e-mindakita
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 13 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 13 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered users
The newest registered user is niketan verma

Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

Hadith I_vote_lcap6%Hadith I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadith I_vote_lcap23%Hadith I_vote_rcap 23% [ 18 ]
Hadith I_vote_lcap21%Hadith I_vote_rcap 21% [ 16 ]
Hadith I_vote_lcap8%Hadith I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hadith I_vote_lcap8%Hadith I_vote_rcap 8% [ 6 ]
Hadith I_vote_lcap6%Hadith I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadith I_vote_lcap6%Hadith I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadith I_vote_lcap0%Hadith I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hadith I_vote_lcap6%Hadith I_vote_rcap 6% [ 5 ]
Hadith I_vote_lcap4%Hadith I_vote_rcap 4% [ 3 ]
Hadith I_vote_lcap0%Hadith I_vote_rcap 0% [ 0 ]
Hadith I_vote_lcap1%Hadith I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hadith I_vote_lcap3%Hadith I_vote_rcap 3% [ 2 ]
Hadith I_vote_lcap1%Hadith I_vote_rcap 1% [ 1 ]
Hadith I_vote_lcap5%Hadith I_vote_rcap 5% [ 4 ]

Total Votes : 77

Top posters
Admin (4111)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
mekganu (3628)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
Juang (3494)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
penditaputra (3027)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
tokkmudim (2844)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
Kalam (2631)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
myra_roses (2534)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
zafran0512 (2315)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
FeLiSeWoMaN (2310)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 
tajuNM (2159)
Hadith I_vote_lcapHadith I_voting_barHadith I_vote_rcap 

Keywords

2010  baqarah  2011  2024  2012  2013  


Hadith

2 posters

Go down

Hadith Empty Hadith

Post by tokkmudim Sun Apr 13, 2008 6:57 pm

AKIDAH Akhlak

Tajuk : Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Allah memberikan rahmat
kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal
dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta
menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya."

Riwayat Ibn an-Najjar

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat
digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti
mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau
melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting
kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan
sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk
kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam,
hutang-menghutang dan sebagainya.

ii) Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang
terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas
kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah
kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai
menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan
hidup.

iii) Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap
manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan
agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan
dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah
bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang
dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.
tokkmudim
tokkmudim
Timbalan Dekan

Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6033
Registration date : 2008-04-12

Back to top Go down

Hadith Empty Re: Hadith

Post by tokkmudim Sun Apr 13, 2008 6:58 pm

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk : Batasan Dalam Bergurau Senda

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:": Celakalah orang yang berbicara
lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"
Riwayat Abu Daud

Huraian
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat
menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain.
Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.

ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal
kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli
keluarga dan para sahabat baginda.

iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah
digariskan oleh Islam seperti:

a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti
mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .

b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti
memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang
individu dengan niat hendak merendah-rendahkann ya.

d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak
manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan
sebagainya.

g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara
berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan
memadamkan cahaya hati.

iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya
menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang
berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud
bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas
kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
tokkmudim
tokkmudim
Timbalan Dekan

Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6033
Registration date : 2008-04-12

Back to top Go down

Hadith Empty Re: Hadith

Post by tokkmudim Sun Apr 13, 2008 7:03 pm

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk : Dana Di Dunia Dan Akhirat

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang berkehendakkan
dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat
maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-
duanya maka hendaklah ia berilmu."

Riwayat at-Tirmidzi



Huraian
1. Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan
mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling
berhubung di antara satu sama lain.
2. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat
dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.
3. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan
wahyu seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu
yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan
kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai
satu matlamat iaitu keredhaan Allah SWT.
4. Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam
usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan
masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.
tokkmudim
tokkmudim
Timbalan Dekan

Number of posts : 2844
Location : ada kapal besar2 & kontena byk2
Reputation : 4
Credits : 6033
Registration date : 2008-04-12

Back to top Go down

Hadith Empty Re: Hadith

Post by Kalam Tue Jun 24, 2008 1:56 am

Diriwayatkan daripada Urwah, daripada Aisyah, dia menceritakan bahawa seorang wanita masuk bersama dengan dua anak perempuanya meminta sesuatu. Sementara Aisyah tidak mempunyai apa-apa selain sebiji kurma. Lalu kurma tersebut diberikan kepada wanita berkenaan. Wanita itu kemudian membahagikan kurma kepada dua bahagian, memberikanya kepada dua anaknya dan dia sendiri langsung tidak memakannya. Kemudian mereka bertiga keluar dari situ. Tidak lama kemudian Rasulullah masuk ke situ dan Aisyah menceritakan mengenai kedatangan wanita itu kepada baginda. Lantas baginda berkata:


Sesiapa yang diuji dari anak-anak perempuannya dengan sesuatu apa pun, maka anak-anak perempuan itu baginya menjadi penutup dari neraka”


(Hadis sahih daripada Ahmad, Bukhari, Muslim dan At-Tarmizi)

[/size]
[/size]
Kalam
Kalam
Timbalan Dekan

Number of posts : 2631
Age : 43
Location : Brunei
State : Hadith Others10
Reputation : 0
Credits : 5861
Registration date : 2008-05-01

http://e-mindakita.forumotion.com/index.htm

Back to top Go down

Hadith Empty Re: Hadith

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum