e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Hidup mengikut Logik I_vote_lcap6%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap23%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap21%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap8%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap8%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap6%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap6%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap0%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap6%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap4%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap0%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap1%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap3%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap1%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hidup mengikut Logik I_vote_lcap5%Hidup mengikut Logik I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
Juang (3494)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Hidup mengikut Logik I_vote_lcapHidup mengikut Logik I_voting_barHidup mengikut Logik I_vote_rcap 

Keywords

2013  baqarah  2024  2010  2012  2011  


Hidup mengikut Logik

5 posters

Go down

Hidup mengikut Logik Empty Hidup mengikut Logik

Post by Juang Sun Jan 17, 2010 11:52 am

Selalu bila berbincang dengan kebanyakan orang Islam hari ini pasal logik, banyak di antara mereka beranggapan logik itu;
- suatu yang hanya dilihat guna mata kasar
- suatu yang berbeza-beza di antara manusia
- tidak berkaitan dengan hal keagamaan dan kejiwaan

Itulah antara faktor utama kenapa kebanyakan orang Islam hari ini menolak logik dalam mencari kebenaran. Akibatnya, tanpa mereka sedari, perangai mereka kembali sama macam kaum2 terdahulu yang menetapkan sesuatu amalan tanpa ada bukti yang logik difikirkan. Al Quran menceritakan, bila seseorang Nabi itu tanya kenapa kaumnya tetapkan cara amalan sebegitu, mereka pun jawap "sebab kami lihat bapa-bapa kami melakukan begitu". Mereka tidak dapat bawakan hujah yang logik dan rasional bila disoal.

Logik adalah cara untuk kita membezakan benar atau palsu. Sesuatu pendapat yang tidak disertakan bukti-bukti yang logik, ia sekadar bersifat teori semata-mata. Umpamanya teori evolusi yang dikemukakan oleh Darwin. Ia belum terbukti bahawa suatu ketika dahulu manusia berasal daripada beruk. Melainkan jika ada saintis dapat menjadikan beruk-beruk yang wujud pada hari ini berevolusi menjadi manusia (bereksperimen menggunakan kaedah2 atau alatan2 tertentu), maka teori itu boleh dibuktikan benar.

Sesuatu kata-kata itu terbukti logik bila ada hukum alam membenarkan kata-kata itu. Hukum alam itulah kayu pengukur yang adil untuk menghakimi kata-kata yang ada logiknya atau kata-kata yang dusta. Logik tidak boleh ikut hati manusia sebab nanti sudah tidak adil sesuatu penilaian itu. Maka ia kena dibuktikan selari dengan hukum alam ini.

Contohnya pada zaman Rasulullah dahulu, orang2 Yahudi mendakwa Uzair adalah putera Allah, manakala orang2 Nasrani mendakwa Al Masih adalah putera Allah. Pada mereka, itulah agama yang benar. Tetapi tiada hukum alam sebagai kayu pengukur membenarkan dakwaan mereka itu. Dengan kata lain, kata2 mereka itu tiada logiknya.

Sebaliknya Rasulullah membuktikan bahawa Allah itu Esa dengan membawa hujah yang boleh kita lihat pada alam semesta ini. Jika Tuhan itu lebih daripada Satu, sudah pasti setiap tuhan2 itu akan mencipta makhluk mereka dan berebut menguasai alam semesta ini demi menegakkan peraturan masing-masing. Dan jika itu berlaku, sudah pasti alam semesta ini hancur lebur kerana tuhan-tuhan itu asyik berebut kuasa pemerintahan agar kuasa mereka digunapakai.

Jadi, jika ikut logik (ada hukum alam sebagai kayu pengukur), maka hujah Rasulullah tentang Keesaan Allah itu lebih kuat daripada dakwaan orang2 Yahudi dan Nasrani, kerana baginda membawa bukti hukum alam ini.

Kesimpulannya, logik adalah cara kita untuk membuktikan kebenaran. Dan anggapan berkenaan logik perlu diperbetulkan oleh kebanyakan orang Islam hari ini.
- Logik bukannya suatu yang kena dilihat guna mata kasar, tetapi boleh difikirkan selari dengan hukum alam. Sebab itulah Allah yang tidak mampu dilihat guna mata kasar pun boleh dibuktikan secara logik (menggunakan akal untuk hati nampak Allah).
- Logik itu tidak berbeza2 kerana yang tetapkan aturan alam ini adalah Allah Yang Satu. Kalau ada ramai Tuhan, barulah peraturan alam ini akan berbeza2.
- Oleh kerana Allah atur alam semesta ini secara logik, maka logik ada kena mengena dengan agama yang benar. Logik juga berkaitan dengan pembentukan jiwa. Contohnya, orang yang berbangga diri, jiwanya akan kepanasan bila ada orang nak menyainginya. Contohnya bila nama Tuhanya digunapakai oleh orang lain, mereka sudah rasa bimbang dan resah. Tetapi orang yang hidup merendah diri, mereka tidak perlu bimbang dan resah macam itu. Itulah peraturan2 alam yang Allah tetapkan pada jiwa manusia yang kebanyakan manusia tidak sedar.

Dalam Al Quran, ciri2 ajaran para Rasul itu jelas dan nyata. Bila sesuatu itu jelas, maka manusia mudah buktikan kelogikannya tanpa perlu guna nama2 orang terdahulu. Samalah dengan Keesaan Allah itu, sampai bila2 pun kita boleh buktikan Pencipta alam ini ada Satu tanpa guna nama orang2 terdahulu. Andaikata Allah hilangkan semua buku2 yang sebut pasal Allah itu Esa, tetapi dengan adanya seorang manusia berfikir secara logik, pasti dia akan nampak bahawa alam ini dikuasai oleh Satu Tuhan. Begitulah pentingnya berfikir secara logik dalam menentukan kebenaran.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Sun Jan 17, 2010 1:41 pm

Sesuatu yang benar atau tidak benar sukar dibezakan dengan logik perkataan sahaja. Sebab manusia bercakap benar mengatakan sesuatu yang logik dan mereka yang berbohong pun mengatakan sesuatu yang logik. Jadi pembuktian nya mesti merujuk pada masa kejadian. Kalau berlaku sesuatu kes pembunuhan. pembunuh boleh menipu yang dia tidak bunuh. Perkataan tidak bunuh itukan logik, dan mungkin memang dia bukan pembunuhnya. Maka kena rujuk kepada faktor sejarah ia itu waktu kejadian. Dimanakah dia berada. Kerana kita mencari bukti kebenaran sesuatu yang telah lampau. Kalau ada saksi yang melihatnya membunuh, dia kena bawakan saksi pula yang melihatnya tidak membunuh atau berada di tempat lain pada waktu kejadian. Begitulah kita nak buktikan agama yang telah sempurna 1400 tahun lampau. Siapa yang dulu menyerang Melaka? Portugis atau Belanda? Sudah tentu kita kena bawakan bukti sejarah. Kalau ada yang kata Jepun yang serang adakah kita percaya?
Cara inikan lebih logik dan diterima akal.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Sun Jan 17, 2010 4:55 pm

Perlu difahami, logik bukan terletak pada perkataan atau dakwaan. Sesuatu dakwaan itu belum terbukti logik selagi tiada apa2 bukti. Bila ada bukti sokongan, barulah dikira logik.

Macam dakwaan Al Masih putera Allah itu sekadar kata2 tanpa bukti. Ia tidak boleh dikira logik lagi. Sebaliknya bila dikatakan Allah itu Esa dengan membawa hujah2 yang menunjukkan hukum alam ini tidak membenarkan adanya lebih daripada Satu Tuhan, maka barulah nyata kelogikannya.

Si pembunuh yang kata dia tidak membunuh, belum menunjukkan kata2nya itu logik. Jika pendakwa dapat kemukakan bukti2 yang menunjukkan si pembunuh itu bersalah dan si pembunuh tidak dapat pertahankan hujah, maka kebenaran akan terserlah juga.

Dan bukti2 yang pendakwa itu bawa pastilah bukti logik. Kalau pendakwa itu buka cerita riwayat, takkan hakim nak dengar dan ambil sebagai bukti hujah pendakwaan?

Bayangkanlah jika manusia hidup tidak bersandarkan bukti2 yang logik, pasti ramai manusia teraniaya dan hidup jadi kucar-kacir. Sebab itulah pentingnya logik dalam kehidupan.

Siapa dulu yang serang Melaka yang sebenar2nya, itu bukan dijadikan hukum dalam hidup kita. Ia hanyalah perihal sejarah. Kita tidak dibebankan sama ada nak percaya Portugis serang dulu ke atau Belanda serang dahulu.

Tetapi sesuatu yang dijadikan hukum dalam amalan hidup kita, kenalah
dibuktikan secara jelas, bukan guna cerita2 sejarah. Menetapkan sesuatu hukum tanpa bukti jelas, itu sudah dikira berbuat zalim kepada manusia. Contohnya jika ditetapkan hukum, "tidak boleh menaiki kereta dan hanya boleh naik unta, sebab Nabi dulu naik unta sahaja", bukankah itu satu hukum yang zalim? Tak masuk syurga ke kalau kita naik kereta?

Begitulah juga perumpamaan yang lain dalam kehidupan kita. Jangan mudah2 nak tetapkan hukum tanpa bukti2 kukuh. Allah murka kepada orang yang berbuat zalim sesama manusia.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Mon Jan 18, 2010 11:29 am

Hidup berpandukan logik2 yang Allah tetapkan di langit dan bumi menjadikan kita yakin bergantung kepada Allah semata-mata dalam berhubung denganNya. Kita yakin guna akal sendiri untuk menentu hala tuju yang terbaik untuk hidup kita. Tiada siapa yang perlu dipersekutukan dengan Allah. Kerana Dia Berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa jua yang Dia Kehendaki.

Allah Mengetahui hati mana yang ikhlas mencari kebenaran dan hati mana yang jadikan agama sebagai alat untuk berbangga diri. Sebab itulah iblis yang asalnya malaikat pun tidak boleh menyembunyikan penyakit berbangga diri walaupun para malaikat rajin bertasbih dan memanggil Allah sebagai Suci.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Mon Jan 18, 2010 9:09 pm

Ada manusia memilih hidup ikut sesuatu logik2 yang Allah tetapkan di alam semesta ini kerana merasa teramat berterima kasih kepada Allah yang mengurniakan pelbagai nikmat2 yang logik2 belaka termasuk penciptaan dirinya daripada tanah.

Jadi di antara Allah yang telah kurniakan pelbagai nikmat2 yang logik dengan orang2 yang menetapkan ajaran2 yang tiada logiknya itu, yang mana satu kita nak ikut?

Terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Semuanya bergantung kepada rasa syukur atau berterima kasih kepada Allah yang memberi nikmat2 yang logik2 belaka.

Sesiapa yang kuat rasa berterima kasihnya kepada Penciptanya sendiri yang terlalu banyak bagi nikmat2 yang logik itu, sudah pasti dia hanya akan hidup berpandukan sesuatu yang ada bukti2 logik sahaja.

Tetapi sesiapa yang sedikit rasa berterima kasih pada Tuhan, mereka tidak rasa bersalah pun kalau ikut cakap2 manusia yang tiada logik itu. Macam orang2 Yahudi dan Nasrani terdahulu yang tidak rasa bersalah ikut ajaran ulamak2 mereka yang kata Allah ada anak biarpun tanpa dibuktikan secara logik.

Pandai-pandailah nak bertanggungjawab atas pilihan masing2. Siapa nak dengar, mereka akan mendengarnya. Sesiapa yang tidak mahu mendengar, tiada siapa yang boleh beri petunjuk tanpa izin Allah.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Tue Jan 19, 2010 12:38 am

Jika kita renungkan, manusia akan buat kejahatan bila mereka berfikiran pendek. Mereka tidak fikir kesan2 buruk akibat berbuat sesuatu kejahatan. Tetapi jika manusia itu berfikir panjang jauh ke depan, pasti mereka akan takut nak berbuat jahat. Di sini kita nampak nilai berfikir panjang untuk mencegah diri daripada berbuat kejahatan.

Bagaimana kita nak melatih diri agar jadi orang2 yang berfikir panjang dan jauh ke depan? Sudah pasti kita kena hidup berpegang sesuatu yang logik. Kalau kita tidak berpegang sesuatu yang logik, otak kita tidak akan mampu berfikir jauh.

Cuba buat ujikaji mudah ini. Cuba fikir 1+1=2 dan cari logik. Oleh kerana ia ada logik, maka kita boleh kembangkan kepada 1+2=3, 1+3=4 dan seterusnya. Tetapi cuba fikir 1+1=3, bagaimana kita nak kembangkan ia secara logik?

Di situ menunjukkan, jika kita hidup berpegang sesuatu yang tidak logik, minda kita akan terbantut. Bila terbantut, manusia itu jadi malas berfikir panjang. Bila malas berfikir panjang, manusia itu mudah mengikut kehendak hati. Akibat dorongan nafsu, manusia itu akan melakukan kejahatan sebab tidak mahu memikirkan kesan2 buruk bila buat jahat.

Oleh kerana itu, berpegang kepada sesuatu yang ada bukti logik adalah asas kepada menjadi insan2 yang berbuat baik (beriman kepada Allah dan hari Akhirat). Sebab itulah dari asas tauhid (mengEsakan Allah) pun Al Quran sudah buktikan secara logik kenapa dikatakan Allah itu Esa.

Begitulah tingginya nilai hidup berpegang sesuatu yang logik demi menjauhi kejahatan dan kekejian. Orang yang nampak logik kesan buruk jadikan agama sebagai alat untuk bermegah2 dan berpuak2 pasti tidak akan hidup sebegitu lagi.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Tue Jan 19, 2010 9:06 am

Al Quran banyak menceritakan mukjizat nabi yang berlawanan dengan peraturan tabii sebagai bukti kebenaran Rasul. He he. Bagi orang yang tak percaya, mungkin akan mereka-reka cerita untuk menafikannya macam Firaun dan Namrud. Bila Nabi berkata Allah berkuasa menghidupkan dan mematikan, dia pun kata boleh dengan membunuh seorang dan membiarkan orang yang lain hidup. Biadap sungguhlah firaun tu kan bang.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Tue Jan 19, 2010 1:32 pm

Orang2 seperti Firaun dan Namrud adalah contoh manusia yang tidak percaya adanya hukum2 alam yang logik difikirkan. Bila Nabi Ibrahim cabar Namruh terbitkan matahari daripada arah lain, terdiam si Namrud itu.

Kebanyakan manusia yang kena penyakit berbangga diri, mereka tidak nampak adanya peraturan2 alam ini. Sebab mereka sudah didik tidak berfikir pasal logik. Mereka malas memikirkan kejadian alam semesta ini Allah ciptakan secara benar. Sampai ada mereka bertanya, "kalau manusia sudah mati tinggal tulang belulang, macam mana Allah nak hidupkan balik"? Walhal kalau mereka berfikir panjang, sedangkan sebelum mereka wujud, mudah2 sahaja Allah nak cipta mereka, apalah sangat setelah mereka mati, Allah nak hidupkan kembali?

Itulah parahnya bila hidup tidak berfikir panjang. Sebab itu mereka suka buat ketetapan tak logik atas nama perbuatan orang2 terdahulu. Biadap sungguh orang yang tidak percaya kepada logik2 Allah tu kan? Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Wed Jan 20, 2010 2:30 pm

Pentingnya kita hidup berpandukan logik agar kita hidup secara realistik. Kita hidup pada keadaan yang sebenar. Berpijak pada bumi yang nyata. Bukannya terapung2 di awangan.

Orang2 yang hidup tidak berpandukan bukti2 logik, mereka akan jadi tidak sedar diri. Bila tidak sedar diri, mula penyakit bangga diri hinggap di hati mereka dan membuat kerosakan. Macam orang yang dalam keadaan mabuk, mereka tidak tahu perbuatan2 mereka boleh mengundang kerosakan pada orang lain.

Bila tak sedar diri, umat mereka lemah dan berpecah-belah pun mereka tidak tahu apa puncanya.

Cuba fikirkan, di antara manusia yang sedar diri (tahu keadaan nasib bangsanya yang lemah dan berusaha membangunkannya) dengan manusia yang tak sedar diri yang tidak mahu mengubah nasib kaumnya sendiri, yang mana satu memenuhi ciri-ciri para Rasul terdahulu?

Adakah sifat2 seorang Nabi dan Rasul itu hidup dalam keadaan tidak sedar diri dan membiarkan masyarakatnya hidup dalam keadaan lemah dan berpecah-belah?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Wed Jan 20, 2010 2:48 pm

Sebab itu ikut lah seruan Nabi supaya kembali berpegang kepada dua yang diwasiatkan kepada umatnya al quran dan sunnahnya.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by tolokminda Wed Jan 20, 2010 4:11 pm

Zulia wrote:Sebab itu ikut lah seruan Nabi supaya kembali berpegang kepada dua yang diwasiatkan kepada umatnya al quran dan sunnahnya.

Nabi sebenarnya menyampaikan Al-Quran saja. "Sunnahnya" itu disampaikan oleh pihak lain. Nabi pun tak kenal mereka. Tuhan pun tak bagi authoriti.
tolokminda
tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts : 1072
Reputation : 0
Credits : 6429
Registration date : 2009-10-02

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Wed Jan 20, 2010 5:42 pm

Benar. Sunnah yang Nabi sampaikan adalah Sunnah Allah iaitu hukum2 alam ini. Dalam Al Quran sebut pasal Sunnah Allah ini, bukannya pasal amalan ritual yang dikatakan "sunnah Nabi".

Antara Sunnah Allah dengan "sunnah" ciptaan manusia, yang mana satu patut kita takuti?
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by othman Wed Jan 20, 2010 8:55 pm

Al Quran banyak menceritakan mukjizat nabi yang berlawanan dengan peraturan tabii sebagai bukti kebenaran Rasul. He he. Bagi orang yang tak percaya, mungkin akan mereka-reka cerita untuk menafikannya macam Firaun dan Namrud. Bila Nabi berkata Allah berkuasa menghidupkan dan mematikan, dia pun kata boleh dengan membunuh seorang dan membiarkan orang yang lain hidup. Biadap sungguhlah firaun tu kan bang.

kenapa kita kata berlawanan dgn logik . kenapa kita tak kata nabi itu bijaksana .
othman
othman
Sarjana

Number of posts : 467
Reputation : 0
Credits : 5809
Registration date : 2009-10-07

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Wed Jan 20, 2010 9:40 pm

Bawalah sumber dari siapa yang mendakwa begitu. Kalau ada dua pendapat berbeza mestilah salah satu itu penipu. Sebagai 'Pensyarah' kenalah jelaskan pada saya yang bertaraf 'siswi' ni. Bukannya sekadar, itu tak betul, kenalah tunjuk apa yang betul. Kalau macam tu nampak sangat tak hikmahnya.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Thu Jan 21, 2010 8:21 pm

othman wrote:
Al Quran banyak menceritakan mukjizat nabi yang berlawanan dengan peraturan tabii sebagai bukti kebenaran Rasul. He he. Bagi orang yang tak percaya, mungkin akan mereka-reka cerita untuk menafikannya macam Firaun dan Namrud. Bila Nabi berkata Allah berkuasa menghidupkan dan mematikan, dia pun kata boleh dengan membunuh seorang dan membiarkan orang yang lain hidup. Biadap sungguhlah firaun tu kan bang.

kenapa kita kata berlawanan dgn logik . kenapa kita tak kata nabi itu bijaksana .

Benar. Mukjizat Nabi mana yang berlawanan dengan logik? Kalau boleh terjadi di alam semesta ini (kerana Allah izinkan), logiklah namanya.

Yang tak nampak logik hanyalah manusia sebab pengetahuannya cetek. Banyak rahsia2 alam yang mereka tak kaji untuk nampak kelogikan mukjizat2 para Nabi itu.

Dulu nak cipta kapal terbang pun manusia anggap tak logik. Tetapi bila manusia kaji prinsip2 alam, barulah mereka nampak logik dan dapat cipta kapal terbang.

Sesuatu yang tiada logiknya (dusta), ia tidak mampu dilakukan oleh manusia. Sebab itulah dalam Al Quran, tiada perintah suruh kita buat perbuatan2 yang tak logik. Bila disuruh kita membaca dan berfikir, semua orang mudah nampak logik kebaikan amalan itu. Bila Al Quran larang minum arak, berjudi atau berzina, kita nampak logik keburukan perbuatan itu. Cuma tinggal kita nak ikut atau tidak sahaja.

Yang suka buat ketetapan atau perbuatan2 yang tak logik itu hanyalah kaum2 musyrik sahaja.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Thu Jan 21, 2010 10:56 pm

Jika kita renungkan dengan mendalam, hukum2 yang Allah tetapkan, pasti ada logiknya. Umpamanya untuk jadi pandai, Allah tetapkan yang manusia itu kena membaca sesuatu yang benar dan berfikir (kerana sesuatu yang dusta tidak mampu difikirkan). Tetapi nak baca ilmu dalam bidang apa dan berfikir pasal bidang apa, Allah tidak tetapkan. Terpulanglah kepada minat manusia itu masing2 nak teroka bidang ilmu mana yang mereka minat dan mampu.

Namun jika ada manusia menetapkan yang kena baca buku fizik sahaja sebanyak 5 kali sehari dan sekurang2nya 13 muka surat, maka ketetapan itulah yang tiada logiknya. Atas sebab apa kena baca buku fizik sahaja? Buku kimia atau biologi tak boleh baca ke? Baca 3 muka surat sekali membaca itu tidak boleh ke? Maka ketetapan2 sebegitulah yang dikatakan tiada logiknya, bukannya perbuatan membaca itu yang tidak logik.

Jika ada manusia membuat ketetapan2 tanpa bukti itu, tidak lain hanyalah ketetapan yang diada-adakan oleh orang yang berpenyakit bangga diri sahaja.

Al Quran mengandungi perintah/larangan Allah yang mempunyai matlamat/objektif tertentu (ada logiknya). Tetapi dalam melaksanakan sesuatu perintah/larangan, Allah tidak sempitkan guna cara tertentu. Terpulanglah pada keikhlasan manusia itu untuk mencapai objektif yang Allah tetapkan. Sampai kepada objektif tersebut, bermakna diterimalah segala cara yang manusia itu lakukan. Begitulah lapang dan luasnya Islam berlandaskan Al Quran.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Thu Jan 21, 2010 10:59 pm

Jadi amalan itu logik lah. Betul tak bang?
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Thu Jan 21, 2010 11:02 pm

Macam membaca juga. Ia perbuatan yang logik. Ada manfaatnya.

Sesiapa nak membaca 100 kali sehari, buatlah jika mereka rasa mampu. Tetapi jangan buat ketetapan kena membaca 20 kali jika nak masuk syurga. Allah tak ajar buat ketetapan2 dusta itu. Orang2 yang berbangga diri sahaja suka tetapkan sesuatu secara dusta. Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Thu Jan 21, 2010 11:08 pm

Bukan bang yang tak masuk tu sebab tak buat langsung. He he.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Thu Jan 21, 2010 11:11 pm

Setakat membongkok dan menonggek, bukankah bila2 masa manusia boleh buat? Masa nak main bola pun manusia akan membongkok bila perlu. Masa nak cari barang bawah katil, manusia akan menonggek. So kenapa nak risau pasal perbuatan2 tu. Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Thu Jan 21, 2010 11:14 pm

Saya tak cakap pasal membongkok pun. Abang ni main terkam aje lah.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Thu Jan 21, 2010 11:21 pm

Laa...saya bagi contoh atau perumpamaan aje pasal pergerakan manusia.

Apa jua yang mengizinkan manusia melakukan sesuatu pergerakan, kerana ada logik yang membenarkan tubuh badan membuatnya.

Yang tiada logiknya bila manusia tu kata kena buat pergerakan sekian2 cara kononnya itu sahaja cara nak masuk syurga.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Zulia Thu Jan 21, 2010 11:43 pm

Tentulah kita tahu amalan yang mana akan membawa ke syurga dan yang mana membawa ke neraka. Itukan tetap bang.
avatar
Zulia
Profesor Madya

Number of posts : 1529
Age : 43
State : Hidup mengikut Logik PRK
Reputation : 3
Credits : 6888
Registration date : 2009-12-23

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Juang Fri Jan 22, 2010 8:36 am

Benar.

Jika menetapkan sesuatu amalan tanpa selari dengan hukum alam (amalan2 dusta) dan hanya untuk bermegah2 (kononnya cara mereka sahaja betul) akan membawa manusia itu ke neraka, maka yang beramal selari ikut hukum alam dan tidak jadikan perbuatannya itu esklusif dan hidup merendah diri itu akan membawa ke syurga.

Smile
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hidup mengikut Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9687
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by SangKribit Mon Feb 08, 2010 1:07 am

Juang, ko nih kalo ikut sangat kaedah logika ni ... satu hari nanti ko mesti join CODE 19 Rashad Khalifa @ Richard Khalif ... 1 + 1 = kubor

hehehe Razz
SangKribit
SangKribit
Siswa-Siswi

Number of posts : 22
Reputation : 0
Credits : 5237
Registration date : 2010-02-08

Back to top Go down

Hidup mengikut Logik Empty Re: Hidup mengikut Logik

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum