Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 12 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 12 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Nikmat Allah yang didustai?
2 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Nikmat Allah yang didustai?
Malaysia adalah bumi bertuah yang selalu dilimpahi hujan. Jarang sekali kita dengar musim kemarau berlaku di negara kita. Yang biasa kita dengar hanyalah kisah-kisah hujan lebat yang menyebabkan banjir. Seingatku, pada awal tahun 90an ada berlakunya kes kemarau sehingga empangan Durian Tunggal di Melaka kekeringan.
Dengan dilimpahi taburan hujan sepanjang tahun, maka segala urusan melibatkan air, terutama dalam bab minuman dan pencucian, bukanlah satu perkara yang sukar di Malaysia. Tiada alasan lagi jika manusia itu tidak boleh menyucikan jasmaninya, kerana air mudah diperolehi. Berbanding nasib manusia yang berada di negara-negara yang sering kekurangan hujan di kawasan-kawasan Afrika, yang ada antara mereka hidup dalam kedhaifan, Malaysia jauh lebih beruntung. Begitulah banyaknya nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada manusia di bumi Malaysia.
Namun dalam keadaan nikmat air diberikan mencurah-curah agar mudah kita nak menyucikan jasad , ramai manusia lalai menyucikan jiwanya. Dijadikan nama agama untuk bermegah-megah kononnya ada puak yang merasakan diri mereka suci dan memandang orang2 yang tidak beramal seperti mereka dikatakan hina. Mereka hidup dalam perasaan prejudis antara satu sama lain.
Tiada rasa kesedaran untuk mereka hidup dengan hati yang suci dengan menjauhkan segala unsur yang boleh mengotorkan hati. Tiada keinsafan untuk memikirkan jalan-jalan keamanan dan keharmonian yang sejati yang mampu menjauhkan hati daripada perasaan kotor taksub dengan keturunan sendiri. Tidak mahu membuka minda memikirkan apakah ertinya hidup dalam keadaan masyarakat yang berbangga diri sebegitu. Seronok ke hidup dalam keadaan masyarakat yang berpenyakit hati itu?
Nikmat-nikmat yang mana satukah kamu dustai?

Juang- Dekan
- Number of posts : 3494
State :
Reputation : 6
Credits : 9682
Registration date : 2008-08-26
Re: Nikmat Allah yang didustai?
Macamana kita mensyukuri nikmat Allah? kalau nikmat itu membawa kita dekat pada Allah itulah tandanya kita mensyukuri nikmatNya kan. Janganlah kesenangan itu menggelapkan hati kita sehingga tidak perlu beribadat kepada Allah. Kalau kita yakin sesuatu itu pinjaman dari Allah tentu kita akan insaf. Mungkin dulu kita susah kini sudah senang atau sebaliknya. Dulu mungkin kita miliki sesuatu yang sangat kita sayang tapi kini kita kehilangannya. Dengan merenung kehidupan kita, banyak perkara yang boleh mendatangkan kesedaran. Orang lain tidak boleh menyedarkan kita melainkan kitalah yang menyedarkan diri kita sendiri.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6883
Registration date : 2009-12-23
Re: Nikmat Allah yang didustai?
Bagaimana pula kita nak mendekati Allah? Ada manusia nampak mendekati Allah itu pada amalan ritual. Maka mereka buat satu set amalan ritual yang mereka dakwa "inilah cara mendekati Allah". Bertambah teruk pada bila ada yang mendakwa cara mereka itulah yang benar, dan cara orang lain tidak benar. Walhal bila kita rujuk pada Kitab Allah, tiada pun ketetapan set amalan ritual yang mereka tetapkan itu. Jadi, kalau hidup berbangga diri, macam mana nak mendekati Allah lagi? Bukankah iblis dilaknat dahulu kerana penyakit berbangga diri?
Mendekati Allah adalah dengan cara kita mendekati kebenaran sebab yang benar itu datangnya daripada Allah. Mendekati bidang2 ilmu itulah cara kita mendekati Allah. Mendekati pelbagai bidang ilmu boleh menjauhkan hati daripada penyakit berbangga diri. Ini kerana untuk menguasai ilmu yang tinggi, kita kena belajar tundukkan keegoan agar hidup kita mengikut yang paling baik. Jadi, dengan rajin belajar sesuatu yang paling baik, secara otomatiknya, hati kita juga belajar menundukkan perasaan bangga diri. Jadilah seperti padi yang semakin berisi, semakin ruku' (tunduk).
Kebanyakan manusia yang tidak mahu mendekati bidang ilmu adalah golongan yang malas belajar kerana mereka rasa mereka sudah hebat. Penyakit bangga diri itu menyebabkan mereka jadi malas belajar. Mereka malas bangunkan fikiran untuk melihat jauh ke hadapan dan berpandangan luas. Mereka anggap belajar itu setakat cukup2 makan sahaja. Mereka tiada daya usaha yang lebih untuk berjaya dalam bidang2 ilmu.
Ambil pedoman kisah Nabi Adam yang rajin belajar itu. Kalau kita renung kisah para Nabi di dalam Al Quran itu, mereka adalah orang yang terpelajar dan memiliki ilmu2 yang tinggi. Dengan kata lain, mereka mendekati Allah dengan rajin belajar bidang2 ilmu.
Cuba lihat kisah Nabi Nuh. Baginda dikurniakan ilmu membuat kapal. Sudah pasti memerlukan semangat dan keazaman yang tinggi untuk membuat kapal yang besar sebegitu. Sudah tentu menuntut baginda bertekun mengkaji, mengulangkaji, bereksperimen dan berusaha ke arah kejayaan membina kapal itu. Sebaliknya kaum Nabi Nuh hanya membuat amalan menyembah yang mereka sangkakan itulah cara mendekati Tuhan.
Cuba lihat kisah Nabi Yusuf yang belajar ilmu pengiraan sehingga bijak mengawal perbendaharaan negara. Di kala abang2nya berhasad dengki kepadanya, tetapi baginda penuhi hidup dengan belajar. Itulah amalan para Nabi mendekati Allah sebagai tanda mensyukuri nikmat2Nya yang nyata itu.
Kalau Allah cipta kita dan beri nikmat2 kepada dengan dengan ilmuNya (dengan haq), patutkah kita balas budi baik Allah itu dengan hidup tidak mendekati ilmu yang haq itu? Ada tak Tuhan bagi kita nikmat yang tidak nyata yang tidak boleh kita pegang, lihat, dengar, bau atau rasa?

» Nikmat Allah Manakah Yang Kamu Dustai?
» Menurut apa yang Allah turunkan
» Hati Orang Yang Sombong Dengan Allah
» Menurut apa yang Allah turunkan
» Hati Orang Yang Sombong Dengan Allah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum