran sebenar walhal rasullullah saw memerintahkan sujud kepada Allah ta'ala semata-mata. Kalau betul pada masa Islam dikembangkan dahulu manusia menyembah binaan, tentu tuan membaca sejarah bagaimana umat Islam pada mulanya menghadapkan wajah mereka ketika bersolat ke baitul muqaddis atau jeruselam. Cuma perubahan arah kiblat ke masjidilharam seperti yang dikhabarkan AlQuran di dalam surah Al Baqarah sahaja maklumat yang kita dapati akan perpindahan tersebut. Tetapi maklumat ini tidak saudara ambil sebagai 'benchmark' bahawa terdapat komunikasi nabi dengan Allah ta'ala di dalam menetapkan arah kiblat umat Islam dan bukannya sembahan umat Islam.

Pemomokan saudara yang jelas dalam setiap penulisan saudara ialah [menyembah batu hitam], saudara pastikah dinding kaabah itu diperbuat daripada batu? Sedangkan menurut 'national geographic' bahawa batu disekitar makkah bukan berasal dari bumi ini. Jadi boleh ia digelar sebagai 'batu'?

Faham atau tidak, saya bersandarkan kepada yang zahir daripada saudara bukan apa yang tersirat daripada penulisan saudara. Kalau saudara kata itu batu, maka batu lah ia. Jika terdapat pendustaan sekalipun dalam penyampaian ilmu agama, apakah tidak terdapat golongan alim yang akan membetulkannya. Jangan hanya kerana saudara hampa dengan manusia saudara juga turut hampa terhadap Allah dan rasulnya. Bukankah jelas, hanya 'Qallallah dan Qalarasullullah' sahaja yang tidak boleh dibantah. Kalau perkataan para ulamak pun, terkadang terdapat bantahan daripada ulamak lain. Islam tidak pernah mengikhtiraf penyembahan matahari sebagai suatu pebandingan dalam menyampaikan ilmu Islam. Islam adalah agama yang syumul dan dalam mengertikan sesuatu kekafiran atau kemungkaran tidak ada pernyataan yang samar-samar hatta sekalipun ia melibatkan perbuatan golongan yang mengaku beriman.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Timbanglah dengan adil Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Sat Jun 05, 2010 4:37 pm

Salam PE,

Saya berpendapat masalah sebenar tuan dan mereka yang bersama tuan dalam forum ini adalah tuan-tuan tidak pernah berjaya membawa ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti yang dapat mengesahkan kepercayaan dan amalan ritual tuan walaupun tuan-tuan kata kepercayaan dan ritual tuan-tuan itu adalah suruhan Tuhan.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Juang Sat Jun 05, 2010 5:15 pm

Salam Tolokminda,

Ya. Itulah puncanya. Sikap tidak menghormati Kitab Allah seperti menyimpannya di tempat-tempat yang tinggi agar susah untuk dikaji, melagu-lagukan dalam bahasa yang tak faham agar pengajarannya tak meresap ke dalam hati, dan meletakkan kitab karangan manusia lebih tinggi daripada Al Quran telah menyebabkan mereka semakin jauh kepada Al Quran. Akibatnya apabila berhujah tentang pegangan, bukannya ayat Al Quran yang mereka nak bawa, tetapi kata-kata tanpa sandaran.

Lainlah mereka kata mereka tak percaya kepada Al Quran lagi, kita tidak hairanlah kenapa mereka tidak jadikan Al Quran sebagai keutamaan dalam mencari kebenaran.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Timbanglah dengan adil NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Sat Jun 05, 2010 5:33 pm

Salam Juang,

Mereka lebih selesa ikut tradisi yang diajar ibubapa mereka turun temurun. Secara umumnya di dalam Al-Quran, kaum yang mengambil ajaran tradisi ibubapa tanpa soal adalah kaum yang tidak percaya dan penyekutu Tuhan.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Juang Sat Jun 05, 2010 5:45 pm

Salam Tolokminda,

Mereka dikatakan menyekutukan Allah kerana mereka jadikan pembesar-pembesar agama mereka sebagai orang yang layak membuat hukum selain Allah. Hukum-hukum yang mereka ada-adakan itu hanyalah untuk mempertahankan kebanggaan tradisi masing-masing sahaja.

Patutnya sebagai makhluk Allah, kita pertahankan apa yang Allah banggakan. Umpamanya Allah hargai manusia yang rajin belajar seperti Adam yang membuktikan kenapa dirinya lebih layak jadi khalifah. Maka sifat-sifat yang ada pada Adam yang melayakkan dia jadi khalifah itulah yang kita tanamkan dalam diri. Barulah nampak amalan yang ada hubung kaitnya dengan kisah Adam tersebut.

Kalau nak hidup lemah dan lembab macam lembu, sudah pasti lembulah lebih baik jadi khalifah berbanding manusia kerana walaupun di mata manusia lembu dikatakan bodoh, tetapi lembu-lembu itu tidak menumpahkan darah dan berpecah-belah kerana perbezaan amalan ritual.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Timbanglah dengan adil NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Sat Jun 05, 2010 5:57 pm

Salam Juang,

Benar. Dulu saya pun ingat menyekutukan Tuhan ini perbuatan menyembah patung atau objek saja. Tetapi selepas membaca Al-Quran dengan akal saya sendiri barulah saya nampak bahawa menuruti ketetapan manusia lain (yang menyalahi apa yang Tuhan tetapkan di dalam Al-Quran) dalam urusan kita dengan Tuhan juga adalah sama sifatnya dengan perbuatan menyekutukan Tuhan.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 05, 2010 6:50 pm

tolokminda wrote:Salam PE,

Saya berpendapat masalah sebenar tuan dan mereka yang bersama tuan dalam forum ini adalah tuan-tuan tidak pernah berjaya membawa ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti yang dapat mengesahkan kepercayaan dan amalan ritual tuan walaupun tuan-tuan kata kepercayaan dan ritual tuan-tuan itu adalah suruhan Tuhan.

Salam tm,

Pada pendapat saya, tuan dan mereka yang bersama dengan tuan disini adalah orang yang tidak memahami wahyu sebenar itu apa. Secara lurus bendul mengambil keputusan untuk tidak berpegang kepada kata-kata nabi yang juga merupakan wahyu. Kalau AlQuran sebagai gedungnya maka kunci untuk memahaminya adalah melalui kata-kata nabi yang menjelaskannya. Ritual atau bukan ritual itu hanya persoalan tuan yang menganggap bahawa tidak bersolat juga sebagai ritual bagi golongan tuan. Kami percaya 'ritual' yang tuan maksudkan itu kami anggap menepati suruhan Allah ta'ala kerana kami yakin ia dipelajari melalui kata-kata Nabi Muhammad sallallahu alihi wa salam dan yang teruknya tuan dan mereka yang bersama dengan tuan di forum ini membuat sesuatu amalan yang langsung tidak bersandarkan daripada nabi dan lebih haprak lagi membaca tafsiran e bacaan dan yang sewaktu dengannya.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Timbanglah dengan adil Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Sat Jun 05, 2010 7:15 pm

PenjunjungEhsan wrote:

Dan dalam kitab siapa "kata-kata Nabi" yang tuan patuhi? Adakah yang terkandung di dalam Kitab Tuhan atau yang ada dalam kitab-kitab mereka yang Tuhan tak pernah beri authoriti?
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 05, 2010 7:26 pm

Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka kami mengutusmu untuk jadi pemelihara bagi mereka ”(An-Nisa:80)

Ayat-ayat yang menunjukkan wajibnya taat kepada Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wassalam sangat banyak, diantaranya

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil ‘Amri di antara kalian”(An Nisa:59)

Katakanlah, ‘Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul’”(An Nur:54)

Katakanlah, Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu’. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang”(Ali Imran:31)

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kalian merusak (pahala) amal-amalmu”
(Muhammad:33)

Last edited by PenjunjungEhsan on Sat Jun 05, 2010 7:31 pm; edited 1 time in total
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Timbanglah dengan adil Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by PenjunjungEhsan Sat Jun 05, 2010 7:30 pm

tolokminda wrote:Salam Juang,

Benar. Dulu saya pun ingat menyekutukan Tuhan ini perbuatan menyembah patung atau objek saja. Tetapi selepas membaca Al-Quran dengan akal saya sendiri barulah saya nampak bahawa menuruti ketetapan manusia lain (yang menyalahi apa yang Tuhan tetapkan di dalam Al-Quran) dalam urusan kita dengan Tuhan juga adalah sama sifatnya dengan perbuatan menyekutukan Tuhan.

Tunjukkan bukti tersebut kalau tuan benar. Ketetapan manusia lain yang macam mana yang tuan maksudkan.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Timbanglah dengan adil Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Sat Jun 05, 2010 7:59 pm

PenjunjungEhsan wrote:Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka kami mengutusmu untuk jadi pemelihara bagi mereka ”(An-Nisa:80)

Ayat-ayat yang menunjukkan wajibnya taat kepada Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wassalam sangat banyak, diantaranya

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan Ulil ‘Amri di antara kalian”(An Nisa:59)

Katakanlah, ‘Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul’”(An Nur:54)

Katakanlah, Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu’. Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang”(Ali Imran:31)

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan janganlah kalian merusak (pahala) amal-amalmu”
(Muhammad:33)

Salam PE,

Dan Kitab apakah yang Tuhan suruh tuan baca dan ikuti untuk menjadi seorang yang patuh kepada Tuhan dan RasulNya itu?
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Zulia Sat Jun 05, 2010 8:12 pm

kamu memberi pendapat tentang Allah sedangkan kamu tidak mengetahui melainkan melalui keterangan pembawa khabar baik dan ancaman kepada kamu. Hanya orang yang menerima khabaran itu akan beroleh kejayaan dalam agama mereka. Jelas nya mereka tidak menerima apa-apa dari tuhannya melainkan mereka-reka menurut akalnya. Sedangkan agama itu datang dari Allah yang merupakan ketetapan keatas mereka, tetapi mereka engkar dan berkata tuhan tidak mengutuskan apa-apa.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Timbanglah dengan adil PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Sat Jun 05, 2010 8:18 pm

PenjunjungEhsan wrote:
tolokminda wrote:Salam Juang,

Benar. Dulu saya pun ingat menyekutukan Tuhan ini perbuatan menyembah patung atau objek saja. Tetapi selepas membaca Al-Quran dengan akal saya sendiri barulah saya nampak bahawa menuruti ketetapan manusia lain (yang menyalahi apa yang Tuhan tetapkan di dalam Al-Quran) dalam urusan kita dengan Tuhan juga adalah sama sifatnya dengan perbuatan menyekutukan Tuhan.

Tunjukkan bukti tersebut kalau tuan benar. Ketetapan manusia lain yang macam mana yang tuan maksudkan.

Salam PE,

Ada banyak buktinya. Tuan boleh cari di dalam Al-Quran. Saya bantu tuan mulakan dengan ayat-ayat berikut:

--> 6:93 Dan siapakah yang lebih jahat dari dia yang mengada-adakan pembohongan tentang Tuhan, atau yang berkata: Ia telah diwahyukan kepadaku sedangkan kami tidak mewahyukan apa-apa kepadanya, atau yang berkata: Aku membawa apa yang sama dengan yang telah Tuhan turunkan. Dan jika saja kamu boleh melihat yang jahat ini ketika saat kematiannya apabila para malaikat membuka lengan mereka. Keluarlah kamu, hari ini kamu akan diberikan hukuman yang keras kerana apa yang telah kamu katakan tentang Tuhan tanpa kebenaran dan kamu sombong terhadap wahyu-wahyuNya.

--> 6:94 Dan kamu telah datang kepada Kami berseorangan, sama seperti semasa Kami menciptakan kamu kali pertama, dan kamu telah meninggalkan di belakang kamu semua yang telah kami kurniakan kepada kamu, dan Kami tidak nampak pengantara-pengantara kamu bersama kamu, yang dulu kamu perakui bersama kamu dalam persekutuan - semuanya telah dipisahkan di antara kamu dan apa yang telah kamu perakui telah meninggalkan kamu.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Juang Sat Jun 05, 2010 8:32 pm

PenjunjungEhsan wrote:Kalau AlQuran sebagai gedungnya maka kunci untuk memahaminya adalah melalui kata-kata nabi yang menjelaskannya.
Kemukakan ayat Al Quran mana mengatakan penjelasannya terkunci sehingga hanya kena ikut riwayat hadis?

Bukankah Al Quran itu sendiri adalah hadis yang sudah dijelaskan?Dalam Al Quran kita jumpa ayat yang ajar Nabi mengatakan sesuatu seperti "Katakanlah...". Tidak cukupkah hadis-hadis tersebut menjelaskan Al Quran itu sendiri?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Timbanglah dengan adil NSE
Reputation : 6
Credits : 9683
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Zulia Sat Jun 05, 2010 8:39 pm

yang kafir tetap akan kafir walaupun diberi peringatan, dan yang engkar tetap engkar walaupun mereka sedar bukan mereka yang menerima wahyu. Dan mereka tetap tidak percaya kepada keterangan rasul yang diutuskan. Mereka memilih cara mereka sendiri sedang mereka di dalam kejahilan. Mereka telah menolak kehadiran rasul yang membawa agama Allah sedangkan tidak ada manusia yang mampu menuju kepada tuhannya tanpa jalan yang ditunjukkan oleh para nabi. Mereka memilih jalan syaitan yang mereka katakan ini lah agama sedangkan itu adalah nafsunya.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Timbanglah dengan adil PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Sat Jun 05, 2010 8:48 pm

Zulia wrote:yang kafir tetap akan kafir walaupun diberi peringatan, dan yang engkar tetap engkar walaupun mereka sedar bukan mereka yang menerima wahyu. Dan mereka tetap tidak percaya kepada keterangan rasul yang diutuskan. Mereka memilih cara mereka sendiri sedang mereka di dalam kejahilan. Mereka telah menolak kehadiran rasul yang membawa agama Allah sedangkan tidak ada manusia yang mampu menuju kepada tuhannya tanpa jalan yang ditunjukkan oleh para nabi. Mereka memilih jalan syaitan yang mereka katakan ini lah agama sedangkan itu adalah nafsunya.

Salam Zulia,

Buktikan kami menolak kehadiran rasul. Jangan pandai buat fitnah macam orang Arab munafik sampaikan orang badwi pun tak terlepas dari fitnah mereka.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Zulia Sun Jun 06, 2010 9:17 am

TM, saya tulis secara umum sahaja dan tidak menujukan sesiapa dalam forum ini. Saya hanya mengajak ke jalan agama Allah, salah ke?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Timbanglah dengan adil PRK
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by PenjunjungEhsan Mon Jun 07, 2010 11:37 am

Bukti telah ada dihadapan mata kepala tuan tm dan juang. Cuma tuan-tuan malas untuk mengkajinya. Cuba buktikan itu, cuba buktikan ini memang sentiasa berlegar dalam fikiran manusia yang tidak mahu beriman dengan apa yang dibawakan oleh rasullullah saw.

Tapi saya rasa, sebagai langkah untuk memuaskan nafsu tembolok tuan-tuan, apa kata tuan-tuan pergi belajar ilmu hadith dan mempelajari sejarah rasullullah saw dengan tujuan hanya sekadar untuk tahu apa dia bukti-bukti yang tuan-tuan mahukan tersebut. Kalau nak check 'carbon contain' pun boleh terhadap bukti kehadiran bangsa Islam atau penulisan Islam yang menggunakan dakwat darah sotong. Sedangkan candi dekat pengkalan chepa pun orang boleh kaji, saya rasa tuan-tuan boleh menggunakan kaedah yang sama dekat buku tulisan Imam Maliki, Iman Syafie, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah dan membuat kajian terhadap kertas yang digunakan dalam mushaf Usmani sama ada betul-betul kuno atau tidak. Tapi saya cadangkan tuan-tuan belajar bahasa Arab dahulu, lepas tu bolehlah membuat terjemahan sendiri tanpa bergantung kepada terjemahan Osman Ali atau Kassim Ahmad.

Kalau tuan diberikan bukti terjemahan AlQuran, ada sahaja yang tuan-tuan putar-belitkan. Arab yang selama ini wujud dengan membezakan Quraish dan Badwi pun tak boleh nak beza. Entah-entah Habsyi pun tuan-tuan main hentamnya.
PenjunjungEhsan
PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts : 678
Age : 42
State : Timbanglah dengan adil Others10
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by semut api Mon Jun 07, 2010 2:12 pm

macammana la lembu nak faham, dia org tahu makan rumput saja PE, dasar lembu mmg gitu
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6994
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by akalselut Tue Jun 08, 2010 12:27 am

Juang wrote:Salam Tolokminda,

Ya. Itulah puncanya. Sikap tidak menghormati Kitab Allah seperti menyimpannya di tempat-tempat yang tinggi agar susah untuk dikaji, melagu-lagukan dalam bahasa yang tak faham agar pengajarannya tak meresap ke dalam hati, dan meletakkan kitab karangan manusia lebih tinggi daripada Al Quran telah menyebabkan mereka semakin jauh kepada Al Quran. Akibatnya apabila berhujah tentang pegangan, bukannya ayat Al Quran yang mereka nak bawa, tetapi kata-kata tanpa sandaran.

Lainlah mereka kata mereka tak percaya kepada Al Quran lagi, kita tidak hairanlah kenapa mereka tidak jadikan Al Quran sebagai keutamaan dalam mencari kebenaran.

ayat bold tu sebijik yang pernah group ajaq Al Qur'an ni dengan aku dekat KL... ha ha.. kemudian mintak aku 600 buat bayaran sekadar nak uji sejauh mana kekuatan aku nak membelanja kan duit tu ke jalan ALLAH... aku cakap lah aku ni orang susah, nak bagi 600 tu aku tak mampu... nak beli susu anak pun aku susah .. perghh.. dia kata.... tak pa, boleh bayaq pelan2... uih.. boleh pulak bayaq pelan2... selama ni aku dok berbelanja untuk anak bini aku tu bukan untuk ALLAH lah kot? aku cakap macam tu budak yang mengajaq aku pulak terasa nak marah.. eh... aku terus ajak bertumbuk.. tak nak pulak dia, itu je lah pengalaman aku sejenak dengan perguruan Sistem pendidikan Iqra' ni yang berpusat di Indonesia.. cita2 nya nak buat KERAJAAN ..... he he.. lebnih kurang macam AYAH PIN jugak laa....

so.. menurut akal bengong aku ni.. dari skrip2 penyampaian oleh HARDCORE ni... aku agak laa... ni pun serpihan dari group yang sama lah....

so.. JAKIM je sapa2 ke.. leh terus lah PANTAU yaa...

akalselut chow... maka dengan ini.. aku berlepas tangan....
akalselut
akalselut
Siswa-Siswi

Number of posts : 61
Reputation : 0
Credits : 5164
Registration date : 2010-05-30

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by tolokminda Tue Jun 08, 2010 12:49 am

Zulia wrote:TM, saya tulis secara umum sahaja dan tidak menujukan sesiapa dalam forum ini. Saya hanya mengajak ke jalan agama Allah, salah ke?

Salam Zulia,

Umum atau tidak, mana buktinya? Tidak salah. Tapi mana buktinya?
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6425
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Timbanglah dengan adil Empty Re: Timbanglah dengan adil

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum