e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Pembangunan Minda I_vote_lcap6%Pembangunan Minda I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap23%Pembangunan Minda I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap21%Pembangunan Minda I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap8%Pembangunan Minda I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap8%Pembangunan Minda I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap6%Pembangunan Minda I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap6%Pembangunan Minda I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap0%Pembangunan Minda I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap6%Pembangunan Minda I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap4%Pembangunan Minda I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap0%Pembangunan Minda I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap1%Pembangunan Minda I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap3%Pembangunan Minda I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap1%Pembangunan Minda I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Pembangunan Minda I_vote_lcap5%Pembangunan Minda I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
Juang (3494)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Pembangunan Minda I_vote_lcapPembangunan Minda I_voting_barPembangunan Minda I_vote_rcap 

Keywords

baqarah  2024  2012  2011  2010  2013  


Pembangunan Minda

+9
WARIS
Admin
abu_muaz
Al-Bahr
Zahabur
slipar
wwanyakub
semut api
Adli
13 posters

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Go down

Pembangunan Minda Empty Pembangunan Minda

Post by Adli Sun Sep 21, 2008 9:58 am

Pembangunan minda adalah cara bagaimana kita melatih otak kita untuk berfikir. Minda bukan terbangun sendirinya, tetapi memerlukan ketekunan dan kesungguhan untuk berlatih membangunkannya. Proses membangun minda adalah dengan cara belajar. Untuk belajar, kita perlu mempunyai input. Tanpa input, otak kita tidak akan berfungsi. Kerana itulah Allah membekalkan kita dengan pancaindera.

Pancaindera yang terpenting untuk kita belajar adalah mata dan telinga sebab itu banyak ayat Quran mengaitkan dengan penglihatan dan pendengaran untuk jadi orang yang memahami. Segala yang kita lihat dan yang kita dengar akan menjadi input untuk menjana perkembangan otak. Perkembangan otak manusia berlaku dengan drastik setelah kita lahir ke dunia. Setelah mata berfungsi untuk melihat, telinga berfungsi untuk mendengar, segala maklumat yang sampai itu akan diproses oleh otak untuk disampaikan kepada hati. Maklumat yang diproses oleh otak, jika ia logik (masuk akal), maka ia akan tertanam dalam hati. Jadilah manusia itu orang yang memahami. Tanpa mencapai logik, hati tidak akan faham. Sebab itu manusia yang tolak logik akalnya terpaksa bergantung kepada orang lain sebab hati mereka tidak faham.

Oleh itu segala maklumat yang kita terima, carilah logiknya dahulu. Dengan kata lain, kita mencari kebenarannya. Bukannya sekadar menurut membuta-tuli. Sekadar menurut, otak kita tidak dilatih untuk berfikir memproses maklumat tersebut sehingga mencapai tahap logik. Bila tidak tercapai logik, maka otak tidak berkembang. Bila otak tidak berkembang, hati susah untuk memahami. Kerana itu kita lihat orang Melayu susah hendak faham pelajaran kerana cara pembawakan Islam kita tidak melatih otak kita berfungsi. Hendak kenali Allah pun kena menurut pendapat ulamak, bagaikan kita tiada otak sendiri untuk berfikir. Kita boleh mendengar pendapat orang lain sebagai cara kita memperbanyakkan input, tetapi jangan lupa untuk memproses maklumat yang kita terima sehingga kita nampak logik. Barulah otak kita berkembang, seperti berkembangnya teknologi komputer dengan hanya mengenal logik 1 dan 0 sahaja.

Allah cipta alam ini berpasang-pasangan supaya otak manusia mudah berfikir secara logik. Ada nilai yang tinggi dan ada nilai yang rendah. Seperti logik 1 dan 0 tersebut, di mana 1 lebih tinggi nilainya daripada 0 (1 > 0), dan 1 tidak sama dengan 0 (1 NOT 0). Mengatakan 1 sama dengan 0 adalah sesuatu yang tidak logik (tidak masuk akal). Samalah seperti orang yang tidak guna otak mengatakan Allah sama dengan makhluk. Bukankah suatu yang tidak masuk akal?

Daripada kenal logik semudah inilah, komputer menjadi alat pemprosesan maklumat yang laju. Jika komputer yang kaku ini pun boleh jadi alat yang bijak, kenapa otak manusia yang hidup tidak boleh jadi bijak dengan berfikir secara logik? Sebab itu kita lihat, manusia yang menolak logik akal dalam beragama, pasti tahap pemikiran mereka jadi lemah. Otak mereka jadi lembab untuk berfikir. Terasa berat dan sakit kepala seterusnya mereka jadi malas. Cara mudah, hanya menurut atas nama imam-imam terdahulu.

Cuba kita lihat tulisan-tulisan pasal Islam sekarang, mesti terpaksa bergantung atas nama imam terdahulu. Jika tidak dibawakan nama imam tersebut, seolah-olah darjat tulisan itu jadi rendah. Macam imam itu pula yang menentukan darjat kebenaran sesuatu pendapat, bukannya akal yang Allah kurniakan kepada kita untuk menilai kebenaran. Bila manusia itu sampai tahap pergantungan selain daripada Allah, maka jadilah mereka kaum yang lemah dan dihina di muka bumi. Inilah yang terjadi pada kita umat Islam sekarang akibat beragama secara menolak logik akal sehingga terpaksa menurut orang. Jika berfikir pendek, memanglah nampak betul nak beragama kena berguru, tetapi bila kita lihat kesan berguru dalam beragama, barulah kita sedar bahawa itulah yang menyebabkan manusia jadi bergantung selain Allah. Hilang keyakinan diri untuk berkata benar sebab sudah tidak boleh berfikir lagi.

Oleh kerana itu, untuk menyelamatkan diri dari tersesat dalam ketaksuban dan menurut membuta-tuli ini, kita harus menjadi insan yang terbuka minda. Jangan ingat akuan Islam kita itu telah menjadikan kita golongan yang benar. Orang Musyrik, Yahudi dan Nasrani di zaman Nabi Muhammad pun anggap mereka golongan yang benar, sebab itu mereka tegar dengan beragama secara membuta-tuli. Tetapi mereka menerima nasib yang buruk dan dihina oleh Allah, seperti yang umat Islam sekarang terima. Jika kita tidak guna mata dan telinga untuk membuat perbandingan nasib umat Islam dengan bangsa-bangsa yang semakin maju mentaliti mereka, kita tidak akan sedar sebenarnya kita sudah jauh tersesat daripada ajaran Al Quran, kerana Al Quran adalah manual untuk melahirkan insan yang bermentaliti tinggi.
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Pembangunan Minda KEL
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by semut api Wed May 06, 2009 11:25 am

Adli wrote:Mengatakan 1 sama dengan 0 adalah sesuatu yang tidak logik (tidak masuk akal). Samalah seperti orang yang tidak guna otak mengatakan Allah sama dengan makhluk. Bukankah suatu yang tidak masuk akal?

study , 1 & 0 adalah sama nilainya, 1 ibarat ada & 0 ibarat tiada, ia bernilai sama iaitu ADA dgn berlainan sebutan juga sifatnya hatta perlakuannya. Disinilah kekeliruan timbul kerana akal seseorg hanya nampak pada kelainan tanpa dapat membuktikan bahawa ianya adalah sama dlm sudut atau olahan yg sedikit berbeza.
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6998
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty uham

Post by wwanyakub Wed May 06, 2009 1:15 pm

kerana Al Quran adalah manual untuk melahirkan insan yang bermentaliti tinggi.[/quote]

Al-Quran adalah Wahyu Allah pada Rasulnya..,Nabi Muhammad s.a.w, untuk panduan Umatnya. Ianya datang dengan berbagai cara..,MELALUI PERANTARA..MALAIKAT JIBRIL...MELALUI NALURI YANG DIKHASKAN OLEH ALLAH DALAM HATINYA....,MELALUI MIMPI YANG DISEMPURNAKAN ALLAH TERHADAP RASULNYA....Maka dari sini dihimpunkan peringkat tersebut oleh para sahabat.., pada pelepah pelepah tamar...pada kulit kulit binatang dan sebagainya..setelah Nabi wafat..maka para Sahabat baginda sedaya upaya mengumpulkan ayat ayat tersebut dalam surah surah dan dibukukan.Namun Tok Wan lupa zaman Khalifah mana...,Tok Guru Tok Wan beritahu...Ayat ayat tersebut, dibuat baris serta tanda tanda untuk senang dibaca oleh Umat sejagat.

Wallahuaklam
wwanyakub
wwanyakub
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by semut api Thu May 07, 2009 11:30 am

minda perlu dibangunkan sedemikian rupa hinggakan ianya lenyap & sirna dlm keDirianNya study
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6998
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by slipar Thu May 07, 2009 2:52 pm

minda perlu dibangunkan sedemikian rupa hinggakan ianya lenyap & sirna dlm keDirianNya
study

tak pehe , tinggi sangat . buleh jellah sikit ayak hok belakang2 tu .. mace bahasa arab .
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6244
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by semut api Thu May 07, 2009 3:59 pm

slipar wrote:
minda perlu dibangunkan sedemikian rupa hinggakan ianya lenyap & sirna dlm keDirianNya
study

tak pehe , tinggi sangat . buleh jellah sikit ayak hok belakang2 tu .. mace bahasa arab .
walau cerdik mana pun akal tapi tunduk dlm keAgungan Ilahi study
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6998
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Adli Thu May 07, 2009 5:04 pm

Kalau kita lihat kisah dalam Al Quran, para Rasul di kalangan golongan orang yang cerdik dan bijaksana sedangkan kaum kafir di kalangan golongan yang tidak berakal... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Pembangunan Minda KEL
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by slipar Thu May 07, 2009 9:09 pm


slipar wrote:


Quote:
minda perlu dibangunkan sedemikian rupa hinggakan ianya lenyap & sirna dlm keDirianNya
study

tak pehe , tinggi sangat . buleh jellah sikit ayak hok belakang2 tu .. mace bahasa arab .

walau cerdik mana pun akal tapi tunduk dlm keAgungan Ilahi study

maknaya kena yakin dgn quran jerlah tu , ke lagu lain ..
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6244
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Zahabur Fri May 08, 2009 2:14 am

Eff Hedge

Larangan berdakwah di dalam keadaan Jahil telah diberi
amaran oleh Nabi s.a.w. di dalam Kitab-kitab Hukum Fiqh di dalam Bab
Riddah (Murtad).
Zahabur
Zahabur
Pensyarah

Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6050
Registration date : 2009-04-23

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by wwanyakub Fri May 08, 2009 4:12 am

Zahabur wrote:Eff Hedge

Larangan berdakwah di dalam keadaan Jahil telah diberi
amaran oleh Nabi s.a.w. di dalam Kitab-kitab Hukum Fiqh di dalam Bab
Riddah (Murtad).

Tok Wan masih ingat...masa umur Tok Wan belasan tahun dahulu...,masa itu nak mengaji Quran kena ringan tulang...sampai rumah Tok Guru isikan penuh air dalam tempayan..samaada ditempat basuh kaki..dan juga didapur..,Tok Guru yang ajar mengaji tak dibayar upah sesen pun...,IKHLAS..,Anak murid pula semuanya ringan tulang..tak kira lelaki atau perempuan..,membersih rumah Tok Guru dan menghias laman..,semuanya murid yang lakukan...bila seseorang murid sudah khatam atau tamat Al-Quran...,time tu cukup best..,mak bapak murid tersebut akan menghantar nasi minyak atau nasi putih..,bersama gulai kawah atau gulai ayam ke rumah Tok Guru...masa itu kita makan ramai ramai....cukup meriah..kekadang sebelum makan...ada Tok Guru beri ceramah....Ilmiah..,

Tok Wan masih ingat lagi..dalam satu ceramah Ilmiah oleh Tok Guru...ada mengatakan saperti berikut,

Suatu masa di akhir zaman nanti..,akan terjadi perkara perkara berikut:-

1 - Orang perempuan lebih ramai dari lelaki
2 - Orang perempuan akan menawarkan diri mereka pada
orang lelaki.
3 - Orang lelaki suka berpoya poya dan orang perempuan sibuk
bekerja dan mencari nafkah
4 - Seseorang itu tidak segan silu melakukan perkara maksiat.
5 - Seseorang itu bagitu mudak dibeli dengan wang ringgit
6 - Bila hendak membuat sesuatu kebaikkan perlu di puji dahulu
7 - Ibu bapa diletak kebelakang..,kekasih serta wang ringgit
didahulukan
8 - Orang lebih tertumpu pada personality hiburan daripada Ustaz.
9 - Masjid dan Surau kosong..,pusat pusat hiburan sesak
10 - Sembahyang Raya sesekali setahun penuh sesak
11 - Perkara yang wajib tidak dibuat...dan yang sunat didahulukan
12 - Sumbang mahram sentiasa berlaku
13 - Bayi bayi dibuang macam sampah
14 - Pembunuhan dan pemerasan berlaku dimana mana.
15 - Manusia tidak takut lagi pada hukum Allah mereka sekadar
takut pada hukum manusia.
16 - Orang jahil banyak bercakap tentang agama
17 - Ulama disekat pergerakan mereka dan di hina
18 - Nak mendapatkan ilmu agama perlu tukar dengan wang atau
emas
19 - Pesta puja syaitan akan berlaku berleluasa
20 - Orang Islam sendiri berani menghina Agama
21 - Masjid di jadikan rumah maksiat
22 - Hidup masyarakat berpecah belah masing masing tidak
kenal jiran jiran terdekat
23 - Memerlukan duit yang banyak untuk menguruskan
pengkebumian jenazah.
25 - Majoriti orang Islam tidak tahu baca Al-Quran
26 - Peratus sembahyang Fardhu genap boleh di bilang dengan
jari..,
27 - RAMAINYA ORANG ISLAM YANG MURTAD
study
wwanyakub
wwanyakub
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Al-Bahr Fri May 08, 2009 7:32 am

Salam Tok Wan & bro Rimau,

Takutnya bila baca posting Tok Wan & bro Rimau kat atas...
Mmm...dah nak kiamat dunia nie...

star 1
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5834
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Adli Fri May 08, 2009 11:17 am

Antara anda-tanda akhir zaman adalah, umat Islam bersifat kafir (menyekutukan Allah gara-gara beragama tak guna akal) dan orang bukan Islam bersifat Islam (rajin berfikir dan mengkaji berbanding main turut kata-kata).

Depan mata kita sudah nampak bagaimana Allah ke bawahkan kaum yang menyekutukan Allah gara-gara agama tidak membuka minda tetapi ditutupnya minda... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Pembangunan Minda KEL
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Al-Bahr Fri May 08, 2009 11:38 am

Adli wrote:Antara anda-tanda akhir zaman adalah, umat Islam bersifat kafir (menyekutukan Allah gara-gara beragama tak guna akal) dan orang bukan Islam bersifat Islam (rajin berfikir dan mengkaji berbanding main turut kata-kata).

Depan mata kita sudah nampak bagaimana Allah ke bawahkan kaum yang menyekutukan Allah gara-gara agama tidak membuka minda tetapi ditutupnya minda... Smile
Oooo, macam tu...Salam pagi Jumaat Sdr Adli!
Agak2 pegi Solat Jumaat tak nanti?
Dalam Quran memang tak terangkan details...
Maaf ya soalan sensitif, sekadar bertanya saja,
kalau tak mahu jawab cakap saja 'PERSONAL',
saya akan faham...
TQ

queen
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5834
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Adli Fri May 08, 2009 12:01 pm

Al-Bahr wrote:
Oooo, macam tu...Salam pagi Jumaat Sdr Adli!
Agak2 pegi Solat Jumaat tak nanti?
Dalam Quran memang tak terangkan details...
Maaf ya soalan sensitif, sekadar bertanya saja,
kalau tak mahu jawab cakap saja 'PERSONAL',
saya akan faham...
TQ

queen
Salam saudara Al Bahr.

Jika tiada halangan dan ada keperluan untuk saya ke sana, insyaAllah pergi. Tapi saya tidak pergi atas dasar agama ikut-ikutanlah. Melainkan atas semangat perjuangan untuk Allah. Sebab asal suruhan ke masjid hari jumaat dahulu untuk melahirkan bangsa yang berpegang kepada bukti-bukti yang nyata iaitu golongan suka berfikir, mengkaji, seterusnya tidak menyekutukan Allah. Bila jadi bangsa yang rajin berfikir, Allah akan bangunkan bangsa itu selaras dengan pembangunan minda mereka. Allah akan menangkan bangsa itu atas semua agama.

Namun sekarang solat Jumaat sekadar jadi ibadat ritual yang hanya melahirkan kaum yang pemalas berfikir, lemah, mundur, suka berpecah-belah dan mereka mengambil anak bagi Allah dengan jadikan kata-kata atas nama seseorang Nabi sebagai ketetapan, sedangkan mereka tidak mampu bawakan ketetapan Allah di sebalik satu-satu kata-kata yang di bawa. Kaum sebegini sifatnya tidak mampu menghalang dari di timpa azab tsunami umpamanya biarpun mereka rajin bersolat Jumaat.

Semuanya ada tanda-tanda Peringatan Allah bagi orang-orang yang menggunakan akal.

Jadi saudara akan faham apa erti Jumaat bagi golongan yang beriman kepada Allah semata-mata... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Pembangunan Minda KEL
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Al-Bahr Fri May 08, 2009 12:41 pm

Adli wrote:Jika tiada halangan dan ada keperluan untuk saya ke sana, insyaAllah pergi.
Bagus saudara nie...macam itu lah kita sebagai orang Islam ni...
Syabas! Saya saja nak tau saja. Tak sangka saudara ikhlas jawabkannya...
TQ banyak2!

queen
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5834
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by slipar Fri May 08, 2009 1:40 pm

25 - Majoriti orang Islam tidak tahu baca Al-Quran


hanya hafal buat baca doa , setakat kat kerongkong jer
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6244
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Al-Bahr Sat May 09, 2009 4:33 am

Marah nanti yang bijak pandai Al-Qur'an bila saudara slipar cakap macam tu...Err saudara slipar ni termasuk dalam yang bijak pandai kah (Qurani)?
Al-Bahr
Al-Bahr
Sarjana Muda

Number of posts : 310
Location : CLASSIFIED
Reputation : 0
Credits : 5834
Registration date : 2009-04-16

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Adli Sat May 09, 2009 7:50 am

Sebaik-baik doa adalah yang tertanam dalam hati. Keazaman yang tinggi dan sentiasa berfikir macam mana nak menjayakannya itulah doa bagi golongan beriman. Sebab itulah Rasulullah sampai termimpi-mimpi akan masuk kota Mekkah kembali kerana keazaman yang tinggi dalam diri baginda.

Sekadar baca doa dalam bahasa Arab yang dihafal (tanpa faham apa yang dibaca dan memikirkannya) dengan menadah tangan, hanya dapat kutukan Allah sahaja. Sebab itu umat Islam sekarang dapat nasib yang malang.

Sudahlah ada yang hidup menyembah Nabi Muhammad, kemudian berdoa tak faham apa yang dibaca (sekadar nak tonjolkan unsur Arab), maka balasannya hanya kehinaan di atas dunia lagi. Dan kehinaan di akhirat adalah kekal... Smile
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Pembangunan Minda KEL
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by wwanyakub Sun May 10, 2009 1:50 am

Sebab itu umat Islam sekarang dapat nasib yang malang.

Sudahlah ada yang hidup menyembah Nabi Muhammad, kemudian berdoa tak faham apa yang dibaca (sekadar nak tonjolkan unsur Arab), maka balasannya hanya kehinaan di atas dunia lagi.

Kan Allah ada mengatankan.., BERSELAWAT DAN SALAM LAH KAMU KE ATAS NABI..Ada tiap tiap kali Tok Iman baca Khutubah Jumaat atas member disebut ayat tersebut...Kena faham tuu...,
wwanyakub
wwanyakub
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts : 197
Reputation : 0
Credits : 5787
Registration date : 2008-08-31

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Zahabur Sun May 10, 2009 2:47 am

Salam Tok Wan....kalau ada cerita2 yang best tu posting la....dapat gak pengajaran nya.... Smile kissy1
Zahabur
Zahabur
Pensyarah

Number of posts : 535
Reputation : 9
Credits : 6050
Registration date : 2009-04-23

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by semut api Sun May 10, 2009 1:39 pm

Adli wrote: Sebab asal suruhan ke masjid hari jumaat dahulu untuk melahirkan bangsa yang berpegang kepada bukti-bukti yang nyata iaitu golongan suka berfikir, mengkaji, seterusnya tidak menyekutukan Allah.
akal tidak dapat membuktikan Allah tu wujud secara nyata study
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6998
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Adli Mon May 11, 2009 12:30 am

semut api wrote:
Adli wrote: Sebab asal suruhan ke masjid hari jumaat dahulu untuk melahirkan bangsa yang berpegang kepada bukti-bukti yang nyata iaitu golongan suka berfikir, mengkaji, seterusnya tidak menyekutukan Allah.
akal tidak dapat membuktikan Allah tu wujud secara nyata study
Kalau Allah tak wujud secara nyata, maknanya semua kehendak anda boleh anda capai tanpa halangan. Tetapi siapa yang halang sesuatu kehendak anda untuk dicapai? Itulah logik yang menunjukkan Allah wujud secara nyata bagi orang yang berakal. Kalo tak berakal, memanglah mereka anggap Allah tu tak wujud secara nyata... Very Happy
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : Pembangunan Minda KEL
Reputation : 4
Credits : 7473
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by abu_muaz Mon May 11, 2009 12:09 pm

Al-Bahr wrote:
Adli wrote:Jika tiada halangan dan ada keperluan untuk saya ke sana, insyaAllah pergi.
Bagus saudara nie...macam itu lah kita sebagai orang Islam ni...
Syabas! Saya saja nak tau saja. Tak sangka saudara ikhlas jawabkannya...
TQ banyak2!

queen

ORg perempuan tidak diwajibkan solat Jumaat namun tak salah kalau mereka pergi.

Walau apa pun, tengok juga uruf sesuatu tempat itu, kalau di Malaysia ini setahu saya, org perempuan tak solat Jumaat lantaran Masjid itupun penuh dgn Jamaah.

So... Adli ni lelaki ke perempuan?

Atau ada 2 watak di EMK nih?


Surprised
abu_muaz
abu_muaz
Pensyarah

Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6461
Registration date : 2008-04-19

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by semut api Mon May 11, 2009 12:28 pm

Adli wrote:
semut api wrote:
Adli wrote: Sebab asal suruhan ke masjid hari jumaat dahulu untuk melahirkan bangsa yang berpegang kepada bukti-bukti yang nyata iaitu golongan suka berfikir, mengkaji, seterusnya tidak menyekutukan Allah.
akal tidak dapat membuktikan Allah tu wujud secara nyata study
Kalau Allah tak wujud secara nyata, maknanya semua kehendak anda boleh anda capai tanpa halangan. Tetapi siapa yang halang sesuatu kehendak anda untuk dicapai? Itulah logik yang menunjukkan Allah wujud secara nyata bagi orang yang berakal. Kalo tak berakal, memanglah mereka anggap Allah tu tak wujud secara nyata... Very Happy
itu ceritanya saja, Allah yg nyata tu mana dia, takkan setakat cerita je cik kak? scratch
semut api
semut api
Doktor Falsafah

Number of posts : 1482
Reputation : 3
Credits : 6998
Registration date : 2009-04-26

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by slipar Mon May 11, 2009 12:38 pm

itulah pak abu , golongan macam pak abu ni banyak jenis .. bukan satu jenis jer.. ada yg tahu allah ada kat mana dan ada yg kata lain pulak .. harap pak abu paham , nampak mcm benda kecik ..pikir la
slipar
slipar
Pensyarah

Number of posts : 733
Reputation : -1
Credits : 6244
Registration date : 2009-04-18

Back to top Go down

Pembangunan Minda Empty Re: Pembangunan Minda

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum