e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap6%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap23%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap21%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap8%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap8%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap6%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap6%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap0%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap6%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap4%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap0%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap1%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap3%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap1%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcap5%Hidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
Juang (3494)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Hidup Seumpama Kerbau I_vote_lcapHidup Seumpama Kerbau I_voting_barHidup Seumpama Kerbau I_vote_rcap 

Keywords

baqarah  2013  2024  2010  2012  2011  


Hidup Seumpama Kerbau

2 posters

Go down

Hidup Seumpama Kerbau Empty Hidup Seumpama Kerbau

Post by Juang Sat Feb 13, 2010 10:26 am

Hidup Seumpama Kerbau Wild-buffalo

Suatu ketika dahulu, kerbau sering digunakan dalam membajak sawah. Kudrat kerbau yang gagah itu diperlukan untuk menarik alat pembajak yang dipasang pada badannya.

Selepas habis kerja membajak pada sesuatu hari, kerbau itu dilepaskan untuk mencari makan, minum, bergurau-senda dengan anak-bini dan melepak-lepak di dalam kubangnya. Keesokannya, bila kudrat kerbau itu diperlukan untuk membajak tanah yang belum dibajak, ia akan dikerah lagi. Begitulah rutin hidup kerbau.

Kita tidak pernah jumpa kerbau berkreativiti dan berinnovasi untuk memudahkah proses pembajakan itu. Malah kita tidak jumpa kerbau itu ada inisiatif sendiri nak membajak sawah itu tanpa perlu disuruh-suruh oleh tuannya. Jika hari ini kita ajar kerbau itu membajak sawah, jangan haraplah kita nak jumpa kerbau itu akan membajak sawah dengan sendiri tanpa kita menyuruhnya. Itulah cara hidup kerbau daripada dahulu sehingga sekarang.

Kenapa kerbau hidup seperti itu? Sebab akal mereka terbatas. Mereka tidak diberi akal yang mengizinkan mereka berkreativiti dan berinnovasi serta ada inisiatif sendiri untuk menyempurnakan tugas tanpa perlu disuruh-suruh. Mereka perlu diketuk dahulu, barulah nak berjalan.

Oleh kerana Allah beri kita akal yang tidak terbatas, apakah kita hendak hidup seperti kerbau tersebut? Apakah kita tidak tahu berkreativiti dan berinnovasi dalam hidup? Apakah kita tidak ada inisiatif untuk mengubah keadaan sekeliling kita dan hidup hanya melepak-lepak seperti kerbau di dalam kubang?

Ramai manusia tidak sedar mereka hidup seperti kerbau itu. Dan ada pula yang suka membiarkan diri mereka menjadi kerbau yang dicucuk hidungnya dan dibelenggu dengan tali ciptaan manusia yang menurut hawa nafsu.

Contohnya dalam mengkaji, menyelidik dan memahami Al Quran, ramai orang yang mengaku Islam lebih suka memilih cara hidup kerbau itu. Mereka tiada inisiatif sendiri, tiada kreativiti, tiada innovasi dalam memahami Al Quran bagi memperlihat kesyumulan ajaran Al Quran. Mereka belenggukan akal mereka mengikut amalan tradisi yang tidak wujud di dalam Al Quran dan bersangka-sangka atas perbuatan orang-orang terdahulu, sedangkan Al Quran sebut, pada persangkaan tiada kebenaran.

Macam mana mereka boleh hidup sebegitu sedangkan mereka dikurniakan otak manusia bukannya otak kerbau?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup Seumpama Kerbau NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup Seumpama Kerbau Empty Re: Hidup Seumpama Kerbau

Post by Zulia Sat Feb 13, 2010 8:20 pm

Mari kita lihat situasi ini secara logik. Seorang Islam yang ingin belajar atau mendalami Islam. Katalah dia memilih dengan mengkaji Al quran dan dia seorang yang telah tahu bersolat. Jika dia dapati tidak ada cara solat di dalam al quran. Adakah dengan mudah dia kata solat itu tidak perlu dilaksanakan dgn cara itu? Logiknya tidak. Kerana dia mesti tanya pada orang yang arif dan berilmu utk mengetahuinya. Tak kan dia nak ikut fikiran sendiri kerana dia baru nak belajar. Katalah dia bertanya pada ustaz dan diberitahu oleh ustaz itu bahawa cara solat ini ialah yang ditunjukkan oleh Nabi yang menyampaikan Al quran itu. Dan diturunkan dari generasi ke generasi sampai kini. Logiknya seorang yang beriman pada al kitab dan rasul akan menerimanya. Melainkan ada anasir lain yang mengatakan jangan percaya solat itu rekaan manusia. Seorang yang rasional mana satu dia nak ikut? Ustaz itu mempunyai bukti bersumber dari zaman Nabi dan dia boleh menilai akhlak Ustaz dan tahu latar belakangnya. Anasir lain itu tak ada apa-apa sumber. Dan tidak ada contoh masyarakat islam lain yang mengamalnya yg berjaya dunia akhirat.
Anasir itu hanya kata solat itu rekaan, tetapi tak ada pula solat sebenarnya dari Nabi. Logiknya kita dapat tahu niat jahatnya. Anasir ini juga berselindung di belakang tabir dan tidak berani tampil sekiranya dia benar. Mereka hanya menyusup di kalangan mereka yang kurang ilmu agamanya. Mengapa mereka tak berani mengadakan muzakarah atau bertemu dengan mereka yang pakar dalam agama. Sebab mereka tahu mereka bukan bertujuan baik sebaliknya menimbulkan keraguan dikalangan mereka yang lemah ilmu agamanya. Sayangnya ada juga yang terpedaya dan akalnya tak mampu memilih mana yang benar mungkin dia tak gunakan otak atau dihatinya ada dendam kepada orang-orang beriman. Dia lebih rela termasuk dalam golongan yang tak jelas amalannya malah golongan ini pun tak dapat dikenalpasti alamatnya. Kalau mereka yakin mereka benar, mesti mereka keluar dari tempat persembunyian mereka. Dan kita boleh menilai cara hidup mereka dan akhlaknya. Ini tidak, ia lebih mirip seperti 70 kumpulan ajaran sesat yang lain. Ingat! kalau cara hidup kita mirip sesuatu golongan, maka kita akan dimasukkan dalam golongan itu. Begitulah penilaian yang logik bagi seorang awam.
P/s Kalau seorang yang arif dalam ilmu agama dia boleh berhujah dangan cara ilmiah.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup Seumpama Kerbau PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup Seumpama Kerbau Empty Re: Hidup Seumpama Kerbau

Post by Juang Mon Feb 15, 2010 10:18 am

Jika tiada suruhan dalam Al Quran pergi bersolat dengan menyembah kotak, apakah patut manusia itu sujud kepada kotak itu?

41:37. Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah.

Apatah lagi bila kita sudah jumpa larangan sujud atau menyembah apa jua ciptaan Allah seperti matahari mahu pun bulan, lagi2lah tak patut kita pergi sujud ke arah bangunan kotak yang terang2 dibina oleh tangan manusia.

Kenapa mereka tidak mencari erti solat yang jauh daripada amalan menyekutukan Allah?
Bukankah bersujud atau menyembah binaan kotak itu suatu yang tak logik?

Tidakkah manusia itu mempunyai otak? Kenapa mereka sanggup biarkan minda mereka "dikerbaukan" oleh syaitan?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup Seumpama Kerbau NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup Seumpama Kerbau Empty Re: Hidup Seumpama Kerbau

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum