Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Kegagalan Membawa Bukti
5 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Kegagalan Membawa Bukti
Setelah lebih 3 tahun menyelami cara umat "Islam" hari ini berhujah di dalam forum-forum yang dilihat berunsur keagamaan, apa yang jelas yang saya nampak adalah kelemahan orang Islam berhujah dengan membawakan bukti-bukti yang jelas dan kukuh.
Kebanyakan mereka bila di"provoke", lebih gemar menghukum daripada membawakan bukti-bukti logik mahupun ayat-ayat Allah untuk mematahkan sesuatu hujah. Seolah-olah mereka tidak mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun mereka dilihat seorang yang "beragama".
Di akhir zaman ini, yang zahirnya nampak beragama, belum tentu dalam hatinya bersih. Dan yang zahir nampak macam sekular, belum tentu dalam hatinya kotor. Yang tak pakai serban dan jubah, belum tentu jahat berbanding yang nampak warak. Yang tak pakai tudung belum tentu kotor hatinya berbanding yang berpurdah.
Sesiapa yang menilai pada pandangan zahir semata-mata, akan tertipulah dia. Sesiapa yang menggunakan mata, telinga dan akal, akan terselamatlah dia.
Merenung kisah orang-orang kafir terdahulu, sikap utama mereka yang ditekan dalam Al Quran adalah kegagalan mereka bawakan buktu-bukti jelas untuk mempertahankan amalan tradisi mereka. Bila Rasul mereka bawakan sesuatu hujah untuk menyangkal amalan tradisi mereka, cepat sahaja mereka hukum Rasul mereka itu sebagai pendusta atau tukang sihir. Selalu kita jumpa Al Quran mengulang-ulang gaya percakapan orang-orang kafir terdahulu yang berkata "inilah sihir yang nyata" setelah kalah berhujah.
Daripada pengulangan-pengulangan tersebut, Al Quran memberitahu kita bahawa perangai orang-orang kafir adalah cepat menghukum bila sudah kehabisan hujah. Gara-gara hidup pemalas berfikir dan menurut membuta-tuli, minda mereka terbantut sehingga sukar nak mematahkan hujah Rasul mereka. Akibat tekanan perasaan dan kemarahan, maka dihamburkan kata-kata keji dan penghukuman terhadap Rasul tersebut.
Dan seseorang Rasul juga sudah tentu arif yang dia pasti akan mengalami keadaan yang sama seperti Rasul-rasul terdahulu. Asal dibawakan hujah-hujah kukuh, pasti orang-orang kafir rasa marah dan cepat menghukum kerana gagal membawa apa-apa bukti untuk membenarkan amalan-amalan ritual yang mereka ada-adakan itu.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
sebagai mana ajaran yang dibawa oleh nabi terdahulu, agama yang sempurna dan terbaik dan umat yang terbaik adalah pada hayat baginda Rasulullah. Dan lama kelamaan akan wujud perselisihan dan pendapat baru yang timbul selepas itu tidak dapat menandingi ketepatan ajaran islam yang sebenar. Kerana tidak akan diturunkan nabi selepas ini maka Allah memberi jaminan akan sentiasa ada golongan yg membawa kebenaran itu yand tidak akan putus dari ajaran Nabi. Dan kita hanya perlu menurut kesinambungan golongan ini. Atau adakah kita memilih golongan lain? Atau kalau kita berpendapat bahawa telah terputus golongan itu sebelum kita berusaha mencarinya? Kalau ianya telah terputus tidak akan ada seorang yang akan mampu mendapatkan ajaran agama sebenar yang dibawa oleh Nabi itu kecuali dgn didatangkan nabi sepreti umat terdahulu..
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
kalau kita berniat nak mencari bukti mengapa kita tidak berlajar dari mereka terlebih dahulu. Adakah nabi membawa agama ini tanpa bukti? Sebab itu kita belajar ilmu agama untuk mencari buktinya. Saya percaya semua atau orang yang beriman itu telah menemui bukti itu dengan mendalami Islam. Kalau kita belajar mathe kita hanya diberi formula dan dgn ikut formula pun kita mampu menyelesaikan persoalan mathe sebab kita hanyalah user. Tapi adakah kita nak persoalkan tentang formula itu yang dipuat oleh pakar mathe? Boleh, kita kena belajar dari pakar mathe itu bukan tanya pada user. Walau pun user mereka tetap betul bila mengikut formula itu. Tapi kalau kita memilih utk tidak menjadi user maka kita tidaklah termasuk dalam golongan user itu. Apalagi kalau kita tak tanya pada pakar mathe itu begitulah logiknya nak belajar agama janganlah memperjudikan agama kita pada hanya sebuah forum beragama lah secara bijak.begitu juga konsep programming yang anda buat itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
tak payah pakai tudung, cuma pakailah sepender dgn coli saja sudah memadai tuan akai,tak pun pakailah original baju saja, kulit saja utk ditayangan pd manusia2 lain kan sebab hati dah bersihkan, errrmmmmJuang wrote:Yang tak pakai serban dan jubah, belum tentu jahat berbanding yang nampak warak. Yang tak pakai tudung belum tentu kotor hatinya berbanding yang berpurdah.
Sesiapa yang menilai pada pandangan zahir semata-mata, akan tertipulah dia. Sesiapa yang menggunakan mata, telinga dan akal, akan terselamatlah dia.
ya , gunalah mata, telinga, akal utk melihat spender, coli, atau bukit2 dan lurah2 berrambut dgn sebaik2 nya maka selamatlah kamu .
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Bolehkah saudara buktikan yang pakai spender dengan coli itu lebih kotor hatinya daripada saudara? Barulah kena dengan topik ini...semut api wrote:
tak payah pakai tudung, cuma pakailah sepender dgn coli saja sudah memadai tuan akai,tak pun pakailah original baju saja, kulit saja utk ditayangan pd manusia2 lain kan sebab hati dah bersihkan, errrmmmm
ya , gunalah mata, telinga, akal utk melihat spender, coli, atau bukit2 dan lurah2 berrambut dgn sebaik2 nya maka selamatlah kamu .
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Juang wrote:Bolehkah saudara buktikan yang pakai spender dengan coli itu lebih kotor hatinya daripada saudara? Barulah kena dengan topik ini...semut api wrote:
tak payah pakai tudung, cuma pakailah sepender dgn coli saja sudah memadai tuan akai,tak pun pakailah original baju saja, kulit saja utk ditayangan pd manusia2 lain kan sebab hati dah bersihkan, errrmmmm
ya , gunalah mata, telinga, akal utk melihat spender, coli, atau bukit2 dan lurah2 berrambut dgn sebaik2 nya maka selamatlah kamu .
mana ada kotor, yg pakai spender & coli tu la terlebih suci hatinya dari yg berpurdah & bertudung menutup aurat, ala tunjuk spender & coli kan melambang kesucian diri gitu, encik juang kan ?
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6993
Registration date : 2009-04-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Buktikan pula macam mana saudara boleh tahu yang pakai spender & coli terlebih suci hatinya daripada yang berpurdah & bertudung tu?semut api wrote:mana ada kotor, yg pakai spender & coli tu la terlebih suci hatinya dari yg berpurdah & bertudung menutup aurat, ala tunjuk spender & coli kan melambang kesucian diri gitu, encik juang kan ?
Cakap tak bawa bukti. Main sebat sahaja.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Karena itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah mahateliti apa yang kamu kerjakan ¤ Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan mendapat keampunan dan pahala yang besar ¤ Adapun orang-orang yang engkar dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni neraka.¤ (al Maidah :ayat 8-10)
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Salam,
Moralnya: Hiduplah berpegang pada bukti-bukti yang nyata, bukannya bersandar kepada status orang-orang tertentu. Jangan jadi macam orang-orang Yahudi dan Nasrani yang mempercayai membuta-tuli dakwaan "guru-guru" mereka bahawa Uzair dan Al Masih adalah anak Allah. Hakikatnya mereka tidak bawakan apa-apa bukti dan itulah orang-orang yang berdusta.
Muhammad dilihat di mata mereka seorang yang tidak berstatus untuk dijadikan guru berbanding ahli-ahli kitab mereka biarpun Muhammad bawakan ayat-ayat yang logik untuk buktikan Allah itu Esa.
Tak sangka ramai yang mengaku Islam pada hari ini tiru perangai orang-orang Yahudi dan Nasrani itu yang melihat pada status seseorang bukannya pada kelogikan sesuatu kata-kata.
Tolak logik, bermakna manusia itu telah melakukan dusta.
Moralnya: Hiduplah berpegang pada bukti-bukti yang nyata, bukannya bersandar kepada status orang-orang tertentu. Jangan jadi macam orang-orang Yahudi dan Nasrani yang mempercayai membuta-tuli dakwaan "guru-guru" mereka bahawa Uzair dan Al Masih adalah anak Allah. Hakikatnya mereka tidak bawakan apa-apa bukti dan itulah orang-orang yang berdusta.
Muhammad dilihat di mata mereka seorang yang tidak berstatus untuk dijadikan guru berbanding ahli-ahli kitab mereka biarpun Muhammad bawakan ayat-ayat yang logik untuk buktikan Allah itu Esa.
Tak sangka ramai yang mengaku Islam pada hari ini tiru perangai orang-orang Yahudi dan Nasrani itu yang melihat pada status seseorang bukannya pada kelogikan sesuatu kata-kata.
Tolak logik, bermakna manusia itu telah melakukan dusta.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Jadi hiduplah dengan sunnah Muhammad kalau tak mahu jadi Yahudi, kenapa pula nak ikut yang sebaliknya. Macamana niat kita beragama?
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Sebab Al Quran tidak pernah iktiraf selain Kitab Allah itu adalah sunnah Nabi. Cuba bawakan bukti ayat Al Quran mana menetapkan sunnah Nabi itu ada terkandung dalam riwayat-riwayat? Pasti pendusta-pendusta itu berpaling lari.
Malah untuk Muhammad contohi akhlak Nabi Musa dalam Taurat dan akhlak Nabi Isa dalam Injil, Allah tidak perintahkan baginda cari dalam kitab talmud atau pun dalam gospel-gospel. Sebaliknya dalam Al Quran jelas menyebutkan yang baginda membenarkan Taurat dan Injil.
Jadi untuk orang sekarang nak mencontohi akhlak Muhammad, sepatutnya dalam Al Quran itulah yang dicari seperti mana Muhammad lakukan terhadap Kitab-kitab Allah yang sebelumnya. Apakah perkaitan semudah itu mereka tak nampak-nampak lagi?
Malah untuk Muhammad contohi akhlak Nabi Musa dalam Taurat dan akhlak Nabi Isa dalam Injil, Allah tidak perintahkan baginda cari dalam kitab talmud atau pun dalam gospel-gospel. Sebaliknya dalam Al Quran jelas menyebutkan yang baginda membenarkan Taurat dan Injil.
Jadi untuk orang sekarang nak mencontohi akhlak Muhammad, sepatutnya dalam Al Quran itulah yang dicari seperti mana Muhammad lakukan terhadap Kitab-kitab Allah yang sebelumnya. Apakah perkaitan semudah itu mereka tak nampak-nampak lagi?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
sunnah baginda adalah akhlak baginda, dan akhlak baginda adalah akhlak Al quran.Sebab itu ikut sunnah Nabi bukan disuruh jadi 'Nabi'. Jangan lah taksub pada 'guru' itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Salam Zulia,
Apa yang puan tulis mengenai akhlak Nabi atau akhlak Al-Quran kedengaran terlampau klise. Saya percaya puan sendiri pun tak tau apa yang sebenarnya puan tulis. Cuba gunakan otak puan untuk berfikir. Ia lebih menyeronokkan dan lebih memberi kepuasan. Cubalah... Tuhan beri otak besar-besar untuk membolehkan puan berfikir. Kalau tidak, baik Dia beri puan otak burung kakak tua saja.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Saya tak nampak pun kemampuan tuan berfikir telah mendatangkan suatu sistem amalan yang lebih baik dari yang telah ada. Tuan tidak pun merumuskan dari keseluruhan kitab Al Quran, inilah amalan wajib , sunat dan makruh dan harus dalam sistem kehidupan Islam. Dari bangun tidur sampailah masuk tidur. Yang saya tahu tuan bukan sahaja tak jumpa amalan yang diwajibkan tetapi tuan juga tidak jumpa apa yang diharamkan. Saya berkata secara umum sahaja kerana saya telah menemui beberapa orang yang menolak sunnah Nabi samada alasan dengan berpegang pada Al quran atau tidak, hasilnya tetap sama dan tidak ada beza dengan amalan orang yang tidak beragama. Jadi adakah tuan berani mengatakan sekiranya ajaran yang lahir dari akal fikiran tuan ini, dan ia bertentangan dangan hukum Allah,lebih baik Allah menarik kembali nikmat akal itu dari tuan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Salam zulia,
Semua yang ada pada saya adalah kurniaan Tuhan. Dan kalau Dia nak tarik balik, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.
Semua yang ada pada saya adalah kurniaan Tuhan. Dan kalau Dia nak tarik balik, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.
2:113
And the Jews say: The Christians do not
follow anything
(good) and the Christians say: The Jews do not follow anything
(good) while they recite the (same) Book. Even thus say those who
have no knowledge, like to what they say; so Allah shall
judge between them on the day of resurrection in what they
differ.
tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6424
Registration date : 2009-10-02
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Salam TM,
Saya setuju dengan kata-kata saudara. Apabila kita menggunakan akal untuk bereskperimen pengajaran Al Quran pada diri sendiri, kepuasannya lebih dirasai daripada menurut membuta-tuli tanpa apa-apa erti. Perumpamaannya samalah seperti kita berjaya memandu kereta guna keupayaan diri berbanding menumpang kereta orang lain.
Saya setuju dengan kata-kata saudara. Apabila kita menggunakan akal untuk bereskperimen pengajaran Al Quran pada diri sendiri, kepuasannya lebih dirasai daripada menurut membuta-tuli tanpa apa-apa erti. Perumpamaannya samalah seperti kita berjaya memandu kereta guna keupayaan diri berbanding menumpang kereta orang lain.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
'Bereksperimen'? Adakah anda beragama dengan mencuba-cuba? Inilah akibat tak mahu belajar dari mereka yang tahu. Kalau belajar dengan dia yang tak tahu memanglah tak akan tahu-tahu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
anda belajar pandu kereta tu bukan dari guru ke? Ha ha ha. Orang yang tidak ada keinsafan diri akan lupa pada asal usulnya dan lupa juga nikmat yang Allah berikan. Sedangkan anggota dan pancainderanya adalah pinjaman dari Allah tanpanya anda tak akan boleh memandu. Cubalah ada rasa bersyukur sikit pada tuhan.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Bereksperimen itu mencuba-cuba? Bukankah oleh kerana bereksperimenlah manusia dapat teknologi yang hebat kurniaan Allah? Sedangkan yang beritual itu tidak mampu sumbangkan apa-apa manfaat daripada amalan mereka itu. Menyumbangkan perpecahan dan permusuhan sesama manusia adalah.
Tujuan bereksperimen supaya manusia dapat membuktikan kebenaran sesuatu hukum yang sebelum ini tersembunyi. Bereksperimen itu satu pembelajaran juga sebab itu kat sekolah pun ajar bereksperimen.
Itulah, ada otak tak mahu pakai. Main sebat sahaja mengatakan bereksperimen itu mencuba-cuba.
Tujuan bereksperimen supaya manusia dapat membuktikan kebenaran sesuatu hukum yang sebelum ini tersembunyi. Bereksperimen itu satu pembelajaran juga sebab itu kat sekolah pun ajar bereksperimen.
Itulah, ada otak tak mahu pakai. Main sebat sahaja mengatakan bereksperimen itu mencuba-cuba.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Guru memandu mengajar menggunakan logik. Tidak pula guru memandu itu guna riwayat guru-guru memandu terdahulu untuk menetapkan sesuatu kaedah pemanduan.
Malangnya ada 'guru' yang cakap "dalam Islam tak boleh guna logik" dan kena guna riwayat-riwayat orang terdahulu. Orang macam itu kita nak percaya? Tak macam guru pun akhlaknya?
Malangnya ada 'guru' yang cakap "dalam Islam tak boleh guna logik" dan kena guna riwayat-riwayat orang terdahulu. Orang macam itu kita nak percaya? Tak macam guru pun akhlaknya?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
kerana Kita beragama dengan agama yang telah dibawa oleh Nabi pada zaman baginda. Bukan 'Nabi' zaman sekarang, itu lagi tak logik, pakai akal lah sikit. He he.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Kerana nak beragama yang dibawa oleh Nabi pada zaman bagindalah orang-orang yang berakal kembali kepada Al Quran yang telah sempurna semasa zaman baginda hidup, bukannya kepada kitab-kitab karangan manusia yang dikumpulkan selepas baginda wafat untuk menafikan Al Quran, yang mana tiada ayat Al Quran suruh jadikan mereka rujukan
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
sebagaimana anda cuba lakukan menafsirkan terjemahan Al quran bezanya anda tak buat kitab tapi anda menulis blog yang boleh juga dirujuk oleh orang lain. Tetapi bagi orang islam dia tidak akan ikut blog anda kerana anda tidak bersumber dari penerangan Nabi Jadi lebih baik kita mengikut orang yang lebih mendapat ilmu dan agama dari Nabi berbanding mengikut anda. Tuan TM juga cakap jangan ikut kitab dia tapi anda ikut juga. Kesiannya anda.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Kegagalan Membawa Bukti
Adakah dalam Al Quran mempunyai perintah melarang ia diterjemahkan dan ditulis dalam blog? Yang dengki sangat orang lain nak tulis pemahaman mereka sendiri terhadap sesuatu ayat Al Quran itu apa hal?
Orang lain nak ikut atau tidak apa yang ditulis, itu bukan urusan si penulis. Muhammad sendiri tak hairan Al Quran yang dicatatkan itu tidak dipercayai oleh orang-orang musyrik di kalangan Arab, Yahudi dan Nasrani.
Kalau saya nak ikut orang yang berilmu, apabila orang itu berkata-kata berdasarkan logik dan berpaksikan Al Quran. Setakat orang yang perasan dirinya berilmu tetapi bila diajak kepada Al Quran, mereka lari dan mereka cakap "dalam Islam tidak boleh guna akal", lebih kurang macam saya ikut orang gila sahaja sebab orang gila sudah pasti kata-katanya tidak menggunakan akal.
Orang lain nak ikut atau tidak apa yang ditulis, itu bukan urusan si penulis. Muhammad sendiri tak hairan Al Quran yang dicatatkan itu tidak dipercayai oleh orang-orang musyrik di kalangan Arab, Yahudi dan Nasrani.
Kalau saya nak ikut orang yang berilmu, apabila orang itu berkata-kata berdasarkan logik dan berpaksikan Al Quran. Setakat orang yang perasan dirinya berilmu tetapi bila diajak kepada Al Quran, mereka lari dan mereka cakap "dalam Islam tidak boleh guna akal", lebih kurang macam saya ikut orang gila sahaja sebab orang gila sudah pasti kata-katanya tidak menggunakan akal.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Kegagalan Membawa Bukti
anda tidak berilmu dan andalah yang kena belajar al quran dari orang yang berilmu, bukan anda ajak orang belajar dari anda.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Page 1 of 2 • 1, 2
Similar topics
» Diskusi Ilmiah: Apa itu bukti-bukti yang nyata?
» 2 kegagalan utama orang kafir
» Gagal Kemukakan Bukti
» 2 kegagalan utama orang kafir
» Gagal Kemukakan Bukti
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|