None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
The newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
INFO E-MINDA KITA
Slogan
Minda Terasah, Insan Berkualiti
Motto
Wadah Ilmiah dan Santai
Logo Kami
Logo E-Minda Kita diilham dan direka oleh Boloq, selaku Naib Webmaster dan dipersetujui oleh bayau, Webmaster E-Minda Kita. Logo ini mula dilancarkan pada 17/4/2008. Logo ini kemudiannya dikemaskini dan direka semula oleh penditaputra supaya selari dengan kehendak dan keperluan masa kini. Pada 14/8/2011 teks logo E-Minda Kita diubahsuai semula dan digunakan sehingga kini. Warna biru air laut yang menonjol bermakna ketenangan dan memberi inspirasi kepada cetusan idea-idea yang menarik dan berkualiti.
Falsafah Kami
Paduan antara Iman kepada Allah dengan Info yang bermanfaat dan terkini serta gabungan idea yang bernas dan sahih adalah dasar utama bagi perkembangan minda, dalam proses membentuk insan yang berkualiti di alam maya dan dunia realiti.
Visi Kami
Forum E-Minda Kita bertekad untuk menjadi sebuah forum terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah komuniti yang dinamik, berilmu dan berkepimpinan.
Misi Kami
Menjadi Forum terpilih yang dapat memacu minda ke arah pemikiran yang positif, kritis dan kreatif serta berdaya maju demi melahirkan insan yang berilmu dan beriman.
Matlamat Kami
Untuk menjadi pusat perbincangan maklumat dan ilmu yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang dapat:
- Memartabatkan cara hidup Islam di mata dunia;
- Membangun komuniti dinamis dan berakhlak mulia;
- Mengaplikasikan ilmu dan maklumat melalui sumbangan E-Minda Kita bagi komuniti forum sejagat;
- Menjana teknologi yang bermanfaat kepada komuniti; dan
- Merapatkan hubungan sillaturrahim dan ikatan ukhwah di kalangan komuniti.
Dasar Kualiti Forum
Seluruh warga E-Minda Kita bertekad menjadikan Forum E-Minda Kita Pusat menjana pemikiran melalui ruang forum yang telus dan bermutu tanpa adanya jurang diskriminasi sehingga dapat menepati kehendak dan keperluan forumer.
Objektif Kualiti Forum
1. Memberikan informasi yang terbaik serta memuaskan kehendak dan keperluan forumer E-Minda Kita.
2. Mendapatkan maklumbalas tentang informasi yang diberikan.
3. Memastikan pihak administrator dan moderator yang terlibat dalam memberikan informasi sentiasa mementingkan topik-topik berkualiti dan berunsur ilmiah.
4. Mewujudkan sistem dan persekitaran organisasi yang mantap dan berkualiti bagi menyokong serta mencapai dasar kualiti Forum E-Minda Kita.
Fakta E-Minda Kita
Tarikh Penubuhan: 7 April 2008
Tarikh Pelancaran: 12 April 2008
Hubungi kami melalui private message kepada admin atau e-mail di pentadbir.emk@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas.
|
|