Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Melawan Penyakit Berbangga Diri
4 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Melawan Penyakit Berbangga Diri
38:75. Berkata, "Wahai Iblis, apakah yang menghalangi kamu daripada bersujud kepada apa yang Aku telah cipta dengan tangan-Ku Sendiri? Adakah kamu menyombongkan diri, atau kamu termasuk orang-orang yang tinggi?"
38:76. Berkata, "Aku lebih baik daripadanya; Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."
Daripada kisah iblis enggan sujud kepada Adam, kita akan nampak apa matlamat seseorang Rasul dibangkitkan untuk menyedarkan sesuatu umat. Ayat di atas membawa pedoman bagaimana penyakit berbangga diri menjadi punca utama iblis mendapat kedudukan yang hina di sisi Allah.
Iblis merasakan dirinya lebih baik daripada Adam kerana diciptakan dari api. Kalau kita fikir dari segi logik pun, tiada bukti yang menunjukkan kemuliaan diri disebabkan unsur apa kita diciptakan kerana yang menentukan dari unsur apa sesuatu makhluk diciptakan adalah Allah. Bila Allah mencipta makhluk-makhlukNya, sudah pasti semua fitrah dan suci. Tetapi yang mengotor diri makhluk itu adalah makhluk itu sendiri iaitu akibat penyakit berbangga diri
Setiap makhluk Allah diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hanya Allah sahaja jauh dari kekurangan. Jadi patutkah sesuatu makhluk itu merasa bangga diri?
Di sinilah pentingnya agama agar menjauhkan seseorang manusia itu dari perasaan bangga diri terhadap kejadian dirinya. Namun sering terjadi, sesuatu pengikut ajaran para Rasul terdahulu berubah menjadi kaum yang berbangga diri. Mereka merasakan status dilahirkan dari keturunan ajaran seseorang Rasul melayakkan mereka diri mereka lebih mulia dari keturunan yang tidak mengikut ajaran seperti mereka.
Asal semua ajaran para Rasul mengikut fitrah kejadian manusia diciptakan. Namun, akibat penyakit berbangga diri, mereka mula menyempitkan agama mengikut pendapat golongan yang mereka muliakan kemudian mereka berbangga diri kononnya merekalah lebih Islam daripada orang lain.
30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
30:31. Bertaubatlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan janganlah menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,
30:32. Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka.
Kemudian kerana tidak sedar penyakit berbangga diri itulah musuh sebenar yang perlu dilawan, mereka berbangga dengan keturunan, bangsa, kaum, puak atau parti yang disokongnya.
Bila kita nampak punca kerosakan manusia bila dihinggapi penyakit berbangga diri, maka kita akan faham apa matlamat ajaran Al Quran yang sebenar. Semua suruhan atau larangan Allah yang tercatat dalam Al Quran bertujuan supaya manusia tidak meniru perangai iblis yang berbangga dengan kejadiannya.
Untuk melawan penyakit berbangga diri, kita kena ada semangat suka belajar dan memperbaiki diri. Orang yang merasakan dirinya pandai dan mulia, mereka akan jadi malas belajar sebab beranggapan mereka sudah banyak ilmu dan diri mereka lebih baik.
Tetapi orang yang suka belajar dan memperbaiki, mereka sedar diri mereka tidak berilmu dan tidak baik, sebab itu mereka sentiasa mengubah diri kerana kebaikan. Tiada nokhtah dalam belajar biarpun telah berusia.
Allah cipta alam ini asalnya padu dan kemudiannya berkembang. Ini menunjukkan ilmuNya luas dan tiada sempadan. Sikap malas belajar ilmu alam (sains) menunjukkan manusia itu merasa bangga dirinya sudah tahu dan memandang rendah apa yang Allah ciptakan di alam semesta ini.
Ini yang membuatkan kita hairan, kenapa umat Islam ketinggalan dalam bidang sains seolah-olah mereka anggap Allah cipta alam ini untuk main-main. Dan bangsa-bangsa lain yang mereka kata kafir itu pula yang rajin belajar ilmu alam dan menghargai ilmu Allah yang berselerakan di serata alam.
Apakah umat Islam merasa bangga diri dengan status Islam untuk merasakan diri mereka mulia dan malas belajar? Bukankah malas belajar itu kerana penyakit berbangga diri sudah tahu? Jika itulah yang ada dalam hati rata-rata umat Islam sekarang sehingga mereka memandang belajar ilmu alam itu suatu yang tiada kaitan dengan agama, sampai bila-bila pun umat Islam akan ketinggalan.
Sebab itulah kita ajak umat Islam kembali berfikir apa yang telah mereka perbuat. Tiada guna mengaku Islam jika penyakit berbangga diri merasakan diri mulia dari bangsa lain masih tertanam dalam diri. Umat Islam kena melawan penyakit itu agar tidak merasakan dilahirkan dari keturunan Islam adalah satu tiket untuk masuk syurga.
Syurga hanya layak untuk manusia yang merendah diri. Manusia akan jadi merendah diri bila dadanya penuh dengan ilmu. Orang yang sombong dan berbangga diri, hakikatnya dalam diri mereka tiada ilmu. Sebab itu bila diajak belajar, mereka marah. Padahal belajar itulah cara untuk menuju kejayaan. Dengan belajarlah, penyakit-penyakit hati mampu dilawan.
Semudah-mudah belajar adalah belajar kenal diri sebab yang tahu segala perasaan dalam diri adalah kita sendiri. Belajar kenal apa itu perasaan baik (merendah diri) dan apa itu perasaan jahat (berbangga diri). Kalau manusia itu tidak mampu membezakan perasaan-perasaan yang bermain dalam dadanya samalah seperti manusia yang tidak tahu membezakan arah kanan atau kiri dalam memandu kereta. Sudah pasti manusia itu akan sesat selama-lamanya.

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
Bila kita nampak penyakit berbangga diri itulah musuh utama, maka kita akan faham apa tujuan sesuatu suruhan dalam ajaran Al Quran seperti solat, puasa, zakat dan haji. Semuanya ke arah mendidik jiwa agar tidak jadi manusia yang perasan dirinya mulia berbanding orang lain.
Dan bila kita faham asas ini, makin mudah kita memahami ayat Al Quran kerana sudah pasti ianya menjurus untuk melawan penyakit hati itu agar tidak berperangai seperti iblis. Kalau tidak masakan Al Quran mengulang-ulang kisah keengkaran iblis itu beberapa kali. Sudah pasti sesuatu yang diulang-ulang banyak kali menunjukkan ia satu keutamaan.
Jadi, kalau kita mengaku Islam, bukan setakat beragama nak cukupkan rukun. Kita kena tahu apa tujuan sesuatu rukun tersebut. Kalau sekadar main buat, tetapi tidak tahu ke mana arah tujuan rukun itu, jangan harap mampu lawan penyakit hati. Sebab itu kita lihat ramai orang yang mengaku Islam kena penyakit berbangga diri kononnya umat mereka lebih mulia dari bangsa lain sehingga Allah letakkan kedudukan umat Islam sekarang terkebawah berbanding bangsa-bangsa lain. Satu pengajaran yang berguna bagi manusia yang mahu berfikir...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
Mulakan dengan bersyahadah iaitu mengakui hanya Allah sahaja yang kita sembah. Maka "tauhid" kepada Allah yang macam mana yang mampu menjadikan kita jauh dari perasaan bangga diri kononnya kita Islam dan orang lain kafir?
Kalau setakat mengucap dua kalimah syahada kemudian merasakan bangga diri kononnya sudah Islam dan memandang orang lain kafir, bukankah itu hanya perangai iblis?
Kalau setakat mengucap dua kalimah syahada kemudian merasakan bangga diri kononnya sudah Islam dan memandang orang lain kafir, bukankah itu hanya perangai iblis?
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
kena khatam dulu .. kasi chop mohor takut nanti tuhan salah pilih pulak .
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6244
Registration date : 2009-04-18
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
Syahadah yang mampu menjauhkan diri kita dari perasaan bangga diri adalah mentaati segala kebenaran yang Allah berikan pengetahuan dan pemahaman kepada kita tanpa memilih kaum, puak atau parti politik. Tiada manusia yang boleh menghukum mana-mana manusia sesat, kafir atau tidak Islamik kerana itu semua urusan Allah. Urusan kita sebagai manusia adalah mengajak manusia belajar supaya masing-masing belajar merendah diri...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang yang beruntung.
3:105. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar,
Untuk hidup sebagai orang-orang yang beruntung, jadilah umat yang suka menolong orang dan menyuruh orang berbuat baik serta melarang perkara-perkara yang memudaratkan.
Jangan jadikan agama untuk berpecah-belah, berpuak-puak, berkelompok-kelompok yang setiapnya berbangga diri dengan apa yang mereka ada sehingga suka berselisih antara satu sama lain setelah datang bukti yang jelas dan nyata.
Jangan jadikan agama untuk menghukum keimanan orang lain atau menentukan sah tak sah ibadat orang lain. Itu semua urusan Allah. Orang yang ada perasaan berbangga diri sahaja suka mengambil urusan Allah.
Penyakit berbangga diri hanya menyebabkan hati kepanasan dan suka berhasad dengki melihat kelebihan orang lain. Itulah golongan yang akan diazab.
3:106. Pada hari apabila beberapa muka menjadi hitam, dan beberapa muka menjadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi hitam, "Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu? Maka rasalah azab kerana kamu tidak percaya."
3:107. Tetapi bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi putih, mereka berada dalam pengasihan Allah, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
Muka orang yang berbangga diri akan kehitaman kesan jiwa yang terbakar sedangkan muka orang yang merendah diri akan menjadi putih kesan iman yang memancar.
Jika kita lihat muka bayi, muka mereka suci. Itu menunjukkan bayi asalnya suci (jauh dari penyakit berbangga diri sebab bayi sedar kekurangan diri). Namun bila manusia itu dewasa, penyakit berbangga diri menyebabkan mereka jadi kafir. Maka ditanyalah "kenapa mereka bertukar jadi kafir sedangkan asal kejadian mereka adalah suci dengan keimanan"? Maka tetaplah orang yang berbangga diri itu ditempatkan dalam kehidupan yang panas.
Sebaliknya, orang yang merendah diri (mensucikan jiwa daripada penyakit) yang muka mereka menjadi putih, mereka berada dalam pengasihan Allah dan tinggal dalam pengasihan Allah itu selama-lamanya.
Begitulah untungnya orang yang merendah diri serta meninggalkan anutan yang menyebabkan hati berpenyakit gara-gara perasan kaumnya sahaja Islam dan memandang kaum lain sebagai kafir.

bangga dirila tu bila masih melihat kehebatan diri
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6998
Registration date : 2009-04-26
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
Tiada yang hebat melainkan Allah. Tetapi sedikit sekali orang yang iri hati memahaminya...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
bangga dirila tu bila masih melihat kehebatan diri ... tapi tidak pada diri yg berdiri dgn sendiri
semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6998
Registration date : 2009-04-26
Re: Melawan Penyakit Berbangga Diri
Manusia berdiri kerana Allah. Allah-lah yang memperkuatkan seseorang manusia yang dikehendaki. Tetapi orang yang berpenyakit hati tidak dapat menerimanya sebab itu bila membantah, mereka hanya mampu berkata "inilah sihir yang nyata", tapi apa yang sihirnya tidak mampu mereka buktikan.
Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|