Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 15 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 15 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
5 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
Saya tertarik dengan ayat al-quran ini. Inilah realiti yang berlaku kepada kebanyakan umat islam sekarang ini. Mereka sebenarnya nampak bukti-bukti yang jelas namun mereka menyembunyikan. Tidak mahu mengaku bahawa mengikut ajaran selain al-quran itu telah menyebabkan mereka menjadi lemah, berbunuh-bunuhan sesama sendiri, berpecah-belah dan berpuak-puak. Selain daripada menyembunyikan bukti-bukti yang jelas itu, mereka juga menyembunyikan petunjuk dari al-quran walaupun sudah diperjelaskan. Apakah petunjuk daripada al-quran itu? Bagi saya, ajaran-ajaran al-quran itulah petunjuk yang sebenar. Yang boleh memandu manusia dalam semua aspek kehidupan untuk mencapai kesejahteraan di dunia. Bagi mereka yang percaya kepada ajaran al-quran, mereka diberi ganjaran pahala atau upah di akhirat kelak. Kepada golongan yang tidak percaya, mereka sudah tentu dilaknat oleh Allah dan turut sama dilaknat oleh pelaknat.
Laknatlah bagi orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas dan petunjuk yang telah dijelaskan dalam al-quran!

Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
6:88. Itulah petunjuk Allah; Dia memberi petunjuk dengannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang mempersekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat.
Hanya Allah sahaja yang akan memberi petunjuk kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki. Bagi orang-orang yang mempersekutukan Allah seperti golongan penyembah nabi, sia-sia sajalah apa yang telah mereka buat selama ini. Bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk, selalulah berdoa kepada Allah agar hati kita tidak menyimpang dan diberi pengasihanNya seperti doa yang diajar dalam al-quran.
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
Hanya Allah sahaja yang akan memberi petunjuk kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki. Bagi orang-orang yang mempersekutukan Allah seperti golongan penyembah nabi, sia-sia sajalah apa yang telah mereka buat selama ini. Bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk, selalulah berdoa kepada Allah agar hati kita tidak menyimpang dan diberi pengasihanNya seperti doa yang diajar dalam al-quran.
3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.
Admin- Canselor
- Number of posts : 4111
State :
Reputation : 8
Credits : 7783
Registration date : 2008-04-07
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Benar bayau. Menyembunyikan kebenaran demi mempertahankan amalan nenek moyang yang terbukti menyebabkan umat jadi lemah dan mentaliti mereka seumpama binatang ternak (beragama main pakai turut membuta-tuli), merupakan kerja-kerja yang terkutuk dan dilaknat.
Sebab itulah Allah panaskan hati kaum sebegitu biarpun bila berhujah di alam siber. Kata-kata mereka mula menyamai skrip kaum kafir terdahulu yang disebut dalam Al Quran apabila hujah-hujah mereka mudah dipatahkan atau memakan diri mereka sendiri. Mereka mula tiada idea untuk berhujah dengan rasional, tetapi sekadar membawa emosi. Begitu lemah kawalan emosi mereka kerana selama ini mereka tidak belajar kenal diri dan melawan penyakit-penyakit hati.
Akibat tidak belajar kenal diri, mereka jadi manusia yang berbangga diri dengan status agama kelahiran mereka. Biarpun Allah perlihatkan nasib umat mereka yang lemah dan berpecah-belah, mereka sukar nak menerima kehinaan yang Allah takdirkan kepada umat mereka. Mereka tidak sanggup mengakui kelemahan umat sendiri gara-gara penyakit berbangga diri.
Seperti itulah kaum kafir terdahulu panas hati dengan para Rasul mereka. Bila para Rasul mereka nasihat berdasarkan keadaan realiti, mereka hangin satu badan. Akhirnya bila hujah-hujah mereka dipatahkan, mereka hanya mampu berkata "inilah sihir yang nyata", kesan kepanasan dalam hati mereka.
Selepas Allah perlihatkan kebenaran ini, mereka tidak akan hidup tenang lagi. Memang Allah sudah tetapkan pada alam ini, golongan pendusta pasti tidak akan tenang sehingga menemui mati selagi mereka tidak bertaubat. Melihat cara mereka berhujah pun kita boleh nampak mereka sudah gentar dan tidak tenang jiwa.
Kalau manusia itu tenang jiwanya, sudah pasti mudah berkata-kata dengan logik dan rasional kerana kata-kata yang penuh rasional dan logik itu hanya mampu dicapai apabila berfikir. Sedangkan kata-kata mencela tanpa mampu bawakan logik menunjukkan mereka berkata ikut nafsu sahaja. Sebab ikut nafsu itulah hujah-hujah mereka semakin lesu biarpun mereka ramai.
Benarlah janji-janji Allah yang diperlihat secara real di zaman sekarang seperti kisah para Rasul terdahulu menghadapi tentangan kaum mereka yang tidak menggunakan akal itu...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Mereka yang kamu dakwa menyembah nabi itu sebenarnya tetap menyembah Allah, cuma disamping Al-Quran, mereka juga mengikuti nasihat-nasihat dan hikmah yang diajarkan Nabi Mumammad. Nasihat-nasihat dan hikmah-hikmah yang diajarkan Nabi Muhammad itulah yang dipanggil hadis Nabi Muhammad. Telah banyak terbukti hadis Nabi Muhammad itu membawa kebaikan, dan tidak menjadi masalah bagi mereka yang mengikutinya. Tidaklah mereka itu menyembah Nabi pula.
Bagaimana, jika mereka yg kamu dakwa menyembah nabi tu pada ALLAH tetap meneymbahNYA??? Cuma mereka menerima hadis nabi sebagai sesuatu nasihat yang benar.

Yasir- Siswa-Siswi
- Number of posts : 31
State :
Reputation : 0
Credits : 5507
Registration date : 2009-05-19
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Jika riwayat hadis itu suatu yang benar, kenapa hasil ajaran nenek moyang mereka setakat melahirkan umat yang lemah dan hina? Hina kerana pemalas mengkaji ilmu alam biarpun kita dengar umat Islam terdahululah yang menguasai ilmu alam sehingga mereka dihormati lawan dan kawan. Namun kerana ajaran atas nama riwayat hadis itulah yang menyebabkan umat Islam sekarang beragama main pakai turut dan pemalas berfikir. Apa yang tok guru mereka suapkan, itulah yang mereka terima. Otak mereka jadi sempit sehingga nampak Islam hanya dari Arab, bukannya Islam yang luas semesta alam.
Tidakkah mereka melihat bahawa dalam Al Quran penuh ayat yang menyuruh manusia berfikir? Tetapi kenapa mereka kini beragama main pakai turut membuta-tuli sehingga tidak mampu membezakan kata-kata yang layak dari seorang Nabi (Al Quran yang terbukti benar ikut hukum alam), dan riwayat hadis yang tak logik (tidak mengikut hukum alam).
Mereka mula tetapkan sesuatu hukum hanya guna kata-kata riwayat Nabi, bukan ketetapan yang datang daripada Allah (hukum alam).
Ingatlah, kaum kafir terdahulu pun kata mereka sembah Allah dan tahu alam semesta ini Allah cipta. Tetapi berhala dan 'anak' Allah itu juga yang mereka taati membuta-tuli.
Allah tidak hina kaum penyembah Nabi di dunia sekarang ini sekadar saja-saja. Itu semua dari hasil tangan dan ajaran nenek moyang mereka sendiri. Takkanlah agama yang benar, hasilnya setakat melahirkan umat yang lemah, hina dan berpecah-belah?
Renung-renungkanlah. Berdusta atas nama Nabi, orang Nasrani dahulu pun dah guna cara yang sama (sehingga sembah Nabi Isa, biarpun mereka tahu adanya Allah yang mereka kata Bapa itu). Tetapi siapa boleh mendustai balasan yang Allah timpakan kepada sesuatu kaum yang sudah terpesong daripada ajaran sebenar kitab yang asal?
Tidakkah mereka melihat bahawa dalam Al Quran penuh ayat yang menyuruh manusia berfikir? Tetapi kenapa mereka kini beragama main pakai turut membuta-tuli sehingga tidak mampu membezakan kata-kata yang layak dari seorang Nabi (Al Quran yang terbukti benar ikut hukum alam), dan riwayat hadis yang tak logik (tidak mengikut hukum alam).
Mereka mula tetapkan sesuatu hukum hanya guna kata-kata riwayat Nabi, bukan ketetapan yang datang daripada Allah (hukum alam).
Ingatlah, kaum kafir terdahulu pun kata mereka sembah Allah dan tahu alam semesta ini Allah cipta. Tetapi berhala dan 'anak' Allah itu juga yang mereka taati membuta-tuli.
Allah tidak hina kaum penyembah Nabi di dunia sekarang ini sekadar saja-saja. Itu semua dari hasil tangan dan ajaran nenek moyang mereka sendiri. Takkanlah agama yang benar, hasilnya setakat melahirkan umat yang lemah, hina dan berpecah-belah?
Renung-renungkanlah. Berdusta atas nama Nabi, orang Nasrani dahulu pun dah guna cara yang sama (sehingga sembah Nabi Isa, biarpun mereka tahu adanya Allah yang mereka kata Bapa itu). Tetapi siapa boleh mendustai balasan yang Allah timpakan kepada sesuatu kaum yang sudah terpesong daripada ajaran sebenar kitab yang asal?
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Adli wrote:Jika riwayat hadis itu suatu yang benar, kenapa hasil ajaran nenek moyang mereka setakat melahirkan umat yang lemah dan hina? Hina kerana pemalas mengkaji ilmu alam biarpun kita dengar umat Islam terdahululah yang menguasai ilmu alam sehingga mereka dihormati lawan dan kawan. Namun kerana ajaran atas nama riwayat hadis itulah yang menyebabkan umat Islam sekarang beragama main pakai turut dan pemalas berfikir. Apa yang tok guru mereka suapkan, itulah yang mereka terima. Otak mereka jadi sempit sehingga nampak Islam hanya dari Arab, bukannya Islam yang luas semesta alam.
Tidakkah mereka melihat bahawa dalam Al Quran penuh ayat yang menyuruh manusia berfikir? Tetapi kenapa mereka kini beragama main pakai turut membuta-tuli sehingga tidak mampu membezakan kata-kata yang layak dari seorang Nabi (Al Quran yang terbukti benar ikut hukum alam), dan riwayat hadis yang tak logik (tidak mengikut hukum alam).
Mereka mula tetapkan sesuatu hukum hanya guna kata-kata riwayat Nabi, bukan ketetapan yang datang daripada Allah (hukum alam).
Ingatlah, kaum kafir terdahulu pun kata mereka sembah Allah dan tahu alam semesta ini Allah cipta. Tetapi berhala dan 'anak' Allah itu juga yang mereka taati membuta-tuli.
Allah tidak hina kaum penyembah Nabi di dunia sekarang ini sekadar saja-saja. Itu semua dari hasil tangan dan ajaran nenek moyang mereka sendiri. Takkanlah agama yang benar, hasilnya setakat melahirkan umat yang lemah, hina dan berpecah-belah?
Renung-renungkanlah. Berdusta atas nama Nabi, orang Nasrani dahulu pun dah guna cara yang sama (sehingga sembah Nabi Isa, biarpun mereka tahu adanya Allah yang mereka kata Bapa itu). Tetapi siapa boleh mendustai balasan yang Allah timpakan kepada sesuatu kaum yang sudah terpesong daripada ajaran sebenar kitab yang asal?
Nak kaji tentang apa lagi...dah dalam riwayat hadis dah lengkap memberitau tentang Allah dan sifatNYa yang Maha Esa...Cara2 beribadat kepada Allah...Riwayat hadis mengajar umat supaya jangan syirik kepada Allah dan taat kepada Rasul....
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Ilmu Allah itukan luas? Takkanlah sesempit apa yang riwayat hadis itu sebut. Jadi berfikirlah sebab Al Quran sendiri tak sebut, "jangan berfikir selepas ada riwayat hadis".Zahabur wrote:
Nak kaji tentang apa lagi...dah dalam riwayat hadis dah lengkap memberitau tentang Allah dan sifatNYa yang Maha Esa...Cara2 beribadat kepada Allah...Riwayat hadis mengajar umat supaya jangan syirik kepada Allah dan taat kepada Rasul....
Kalau benarlah riwayat hadis itu ada sebut pasal Allah dan Sifat2Nya secara benar, kenapa kaum itu jadi penyembah Nabi pula sehingga menetapkan apa yang Al Quran tidak tetapkan atas nama Nabi? Mana ada ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis sebagai ketetapan selain apa yang Al Quran tetapkan?
Kaum yang mensyirikkan Allah, pasti jadi lemah dan berpecah-belah. Dalam Al Quran ada sebut kisah-kisah kaum kafir terdahulu.
Jadi bila kita nampak kaum yang guna riwayat hadis itu sudah lemah dan berpecah-belah, malah sesama guna riwayat hadis pun berpuak-puak (Sunnah guna riwayat hadis mereka dan Syiah guna riwayat hadis mereka) serta berbunuh-bunuhan sesama sendiri (macam di Iraq sekarang), itukah ajaran yang tidak mensyirikkan Allah?
Atas kesedaran melihat kemudaratan yang dibawa oleh riwayat hadis itulah golongan beriman hari ini kembali kepada Allah dan Al Quran semata-mata. Tak logik ajaran yang benar, hasilnya setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah.
Kaum penyembah Nabi itu boleh berdusta sekuat mana mereka mahu, tetapi mereka tidak boleh mendustai hasil ajaran mereka itu. Pada hasil itulah golongan berakal melihatnya....
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
anti hadis golongan
sesatttttttttttttttttttttt...larii....sesattttttt.sesattttttttttttt
sesat akal logik deme dah sesatttttttttttttttttttt

Guest- Guest
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)
Di alam siber pun dah lari macam tu. Betapa hinanya mereka seakan-akan keldai liar.
Hari tu ada seorang mamat (yang kononnya kata Islam berlandaskan YAKIN, tapi dia sendiri TAK YAKIN dengan Al Quran sehingga tokok tambah dengan riwayat hadis) pun dah lari juga. Tambah lagi sorang yang sama macam keldai liar itu.
Bersyukur kepada Allah yang membuka pintu hati agar menjauhi ajaran dusta yang setakat melahirkan keldai-keldai liar sahaja. Puji-pujian bagi Allah Yang Terhebat dan Teragung sesangat!
Di alam siber pun dah lari macam tu. Betapa hinanya mereka seakan-akan keldai liar.
Hari tu ada seorang mamat (yang kononnya kata Islam berlandaskan YAKIN, tapi dia sendiri TAK YAKIN dengan Al Quran sehingga tokok tambah dengan riwayat hadis) pun dah lari juga. Tambah lagi sorang yang sama macam keldai liar itu.
Bersyukur kepada Allah yang membuka pintu hati agar menjauhi ajaran dusta yang setakat melahirkan keldai-keldai liar sahaja. Puji-pujian bagi Allah Yang Terhebat dan Teragung sesangat!
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
esangat memalukan......ishhh....mengakui kehebatan akal ygAdli wrote:Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)
Di alam siber pun dah lari macam tu. Betapa hinanya mereka seakan-akan keldai liar.
Hari tu ada seorang mamat (yang kononnya kata Islam berlandaskan YAKIN, tapi dia sendiri TAK YAKIN dengan Al Quran sehingga tokok tambah dengan riwayat hadis) pun dah lari juga. Tambah lagi sorang yang sama macam keldai liar itu.
Bersyukur kepada Allah yang membuka pintu hati agar menjauhi ajaran dusta yang setakat melahirkan keldai-keldai liar sahaja. Puji-pujian bagi Allah Yang Terhebat dan Teragung sesangat!
seciput.....hahhahhahah..kesian.....idup dalam
kesunyian...kesepian,,,kegelapan.......kerana bertuhankan akal logiknya
Guest- Guest
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Masalahnya kaum keldai liar itu tidak mampu buktikan apa-apa pun dari tulisan mereka. Al Quran tidak ada sebut bertuhankan akal, mereka pergi tokok tambah. Al Quran peringatkan pasal kaum penyembah Nabi, mereka pula pergi sembah Nabi. Memang dasar keldai liar. Lain yang Al Quran sebut, lain yang mereka buat.mamatkepok wrote:esangat memalukan......ishhh....mengakui kehebatan akal yg
seciput.....hahhahhahah..kesian.....idup dalam
kesunyian...kesepian,,,kegelapan.......kerana bertuhankan akal logiknya
Sudahlah tidak mampu buktikan apa-apa dari akal mereka, ada hati nak perlekehkan orang lain. Dasar keldai tak sedar diri...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Adli wrote:Masalahnya kaum keldai liar itu tidak mampu buktikan apa-apa pun dari tulisan mereka. Al Quran tidak ada sebut bertuhankan akal, mereka pergi tokok tambah. Al Quran peringatkan pasal kaum penyembah Nabi, mereka pula pergi sembah Nabi. Memang dasar keldai liar. Lain yang Al Quran sebut, lain yang mereka buat.mamatkepok wrote:esangat memalukan......ishhh....mengakui kehebatan akal yg
seciput.....hahhahhahah..kesian.....idup dalam
kesunyian...kesepian,,,kegelapan.......kerana bertuhankan akal logiknya
Sudahlah tidak mampu buktikan apa-apa dari akal mereka, ada hati nak perlekehkan orang lain. Dasar keldai tak sedar diri...
Kau sendiri pun tak boleh nak bagi bukti mana riwayat hadis yang dusta...
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Lain kali, rujuk baliklah posting lama-lama tu. Ada dah pasal riwayat hadis dusta itu. Kenapa tak pergi tujuk balik posting lama-lama tu? Takkan nak ulang perkara yang telah dibuktikan sebelum ini. Yang membawa riwayat itu pun puak kalian juga.Zahabur wrote:Kau sendiri pun tak boleh nak bagi bukti mana riwayat hadis yang dusta...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Adli wrote:Lain kali, rujuk baliklah posting lama-lama tu. Ada dah pasal riwayat hadis dusta itu. Kenapa tak pergi tujuk balik posting lama-lama tu? Takkan nak ulang perkara yang telah dibuktikan sebelum ini. Yang membawa riwayat itu pun puak kalian juga.Zahabur wrote:Kau sendiri pun tak boleh nak bagi bukti mana riwayat hadis yang dusta...
Betul aku tak jumpa pun kat sini riwayat hadis yang dusta...Maka aku minta tolong kau tunjukkan...
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Dulu kami pernah tanya pasal apa bukti solat diwajibkan 5 kali sehari. Al Quran tidak pernah menetapkan sedemikian rupa. So ada satu posting tu sorang mamat ada bawa riwayat hadis. Anda boleh rujuk posting itu.Zahabur wrote:Betul aku tak jumpa pun kat sini riwayat hadis yang dusta...Maka aku minta tolong kau tunjukkan...
Oleh kerana anda termasuk golongan yang menetapkan sedemikian rupa, maka anda lebih tahu riwayat apa yang anda guna. Sebab kami tak guna riwayat, tapi guna Al Quran yang suruh berfikir sahaja...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Adli wrote:Dulu kami pernah tanya pasal apa bukti solat diwajibkan 5 kali sehari. Al Quran tidak pernah menetapkan sedemikian rupa. So ada satu posting tu sorang mamat ada bawa riwayat hadis. Anda boleh rujuk posting itu.Zahabur wrote:Betul aku tak jumpa pun kat sini riwayat hadis yang dusta...Maka aku minta tolong kau tunjukkan...
Oleh kerana anda termasuk golongan yang menetapkan sedemikian rupa, maka anda lebih tahu riwayat apa yang anda guna. Sebab kami tak guna riwayat, tapi guna Al Quran yang suruh berfikir sahaja...
Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)
salah taip ke ni ..
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Hukum alam itulah penentu kebenaran kata-kata Nabi. Nabi tidak akan berkata-kata sesuatu yang Allah tidak tetapkan. Bukankah hukum alam itu ketetapan Allah?Zahabur wrote:Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)
Masalahnya, tiada ayat Al Quran kata riwayat hadis itu adalah Hadis yang sebenarnya kerana Al Quran kata Hadis adalah Allah dan ayat-ayatNya.
Ini yang dipersoalkan. Ada yang kata ayat Al Quran yang suruh ikut dan taat Rasul bermakna kena guna riwayat hadis? Padahal Al Quran itu sendiri diucapkan dan dilakukan oleh Nabi. Tidak pula ayat yang suruh taat pada Rasul itu memberitahu maksud ketaatan pada Rasul itu adalah dengan cara guna riwayat hadis.
Ni siapa punya kerja pandai-pandai buat andaian sendiri pasal penggunaan riwayat hadis itu?
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Adli wrote:Hukum alam itulah penentu kebenaran kata-kata Nabi. Nabi tidak akan berkata-kata sesuatu yang Allah tidak tetapkan. Bukankah hukum alam itu ketetapan Allah?Zahabur wrote:Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)
Masalahnya, tiada ayat Al Quran kata riwayat hadis itu adalah Hadis yang sebenarnya kerana Al Quran kata Hadis adalah Allah dan ayat-ayatNya.
Ini yang dipersoalkan. Ada yang kata ayat Al Quran yang suruh ikut dan taat Rasul bermakna kena guna riwayat hadis? Padahal Al Quran itu sendiri diucapkan dan dilakukan oleh Nabi. Tidak pula ayat yang suruh taat pada Rasul itu memberitahu maksud ketaatan pada Rasul itu adalah dengan cara guna riwayat hadis.
Ni siapa punya kerja pandai-pandai buat andaian sendiri pasal penggunaan riwayat hadis itu?
Apa pulak hukum alam yang menjadi penentu ,riwayat hadis dan Quran tu ibarat roh dah jasad....
Aku minta diri dulu,aku ada urusan dengan Allah...
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
riwayat hadis dan Quran tu ibarat roh dah jasad....
aku rasa mamat pun tak setuju nih.
slipar- Pensyarah
- Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6239
Registration date : 2009-04-18
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Sebab hukum alam ini Allah yang tetapkan sedangkan riwayat hadis belum tentu mengandungi hukum alam.Zahabur wrote:Apa pulak hukum alam yang menjadi penentu ,riwayat hadis dan Quran tu ibarat roh dah jasad....
Aku minta diri dulu,aku ada urusan dengan Allah...
Manusia hidup di dalam alam. Logiklah Allah tetapkan manusia ikut hukum alam. Kalau tak ikut hukum alam, nak ikut hukum siapa lagi? Nabi Muhammad bukannya pencipta alam.
Di sinilah bezanya Al Quran dan riwayat hadis. Al Quran dijamin terpelihara kerana ikut hukum alam. Riwayat hadis tiada jaminan.
Sebab itulah bila kami minta apa bukti hukum alam yang tetapkan solat kena 5 kali sehari seperti riwayat hadis yang mereka bawa, sampai sekarang mereka tak mampu buktikan. Takkanlah Nabi Muhammad itu pembuat ketetapan yang Allah tidak tetapkan (tiada hukum alam membenarkannya).
Itulah bahaya guna kata-kata yang disandarkan pada nama perawi. Mana ada ayat Al Quran suruh guna kata-kata ada nama perawi (riwayat)?
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
slipar wrote:riwayat hadis dan Quran tu ibarat roh dah jasad....
aku rasa mamat pun tak setuju nih.
Adakah kamu fikir Allah dan Muhammad dapat dipisahkan...
Aku minta diri dulu....aku ada urusan lain kat luar sana...
Zahabur- Pensyarah
- Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6045
Registration date : 2009-04-23
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Bukan dengan Nabi Muhammad sahaja, malah dengan semua golongan beriman. Sebab Allah tidak membeza-bezakan golongan yang beriman, seperti mana dalam Al Quran sendiri penuh kisah para Rasul terdahulu.
Oleh kerana Allah dan siapa jua Rasul tidak terpisah, maka sudah pasti kata-kata Rasul itu ada bukti hukum alam sebab hukum alam ini tidak terpisah dengan Allah. Malah terciptanya Nabi Muhammad pun ikut hukum alam, bukannya ikut riwayat hadis. Sebab itulah golongan beriman mentaati hukum alam Allah ini...
Oleh kerana Allah dan siapa jua Rasul tidak terpisah, maka sudah pasti kata-kata Rasul itu ada bukti hukum alam sebab hukum alam ini tidak terpisah dengan Allah. Malah terciptanya Nabi Muhammad pun ikut hukum alam, bukannya ikut riwayat hadis. Sebab itulah golongan beriman mentaati hukum alam Allah ini...
Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14
Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat
Dan diantara orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani", ada yang telah Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan. (Al Maa'idah: 14)
Dan di antara orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya kami ini orang-orang Arabi (sebab taksub kepada Rasul dari tanah Arab seperti mana orang Nasrani taksub pada Rasul dari Nasara iaitu Nabi Isa), ada yang telah Kami ambil perjanjian mereka (berpegang kepada ajaran Al Quran), tetapi mereka melupakan sebahagian apa yang Al Quran telah peringatkan. Maka Allah timbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan mereka sehingga berpuak-puak dan berpecah-belah akibat beragama secara menurut membuta-tuli ikut tok guru bermacam-macam aliran.
Biarpun mereka tidak sedar mereka sudah menjadi seperti kaum Nasrani terdahulu, kelak Allah akan datangkan pemberi peringatan untuk memberitakan apa yang mereka kerjakan, seperti mana Allah pernah bangkitkan Nabi Muhammad untuk menyedarkan kaum Nasrani terdahulu sehingga hasilnya mereka kini mula nampak kebenaran Al Quran dan membenarkan ajarannya dengan meninggalkan ajaran taksub pada Nabi Isa untuk beralih kepada ajaran cintakan ilmu sains (ilmu alam Allah).
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. (Al Maa'idah: 15)
Kini, telah datang pemberi peringtan untuk menjelaskan banyak isi Al Quran yang selama ini disembunyikan oleh ahli-ahli kitab yang kononnya ikut ajaran Nabi Muhammad. Ahli-ahli kitab itu suruh turut riwayat hadis, dan jangan memahami Al Quran tanpa guna kata-kata mereka. Kononnya ilmu itu hanya milik "Ahli Sunnah", padahal terang-terang mereka tolak Sunnah Allah (hukum alam).
Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan ayat-ayat yang menerangkan Kitab Al Quran dan kitab-kitab terdahulu yang hanya difahami oleh orang yang berfikir.
Barangsiapa yang bertaubat dan membuat pembaikan, itulah orang yang beruntung. Dan barangsiapa yang kafir dan berpaling lari, ingatlah, kaum kafir terdahulu pun mengkhianati ajaran Nabi-nabi mereka sendiri biarpun mereka kata mereka pengikut seseorang Nabi.
Jika kita perhatikan, Allah tunjukkan pengulangan sejarah apa yang terjadi pada kaum Nasrani terdahulu, banyak ditiru oleh umat Islam sekarang. Patutlah kesannya sama iaitu jadi umat yang terbelenggu pemikirannya dan jadi berpecah-belah.
Allah sudah tetapkan pada alam ini, bila sesuatu umat mula melanggar perjanjian yang mereka ambil dari Rasul terdahulu, pasti kesannya jadi perpecahan dan permusuhan di kalangan mereka sendiri. Kesan inilah yang jelas terpampang dalam masyarakat Islam sekarang yang menunjukkan Sunnah Allah itu tidak pernah berubah-ubah.
Allah melaknat golongan yang menyembunyikan kebenaran dan peringatanNya.

» Al-Quran petunjuk jalan
» Revolusi Ummah: Apabila Allah Memberi Petunjuk
» Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
» Revolusi Ummah: Apabila Allah Memberi Petunjuk
» Al-Quran: Kata-kata Allah atau Ucapan Rasul yang mulia
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum