e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Hadis Logik I_vote_lcap6%Hadis Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadis Logik I_vote_lcap23%Hadis Logik I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Hadis Logik I_vote_lcap21%Hadis Logik I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Hadis Logik I_vote_lcap8%Hadis Logik I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hadis Logik I_vote_lcap8%Hadis Logik I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hadis Logik I_vote_lcap6%Hadis Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadis Logik I_vote_lcap6%Hadis Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadis Logik I_vote_lcap0%Hadis Logik I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hadis Logik I_vote_lcap6%Hadis Logik I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadis Logik I_vote_lcap4%Hadis Logik I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Hadis Logik I_vote_lcap0%Hadis Logik I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hadis Logik I_vote_lcap1%Hadis Logik I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hadis Logik I_vote_lcap3%Hadis Logik I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Hadis Logik I_vote_lcap1%Hadis Logik I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hadis Logik I_vote_lcap5%Hadis Logik I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
Juang (3494)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Hadis Logik I_vote_lcapHadis Logik I_voting_barHadis Logik I_vote_rcap 

Keywords

2012  2011  2013  baqarah  2010  2024  


Hadis Logik

2 posters

Go down

Hadis Logik Empty Hadis Logik

Post by baqarahtoannaas Thu Feb 23, 2012 4:37 pm

Disebutkan dalam sahih Bukhari dan Muslim hadith dari Abu Musa Al Asy’ari Radhiallohu ‘anhu yang berkata, bahawa RasuluLLAH SAW bersabda:

“Sesungguhnya perumpamaan petunjuk dan ilmu yang diutus ALLAH kepada ku seperti hujan yang membasahi bumi. Ada bumi yang subur yang menerima air kemudian menumbuhkan rumput yang banyak. Ada bumi yang keras yang menahan air kemudian dengannya ALLAH memberi manfaat kepada manusia. Mereka meminum dari air tersebut, memberi minum haiwan ternaknya, dan bercucuk tanam. Hujan juga membasahi bumi yang lain, iaitu lembah yang tidak mampu menahan air dan menumbuhkan rumput. Demikianlah perumpamaan orang yang memahami agama ALLAH kemudian mendapat manfaat dari apa yang aku diutus dengannya. Ia belajar dan mengajar. Dan itulah perumpamaan orang yang tidak dapat diangkat kedudukannya oleh petunjuk ALLAH, dan tidak menerima petunjuk ALLAH yang aku diutus dengannya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW mengumpamakan ilmu dan petunjuk yang di bawa baginda seperti air hujan, kerana masing-masing (ilmu, petujuk, dan hujan) mendatangkan kehidupan, makanan, ubat-ubatan, dan seluruh keperluan manusia yang lain. Semua itu diperoleh dengan ilmu dan hujan.

Rasulullah juga mengumpamakan hati manusia seperti tanah yang menerima siraman air hujan, kerana tanah adalah sesuatu yang menahan air hujan kemudian menumbuhkan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat, sebagaimana hati yang memahami ilmu, maka ilmu tersebut berbuah di dalamnya, berkembang, terlihat keberkatannya dan buahnya.

Keperluan manusia kepada ilmu itu seperti keperluan mereka kepada hujan, bahkan lebih besar lagi. Jika mereka tidak memiliki ilmu, mereka tak ubahnya seperti tanah yang tidak mendapat hujan.

Imam Ahmad berkata. “Keperluan manusia terhadap ilmu itu lebih besar daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman hanya diperlukan sekali atau dua kali dalam satu hari, sedangkan ilmu itu diperlukan sebanyak mana jumlah nafas.”

Allah Ta’ala berfirman,

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang batil.” (Ar Ra’du: 17)

Allah Subhanahu wa Ta’ala antaranya mengumpamakan ilmu yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya seperti air yang Dia turunkan dari langit, kerana masing-masing dari ilmu dan air hujan mendatangkan kehidupan dan kemaslahatan bagi manusia di dunia dan akhirat mereka.

P/S - bagaimana pendapat forumer yg lain?
avatar
baqarahtoannaas
Siswa-Siswi

Number of posts : 28
Age : 41
Location : Kargasok
State : Hadis Logik Others10
Reputation : 0
Credits : 4612
Registration date : 2011-10-20

Back to top Go down

Hadis Logik Empty Re: Hadis Logik

Post by Juang Sun Mar 04, 2012 1:54 pm

Salam,

Apa yang tertulis dalam riwayat hadis itu selari dengan Al Quran dan kalau difikirkan secara logik, hadis itu ada kebenarannya. Memang ilmu sesuai diumpamakan dengan air.

Di sini kita nampak, sebenarnya mudah untuk menapis sesuatu yang dikatakan "hadis" itu dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran dan bukti2 logik yang ada di sekeliling kita. Namun konsep menapis hadis dengan cara sebegini bukan suatu kebiasaan dalam masyarakat kita.

Selalu kita diberitahu proses penapisan hadis berdasarkan melihat siapa perawi2nya, bukan pada mesej yang terkandung dalam hadis itu. Jika hadis itu disandarkan atas nama sahabat Nabi yang tertentu, mereka anggap semuanya betul daripada Nabi. Dengan kata lain mereka melihat pada orangnya, bukan pada mesejnya.

Cara penapisan sesuatu kata-kata berdasarkan orangnya itulah yang digunakan oleh orang2 musyrik terdahulu. Umpamanya bagi orang2 Yahudi, mereka memilih kata-kata yang diucapkan oleh habr2 mereka sahaja. Bila datang Rasulullah yang menyampaikan mesej yang selari dengan Taurat sekali pun, mereka tolak tepi. Begitu juga dengan perangai orang2 Nasrani yang taksub pada kata-kata rahib2 mereka sahaja yang disangkakan itulah ajaran Nabi Isa. Kalau Rasulullah bawa kata-kata yang selari dengan Injil sekali pun, mereka tak percaya.

Jadi, untuk tidak meniru kesilapan orang2 terdahulu, kita kena menapis sesuatu kata-kata berdasarkan mesej yang terkandung di dalamnya. Jika mesejnya baik dan selari dengan ayat-ayat Allah, kita boleh menerimanya. Kalau tidak, ada baiknya kita jauhkan kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita lihat dan dengar itu.
Juang
Juang
Dekan

Number of posts : 3494
State : Hadis Logik NSE
Reputation : 6
Credits : 9666
Registration date : 2008-08-26

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum