Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Meletakkan Diri
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Meletakkan Diri
96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,
96:2. Dia mencipta manusia daripada dadih darah.
96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,
96:4. Yang mengajar dengan pena,
96:5. Dia mengajar manusia apa yang dia tidak tahu.
Ada manusia meletakkan dirinya sebagai golongan yang benar dan memandang orang lain sebagai salah. Tanpa mereka sedari, hati mereka sudah dihinggapi penyakit berbangga diri.
Kalau kita tanya semua orang, tiada siapa nak mengaku dirinya salah. Semua orang akan mengaku dirinya benar. Umpamanya kalau kita tanya orang yang sembah matahari, pasti dia kata amalannya itu benar. Kononnya sebab matahari itu adalah sumber kehidupan, maka matahari itu perlu didewakan.
Memanglah benar matahari itu sumber kehidupan kerana ia menyumbang tenaga kepada kehidupan di atas muka bumi, tetapi siapakah mencipta matahari itu? Kenapa kepada Pencipta matahari itu mereka tak sembah, kerana jika Dia tak cipta matahari itu, apakah ada kehidupan di atas muka bumi?
Dan jika sujud kepada matahari yang dicipta daripada kudrat Allah pun satu perbuatan yang dilarang, bukankah sujud kepada binaan-binaan daripada kudrat manusia, lagi-lagilah dilarang? Tidakkah mereka mampu memikirkan?
Jadi, kalau kita meletakkan diri kita sebagai orang yang benar, pasti kita tidak sedar perbuatan salah yang kita lakukan. Kebanyakan manusia jadi tidak sedar diri kerana perasaan ego merasakan dirinya sudah benar.
Oleh itu, apakah caranya untuk kita lawan penyakit tersebut? Caranya adalah dengan meletakkan diri kita sebagai orang-orang yang belajar. Orang-orang yang belajar, dia sedar yang dia tidak terlepas daripada membuat kesalahan sebab masih peringkat belajar. Namun daripada kesalahan itulah mengajar erti kebenaran.
Selagi kita hidup, selagi itulah kita perlu belajar. Meletakkan diri sebagai seorang yang sedang belajar, menjadikan kita orang2 yang hidup merendah diri kerana kita tahu kita sentiasa terdedah daripada kesilapan dan bersedia memperbaikinya.
Sebab itulah orang yang dalam hidupnya sentiasa belajar, dia terbuka menerima sesuatu pendapat yang paling kuat yang disokong dengan logik dan rasional. Setakat bawa kata-kata seperti "Sebab kami lihat bapa-bapa kami dahulu melakukannya", apakah ilmu yang boleh kita dapati daripada kata-kata sebegitu?
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Bagi orang-orang yang perasan dirinya telah benar, mereka akan terdorong menghukum orang lain salah. Malangnya, mereka tidak mampu tunjukkan di mana salahnya orang lain itu melainkan sekadar berkata "inilah sihir yang nyata". Mereka hanya mampu menjatuhkan hukum tanpa bawakan apa-apa hujah yang kukuh.
Jadi, patutkah kita meniru perangai orang2 kafir terdahulu? Kenapa tidak contohi sifat para Nabi yang hidup mereka dinafkahkan untuk sentiasa belajar?

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|