Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Menjadi Diri Sendiri
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Menjadi Diri Sendiri
Untuk memudahkan perjalanan hidup kita, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah menjadi seperti diri kita sendiri. Orang yang dapat hidup atas dirinya sendiri, itulah orang yang dalam kesedaran. Dan bila kita dalam keadaan sedar, sudah pasti banyak perkara mampu kita lakukan dengan baik dan betul.
Cuba bandingkan, di antara orang yang tak mabuk (sedar) dengan orang yang tengah mabuk (tidak sedar), yang mana satu dapat bertindak dengan baik dan betul? Sudah pasti orang yang tidak mabuk itu dapat bertindak dengan baik dan betul. Jadi, kita kena hidup mengikut fitrah diri kita sendiri, bukannya hidup mengikut apa yang orang lain lakukan.
Manusia yang hidup menurut amalan orang lain, mereka akan hilang keupayaan diri dan tidak kenal potensi dirinya sendiri. Mereka akan teraba-raba dalam memahami erti hidup ini. Mereka akan rasa takut nak hadapi kematian mereka. Mereka terpaksa bersandar kepada pihak ekslusif atas nama agama tertentu dalam membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Mereka kena hidup dalam masyarakat yang ramai untuk menghilangkan ketakutan bila bersendirian. Jika mereka hidup bersendirian, mereka tidak tahu apa nak dilakukan. Akibatnya mereka telah mengadakan sekutu bagi Allah kerana merasakan manusia-manusia yang dianggap sekutu itu berkuasa menyelamatkan mereka kelak. Itulah kesan buruk bila hidup tidak kenal diri sendiri.
Orang yang hidup atas dirinya sendiri akan mempunyai keunikan tersendiri. Dia mampu menyatakan kebenaran mengikut perspektifnya sendiri tanpa perlu sandarkan kata-katanya atas nama orang-orang terdahulu. Dia akan berkata mengikut apa yang dia tahu sahaja. Dengan kata lain, dia hanya hidup ikut apa yang Allah ajar kerana yang mengajar manusia daripada tak tahu kepada tahu adalah Allah, Pencipta semesta alam.
Cuba kita bandingkan artis yang ada keunikan tersendiri dengan artis yang hanya meniru seseorang idolanya, artis seperti mana yang akan dikenang sepanjang zaman? P Ramlee dan Sudirman Haji Arshad terus dikenang sehingga ke hari ini kerana mereka mempunyai keunikan dan kualiti tersendiri. Keunikan itu terhasil daripada keyakinan seseorang itu pada dirinya sendiri.
Di sini kita nampak, semakin manusia itu jadi seperti dirinya sendiri, semakin terserlah keupayaan yang terpendam dari diri. Manusia itu akan memiliki keupayaan tersendiri yang jarang orang kebanyakan mampu melakukannya.
Itulah erti kita hidup di dunia ini iaitu untuk menjadi seperti diri kita sendiri. Setelah kita jumpa siapa diri kita yang sebenar-benarnya, kita sudah tidak takut dan bersedih hati apa jua yang Allah takdirkan dalam perjalanan hidup kita. Kita akan nampak terang perjalanan hidup kita di hadapan. Segala ujian dan dugaan, bukan penyebab kita berputus asa.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Similar topics
» Perbaiki ummat Dari Dalam Diri Kita Sendiri
» Bagaimana Ruben masuk menjadi Muslim
» realiti hidup sendiri
» Bagaimana Ruben masuk menjadi Muslim
» realiti hidup sendiri
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|