Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Hadiah Malam Jumaat
5 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Hadiah Malam Jumaat
Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain.
Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung,gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih,adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam
itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa.
Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda.lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan
berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy
terjaga.
Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini."Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya
Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya
selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya
kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang
tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi
kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tan Salih,aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas
kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh,Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, tahu."
"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"

tokkmudim- Timbalan Dekan
- Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6035
Registration date : 2008-04-12
Re: Hadiah Malam Jumaat
jadilah anak yang soleh. doakan ibu-bapa di setiap 5 waktu. moga anak kita akan berbuat begitu untuk kita akan datang. insyaAllah
mednusa- Siswa-Siswi
- Number of posts : 25
Reputation : 0
Credits : 5874
Registration date : 2008-04-16
Re: Hadiah Malam Jumaat
salam
tapi de sesetengah pihak yang kata kalo kita sedekahkan yasin, x smpai kpd si mati kerana mereka berpegang kpd:
tdak akn putus amaln seseorng selepas mati kecuali 3 perkara:-
-ilmu yg bermanfaat
-sedekah jariah
-doa anak soleh
pandangan saya:
~bukankah yasin yg kita sedekahkan tu boleh dianggap sebagai 'doa anak soleh' ?~
insyaAllah...saya cuba sedekahkan seberapa yg mampu.soal diterima ataupun tidak,terpulang kpdNYA

hAzLiN- Siswa-Siswi
- Number of posts : 3
Age : 37
Location : bangi,selangor,malaysia
Reputation : 0
Credits : 5860
Registration date : 2008-05-01
Re: Hadiah Malam Jumaat
setiap doa anak yang soleh utk ibubapanye sentiasa di dgr oleh Allah...dan sekiranya diterima Allah ibubapa kite akan dibangkitkan dari kubur dengan sebersihnya2 walaupun tika hidupnye banyak berbuat dosa..kata ustaz hanya doa yang digalakkn dan itu pun yang diajar oleh Nabi kite.. mengenai surah yassin itu adalah wahyu yang disampaikan kepada Nabi dan disuruh mengikut dan meninggalkan ape larangan yang terkandung di dalamnye juga mengenai amaran2 Allah..dan kenapa hanya yassin saja yang digalakkan untuk simati dan mengapa hanya pada hari jumaat juga dikatakan hari yang afdal untuk yassin...sedangkan hari jumaat itu di sunatkan membaca Al Kahfi.. sedangkan Al Quran itu adalah pertunjuk bagi manusia ....ada yang mengatakan itu bidaah...Menurut salafi as soleh perkara tesebut tidak pernah dibuat pada zaman Nabi...aku pun kurang jelas mengenai mimpi dr thread ini tapi mimpi juqa mainan syaitan untuk menyesatkan lagi umat.. Kesimpulannye kite harus kembali kepada Quran dan Sunnah...kerana itu yang telah dijanji oleh Allah untuk umat akhir zaman.. ade 73 jalan diakhir ini dan cari lah yang mane dikatakan siratulmustakim... Jangan kite berbuat ibadah kerana mengikut orang ramai...boleh diandaikan dalam 73 org hanya seorang sahaja yg diterima Allah.. betulkah Aqidah kite,menepatikah wudhuk dan solat kite.. fikir2lah.hAzLiN wrote:salam
tapi de sesetengah pihak yang kata kalo kita sedekahkan yasin, x smpai kpd si mati kerana mereka berpegang kpd:
tdak akn putus amaln seseorng selepas mati kecuali 3 perkara:-
-ilmu yg bermanfaat
-sedekah jariah
-doa anak soleh
pandangan saya:
~bukankah yasin yg kita sedekahkan tu boleh dianggap sebagai 'doa anak soleh' ?~
insyaAllah...saya cuba sedekahkan seberapa yg mampu.soal diterima ataupun tidak,terpulang kpdNYA
Rusli- Siswa-Siswi
- Number of posts : 12
Age : 49
Location : Dubai UAE
Reputation : 0
Credits : 5874
Registration date : 2008-04-16
Re: Hadiah Malam Jumaat
Cuba kita fikir perspektif lain pasal 73 jalan, hanya 1 sahaja diterima Allah.
Sekarang ni umat Islam sibuk berpecah-belah. Setiap puak berbangga diri dan ego mempertahankan puak dia sahaja benar ikut Islam. Kenapa tidak dari 73 puak itu, kita satukan. Sebab Allah terima satu aje. Maksudnya Allah hanya memandang kesatuan umat sahaja.
Rendahkanlah ego masing-masing. Hentikanlah budaya suka menyalahkan di antara satu sama lain. Sekadar melaung-laungkan ikut Quran dan Sunnah, tetapi mengajak manusia ke arah berpecah-belah, bukan ke itu semua kerja-kerja syaitan yang terkutuk?
Terpisahnya Adam dan Hawa juga kerana iblis. Terpisahnya bangsa Melayu di negara kita kerana ada syaitan di dalam hati kita duk ajak bertelagah pasal politik. Jika kita masih ego tidak mahu mengakui kesalahan sendiri (asyik menyalahkan orang lain sahaja), tunggulah azab Allah seperti yang Allah sudah tunjukkan di negara umat Islam yang lain. Adakah kita sudah kafir dengan janji Allah ini?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts : 1848
State :
Reputation : 4
Credits : 7470
Registration date : 2008-04-14
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|