Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests None
Most users ever online was 497 on Thu May 06, 2021 1:37 pm
Statistics
We have 950 registered usersThe newest registered user is niketan verma
Our users have posted a total of 57793 messages in 1692 subjects
Top posters
Admin (4111) | ||||
mekganu (3628) | ||||
Juang (3494) | ||||
penditaputra (3027) | ||||
tokkmudim (2844) | ||||
Kalam (2631) | ||||
myra_roses (2534) | ||||
zafran0512 (2315) | ||||
FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
tajuNM (2159) |
Fatwa Anti Hadith Sesat - saudi
3 posters
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Fatwa Anti Hadith Sesat - saudi
Fahaman anti-Hadis atau Ingkarul Sunnah di asaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di al Universiti Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."
Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini bertujuan melemahkan ajaran Islam dari dalam. Pengasas ajaran Ingkarus Sunnah ini meninggalkan hampir 200 judul karya khas dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan beratus ribuan graduan yang telah dirosakkan kefahaman mereka tentang Sunnah. Profesor Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.
Kebanyakan cendikiawan islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.
Gerakan Anti Hadis dibawa ke USA:
Gerakan Anti-Hadis telah dibawa ke USA oleh Dr Rasyad Khalifa (bangsa Arab keturunan Egypt), yang kemudiannya mendapat kerakyatan USA. Beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk: "Islam: Masa Lampau, Kini dan masa Depan" pada seminar Misionari Kristian dan Yahudi dari 8-17 Jun, 1983 di USA. Bermula pada tarikh inilah, Dr Rasyad telah menubuhkan secara rasmi nya gerakan `The Quranic Society' yang berpusat di Tucson dimana beliau mengajar di Universiti Tucson. Dr Rasyad dengan angkuh telah menyebut: "Hadis-hadis adalah ciptaan Iblis, mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis." Kecelupar beliau telah menyebabkan dia dibunuh dengan penuh misteri sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan fatwa sesatnya Dr Rasyad dan `Golongan alQur'annya'.
Ini adalah sedutan Fatwa Syaikh Abd Aziz ben Bazz, Mufti Besar Saudi:
"Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah batil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar balikkan tafsir alQur'an secara batil. Maka saya atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut." Fatwa No 903, Syawal 1403 bersamaan Ogos 1983.

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts : 551
Reputation : 0
Credits : 6457
Registration date : 2008-04-19
Re: Fatwa Anti Hadith Sesat - saudi
mmh, patutlah.
Ya Allah aku berlindung dgn mu, berilah petunjuk kepadaku dan kembalikan mereka ke jalan yang benar.

Zulia- Profesor Madya
- Number of posts : 1529
Age : 43
State :
Reputation : 3
Credits : 6884
Registration date : 2009-12-23
Re: Fatwa Anti Hadith Sesat - saudi
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dalam menghadapi golongan anti-hadith ini.
PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts : 678
Age : 42
State :
Reputation : 0
Credits : 5828
Registration date : 2010-05-12
Similar topics
» Fatwa Anti Hadith Sesat - Melaka
» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
» Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah
» Fatwa Anti Hadith Sesat - Ulasan JAKIM
» Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum