e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 15 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 15 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap6%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 6% [ 5 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap23%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 23% [ 18 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap21%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 21% [ 16 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap8%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 8% [ 6 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap8%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 8% [ 6 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap6%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 6% [ 5 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap6%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 6% [ 5 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap0%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 0% [ 0 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap6%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 6% [ 5 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap4%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 4% [ 3 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap0%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 0% [ 0 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap1%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 1% [ 1 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap3%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 3% [ 2 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap1%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 1% [ 1 ]
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap5%20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
mekganu (3628)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
Juang (3494)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
Kalam (2631)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_lcap20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_voting_bar20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI I_vote_rcap 

Keywords

baqarah  2024  2012  2010  2013  2011  


20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

3 posters

Go down

20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI Empty 20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Post by ain Tue Jul 15, 2008 10:41 am

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang
telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk
memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan
dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam
hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat
hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan
penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah
, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan
segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki
dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu
Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja
membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang
dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini
rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang
ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu
bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah
akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani
dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan
sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya
terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan
ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan
meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri
dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk
tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan
kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua
hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki,
kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan
pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit
rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka
hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai
beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda
s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan
memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar
nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya
Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya
dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan
dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah
dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat
pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan
keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya
adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku
kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat
keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan
kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi
kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca
secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh
menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya
dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan
keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan
baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan
mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh
kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih
dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan
yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang
dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang
dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam
rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan
halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak
rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari
lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu
Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada
takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara
yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas
di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini
menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya
dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
ain
ain
Siswazah

Number of posts : 219
Age : 43
Reputation : 0
Credits : 5819
Registration date : 2008-06-12

Back to top Go down

20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI Empty Re: 20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Post by Kalam Wed Jul 16, 2008 4:01 pm

sama2 kita amalkanya..
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : 20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI Empty Re: 20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Post by Adli Thu Jul 24, 2008 6:30 am

Dan sebaik-baik rezeki adalah ilham-ilham yang disampaikan sehingga kita mampu mencipta hidup yang tenang dan bahagia.

Di zaman materialistik ini, manusia hanya nampak wang dan harta benda sehaja sebagai rezeki, sedang itu semua akan habis. Tetapi ilmu yang kita perolehi bila kita berfikir dan mengkaji itulah rezeki yang akan menemani kita sehingga masuk kubur. Bukankah ilmu itu pelita hidup? Dan biarpun jasad orang berilmu itu mati, tetapi hati mereka tetap hidup kerana disuluhi ilmu.

Manusia akan jadi berilmu bila menggunakan otaknya sendiri. Beragama sekadar menurut atas nama orang lain tidak menjadikan manusia itu berilmu. Maka Allah sempitkan rezeki ilmu kepada manusia sebegini. Bila tiada ilmu, balasannya adalah tidak tahu mencipta. Bila tidak tahu mencipta, terpaksa membeli dan bergantung kepada teknologi orang lain. Bila selalu membeli, wang dan harta benda jadi habis dan kemudian hidup jadi sukar. Mulalah rasa tertekan dan melepaskan kemarahan kepada pemerintah. Itulah realiti orang Islam sekarang yang hanya pada nama sahaja.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Mencipta."
Adli
Adli
Profesor Madya

Number of posts : 1848
State : 20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI KEL
Reputation : 4
Credits : 7468
Registration date : 2008-04-14

Back to top Go down

20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI Empty Re: 20 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum