e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Saintis vs Ritualis I_vote_lcap6%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap23%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap21%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap8%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap8%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap6%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap6%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap0%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap6%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap4%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap0%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap1%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap3%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap1%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Saintis vs Ritualis I_vote_lcap5%Saintis vs Ritualis I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
Juang (3494)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Saintis vs Ritualis I_vote_lcapSaintis vs Ritualis I_voting_barSaintis vs Ritualis I_vote_rcap 

Keywords

2013  2012  2024  baqarah  2010  2011  


Saintis vs Ritualis

+6
Admin
faried
semut api
tolokminda
Zulia
Juang
10 posters

Page 1 of 15 1, 2, 3 ... 8 ... 15  Next

Go down

Saintis vs Ritualis Empty Saintis vs Ritualis

Post by Juang Thu May 13, 2010 1:30 pm

Dengan belajar ilmu sains, ia mampu mengamankan jiwa kita. Kita boleh nampak Kehebatan Allah membina satu sistem yang tersusun dan teratur untuk memastikan semua mahkluk-makhlukNya dapat hidup mengikut fungsi kejadian mereka masing-masing.

Untuk memahami ilmu sains, manusia kena tunduk kepada apa yang Allah tetapkan pada semesta alam ini. Manusia itu tidak boleh membuat kesimpulan mengikut kata hatinya, tetapi mengikut logik yang Allah tetapkan. Dengan kata lain, apabila manusia mula mempelajari ilmu sains, mereka tunduk kepada Alla, kerana siapa lagi yang mengatur sistem alam semesta ini jika bukan Allah?

Ilmu sains tidak mengikut cakap sesuatu puak yang merasakan mereka sahaja ada hak esklusif bercakap pasal sains. Semua orang boleh kemukakan kajian masing-masing. Namun mereka kena bersedia menerima pandangan orang lain jika bukti yang dikemukakan tidak kukuh dan masih boleh dicabar. Dengan kata lain, ilmu sains dapat membentuk jiwa yang aman, lapang, terbuka dan boleh menerima pandangan yang berbeza kerana matlamat mereka hanyalah untuk mengkaji rahsia-rahsia penciptaan alam semesta ini.

Berbeza dengan perihal agama, ia menyebabkan manusia berpecah-belah atas nama perbezaan kepercayaan. Yang beritual sujud kepada matahari kata merekalah yang benar dan yang tak beritual macam mereka adalah salah. Yang sujud kepada bulan kata merekalah yang benar dan kaum-kaum lain yang tidak beritual macam mereka adalah salah. Begitu juga perangainya orang-orang yang sujud kepada patung, busut mahupun bangunan batu.

Punca utama yang menyebabkan mereka berpecah-belah begitu kerana kepercayaan mereka bukan berlandaskan bukti-bukti yang Allah tetapkan di langit dan di bumi, tetapi kerana ketaksuban pada para pembesar agama mereka. Bertambah buruk lagi bila ada "ahli-ahli agama" mereka mengajar dengan mengatakan kaum-kaum lain yang tidak beritual macam mereka itu adalah musuh yang perlu dibomkan biarpun di tempat awam. Hancurlah sebuah keamanan dan kedamaian.

Mereka tidak sedar, yang mengajak ke arah permusuhan, kepuakan dan perpecahan sesama manusia itulah sebenar-benarnya syaitan. Namun ketaksuban mereka kerana mahu berbangga diri kononnya dengan amalan ritual itu, merekalah yang paling mulia daripada semua kaum, menyebabkan mereka buta hati dan tidak kenal sifat-sifat syaitan yang suka menipu dan menghasut untuk menggolong-golongkan manusia dalam pelbagai pecahan agar mudah dilaga-lagakan.

Kalau kita lihat dunia sains hari ini, manusia pelbagai kaum dan bangsa dapat bersama-sama kemukakan hasil penyelidikan masing-masing secara terbuka. Mereka tidak bergaduh jika ada yang mematahkan teori-teori yang dikemukakan oleh saintis terdahulu. Ini kerana dalam sains, kita tidak diajar untuk taksub pada nama-nama saintis terdahulu.

Sains tidak mengajar kita melihat siapa yang kemukakan sesuatu penyelidikan, tetapi melihat apakah bukti-bukti yang disertakan dalam sesuatu penyelidikan. Sains tidak mewujudkan mazhab ikut nama-nama saintis terdahulu, maka tidak wujudlah golongan penyokong sesuatu saintis terdahulu dan tidak wujud perpecahan akibat berbeza ikut pendapat saintis terdahulu. Itulah nilai hidup yang aman sejahtera apabila manusia kembali tunduk kepada yang Allah tetapkan pada alam semesta ini, bukannya pada hukum-hukum yang ditetapkan oleh pembesar-pembesar agama sesuatu kaum.

Lagi "tak masuk akal" sesuatu hukum yang diada-adakan oleh pembesar-pembesar agama itu, lagi bodohlah kaum yang menurut golongan tersebut. Ini kerana kaum itu telah meletakkan kepercayaan bahawa apa yang pembesar agama mereka katakan semuanya benar. Mereka tiada keinginan untuk membuat penyelidikan dan pertimbangan sendiri walhal bila mati nanti, mereka kembali kepada Tuhan pun sendiri-sendiri. Walaupun sejuta pengikut mereka menghantar mayat mereka ke kubur, tetapi mereka tetap bersendirian menemui Tuhan mereka.

Bayangkan selama di dunia ini mereka sudah tidak tenang jiwa untuk buat penilaian dan keputusan sendiri, macam mana bila mereka mati nanti dan kembali kepada Allah secara sendiri? Ketika itu barulah mereka sedar yang selama ini mereka ditipu oleh syaitan-syaitan yang menampakkan amalan sujud kepada selain Allah itu indah-indah belaka.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Zulia Thu May 13, 2010 3:57 pm

Anda gunakan kebijaksanaan anda dan ilmu sains untuk membuktikan tentang perbezaan antara binatang yang disembelih dengan nama Allah yang halal dimakan; dan binatang yang sama disembelih tidak dengan nama Allah yang haram dimakan dan dianggap sebagai bangkai. sila jelaskan mengikut kaedah saintifik. Apakah kesan atau natijah kalau memakannya. Adakah perbezaannya. Berikan bukti secara sains.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Saintis vs Ritualis PRK
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by tolokminda Thu May 13, 2010 10:05 pm

Salam Zulia,

Sila beri dalil dari Al-Quran bahawa binatang mesti atau wajib disembelih (kerat di leher) baru boleh dimakan.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6426
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Zulia Thu May 13, 2010 11:44 pm

tolokminda wrote:Salam Zulia,

Sila beri dalil dari Al-Quran bahawa binatang mesti atau wajib disembelih (kerat di leher) baru boleh dimakan.

Saya tak sebut pasal kerat leher pun. Sila jawab soalan saya terlebih dahulu dengan cara sains anda. Kenapa lambat sangat akal anda nak jawab?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Saintis vs Ritualis PRK
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by tolokminda Fri May 14, 2010 12:25 am

Salam Zulia,

Puan mengemukakan persoalan tentang binatang disembelih - yang saya percaya maksud sembelih itu mestilah 'kerat leher'. Atau puan ada definasi lain? Atau maknanya puan makan juga binatang yang tidak dibunuh dengan cara sembelih atau kerat leher?

Kalau sembelih itu kepada puan maknanya kerat leher sebagaimana dikaedahkan oleh 'syarak' saya ingin tahu bukti atau dalil bahawa Tuhan menetapkannya begitu. Permintaan saya adalah satu permintaan yang valid. Dan puan mestilah membawakan dalil atau bukti itu.

Tentang definasi bangkai. Tuhan menjelaskan definasi bangkai secara terperinci dan jelas melalui perkataan yang diboldkan.

--> 5:3 "Ditegah ke atas kamu adalah bangkai, darah, daging yang sudah membusuk, dan yang mana nama selain Tuhan telah disebut. Haiwan yang telah dicekik sehingga mati, haiwan yang dipukul sehingga mati, haiwan yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi, dan haiwan yang telah dimakan sebahagiannya oleh haiwan lain kecuali kamu selamatkan semasa ia masih hidup. Semua ini kotor….”

Pendek kata, bangkai adalah apa saja haiwan yang terbunuh atau dibunuh dengan cara yang ngeri - seperti dicekik, dipukul atau jatuh dari tempat tinggi atau dibaham haiwan lain.

Bagaimanapun terdapat satu lagi ayat yang menjelaskan tentang bangkai iaiitu dalam 6:145. Definasi bangkai dalam ayat ini bersifat umum - iaitu "apa yang mati dengan sendirinya". Maknanya selain dari mati dengan cara ngeri, binatang yang kita temui telah mati juga termasuk dalam kategori bangkai.

--> 6:145 “Katakan: Aku tidak menemui di dalam yang telah diwahyukan kepadaku sebarang larangan kepada seorang pemakan untuk makan kecuali apa yang mati dengan sendirinya, atau darah yang mengalir, atau daging yang sudah membusuk – kerana sesungguhnya ia kotor – atau yang melanggar sempadan di mana selain Tuhan telah diucapkan ke atasnya, tetapi bagi sesiapa yang terpaksa, bukan hendak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pemaaf dan Mengasihani”.

Contohnya, kalau kita jumpa ikan yang telah mati di tasik, itu bangkai - kita tidak boleh makan. Tetapi jika kita memasang pukat lalu ikan terperangkap dan mati kerananya, maka ikan itu bukan bangkai dan kita boleh memakannya.

Sebenarnya bangkai dan sifatnya yang kotor boleh difikirkan secara common sense saja. Binatang yang semasa dijumpai telah sedia mati biasanya memang dianggap kotor oleh sesiapa sahaja. Tidak ada siapa sanggup makan 'bangkai'. Tidak perlu penjelasan saintifik pun. Ia sudah pun diprogramkan dalam setiap akal yang waras. Kecualilah puan cenderung menjadi manusia yang melampaui batas.


Last edited by tolokminda on Fri May 14, 2010 2:14 am; edited 2 times in total
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6426
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by semut api Fri May 14, 2010 12:46 am

sains telah buktikan yg solat umat islam buat sekarang ini mmg banyak kebaikan utk kesihatan , tapi kaum akai tetap menolak kerana kedegilannya, maka benarlah apa yg AQ katakan, manusia akan tetap memusuhi apa2 yg tiada diketahuinya malah yg sudah diketahuinya juga ditentang kerana kesombongan akainya sendiri
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6995
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Fri May 14, 2010 8:16 am

Salam Tolokminda,

Saya setuju dengan cara saudara. Sebelum mereka nak tanya bagaimana sains nak buat sesuatu perkara yang mereka ada-adakan, tunjukkan dahulu ayat Al Quran manakah yang suruh manusia lakukan seperti apa yang mereka dakwakan itu.

Ini kerana Al Quran dan ilmu sains sama-sama datang daripada Allah. Jadi, jika amalan mereka itu tidak ditetapkan dalam Al Quran, secara logiknya pun dalam sains tidak perlu membuang masa terhadap amalan mereka itu.

Semuanya mudah difikirkan. Tinggal rajin atau malas sahaja.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Fri May 14, 2010 8:19 am

Salam,

Andaikata dengan buat amalan sujud kepada bangunan batu itu menjadikan manusia sihat, tidaklah para ulamak2 mati kena sakit jantung. Secara logiknya, sepautunya mereka itulah lebih sihat jantungnya kerana mereka rajin buat amalan itu 5 kali sehari. Itu belum kira amalan sunat lagi.

Tetapi kenapa kebanyakan para ulamak atau imam-imam terkemuka hari ini kena penyakit jantung juga? Itu menunjukkan amalan mereka itu tidak menjamin mereka dapat kesihatan yang baik.

Itu baru kesihatan jasmani. Kalau kita lihat kesihatan rohani, yang buat amalan sujud kepada bangunan batu yang suka bergaduh dan berpecah-belah sesama sendiri biarpun objek tumpuan mereka sama. Jelas tahap kesihatan rohani mereka amat rendah berbanding bangsa-bangsa lain yang mereka kata kafir. Takkan hati orang yang beriman seburuk dan sebusut orang yang berpuak-puak dan berpecah-belah kerana tak sama imam-imam yang ditaksubi?

Lain kali nak dakwa sesuatu amalan itu bagus, biarlah berdasarkan hasil daripada amalan tersebut.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Zulia Fri May 14, 2010 9:47 am

soalan yang ditanya pun tak jawab.
Tak baca Al quran ke? Tuhan melarang memakan haiwan yang disembelih atas nama berhala. Berikan sebab saintifik perbezaan antara sembelihan atas nama Allah dan sembelihan atas nama berhala. Apa kesan saintifiknya pada manusia.
Suruh jawab dgn akal pun tak boleh jawab, suruh jawab dgn sains pun tak boleh jawab. Buang masa betullah.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Saintis vs Ritualis PRK
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Fri May 14, 2010 10:20 am

Menyembelih sesuatu atas nama berhala adalah pendustaan. Al Quran melarang makan sesuatu yang dusta kerana ia menyebabkan jiwa tak tenang kerana memang segi saintifiknya, para pendusta tidak akan tenang hidupnya. Bukan sahaja bab menyembelih secara dusta sahaja Al Quran larang, bersujud kepada sesuatu objek juga perbuatan dusta yang Al Quran larang.

Sebab itulah ahli-ahli sains tak berani berdusta. Bila mereka kata manusia boleh terbang guna konsep aerofoil, mereka buktikan ianya benar dengan terhasilnya kapal terbang. Tetapi bila ritualis itu kata amalan yang ada perbuatan sujud ke arah bangunan batu itu boleh meningkatkan tahap kesihatan, mereka tidak mampu buktikan sehingga kita nampak tok guru-tok guru yang mempromosi amalan tersebut ramai mati sakit jantung juga macam kaum-kaum lain. Sebab itulah kita percaya pada saintis daripada ritualis yang pendusta itu.

Malah apabila tok guru ritualis itu kena sakit jantung, mereka tidak minta tolong dengan cara amalan sembahan mereka itu, tetapi mereka pergi ke hospital untuk minta tolong para saintis. Nampak tak sesuatu di situ?

Yang menyebabkan kita malas nak layan ritualis itu kerana sikap mereka yang suka mengatakan kita tidak jawab soalan mereka, walhal berapa banyak kali kita sudah jawab.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Fri May 14, 2010 11:46 am

Sifat-sifat saintis
1) Berkata berlandaskan bukti yang nyata dan mampu dibuktikan benar.

2) Menyelidik dahulu sebelum membuat kesimpulan.
- saintis akan menjalankan eksperimen untuk mengumpulkan data-ada. Daripada data yang dikumpulkan barulah mereka buat kesimpulan. Kerana itu hujah mereka kukuh.

3) Tidak menetapkan sesuatu hukum ikut kehendak mereka, melainkan menjelaskan hukum-hukum yang Allah telah tetapkan.
- bukan saintis yang menetapkan bumi ada graviti. Mereka hanya menemuinya sahaja setelah membuat penyelidikan. Yang tetapkan bumi mempunyai graviti adalah Allah, Pencipta bumi dan alam semesta ini.


Sifat-sifat ritualis
1) Berkata berlandaskan persangkaan dan tidak mempunyai bukti.

2) Malas menyelidik kerana malas nak berfikir (lebih suka menurut membuta-tuli).
- Cakap tidak mempunyai data dan fakta. Kerana itu hujah mereka lemah dan mudah dipatahkan.

Umpamanya mereka kata amalan ritual mereka mampu meningkatkan tahap kesihatan, tetapi realitinya ramai pembesar-pembesar agama mereka kena juga pelbagai penyakit kronik macam manusia lain yang tidak beritual macam mereka. Sepatutnya yang pembesar-pembesar itulah sihat sejahtera kerana mereka lagi "berilmu". Takkanlah kita nak kata pembesar-pembesar mereka itu tidak melakukan cara yang betul yang menyebabkan kesihatan mereka tak terjamin walaupun buat amalan itu? Jika yang "guru" pun sudah tak terjamin, apa lagi "anak-anak murid"nya.

3) Menetapkan sesuatu hukum ikut kehendak mereka biarpun bercanggah dengan apa yang Allah tetapkan.
- Oleh kerana mereka nak menunjuk-nunjuk kononnya merekalah golongan yang mulia berbanding bangsa-bangsa lain, maka mereka tetapkan satu set amalan ritual biarpun Al Quran melarang perbuatan-perbuatan dalam amalan mereka itu. Bagi mereka, sesiapa yang beritual macam mereka, itulah golongan yang benar. Sesiapa yang tidak beritual macam mereka, mereka hukum kaum-kaum lain itu kafir. Walhal Al Quran tidak pernah menetapkan penentuan kafir atau tidak berdasarkan amalan tradisi sesuatu kaum sebab setiap kaum itu pasti akan mengatakan amalan tradisi mereka itu benar biarpun sampai tahap sujud mengadap ke arah matahari.

Jadi, di antara akhlak para saintis dengan perangai para ritual, yang mana satu patut dijadikan pedoman? Pandai-pandailah nak pilih. Jangan kelak di akhirat mereka cakap tiada siapa yang mengingati mereka dahulu untuk memilih yang terbaik sebagai pedoman hidup.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Fri May 14, 2010 6:48 pm

(4)
Saintis boleh menerima perbezaan.

- Kita tidak pernah dengar para saintis yang kaji kapal terbang mengatakan saintis yang kaji kapal selam adalah kafir disebabkan perbezaan bidang yang mereka ceburi. Biarpun apa bidang sains yang mereka kaji, sesama saintif tidak bergaduh dan berpecah-belah. Ini kerana mereka tunduk kepada Ketetapan Allah di dalam semesta ini. Yang kaji kapal terbang kena tunduk pada hukum daya apungan pada angin yang Allah tetapkan dan yang kaji kapal selam kena tunduk pada hukum daya apungan pada air yang juga Allah tetapkan. Masing-masing kreatif mengikut apa yang Allah ilhamkan pada mereka. Mereka boleh menerima semua pendapat saintis-saintis tanpa mengira kaum atau warna kulit asalkan mereka bawakan bukti-bukti kukuh. Pemikiran mereka jadi luas seluas alam semesta yang mereka kaji. Lagi jauh mereka kaji, lagi luas mereka pergi.


Ritualis tidak boleh menerima perbezaan.

- Sering kita dengar para ritual bergaduh kerana berbeza objek-objek yang mereka jadikan arah tumpuan ritual mereka. Yang sujud ke arah matahari kata kaum yang sujud pada arah bulan adalah salah. Yang sujud kepada bulan kata kaum yang sujud ke arah patung adalah salah. Yang sujud ke arah patung kata kaum yang sujud ke arah batu tak betul. Yang sujud ke arah bangunan kotak kata kaum yang sujud kepada matahari, bulan dan patung tak betul, tetapi mereka sahajalah yang betul. Malah sesama mereka yang sujud ke arah batu pun berpecah-belah kerana tunduk pada imam-imam yang berbeza riwayat hadis mereka. Yang mengikut standard A kata riwayat hadis daripada keturunan Nabi sahajalah yang benar dan mengatakan yang standard B tak benar. Begitu juga sebaliknya. Pemikiran mereka jadi sempit mengikut kepercayaan tradisi puak masing-masing.

Fahamlah kita kenapa Al Quran melarang kita sujud kepada mana-mana objek itu kerana itulah punca manusia berpecah-belah kerana merasakan objek tumpuan sembahan mereka itulah yang benarnya. Bila punca perpecahan sesama manusia dapat diubati, maka akan ada harapanlah sinar kedamaian menyinar kembali di muka bumi.

Jadi di antara saintis dan ritualis, yang manakah orang-orang yang menunjukkan contoh kehidupan yang tenang jiwanya, aman harmoni dan matang (tidak berpecah-belah)? Pandai-pandailah menggunakan akal sendiri.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Sat May 15, 2010 4:07 am

(5)
Saintis tidak halang manusia memikirkan hasil penyelidikan mereka.

- kita tidak pernah dengar para saintis melarang manusia lain memikirkan hasil penyelidikan mereka. Tidak pernah kita jumpa saintis suruh menurut membuta-tuli ajaran mereka. Mereka terbuka dengan penemuan-penemuan baru para saintis muda. Saintis tua tidak rasa tercabar dengan hasil penyelidikan saintis muda. Akhlak mereka sama seperti Rasulullah yang membenarkan penjelasannya difikirkan oleh manusia.

16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.


Ritualis suka melarang manusia memikirkan amalan ritual mereka.

- selalu kita dengar para ritulis melarang ajaran mereka difikir-fikirkan. Adakalanya golongan muda dan golongan tua mereka bergaduh gara-gara perbezaan cara fikir orang lama dan baru. Wujudlah kelompok kaum Muda dan kaum Tua. Biasa juga kita dengar mereka berkata "dalam Islam tidak boleh guna akal". Mereka tidak sedar, tanpa guna akal, macam mana kita nak penuhi tuntuan Allah dalam ayat 16:44 untuk memikirkan apa yang Rasulullah jelaskan? Ikut hawa nafsu mereka sahaja buat ketetapan kononnya dalam Islam tak boleh berfikir. Apakah mereka takut pembohongan-pembohongan mereka dibongkarkan bila ramai orang yang berfikir?

Jadi, daripada perbandingan di atas, kita nampak akhlak yang baik para saintis dan perangai buruk orang para ritualis yang takut pendustaan mereka dibongkarkan oleh Allah (sebab yang beri kan ilham-ilham untuk mematahkan ajaran-ajaran dusta kaum musyrik itu adalah Allah seperti mana Allah pernah berikan kepada para penyampai kebenaran yang terdahulu).

Fahamlah kita kenapa para ritualis terdahulu cukup "hangin" bila Allah bangkitkan seseorang Rasul yang membawa wahyu agar masyarakat pada waktu itu berfikir. Mereka takut pendustaan mereka selama ini terbongkar.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Sat May 15, 2010 4:21 am

Salam,

tolokminda wrote:Sebenarnya bangkai dan sifatnya yang kotor boleh difikirkan secara common sense saja. Binatang yang semasa dijumpai telah sedia mati biasanya memang dianggap kotor oleh sesiapa sahaja. Tidak ada siapa sanggup makan 'bangkai'. Tidak perlu penjelasan saintifik pun. Ia sudah pun diprogramkan dalam setiap akal yang waras. Kecualilah puan cenderung menjadi manusia yang melampaui batas.

Dari segi sains, memakan sesuatu yang kotor boleh menjejaskan kesihatan. Jadi apa yang dilarang dalam Al Quran itu agar manusia tidak memudaratkan kesihatan dirinya sendiri.

Kalau kita beli kereta atau cipta kereta, kita pun tak mahu kereta itu merosakkan dirinya sendiri. Kalau boleh kita nak kereta itu tahan selama yang boleh. Begitulah Allah yang mencipta kita. Sudah pasti Dia nak kita hidup dalam keadaan sihat selama yang boleh. Sebab itu Dia turunkan Al Quran sebagai tanda kasih-sayangNya Dia kepada kita.

Sebenarnya mesej Al Quran itu mudah sahaja. Allah mahu kita hidup secara elok dan baik seperti mana kita pun berharap anak-anak kita jadi manusia yang baik.

Ada sesetengah orang (terutama ritualis) marah jika orang lain berfikir, tetapi kalau anak-anak mereka pemalas berfikir dan pemalas belajar, tahu pula mereka marah anak-anak mereka itu. Macam mana mereka merasa marah bila anak-anak mereka jadi seorang yang pemalas, macam itulah Allah marahkan mereka kerana pemalas berfikir dan beragama menurut membuta-tuli.

"Tunjukkanlah kami jalan lurus, jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat." (Al Faatihah: 6~7)
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Zulia Sun May 16, 2010 1:12 am

Al quran menjanjikan syurga bagi orang yang memelihara sembahyang tetapi tidak pada saintis yang tak sembahyang tu he he.
Kejayaan saintis yang tak sembahyang itu hanya di dunia dan akan dimasukkan kedalam neraka jahannam. Kejayaan mereka yang beribadat kepada Allah bukan saja hidupnya diberkati tetapi selamat dari azab kubur, mahsyar, titian sirat, dan akhirnya di masukkan ke syurga. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Sebab itu al quran menyuruh menggunakan akal untuk kita membuat pilihan bukan buat alasan.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Saintis vs Ritualis PRK
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by semut api Sun May 16, 2010 9:56 am

sains semata2 fail, hancus, itu akai semata2 , akal banyak buat silap, silap mata, jgn tertipu dgn saintis kerana terlalu banyak propaganda utk kepentingan hawa nafsu
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6995
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by tolokminda Sun May 16, 2010 11:46 am

Zulia wrote:Al quran menjanjikan syurga bagi orang yang memelihara sembahyang tetapi tidak pada saintis yang tak sembahyang tu he he.
Kejayaan saintis yang tak sembahyang itu hanya di dunia dan akan dimasukkan kedalam neraka jahannam. Kejayaan mereka yang beribadat kepada Allah bukan saja hidupnya diberkati tetapi selamat dari azab kubur, mahsyar, titian sirat, dan akhirnya di masukkan ke syurga. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Sebab itu al quran menyuruh menggunakan akal untuk kita membuat pilihan bukan buat alasan.

Salam,

Tidak ada siapa pun tahu siapa akan masuk syurga. Cerita tentang sipolan akan masuk syurga, golongan yang demikian akan masuk syurga selalunya datang dari hadis. Sebaliknya Tuhan lebih menyuruh kita supaya sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan tidak menyekutukan Tuhan. Dan untuk mendapat petunjuk Tuhan menyuruh kita membaca dan menyelidik Al-Quran. Kefahaman dan kepatuhan kita kepada Al-Quran akan menjadikan kita manusia yang cenderung kepada kerja-kerja baik dan tidak menyekutukan Tuhan.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6426
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by semut api Sun May 16, 2010 12:07 pm

bukankah kamu & kaum akai bersekongkol dgn akalnya dlm membuat andaian terhadap manusia2 lain terutamanya mak bapaknya sendiri???? bukankah akai itu dicipta yg banyak melakukan kesalahan???? apatah lagi dgn bersekongkolnya akal & nafsu yg akan memperkudakan akai menjadi tunggangan nafsunya, tidakkah kamu berakai????
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6995
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by faried Sun May 16, 2010 5:37 pm

Zulia wrote:Sebab itu al quran menyuruh menggunakan akal untuk kita membuat pilihan bukan buat alasan.

Pilihan didasarkan atas alasan (hujjah) Alquran dan akal.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6088
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Zulia Sun May 16, 2010 6:05 pm

he he yang suruh patuh pada al quran pun tak ikut al quran. Yang diikutnya terjemahan yang dibuat sendiri. Sebab itu amalan ibadatnya tiada. Amalan solehnya pun tiada. katanya cukup tak buat salah atau dosa. Itu pun belum tentu juga. Amalan soleh akan ditimbang dan amalan dosa juga akan ditimbang yang manakah lebih berat. Setakat duduk malas tak beribadat mana nak datang amalan solehnya. Zakat yang wajib tak ada, apa lagi sedekah. Boleh pula bercakap nak tolong umat.
Oleh itu orang Islam, hendaklah kita berusaha atas amalan ibadat kita. Nikmat Allah terlalu banyak dan kita tidak mampu membayarnya dengan amalan kita seumur hidup. Kita sepatutnya malu dengan Allah meminta itu dan ini di dunia ini tetapi tidak beribadat. Banyakkan sedekah. Al quran banyak sekali menyebut orang miskin dan anak yatim. Kalau kita tak mendampingi mereka, perbanyakan sedekah. Pastikan tiada hari berlalu tanpa sedekah.
Orang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang kaya. Sebab itu kita mesti cemburu pada mereka. Kerana yang paling kaya di muka bumi ini langsung tidak boleh menanding syurga Allah. Subhanallah.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Saintis vs Ritualis PRK
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by faried Sun May 16, 2010 6:24 pm

Zulia wrote:
Oleh itu orang Islam, hendaklah kita berusaha atas amalan ibadat kita.

Nikmat Allah terlalu banyak dan kita tidak mampu membayarnya dengan amalan kita seumur hidup.

Kita sepatutnya malu dengan Allah meminta itu dan ini di dunia ini tetapi tidak beribadat.

Banyakkan sedekah. Al quran banyak sekali menyebut orang miskin dan anak yatim. Kalau kita tak mendampingi mereka, perbanyakan sedekah. Pastikan tiada hari berlalu tanpa sedekah.

Jika umat beragama Islam melaksanakan imbauan puan, maka sangat luar biasa.

Tapi saya sangat ragu. Mereka jauh lebih senang mengeluarkan duit yang teramat sangat banyak untuk diberikan kepada maskapai penerbangan dan perjalanan yang nyata-nyata sudah kaya, dalam rangka "haji dan umrah" ke Mekkah, daripada bersedekah menolong orang miskin dan anak yatim.
faried
faried
Pensyarah

Number of posts : 917
Reputation : 0
Credits : 6088
Registration date : 2010-04-21

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Zulia Sun May 16, 2010 10:33 pm

kita yakin agama ini untuk kita. Mengapa kita mesti melihat kesalahan orang dan akhirnya kita tidak beramal. Kita mesti mengumpulkan amalan kita sendiri. Kalau kita bersedekah manfaatnya sudah pasti kepada sipenerima dan pahalanya untuk kita.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Saintis vs Ritualis PRK
Reputation : 3
Credits : 6885
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Admin Sun May 16, 2010 11:18 pm

Zulia wrote:
Orang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang kaya. Sebab itu kita mesti cemburu pada mereka. Kerana yang paling kaya di muka bumi ini langsung tidak boleh menanding syurga Allah. Subhanallah.

Salam puan,

Bagaimana puan tahu orang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang kaya? boleh tunjukkan ayat al-quran mana yang menyatakan sedemikian?
Admin
Admin
Canselor

Number of posts : 4111
State : Saintis vs Ritualis SEL
Reputation : 8
Credits : 7785
Registration date : 2008-04-07

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Mon May 17, 2010 5:58 am

tolokminda wrote:
Salam,

Tidak ada siapa pun tahu siapa akan masuk syurga. Cerita tentang sipolan akan masuk syurga, golongan yang demikian akan masuk syurga selalunya datang dari hadis. Sebaliknya Tuhan lebih menyuruh kita supaya sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan tidak menyekutukan Tuhan. Dan untuk mendapat petunjuk Tuhan menyuruh kita membaca dan menyelidik Al-Quran. Kefahaman dan kepatuhan kita kepada Al-Quran akan menjadikan kita manusia yang cenderung kepada kerja-kerja baik dan tidak menyekutukan Tuhan.
Salam,

Memang benar. Jika kita tanya kaum yang sujud ke arah matahari, tentulah mereka akan mengatakan dengan beritual begitu, mereka akan masuk syurga dan sesiapa yang tak beritual macam mereka, tidak akan masuk syurga. Begitu jugalah jawapan kaum yang sujud kepada bulan, patung mahupun batu bila menyebut pasal masuk syurga. Dengan kata lain, mereka itu orang yang masuk bakul angkat sendiri.

Tetapi kita tidak jumpa para saintis mengatakan sesiapa yang kaji fizik sahaja yang masuk syurga, yang kaji bidang lain tak masuk syurga. Walaupun berbeza bidang pengkajian, para saintis saling bersatu.

Kita nampak kemuliaan hati saintis berbanding ritualis. Fahamlah kita kenapa Allah letakkan najis pada para ritualis yang tak menggunakan akal itu sebab hati mereka busuk. Mereka perasan amalan ritual mereka sahaja benar.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Juang Mon May 17, 2010 6:03 am

bayau wrote:
Zulia wrote:
Orang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang kaya. Sebab itu kita mesti cemburu pada mereka. Kerana yang paling kaya di muka bumi ini langsung tidak boleh menanding syurga Allah. Subhanallah.

Salam puan,

Bagaimana puan tahu orang miskin akan masuk syurga terlebih dahulu dari orang kaya? boleh tunjukkan ayat al-quran mana yang menyatakan sedemikian?
Salam Bayau,

Bertanyakan bukti ayat-ayat Al Quran kepada orang yang tidak percaya pada Al Quran, samalah macam kita bertanya pada batu.

Lihatlah apa yang berlaku sebelum ini. Bila kita tanya mana ayat Al Quran yang menyuruh Nabi bersujud ke arah bangunan batu, sampai ke hari ini mereka gagal mengemukakannya. Perangai mereka sama macam orang Yahudi dan Nasrani terdahulu yang tidak mahu ikut Taurat dan Injil.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Saintis vs Ritualis NSE
Reputation : 6
Credits : 9684
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Saintis vs Ritualis Empty Re: Saintis vs Ritualis

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 15 1, 2, 3 ... 8 ... 15  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum