Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 15 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 15 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Perhubungan dengan Allah
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Perhubungan dengan Allah
Di dunia ini, bermacam-macam cara manusia tetapkan kononnya itulah cara mereka berhubung dengan Tuhan sekelian alam ini. Ada cara yang selari dengan fitrah kejadian manusia dan ada cara yang tidak ada kena mengena pun dengan fitrah kejadian manusia.
Daripada cara-cara yang ditetapkan itu, bolehlah kita lihat sejauh mana perkenalan manusia itu dengan Tuhannya.
1) Berhubung dengan Tuhan melalui cara bertekun di depan berhala-berhala atau di rumah-rumah tertentu.
Ia menunjukkan manusia itu beranggapan Tuhan itu terhad kedudukannya. Jika mereka tidak duduk di depan berhala atau dalam rumah itu, seolah-olah Tuhan tidak mendengar niat hati mereka. Andaikata berhala-berhala atau rumah-rumah itu tidak wujud, tiadalah tempat untuk mereka berkomunikasi dengan Tuhan.
2) Berhubung dengan Tuhan melalui cara memberi makanan kepada Tuhan.
Ia menunjukkan manusia itu beranggapan Tuhan itu pengemis dan kelaparan yang memerlukan rezeki daripada manusia. Sedangkan Tuhan itulah yang memberi rezeki kepada manusia. Seolah-olah mereka nak membodek Tuhan agar Tuhan memberi lebih lagi rezeki kepada mereka.
3) Berhubung dengan Tuhan melalui cara bercakap guna sesuatu bahasa tertentu sahaja.
Ia menunjukkan manusia itu beranggapan Tuhan itu seperti manusia malah lebih lemah lagi kerana hanya boleh berkomunikasi dalam sesuatu bahasa sahaja. Sedangkan Tuhan itu memahami semua bahasa manusia dan bahasa makhluk2 yang lain. Malah perbuatan mereka itu seolah-olah Tuhan itu buta dan tidak nampak apa yang mereka niatkan sehingga mereka perlu ucapkan dengan lisan untuk beritahu Tuhan.
4) Berhubung dengan Tuhan melalui cara pergerakan tubuh badan.
Ia menunjukkan manusia itu beranggapan Tuhan itu pekak dan perlukan bahasa tubuh badan mereka (seperti manusia guna bahasa tangan untuk berkomunikasi dengan orang2 yang pekak atau bisu). Sedangkan Allah yang mengizinkan badan mereka itu bergerak. Bila-bila masa Allah boleh lumpuhkan tubuh manusia itu, menunjukkan Dia tidak perlu sedikit habuk pun daripada pergerakan badan manusia itu. Kenapa mereka sembahkan pergerakan badan mereka itu kepada Tuhan pula?
5) Berhubung dengan Tuhan pada sesuatu masa atau hari yang ditetapkan.
Ia menunjukkan manusia itu beranggapan Tuhan itu seperti manusia yang perlu waktu-waktu tertentu untuk berappoinment. Sedangkan setiap nanosaat atau lagi cepat daripada itu, Tuhan sentiasa bersedia berkomunikasi dengan manusia tanpa keletihan.
Daripada contoh-contoh di atas, menunjukkan bagaimana ada manusia beranggapan Tuhan itu selemah makhluk yang terhad kekuasaanNya. Tetapi bagi orang2 yang percaya bahawa Allah itu tidak selemah dan terbatas sebegitu, sudah pasti mereka akan mencari makna perhubungan dengan Tuhan yang lebih rasional mengikut fitrah kejadian.
Sesama manusia, kita tidak boleh berkomunikasi dari hati ke hati tanpa medium. Tetapi dengan Allah, Dia Maha Melihat dan Mendengar suara hati kita. Apa sahaja yang tersembunyi dalam hati kita, Dia MengetahuiNya. Jadi, kenapa pula untuk berhubung dengan Tuhan, manusia itu buat medium antara mereka dengan Allah?
Bagaimanakah cara berkomunikasi dengan Allah tanpa menyamakan Allah dengan sesuatu yang lemah? Kita berniat dalam hati untuk mengenaliNya dan fikirkan segala yang ada di langit dan di bumi sehingga kita nampak Kehebatan dan KeagunganNya. Ilham-ilham yang menjadikan kita dapat membezakan Sifat2Nya dengan sifat2 makhluk, itulah response Tuhan kepada kita. Apa jua ilham-ilham yang benar dan selari dengan hukum alam ini, itulah yang datang daripada Allah. Dan mengingati Allah itu sebesar-besar kebajikan, kerana ia mendorong manusia membuat kebajikan sesama manusia.
Dengan cara ini, komunikasi kita dengan Allah benar-benar mendatangkan kesan sebab kita boleh merasai ilham itu sehingga kita dapat membezakan apa yang benar dan apa yang palsu. Malah kita tidak menyamakan Tuhan dengan mana-mana makhluk yang lemah.
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sangkakan.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Perhubungan dengan Allah
Tentulah dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah. Kerana agama bukan ciptaan manusia.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Perhubungan dengan Allah
Dan kalau ia dilakukan oleh Rasulullah, sudah pasti ada hukum2 alam sebagai bukti2 yang jelas dan terang yang menunjukkan Rasulullah melakukannya mengikut kehendak Allah, bukan kehendak hatinya sendiri.
Contohnya bila Rasulullah suruh membaca, jelas kita nampak ada hukum2 alam yang menunjukkan manfaat membaca itu. Kalau yang rajin membaca jadi pandai, dan yang pemalas membaca jadi bodoh. Hukum alam itu tidak boleh diubah2. Semua orang tahu pasal hukum tersebut.
Membaca itulah amalan para Rasul yang menjadikan mereka orang2 yang mempunyai Kitab dan Hikmah. Mana ada manusia boleh berilmu tinggi dengan hidup malas membaca dan berfikir?
Tetapi orang2 musyrik, mereka akan ada2 ketetapan amalan lain yang tidak menjadikan mereka manusia yang berilmu tinggi dan bijaksana. Patutlah Nabi dahulu umpamakan orang2 musyrik itu lebih hina daripada binatang ternak. Mereka ada akal, tetapi mereka tidak tahu apakah amalan yang terbaik sebagai seorang manusia. Mereka hidup menurut amalan bapa-bapa mereka.
Tak sangka di zaman IT ini masih ramai yang tiru perangai kaum2 musyrik terdahulu. Apakah mereka tidak menggunakan akal?
Contohnya bila Rasulullah suruh membaca, jelas kita nampak ada hukum2 alam yang menunjukkan manfaat membaca itu. Kalau yang rajin membaca jadi pandai, dan yang pemalas membaca jadi bodoh. Hukum alam itu tidak boleh diubah2. Semua orang tahu pasal hukum tersebut.
Membaca itulah amalan para Rasul yang menjadikan mereka orang2 yang mempunyai Kitab dan Hikmah. Mana ada manusia boleh berilmu tinggi dengan hidup malas membaca dan berfikir?
Tetapi orang2 musyrik, mereka akan ada2 ketetapan amalan lain yang tidak menjadikan mereka manusia yang berilmu tinggi dan bijaksana. Patutlah Nabi dahulu umpamakan orang2 musyrik itu lebih hina daripada binatang ternak. Mereka ada akal, tetapi mereka tidak tahu apakah amalan yang terbaik sebagai seorang manusia. Mereka hidup menurut amalan bapa-bapa mereka.
Tak sangka di zaman IT ini masih ramai yang tiru perangai kaum2 musyrik terdahulu. Apakah mereka tidak menggunakan akal?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum