Log in
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Universiti masihkah menara Gading?
+5
IslahkanDiri
mekganu
tokkmudim
tajuNM
wwanyakub
9 posters
e-mindakita :: Minda Jalinan :: Terbuka
Page 1 of 2
Page 1 of 2 • 1, 2
Universiti masihkah menara Gading?
Keputusan SPM tidak lama lagi akan diketahui, justeru saban tahun akan diumumkan peratus kelulusan yang diperolehi dan siapa siapa mendapat deretan A1 dan kecemerlangan akademik yang dicapai.Maka seronoknya pelajar pelajar tersebut dengan level A1 mereka. Lantas peluang ke Menara Gading terbentang luas.Namun yang mendapat kelulusan sederhana ini berhempas pulas untuk menempatkan diri masing masing ke Universiti Awam.Tidak mustahil golongan ibu bapa berpendapatan sederhana terus memberi perangsang pada anak mereka tidak perlu lagi ke Menara Gading disebabkan beratus ribu setiap tahun graduan yang keluar Universiti menganggur tiada pekerjaan ditambah lagi dengan suasana ekonomi yang suram.Malah mereka digalakkan untuk bekerja setelah mendapat sijil SPM cukup sekadar menjadi mekanik,salesman,kerani atau terus mohon ke Institusi Perguruan atau Institusi Kejururawatan yang pasti menjamin kerja untuk mereka bila keluar nanti.Oleh itu tidak mustahil setiap tahun bilangan Pelajar lelaki semakin kurang berbanding perempuan yang masuk Universiti..,sebabnya bagi mereka, apa guna belajar tinggi sedangkan peluang kerja bila keluar nanti tipis..malah yuran PTPTN perlu dijelaskan. Ada sesetengah rakan mereka sekadar belajar peringkat menengah rendah tetapi berjaya menjadi seorang kontractor..sebab apa..pandai bodek orang politik..serta pandai bercakap..tidak perlu belajar itu semua di Universiti..melalui pergaulan dan pengalaman sudah cukup.Malah kalau ada bakat cukup bagi mereka untuk hala tuju kehidupan masa depan.
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
Ini merupakan satu dilema yang harus dihadapi oleh para pelajar masa ini. Mereka harus tahu matlamat mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Kalau sekadar untuk bekerja dengan kerajaan atau swasta selepas graduate, mungkin mereka boleh fikir semula. Macam yang tok wan kata, tak perlu masuk u untuk dapat duit banyak. Nanti mereka sendiri yang menyesal, belajar teruk2, tetapi akhirnya jadi cikgu juga... kerja pilihan terakhir.
tajuNM- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts : 2159
Location : TANAH MERAH, KEL
State :
Reputation : 1
Credits : 5863
Registration date : 2008-06-24
Re: Universiti masihkah menara Gading?
tajuNM wrote:Ini merupakan satu dilema yang harus dihadapi oleh para pelajar masa ini. Mereka harus tahu matlamat mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Kalau sekadar untuk bekerja dengan kerajaan atau swasta selepas graduate, mungkin mereka boleh fikir semula. Macam yang tok wan kata, tak perlu masuk u untuk dapat duit banyak. Nanti mereka sendiri yang menyesal, belajar teruk2, tetapi akhirnya jadi cikgu juga... kerja pilihan terakhir.
Namun yang peliknya, mengapa mereka mereka ini disajikan dengan janji janji manis oleh Kementerian Pengajian tinggi..lantas sesetengah dari mereka ingin menggapai apa yang berada dipuncak sedangkan pemikiran ibu bapa mengharapkan anak mereka pekerjaan..tengok sahaja contoh drama drama yang disiarkan apabila anak sudah masuk Universiti pengharapan orang tua mereka amat jelas mendapat kerja yang baik baik.Persepsi inilah yang perlu dihindari.
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
Kebetulan tempoh hari Tok Wan terserempak dengan kawan lama orang Cina..,yang balik sambut tahun baru di Terengganu.Pada masa itu Tok Wan sedang isi minyak di petrol pum shell jalan Batu Buruk.Beliau juga mahu sama balik ke Kuantan.Sudah lama tak tanya khabar..namun di kesempatan itu kami sama sama buat keputusan untuk convoi balik dan singgah minum di Kemaman.Sambil minum kami berkesempatan bertanya khabar anak anak..,justeru diberitahu anak lelaki bongsunya tidak begitu menyerlah dalam akademik dan tidak perlu sambung pelajaran lagi.Cukup sekadar ikut bapa saudaranya jadi makenik jentera berat...dimana bapa saudaranya itu sebelum ini juga makenik..tetapi dengan sifat tekunnya itu beliau telah menjadi pengedar jentera berat dan juga penyewa kren untuk buat bangunan tinggi.Pendek cerita diakhir perbualan kami..,yang penting pada setiap individu ialah sifat gigih dan kesungguhan untuk mencapai cita cita mereka.
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
menarik topik yang dibawa oleh tok wan nie,ramai yang terfikir dengan topik ini namun idea dan pendapat hanya berlegar dalam fikiran sendiri dan hilang tanpa di kongsi bersama...
universiti makin meriah dengan penuntutnya sedangkan peluang pekerjaan yang bakal di tawarkan sangat terhad.Lambakan siswazah menjadi isu namun tiada jalan penyelesaiannya,ditambah pula masalah pinjaman yang harus di langsaikan...pelajar hanya perlu mendapat minima 3mata pelajaran kepujian utk menempatkan diri di universiti swasta dan mungkin ada di U awam...
kalau dulu masuk U riuh sekampung sekarang semua orang boleh masuk U,tidak la sesukar mana namun ini lah hakikat..kita mengeluarkan siswazah yang berkuantiti namun kualitinya siapa tahu....yang penting ilmu itu tetap penyuluh hidup

tokkmudim- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6038
Registration date : 2008-04-12
Re: Universiti masihkah menara Gading?
Ada orang kata Graduan U sekarang tidak kreative macam Graduan U dulu dulu..,sebab mereka ini manja dan tiada semangat juang....,
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
pada masa tu, universiti paling glemer ialah universiti malaya. hehe...hari ni pun org kampung hubby masih lagi poyo kalau anak dapat belajar kat UM. mereka bukan pandang pada course yg diambik oleh anak mereka, tapi pada nama universitinya. orang kampung saya mereka biasa2 jer sbb UM ni dah hilang glemernya. takder apa nak dibanggakan. bagi saya pula, kalau saya banyak duit saya hantar anak ke universiti Lim Kwok Ying. tapi yurannya mahal sangat. tersangat mahal. beli borang dan yuran proses jer RM300, sedangkan UNITEN dan MMU baru RM20. so hantar Uitm jer la.
mekganu- Dekan
- Number of posts : 3628
Reputation : 4
Credits : 5997
Registration date : 2008-04-14
Re: Universiti masihkah menara Gading?
mekganu wrote:pada masa tu, universiti paling glemer ialah universiti malaya. hehe...hari ni pun org kampung hubby masih lagi poyo kalau anak dapat belajar kat UM. mereka bukan pandang pada course yg diambik oleh anak mereka, tapi pada nama universitinya. orang kampung saya mereka biasa2 jer sbb UM ni dah hilang glemernya. takder apa nak dibanggakan. bagi saya pula, kalau saya banyak duit saya hantar anak ke universiti Lim Kwok Ying. tapi yurannya mahal sangat. tersangat mahal. beli borang dan yuran proses jer RM300, sedangkan UNITEN dan MMU baru RM20. so hantar Uitm jer la.
setuju dengan pendapat mek tue kerana islah juga penuntut di um thn dua ijazah sarjana muda pendidikan islam..yea betul,dulu kalau masuk um semua kecoh dan bangga tapi sekarang dah jadi perkara biasa dikalangan masyarakat..agak menyedihkan apabila um jatuh dalam ranking dunia..dulu bolehla bangga sebab ranking 100 terbaik..sekarang..ermm...ape2 pun.islah masih respect dengn kualiti Um dalam bidang2 tertentu terutamanya dalam bidang pengajian Islam..Tak rugi belajar pengajian islam di sini..banyak Ilmu dicurahkan dan kita yang harus terus mencari..Menuntu Ilmu adalah FArdhu Ain..Renung2kan...
IslahkanDiri- Siswazah
- Number of posts : 235
Age : 37
Location : Universiti MAlaya
State :
Reputation : 0
Credits : 5870
Registration date : 2008-04-28
Re: Universiti masihkah menara Gading?
universiti sekarang menara tak berapa gading. sebab apa? sebab saya rasa senang dapat masuk, terutama universiti swasta. time saya dulu nak masuk itm (bukan U pun cuma institute jer masa tu) syarat minima 5 credits.
mekganu- Dekan
- Number of posts : 3628
Reputation : 4
Credits : 5997
Registration date : 2008-04-14
Re: Universiti masihkah menara Gading?
TM sokong pendapat bonda,kita kena tgk kualiti cos yang diambil tak kisah la U mana sekalipun...tapi jgn la ambik kursus pelik2...tapi terserah laIslahkanDiri wrote:mekganu wrote:pada masa tu, universiti paling glemer ialah universiti malaya. hehe...hari ni pun org kampung hubby masih lagi poyo kalau anak dapat belajar kat UM. mereka bukan pandang pada course yg diambik oleh anak mereka, tapi pada nama universitinya. orang kampung saya mereka biasa2 jer sbb UM ni dah hilang glemernya. takder apa nak dibanggakan. bagi saya pula, kalau saya banyak duit saya hantar anak ke universiti Lim Kwok Ying. tapi yurannya mahal sangat. tersangat mahal. beli borang dan yuran proses jer RM300, sedangkan UNITEN dan MMU baru RM20. so hantar Uitm jer la.
setuju dengan pendapat mek tue kerana islah juga penuntut di um thn dua ijazah sarjana muda pendidikan islam..yea betul,dulu kalau masuk um semua kecoh dan bangga tapi sekarang dah jadi perkara biasa dikalangan masyarakat..agak menyedihkan apabila um jatuh dalam ranking dunia..dulu bolehla bangga sebab ranking 100 terbaik..sekarang..ermm...ape2 pun.islah masih respect dengn kualiti Um dalam bidang2 tertentu terutamanya dalam bidang pengajian Islam..Tak rugi belajar pengajian islam di sini..banyak Ilmu dicurahkan dan kita yang harus terus mencari..Menuntu Ilmu adalah FArdhu Ain..Renung2kan...
Last edited by tokkmudim on Thu Feb 19, 2009 3:11 pm; edited 1 time in total
tokkmudim- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6038
Registration date : 2008-04-12
Re: Universiti masihkah menara Gading?
hmm mungkin sebelum masuk U tu perlu di kaji dahulu kos ape yg peluang pekerjaan nye bagus...
selalunye kalo amik kos MEDIC mmg takde masalah nak keje.. and kos2 allied health... atau yg under kementerian..mmg terus masuk keje pas abis belaja... pharmacist..physiotherapist.. sumer kos2 ni peluang pekerjaan bagus..
jgn le amik kos pelik2 mesti takde kerja punye coz sekarang ni memang post2 kat gomen pun tak bukak banyak... untuk kos mcm saye ni... dietetik hanya ade lebih kurang 10 post baru untuk tahun 2009 ni... budak grad berape byk... mmg sengit la persaingan..
hmm tp saye rase ilmu ni penting.. kalo ade peluang belajar la... kalo takde peluang.. then kerja la...
sape yg tak dpt masuk U bole la masuk mane2 pusat kemahiran ke..bagus jugak...
tapi mase matriks... korang pulun la betul2...jgn main2 blaja... nak masuk medic mesti 4 flat punye la.. silap2 tu pun tak dapat sebab ramai yg dapat 4flat... hmm heran gak budak2 sekarang ni makin pandai ke.. atau soklan yang makin senang ke..atau skema markah byk yg markah kesian...hikhik.... ape2 pun 'tuntut la ilmu sampai ke negara china'....

myra_roses- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2534
Age : 41
Location : Di bawah langit yg biru...memandang matahari yg satu..
State :
Reputation : 2
Credits : 5956
Registration date : 2008-04-13
Re: Universiti masihkah menara Gading?
kau orang caya tak, july tahun lepas kakak ipar punya anak sedara (pompuan) dapat buat medic kat unimas dgn pointer 3.85 lepas matrik. lagi tak percaya kawan dia jugak dpt medic di U yg sama dgn pointer 3.75 huh mati hidup balik pun susah nak percaya kalau setakat dgr citer org. tapi inilah yg berlaku. sbbnya sebelum ini ramai yg dapat pointer 4 pun tak dapat medic. time anak saya, kecoh dlm paper. mereka pakat gi serang pendidikan diputrajaya sbb tak puas hati. kawan anak saya dgn pointer 3.9 pharmacy pun tak dapat. frust nonggeng2 budak tu. sorang tu 3.75 dpt pentadbiran (mereka kata course lelong. haha..ada course lelong lak!) sampai kuar2 paper tak puas hati. kawan baik anak saya dapat 3.55 dari matrik K.Pilah dapat IT yg dia juga sifatkan sebagai course lelong.
apa pendapat anda semua. rasa tak masuk akal kalau hari ni 3.85 boleh buat medickan? kalau uni swasta tak pelik lah. ini di IPTA. pada pendapat saya, result matrix tahun anak saya itu budak2nya pintar belaka. ramai dapat 4 flat. sbb itu saingan nak buat medic terlalu sengit. hanya yg bernasib baik saja yg terpilih buat course2 yg mahal ketika itu. sian kat mereka tu sbb dah struggled bersungguh2. apa yg dicitakan tak kesampaian. ada yg terpaksa beralih ke U swasta demi merealisasikan cita2 nak jadi doktor. org ada duit takder masalah. apakah mungkin juga tahun lepas permintaan terhadap medic dah berkurangan sangat. budak2 dah tak minat jadi doktor menyebabkan 3.85 dan 3.75 boleh buat medic. setakat ni pointer 3.75 adalah paling minima yg saya dengar boleh buat medic. apa komen ko orang semua?
apa pendapat anda semua. rasa tak masuk akal kalau hari ni 3.85 boleh buat medickan? kalau uni swasta tak pelik lah. ini di IPTA. pada pendapat saya, result matrix tahun anak saya itu budak2nya pintar belaka. ramai dapat 4 flat. sbb itu saingan nak buat medic terlalu sengit. hanya yg bernasib baik saja yg terpilih buat course2 yg mahal ketika itu. sian kat mereka tu sbb dah struggled bersungguh2. apa yg dicitakan tak kesampaian. ada yg terpaksa beralih ke U swasta demi merealisasikan cita2 nak jadi doktor. org ada duit takder masalah. apakah mungkin juga tahun lepas permintaan terhadap medic dah berkurangan sangat. budak2 dah tak minat jadi doktor menyebabkan 3.85 dan 3.75 boleh buat medic. setakat ni pointer 3.75 adalah paling minima yg saya dengar boleh buat medic. apa komen ko orang semua?
mekganu- Dekan
- Number of posts : 3628
Reputation : 4
Credits : 5997
Registration date : 2008-04-14
Re: Universiti masihkah menara Gading?
Tok Wan rasa..,pointer untuk medic tahun ini tinggi..,memandangkan prospect kerjaya lain yang lemah..,justeru persaingannya amat sengit..,NAMUN..,perlu diingat ianya menjangkau lima enam tahun akan datang..dimana sekarang ini pun ribuan penuntut samaada dalam atau luar Negara..Tajaan atau persendirian...akan keluar..pada masa itu kita tak pasti dan yang dibimbangi lambakan Doctor terjadi saperti setengah setengah Negara..,umpamanya India, China,malah Russia,Jepun dan Korea kerjaya doctor berada kebelakang berbanding bidang Kejuruteraan.
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
setakat yang TM tahu la doktor just nak abis je pastu confirm dapat keje...
TM penah induksi sama geng doktor ni,diorang pas induksi seminggu trus keje...
plak tu soalan induksi diorang dah dapat hint,kami semua terkapai2 study jenuh tapi mujur TM ada geng doktor so dapat la ckit2 pape yang patut
TM penah induksi sama geng doktor ni,diorang pas induksi seminggu trus keje...
plak tu soalan induksi diorang dah dapat hint,kami semua terkapai2 study jenuh tapi mujur TM ada geng doktor so dapat la ckit2 pape yang patut
tokkmudim- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6038
Registration date : 2008-04-12
Re: Universiti masihkah menara Gading?
erm..pendapat islah pulak..ape2 kos pun yang kita ambik bukan dilihat mampu dapat keje atau tidak tapi tgk pada kualiti ilmu yang ada...kalau kita niat menuntut ilmu kerana Allah ,insyaAllah peluang sentiasa ada tak kiralah bidang ape pun..
IslahkanDiri- Siswazah
- Number of posts : 235
Age : 37
Location : Universiti MAlaya
State :
Reputation : 0
Credits : 5870
Registration date : 2008-04-28
Re: Universiti masihkah menara Gading?
TM setuju dgn pendapat islah tue namun bagi TM biarlah itu mampu di manafaatkan dalam erti kata bila dapat kerja kita bleh guna ilmu tu utk agama bangsa dan negara...IslahkanDiri wrote:erm..pendapat islah pulak..ape2 kos pun yang kita ambik bukan dilihat mampu dapat keje atau tidak tapi tgk pada kualiti ilmu yang ada...kalau kita niat menuntut ilmu kerana Allah ,insyaAllah peluang sentiasa ada tak kiralah bidang ape pun..
tokkmudim- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6038
Registration date : 2008-04-12
Re: Universiti masihkah menara Gading?
sebab ilmu kita untuk disampaikan...kita hidup ni bukan sahaja sebagai khalifah tetapi dalam masa yang sama sebagai dai'e tak kiralah bidang kesihatan ke,engineering ke atau ape2 je semuanya ade kelebihan ilmu masing2..
IslahkanDiri- Siswazah
- Number of posts : 235
Age : 37
Location : Universiti MAlaya
State :
Reputation : 0
Credits : 5870
Registration date : 2008-04-28
Re: Universiti masihkah menara Gading?
jadila pokok yang berbuah memberi manafaat kepada orang dgn ilmu yang kita ada tue...sama spt islah cakapkan tadi tak kira apa bidang kita matlamatnya kerana ALLAH...ada juga islah sebut kesihatan ek,bidang saya la tue
tokkmudim- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6038
Registration date : 2008-04-12
Re: Universiti masihkah menara Gading?
x pe la TM...tokkmudim wrote:setakat yang TM tahu la doktor just nak abis je pastu confirm dapat keje...
TM penah induksi sama geng doktor ni,diorang pas induksi seminggu trus keje...
plak tu soalan induksi diorang dah dapat hint,kami semua terkapai2 study jenuh tapi mujur TM ada geng doktor so dapat la ckit2 pape yang patut
soalan induksi mmg susah, kalo x pas, jumpa la kita kat Putrajaya...
hehehehe...
Espionage- Pensyarah
- Number of posts : 743
Location : Selangor
State :
Reputation : 0
Credits : 5945
Registration date : 2008-04-19
Re: Universiti masihkah menara Gading?
selalu kalo medic kat unimas..pointer memang rendah sikit dr U lain UKM..UM..USM..UIA..at least 4 flat la..atau 3.9... sebab ramai yag tak nak gi unimas ni sebab jauh kan jadik dia open dgn pointer yg rendah sikit..
pastu setiap U ni ade kuota untuk setiap kos.. dia akan bukak hanya utk 200org student ke.. jadik sape yg no 201 tak dapat le kos ni..mungkin dia bg wat Dentist ke... pastu pharmacist... dan selebihnye...
takpe la..belajo la ape2 pun...rezeki ade cuma lambat dengan cepat je..
pastu setiap U ni ade kuota untuk setiap kos.. dia akan bukak hanya utk 200org student ke.. jadik sape yg no 201 tak dapat le kos ni..mungkin dia bg wat Dentist ke... pastu pharmacist... dan selebihnye...
takpe la..belajo la ape2 pun...rezeki ade cuma lambat dengan cepat je..
myra_roses- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2534
Age : 41
Location : Di bawah langit yg biru...memandang matahari yg satu..
State :
Reputation : 2
Credits : 5956
Registration date : 2008-04-13
Re: Universiti masihkah menara Gading?
Bebudak U sekarang lebeh cenderung membuat rumusan dalam menjawab soalan..,tidak dalam aspect penelitian atau kajian...,betul ke?..,
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
Ada banyak kelemahan dan penyelewengan dalam sistem pemilihan utk ke ipta, pemilihan berpusat upu agak telus TETAPI pabila ada campur tangan ..........................................kemasukan calonnya berdasarkan hairarki kekuatan hubungan politik dgn .....................................
matding- Doktor Falsafah
- Number of posts : 1207
Age : 55
Location : muka bumi ALLAH TAA'LA
Reputation : 0
Credits : 5775
Registration date : 2008-08-25
Re: Universiti masihkah menara Gading?
matding wrote:Ada banyak kelemahan dan penyelewengan dalam sistem pemilihan utk ke ipta, pemilihan berpusat upu agak telus TETAPI pabila ada campur tangan ..........................................kemasukan calonnya berdasarkan hairarki kekuatan hubungan politik dgn .....................................
Disamping itu U Awam sekarang mempunyai banyak saingan...,disebabkab terlampau banyaknya U di Malaysia ini...Tambahan pula dana keewangan perlu dicari bagi memenuhi perbelanjaan yang tidak dapat ditampung oleh Kerajaan.Selain itu banyak U Swasta yang mana Syernya di pegang oleh VIP lebeh cenderung untuk membuat keuntungan sendiri tanpa memikirkan quality pembelajaran.Yang jadi mangsa orang kampong miskin..,walaupun dapat masuk U...,tetapi terpaksa mohon PTPN....,(BERHUTANG DENGAN KERAJAAN)...justeru bila keluar nanti masih tidak pasti...kemana arah mereka....,sebabnya keluarga orang Kampong tidak mempunyai Syarikat besar....untuk mereka bekerja....AKHIRNYA KELUARGA JUGA YANG TANGGUNG HUTANG.
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
Dato Seri Najib ada mengatakan dalam perhimpunan Agongnya..," KALAU TIDAK KERANA JASA UMNO TAK MUNGKIN RAMAI ANAK ANAK MUDA MELAYU DAPAT MENJEJAKKAN KAKI MEREKA KE MENARA GADING..,LANTAS ANAK ANAK MELAYU SEDARLAH BAHAWASANYA MELALUI UMNOLAH HIDUP MEREKA MEWAH DAN MEREKA MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN KELUARGA MEREKA.SEBAB ITULAH BANYAK UNIVERSITI AWAM DISEDIAKAN DEMI MENAMPUNG BILANGAN ANAK MELAYU MENJEJAKAN KAKI MEREKA KE MENARA GADING SENTIASA BERTAMBAH."...Apa pendapat warga e-minda dalam perkara ini??..,
wwanyakub- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31
Re: Universiti masihkah menara Gading?
wwanyakub wrote:Dato Seri Najib ada mengatakan dalam perhimpunan Agongnya..," KALAU TIDAK KERANA JASA UMNO TAK MUNGKIN RAMAI ANAK ANAK MUDA MELAYU DAPAT MENJEJAKKAN KAKI MEREKA KE MENARA GADING..,LANTAS ANAK ANAK MELAYU SEDARLAH BAHAWASANYA MELALUI UMNOLAH HIDUP MEREKA MEWAH DAN MEREKA MENDAPAT PEKERJAAN YANG BAIK UNTUK MENAMPUNG KEHIDUPAN KELUARGA MEREKA.SEBAB ITULAH BANYAK UNIVERSITI AWAM DISEDIAKAN DEMI MENAMPUNG BILANGAN ANAK MELAYU MENJEJAKAN KAKI MEREKA KE MENARA GADING SENTIASA BERTAMBAH."...Apa pendapat warga e-minda dalam perkara ini??..,
emmm ntahla! caya, tak caya, caya, tak caya, caya, tak caya...
mekganu- Dekan
- Number of posts : 3628
Reputation : 4
Credits : 5997
Registration date : 2008-04-14
Page 1 of 2 • 1, 2
e-mindakita :: Minda Jalinan :: Terbuka
Page 1 of 2
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|